1
00:00:06,423 --> 00:00:09,384
SEBUAH SIRI NETFLIX

2
00:00:43,668 --> 00:00:45,170
Saya jumpa sesuatu, tuan.

3
00:00:49,215 --> 00:00:51,134
Rasanya ia cebisan tulang femur.

4
00:00:51,926 --> 00:00:54,971
<i>Jadi, mayat di laman belakang</i>
<i>rumah ayah awak</i>

5
00:00:55,930 --> 00:00:58,641
mengesahkan cerita
tentang mangsa pertama awak.

6
00:01:01,186 --> 00:01:02,437
Penumpang kereta itu?

7
00:01:03,271 --> 00:01:04,272
Ya, betul.

8
00:01:05,565 --> 00:01:09,194
Kenapa awak tabur tulangnya
di merata tempat?

9
00:01:09,903 --> 00:01:12,155
Adakah untuk menghilangkan buktinya?

10
00:01:14,491 --> 00:01:15,366
Sebenarnya,

11
00:01:16,993 --> 00:01:20,455
saya panik pada masa itu.

12
00:01:21,581 --> 00:01:25,376
Saya cuba hancurkan tulangnya,

13
00:01:26,336 --> 00:01:32,175
tapi bahagian dalamnya berair.

14
00:01:33,384 --> 00:01:36,137
Saya gagal menjadikannya serbuk.

15
00:01:36,763 --> 00:01:37,889
Jadi, saya pun…

16
00:01:39,724 --> 00:01:42,811
Saya masukkannya ke dalam ketuhar

17
00:01:43,311 --> 00:01:46,064
untuk, yalah,

18
00:01:46,689 --> 00:01:51,402
mengeringkannya dan cara itu berkesan.

19
00:01:52,195 --> 00:01:55,573
Kemudian,
barulah saya dapat hancurkannya.

20
00:01:57,909 --> 00:02:00,662
Tapi kenapa taburkannya
di sekeliling laman?

21
00:02:03,331 --> 00:02:06,084
Agaknya saya cuma mahu
dia berada berdekatan.

22
00:02:09,671 --> 00:02:11,256
Seolah-olah…

23
00:02:12,465 --> 00:02:15,135
cebisan dirinya ada di merata-rata tempat.

24
00:02:15,802 --> 00:02:17,137
Di sekeliling saya.

25
00:02:21,850 --> 00:02:23,643
Saya tahu bunyinya dahsyat.

26
00:02:26,604 --> 00:02:29,440
Jeff, pendapat kami tak penting.

27
00:02:34,320 --> 00:02:38,950
Tapi saya rasa
saya memang dilahirkan begini.

28
00:02:40,827 --> 00:02:45,748
Saya tak rasa saya jadi begini
disebabkan ada tragedi menimpa saya

29
00:02:47,083 --> 00:02:49,294
kerana saya memang

30
00:02:50,253 --> 00:02:51,629
begini.

31
00:02:55,466 --> 00:02:59,304
Selepas saya bunuh penumpang kereta itu,

32
00:03:00,889 --> 00:03:03,308
agak lama juga saya tak nak melakukannya.

33
00:03:03,975 --> 00:03:05,810
Saya teringin buat sebenarnya.

34
00:03:06,519 --> 00:03:09,814
Kadangkala, saya kerap memikirkannya,

35
00:03:10,440 --> 00:03:14,903
tapi saya berjaya menepis godaannya,

36
00:03:16,112 --> 00:03:18,406
dan ia tak berulang selama…

37
00:03:21,868 --> 00:03:23,077
sembilan tahun.

38
00:03:25,205 --> 00:03:26,414
Menarik betul.

39
00:03:27,957 --> 00:03:33,588
Ahli psikologi atau psikiatri
yang datang bertemu saya

40
00:03:36,007 --> 00:03:39,469
ada mengatakan sesuatu
yang buat saya asyik terfikir.

41
00:03:39,969 --> 00:03:41,971
<i>Jadi, semasa awak kerat mangsa,</i>

42
00:03:43,097 --> 00:03:45,099
adakah ia mengghairahkan awak?

43
00:03:49,437 --> 00:03:50,438
Ya.

44
00:03:51,940 --> 00:03:53,900
- Sangat ghairah.
- Ya.

45
00:03:54,984 --> 00:03:56,110
Saya…

46
00:03:57,362 --> 00:04:01,074
Saya suka rupa organ
semasa saya memegangnya.

47
00:04:03,243 --> 00:04:07,038
Ia berkilauan.

48
00:04:09,916 --> 00:04:12,126
Ada istilah untuk gambaran awak itu.

49
00:04:12,210 --> 00:04:14,045
Ia dipanggil splankhnofilia.

50
00:04:14,879 --> 00:04:18,299
Penghidapnya mendapati
organ dalaman mengghairahkan

51
00:04:19,300 --> 00:04:24,097
dan kilauan yang awak sukakan ini
ialah salah satu komponen utamanya.

52
00:04:25,598 --> 00:04:28,101
Manusia, terutamanya lelaki,

53
00:04:28,184 --> 00:04:31,104
cenderung untuk menyukai benda berkilat.

54
00:04:31,813 --> 00:04:34,023
Ia juga melibatkan aspek seksual.

55
00:04:34,691 --> 00:04:37,944
Dalam majalah edisi sukan,
ada gambar wanita basah.

56
00:04:38,027 --> 00:04:39,445
Kita tertarik kepadanya.

57
00:04:40,196 --> 00:04:43,825
Mungkin kerana keadaan yang basah
menyamai vagina

58
00:04:43,908 --> 00:04:46,536
ketika wanita sedia
mengadakan hubungan seks.

59
00:04:47,036 --> 00:04:48,830
Ia naluri semula jadi manusia.

60
00:04:50,707 --> 00:04:56,671
Tapi jika desakan yang awak tahan ini
sifat semula jadi awak,

61
00:04:57,588 --> 00:05:00,300
bagaimana awak boleh tunggu
sampai sembilan tahun?

62
00:05:00,883 --> 00:05:02,176
Atau kenapa?

63
00:05:02,260 --> 00:05:04,262
Saya cuma nak jadi budak baik.

64
00:05:10,643 --> 00:05:13,980
Baiklah. Barisan depan,
Tina, Andrew, Mark Norton,

65
00:05:14,063 --> 00:05:17,317
Sasha, Andrea, Mark D'Angelo, Dan.

66
00:05:17,400 --> 00:05:19,736
Okey, rapat sikit lagi.

67
00:05:23,281 --> 00:05:25,283
Tahniah kepada kamu semua.

68
00:05:25,366 --> 00:05:27,035
Kamu antara yang terbaik.

69
00:05:27,118 --> 00:05:28,202
Okey.

70
00:05:28,911 --> 00:05:31,664
Sekarang senyum dan…

71
00:05:32,582 --> 00:05:35,418
Bagus. Kita tangkap satu lagi.

72
00:05:37,503 --> 00:05:39,339
- Bagus. Terima kasih.
- Okey.

73
00:05:39,422 --> 00:05:42,383
Tina, tunggu sini.
Selepas ini, Kelab Ekologi pula.

74
00:05:43,676 --> 00:05:45,720
<i>Aduhai, cantiknya.</i>

75
00:05:45,803 --> 00:05:47,805
Ia nampak hebat. Tahniah, Derek.

76
00:05:47,889 --> 00:05:50,224
Terima kasih. Syabas, kawan-kawan.

77
00:05:50,308 --> 00:05:52,435
- Susun aturnya cantik, Dan.
- Terima kasih.

78
00:05:52,518 --> 00:05:56,939
Nanti dulu. Tengok gambar
Persatuan Pelajar Terpuji di halaman 36.

79
00:06:03,029 --> 00:06:06,449
- Apa ini? Kenapa dia dalam gambar ini?
- Entahlah.

80
00:06:07,033 --> 00:06:08,701
Dan, kenapa awak boleh tak perasan?

81
00:06:08,785 --> 00:06:12,580
- Maaf. Saya tak perasan langsung.
- Tapi itulah tugas awak, Dan.

82
00:06:12,663 --> 00:06:15,708
Purata gred Jeff Dahmer cuma dua, Dan!

83
00:06:15,792 --> 00:06:17,752
Celaka betul!

84
00:07:05,133 --> 00:07:07,677
- Dia takkan mengamuk.
- Dia pasti mengamuk.

85
00:07:07,760 --> 00:07:10,930
Saya nak minta maaf siap-siap
kerana melibatkan awak

86
00:07:11,013 --> 00:07:13,015
dalam masalah keluarga saya.

87
00:07:14,100 --> 00:07:16,060
Kenapa dia nak mengamuk?

88
00:07:16,144 --> 00:07:19,313
Awak sengsara,
awak bercerai dan teruskan hidup.

89
00:07:19,397 --> 00:07:22,024
Dia patut tumpang gembira
dan teruskan hidup.

90
00:07:22,108 --> 00:07:24,819
Masalahnya, Shari,
dia tak mahu saya gembira

91
00:07:25,570 --> 00:07:29,490
dan kalau saya bawa
wanita cantik ke dalam rumah itu,

92
00:07:29,574 --> 00:07:31,951
dia pasti naik angin.

93
00:07:32,577 --> 00:07:35,913
Biarlah. Saya boleh menghadapinya.

94
00:07:36,414 --> 00:07:38,791
Saya akan marah dia juga.

95
00:07:38,875 --> 00:07:41,377
Untuk pengetahuan awak,
saya kuat semangat.

96
00:07:41,461 --> 00:07:42,920
Saya memang dah tahu.

97
00:07:46,507 --> 00:07:48,593
Boleh tak awak pandang jalan raya?

98
00:07:59,979 --> 00:08:00,897
Joyce?

99
00:08:04,942 --> 00:08:06,068
Aduh.

100
00:08:06,986 --> 00:08:09,280
Rumah ini nampak macam dilanda ribut.

101
00:08:11,866 --> 00:08:13,784
Saya tak tahu kalian nak datang.

102
00:08:18,164 --> 00:08:19,582
Apa yang berlaku?

103
00:08:20,583 --> 00:08:22,293
Kenapa ada banyak arak, Jeff?

104
00:08:24,003 --> 00:08:26,214
Saya baru adakan parti.

105
00:08:26,881 --> 00:08:28,466
Tengoklah sekeliling.

106
00:08:29,091 --> 00:08:30,635
Bersepahnya rumah ini!

107
00:08:33,763 --> 00:08:34,764
Inikah orangnya?

108
00:08:39,977 --> 00:08:40,978
Shari.

109
00:08:42,313 --> 00:08:44,524
Ini Jeff. Aduhai, Jeff.

110
00:08:45,024 --> 00:08:45,858
Hai, Jeff.

111
00:08:47,360 --> 00:08:48,819
- Hai.
- Mana mak kamu?

112
00:08:51,155 --> 00:08:53,032
Entah. Dia dah pergi.

113
00:08:53,115 --> 00:08:54,367
Ke mana dia pergi?

114
00:08:56,244 --> 00:08:57,245
Entahlah.

115
00:08:57,745 --> 00:08:59,455
Bila dia pergi?

116
00:09:00,706 --> 00:09:03,000
Kira-kira tiga bulan lepas.

117
00:09:05,711 --> 00:09:07,004
Apa kamu kata?

118
00:09:09,006 --> 00:09:10,633
Dia memang begitu.

119
00:09:11,551 --> 00:09:13,553
Dia cuma pentingkan diri sendiri.

120
00:09:14,512 --> 00:09:17,515
Dia tinggalkan budak 18 tahun
bersendirian di rumah.

121
00:09:17,598 --> 00:09:20,977
Tiada makanan untuknya.
Entah apa yang kamu makan.

122
00:09:21,811 --> 00:09:24,605
Ini sebenarnya tindakan jenayah.
Perbuatannya…

123
00:09:25,106 --> 00:09:27,942
- Celaka. Maafkan saya.
- Ayah.

124
00:09:29,819 --> 00:09:31,070
Saya okey.

125
00:09:31,153 --> 00:09:32,655
Tidak, kamu tak okey.

126
00:09:34,448 --> 00:09:35,658
Kamu minum arak.

127
00:09:36,576 --> 00:09:39,203
Ayah nampak tin kosong
dan kamu berbau arak.

128
00:09:39,287 --> 00:09:40,538
Kamu tak okey.

129
00:09:41,414 --> 00:09:44,208
Nah, ayah nak kamu minum.

130
00:09:45,167 --> 00:09:46,502
Saya tak suka kopi.

131
00:09:47,128 --> 00:09:49,880
Berhenti minum kerana ini masalah besar.

132
00:09:49,964 --> 00:09:53,801
Kita perlu cari jalan
untuk betulkan hidup kamu.

133
00:09:55,428 --> 00:09:56,345
Okey?

134
00:10:09,150 --> 00:10:11,068
Banyaknya gula, Jeff.

135
00:10:14,238 --> 00:10:16,616
Kenapa awak peduli? Awak bukan mak saya.

136
00:10:17,116 --> 00:10:18,618
- Kita baru jumpa.
- Jeff.

137
00:10:18,701 --> 00:10:20,995
- Tak apa, Lionel.
- Saya rasa malu.

138
00:10:21,495 --> 00:10:23,581
Betul, Jeff. Saya bukan mak kamu.

139
00:10:24,498 --> 00:10:28,002
Tapi saya sayang ayah kamu,
bermakna saya sayang kamu.

140
00:10:28,085 --> 00:10:29,045
Okey?

141
00:10:29,920 --> 00:10:32,506
Kadangkala, ketegasan juga diperlukan.

142
00:10:47,104 --> 00:10:50,858
Kamu berjaya tamatkan persekolahan.
Itu satu kejayaan.

143
00:10:51,359 --> 00:10:53,694
Yalah, tapi cukup-cukup makan saja.

144
00:10:54,403 --> 00:10:56,155
Kamu dah memohon ke kolej?

145
00:10:56,822 --> 00:10:57,657
Tidak.

146
00:10:58,699 --> 00:11:03,746
Jeff, apa masalah kamu?
Apa yang kamu buat selama ini?

147
00:11:03,829 --> 00:11:06,624
- Sekarang dah terlambat.
- Sebab itu saya tak memohon.

148
00:11:07,958 --> 00:11:08,876
Jeff.

149
00:11:09,835 --> 00:11:13,964
Dulu, kamu berbakat dalam bidang sains.
Entah apa dah jadi.

150
00:11:14,048 --> 00:11:17,593
Kebanyakan budak yang nak belajar
dalam bidang sains di kolej

151
00:11:19,845 --> 00:11:21,764
dapat gred yang bagus.

152
00:11:22,348 --> 00:11:23,391
Gred saya teruk.

153
00:11:24,225 --> 00:11:26,060
Kamu tak cuba kolej komuniti?

154
00:11:26,560 --> 00:11:28,521
Kolej komuniti cuma tempat untuk…

155
00:11:29,730 --> 00:11:31,273
budak bodoh.

156
00:11:32,358 --> 00:11:35,903
Tapi mungkin itu saja pilihan yang ada.

157
00:11:45,538 --> 00:11:46,497
Ya.

158
00:11:47,957 --> 00:11:49,250
Tapi…

159
00:11:55,423 --> 00:11:56,799
saya memang tak pandai.

160
00:12:03,180 --> 00:12:06,058
Kenapa saya perlu pura-pura
yang saya sebaliknya?

161
00:12:11,021 --> 00:12:12,064
Tak begitu?

162
00:12:16,235 --> 00:12:17,069
Saya…

163
00:12:18,487 --> 00:12:20,072
bukan budak yang baik.

164
00:12:21,157 --> 00:12:23,075
Ayah, saya tak normal.

165
00:12:23,576 --> 00:12:26,454
Saya tak pandai bergaul.
Saya pelik dan tak…

166
00:12:27,204 --> 00:12:28,247
Saya berbeza…

167
00:12:29,415 --> 00:12:30,916
daripada orang lain.

168
00:12:33,711 --> 00:12:37,506
- Saya rasa saya bermasalah.
- Jeff, sudahlah.

169
00:12:37,590 --> 00:12:38,758
Ayah, saya serius.

170
00:12:38,841 --> 00:12:41,761
Saya nak buat beberapa perkara dan…

171
00:12:45,097 --> 00:12:47,641
Saya dah buat beberapa perkara yang saya…

172
00:12:50,895 --> 00:12:52,146
Entahlah.

173
00:12:54,148 --> 00:12:56,108
Rasanya saya perlu beritahu ayah…

174
00:13:02,698 --> 00:13:03,699
Tentang…

175
00:13:05,868 --> 00:13:09,371
Tentang fantasi yang saya bayangkan.

176
00:13:09,455 --> 00:13:10,873
Okey, nanti dulu.

177
00:13:14,710 --> 00:13:17,087
Adakah ia berkaitan dengan seks?

178
00:13:20,758 --> 00:13:23,552
Ya, sebahagian daripadanya.

179
00:13:24,261 --> 00:13:26,722
Kalau begitu, ayah minta maaf.

180
00:13:26,806 --> 00:13:29,099
- Ayah ada satu idea.
- Apa?

181
00:13:33,979 --> 00:13:35,314
Universiti Ohio.

182
00:13:37,733 --> 00:13:42,196
Kami akan cuba daftar kamu
untuk belajar di Universiti Ohio.

183
00:13:43,948 --> 00:13:46,158
Ayah tanggung yuran semester pertama.

184
00:13:48,077 --> 00:13:49,870
Program sainsnya sangat bagus.

185
00:13:51,580 --> 00:13:52,498
Bagaimana?

186
00:13:55,042 --> 00:13:55,876
Saya rasa…

187
00:13:57,753 --> 00:13:59,338
Bagus juga.

188
00:14:00,172 --> 00:14:01,006
Bagus.

189
00:14:02,842 --> 00:14:05,052
Muktamad. Itulah yang kita akan buat.

190
00:14:05,135 --> 00:14:06,512
- Okey.
- Bagaimana?

191
00:14:06,595 --> 00:14:09,014
Ia cadangan hebat. Saya pasti.

192
00:14:50,514 --> 00:14:52,474
<i>Ayah harap kamu seronok di sini.</i>

193
00:14:52,558 --> 00:14:55,477
Bunyinya macam kamu seronok betul.

194
00:14:55,561 --> 00:14:59,815
Ayah dah habiskan banyak duit,
tapi tiba-tiba, dekan hubungi ayah.

195
00:15:00,441 --> 00:15:04,904
Okey, saya tak mahu buang masa.
Jeff hadiri tak kelasnya?

196
00:15:04,987 --> 00:15:05,988
Tidak.

197
00:15:07,907 --> 00:15:11,076
Saya susah bangun untuk kelas pagi.

198
00:15:12,703 --> 00:15:14,121
Berapa purata gred kamu?

199
00:15:16,206 --> 00:15:18,042
Purata gred Jeff ialah 0.45.

200
00:15:18,125 --> 00:15:20,127
Aduhai.

201
00:15:21,503 --> 00:15:22,713
Aduhai.

202
00:15:30,137 --> 00:15:31,180
Okey.

203
00:15:33,557 --> 00:15:35,100
Kami akan baiki grednya.

204
00:15:36,602 --> 00:15:40,105
En. Dahmer, encik tak faham.
Jeff dah dibuang.

205
00:15:45,861 --> 00:15:48,155
Ayah, tunggu. Ayah jalan laju sangat.

206
00:15:49,365 --> 00:15:51,075
Sertai pasukan tentera.

207
00:15:59,875 --> 00:16:03,963
SETAHUN KEMUDIAN

208
00:16:07,466 --> 00:16:08,509
Dia dah sampai.

209
00:16:12,471 --> 00:16:13,889
Tak sangka.

210
00:16:13,973 --> 00:16:15,557
Tengoklah dia sekarang.

211
00:16:16,308 --> 00:16:17,643
Itu siapa?

212
00:16:17,726 --> 00:16:18,560
Hai, kalian.

213
00:16:19,269 --> 00:16:20,938
- Hai, ayah.
- Kacaknya.

214
00:16:21,021 --> 00:16:22,606
- Mak cik apa khabar?
- Hebatnya.

215
00:16:22,690 --> 00:16:24,566
- Hai, Jeff.
- Gembiranya saya.

216
00:16:24,650 --> 00:16:25,609
Ayah.

217
00:16:28,278 --> 00:16:31,490
Jeff. Kamu nampak mengagumkan.

218
00:16:31,573 --> 00:16:32,908
- Terima kasih.
- Ya.

219
00:16:34,159 --> 00:16:35,577
Seronoknya dapat pulang.

220
00:16:38,831 --> 00:16:40,332
Mari kita masuk.

221
00:16:44,378 --> 00:16:45,879
Kamu suka tak jadi askar?

222
00:16:47,047 --> 00:16:49,258
Ya, saya suka.

223
00:16:50,259 --> 00:16:52,428
Mujurlah latihan asas dah tamat.

224
00:16:52,511 --> 00:16:54,013
Apa yang kamu kena buat?

225
00:16:54,930 --> 00:16:58,392
Saya sertai latihan
untuk jadi pakar perubatan.

226
00:16:58,475 --> 00:17:01,145
Jadi, saya mungkin akan merawat
semasa pertempuran.

227
00:17:01,228 --> 00:17:02,980
Pakar perubatan. Tak sangka.

228
00:17:03,063 --> 00:17:04,773
- Pakar perubatan tempur!
- Jeff.

229
00:17:05,357 --> 00:17:10,446
Ini ubat penenang yang digunakan
untuk membantu pesakit berehat dan pulih.

230
00:17:12,114 --> 00:17:13,782
Ya, Dahmer.

231
00:17:14,533 --> 00:17:15,784
Yang mana satu?

232
00:17:15,868 --> 00:17:16,994
Apa namanya?

233
00:17:17,077 --> 00:17:18,120
Halcion.

234
00:17:18,996 --> 00:17:21,415
Hasilnya sangat bagus. Ia amat berkesan.

235
00:17:21,498 --> 00:17:23,292
<i>Tengoklah, ayah dah cakap.</i>

236
00:17:23,375 --> 00:17:26,045
Kamu suka benda-benda sains waktu kecil.

237
00:17:26,128 --> 00:17:27,921
Ayah dah agak ia berguna.

238
00:17:28,005 --> 00:17:29,214
Betul cakap ayah.

239
00:17:32,134 --> 00:17:33,218
Mari kita makan.

240
00:18:01,580 --> 00:18:03,791
Kamu dapat sesuaikan diri? Ada kawan?

241
00:18:04,541 --> 00:18:05,375
Ya.

242
00:18:15,469 --> 00:18:16,470
Hei, Tanner.

243
00:18:17,429 --> 00:18:18,680
Nak berparti?

244
00:18:18,764 --> 00:18:21,934
Mereka sangat baik. Saya ada kawan.

245
00:19:37,467 --> 00:19:41,597
Mereka akan hantar saya
ke Jerman Barat minggu depan.

246
00:19:42,556 --> 00:19:44,808
Ke satu tempat bernama Baumholder.

247
00:19:44,892 --> 00:19:46,268
Awak dengar tak, Shar?

248
00:19:46,351 --> 00:19:47,436
Jeff!

249
00:19:50,898 --> 00:19:52,524
Mungkin kamu akan terjumpa

250
00:19:53,400 --> 00:19:57,112
saudara-mara kamu yang tinggal di sana.

251
00:19:57,196 --> 00:19:58,572
- Ya.
- Ya.

252
00:19:59,615 --> 00:20:02,159
- Nanti saya cari.
- Baik.

253
00:20:03,702 --> 00:20:04,661
Hebatnya.

254
00:20:07,122 --> 00:20:08,165
Jerman.

255
00:20:11,335 --> 00:20:12,586
Tak sangka betul.

256
00:20:35,567 --> 00:20:39,655
Hei! Keluar dari kereta. Sekarang!

257
00:20:55,504 --> 00:20:59,174
Okey, sebelum kita masuk,
ayah nak jelaskan sesuatu.

258
00:20:59,258 --> 00:21:00,342
Faham?

259
00:21:00,425 --> 00:21:02,970
Hidup ini bukan mudah. Kamu dah 21 tahun.

260
00:21:03,053 --> 00:21:05,264
Kamu dibuang kolej dan pasukan tentera.

261
00:21:05,347 --> 00:21:07,641
Ayah tak nak tanggung kamu lagi.
Berhenti minum.

262
00:21:07,724 --> 00:21:09,643
Kamu kena kerja sepenuh masa

263
00:21:09,726 --> 00:21:11,770
dan tolong nenek buat kerja rumah.

264
00:21:14,189 --> 00:21:15,274
Faham?

265
00:21:17,401 --> 00:21:18,443
Ya, ayah.

266
00:22:01,111 --> 00:22:03,530
Nenek, apa kandungan kotak ini?

267
00:22:05,699 --> 00:22:08,201
Ada gambar ayah kamu.

268
00:22:08,285 --> 00:22:09,703
Kamu nak tengok?

269
00:22:10,829 --> 00:22:12,122
Ya.

270
00:22:12,205 --> 00:22:14,249
Pusing kunci di sini.

271
00:22:14,750 --> 00:22:16,752
Kamu akan dengar bunyi klik.

272
00:22:22,883 --> 00:22:24,509
Ini gambarnya.

273
00:22:25,469 --> 00:22:29,097
Nenek dah lupa,
rasanya ini hari jadinya yang kelima.

274
00:22:30,557 --> 00:22:34,102
Tengoklah dia. Dia budak yang sangat baik.

275
00:22:35,812 --> 00:22:40,275
Ini gambar di pesta sains.

276
00:22:40,901 --> 00:22:44,196
Dia pegang reben,
jadi dia tentu ada menang pertandingan.

277
00:22:47,657 --> 00:22:49,493
Dia lebih tua dalam gambar ini.

278
00:22:50,202 --> 00:22:52,162
Ini gambar perjumpaan keluarga

279
00:22:52,245 --> 00:22:56,416
di rumah datuk saudara kamu,
Datuk Roland, di Stevens Point.

280
00:22:57,667 --> 00:23:01,254
Sejak kecil lagi, ayah kamu memang baik.

281
00:23:04,508 --> 00:23:06,510
Kalaulah saya ada kotak macam itu.

282
00:23:07,386 --> 00:23:10,180
Kamu ambillah kotak ini.

283
00:23:10,722 --> 00:23:12,808
Kamu nak gunakannya untuk apa?

284
00:23:14,017 --> 00:23:15,310
Tidak, maksud saya,

285
00:23:16,269 --> 00:23:20,023
saya tak ada kenangan
untuk disimpan dalam kotak.

286
00:23:21,900 --> 00:23:24,778
Saya tak pernah pun menang sebarang reben.

287
00:23:26,780 --> 00:23:30,283
Macam budak tak guna

288
00:23:31,618 --> 00:23:33,954
yang tiga suku.

289
00:23:36,123 --> 00:23:37,874
Jeff Dahmer, pandang nenek.

290
00:23:38,542 --> 00:23:41,253
Kita boleh selesaikan semua masalah kamu.

291
00:23:42,045 --> 00:23:45,048
Kamu cuma perlu cari
teman wanita yang baik.

292
00:23:50,637 --> 00:23:53,932
Kamu juga ada masalah dengan alkohol.

293
00:23:54,433 --> 00:23:56,768
Itu masalah serius.

294
00:23:57,269 --> 00:23:59,479
Saya dah jarang minumlah, nenek.

295
00:23:59,980 --> 00:24:03,775
Tapi nenek rasa kamu boleh kurangkan lagi.

296
00:24:04,276 --> 00:24:08,488
Nenek tahu nenek selalu ulang
nasihat yang sama,

297
00:24:09,531 --> 00:24:12,451
tapi nenek rasa kamu patut
pergi semula ke gereja.

298
00:24:17,747 --> 00:24:20,041
Banyak perkara kamu buat memesongkan,

299
00:24:20,125 --> 00:24:21,626
seperti minum arak,

300
00:24:21,710 --> 00:24:25,505
dan menyendiri sambil memikirkan
kesilapan lampau.

301
00:24:26,089 --> 00:24:28,383
Semua itu godaan, Jeff.

302
00:24:29,176 --> 00:24:32,929
Nenek rasa jika kamu kembali ke gereja,
kamu mungkin akan faham

303
00:24:33,013 --> 00:24:34,764
dan boleh menepis godaan itu.

304
00:24:39,769 --> 00:24:43,231
Nenek rasa ia godaan siapa?
Godaan syaitan?

305
00:24:45,192 --> 00:24:48,236
Ya. Sudah tentu.

306
00:24:49,279 --> 00:24:52,824
Kamu budak baik, Jeff,
sama baiknya macam ayah kamu.

307
00:24:54,284 --> 00:24:56,953
Bezanya cuma dugaan dalam hidup kamu.

308
00:24:57,454 --> 00:25:00,582
Dugaan semua orang berbeza-beza.

309
00:25:01,291 --> 00:25:03,126
Hakikatnya, kamu baik, Jeff.

310
00:25:03,210 --> 00:25:06,004
Kamu mungkin tak rasa begitu,
tapi nenek pasti.

311
00:25:11,259 --> 00:25:12,469
Terima kasih, nenek.

312
00:25:30,320 --> 00:25:33,156
Kamu pernah kerja di delikatesen?

313
00:25:34,866 --> 00:25:36,785
Ya, di Miami.

314
00:25:36,868 --> 00:25:39,454
Saya cuma buat sandwic dan sebagainya.

315
00:25:39,538 --> 00:25:42,499
Di sini, kamu akan buat sandwic juga,
tapi ini kedai Poland,

316
00:25:42,582 --> 00:25:46,086
jadi kamu kena sediakan sosej dan daging.

317
00:25:46,169 --> 00:25:48,046
Potong daging ialah kerja seni.

318
00:25:49,297 --> 00:25:51,132
Saya tak terfikir pula begitu.

319
00:25:51,633 --> 00:25:53,009
Mestilah ia kerja seni.

320
00:25:53,093 --> 00:25:56,388
Saya tukang potong daging.
Saya belajar daripada ayah saya di Poland.

321
00:25:56,471 --> 00:25:58,515
Ayahnya juga tukang potong daging.

322
00:25:58,598 --> 00:26:00,559
Kerja ini rumit dan berbahaya.

323
00:26:00,642 --> 00:26:05,063
Pekerja sebelum ini bodoh dan tak fokus.
Dia terpotong ibu jarinya.

324
00:26:05,146 --> 00:26:07,357
Jadi, saya perlu pekerja yang serius.

325
00:26:07,440 --> 00:26:10,402
Tangan tak boleh menggeletar
dan kerja perlu fokus.

326
00:26:12,112 --> 00:26:14,698
Ya, saya boleh buat semua itu.

327
00:26:16,866 --> 00:26:19,786
Saya bayar upah minimum,
tiada lebih masa dan kamu perlu kemas.

328
00:26:19,869 --> 00:26:23,123
Pakai baju kemas
walaupun kamu kerja di belakang, faham?

329
00:26:24,499 --> 00:26:27,877
- Okey.
- Mari. Saya tunjukkan penyejuk beku.

330
00:26:31,172 --> 00:26:32,424
Jeff.

331
00:26:33,925 --> 00:26:35,302
Terima kasih, nenek.

332
00:26:35,385 --> 00:26:37,929
Nenek boleh tinggalkan cadar
di luar pintu.

333
00:26:38,013 --> 00:26:39,931
Saya suka kemas katil sendiri.

334
00:26:45,520 --> 00:26:46,730
Terima kasih, nenek.

335
00:27:33,109 --> 00:27:35,654
Nenek, saya dah balik.

336
00:27:44,120 --> 00:27:45,121
Nenek!

337
00:27:48,833 --> 00:27:51,252
- Nenek, mana barang saya?
- Apa?

338
00:27:51,336 --> 00:27:54,964
Apa lagi, patung sayalah.

339
00:27:56,841 --> 00:27:59,844
Kenapa kamu simpan patung itu?
Dari mana kamu dapat?

340
00:28:01,596 --> 00:28:03,598
Cakap dulu di mana nenek sorok.

341
00:28:03,682 --> 00:28:05,684
Kenapa kamu simpan patung itu?

342
00:28:07,143 --> 00:28:09,229
Jeff, nenek perlu beritahu sesuatu.

343
00:28:09,312 --> 00:28:11,773
Nenek sayang kamu walau apa sekalipun.

344
00:28:11,856 --> 00:28:15,360
Adakah kamu menaruh perasaan…

345
00:28:15,443 --> 00:28:17,570
Saya tak nak cakap tentangnya.

346
00:28:17,654 --> 00:28:21,241
Kita boleh minta dijauhkan daripadanya
di gereja sebab Jesus…

347
00:28:21,324 --> 00:28:24,953
Mana patung saya?

348
00:28:25,745 --> 00:28:27,747
Saya dah kata jangan masuk!

349
00:28:27,831 --> 00:28:30,625
Itu bilik saya, ia barang saya,

350
00:28:30,709 --> 00:28:32,544
jadi cakap, di mana patung itu?

351
00:28:32,627 --> 00:28:34,212
Kegiatan kamu tak sihat!

352
00:28:35,672 --> 00:28:38,216
Nenek dah buang.

353
00:28:42,887 --> 00:28:44,139
Nenek buang?

354
00:28:44,639 --> 00:28:48,685
Ya. Lori sampah dah angkut
tengah hari tadi.

355
00:28:56,276 --> 00:29:00,447
Tak guna! Celaka!

356
00:29:34,814 --> 00:29:35,982
Saya…

357
00:29:38,276 --> 00:29:39,861
minta maaf, nenek.

358
00:29:43,072 --> 00:29:44,866
Saya tak patut tengking nenek.

359
00:29:47,202 --> 00:29:49,579
Maaf juga kerana pecahkan bekas mentega.

360
00:29:53,958 --> 00:29:55,043
Saya bukan

361
00:29:56,377 --> 00:29:57,712
macam yang nenek kata.

362
00:30:00,340 --> 00:30:03,009
Saya takkan memalukan keluarga begitu.

363
00:30:07,972 --> 00:30:09,390
Rasanya saya cuma…

364
00:30:11,810 --> 00:30:13,061
perlukan kawan.

365
00:30:16,189 --> 00:30:18,274
Nenek maafkan kamu.

366
00:30:18,900 --> 00:30:20,902
Tapi nenek tak suka kamu mencarut.

367
00:30:21,986 --> 00:30:22,946
Saya tahu.

368
00:30:31,496 --> 00:30:35,166
Untuk pengetahuan kamu,
ada pesta tak lama lagi.

369
00:30:36,960 --> 00:30:39,420
Kamu suka mengunjunginya semasa kecil.

370
00:30:41,798 --> 00:30:44,801
Ia bukan lagi macam dulu
dengan haiwan ladang

371
00:30:44,884 --> 00:30:47,637
dan keju yang bergolek menuruni bukit.

372
00:30:49,055 --> 00:30:52,225
Sekarang, ada khemah bir dan lain-lain.

373
00:30:52,892 --> 00:30:54,269
Ada khemah bir?

374
00:32:28,988 --> 00:32:30,114
Hai, Jeff.

375
00:32:34,535 --> 00:32:35,828
Awak masih hidup.

376
00:32:37,622 --> 00:32:38,539
Ya.

377
00:32:58,518 --> 00:33:01,104
Tidak! Keluar!

378
00:33:02,188 --> 00:33:03,272
Ini syif saya.

379
00:33:03,356 --> 00:33:06,526
Tidak, Jeff.
Saya dengar tentang kes di pesta itu.

380
00:33:06,609 --> 00:33:09,779
Saya tak sanggup upah awak lagi. Keluar!

381
00:33:16,452 --> 00:33:18,413
<i>Itu tugas awak semasa awak askar?</i>

382
00:33:19,664 --> 00:33:21,624
Ya, pakar perubatan tempur.

383
00:33:21,708 --> 00:33:23,960
Atau nama lainnya, pakar perubatan.

384
00:33:24,460 --> 00:33:26,129
Hebatnya, okey.

385
00:33:26,838 --> 00:33:28,798
Jika begitu, awak mungkin sesuai.

386
00:33:29,298 --> 00:33:31,759
Nampaknya awak telah diberhentikan.

387
00:33:31,843 --> 00:33:33,052
Kenapa, ya?

388
00:33:37,098 --> 00:33:40,643
Terus terang,
saya ada masalah ketagihan alkohol.

389
00:33:40,727 --> 00:33:43,354
Tapi saya dah berhenti minum.

390
00:33:43,855 --> 00:33:45,023
Begitu rupanya.

391
00:33:46,315 --> 00:33:47,275
Baguslah.

392
00:33:47,817 --> 00:33:48,818
Terima kasih.

393
00:33:49,402 --> 00:33:53,656
Saya sertai perjumpaan bekas penagih
dan jalani hidup sehari demi sehari.

394
00:33:53,740 --> 00:33:55,116
Baguslah.

395
00:33:56,242 --> 00:33:57,493
Tahniah.

396
00:33:57,577 --> 00:33:58,828
Terima kasih.

397
00:33:58,911 --> 00:34:02,081
Awak mungkin terlebih layak
untuk jawatan ini.

398
00:34:07,170 --> 00:34:10,048
Doug Brozovsky.

399
00:34:10,131 --> 00:34:11,257
Ya, saya.

400
00:34:17,597 --> 00:34:18,973
Genggam tangan.

401
00:34:22,518 --> 00:34:23,644
Vena awak jelas.

402
00:34:24,145 --> 00:34:25,063
Terima kasih.

403
00:34:29,859 --> 00:34:31,110
Boleh awak bertenang?

404
00:34:44,707 --> 00:34:47,085
Dulu, saya pun selalu buat begini.

405
00:34:49,295 --> 00:34:50,713
Biar darah saya diambil

406
00:34:51,714 --> 00:34:53,299
untuk didermakan.

407
00:34:54,842 --> 00:34:56,636
Bayarannya saya beli bir.

408
00:35:00,598 --> 00:35:03,184
Saya selalu derma
sampai mereka tak nak saya buat lagi.

409
00:35:08,940 --> 00:35:09,899
Okey.

410
00:35:11,275 --> 00:35:13,820
<i>Nenek bangga dengan kamu.</i>

411
00:35:14,487 --> 00:35:19,200
Kamu berhenti minum
dan kerja baru ini sesuai dengan kamu.

412
00:35:19,283 --> 00:35:20,326
Perubatan!

413
00:35:21,744 --> 00:35:23,412
Kamu dah beritahu ayah kamu?

414
00:35:24,247 --> 00:35:25,123
Belum.

415
00:35:26,290 --> 00:35:27,917
Dia kata saya sampah.

416
00:35:28,918 --> 00:35:32,547
- Maaf kerana mencarut.
- Dia tak maksudkannya.

417
00:35:33,089 --> 00:35:37,135
Dia marah kerana kamu ditahan.

418
00:35:37,677 --> 00:35:40,721
Ia kesalahan kecil. Denda 75 dolar.

419
00:35:41,222 --> 00:35:45,059
Nenek bersalah juga kerana beritahu kamu
tentang khemah bir itu,

420
00:35:45,143 --> 00:35:48,437
tapi semua itu dah berlalu.

421
00:35:50,898 --> 00:35:52,316
Apa masalahnya?

422
00:35:52,817 --> 00:35:55,361
Kamu tak makan langsung <i>brownie </i>kamu.

423
00:35:55,862 --> 00:35:57,697
Ia sangat enak.

424
00:35:59,198 --> 00:36:02,785
Saya cuma kurang lapar malam ini.

425
00:36:10,168 --> 00:36:12,253
Saya nak naik atas dulu, nenek.

426
00:36:12,753 --> 00:36:13,796
Saya dah penat.

427
00:36:20,469 --> 00:36:22,180
Maaf kerana bazirkan makanan.

428
00:38:32,852 --> 00:38:34,061
Semoga berjaya.

429
00:38:35,730 --> 00:38:36,605
Apa?

430
00:38:36,689 --> 00:38:39,734
Semoga berjaya.
Sukar untuk tarik perhatiannya.

431
00:38:44,447 --> 00:38:45,614
Awak nak bir?

432
00:38:46,657 --> 00:38:49,869
Ia untuk kawan saya,
tapi dia mungkin jumpa teman lain.

433
00:38:50,911 --> 00:38:52,163
Ambillah kalau nak.

434
00:38:54,874 --> 00:38:57,126
Ya. Terima kasih.

435
00:38:58,461 --> 00:38:59,420
Charles.

436
00:39:00,379 --> 00:39:01,255
Jeff.

437
00:39:08,429 --> 00:39:11,265
Jeff, mereka dah nak tutup.

438
00:39:13,184 --> 00:39:15,353
Jom kita buat sesuatu.

439
00:39:15,936 --> 00:39:18,939
Kita berdua.
Apa-apa saja yang awak nak buat.

440
00:39:21,942 --> 00:39:23,235
Saya nak keluar.

441
00:39:24,612 --> 00:39:25,654
Awak nak ikut?

442
00:39:32,870 --> 00:39:34,789
- Hei, Ricky. Bilik besar.
- Hei.

443
00:40:42,982 --> 00:40:44,066
Boleh saya…

444
00:40:46,735 --> 00:40:47,736
Maaf.

445
00:40:48,904 --> 00:40:52,992
Saya kurang berpengalaman
dengan semua ini.

446
00:40:55,035 --> 00:40:58,414
Tak apa. Ia mengghairahkan.

447
00:40:58,497 --> 00:40:59,415
Nanti dulu.

448
00:41:09,633 --> 00:41:11,594
Boleh tak kalau kita

449
00:41:12,845 --> 00:41:14,889
baring saja di atas katil?

450
00:41:17,433 --> 00:41:18,893
Saya boleh peluk awak.

451
00:41:24,106 --> 00:41:25,191
Mestilah boleh.

452
00:41:26,567 --> 00:41:28,110
Kita boleh mula di situ.

453
00:41:39,955 --> 00:41:41,123
Sedapnya.

454
00:41:44,335 --> 00:41:45,377
Ya.

455
00:42:08,817 --> 00:42:10,027
Awak nak ke mana?

456
00:42:11,237 --> 00:42:13,906
Sekarang 7.30 pagi. Saya kena pergi kerja.

457
00:42:16,659 --> 00:42:20,371
Boleh awak tunggu dulu?
Saya betul-betul seronok.

458
00:42:20,454 --> 00:42:23,290
Tidak. Saya kena pergi kerja.

459
00:42:47,856 --> 00:42:48,691
Hei, Ricky.

460
00:42:48,774 --> 00:42:50,943
- Hai, Jeff.
- Satu bilik.

461
00:42:51,944 --> 00:42:53,737
Awak dah jadi pelanggan tetap.

462
00:43:06,458 --> 00:43:07,793
Apa awak nak buat?

463
00:43:08,919 --> 00:43:10,170
Tanggalkan baju awak.

464
00:43:15,801 --> 00:43:17,803
- Awak kacak.
- Awak pun.

465
00:43:17,886 --> 00:43:20,180
Sekejap. Tunggu di sini.

466
00:43:21,473 --> 00:43:23,183
Saya nak pergi beli minuman.

467
00:43:25,603 --> 00:43:27,187
Hei, Jeff.

468
00:43:27,271 --> 00:43:29,690
- Saya nak dua Coke wiski.
- Baik.

469
00:43:54,757 --> 00:43:55,799
Minum.

470
00:44:10,356 --> 00:44:12,733
- Di sini.
- Baik.

471
00:44:13,942 --> 00:44:16,612
Dalangnya pelanggan saya.
Ini kali kedua dia buat begini.

472
00:44:16,695 --> 00:44:19,448
Dia masukkan dadah dalam arak mereka
dan biar mereka di sini.

473
00:44:19,948 --> 00:44:23,285
Kami dapat pulihkan budak sebelum ini
tapi yang ini macam dah mati.

474
00:44:27,665 --> 00:44:28,957
- Mari kita bantu.
- Okey.

475
00:44:37,549 --> 00:44:38,550
Terima kasih.

476
00:44:41,762 --> 00:44:45,224
- Hei, Ricky.
- Berambus dari sini.

477
00:44:46,308 --> 00:44:48,227
Awak patut lari cepat.

478
00:44:48,310 --> 00:44:50,688
Dia selalu bagi lelaki dadah di sini

479
00:44:51,271 --> 00:44:53,899
dan jangan mimpi nak pergi
Rumah Mandi Empire atau Roman.

480
00:44:53,982 --> 00:44:56,944
Mereka tahu tentang awak.
Awak dah disenarai hitam.

481
00:44:57,027 --> 00:44:59,071
Sekarang, berambus dari sini.

482
00:45:00,948 --> 00:45:02,574
Hei, tunggu dulu.

483
00:45:03,951 --> 00:45:06,120
Saya dah kata pergi dari sini.

484
00:45:06,203 --> 00:45:08,539
- Saya tak buat apa-apa pun.
- Berambus!

485
00:45:08,622 --> 00:45:12,084
- Saya tak bersalah!
- Jangan sentuh saya!

486
00:45:13,168 --> 00:45:14,837
Awak nak saya panggil polis?

487
00:45:17,923 --> 00:45:20,134
Maaf. Tolong berikan kad.

488
00:45:34,690 --> 00:45:36,692
Nenek nak pergi ke gereja.

489
00:45:38,235 --> 00:45:39,236
Okey.

490
00:45:41,196 --> 00:45:43,949
Marilah ikut nenek, Jeff.

491
00:45:46,326 --> 00:45:50,664
Nenek tahu kamu dah dipecat,
sayang sekali.

492
00:45:51,415 --> 00:45:55,085
Kamu juga dah minum balik
dan jangan cuba menafikannya.

493
00:45:56,086 --> 00:46:01,133
Bapa kamu dah tak nak bantu kamu lagi
dan nenek sangat simpati.

494
00:46:02,050 --> 00:46:07,431
Tapi ada bapa lain
yang takkan mengecewakan kamu.

495
00:46:08,098 --> 00:46:09,767
Tuhan Bapa.

496
00:46:11,018 --> 00:46:11,977
Tidak.

497
00:46:14,563 --> 00:46:16,023
Saya tak percaya Tuhan.

498
00:46:18,650 --> 00:46:20,527
Tarik balik kata-kata kamu!

499
00:46:24,615 --> 00:46:25,949
Tidak.

500
00:47:01,026 --> 00:47:03,028
Bagi saya dua gelas wiski Jack.

501
00:47:12,371 --> 00:47:13,413
Terima kasih.

502
00:47:31,181 --> 00:47:34,309
Ia untuk awak.
Awak lelaki terkacak di sini.

503
00:47:35,686 --> 00:47:40,399
Awak pandai menari.
Saya teringin menari macam awak.

504
00:47:42,901 --> 00:47:44,152
Menarilah dulu.

505
00:47:47,072 --> 00:47:48,740
Betul, saya tak reti menari.

506
00:47:48,824 --> 00:47:50,826
Awak tentu boleh menari. Ayuh.

507
00:47:54,830 --> 00:47:57,082
Hati-hati. Nanti ada yang akan cedera.

508
00:47:57,583 --> 00:47:58,584
Mula macam ini.

509
00:47:59,376 --> 00:48:02,379
Ya. Rasakan rentak muzik.

510
00:48:19,730 --> 00:48:22,858
Hei, Jeff, saya tak mampu
bermalam di sini.

511
00:48:23,483 --> 00:48:26,111
Tidak, saya yang akan belanja.

512
00:48:26,194 --> 00:48:28,196
Kita pergi ke rumah mandi sajalah.

513
00:48:29,907 --> 00:48:32,951
Tak mahulah. Tempat itu kotor.

514
00:48:33,869 --> 00:48:36,121
Saya pernah kena kutu air di sana.

515
00:48:51,094 --> 00:48:53,472
Hebatnya bilik ini! Berapa sewanya?

516
00:49:11,448 --> 00:49:13,700
Apa awak buat? Jom kita berseronok!

517
00:49:15,118 --> 00:49:16,453
Sebentar!

518
00:49:20,666 --> 00:49:22,626
- Alamak.
- Apa awak buat?

519
00:49:25,087 --> 00:49:25,963
Nah.

520
00:49:54,116 --> 00:49:55,242
Mari sini.

521
00:49:55,742 --> 00:49:57,160
- Hei.
- Hei.

522
00:49:57,244 --> 00:49:58,662
Minumlah dulu.

523
00:50:06,795 --> 00:50:07,796
Minumlah.

524
00:50:18,473 --> 00:50:21,435
Biar saya tuang segelas lagi.

525
00:50:22,269 --> 00:50:25,105
Saya tak boleh minum banyak.
Saya perlu kerja.

526
00:50:25,188 --> 00:50:29,943
- Penari tak boleh buncit.
- Janganlah jadi pengecut. Ini Diet Rite.

527
00:51:08,231 --> 00:51:09,107
Sedarlah!

528
00:51:10,942 --> 00:51:12,069
Sedarlah!

529
00:52:06,289 --> 00:52:07,624
Ayuh.

530
00:53:00,385 --> 00:53:01,219
Hei.

531
00:53:03,763 --> 00:53:04,598
Hei.

532
00:53:33,793 --> 00:53:34,711
Hei.

533
00:53:41,384 --> 00:53:42,802
Alamak.

534
00:53:45,847 --> 00:53:47,265
Alamak.

535
00:53:56,233 --> 00:53:57,359
Alamak.

536
00:54:01,488 --> 00:54:04,032
Tidak.

537
00:54:06,076 --> 00:54:07,118
Tolonglah.

538
00:54:08,536 --> 00:54:09,537
Tidak.

539
00:54:10,747 --> 00:54:11,915
Bangunlah.

540
00:54:17,837 --> 00:54:22,801
Tolonglah.

541
00:54:36,022 --> 00:54:37,190
Tak guna!

542
00:54:39,985 --> 00:54:40,986
Tidak.

543
00:54:48,451 --> 00:54:49,452
Tolonglah.

544
00:57:15,098 --> 00:57:16,933
Nenek nak pergi ke gereja esok?

545
00:57:17,016 --> 00:57:19,060
Kamu dah tanya tadi, Jeff.

546
00:57:19,686 --> 00:57:22,272
Kenapa? Kamu nak ikut?

547
00:57:22,897 --> 00:57:24,190
Tidak.

548
00:57:25,358 --> 00:57:28,528
Saya cuma nak tahu jadualnya.

549
00:57:30,113 --> 00:57:33,032
Ayah kata saya ketua rumah,
jadi saya berhak tahu.

550
00:57:33,116 --> 00:57:35,452
Baiklah, nenek pun tak mahu bergaduh.

551
01:01:23,179 --> 01:01:28,184
Terjemahan sari kata oleh
Noorsalwati Nordin

