1
00:00:12,470 --> 00:00:17,142
Sekitar 1999,
seorang penyelidik Itali yang tak dikenali

2
00:00:17,225 --> 00:00:19,894
berucap di persidangan kelanjutan usia
antarabangsa

3
00:00:19,978 --> 00:00:23,857
dan melaporkan kepadatan luar biasa
bagi sentenarian.

4
00:00:24,649 --> 00:00:26,026
Ia sangat luar biasa

5
00:00:26,109 --> 00:00:29,112
sehinggakan ramai ahli komuniti saintifik

6
00:00:29,195 --> 00:00:30,655
enggan mempercayainya.

7
00:00:32,657 --> 00:00:35,869
Lelaki itu ialah Dr. Gianni Pes.

8
00:00:36,870 --> 00:00:40,749
Dia laporkan bahawa di Sardinia, Itali,
dia jumpa kawasan

9
00:00:40,832 --> 00:00:44,919
yang ada sepuluh kali ganda
lebih ramai warga berusia lebih seabad

10
00:00:45,003 --> 00:00:47,881
berbanding populasi bersaiz sama
di Amerika.

11
00:00:50,800 --> 00:00:55,805
Yang lebih menarik lagi, dia ada peta
dan setiap kali dia jumpa lokasi

12
00:00:55,889 --> 00:00:59,184
yang bilangan sentenariannya luar biasa,

13
00:00:59,267 --> 00:01:01,311
dia tandakannya dengan titik biru.

14
00:01:03,146 --> 00:01:08,359
Di satu kawasan, titik terlalu banyak
hingga membentuk tompok biru

15
00:01:08,443 --> 00:01:12,238
dan itulah yang memberi nama Zon Biru.

16
00:01:14,449 --> 00:01:16,242
Ketika itu, saya dah ke Okinawa

17
00:01:16,326 --> 00:01:19,871
dan baru saja meneroka punca
penduduknya hidup begitu lama,

18
00:01:19,954 --> 00:01:24,417
jadi, apabila dengar tentang Zon Biru ini,
kira-kira enam buah kampung,

19
00:01:24,501 --> 00:01:27,670
saya syak mungkin ada petunjuk baharu.

20
00:01:27,754 --> 00:01:31,132
Saya juga tahu satu-satunya cara
untuk mendapat kepastian

21
00:01:31,216 --> 00:01:33,635
adalah dengan pergi ke sana dan siasat.

22
00:01:36,846 --> 00:01:39,599
SARDINIA
ITALI

23
00:01:45,438 --> 00:01:49,651
LIVE TO 100
SECRETS OF THE BLUE ZONES

24
00:01:53,279 --> 00:01:57,075
SARDINIA
ITALI

25
00:01:57,575 --> 00:02:01,871
Baunei ialah kampung yang strategik

26
00:02:02,497 --> 00:02:08,461
di tempat berbatu-bata keras,

27
00:02:08,545 --> 00:02:11,464
di dataran tinggi,

28
00:02:11,548 --> 00:02:15,051
di kaki gunung
dan di tengah-tengah pinggir pantai.

29
00:02:16,427 --> 00:02:20,640
Semua yang lalu akan singgah
kerana keindahannya.

30
00:02:20,723 --> 00:02:22,183
Tempat ini indah!

31
00:02:22,267 --> 00:02:24,561
Semua yang lalu mengidamkannya

32
00:02:24,644 --> 00:02:30,775
kerana kecantikan dan pemandangannya.

33
00:02:33,361 --> 00:02:36,072
USIA 96

34
00:02:39,033 --> 00:02:44,747
Kelanjutan usia di Zon Biru
kebanyakannya di kawasan gunung-ganang.

35
00:02:44,831 --> 00:02:46,374
- Nampak apa?
- Betul.

36
00:02:46,958 --> 00:02:50,003
Ketinggian ialah hipotesis pertama kita,
bukan?

37
00:02:50,086 --> 00:02:52,714
Ini hipotesis asas.

38
00:02:52,797 --> 00:02:56,801
Kami dapati perkampungan ini berada
di ketinggian melebihi 700 meter.

39
00:02:56,885 --> 00:02:59,429
- Ya, meter. 2200 kaki.
- Tepat sekali.

40
00:02:59,512 --> 00:03:03,933
Namun, puncanya tak semestinya ketinggian.

41
00:03:16,404 --> 00:03:17,238
Selamat pagi.

42
00:03:17,322 --> 00:03:18,448
Selamat pagi.

43
00:03:18,531 --> 00:03:21,409
Sekarang baru awak muncul?
Kami dah siap memasak!

44
00:03:21,492 --> 00:03:22,535
Ada majlis!

45
00:03:22,619 --> 00:03:25,872
- Selamat pagi, puan.
- Selamat pagi.

46
00:03:25,955 --> 00:03:27,415
Puan masak apa?

47
00:03:27,498 --> 00:03:28,833
Gathulis.

48
00:03:28,917 --> 00:03:30,210
Maniskah?

49
00:03:30,293 --> 00:03:33,504
Tidak, tak manis.

50
00:03:33,588 --> 00:03:35,965
Kentang dan keju.

51
00:03:37,967 --> 00:03:41,596
Dia rasa kesihatannya baik,
sangat baik atau terbaik?

52
00:03:41,679 --> 00:03:42,639
Laporan kendiri.

53
00:03:55,693 --> 00:03:57,612
Okey, bagus tapi bukan terbaik.

54
00:03:57,695 --> 00:03:59,447
Tak mungkinlah terbaik.

55
00:03:59,530 --> 00:04:00,782
VITTORIA MEREU
USIA 94

56
00:04:00,865 --> 00:04:04,994
Pada pendapatnya kenapa agaknya
dia panjang umur dan kekal sihat?

57
00:04:05,078 --> 00:04:09,457
Bagi saya, seperti saya cakap sebelum ini,
kepercayaan dan harapan.

58
00:04:09,540 --> 00:04:13,127
Itulah puncanya.
Bukan kerana usaha saya sendiri.

59
00:04:13,211 --> 00:04:14,921
Berapa kerap anda ke gereja?

60
00:04:17,298 --> 00:04:18,132
Setiap hari.

61
00:04:18,216 --> 00:04:20,760
Jika saya berjalan perlahan,
sepuluh minit.

62
00:04:20,843 --> 00:04:24,555
Itu sungguh mengagumkan
sebab saya tahu jalan di luar rumahnya

63
00:04:25,473 --> 00:04:26,724
sangat cerun.

64
00:04:31,062 --> 00:04:34,023
Semasa saya kecil,
hanya ada ladang gandum di sini.

65
00:04:34,941 --> 00:04:37,110
Ingat pejabat pos di sini dahulu?

66
00:04:37,193 --> 00:04:39,028
- Ya.
- Tempat Pn. Lavinia bekerja.

67
00:04:39,112 --> 00:04:41,197
Ya, saya ingat.

68
00:04:42,699 --> 00:04:43,616
Selamat petang!

69
00:04:43,700 --> 00:04:44,659
Helo!

70
00:04:44,742 --> 00:04:46,744
Nak ke mana? Bersiar-siar?

71
00:04:48,579 --> 00:04:52,041
Rasanya 99 peratus perjalanan di Zon Biru

72
00:04:52,125 --> 00:04:54,210
perlu mendaki atau menuruni bukit.

73
00:04:54,877 --> 00:04:57,755
Terdapat banyak perkampungan
di kaki gunung,

74
00:04:57,839 --> 00:05:00,258
tapi usia penduduknya tak begitu panjang,

75
00:05:00,341 --> 00:05:03,052
jadi Gianni kaji hal ini.

76
00:05:04,262 --> 00:05:07,307
Dia menemu bual 300 orang sentenarian

77
00:05:07,390 --> 00:05:11,185
dan dia hubung kaitkannya
dengan kecondongan kampung mereka

78
00:05:11,269 --> 00:05:13,229
dan dengan jelas mendapati

79
00:05:13,313 --> 00:05:16,107
antara peramal terbesar bagi usia panjang

80
00:05:16,190 --> 00:05:17,608
adalah kecerunan kampung.

81
00:05:20,737 --> 00:05:23,823
Kecerunan adalah penting bagi kita.
Kita boleh lihat,

82
00:05:24,782 --> 00:05:28,828
dengan hanya berjalan,
kita akan keluarkan lebih tenaga.

83
00:05:31,539 --> 00:05:34,709
Kebanyakan rumah di sini
ada dua hingga empat tingkat.

84
00:05:35,501 --> 00:05:39,130
Setiap hari, mereka perlu menaiki
dan menuruni 30 anak tangga.

85
00:05:41,090 --> 00:05:45,762
Siapa sangka kecerunan sebuah kampung
ada kaitan dengan kelanjutan usia?

86
00:05:46,387 --> 00:05:50,933
Mereka tak berotot atau mampu
sertai triatlon. Mereka berjalan.

87
00:05:53,936 --> 00:05:58,691
Saya teringat Okinawa dan penduduknya
berkebun hampir setiap hari

88
00:05:58,775 --> 00:06:02,653
serta bangun dan duduk di lantai
dan saya nampak persamaannya.

89
00:06:02,737 --> 00:06:05,782
Mereka tak sedar pun yang mereka bersenam.

90
00:06:05,865 --> 00:06:09,202
Mereka bergerak bersahaja sepanjang hari.

91
00:06:10,703 --> 00:06:13,915
Kebanyakan orang duduk
hampir setengah hari.

92
00:06:15,416 --> 00:06:19,712
Kita bergerak dari kereta,
ke meja dan ke sofa

93
00:06:20,380 --> 00:06:22,924
dan ketidakgiatan fizikal berpanjangan itu

94
00:06:23,007 --> 00:06:26,302
meningkatkan risiko diabetes
dan penyakit jantung

95
00:06:26,386 --> 00:06:28,429
yang mampu memendekkan hayat kita.

96
00:06:28,930 --> 00:06:30,181
Namun, di Sardinia,

97
00:06:30,264 --> 00:06:33,226
hanya sebahagian kecil
menghidap penyakit ini,

98
00:06:33,309 --> 00:06:35,561
maka mereka hidup lebih lama.

99
00:06:37,438 --> 00:06:39,440
Ini memberikan petunjuk menarik.

100
00:06:40,233 --> 00:06:44,570
Jika nak hidup lebih lama, tak perlu
bayar yuran keahlian gim yang mahal,

101
00:06:44,654 --> 00:06:48,866
sebaliknya, jangan gunakan lif
dan mula menaiki tangga.

102
00:06:48,950 --> 00:06:54,622
SARDINIA
KECERUNAN

103
00:07:12,098 --> 00:07:15,893
Zon Biru di Sardinia terletak
di kawasan Barbagia,

104
00:07:17,937 --> 00:07:21,441
nama yang terbit
daripada perkataan "barbar".

105
00:07:22,942 --> 00:07:28,030
Kira-kira 13,000 tahun lalu,
sebuah populasi meneroka pulau ini.

106
00:07:28,614 --> 00:07:30,783
Selepas itu, orang Fonesia tiba,

107
00:07:30,867 --> 00:07:32,243
seterusnya orang Roman

108
00:07:32,326 --> 00:07:35,663
dan orang Arab.
Setiap masyarakat yang tiba ini

109
00:07:35,746 --> 00:07:38,791
cuba menakluki populasi pengasas tersebut.

110
00:07:41,544 --> 00:07:44,589
Lama-kelamaan,
mereka berpindah ke kawasan tinggi.

111
00:07:46,466 --> 00:07:51,179
Masyarakat ini secara amnya tidak diganggu
kerana reputasi bengis mereka.

112
00:07:52,054 --> 00:07:55,475
Orang luar dianggap masalah
dan jika mereka masuk ke kawasan ini,

113
00:07:55,558 --> 00:07:58,561
mereka akan berdepan ancaman bunuh.

114
00:07:58,644 --> 00:08:04,150
Selama 2,000 tahun,
gaya hidup ini membentuk suatu tradisi,

115
00:08:04,233 --> 00:08:05,776
tatakelakuan,

116
00:08:06,360 --> 00:08:09,197
set nilai dan pemakanan tertentu.

117
00:08:11,240 --> 00:08:13,451
Keadaan sekarang tak jauh berbeza

118
00:08:13,534 --> 00:08:16,370
dengan keadaan seribu tahun lalu.

119
00:08:27,798 --> 00:08:28,716
Dah panas?

120
00:08:30,510 --> 00:08:32,720
Susah untuk panaskan dengan cepat.

121
00:08:32,803 --> 00:08:37,600
Awak perlu kacaukannya
dan biarkan sebentar.

122
00:08:37,683 --> 00:08:39,018
Awak kurang mahir!

123
00:08:41,020 --> 00:08:42,688
Mana garam?

124
00:08:44,315 --> 00:08:45,149
Mana bawang?

125
00:08:45,816 --> 00:08:50,154
Jika anda nak tahu pemakanan
orang Sardinia untuk capai usia 100 tahun,

126
00:08:50,780 --> 00:08:54,659
tempat terbaik untuk selidik
adalah di dapur wanita warga emas.

127
00:08:57,286 --> 00:09:00,873
Mereka masak makanan yang sama
sejak turun-temurun.

128
00:09:04,001 --> 00:09:07,672
Namun, pasta dan roti mereka
yang benar-benar mengejutkan saya.

129
00:09:08,339 --> 00:09:12,760
Saya dari Amerika, jadi saya hairan.
Karbohidrat musuh kita, bukan?

130
00:09:13,636 --> 00:09:15,388
Roti dan pasta,

131
00:09:15,471 --> 00:09:18,599
kita tak boleh sangkal
yang ini karbohidrat ringkas.

132
00:09:21,227 --> 00:09:25,565
Namun, yang penting adalah cara
karbohidrat ringkas ini disediakan.

133
00:09:26,440 --> 00:09:30,194
Sebagai contoh, roti doh masam.
Apabila membuat roti doh masam,

134
00:09:30,278 --> 00:09:34,365
prosesnya amat berbeza
dengan cara membuat roti putih biasa

135
00:09:34,448 --> 00:09:39,495
kerana roti doh masam dinaikkan
dengan bakteria laktobasilus

136
00:09:39,579 --> 00:09:43,040
yang merendahkan muatan glisemik
seluruh hidangan.

137
00:09:43,833 --> 00:09:48,254
Ini bermakna roti doh masam sebenarnya
merendahkan penyerapan gula

138
00:09:49,171 --> 00:09:52,592
dan itu dapat menjelaskan
punca kadar diabetEs rendah

139
00:09:52,675 --> 00:09:54,802
dan kadar kelanjutan usia tinggi.

140
00:09:55,386 --> 00:09:59,015
Namun, kebanyakan bahan di sini
adalah karbohidrat kompleks

141
00:09:59,890 --> 00:10:02,602
seperti bijirin tulen,
sayuran dan kekacang.

142
00:10:03,227 --> 00:10:07,690
Sudah berkurun minestrone menjadi
hidangan utama dalam pemakanan ini.

143
00:10:08,316 --> 00:10:12,612
Apa itu minestrone?
Pada asasnya kekacang, adakalanya pasta

144
00:10:12,695 --> 00:10:14,488
dan apa-apa sayuran yang ada,

145
00:10:14,572 --> 00:10:16,824
apa-apa yang tumbuh di taman mereka.

146
00:10:16,907 --> 00:10:20,244
Semua ramuan ada pelbagai jenis serat

147
00:10:20,328 --> 00:10:24,832
dan itu mengawal keradangan
dan memastikan sistem imun kuat.

148
00:10:24,915 --> 00:10:26,417
Boleh tak kalau saya…

149
00:10:26,500 --> 00:10:27,710
Cuba rasa!

150
00:10:30,087 --> 00:10:31,797
Itu makanan harian mereka

151
00:10:31,881 --> 00:10:34,342
dan sebahagian besar
pengambilan kalori mereka.

152
00:10:34,425 --> 00:10:36,594
Itulah sup sayur yang sedap ini.

153
00:10:40,431 --> 00:10:43,893
Seperti orang Okinawa
dan ubi keledek ungu mereka,

154
00:10:44,560 --> 00:10:47,563
orang Sardinia
makan makanan tinggi karbohidrat.

155
00:10:51,525 --> 00:10:53,069
Ini buat saya terfikir,

156
00:10:53,152 --> 00:10:57,239
mungkin karbohidrat taklah teruk sangat
jika disediakan dengan betul.

157
00:11:00,701 --> 00:11:06,624
SARDINIA
KARBOHIDRAT BAIK

158
00:11:11,629 --> 00:11:13,923
Berapa sentenarian di perkuburan ini?

159
00:11:14,006 --> 00:11:16,676
Saya kira hampir 30 orang.

160
00:11:16,759 --> 00:11:19,428
- Tiga puluh sentenarian?
- Ya, 30.

161
00:11:20,096 --> 00:11:21,555
Umurnya 103 tahun?

162
00:11:22,431 --> 00:11:23,557
1880 hingga…

163
00:11:23,641 --> 00:11:24,475
Tepat sekali.

164
00:11:24,558 --> 00:11:26,227
- 103.
- 103.

165
00:11:26,310 --> 00:11:28,854
Individu 103 tahun dikebumikan bersama.

166
00:11:29,563 --> 00:11:31,107
Gianni tak hairan!

167
00:11:32,483 --> 00:11:37,571
Adakalanya ada kubur suami isteri,
kedua-duanya sentenarian.

168
00:11:38,364 --> 00:11:41,992
Saya tak perlu berada lama
di perkuburan Sardinia untuk tahu

169
00:11:42,076 --> 00:11:43,994
yang mereka hidup lama.

170
00:11:44,078 --> 00:11:48,416
Namun, apabila saya mendalaminya,
saya perasan sesuatu yang menarik.

171
00:11:48,499 --> 00:11:52,628
Menurut statistik, wanita biasanya hidup
lebih lama daripada lelaki.

172
00:11:53,671 --> 00:11:56,215
Di Amerika, seorang sentenarian lelaki

173
00:11:56,298 --> 00:11:59,135
berkadar dengan lima sentenarian wanita,

174
00:11:59,218 --> 00:12:01,929
tapi di Sardinia,
nisbahnya satu kepada satu.

175
00:12:02,012 --> 00:12:05,975
Ini kepadatan tertinggi di dunia
bagi sentenarian lelaki.

176
00:12:07,435 --> 00:12:13,190
Saya ada dua mak cik. Seorang meninggal
pada usia 103 tahun, seorang lagi 102.

177
00:12:13,858 --> 00:12:15,317
Berapa umur anda?

178
00:12:16,318 --> 00:12:17,445
Dia orang tua!

179
00:12:18,738 --> 00:12:21,157
Taklah setua yang dia kata.

180
00:12:24,076 --> 00:12:25,369
Apa yang berlaku?

181
00:12:25,453 --> 00:12:28,956
Apa perkara istimewa
yang orang lelaki di sini buat?

182
00:12:29,039 --> 00:12:31,041
Mereka bukan petani atau tukang.

183
00:12:31,125 --> 00:12:33,836
Mereka tidak uruskan bar atau restoran.

184
00:12:34,336 --> 00:12:38,382
Rupa-rupanya, mengikut tradisi,
lelaki di sini merupakan penggembala.

185
00:12:56,150 --> 00:12:58,027
GINO LOCCI
USIA 93

186
00:12:58,110 --> 00:13:01,614
Pertama, kami perah susu haiwan

187
00:13:02,573 --> 00:13:04,658
pada awal pagi apabila hari mula cerah.

188
00:13:16,212 --> 00:13:17,838
Dinding belum ada,

189
00:13:18,923 --> 00:13:21,425
jadi kami kena ekori ternakan kami.

190
00:13:26,430 --> 00:13:27,807
Apa kelebihan menggembala

191
00:13:27,890 --> 00:13:31,519
yang mampu menyumbang
kepada usia panjang lelaki di sini?

192
00:13:34,396 --> 00:13:38,359
Mereka habiskan masa dengan ternakan
dan mendaki bukit-bukau.

193
00:13:38,442 --> 00:13:42,154
Mereka tidur sebentar
dan pulang pada waktu minum

194
00:13:42,238 --> 00:13:44,532
dan minum wain bersama kawan mereka.

195
00:13:47,368 --> 00:13:49,829
Jadi, orang lelaki di Sardinia bekerja,

196
00:13:49,912 --> 00:13:53,958
tapi mereka tak nampak terlalu tertekan
semasa bekerja.

197
00:13:55,125 --> 00:13:58,254
Tekanan ibarat butang
yang minda kita tekan

198
00:13:58,337 --> 00:14:03,926
yang bertindak sebagai mekanisme lalai
untuk sesuaikan diri dengan situasi buruk.

199
00:14:04,009 --> 00:14:08,138
Sebaik saja kita rasa tertekan,
glukosa dalam darah naik mendadak.

200
00:14:08,222 --> 00:14:09,139
Wah.

201
00:14:09,223 --> 00:14:12,059
Penanda keradangan juga
akan naik mendadak.

202
00:14:12,142 --> 00:14:13,936
Kita tahu sebab evolusinya.

203
00:14:14,019 --> 00:14:18,148
Apabila kita dikejar haiwan
atau ada luka terbuka,

204
00:14:18,232 --> 00:14:20,276
keradangan akan melindungi kita.

205
00:14:20,901 --> 00:14:22,611
- Semasa tertekan?
- Ya.

206
00:14:22,695 --> 00:14:23,779
Itu macam faedah.

207
00:14:23,863 --> 00:14:26,031
Benar jika untuk jangka masa pendek.

208
00:14:26,115 --> 00:14:29,952
Masalahnya, jika butang itu ditekan
untuk tempoh yang lama,

209
00:14:30,536 --> 00:14:32,913
kesannya akan menjadi negatif.

210
00:14:35,499 --> 00:14:37,042
Tekanan berterusan atau kronik

211
00:14:37,126 --> 00:14:40,212
boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular
dan penyakit lain.

212
00:14:41,881 --> 00:14:45,843
Bukannya penggembala di sini
langsung tak mengalami tekanan.

213
00:14:45,926 --> 00:14:49,597
Cuma mereka tak mengalami
banyak tekanan kronik.

214
00:14:51,432 --> 00:14:54,518
Dalam tinjauan tekanan harian
mengikut negara,

215
00:14:54,602 --> 00:14:56,812
Rakyat Amerika melaporkan sebaliknya.

216
00:14:57,313 --> 00:15:00,566
Rakyat Amerika melebihi
nilai purata global sebanyak 20%

217
00:15:01,150 --> 00:15:05,779
Antara cara
yang menjadikan tekanan bermanfaat

218
00:15:05,863 --> 00:15:08,699
adalah jika ia diatasi
dengan daya tindak aktif.

219
00:15:09,199 --> 00:15:11,076
Hari ini, dalam dunia maju ini,

220
00:15:11,160 --> 00:15:13,704
menerusi media sosial dan berita,

221
00:15:13,787 --> 00:15:16,999
kita disajikan segala masalah
di seluruh dunia.

222
00:15:17,082 --> 00:15:20,252
Kita tak dapat kawal masalah ini
secara fizikal,

223
00:15:21,587 --> 00:15:25,382
tapi kita boleh kawal
cara kita jaga kambing

224
00:15:25,466 --> 00:15:27,551
untuk pastikan ternakan kita sihat.

225
00:15:27,635 --> 00:15:30,888
Daya tindak aktif inilah

226
00:15:30,971 --> 00:15:34,058
yang membolehkan kita selesaikan masalah

227
00:15:34,141 --> 00:15:37,353
dan amat penting bagi kesihatan mental,

228
00:15:38,020 --> 00:15:41,607
kelanjutan kognitif
dan ketahanan terhadap tekanan.

229
00:15:42,816 --> 00:15:47,112
Di kebanyakan tempat di dunia,
kita didorong bekerja keras

230
00:15:47,196 --> 00:15:48,989
hari demi hari.

231
00:15:49,073 --> 00:15:53,994
Di Sardinia, kerja mereka tak penting.
Yang penting, cara mereka bekerja.

232
00:15:54,662 --> 00:16:00,668
SARDINIA
KAWAL TEKANAN

233
00:16:06,757 --> 00:16:10,594
Ini satu lagi petunjuk. Biasanya,
apabila ada ramai warga emas,

234
00:16:10,678 --> 00:16:13,222
ada banyak rumah jagaan warga emas juga.

235
00:16:13,722 --> 00:16:14,974
Namun, tidak di sini.

236
00:16:15,057 --> 00:16:19,269
Malah, saya tak nampak satu pun
rumah begitu di seluruh Zon Biru ini.

237
00:16:20,980 --> 00:16:27,194
Jika rumah jagaan tak jaga warga tua,
dari mana mereka dapat penjagaan?

238
00:16:32,491 --> 00:16:36,495
GIULIA PISANU
USIA 101

239
00:16:37,413 --> 00:16:40,541
Saya tak suka ke sekolah untuk menulis.

240
00:16:41,166 --> 00:16:43,377
Kini dia takkan pulangkan pen awak.

241
00:16:44,378 --> 00:16:47,006
Dia menulis ayat terakhir.

242
00:16:48,257 --> 00:16:51,010
Anda baru sambut
ulang tahun kelahiran ke-101?

243
00:16:51,093 --> 00:16:52,386
Semasa saya 80 tahun,

244
00:16:52,469 --> 00:16:55,848
seorang wanita tanya saya
tentang wang pencen.

245
00:16:55,931 --> 00:16:59,977
Semua ahli keluarga saya
meninggal dunia sekitar usia 80-an,

246
00:17:00,060 --> 00:17:02,438
jadi saya kata, "Apa gunanya wang pencen?"

247
00:17:02,521 --> 00:17:07,401
Kini saya terlepas bayaran pencen
selama 21 tahun.

248
00:17:07,484 --> 00:17:09,778
Tapi umur mak cik bertambah.

249
00:17:11,238 --> 00:17:12,823
Dia membujang dari dulu?

250
00:17:12,906 --> 00:17:13,907
Ya.

251
00:17:13,991 --> 00:17:16,285
Mak Cik Gio bujang dari dulu?

252
00:17:16,368 --> 00:17:19,455
- Ya.
- Betul, dia memang bujang dari dulu.

253
00:17:19,538 --> 00:17:20,831
Dia kekal membujang.

254
00:17:21,749 --> 00:17:25,502
Kami bergilir-gilir
menjaga dia setiap hari.

255
00:17:25,586 --> 00:17:28,672
Kami bawa dia bersiar-siar
dan masak untuk dia.

256
00:17:29,339 --> 00:17:32,926
Semasa muda pun, semua anak saudaranya
sering ajak dia makan bersama.

257
00:17:33,010 --> 00:17:36,263
Kami tak pernah biarkan dia berseorangan
pada hari Ahad,

258
00:17:36,346 --> 00:17:40,059
meskipun kami sibuk
menjaga anak-anak kami.

259
00:17:40,142 --> 00:17:43,979
Kami sering anggap dia
macam ibu kami sendiri.

260
00:17:45,105 --> 00:17:49,026
Dia tiada anak tapi dia jaga kami.

261
00:17:49,818 --> 00:17:52,237
Ada suatu masa, dia sakit tenat.

262
00:17:53,655 --> 00:17:55,199
Kami bawa dia ke hospital

263
00:17:55,699 --> 00:17:57,159
dan di hospital,

264
00:17:57,785 --> 00:18:00,579
dia sering menghadap dinding

265
00:18:00,662 --> 00:18:02,915
dan enggan bercakap dengan sesiapa.

266
00:18:02,998 --> 00:18:06,668
Dia tak mahu cakap apa-apa
dan kami risau akan kehilangan dia.

267
00:18:06,752 --> 00:18:10,589
Jadi kami bergilir-gilir
secara berkumpulan

268
00:18:10,672 --> 00:18:12,216
suap dia makanan.

269
00:18:12,299 --> 00:18:13,842
Kami pegang kepala dia

270
00:18:13,926 --> 00:18:15,844
kerana dia tak mampu berdiri.

271
00:18:20,349 --> 00:18:23,936
Dia pasti mati jika diabaikan
pada waktu itu.

272
00:18:24,728 --> 00:18:30,317
Jelas sekali, masyarakat Zon Biru
tinggal berdekatan ahli keluarga yang tua

273
00:18:30,400 --> 00:18:32,986
supaya mereka dijaga dengan lebih baik.

274
00:18:33,821 --> 00:18:38,742
Antara cara terpantas untuk memendekkan
jangka hayat ibu bapa kita

275
00:18:38,826 --> 00:18:40,494
adalah tinggal di rumah persaraan.

276
00:18:40,953 --> 00:18:44,248
Jika tinggal di situ,
mereka hilang dua ke enam tahun

277
00:18:44,331 --> 00:18:46,416
bergantung kepada beberapa keadaan.

278
00:18:46,500 --> 00:18:50,838
Satu kajian menganggarkan, hari ini,
individu berusia 50 tahun di Amerika

279
00:18:50,921 --> 00:18:53,632
mempunyai 53 peratus kemungkinan

280
00:18:53,715 --> 00:18:56,885
untuk tinggal di rumah persaraan
dalam hayatnya.

281
00:18:56,969 --> 00:18:59,429
Namun, di Sardinia, itu tak berlaku.

282
00:18:59,513 --> 00:19:03,934
Mereka jadikan komuniti nilai asas.
Mereka bersatu sebagai satu komuniti

283
00:19:04,017 --> 00:19:06,311
dan teras komuniti ialah keluarga.

284
00:19:06,395 --> 00:19:09,439
Maka, bukan saja mereka
dijaga lebih baik di rumah,

285
00:19:09,523 --> 00:19:12,151
kebijaksanaan mereka juga
dijadikan pedoman.

286
00:19:21,869 --> 00:19:23,662
Pemahaman ini dicerminkan

287
00:19:23,745 --> 00:19:27,583
dalam sebuah kisah
tentang kampung terbiar, Gairo Vecchio.

288
00:19:33,797 --> 00:19:37,009
Ada kisah yang menceritakan,
pada suatu masa dahulu,

289
00:19:37,551 --> 00:19:39,720
apabila warga tua mula jadi beban,

290
00:19:40,220 --> 00:19:44,850
anak lelaki sulung mereka
akan menolak mereka dari tebing tinggi.

291
00:19:47,603 --> 00:19:50,564
Namun, ada seorang anak lelaki
enggan buat begitu.

292
00:19:51,815 --> 00:19:54,526
Dia sembunyikan ayahnya
yang berusia 70 tahun,

293
00:19:54,610 --> 00:19:57,613
dan lama-kelamaan,
anak lelaki itu semakin berjaya.

294
00:19:59,114 --> 00:20:01,783
Apabila ditanya
tentang rahsia kejayaannya,

295
00:20:01,867 --> 00:20:04,536
dia mendedahkan bahawa ayahnya masih hidup

296
00:20:04,620 --> 00:20:08,790
dan kejayaannya adalah kerana dia peroleh
kebijaksanaan ayahnya.

297
00:20:09,625 --> 00:20:13,086
Pengajarannya,
hubungan kita dengan orang tua

298
00:20:13,170 --> 00:20:15,339
adalah anugerah yang perlu dihargai,

299
00:20:15,422 --> 00:20:19,718
dan akhirnya nanti,
mereka yang membolehkan kita berjaya.

300
00:20:20,761 --> 00:20:23,722
Awak suka berada di sini
atau sekadar bekerja?

301
00:20:23,805 --> 00:20:25,182
Nak tahu sesuatu?

302
00:20:25,265 --> 00:20:26,975
Apabila kami berada di sini,

303
00:20:27,059 --> 00:20:28,227
kami rasa tenang.

304
00:20:29,144 --> 00:20:30,562
Kami dapat bertenang

305
00:20:30,646 --> 00:20:34,024
kerana dia pancarkan kedamaian.

306
00:20:34,107 --> 00:20:36,818
Bagi saya, menjaga Giulia menenangkan.

307
00:20:41,240 --> 00:20:44,493
Semasa saya mula menyiasat
tentang Zon Biru di sini,

308
00:20:44,576 --> 00:20:48,538
saya beri penekanan
kepada roti doh masam dan minestrone.

309
00:20:48,622 --> 00:20:50,457
Namun, saya mula percaya

310
00:20:50,540 --> 00:20:54,503
bahawa terdapat penentu yang lebih kuat
bagi usia panjang di sini

311
00:20:55,462 --> 00:20:57,756
iaitu tradisi dan norma sosial.

312
00:20:59,216 --> 00:21:02,177
Rasa hormat yang luar biasa buat keluarga.

313
00:21:05,430 --> 00:21:11,895
SARDINIA
MENJAGA WARGA TUA

314
00:21:17,109 --> 00:21:19,695
Sardinia dan Okinawa terpencil tempatnya.

315
00:21:20,320 --> 00:21:22,281
Lokasinya yang jauh terasing

316
00:21:22,364 --> 00:21:28,870
melindunginya daripada kuasa pemodenan
yang merosakkan.

317
00:21:31,707 --> 00:21:35,919
Itu yang membuatkan perjalanan saya
yang seterusnya amat menarik.

318
00:21:36,003 --> 00:21:39,548
Semasa saya mula mencari Zon Biru,

319
00:21:39,631 --> 00:21:45,178
saya nak tahu jika lokasi kelanjutan usia
boleh wujud di Amerika.

320
00:21:46,096 --> 00:21:49,433
Saya mula dengan data CDC
tapi data mereka tak banyak.

321
00:21:49,516 --> 00:21:53,603
Kemudian, saya dapatkan data jangka hayat
bagi setiap daerah,

322
00:21:53,687 --> 00:21:55,188
tapi itu kurang membantu.

323
00:21:56,565 --> 00:22:01,528
Sehinggalah saya dapat petunjuk
untuk baca kajian Kesihatan Adven…

324
00:22:03,613 --> 00:22:07,784
tentang Pengikut Adven Hari Ketujuh.
Saya tak pernah dengar tentang mereka,

325
00:22:07,868 --> 00:22:12,039
tapi kajian Kesihatan Adven
menemui 96,000 pengikutnya

326
00:22:12,122 --> 00:22:15,250
dan bukan saja usia mereka ditanya,

327
00:22:15,334 --> 00:22:19,087
malah, disebabkan tabiat
dan gaya hidup juga ditanya,

328
00:22:19,171 --> 00:22:25,135
pengkaji mula nampak tingkah laku
yang dikaitkan dengan umur panjang.

329
00:22:26,094 --> 00:22:29,556
Perkara paling mengejutkan ditemukan
dalam komuniti Adven

330
00:22:29,639 --> 00:22:33,769
iaitu pengikutnya
melawan lumrah kepanjangan usia.

331
00:22:33,852 --> 00:22:37,105
Tempat ini bukan lokasi eksotik
di seberang dunia.

332
00:22:37,189 --> 00:22:40,859
Ini Zon Biru yang terletak
di pinggir sebuah bandar Amerika.

333
00:22:42,527 --> 00:22:47,449
Saya ingat lagi kali pertama
saya memandu ke Loma Linda.

334
00:22:48,158 --> 00:22:50,952
Saya tiba
di Lapangan Terbang Antarabangsa LA,

335
00:22:51,036 --> 00:22:52,037
sewa kereta,

336
00:22:52,120 --> 00:22:55,707
memandu dua jam di Lebuh Raya 10,
lebuh raya San Bernardino,

337
00:22:55,791 --> 00:22:57,542
yang ada enam lorong trafik.

338
00:22:58,585 --> 00:23:00,962
Kemudian saya keluar di Loma Linda

339
00:23:01,046 --> 00:23:03,924
dan perkara pertama saya nampak
ialah Del Taco,

340
00:23:04,007 --> 00:23:06,259
lalu saya fikir, "Ini Zon Biru?"

341
00:23:08,261 --> 00:23:13,141
LOMA LINDA
AMERIKA SYARIKAT

342
00:23:32,536 --> 00:23:35,705
Bunyinya sukar dipercayai,
tapi menurut kajian,

343
00:23:35,789 --> 00:23:39,084
pengikut Adven hidup lebih lama
berbanding warga California lain.

344
00:23:39,167 --> 00:23:44,714
7.3 tahun lebih lama bagi lelaki
dan 4.4 tahun lebih lama bagi wanita.

345
00:23:44,798 --> 00:23:47,717
Komuniti Amerika biasa ini
tak terpencil langsung.

346
00:23:48,635 --> 00:23:54,182
Jadi, bagaimana Loma Linda mencapai hasil
yang sama dengan Zon Biru lain?

347
00:23:54,266 --> 00:23:59,020
PUSAT DRAYSON

348
00:24:04,025 --> 00:24:07,571
Ayuh. Atas dan bawah!

349
00:24:07,654 --> 00:24:09,865
Tolak, tarik!

350
00:24:09,948 --> 00:24:13,994
Atas dan bawah!
Lepaskan nafas semasa angkat.

351
00:24:19,958 --> 00:24:21,585
Di siku.

352
00:24:34,973 --> 00:24:40,604
Di Amerika, berbilion dolar dibelanjakan
untuk keahlian gim yang jarang digunakan.

353
00:24:40,687 --> 00:24:42,647
Niat kita baik,

354
00:24:42,731 --> 00:24:46,485
tapi kita tak mampu kekalkan rutin senaman

355
00:24:46,568 --> 00:24:48,487
cukup lama untuk buat perubahan.

356
00:24:49,029 --> 00:24:51,823
Namun, entah bagaimana
penganut Adven di Loma Linda

357
00:24:51,907 --> 00:24:57,370
berjaya mengekalkan rutin aktiviti fizikal
dan aktiviti sihat lain.

358
00:25:00,457 --> 00:25:02,000
Hebatnya!

359
00:25:05,045 --> 00:25:07,130
Okey. Dua, lima, satu.

360
00:25:08,298 --> 00:25:11,343
Menurut legenda,
anda bawa pickleball ke Loma Linda.

361
00:25:12,093 --> 00:25:14,721
Saya bermain sejak 2016.

362
00:25:14,804 --> 00:25:16,973
Ibu angkat pickleball Loma Linda.

363
00:25:17,933 --> 00:25:20,894
Saya agak beginilah keadaan setiap Jumaat.

364
00:25:20,977 --> 00:25:25,065
Ada orang berusia 82 tahun.
Orang berusia 87 tahun pun ada tadi.

365
00:25:25,148 --> 00:25:25,982
Ya.

366
00:25:26,066 --> 00:25:29,653
Umur anda 84 tahun.
Biasanya berapa jam anda bermain?

367
00:25:29,736 --> 00:25:31,321
- Tiga jam.
- Tiga jam!

368
00:25:31,404 --> 00:25:32,239
Ya.

369
00:25:32,322 --> 00:25:33,532
Anda seorang doktor.

370
00:25:33,615 --> 00:25:37,827
Anda rasa mungkinkah pickleball ini
rahsia umur panjang?

371
00:25:38,787 --> 00:25:40,914
Saya boleh kata, sebahagiannya.

372
00:25:40,997 --> 00:25:44,459
- Sebahagiannya?
- Rutin harian hidup kita lebih membantu.

373
00:25:44,543 --> 00:25:45,669
Itu perkara utama.

374
00:25:45,752 --> 00:25:50,257
Kelanjutan usia berpunca
daripada senaman dan komuniti.

375
00:25:50,340 --> 00:25:52,842
Jika kita murung, kita takkan hidup lama.

376
00:25:52,926 --> 00:25:56,388
Ini sebuah komuniti.
Kita bertempik dan gembira di sini.

377
00:25:56,471 --> 00:25:58,932
Kami saling menghubungi
macam budak sekolah.

378
00:25:59,015 --> 00:26:00,559
- Ya.
- "Mari bermain."

379
00:26:00,642 --> 00:26:03,520
Walaupun mereka datang buat kali pertama,

380
00:26:03,603 --> 00:26:05,063
mereka menjadi kawan.

381
00:26:05,146 --> 00:26:09,192
Jadi, apabila kita tahu ada orang perlukan
dan mahukan kita

382
00:26:09,276 --> 00:26:10,986
berada dalam hidupnya,

383
00:26:11,861 --> 00:26:13,863
itu melanjutkan usia kita.

384
00:26:13,947 --> 00:26:16,408
Ada sebab untuk hidup. Kita perlu itu.

385
00:26:16,491 --> 00:26:21,371
Jika tiada sesiapa pedulikan kita,
tak kisahlah kita hidup atau mati esok.

386
00:26:21,454 --> 00:26:23,039
Ada orang perlukan kita.

387
00:26:24,749 --> 00:26:28,378
Kadar kematian boleh dikurangkan
hingga satu pertiga pada bila-bila masa

388
00:26:28,461 --> 00:26:32,132
dengan kekal aktif,
tapi kebanyakan rakyat Amerika tak aktif.

389
00:26:32,757 --> 00:26:36,219
Di Loma Linda,
nampaknya ada sesuatu yang berkesan.

390
00:26:36,845 --> 00:26:38,221
Rahsianya mungkin

391
00:26:38,305 --> 00:26:41,308
bukan cuba membentuk disiplin
atau kepekaan minda.

392
00:26:41,933 --> 00:26:44,978
Sebaliknya, membina komuniti
bagi sesuatu aktiviti.

393
00:26:46,271 --> 00:26:48,857
Pengikut Adven Hari Ketujuh
ialah penganut Methodist

394
00:26:48,940 --> 00:26:51,109
yang membezakan diri mereka

395
00:26:51,192 --> 00:26:53,320
dengan menyebarkan Kristian
melalui kesihatan.

396
00:26:54,154 --> 00:26:58,575
120 tahun lalu,
tempat ini hanya dipenuhi dusun oren

397
00:26:58,658 --> 00:27:02,412
dan apabila penganut Adven tiba,
mereka bina dua benda,

398
00:27:02,495 --> 00:27:04,080
gereja dan hospital.

399
00:27:04,664 --> 00:27:08,627
Dalam tempoh seabad,
kedua-duanya berkembang pesat.

400
00:27:08,710 --> 00:27:12,422
Universiti Loma Linda memiliki
antara hospital terbaik di Amerika,

401
00:27:12,505 --> 00:27:15,759
dan kini Gereja Adven
telah berkembang ke seluruh dunia.

402
00:27:15,842 --> 00:27:18,595
Lokasi Loma Linda bukanlah terpencil,

403
00:27:18,678 --> 00:27:23,099
tapi saya mula nampak
yang budaya mereka agak terasing.

404
00:27:23,183 --> 00:27:28,146
Mereka bersatu teguh
menyokong doktrin kesihatan ini

405
00:27:28,229 --> 00:27:32,192
dan ia bukan persekitaran fizikal saja,

406
00:27:32,275 --> 00:27:35,278
tetapi persekitaran sosial
dan keagamaan juga.

407
00:27:36,321 --> 00:27:39,949
Penganut Adven ada rukun tingkah laku

408
00:27:40,033 --> 00:27:43,995
yang dianggap perbuatan salih.
Antaranya adalah kekal aktif

409
00:27:44,079 --> 00:27:48,958
dan kita nampak hal ini dengan jelas.
Satu lagi, bekerja sukarela.

410
00:27:54,506 --> 00:27:56,007
Apa yang berlaku?

411
00:27:56,091 --> 00:27:57,676
Inilah yang paling bagus.

412
00:27:58,259 --> 00:28:00,720
- Ini paling bagus.
- Yang paling penting.

413
00:28:00,804 --> 00:28:01,638
Tepat sekali.

414
00:28:01,721 --> 00:28:05,308
Di sinilah adrenalina
mula meningkat pada waktu pagi.

415
00:28:05,392 --> 00:28:10,063
Kami berdoa,
"Tuhan, bantu kami menjadi kaki-Mu."

416
00:28:10,146 --> 00:28:14,526
Ada apa-apa faedah pada ketika ini
kerana melakukan kerja ini?

417
00:28:14,609 --> 00:28:16,820
Ia mencipta kebahagiaan

418
00:28:16,903 --> 00:28:19,406
dan kita semua ada pilihan setiap hari.

419
00:28:19,489 --> 00:28:22,283
Adakah kita nak jadi tak aktif

420
00:28:22,367 --> 00:28:24,911
atau kita nak jadi produktif?

421
00:28:24,994 --> 00:28:29,749
Menjalani kehidupan produktif
dan berkhidmat penuh kepada masyarakat.

422
00:28:29,833 --> 00:28:32,043
Bukan sastera saja saya buat.

423
00:28:32,127 --> 00:28:36,339
Kami beri orang makan. Kami tanya khabar.
Kami melawat orang sakit.

424
00:28:38,091 --> 00:28:40,135
Banyak benda boleh diberikan!

425
00:28:45,390 --> 00:28:48,143
Bersukarela ialah cara tak lazim
untuk jaga kesihatan,

426
00:28:48,226 --> 00:28:52,313
tapi kita tahu sukarelawan
mempunyai memori lebih kuat

427
00:28:52,397 --> 00:28:53,815
dan hubungan sosial lebih baik.

428
00:28:53,898 --> 00:28:55,942
Tahap kebahagiaan mereka juga
lebih tinggi.

429
00:28:56,025 --> 00:29:00,613
Ia sering melibatkan aktiviti fizikal
dan rasa bermakna

430
00:29:00,697 --> 00:29:05,201
kerana kita fokus kepada orang lain
dan bukan diri sendiri saja.

431
00:29:05,702 --> 00:29:06,536
BERSUKARELA

432
00:29:06,619 --> 00:29:09,831
Faktor tak ketara begini
yang sering dipandang remeh

433
00:29:09,914 --> 00:29:12,333
dalam formula kelanjutan usia.

434
00:29:17,714 --> 00:29:21,092
Namun, ada satu rukun
yang benar-benar menonjol

435
00:29:21,176 --> 00:29:25,472
iaitu penekanan penganut Adven
terhadap nutrisi.

436
00:29:26,723 --> 00:29:30,935
Ellen White salah seorang pengasas
dan pemimpin Gereja Adven.

437
00:29:31,019 --> 00:29:33,521
Pada pertengahan abad ke-19,

438
00:29:34,022 --> 00:29:36,024
dia mendakwa dia nampak bayangan

439
00:29:36,107 --> 00:29:41,279
tentang kepentingan
mengamalkan gaya hidup sihat,

440
00:29:41,362 --> 00:29:44,866
bukan hanya untuk kesihatan
tapi untuk minda yang lapang

441
00:29:44,949 --> 00:29:47,035
agar dapat lebih mendekati Tuhan.

442
00:29:47,535 --> 00:29:52,749
Dia mencadangkan diet tanpa daging,
lebih kurang seperti diet vegetarian.

443
00:29:52,832 --> 00:29:55,251
Bukan sekadar singkirkan daging.

444
00:29:55,335 --> 00:29:59,172
Maksud saya, pastikan diet seimbang

445
00:29:59,255 --> 00:30:01,633
mesti mengandungi buah-buahan,

446
00:30:01,716 --> 00:30:02,842
legum,

447
00:30:02,926 --> 00:30:03,927
bijirin,

448
00:30:04,469 --> 00:30:05,678
sayur-sayuran

449
00:30:05,762 --> 00:30:06,805
dan kekacang.

450
00:30:07,472 --> 00:30:11,935
Apa resipi anda untuk kekal bertenaga
pada usia 84 tahun?

451
00:30:12,018 --> 00:30:13,353
Saya rasa pemakanan.

452
00:30:13,436 --> 00:30:15,438
- Pemakanan?
- Itu paling penting.

453
00:30:15,522 --> 00:30:17,816
Sebab itu yang memberikan kita tenaga.

454
00:30:17,899 --> 00:30:19,609
Itu yang menjana minda kita.

455
00:30:20,527 --> 00:30:21,945
Anda vegetarian?

456
00:30:22,028 --> 00:30:24,572
Mulanya tidak. Kami kuat makan ikan.

457
00:30:24,656 --> 00:30:27,116
Kami kuat makan daging.

458
00:30:27,200 --> 00:30:31,704
Kolesterol saya meningkat
dan saya tak nak makan apa-apa ubat.

459
00:30:31,788 --> 00:30:35,792
Jadi, perlahan-lahan kami bertukar
kepada vegetarianisme.

460
00:30:35,875 --> 00:30:37,210
Apa yang anda perasan?

461
00:30:37,293 --> 00:30:40,713
Ketahanan kita lebih tinggi.

462
00:30:41,381 --> 00:30:44,425
Tahap kolesterol lebih baik

463
00:30:44,509 --> 00:30:47,887
dan itu sebab saya amat yakin
dengan cara pemakanan ini.

464
00:30:50,223 --> 00:30:52,475
PASAR LOMA LINDA

465
00:30:52,559 --> 00:30:53,935
Anggaran menunjukkan

466
00:30:54,018 --> 00:30:58,690
bahawa kira-kira 35 peratus penganut Adven
ialah vegan atau vegetarian.

467
00:30:58,773 --> 00:31:00,400
Kajian saya mendapati

468
00:31:00,483 --> 00:31:03,278
sebahagian besar diet penganut Adven
ialah buah dan sayur

469
00:31:03,361 --> 00:31:05,822
dengan lima peratus saja kalori mereka

470
00:31:05,905 --> 00:31:08,074
diperoleh daripada daging,
ayam, itik dan ikan.

471
00:31:08,157 --> 00:31:11,661
Namun, bagi rakyat biasa Amerika,
jumlahnya tiga kali ganda.

472
00:31:11,744 --> 00:31:12,829
Di Loma Linda,

473
00:31:12,912 --> 00:31:15,707
pemakanan vegetarian penting
bagi agama mereka

474
00:31:15,790 --> 00:31:20,003
sehinggakan mereka tubuhkan
syarikat makanan vegetarian pada 1905.

475
00:31:20,086 --> 00:31:22,881
Hingga ke hari ini,
di dalam Pasar Loma Linda,

476
00:31:22,964 --> 00:31:25,842
barang berasaskan tumbuhan
adalah lebih banyak.

477
00:31:25,925 --> 00:31:30,805
Tong besar berisi kekacang dan benih,
seksyen keluaran yang besar.

478
00:31:30,889 --> 00:31:33,516
Ada seksyen pelbagai daging tiruan

479
00:31:33,600 --> 00:31:37,061
tapi pengalaman di situ berbeza
berbanding kedai biasa.

480
00:31:37,562 --> 00:31:39,480
Dalam sebahagian besar sejarah manusia,

481
00:31:39,564 --> 00:31:42,066
memakan daging dikatakan lebih sihat.

482
00:31:42,150 --> 00:31:45,528
Daging itu sendiri faktor risiko
bagi beberapa penyakit.

483
00:31:45,612 --> 00:31:47,739
Obesiti, penyakit kardiovaskular,

484
00:31:47,822 --> 00:31:50,199
sesetengah kanser dan diabetes.

485
00:31:50,283 --> 00:31:52,619
Tambahan pula, dalam 20 tahun lalu,

486
00:31:52,702 --> 00:31:56,831
kajian menunjukkan ada komponen
dalam makanan berasaskan tumbuhan

487
00:31:56,915 --> 00:32:00,084
yang tiada
dalam makanan berasaskan haiwan,

488
00:32:00,668 --> 00:32:05,214
tapi penting untuk kesihatan yang baik
dan usia yang panjang.

489
00:32:05,298 --> 00:32:10,219
Kita dapati bahawa memakan buah
dapat menurunkan risiko kanser peparu.

490
00:32:10,303 --> 00:32:13,890
Kita dapati orang
yang kerap makan kekacang

491
00:32:13,973 --> 00:32:16,017
hidup tiga tahun lebih lama.

492
00:32:16,100 --> 00:32:17,393
Wah.

493
00:32:17,477 --> 00:32:19,562
Ia mengurangkan risiko
penyakit kardiovaskular.

494
00:32:19,646 --> 00:32:23,816
Kerap makan kacang
dapat kurangkan risiko kanser kolon.

495
00:32:24,484 --> 00:32:27,904
Jadi, bukan ketiadaan daging saja
yang bermanfaat.

496
00:32:27,987 --> 00:32:31,991
Pengambilan kerap dalam diet

497
00:32:32,075 --> 00:32:35,078
makanan seperti bijian gandum, legum,

498
00:32:35,161 --> 00:32:37,830
buah, sayur dan kekacang.

499
00:32:38,706 --> 00:32:41,876
Kita sering menerima mesej negatif
tentang makanan,

500
00:32:41,960 --> 00:32:44,420
tapi kajian mereka mendedahkan,

501
00:32:44,504 --> 00:32:47,799
bukan setakat mengelakkan
produk berasaskan haiwan,

502
00:32:47,882 --> 00:32:52,136
tapi apabila kita tambah buah,
sayur dan kekacang ke dalam diet kita,

503
00:32:52,220 --> 00:32:56,265
ia membantu menurunkan berat badan
dan memperbaik fungsi imun.

504
00:32:57,016 --> 00:32:58,434
- Selamat pagi.
- Apa khabar?

505
00:32:58,518 --> 00:32:59,352
Baik.

506
00:32:59,435 --> 00:33:03,147
Maksudnya, mereka berjaya
menyampaikan mesej kesihatan

507
00:33:03,231 --> 00:33:04,607
dengan cara positif,

508
00:33:04,691 --> 00:33:07,318
dan bukannya teguran atau amaran keras.

509
00:33:08,820 --> 00:33:12,156
Penganut Adven yang makan makanan
berasaskan tumbuhan hidup paling lama

510
00:33:12,240 --> 00:33:16,035
dan berat mereka kurang 20 paun
berbanding yang makan daging.

511
00:33:16,703 --> 00:33:21,582
Maka, kajian Adven itu
menunjukkan pelan tindakan yang jelas.

512
00:33:22,083 --> 00:33:23,876
Amalkan diet berasaskan tumbuhan.

513
00:33:24,794 --> 00:33:26,713
Ia juga mudah didapatkan oleh semua orang.

514
00:33:28,923 --> 00:33:34,887
LOMA LINDA
DIET BERASASKAN TUMBUHAN

515
00:33:36,431 --> 00:33:39,851
ERNEST ZANE
USIA 95

516
00:33:39,934 --> 00:33:41,686
- Ikut sini.
- Baiklah.

517
00:33:41,769 --> 00:33:45,356
Saya nak tunjukkan semua tempat
yang pernah kami duduki.

518
00:33:45,440 --> 00:33:48,109
- Nenek moyang anda dari China?
- Ya.

519
00:33:48,192 --> 00:33:49,986
Betulkah? Bahagian mana?

520
00:33:50,069 --> 00:33:51,112
LAUTAN INDIA

521
00:33:51,195 --> 00:33:52,488
Canton.

522
00:33:52,572 --> 00:33:53,698
Di selatan?

523
00:33:53,781 --> 00:33:54,782
Ya.

524
00:33:54,866 --> 00:33:58,786
Apabila melihat gambar-gambar ini,
yang mana paling bermakna?

525
00:33:58,870 --> 00:33:59,996
Anak perempuan saya.

526
00:34:00,079 --> 00:34:03,166
Kenapa gambar dia
paling bermakna bagi anda?

527
00:34:03,750 --> 00:34:05,168
Itu saja yang saya ada.

528
00:34:06,044 --> 00:34:09,213
Maksud anda,
anda hidup 30 tahun lebih lama

529
00:34:09,297 --> 00:34:10,590
berbanding ayah anda.

530
00:34:10,673 --> 00:34:11,674
Betul.

531
00:34:11,758 --> 00:34:14,761
Anda penganut Adven, tapi ayah anda bukan?

532
00:34:14,844 --> 00:34:18,598
Dia tak tahu tentang kesihatan.
Dia minum arak dan merokok.

533
00:34:19,098 --> 00:34:23,227
Jika saya ikut jejak langkah
dan gaya hidup ayah saya,

534
00:34:23,311 --> 00:34:24,729
saya pasti dah mati.

535
00:34:24,812 --> 00:34:27,690
Saya nak cuba uji teori saya.

536
00:34:27,774 --> 00:34:32,737
Rakyat Amerika taasub
dengan jalan mudah untuk sihat.

537
00:34:32,820 --> 00:34:34,322
Diet, makanan tambahan,

538
00:34:34,405 --> 00:34:36,324
tapi, daripada pemerhatian saya,

539
00:34:36,407 --> 00:34:40,787
melainkan kita ambil tindakan betul
untuk tempoh yang cukup lama

540
00:34:40,870 --> 00:34:42,663
dan elakkan tindakan salah

541
00:34:42,747 --> 00:34:47,585
bukan hanya untuk beberapa bulan,
tapi tahun, dekad atau sepanjang hayat.

542
00:34:48,127 --> 00:34:51,631
Jika kita perhatikan penganut Adven
dan hari Sabat Sabtu,

543
00:34:51,714 --> 00:34:56,177
mereka mengukuhkan tabiat ini
setiap minggu.

544
00:34:56,260 --> 00:34:58,513
Boleh anda gambarkan dengan ringkas

545
00:34:58,596 --> 00:35:02,266
aktiviti bermula malam Jumaat
ketika Sabat bermula hingga Sabtu?

546
00:35:02,350 --> 00:35:04,435
Apa yang berlaku? Apa anda buat?

547
00:35:04,519 --> 00:35:08,648
Kami tak membeli-belah
atau bersukan, contohnya.

548
00:35:08,731 --> 00:35:11,692
- Apa anda buat?
- Saya hadiri latihan koir.

549
00:35:36,843 --> 00:35:39,720
Kehidupan di Amerika penuh dengan tekanan.

550
00:35:40,805 --> 00:35:42,181
Kebimbangan. Tergesa-gesa.

551
00:35:42,265 --> 00:35:45,893
Bergegas dari tempat ke tempat.
Jadual kita padat.

552
00:35:47,478 --> 00:35:50,648
Penganut Adven ada suaka masa

553
00:35:50,731 --> 00:35:55,319
selama 24 jam bermula timbul matahari
pada Jumaat hingga terbenam pada Sabtu

554
00:35:55,403 --> 00:35:56,946
untuk mereka berehat.

555
00:35:57,572 --> 00:35:59,365
Sebagai pendakwah Adven,

556
00:35:59,448 --> 00:36:03,077
terangkan tentang Sabat Adven

557
00:36:03,161 --> 00:36:06,164
yang anda rasa
membantu orang hidup lebih lama.

558
00:36:06,247 --> 00:36:08,749
Tuhan dikatakan berehat
pada hari ketujuh.

559
00:36:08,833 --> 00:36:12,795
Berpandukan arahan yang Dia berikan,

560
00:36:12,879 --> 00:36:16,966
ya, saya boleh berehat dalam rahmat-Nya.

561
00:36:17,049 --> 00:36:21,095
Rehat bukan bermakna
hanya berbaring dan tidur.

562
00:36:21,596 --> 00:36:24,724
Sebaliknya, rehat dan kepuasan
yang sebenar

563
00:36:24,807 --> 00:36:26,976
boleh membawa perubahan.

564
00:36:27,059 --> 00:36:30,313
Adakah anda selalu rasa risau
atau rasa tenteram?

565
00:36:30,396 --> 00:36:33,149
Saya boleh katakan saya rasa tenteram.

566
00:36:33,232 --> 00:36:35,860
Kebimbangan tak membantu apa-apa.

567
00:36:35,943 --> 00:36:37,987
Ia melemahkan kita.

568
00:36:38,070 --> 00:36:42,325
Kesihatan emosi kita tak baik
apabila kita risaukan sesuatu.

569
00:36:42,408 --> 00:36:46,913
Apa patut saya makan?
Apa patut saya minum? Apa patut dipakai?

570
00:36:46,996 --> 00:36:48,831
Itulah yang orang lain buat.

571
00:36:48,915 --> 00:36:50,374
GEREJA
PEJABAT

572
00:36:50,458 --> 00:36:56,505
Melihatkan Zon Biru ini, trend peningkatan
jelas kelihatan dari segi kepercayaan.

573
00:36:56,589 --> 00:37:00,176
Penganut Adven sangat alim
dan patuh pada agama.

574
00:37:00,259 --> 00:37:04,347
Di Sardinia, kita nampak penganut Katolik
yang amat teguh,

575
00:37:04,430 --> 00:37:06,474
dan di Okinawa,

576
00:37:06,557 --> 00:37:08,893
mereka menghormati nenek moyang.

577
00:37:10,311 --> 00:37:13,814
Semasa dia berdoa, apa yang dia hajatkan?

578
00:37:13,898 --> 00:37:16,442
Lindungilah kami.
Saya minta perlindungan.

579
00:37:16,525 --> 00:37:18,361
Lindungilah kami.

580
00:37:18,444 --> 00:37:21,030
Itu yang saya hajatkan.
Pastikan kami sihat.

581
00:37:21,739 --> 00:37:24,659
Untuk cucu-cucu saya.
Supaya mereka selamat.

582
00:37:25,368 --> 00:37:30,456
Analisis menunjukkan orang yang hadir
upacara keagamaan lebih sekali seminggu

583
00:37:30,539 --> 00:37:33,918
dapat panjangkan jangka hayat
sebanyak tujuh tahun.

584
00:37:34,752 --> 00:37:37,255
Tak kiralah agama apa anda anuti.

585
00:37:37,338 --> 00:37:40,758
Yang penting, anda sertai komuniti
berasaskan kepercayaan

586
00:37:40,841 --> 00:37:41,884
dan anda hadir.

587
00:37:41,968 --> 00:37:43,135
KEPERCAYAAN

588
00:37:43,219 --> 00:37:46,180
Ini sesuatu yang kita semua boleh amalkan.

589
00:37:57,900 --> 00:38:01,237
Bapa dan Tuhan kami,
Engkau tinggi memerhatikan kami.

590
00:38:02,405 --> 00:38:04,323
Engkau lihat ciptaan-Mu,

591
00:38:05,157 --> 00:38:07,618
anak-anak lelaki dan perempuan-Mu.

592
00:38:07,702 --> 00:38:10,329
Kami bersyukur kerana dapat berkumpul

593
00:38:10,413 --> 00:38:12,915
sesama yang muda dan yang tidak muda.

594
00:38:12,999 --> 00:38:16,252
Kami bersyukur atas upacara
yang kami berikan hari ini

595
00:38:16,335 --> 00:38:17,461
dan diberi kepada kami.

596
00:38:17,545 --> 00:38:18,671
Kami bersyukur.

597
00:38:20,381 --> 00:38:24,969
Bagi penganut Adven,
saya rasa ini membuatkan mereka patuh.

598
00:38:25,052 --> 00:38:27,555
Ia mengingatkan kita untuk bersosial.

599
00:38:27,638 --> 00:38:30,683
Ia mengingatkan kita tentang tujuan hidup,

600
00:38:30,766 --> 00:38:33,602
untuk ambil diet lengkap
dan berasaskan tumbuhan

601
00:38:33,686 --> 00:38:37,273
kerana kebanyakan campur tangan kesihatan

602
00:38:37,356 --> 00:38:38,858
tidak bertahan lama.

603
00:38:39,608 --> 00:38:43,821
Namun, kita juga tahu
bahawa amalan kesihatan boleh berjangkit.

604
00:38:43,904 --> 00:38:47,074
Ada kajian menunjukkan
jika rakan baik anda obes,

605
00:38:47,158 --> 00:38:50,202
kemungkinan besar anda juga
akan berlebihan berat.

606
00:38:51,245 --> 00:38:55,207
Elemen merokok
dan kesunyian juga boleh berjangkit.

607
00:38:57,418 --> 00:39:02,965
Jadi, pengajarannya, tindakan terbaik
adalah menyertai kumpulan yang betul.

608
00:39:03,591 --> 00:39:07,053
Kelilingi diri anda dengan orang
yang menganggap rekreasi

609
00:39:07,136 --> 00:39:09,347
adalah berkebun atau berjalan

610
00:39:09,430 --> 00:39:12,850
yang mempunyai impak besar
kepada tabiat anda.

611
00:39:12,933 --> 00:39:16,937
Bagus juga jika ada seorang vegetarian
atau vegan dalam kalangan anda

612
00:39:17,021 --> 00:39:20,232
kerana mereka akan ajar
pemakanan berasaskan tumbuhan.

613
00:39:20,316 --> 00:39:23,361
Tak tahulah sama ada boleh masuk
ke syurga atau tak,

614
00:39:23,444 --> 00:39:27,531
tapi ia berkesan untuk memastikan akhlak
dan tingkah laku terjaga

615
00:39:27,615 --> 00:39:30,618
melalui tabiat dan tingkah laku sihat

616
00:39:30,701 --> 00:39:32,495
dan itulah kuasanya.

617
00:39:38,709 --> 00:39:42,213
Kami jumpa contoh hebat
bagi kelanjutan usia di Sardinia,

618
00:39:42,296 --> 00:39:44,840
Okinawa dan Loma Linda.

619
00:39:45,966 --> 00:39:49,387
Kami belajar benda baharu
di setiap tempat yang dikunjungi.

620
00:39:50,388 --> 00:39:54,100
Namun, saya mahu cari lagi
lokasi-lokasi kelanjutan usia.

621
00:39:57,395 --> 00:40:00,481
Saya dengar tentang sebuah tempat
di pantai Turkiye,

622
00:40:00,564 --> 00:40:01,982
ia sebenarnya di Greece.

623
00:40:04,235 --> 00:40:08,155
Tak hairanlah penduduk di sini hidup lama.

624
00:40:09,824 --> 00:40:13,202
Namun, terdapat 227 pulau
yang tak didiami di Greece

625
00:40:13,285 --> 00:40:18,124
dan hanya sebuah pulau
jauh mengatasi pulau-pulau lain

626
00:40:18,207 --> 00:40:20,251
dari aspek kelanjutan usia.

627
00:40:28,634 --> 00:40:31,262
Jadi, apa yang berlaku di sini?

628
00:43:39,199 --> 00:43:42,745
Siri ini direka untuk menghiburkan
dan sebagai makluman,

629
00:43:42,828 --> 00:43:45,664
bukan nasihat perubatan atau kesihatan.

630
00:43:45,748 --> 00:43:50,377
Sentiasa rujuk doktor anda
berkenaan kesihatan peribadi

631
00:43:50,461 --> 00:43:55,341
sebelum anda mengubah diet,
senaman atau gaya hidup.

632
00:43:55,424 --> 00:44:00,220
Terjemahan sari kata oleh Najat H.

