1
00:00:24,649 --> 00:00:27,027
Saya mahu ceritakan kisah seseorang

2
00:00:27,110 --> 00:00:30,655
yang mengubah cara pemikiran saya
tentang Zon Biru.

3
00:00:31,781 --> 00:00:36,327
Lelaki yang tinggal di Ikaria, Greece,
bernama Stamatis Moraitis.

4
00:00:43,960 --> 00:00:44,919
Itulah dia.

5
00:00:45,670 --> 00:00:49,674
Semasa muda, Stamatis berpindah
dari Ikaria ke Amerika Syarikat

6
00:00:49,758 --> 00:00:52,177
untuk membina kehidupan sendiri.

7
00:00:52,927 --> 00:00:57,599
Dia orang Greek yang rajin dan bekerja
sebagai pengecat dan mula mengumpul duit.

8
00:00:57,682 --> 00:01:00,477
Pendapatannya cukup
untuk beli kereta Chevrolet,

9
00:01:00,560 --> 00:01:02,228
kahwini orang Greek Amerika

10
00:01:02,312 --> 00:01:04,481
dan beli rumah di luar bandar.

11
00:01:04,564 --> 00:01:08,234
Dia dapat beberapa orang anak,
hidupnya baik.

12
00:01:08,318 --> 00:01:11,863
Tapi pada usia 66 tahun,
dia mengalami kesukaran bernafas.

13
00:01:11,946 --> 00:01:15,658
Dia berjumpa tiga doktor
yang memberi diagnosis sama.

14
00:01:15,742 --> 00:01:19,621
"Kanser paru-paru terminal.
Anda mungkin mati dalam enam bulan."

15
00:01:21,122 --> 00:01:24,417
Dia kata pada dirinya,
"Saya boleh dikuburkan di Amerika,

16
00:01:24,501 --> 00:01:29,047
atau di Ikaria,
tanah asal nenek moyang saya."

17
00:01:29,714 --> 00:01:34,552
Maka dia dan isterinya berpindah ke Ikaria
untuk menunggu ajal.

18
00:01:40,975 --> 00:01:44,187
Dalam enam bulan berikutnya,
dia hirup udara Ikaria

19
00:01:44,270 --> 00:01:46,731
dan minum wain Ikaria.

20
00:01:46,815 --> 00:01:48,817
Dia berhubung semula dengan kawan

21
00:01:48,900 --> 00:01:52,070
dan dia usahakan ladang anggur
di belakang rumahnya.

22
00:01:52,153 --> 00:01:53,947
Dia berfikir,

23
00:01:54,030 --> 00:01:57,367
"Saya takkan dapat lihat anggur-anggur ini
selepas mati,

24
00:01:57,450 --> 00:02:02,038
tapi isteri saya boleh dan dia
akan ingat saya apabila menuainya."

25
00:02:03,414 --> 00:02:05,041
Bulan demi bulan berlalu,

26
00:02:05,125 --> 00:02:07,961
kemudian setahun,
seterusnya bertahun-tahun.

27
00:02:08,795 --> 00:02:11,381
Apa khabar?
Dan Buettner, gembira berjumpa.

28
00:02:11,464 --> 00:02:12,298
Terima kasih.

29
00:02:13,133 --> 00:02:15,343
Saya sangka anda akan nampak tua.

30
00:02:15,426 --> 00:02:16,386
Memang saya tua.

31
00:02:16,469 --> 00:02:17,929
Ya, tapi tak nampak tua.

32
00:02:19,347 --> 00:02:22,433
Tiga puluh lima tahun kemudian,
saya bertemu dia pada usia 102,

33
00:02:22,517 --> 00:02:25,937
dia bukan saja masih hidup,
malah dia dapat tuai anggurnya.

34
00:02:26,020 --> 00:02:28,857
Sebagai wartawan,
saya tanya, "Apa rahsia anda?"

35
00:02:28,940 --> 00:02:31,901
Dia angkat bahu dan kata, "Entahlah!"

36
00:02:32,610 --> 00:02:34,529
"Mungkin saya lupa untuk mati."

37
00:02:37,073 --> 00:02:42,036
Stamatis tidak mula banyakkan bersenam.
Dia tak ambil ubat-ubatan baharu.

38
00:02:42,120 --> 00:02:46,249
Malah, dia tak buat apa-apa secara sedar
untuk menjadi lebih sihat.

39
00:02:46,332 --> 00:02:49,711
Dia cuma ubah persekitarannya.

40
00:02:53,715 --> 00:02:57,635
Saya percaya, jika kita berlebihan berat
dan tak sihat di Amerika,

41
00:02:57,719 --> 00:03:00,180
itu mungkin bukan salah kita.

42
00:03:00,263 --> 00:03:03,683
Kebanyakan aktiviti fizikal dalam hidup
dah kita singkirkan

43
00:03:03,766 --> 00:03:05,476
dengan peralatan mekanikal.

44
00:03:05,560 --> 00:03:07,520
Ke mana-mana saja kita pergi,

45
00:03:07,604 --> 00:03:11,316
kita akan jumpa biskut,
keropok atau air soda yang dijual.

46
00:03:11,399 --> 00:03:14,986
Tubuh kita memang sentiasa inginkan lemak,
garam dan gula

47
00:03:15,069 --> 00:03:16,779
dan berehat bila-bila sempat.

48
00:03:16,863 --> 00:03:20,867
Kita berevolusi dari persekitaran
yang susah dan serba kekurangan

49
00:03:20,950 --> 00:03:26,122
dan kini kita hidup dalam persekitaran
yang mudah dan berlebih-lebihan.

50
00:03:26,623 --> 00:03:30,043
Saya rasa, kita sebenarnya mangsa
kepada persekitaran.

51
00:03:30,543 --> 00:03:34,631
Ini membawa idea lebih besar,
jika kita mahu Amerika lebih sihat,

52
00:03:34,714 --> 00:03:39,969
kita perlu bentuk persekitaran kita
sepertimana di tempat-tempat

53
00:03:40,053 --> 00:03:43,181
yang melahirkan penduduk paling lama hidup

54
00:03:43,264 --> 00:03:45,391
iaitu Zon Biru.

55
00:03:51,898 --> 00:03:56,110
LIVE TO 100
SECRETS OF THE BLUE ZONES

56
00:03:57,028 --> 00:03:59,822
Setelah menjelajahi semua Zon Biru,

57
00:03:59,906 --> 00:04:02,992
menghimpun beribu-ribu naskhah kajian,

58
00:04:03,076 --> 00:04:05,954
mengumpul pemerhatian
selama bertahun-bertahun,

59
00:04:06,037 --> 00:04:08,623
walaupun tempat-tempat ini amat berbeza,

60
00:04:08,706 --> 00:04:11,042
kita nampak suatu corak yang sama.

61
00:04:14,170 --> 00:04:17,548
Tak kira tempatnya,
jika ada unsur kelanjutan usia,

62
00:04:17,632 --> 00:04:22,637
anda akan nampak perkara
yang sama berlaku berulang kali.

63
00:04:22,720 --> 00:04:24,806
Amnya, masyarakatnya tak bersenam,

64
00:04:25,890 --> 00:04:30,436
tapi setiap kali bekerja, melawat kawan
atau pergi makan, mereka berjalan.

65
00:04:30,937 --> 00:04:31,980
Mereka ada kebun

66
00:04:32,063 --> 00:04:35,942
untuk mereka lakukan aktiviti fizikal
ringan dan perlahan.

67
00:04:36,025 --> 00:04:40,238
Mereka tiada kemudahan mekanikal
untuk lakukan kerja rumah atau laman.

68
00:04:41,072 --> 00:04:43,157
Mereka bergerak secara semula jadi

69
00:04:43,241 --> 00:04:46,369
dan mereka lakukan
lebih banyak aktiviti fizikal

70
00:04:46,452 --> 00:04:47,996
berbanding pergi ke gim.

71
00:04:48,079 --> 00:04:52,458
Inilah kunci kesihatan. Bergerak pantas.

72
00:04:53,042 --> 00:04:54,085
Tengok!

73
00:04:56,838 --> 00:04:58,339
Pandangan hidup mereka betul.

74
00:04:58,881 --> 00:05:01,968
Mereka mengalami tekanan yang sama
seperti kita,

75
00:05:02,051 --> 00:05:04,429
tapi mereka ada ritual harian suci

76
00:05:04,512 --> 00:05:08,641
untuk membantu kurangkan tekanan
serta keradangan yang turut hadir.

77
00:05:08,725 --> 00:05:11,185
Saya boleh katakan saya rasa tenteram.

78
00:05:11,269 --> 00:05:13,646
Kebimbangan tak membantu kita.

79
00:05:14,314 --> 00:05:16,941
Mereka sertai komuniti
berasaskan kepercayaan

80
00:05:17,025 --> 00:05:18,234
dan sentiasa hadir.

81
00:05:18,735 --> 00:05:20,069
Mereka tidur sebentar

82
00:05:20,820 --> 00:05:22,071
dan ada waktu minum.

83
00:05:22,822 --> 00:05:25,658
Mereka juga ada perkataan
untuk tujuan hidup.

84
00:05:25,742 --> 00:05:27,827
Orang Okinawa ada perkataan ikigai.

85
00:05:27,910 --> 00:05:30,121
Orang Costa Rica ada plan de vida.

86
00:05:30,204 --> 00:05:33,249
Yang penting mereka ada tujuan
untuk bangun pagi

87
00:05:33,333 --> 00:05:36,210
dan manfaatkan anugerah mereka
setiap hari.

88
00:05:36,294 --> 00:05:37,420
BEREHAT
KEPERCAYAAN

89
00:05:37,503 --> 00:05:38,755
TUJUAN
PANDANGAN HIDUP

90
00:05:38,838 --> 00:05:44,010
Apabila berbicara tentang pemakanan,
yang penting, mereka suka makanan sedap.

91
00:05:44,093 --> 00:05:47,221
Sebahagian besar pemakanan mereka
berasaskan tumbuhan

92
00:05:47,305 --> 00:05:49,390
seperti bijian sempurna,

93
00:05:49,474 --> 00:05:52,143
sayuran, ubi-ubian seperti ubi keledek

94
00:05:52,226 --> 00:05:53,144
dan kekacang.

95
00:05:53,227 --> 00:05:56,606
Kekacang ialah asas pemakanan
untuk usia lanjut di dunia.

96
00:05:56,689 --> 00:05:58,816
Berita baiknya? Wain juga ada.

97
00:05:58,900 --> 00:06:01,402
Apa teh terbaik untuk diminum setiap hari?

98
00:06:02,403 --> 00:06:03,237
Wain.

99
00:06:05,406 --> 00:06:07,909
Ia juga tentang makanan
yang mereka tak makan.

100
00:06:07,992 --> 00:06:10,703
Orang Okinawa ada satu pepatah bijak,

101
00:06:10,787 --> 00:06:12,205
"hara hachi bu,"

102
00:06:12,288 --> 00:06:15,875
yang mengingatkan mereka berhenti makan
apabila 80 peratus kenyang.

103
00:06:15,958 --> 00:06:17,752
Mereka makan bersama keluarga.

104
00:06:17,835 --> 00:06:20,213
Mereka ucapkan kesyukuran sebelum makan

105
00:06:20,296 --> 00:06:21,756
dan makan perlahan-lahan

106
00:06:21,839 --> 00:06:24,384
kerana ada perbualan semasa makanan,

107
00:06:24,467 --> 00:06:27,261
jadi, akhirnya tidaklah mereka
makan berlebihan.

108
00:06:27,345 --> 00:06:28,805
BERSEDERHANA
MAKAN DENGAN BIJAK

109
00:06:28,888 --> 00:06:31,015
Paling penting ialah cara berhubung.

110
00:06:31,099 --> 00:06:33,851
Mungkin 50 peratus formula kelanjutan usia

111
00:06:33,935 --> 00:06:35,853
ialah mereka dahulukan keluarga.

112
00:06:36,437 --> 00:06:39,565
Saya dapati ibu bapa berusia mereka
tinggal berdekatan

113
00:06:39,649 --> 00:06:42,026
dan bukannya tinggal di rumah persaraan.

114
00:06:42,110 --> 00:06:46,072
Mereka melabur untuk pasangan mereka
supaya mereka kekal bersama,

115
00:06:46,155 --> 00:06:47,698
juga untuk anak mereka

116
00:06:47,782 --> 00:06:50,868
supaya nanti mereka tak diletakkan
di rumah persaraan.

117
00:06:51,411 --> 00:06:55,665
Seterusnya, mereka beri perhatian lebih
kepada rakan terdekat mereka.

118
00:06:55,748 --> 00:06:57,917
Orang Okinawa gelarkannya moai,

119
00:06:58,000 --> 00:07:01,838
iaitu sekumpulan rakan
dan mereka melabur untuk kawan mereka.

120
00:07:01,921 --> 00:07:04,549
Kawan yang betul ialah rahsia terbesar

121
00:07:04,632 --> 00:07:07,677
bagi penduduk Zon Biru
melakukan perkara yang betul

122
00:07:07,760 --> 00:07:09,887
dan mengelakkan perkara salah

123
00:07:09,971 --> 00:07:14,100
supaya mereka tidak terkena penyakit
yang memendekkan hayat mereka.

124
00:07:16,644 --> 00:07:18,688
Jadi, saya yakin sepenuhnya,

125
00:07:18,771 --> 00:07:22,066
faktor sepunya
antara kelima-lima Zon Biru ini berkesan!

126
00:07:24,444 --> 00:07:28,072
Kini, saya cuma perlukan peluang
untuk membuktikannya.

127
00:07:35,455 --> 00:07:38,124
Selepas datuk bandar berucap,
awak ambil alih…

128
00:07:38,791 --> 00:07:39,625
Baiklah.

129
00:07:39,709 --> 00:07:41,002
- Boleh?
- Baik.

130
00:07:41,752 --> 00:07:43,129
Baik. Semua bersedia?

131
00:07:43,212 --> 00:07:44,672
BANDAR ALBERT LEA
MINNESOTA

132
00:07:44,755 --> 00:07:50,720
Matlamat projek ini, menambah 10,000 tahun
kepada jangka hayat.

133
00:07:50,803 --> 00:07:54,515
Bunyinya macam nombor yang amat besar,
tapi apa maksudnya?

134
00:07:54,599 --> 00:07:57,810
Matlamatnya adalah memberikan peserta
di Albert Lea

135
00:07:57,894 --> 00:08:00,146
dua tahun tambahan dalam hayat mereka.

136
00:08:00,855 --> 00:08:03,524
Pada 2009, saya terfikir,

137
00:08:03,608 --> 00:08:06,986
bolehkah saya gunakan idea
yang saya dapat di Zon Biru,

138
00:08:07,069 --> 00:08:12,533
dan laksanakan di Amerika dalam komuniti
yang benar-benar memerlukannya?

139
00:08:13,034 --> 00:08:16,537
Saya hubungi pakar bidang ini
pada waktu itu.

140
00:08:16,621 --> 00:08:18,873
Mereka kata, "Jika nak cipta Zon Biru,

141
00:08:18,956 --> 00:08:21,250
mula di bandar berpenduduk 20,000 orang."

142
00:08:21,334 --> 00:08:24,253
Itu mencukupi dan ada dewan bandar raya.

143
00:08:24,962 --> 00:08:27,965
Akhirnya kami pilih bandar
berpenduduk 18,000 orang,

144
00:08:28,049 --> 00:08:29,383
Albert Lea, Minnesota.

145
00:08:29,967 --> 00:08:35,431
Seperti kebanyakan pekan kecil,
ia mencerminkan kesihatan seluruh Amerika,

146
00:08:35,515 --> 00:08:38,351
tapi ia mempunyai asas bandar yang cantik.

147
00:08:39,310 --> 00:08:41,354
Saya ingat hari pertama kami
di Albert Lea.

148
00:08:41,437 --> 00:08:45,566
Saya himpunkan semua ketua di pekan itu
dan buat satu pembentangan.

149
00:08:45,650 --> 00:08:48,569
Maknanya mereka akan nampak
dan rasa lebih muda.

150
00:08:49,111 --> 00:08:50,363
Sepatutnya hidup lebih lama

151
00:08:50,446 --> 00:08:52,740
dan kadar penyakit kardiovaskular
lebih rendah.

152
00:08:52,823 --> 00:08:54,575
Mereka bingung.

153
00:08:54,659 --> 00:08:58,371
Saya berpeluh-peluh
sebab saya fikir, "Mereka tak faham."

154
00:08:58,454 --> 00:09:00,206
Ada apa-apa soalan?

155
00:09:03,459 --> 00:09:06,712
Saya ingat
seorang penjual Insurans State Farm,

156
00:09:06,796 --> 00:09:08,297
seorang lelaki tinggi,

157
00:09:08,381 --> 00:09:12,885
dia berdiri dan kata,
"Bandar ini perlukannya."

158
00:09:12,969 --> 00:09:17,223
Kemudian, Bob Graham,
seorang lagi penyokong kuat bandar ini

159
00:09:17,306 --> 00:09:21,644
dan lebih berusia, kata,
"Ya, kita perlu lakukannya di sini."

160
00:09:21,727 --> 00:09:22,937
Selepas itu,

161
00:09:23,020 --> 00:09:26,023
sebaik saja ketua-ketua ini bersuara,
yang lain turut bersetuju.

162
00:09:27,483 --> 00:09:31,946
PROJEK ZON BIRU
PERHIMPUNAN PERMULAAN - MUSIM PANAS 2009

163
00:09:33,364 --> 00:09:36,033
Kami cipta ujian
bernama Ujian Kevitalan Sebenar

164
00:09:36,117 --> 00:09:38,703
untuk kira jangka hayat orang biasa.

165
00:09:39,287 --> 00:09:44,125
Kami selidik Indeks Jisim Tubuh,
pemakanan dan perilaku kesihatan mereka

166
00:09:44,208 --> 00:09:46,544
dan itu menjadi titik permulaan kami.

167
00:09:46,627 --> 00:09:52,300
Kemudian, kami ubah persekitaran mereka
dengan sistematik sedikit demi sedikit.

168
00:09:52,800 --> 00:09:55,469
Setelah melawat kesemua lima Zon Biru,
kini saya tahu

169
00:09:55,553 --> 00:09:58,598
tabiat orang paling lama hidup
untuk hidup lama.

170
00:09:58,681 --> 00:10:01,267
Mereka makan dengan bijak,
bergerak selalu,

171
00:10:01,350 --> 00:10:04,228
pandangan hidup betul
dan tahu cara berhubung.

172
00:10:05,646 --> 00:10:10,234
Tapi, idea besar kami
adalah cuba mempraktikkan idea ini.

173
00:10:11,235 --> 00:10:13,863
Perkara pertama kami cuba laksanakan
ialah konsep moai.

174
00:10:14,572 --> 00:10:19,827
Kami himpunkan penduduk Albert Lea
dan bahagikan kepada kumpulan kecil.

175
00:10:19,910 --> 00:10:23,205
Saya tak tahu sama ada ia akan menjadi.
Saya tak tahu.

176
00:10:23,289 --> 00:10:26,125
Saya cabar mereka, "Selama sepuluh minggu,

177
00:10:26,208 --> 00:10:27,918
anda perlu berjalan bersama."

178
00:10:28,002 --> 00:10:31,172
Tahu tak? Beberapa tahun kemudian,
berita melaporkan

179
00:10:31,255 --> 00:10:35,259
separuh daripada persahabatan mereka
bertahan,

180
00:10:35,343 --> 00:10:38,012
semuanya kerana konsep moai itu.

181
00:10:38,095 --> 00:10:42,183
Alice, mungkinkah anda bertemu
jika bukan sebab kumpulan berjalan ini?

182
00:10:42,266 --> 00:10:44,268
Saya rasa tidak.

183
00:10:44,352 --> 00:10:46,270
- Persahabatan baharu?
- Betul.

184
00:10:47,855 --> 00:10:51,942
Semua Zon Biru ada perkataan
untuk tujuan hidup.

185
00:10:52,026 --> 00:10:55,905
Loma Linda mengajar kami
tentang kuasa bekerja suka rela

186
00:10:55,988 --> 00:10:57,865
dan menjaga orang lain.

187
00:10:57,948 --> 00:11:02,995
Kami segera adakan peluang
untuk buat kerja suka rela bagi mereka.

188
00:11:03,079 --> 00:11:06,248
Kita tahu kadar penyakit jantung
bagi sukarelawan rendah.

189
00:11:06,332 --> 00:11:08,084
Berat mereka lebih rendah

190
00:11:08,167 --> 00:11:12,713
dan kos penjagaan kesihatan mereka juga
lebih murah.

191
00:11:12,797 --> 00:11:15,591
Kemudian, kami perkenalkan polisi makanan

192
00:11:16,384 --> 00:11:19,053
dan mula sediakan kedai runcit

193
00:11:19,136 --> 00:11:21,138
dan restoran yang lebih sihat.

194
00:11:24,225 --> 00:11:25,393
Akhir sekali,

195
00:11:25,476 --> 00:11:29,605
ada jalan besar yang agak terabai

196
00:11:30,314 --> 00:11:34,276
dan antara keempat-empat kejiranan
di Albert Lea,

197
00:11:34,360 --> 00:11:37,655
tiada satu pun
yang ada laluan jalan kaki ke bandar.

198
00:11:38,239 --> 00:11:42,159
Jadi kami bekerjasama dengan pihak bandar
untuk bina laluan yang boleh digunakan.

199
00:11:42,243 --> 00:11:43,661
Kami bina laluan basikal,

200
00:11:43,744 --> 00:11:46,956
laluan jalan kaki
di sekeliling tasik berhampiran.

201
00:11:47,039 --> 00:11:48,165
Kaki lima dibina

202
00:11:48,249 --> 00:11:53,504
supaya penduduk dari setiap kejiranan
di Albert Lea boleh berjalan ke bandar.

203
00:11:55,047 --> 00:11:57,591
SETAHUN KEMUDIAN

204
00:11:57,675 --> 00:12:00,469
Kami jalankan
Ujian Kevitalan Sebenar kedua

205
00:12:00,553 --> 00:12:05,182
dan kami dapati jangka hayat meningkat
lebih banyak daripada sangkaan kami

206
00:12:05,266 --> 00:12:07,435
dan ia cetuskan keterujaan tinggi

207
00:12:07,518 --> 00:12:10,730
hinggakan kru televisyen datang
untuk buat liputan.

208
00:12:10,813 --> 00:12:12,356
Keputusan melebihi jangkaan.

209
00:12:12,440 --> 00:12:16,152
Anda mahu satu ke dua tahun tambahan
tapi usia mereka bertambah…

210
00:12:16,235 --> 00:12:19,029
- 3.1 tahun. Menakjubkan.
- 3.1 tahun!

211
00:12:19,113 --> 00:12:22,366
USAHA "JOM SIHAT" DI ALBERT LEA
DIANGGAP BERJAYA

212
00:12:22,450 --> 00:12:25,536
PEKAN MINNESOTA SIHATKAN DIRI,
TAMBAH USIA BERSAMA

213
00:12:25,619 --> 00:12:28,038
KEMPEN KESIHATAN
PANJANGKAN JANGKA HAYAT PENDUDUK

214
00:12:30,374 --> 00:12:34,879
Kami tahu kami boleh hasilkan Zon Biru
di pekan kecil Amerika,

215
00:12:35,629 --> 00:12:38,090
tapi bolehkah dibuat di seluruh negara?

216
00:12:38,758 --> 00:12:41,594
Soalan itu membawa saya ke seberang dunia,

217
00:12:41,677 --> 00:12:46,390
tempat saya jumpa sebuah pulau
yang memberi bayangan Zon Biru masa depan,

218
00:12:46,474 --> 00:12:49,059
iaitu Zon Biru 2.0.

219
00:12:55,608 --> 00:12:59,236
SINGAPURA

220
00:12:59,320 --> 00:13:01,572
Masyarakat Singapura
ialah masyarakat pembuatan.

221
00:13:02,823 --> 00:13:05,534
Di sini letaknya pulau kecil
di Asia Tenggara

222
00:13:05,618 --> 00:13:08,621
sepanjang 30 batu
dan selebar 16 batu saja.

223
00:13:09,371 --> 00:13:11,540
Ini masyarakat bandar kompleks

224
00:13:11,624 --> 00:13:16,921
dengan bangunan pencakar langit futuristik
dan berpenduduk 5.8 juta orang.

225
00:13:18,255 --> 00:13:21,592
Ia bukan hanya hasilkan populasi
paling bahagia di dunia

226
00:13:21,675 --> 00:13:24,595
dalam pelbagai aspek,
ia juga antara yang terkaya.

227
00:13:25,095 --> 00:13:29,016
Perkara yang membuatkannya luar biasa
adalah pada generasi lalu,

228
00:13:29,099 --> 00:13:34,814
Singapura dahulu merupakan kampung nelayan
dengan jangka hayat yang rendah.

229
00:13:34,897 --> 00:13:36,732
Kini, kajian global menunjukkan

230
00:13:36,816 --> 00:13:40,945
Singapura mempunyai jangka hayat
paling sihat di dunia,

231
00:13:42,029 --> 00:13:46,158
yang mana orang boleh hidup sihat
tanpa penyakit atau kekurangan upaya.

232
00:13:51,372 --> 00:13:53,457
Dr. Show, saya ingin tanya,

233
00:13:53,541 --> 00:13:58,254
kami di Singapura
kerana kajian menunjukkan penduduk di sini

234
00:13:58,337 --> 00:14:01,674
mempunyai jangka hayat sihat terpanjang
di dunia

235
00:14:02,216 --> 00:14:05,261
dan kami rasa,
anda contoh terbaik dalam hal ini.

236
00:14:05,344 --> 00:14:09,014
Anda berusia 93 tahun
dan masih melakukan pembedahan.

237
00:14:09,098 --> 00:14:10,683
Anda buat kaligrafi.

238
00:14:10,766 --> 00:14:13,561
Boleh jelaskan
tentang kevitalan luar biasa ini?

239
00:14:13,644 --> 00:14:17,106
Saya tak pernah sangka
akan hidup hingga ke hari ini.

240
00:14:17,189 --> 00:14:18,566
Saya suka kerja saya.

241
00:14:19,066 --> 00:14:21,902
Saya rawat pesakit dan saya rasa bahagia.

242
00:14:22,736 --> 00:14:25,197
Apa kita nak buat?

243
00:14:26,198 --> 00:14:28,951
- Periksa tekanan darah.
- Baik. Saya perlu…

244
00:14:29,034 --> 00:14:29,869
Sangat bagus!

245
00:14:29,952 --> 00:14:31,120
Bagus! Berapa?

246
00:14:31,203 --> 00:14:35,124
122 per 80. Ini bacaan normal.

247
00:14:35,207 --> 00:14:36,500
- Bagus.
- Ya.

248
00:14:36,584 --> 00:14:39,461
Jika saya nak hidup sehingga 100 tahun,

249
00:14:39,545 --> 00:14:42,089
apa nasihat yang anda boleh beri?

250
00:14:42,172 --> 00:14:45,843
- Bekerja keras setiap hari, jujur.
- Ya.

251
00:14:46,468 --> 00:14:47,970
Bekerja keras dan jujur.

252
00:14:48,053 --> 00:14:50,598
Ya, dan yang paling penting,
merendah diri.

253
00:14:50,681 --> 00:14:52,433
- Merendah diri.
- Itu sukar.

254
00:14:53,058 --> 00:14:58,272
Saya dengar anda pemain tenis yang bagus.
Saya dapati, dalam banyak-banyak sukan,

255
00:14:58,772 --> 00:15:02,109
orang yang main tenis
mempunyai jangka hayat tertinggi.

256
00:15:02,192 --> 00:15:03,986
Itu piala tenis?

257
00:15:04,069 --> 00:15:05,654
Tidak, ini piala karaoke.

258
00:15:05,738 --> 00:15:07,406
- Karaoke?
- Ya.

259
00:15:07,489 --> 00:15:10,200
Hebatnya. Anda serba boleh.

260
00:15:11,035 --> 00:15:14,788
Saya habiskan 20 tahun
untuk mencari Zon Biru,

261
00:15:14,872 --> 00:15:16,081
dan di kebanyakannya,

262
00:15:16,165 --> 00:15:20,336
budayanya telah wujud
sejak beratus tahun atau berkurun.

263
00:15:20,419 --> 00:15:25,591
Tapi jangka hayat di sini pada 1960-an
kurang 20 tahun berbanding kini.

264
00:15:25,674 --> 00:15:28,802
- Ya.
- Bagaimana Singapura mencapainya?

265
00:15:28,886 --> 00:15:30,804
Kami tiada sumber semula jadi.

266
00:15:30,888 --> 00:15:33,641
Rakyatlah sumber semula jadi kami.

267
00:15:33,724 --> 00:15:37,937
Menyertai politik adalah untuk memperbaik
tahap kehidupan rakyat.

268
00:15:38,020 --> 00:15:42,524
Itu sebab Singapura mempunyai penalti
yang berat tentang dadah

269
00:15:42,608 --> 00:15:44,944
dan orang yang memiliki pistol

270
00:15:45,027 --> 00:15:48,572
supaya rakyat kami tidak risau
tentang keselamatan mereka,

271
00:15:48,656 --> 00:15:50,282
tapi bukan itu saja.

272
00:15:50,366 --> 00:15:52,701
Ada pepatah dalam perkhidmatan awam.

273
00:15:52,785 --> 00:15:57,122
"Polisi ialah pelaksanaan.
Pelaksanaan ialah polisi."

274
00:15:57,873 --> 00:16:00,042
Singapura bertindak dengan galakan.

275
00:16:00,876 --> 00:16:03,587
Contohnya, Singapura memerangi diabetes.

276
00:16:03,671 --> 00:16:07,549
Orang ambil terlalu banyak gula.
Mereka makan makanan yang salah.

277
00:16:07,633 --> 00:16:11,345
Jadi, apa perlu kita buat?
Apa kerajaan Singapura buat?

278
00:16:11,428 --> 00:16:14,098
Kerajaan cuba bantu anda
bantu diri sendiri.

279
00:16:23,148 --> 00:16:24,191
Sejak beberapa dekad,

280
00:16:24,274 --> 00:16:27,152
persekitaran makanan
di Singapura kurang sihat.

281
00:16:27,236 --> 00:16:28,404
Ada makanan ringan.

282
00:16:28,487 --> 00:16:31,115
Banyak minyak dan gula dalam makanan.

283
00:16:31,615 --> 00:16:36,286
Tapi mereka berjaya mengambil langkah
untuk mengubah persekitaran mereka

284
00:16:36,370 --> 00:16:39,456
jadi lebih mudah untuk buat pilihan
yang lebih sihat.

285
00:16:39,540 --> 00:16:42,668
Contohnya, beras perang lebih sihat
daripada beras putih.

286
00:16:42,751 --> 00:16:46,922
Beras perang lebih banyak fiber
jadi kerajaan beri subsidi beras perang

287
00:16:47,006 --> 00:16:49,091
supaya ia mampu dibeli dan popular.

288
00:16:49,174 --> 00:16:50,009
BERAS PERANG

289
00:16:51,677 --> 00:16:53,637
Air soda dan minuman bergula

290
00:16:53,721 --> 00:16:57,516
ialah sumber gula bertapis nombor satu
dalam pemakanan.

291
00:16:57,599 --> 00:17:02,438
Singapura membuat perjanjian
untuk hadkan jumlah gula dalam soda

292
00:17:02,521 --> 00:17:06,025
dan konsep ini hampir tiada
di tempat seperti Amerika.

293
00:17:08,110 --> 00:17:11,196
Akhir sekali,
ada satu program untuk penjual,

294
00:17:11,280 --> 00:17:13,073
atau mereka gelar penjaja,

295
00:17:13,157 --> 00:17:16,368
untuk letakkan papan tanda
yang mereka tawarkan makanan lebih sihat

296
00:17:16,452 --> 00:17:20,497
untuk menarik pelanggan
yang mahu pilihan lebih sihat.

297
00:17:20,581 --> 00:17:23,417
Jadi, mereka wujudkan persekitaran

298
00:17:23,500 --> 00:17:26,003
dan sediakan galakan atau pilihan lalai

299
00:17:26,086 --> 00:17:29,506
untuk jadikan pilihan lebih sihat
tak dapat dielakkan.

300
00:17:37,598 --> 00:17:41,518
Ini negara yang populasinya
paling padat di dunia.

301
00:17:41,602 --> 00:17:44,772
Kita memandu pada waktu puncak
tapi trafik tak sesak.

302
00:17:44,855 --> 00:17:48,025
Ya, sebab kos kereta mahal.

303
00:17:48,108 --> 00:17:51,487
Kereta ini berharga $100,000
di Amerika Syarikat.

304
00:17:51,570 --> 00:17:54,156
Berapa harga kereta ini di Singapura?

305
00:17:54,239 --> 00:17:55,157
$250,000.

306
00:17:55,240 --> 00:17:57,576
- Dua setengah kali lebih mahal.
- Ya.

307
00:17:57,659 --> 00:18:00,579
Anda perlu bayar
untuk kebenaran memandu, bukan?

308
00:18:00,662 --> 00:18:02,039
- Ya.
- Berapa harganya?

309
00:18:02,122 --> 00:18:06,251
Sekarang,
harganya sekitar 100,000 dolar Singapura.

310
00:18:06,335 --> 00:18:08,629
Untuk sekeping kertas saja,
tak termasuk kereta.

311
00:18:09,254 --> 00:18:11,632
Saya sering dengar tentang ini
dan tertanya,

312
00:18:11,715 --> 00:18:15,344
"Apa hikmahnya kereta dijual
begitu mahal?"

313
00:18:15,427 --> 00:18:18,972
Untuk memahaminya,
kita perlu perhatikan keadaan di Amerika.

314
00:18:19,765 --> 00:18:23,185
Selepas Perang Dunia Kedua,
ekonomi kita berkembang pesat

315
00:18:23,268 --> 00:18:27,106
dan kita mula bina rumah-rumah baharu
di luar bandar.

316
00:18:27,815 --> 00:18:31,110
Untuk ke kawasan luar bandar,
lebuh raya dibina untuk akses lebih jauh

317
00:18:31,735 --> 00:18:37,825
dan penduduk perlu memandu lebih jauh
hingga wujud kebergantungan kepada kereta.

318
00:18:38,492 --> 00:18:41,912
Impian Amerika menyatakan kita boleh
beli rumah, laman dan kereta

319
00:18:41,995 --> 00:18:44,164
dan memandu ke tempat kerja di bandar.

320
00:18:44,248 --> 00:18:49,128
Kosnya ialah jalan raya yang dahulunya
direka khas untuk pejalan kaki

321
00:18:49,211 --> 00:18:52,381
kini dilebarkan
untuk menambah lorong kereta.

322
00:18:52,881 --> 00:18:56,260
Hari ini, kita duduk lebih lama
di dalam kereta

323
00:18:56,343 --> 00:18:57,845
berbanding pada 1980-an.

324
00:18:57,928 --> 00:19:01,807
Ini menguntungkan syarikat kereta
dan restoran makanan segera,

325
00:19:01,890 --> 00:19:03,725
tapi kita menyumbang kepadanya.

326
00:19:04,685 --> 00:19:08,272
Semasa Singapura membangun,
mungkin masalah ini mereka hadapi

327
00:19:08,355 --> 00:19:11,525
sewaktu populasi pulau kecil ini
berkembang.

328
00:19:12,609 --> 00:19:14,987
Jika semua orang memiliki dua kereta,

329
00:19:15,070 --> 00:19:18,574
akan ada sepuluh juta kereta
di tanah kecil ini,

330
00:19:18,657 --> 00:19:20,200
lalu apa akan jadi?

331
00:19:21,410 --> 00:19:22,411
Kesesakan trafik.

332
00:19:26,373 --> 00:19:28,125
Semua orang akan tersekat!

333
00:19:29,459 --> 00:19:32,379
Di Amerika, kira-kira 80 peratus rakyatnya
memiliki kereta,

334
00:19:32,462 --> 00:19:34,882
di sini pula kira-kira 11 peratus.

335
00:19:34,965 --> 00:19:38,844
tapi rakyatnya tak hadapi kesukaran
untuk ke mana-mana.

336
00:19:38,927 --> 00:19:41,263
Pengangkutan awam sangat memudahkan.

337
00:19:41,346 --> 00:19:43,140
Tak kira di mana anda tinggal,

338
00:19:43,223 --> 00:19:46,518
anda boleh berjalan dalam sepuluh
ke 15 minit ke stesen kereta api.

339
00:19:48,562 --> 00:19:52,858
Pengangkutan awam Singapura amat meluas
dan mudah diakses

340
00:19:52,941 --> 00:19:55,819
dan ia digunakan
hampir separuh populasinya

341
00:19:55,903 --> 00:20:01,450
setiap hari
berbanding purata lima peratus di AS.

342
00:20:01,533 --> 00:20:05,370
Penduduknya pergi ke stesen kereta api
atau bas melalui lorong basikal

343
00:20:05,454 --> 00:20:08,665
dan laluan pejalan kaki berbumbung
yang dibina dengan cukai kereta

344
00:20:08,749 --> 00:20:12,628
dan biasanya akan merentas
satu daripada 350 taman di pulau itu.

345
00:20:12,711 --> 00:20:15,964
Di sini terdapat program senaman
yang ditaja kerajaan

346
00:20:16,048 --> 00:20:18,425
yang membina komuniti dan persahabatan

347
00:20:19,134 --> 00:20:23,722
dan ini semua mementingkan penduduk
berbanding kereta.

348
00:20:33,982 --> 00:20:36,652
NG BEE KIA
USIA 77

349
00:20:39,154 --> 00:20:41,198
Anda sihat begini sejak dulu?

350
00:20:41,281 --> 00:20:44,660
Saya dari Hong Kong.
Di sana tiada kemudahan sukan begini.

351
00:20:44,743 --> 00:20:45,661
NGAI HIN KWOK
USIA 73

352
00:20:45,744 --> 00:20:50,666
Apabila tiba di Singapura,
saya nampak banyak kemudahan sukan,

353
00:20:50,749 --> 00:20:53,085
jadi saya mula berlatih dengan bar
dan kuak lengan.

354
00:20:53,168 --> 00:20:55,420
Setiap kediaman ada sudut kecergasan.

355
00:20:55,504 --> 00:20:59,424
Tahu? Kerajaan galakkan kami bersenam.

356
00:21:00,300 --> 00:21:03,762
Bagaimana anda pergi ke mana-mana?
Anda ada kereta?

357
00:21:03,845 --> 00:21:07,933
Saya berjalan ke stesen bawah tanah
untuk pergi membeli-belah.

358
00:21:08,600 --> 00:21:10,394
Saya bekerja. Saya naik kereta api.

359
00:21:10,477 --> 00:21:13,522
Berapa kilometer anda berjalan sehari?

360
00:21:13,605 --> 00:21:14,940
Lebih 10,000 langkah.

361
00:21:15,440 --> 00:21:19,778
Itu lebih kurang empat batu
dan ambil masa sejam setengah.

362
00:21:20,737 --> 00:21:24,741
Anda buat tiga kali ganda aktiviti fizikal
dengan jalani hidup seharian

363
00:21:24,825 --> 00:21:26,660
berbanding bersenam.

364
00:21:27,744 --> 00:21:29,079
Kami sangat bertuah.

365
00:21:37,337 --> 00:21:39,256
Satu lagi yang menarik tentang Singapura

366
00:21:39,339 --> 00:21:42,926
adalah lebih 80 peratus penduduknya
memiliki rumah sendiri.

367
00:21:43,010 --> 00:21:45,595
Maka rumah mereka dijaga
dengan lebih baik.

368
00:21:45,679 --> 00:21:48,598
Mereka melabur untuk jiran.
Komuniti yang baik terbentuk.

369
00:21:49,099 --> 00:21:52,477
Satu contoh yang luar biasa
ialah Kampung Admiralty,

370
00:21:53,770 --> 00:21:57,899
projek perumahan mampu milik
yang disubsidi kerajaan.

371
00:21:57,983 --> 00:22:02,821
Ia direka untuk rakyat berusia
lebih 55 tahun memiliki rumah sendiri.

372
00:22:04,489 --> 00:22:08,785
Ini kampung dalam bahasa Melayu.

373
00:22:09,870 --> 00:22:14,374
Visi pasukan kami pada waktu itu,
bagaimana nak bentuk kampung di sini?

374
00:22:14,958 --> 00:22:17,919
Konsep mudahnya ialah sandwic kelab.
Kami akan…

375
00:22:18,003 --> 00:22:20,172
- Sandwic kelab?
- Ya, sandwic kelab.

376
00:22:20,255 --> 00:22:24,968
Kami lapiskan pengguna secara menegak. Ya.

377
00:22:25,052 --> 00:22:27,721
Paling atas ialah apartmen warga berusia.

378
00:22:27,804 --> 00:22:29,931
Bumbung kami ada landskap.

379
00:22:30,015 --> 00:22:33,101
Jadi, benar.
Ia membantu warga berusia kekal aktif.

380
00:22:33,185 --> 00:22:35,937
Tingkat kedua ialah pusat perubatan.

381
00:22:36,021 --> 00:22:38,315
Tingkat bawah ialah plaza umum,

382
00:22:38,398 --> 00:22:42,736
tempat yang banyak ruang
untuk penduduk berinteraksi.

383
00:22:42,819 --> 00:22:44,321
Penduduk di sekeliling

384
00:22:44,404 --> 00:22:47,908
sering merentasi bangunan ini
untuk menaiki kereta api.

385
00:22:47,991 --> 00:22:50,744
Mudah untuk datang ke sini
dengan pengangkutan awam?

386
00:22:50,827 --> 00:22:55,665
Tak semestinya perlu paksa mereka,
sebaliknya galakkan mereka.

387
00:22:55,749 --> 00:22:58,752
Anda cipta ruang untuk mereka bertembung.

388
00:22:58,835 --> 00:22:59,961
Betul.

389
00:23:00,045 --> 00:23:05,342
Apabila saya fikir tentang Costa Rica,
Okinawa atau Sardinia,

390
00:23:06,134 --> 00:23:08,428
saya nampak penduduk di kampung.

391
00:23:08,512 --> 00:23:10,639
Mereka dekat dengan alam.

392
00:23:10,722 --> 00:23:12,808
Warga tua dan muda berinteraksi.

393
00:23:12,891 --> 00:23:16,853
Ada pusat tempat kita boleh cari makanan.

394
00:23:16,937 --> 00:23:18,397
Saya rasa itu mengubat jiwa

395
00:23:18,480 --> 00:23:23,402
tapi adakalanya,
sukar untuk kita ukur secara saintifik.

396
00:23:23,485 --> 00:23:26,655
Sebenarnya, ada kajian yang membuktikan

397
00:23:26,738 --> 00:23:33,245
bahawa interaksi sosial santai
antara kita dengan posmen,

398
00:23:33,328 --> 00:23:35,747
atau dengan orang di perhentian bas,

399
00:23:35,831 --> 00:23:37,457
dengan barista,

400
00:23:37,541 --> 00:23:41,294
adalah peramal kelanjutan usia
lebih baik daripada diet dan senaman.

401
00:23:41,378 --> 00:23:43,755
Saya rasa, orang ramai tak sedar

402
00:23:43,839 --> 00:23:46,967
yang kesunyian
adalah suatu fungsi persekitaran kita.

403
00:23:47,050 --> 00:23:50,846
Sebabnya persekitaran sekarang
berbeza dengan dahulu.

404
00:23:50,929 --> 00:23:54,015
Kita hidup dalam persekitaran urban

405
00:23:54,099 --> 00:23:58,478
dan kita perlu cipta prototaip
untuk masa sekarang dan akan datang.

406
00:24:06,403 --> 00:24:10,866
Lama dahulu, sebelum saya bersara,
kata orang, perkara yang perlu dibuat

407
00:24:10,949 --> 00:24:15,495
adalah jangan duduk saja
dan menonton televisyen sepanjang masa.

408
00:24:15,579 --> 00:24:19,332
Itu buat kita jadi pemalas.

409
00:24:20,000 --> 00:24:24,087
Ya, saya tahu saya perlu pastikan badan
dan minda saya kekal aktif,

410
00:24:24,171 --> 00:24:26,339
keluar dan bergaul dengan masyarakat.

411
00:24:26,423 --> 00:24:27,340
Saya suka itu.

412
00:24:27,424 --> 00:24:31,052
Sebab kita semua
tak dapat hidup sendirian, bukan?

413
00:24:31,136 --> 00:24:33,472
Jadi, kita perlu bergaul dengan orang

414
00:24:33,555 --> 00:24:34,931
supaya kita gembira.

415
00:24:35,015 --> 00:24:37,350
Ini pula unsur seterusnya.

416
00:24:37,434 --> 00:24:40,854
Jika kita tak bahagia,
kita takkan hidup lama.

417
00:24:42,898 --> 00:24:44,733
Tiada makna hidup bersendirian

418
00:24:44,816 --> 00:24:47,068
atau tidak bercakap dengan sesiapa.

419
00:24:47,152 --> 00:24:49,696
- Anda tinggal dengan keluarga?
- Ya.

420
00:24:50,197 --> 00:24:55,410
Anda rasa tinggal dengan keluarga
melanjutkan usia anda?

421
00:24:55,494 --> 00:24:56,786
Ya, sudah tentu.

422
00:24:56,870 --> 00:25:01,208
Mereka gembira saya di sini
dan saya gembira berada di sini.

423
00:25:01,291 --> 00:25:04,586
Untuk cucu saya, saya ambil peluang

424
00:25:04,669 --> 00:25:08,089
untuk ajar mereka matematik sebab saya…

425
00:25:08,173 --> 00:25:09,341
Anda tutor mereka?

426
00:25:09,424 --> 00:25:11,384
Saya agak arif tentang matematik

427
00:25:11,927 --> 00:25:15,430
dan sebagai balasan,
mereka ajar saya tentang komputer

428
00:25:15,514 --> 00:25:17,474
sebab saya buta komputer.

429
00:25:18,058 --> 00:25:21,269
Buta komputer? Saya suka.
Satu lagi hubungan dua hala.

430
00:25:21,353 --> 00:25:22,354
Ya.

431
00:25:22,854 --> 00:25:26,525
Sifar dua? Ini jadi enam

432
00:25:27,859 --> 00:25:29,528
sebab darab tiga.

433
00:25:30,237 --> 00:25:32,155
Bagaimana ayah awak menyumbang…

434
00:25:32,239 --> 00:25:35,534
Dia bantu kami jaga anak-anak kecil kami

435
00:25:36,368 --> 00:25:40,247
semasa saya bekerja sepenuh masa.
Kini saya bekerja sambilan.

436
00:25:40,330 --> 00:25:45,168
Dia tolong jemput dua anak paling kecil
apabila saya lewat pulang dari kerja.

437
00:25:46,503 --> 00:25:48,380
Ayah pastikan mereka bersarapan

438
00:25:48,463 --> 00:25:51,675
sebab saya keluar awal
dan tak sempat siapkan sarapan.

439
00:25:51,758 --> 00:25:53,468
Ayah bawa mereka bersarapan

440
00:25:53,552 --> 00:25:56,555
sebelum hantar mereka ke sekolah
untuk saya.

441
00:25:56,638 --> 00:25:59,099
Saya ibu yang tegas.

442
00:25:59,182 --> 00:26:01,768
- Mak garang?
- Saya beri hukuman.

443
00:26:01,851 --> 00:26:05,230
- Dia datuk yang beri ganjaran.
- Datuk beri ganjaran! Saya suka!

444
00:26:05,313 --> 00:26:10,193
Dia kata, "Kalau kamu dapat markah penuh
untuk matematik, datuk beri ganjaran."

445
00:26:10,277 --> 00:26:11,444
Saya suka.

446
00:26:12,904 --> 00:26:16,658
Kamu rasa apabila kamu dah jadi ibu bapa

447
00:26:16,741 --> 00:26:19,744
kamu akan ajak ibu bapa kamu
untuk tinggal bersama?

448
00:26:20,870 --> 00:26:24,082
Agaknya.

449
00:26:24,165 --> 00:26:25,250
Agaknya?

450
00:26:30,255 --> 00:26:34,593
Sewaktu pengasas Singapura
mula membentuk negara ini,

451
00:26:34,676 --> 00:26:36,553
kami negara yang muda

452
00:26:36,636 --> 00:26:39,180
kerana rakyat muda
lebih ramai daripada rakyat berusia.

453
00:26:39,264 --> 00:26:42,017
Tapi, semakin matang masyarakat ini,

454
00:26:42,767 --> 00:26:45,937
kelanjutan usia
dan penuaan menjadi suatu masalah.

455
00:26:46,021 --> 00:26:49,065
Kini, masalah penuaan bakal melanda.

456
00:26:49,149 --> 00:26:52,527
Pada 2030,
25 peratus daripada populasi kami,

457
00:26:52,611 --> 00:26:55,196
iaitu satu daripada empat orang
berusia lebih 65 tahun.

458
00:26:56,948 --> 00:27:00,452
Maknanya, wujud tekanan
bagi sistem kesihatan kami.

459
00:27:00,535 --> 00:27:03,288
Kami cuba tangani isu ini.

460
00:27:03,955 --> 00:27:06,583
Kerajaan mempertimbangkan idea

461
00:27:06,666 --> 00:27:10,879
untuk anak-anak ambil berat
tentang ibu bapa mereka

462
00:27:10,962 --> 00:27:12,589
dan jaga mereka.

463
00:27:12,672 --> 00:27:18,887
Kerajaan Singapura ada polisi
yang dipanggil Geran Rumah Berhampiran

464
00:27:18,970 --> 00:27:23,558
yang menggalakkan keluarga untuk tinggal
berhampiran satu sama lain.

465
00:27:23,642 --> 00:27:26,394
Anda akan terima sejumlah wang

466
00:27:26,478 --> 00:27:31,399
jika anda ibu bapa yang memilih
untuk tinggal berhampiran anak-anak anda,

467
00:27:31,483 --> 00:27:34,903
atau anak-anak anda memilih pangsapuri

468
00:27:34,986 --> 00:27:37,656
di kawasan perumahan awam
berhampiran anda.

469
00:27:37,739 --> 00:27:41,159
Jika anak-anak jaga ibu bapa mereka,

470
00:27:41,242 --> 00:27:44,079
masyarakat takkan kerap jatuh sakit.

471
00:27:44,996 --> 00:27:49,793
Satu kajian bernama Meniti Usia Sendirian
di Amerika melaporkan 100 tahun lalu,

472
00:27:49,876 --> 00:27:54,839
70 peratus balu dan duda di Amerika
tinggal bersama keluarga mereka.

473
00:27:54,923 --> 00:28:00,512
Hari ini, kadarnya hampir sama
bagi balu dan duda yang tinggal sendiri.

474
00:28:00,595 --> 00:28:02,764
Geran Rumah Berhampiran Singapura

475
00:28:02,847 --> 00:28:06,017
berjaya melawan trend tersebut.

476
00:28:06,101 --> 00:28:10,939
Antara tahun 2015 hingga 2018,
Lembaga Perumahan dan Pembangunan

477
00:28:11,022 --> 00:28:14,025
mengumumkan bahawa 11,000 isi rumah

478
00:28:14,109 --> 00:28:18,405
telah membeli apartmen jualan semula
berhampiran ibu bapa atau anak mereka

479
00:28:18,488 --> 00:28:21,825
dengan bantuan Geran Rumah Berhampiran.

480
00:28:22,784 --> 00:28:28,790
Di Amerika Syarikat, apabila ibu bapa
yang berusia tinggal di rumah persaraan,

481
00:28:28,873 --> 00:28:32,127
jangka hayat mereka menurun
sebanyak dua ke enam tahun.

482
00:28:32,627 --> 00:28:36,548
Jadi, ada bijaknya idea ini

483
00:28:36,631 --> 00:28:40,677
kerana anda tak paksa ibu bapa
untuk tinggal bersama anda,

484
00:28:40,760 --> 00:28:43,680
tapi ada insentif
untuk mereka tinggal berhampiran

485
00:28:43,763 --> 00:28:48,768
dan itu bukan saja bagus untuk keluarga,
malah menambah jangka hayat.

486
00:28:52,522 --> 00:28:56,151
Jika anda tatal media sosial
atau lihat tanda pagar kelanjutan usia,

487
00:28:56,234 --> 00:28:59,904
di Amerika,
ia selalu berkaitan ubat antipenuaan

488
00:28:59,988 --> 00:29:02,490
serta program diet dan senaman.

489
00:29:03,575 --> 00:29:07,245
Amerika Syarikat
ialah negara paling makmur

490
00:29:07,328 --> 00:29:08,997
dalam sejarah dunia.

491
00:29:09,080 --> 00:29:12,417
tapi dua pertiga rakyat kami
berlebihan berat atau obes.

492
00:29:12,500 --> 00:29:16,171
Kebahagiaan menurun,
begitu juga jangka hayat.

493
00:29:16,254 --> 00:29:19,215
Adakah tindakan Singapura sekarang
boleh diskala?

494
00:29:19,299 --> 00:29:21,092
Bolehkah Amerika buat begitu?

495
00:29:22,469 --> 00:29:27,307
Saya sering kata Singapura
ialah satu dalam seribu.

496
00:29:33,938 --> 00:29:35,732
Kami negara yang kecil.

497
00:29:35,815 --> 00:29:39,527
Kami seperti negara kota
dan itu banyak membantu.

498
00:29:39,611 --> 00:29:44,616
Kota ini boleh
adakan perjanjian perdagangan bebas.

499
00:29:44,699 --> 00:29:45,950
Kami boleh berunding,

500
00:29:46,034 --> 00:29:51,122
tapi sesetengah kaedah
mungkin boleh dipinjam.

501
00:29:51,206 --> 00:29:56,544
Pertama, anda perlu ada visi,
kemahuan dan objektif.

502
00:29:56,628 --> 00:29:59,881
Seterusnya, anda perlukan rakyat
yang ada pelaburan

503
00:30:01,007 --> 00:30:03,676
untuk menyediakan kehidupan

504
00:30:03,760 --> 00:30:05,136
dan keluarga sihat.

505
00:30:05,220 --> 00:30:09,098
Bagaimana anda
cipta perkongsian awam-persendirian ini?

506
00:30:10,683 --> 00:30:13,728
Jika anda boleh yakinkan rakyat Amerika

507
00:30:13,812 --> 00:30:17,690
bahawa "Saya boleh bantu anda
kurangkan kos penjagaan kesihatan,"

508
00:30:17,774 --> 00:30:20,151
usaha anda dah separuh berjaya.

509
00:30:20,235 --> 00:30:23,363
Kemukakan hujah ekonomi
untuk hasilkan faedah insan.

510
00:30:23,446 --> 00:30:25,865
- Betul.
- Idea yang sangat hebat.

511
00:30:28,076 --> 00:30:33,373
Singapura mengajar kita bahawa kita boleh
lakukan perubahan besar dalam populasi.

512
00:30:33,456 --> 00:30:37,502
Saya yakin,
kaedah paling berkesan yang kita ada

513
00:30:37,585 --> 00:30:40,922
untuk bentuk persekitaran lebih sihat
adalah menerusi polisi

514
00:30:41,005 --> 00:30:43,633
dan Amerika perlu jadikan itu pedoman.

515
00:30:44,551 --> 00:30:47,804
Kita perlu kenal pasti polisi bagus
dan laksanakannya.

516
00:30:55,103 --> 00:30:55,937
AMERIKA

517
00:30:56,020 --> 00:31:00,275
Setelah buktikan pendekatan Zon Biru
berkesan di pekan Albert Lea,

518
00:31:00,358 --> 00:31:02,652
saya buat keputusan untuk besarkannya.

519
00:31:03,152 --> 00:31:06,281
Kami dapati bahawa syarikat insurans,

520
00:31:06,364 --> 00:31:09,492
sistem hospital dan yayasan persendirian

521
00:31:09,576 --> 00:31:13,913
sanggup melabur untuk pastikan bandar
di Amerika lebih sihat.

522
00:31:13,997 --> 00:31:17,250
Kami berjaya kembangkan projek Zon Biru
dari Albert Lea

523
00:31:17,333 --> 00:31:19,586
ke bandar pinggir pantai, Los Angeles,

524
00:31:19,669 --> 00:31:21,296
dan seluruh negeri Iowa.

525
00:31:22,338 --> 00:31:27,135
Projek Zon Biru terus melancarkan
cara mudah untuk sihat di tempat anda.

526
00:31:27,218 --> 00:31:30,638
Apabila di Fort Worth, Cowtown,

527
00:31:30,722 --> 00:31:34,767
barulah kami tunjukkan kaedah ini
mungkin berkesan di mana-mana di Amerika.

528
00:31:36,185 --> 00:31:40,565
Kami bertemu datuk bandar,
majlis perbandaran, nazir sekolah…

529
00:31:40,648 --> 00:31:44,152
Kadar obesiti kanak-kanak Fort Worth
turun enam peratus.

530
00:31:44,235 --> 00:31:47,280
Tinjauan Gallup tentang bandar tersihat
di Amerika menyatakan,

531
00:31:47,363 --> 00:31:49,908
"Cowtown mengubah cara hidup mereka."

532
00:31:52,619 --> 00:31:57,373
Selepas lima tahun, kiraan Gallup
menunjukkan kami telah jimatkan

533
00:31:57,457 --> 00:32:01,586
lebih suku bilion dolar setahun
bagi anggaran kos kesihatan bandar itu.

534
00:32:01,669 --> 00:32:05,840
Jadi, saya sedar,
cara kita praktikkan hikmah Zon Biru

535
00:32:05,924 --> 00:32:10,511
adalah sepuluh kali ganda lebih penting
berbanding mengenal pastinya.

536
00:32:14,390 --> 00:32:17,644
Perkara yang Zon Biru buat kini
adalah dekati komuniti

537
00:32:17,727 --> 00:32:22,023
yang berminat
untuk cipta persekitaran lebih baik.

538
00:32:22,941 --> 00:32:26,527
Kami di Phoenix Selatan
untuk melancarkan projek Zon Biru.

539
00:32:26,611 --> 00:32:30,073
Mana-mana komuniti Zon Biru bermula
dengan mendengar.

540
00:32:30,949 --> 00:32:35,828
Langkah berikutnya, buat perubahan tetap
atau separa tetap pada persekitaran.

541
00:32:36,537 --> 00:32:40,291
Saya mahu tahu tempat di kejiranan anda

542
00:32:40,375 --> 00:32:45,880
yang boleh ditambah baik untuk manusia
supaya pilihan sihat jadi pilihan mudah.

543
00:32:46,756 --> 00:32:51,219
Kami ada ramai pakar
dan kami mula dengan melakukan penilaian.

544
00:32:52,387 --> 00:32:55,223
Saya boleh kata ini pasukan terbaik
di Amerika.

545
00:32:55,848 --> 00:32:57,266
Saya mahu cabar anda

546
00:32:57,350 --> 00:33:03,022
untuk beritahu kami cara
untuk tingkatkan tahap kebahagiaan

547
00:33:03,106 --> 00:33:05,024
dan jangka hayat.

548
00:33:05,692 --> 00:33:09,112
Ada ruang kosong di sini.
Apa kita nak buat?

549
00:33:09,195 --> 00:33:10,530
Bina taman!

550
00:33:10,613 --> 00:33:13,658
Tempat komuniti berhimpun

551
00:33:13,741 --> 00:33:17,996
yang ada kebun.
Kita boleh buat kebun komuniti

552
00:33:18,079 --> 00:33:22,583
yang membolehkan masyarakat
menghargai makanan lebih sihat

553
00:33:22,667 --> 00:33:25,795
tapi mereka perlu belajar caranya,
perlu semai benih

554
00:33:25,878 --> 00:33:30,383
dan perlu ada seseorang
yang menggalakkan hal begini.

555
00:33:30,466 --> 00:33:33,553
Ada satu saja pilihan,
keluar ke jalan yang sibuk.

556
00:33:33,636 --> 00:33:35,471
Masyarakat tak mahu berjalan.

557
00:33:35,555 --> 00:33:38,016
Dahulu, ini laluan utama.

558
00:33:38,099 --> 00:33:41,227
Ia tampung 40,000 kereta
sebelum lebuh raya dibina.

559
00:33:41,310 --> 00:33:44,564
Hari ini, laluan trafiknya
tidak sebanyak dulu.

560
00:33:44,647 --> 00:33:48,901
Jika boleh keluarkan semua lorong
kecuali satu di setiap arah,

561
00:33:49,861 --> 00:33:51,946
kaki lima kini boleh digunakan.

562
00:33:53,031 --> 00:33:55,450
Bandar-bandar ada kuasa hebat.

563
00:33:56,367 --> 00:33:58,536
Jika objektif anda jelas,

564
00:33:58,619 --> 00:34:02,498
dalam beberapa tahun saja mereka
boleh buat perubahan sepenuhnya.

565
00:34:02,582 --> 00:34:06,878
Dalam tempoh sepuluh tahun,
Amerika boleh jadi Zon Biru.

566
00:34:06,961 --> 00:34:09,630
Kita cuma perlu alihkan fokus

567
00:34:09,714 --> 00:34:14,010
daripada mengubah pemikiran 330 juta orang

568
00:34:14,594 --> 00:34:16,054
kepada ubah persekitaran mereka.

569
00:34:36,491 --> 00:34:41,496
Bayangkan makanan paling murah dan sedap
yang boleh didapati oleh sesebuah komuniti

570
00:34:41,579 --> 00:34:43,039
ialah berasaskan tumbuhan.

571
00:34:43,122 --> 00:34:46,876
Bayangkan jalan raya
yang dibina bukan hanya untuk kereta,

572
00:34:46,959 --> 00:34:48,961
tapi dibina untuk manusia juga.

573
00:34:49,045 --> 00:34:52,548
Tempat yang mudah
untuk berhubung dan bersosial

574
00:34:52,632 --> 00:34:56,969
dan setiap hari penduduknya
laksanakan tujuan hidup mereka.

575
00:34:57,053 --> 00:35:01,182
Inilah perkara yang Zon Biru ajar kita
dan mampu dicapai.

576
00:35:03,518 --> 00:35:05,019
Kita ada pandangan baharu

577
00:35:05,103 --> 00:35:09,690
untuk melihat cara menjana kesihatan
dan kesejahteraan di negara kita,

578
00:35:09,774 --> 00:35:12,360
iaitu resipi sebenar kelanjutan usia.

579
00:35:12,985 --> 00:35:15,988
Tapi, akhirnya, epifani terbesar

580
00:35:16,572 --> 00:35:20,952
ialah perkara yang bantu kita hidup lama
dan sihat

581
00:35:21,953 --> 00:35:25,164
merupakan perkara
yang membuatkan hidup kita bermakna.

582
00:38:43,696 --> 00:38:46,407
Siri ini untuk hiburan
dan sebagai makluman,

583
00:38:46,490 --> 00:38:48,784
bukan nasihat perubatan atau kesihatan.

584
00:38:48,868 --> 00:38:51,787
Sentiasa rujuk doktor
berkenaan kesihatan peribadi

585
00:38:51,871 --> 00:38:55,166
sebelum mengubah pemakanan,
senaman atau gaya hidup.

586
00:38:55,249 --> 00:39:00,087
Terjemahan sari kata oleh Najat H.

