WEBVTT

00:45.840 --> 00:47.000
Hari ini Jumaat.

00:47.520 --> 00:49.480
Sudah hampir pukul 7 malam.

00:50.000 --> 00:52.400
Adik-beradik suami saya
akan datang ke rumah kami

00:52.480 --> 00:55.640
sebab mereka ada
hal keluarga untuk dipertikaikan.

00:56.160 --> 00:59.280
"Dipertikaikan", tanpa ragu-ragu,
ialah kata kerja yang paling sesuai

00:59.360 --> 01:02.080
tentang Julián dan adik-beradiknya.

01:02.600 --> 01:05.640
Beri saya yang satu lagi.
Sama macam minggu lepas.

01:05.720 --> 01:07.400
Sedikit keju juga.

01:07.920 --> 01:12.240
Julián kata jangan beli apa-apa,
tapi sebab mereka jarang berkumpul... Betul?

01:12.760 --> 01:15.640
Ada tiga orang. Víctor anak sulung.

01:15.720 --> 01:17.040
<i>Kemudian, ada Natalia.</i>

01:17.120 --> 01:19.760
<i>Akhirnya, Julián, suami saya.</i>

01:20.720 --> 01:23.560
<i>Natalia yang berkeras
mereka perlu berkumpul</i>

01:23.640 --> 01:25.240
<i>untuk bercakap tentang ayah mereka.</i>

01:25.760 --> 01:28.200
<i>Ayah mentua saya berusia 89 tahun.</i>

01:28.280 --> 01:29.120
<i>Dia duda.</i>

01:29.200 --> 01:32.640
<i>Saya setuju dengan Natalia
dia tak boleh hidup sendiri lagi.</i>

01:32.720 --> 01:35.040
Dia semakin kerap sesat.

01:35.560 --> 01:38.160
Kebelakangan ini, dia ada tabiat buruk

01:38.240 --> 01:40.640
menunjukkan kemaluannya
kepada jiran wanita.

01:41.840 --> 01:43.240
Itu saja. Berapa harganya?

01:44.080 --> 01:48.000
Masalahnya, menurut Natalia,
mereka perlu cepat buat keputusan

01:48.080 --> 01:50.880
sebelum keadaan jadi lebih serius.

01:52.600 --> 01:55.080
<i>Víctor cakap
dia akan sampai sedikit lewat.</i>

01:55.160 --> 01:59.440
<i>Nampaknya, seperti biasa,
dia sibuk dengan kerja.</i>

02:00.040 --> 02:02.160
<i>Víctor berkahwin dengan Marisa.</i>

02:02.240 --> 02:04.920
<i>Mereka ada empat anak dan dua anjing.</i>

02:05.960 --> 02:08.600
<i>Mereka bertemu di kolej
semasa mereka masih muda.</i>

02:09.120 --> 02:12.280
<i>Selepas bersungguh-sungguh,
mereka akhirnya bercinta</i>

02:12.360 --> 02:15.560
<i>dan Víctor hamilkan dia.</i>

02:16.640 --> 02:19.200
<i>Ayah mentuanya peguam
yang penting dan terkenal.</i>

02:19.280 --> 02:22.080
<i>Tak lama kemudian,
Víctor bekerja di firma keluarga.</i>

02:22.600 --> 02:27.080
<i>Tapi sehingga hari ini,
tiada siapa tahu apa dia buat.</i>

02:29.240 --> 02:32.080
<i>Dia cakap tak serupa bikin
dan berlagak hebat,</i>

02:32.160 --> 02:34.240
<i>seperti yang Julián selalu panggil dia.</i>

02:35.240 --> 02:37.840
<i>Lelaki yang ikut saja telunjuk isteri,</i>

02:37.920 --> 02:42.040
<i>hanya untuk kekalkan status
yang dia tak pernah terbayang.</i>

02:45.200 --> 02:46.280
Natalia.

02:47.080 --> 02:50.280
Natalia pula
bukan seperti adik-beradiknya yang lain.

02:50.360 --> 02:52.800
Dia seorang wanita introvert yang serius,

02:52.880 --> 02:55.760
terlalu ikut buku
dan sangat suka kesempurnaan.

02:56.600 --> 03:00.680
<i>Dia profesor yang dihormati,
dan seolah-olah itu tak cukup,</i>

03:00.760 --> 03:02.320
<i>kalau ada masa lapang,</i>

03:02.400 --> 03:06.320
<i>dia tulis artikel dan terjemah
daripada begitu banyak bahasa.</i>

03:07.280 --> 03:10.640
<i>Natalia berkahwin dengan Jerónimo.
Mereka ada seorang anak perempuan.</i>

03:10.720 --> 03:12.760
<i>Tapi dia tak pernah gembira.</i>

03:13.520 --> 03:15.680
<i>Jerónimo selalu curang kepada dia.</i>

03:15.760 --> 03:17.040
<i>Kami semua tahu.</i>

03:17.880 --> 03:21.960
<i>Nasib baik Natalia ada kawan
yang sangat rapat dengan dia.</i>

03:22.680 --> 03:25.680
<i>Mereka pergi ke mana-mana bersama
dan sangat serasi.</i>

03:26.480 --> 03:28.200
<i>Kawan dia bujang.</i>

03:28.720 --> 03:30.120
<i>Saya tak maksudkan apa-apa,</i>

03:30.200 --> 03:33.960
<i>tapi kadangkala saya harap
Natalia tak begitu serius</i>

03:34.040 --> 03:37.920
<i>dan begitu tegang.
Saya harap dia bertenang sedikit.</i>

03:39.480 --> 03:40.360
Selamat tinggal.

03:41.440 --> 03:43.120
Mereka jarang berkumpul.

03:43.200 --> 03:46.080
Saya suka tengok mereka berkumpul,

03:46.160 --> 03:48.440
apabila mereka bergaduh dan bertekak.

03:50.600 --> 03:51.720
Saya anak tunggal.

03:52.240 --> 03:53.920
Ibu bapa saya dah meninggal dunia.

03:54.680 --> 03:56.320
Sekarang mereka keluarga saya.

03:56.840 --> 04:00.960
Keluarga itu perkara paling penting
sebab pasangan kita...

04:01.640 --> 04:04.000
Pasangan kita boleh pergi
pada bila-bila masa.

04:04.520 --> 04:05.920
Kawan pun datang dan pergi.

04:06.000 --> 04:10.280
Tapi keluarga dan adik-beradik
sentiasa ada.

04:10.800 --> 04:12.760
Mereka tak tahu betapa bertuahnya mereka.

04:16.320 --> 04:19.960
53 SUNDAYS

04:24.040 --> 04:25.320
Pintu depan.

04:25.400 --> 04:26.680
Helo!

04:26.760 --> 04:28.720
Julián baru balik.

04:28.800 --> 04:31.120
Saya pasti dia akan berpura-pura
dia tak ingat.

04:33.320 --> 04:35.840
- Tak ingat apa?
- Tiada apa-apa. Saya bercakap sendiri.

04:36.520 --> 04:38.720
- Awak ke mana tadi?
- Pemilihan pelakon.

04:38.800 --> 04:39.960
Wah!

04:40.040 --> 04:41.880
- Awak tak beritahu saya.
- Tak.

04:41.960 --> 04:43.520
Untuk rancangan TV?

04:44.120 --> 04:45.760
Tak, untuk iklan.

04:46.600 --> 04:50.920
- Iklan juga disiarkan dalam TV, bukan?
- Itu yang mereka kata.

04:51.440 --> 04:53.120
Iklan apa?

04:54.480 --> 04:55.840
<i>Gazpacho.</i>

04:56.720 --> 04:57.760
Saya jadi tomato.

04:59.400 --> 05:00.240
Okey...

05:00.320 --> 05:02.000
Saya nak mandi.

05:02.600 --> 05:03.520
Baguslah.

05:04.160 --> 05:06.440
Tapi jangan lama sangat.
Mereka dah nak sampai.

05:13.040 --> 05:14.520
Siapa dah nak sampai?

05:14.600 --> 05:16.560
Awak akan jumpa adik-beradik awak, ingat?

05:17.160 --> 05:18.000
Hari ini?

05:18.520 --> 05:19.400
Awak pasti?

05:19.480 --> 05:21.200
Awak kata Jumaat, bukan?

05:21.720 --> 05:22.760
Hari ini Jumaat.

05:22.840 --> 05:24.760
Mungkin saya cuba lupakannya.

05:24.840 --> 05:25.920
Betul juga.

05:27.800 --> 05:29.160
Awka buat snek?

05:29.240 --> 05:31.120
Ya, snek.

05:31.200 --> 05:34.120
- Sebab saya tahu awak akan lupa.
- Awak menyindir?

05:34.200 --> 05:36.320
Saya tak menyindir. Tenang.

05:39.800 --> 05:40.840
Okey.

05:40.920 --> 05:42.120
Saya cuma cakap,

05:42.200 --> 05:45.480
lebih banyak makanan kita hidang,
lebih lambat mereka balik nanti.

05:45.560 --> 05:47.880
Ya, tapi mereka jarang datang, kan?

05:52.240 --> 05:54.400
Saya jururawat dan bekerja di hospital.

05:54.480 --> 05:55.760
Julián seorang pelakon.

05:55.840 --> 05:58.560
Tapi nasibnya tak berapa baik.

05:59.080 --> 06:01.600
Semasa muda, dia ada
beberapa kerja dalam TV dan teater,

06:01.680 --> 06:04.760
tapi setakat itu saja.

06:05.520 --> 06:09.320
Kami jumpa baru lima tahun lalu
dan jatuh cinta serta-merta.

06:09.400 --> 06:10.600
Lebih-lebih lagi, dia.

06:11.120 --> 06:14.200
Kami tak ada anak
dan kami sewa apartmen ini.

06:14.280 --> 06:16.480
Tiga panggilan tak dijawab
daripada kakak saya.

06:18.440 --> 06:20.440
Ya, dia nak cakap dengan awak tadi.

06:20.520 --> 06:22.560
Saya suruh dia
hubungi telefon bimbit awak.

06:22.640 --> 06:23.800
Dia nak apa?

06:23.880 --> 06:25.560
Dia nak tahu
kalau awak cakap dengan Victor.

06:25.640 --> 06:28.000
- Tentang apa?
- Tentang mentol lampu.

06:28.520 --> 06:29.440
Mentol lampu apa?

06:29.520 --> 06:30.400
Saya tak tahu.

06:30.920 --> 06:34.240
Tapi dia kata nak telefon awak
kerana ia penting.

06:34.320 --> 06:36.800
Mustahil mentol lampu sepenting itu.

06:36.880 --> 06:38.200
Mustahil.

06:39.520 --> 06:40.600
Carolina.

06:40.680 --> 06:41.640
Ya?

06:42.600 --> 06:43.600
Apa yang awak buat?

06:43.680 --> 06:45.800
Oh, saya beli bunga tadi.

06:46.440 --> 06:49.400
Memandangkan kita tak ada pasu lain,
saya ambil yang ini.

06:49.480 --> 06:51.840
- Ia disimpan di dalam almari.
- Tersembunyi.

06:52.600 --> 06:55.200
Ia tersembunyi di dalam almari. Berbeza.

06:55.280 --> 06:58.440
Abang awak berikannya kepada kita.
Memandangkan dia datang hari ini...

06:58.520 --> 07:00.520
Kalau datang pun kenapa?

07:01.640 --> 07:03.040
Awak kata nak mandi, kan?

07:03.560 --> 07:05.720
Kita dah bincang. Mungkin awak tak ingat.

07:05.800 --> 07:08.800
Saya nak campaknya dari balkoni
dan awak tak benarkan saya.

07:08.880 --> 07:10.680
Ya, betul.

07:11.480 --> 07:14.800
- Di mana saya patut letak bunga?
- Cakaplah awak tak sengaja.

07:14.880 --> 07:17.120
Kita perlu beri kucing makan.

07:17.200 --> 07:18.200
Carolina.

07:18.280 --> 07:19.360
Saya mendengar.

07:19.440 --> 07:22.200
Awak beli bunga
supaya awak boleh keluarkan pasu itu?

07:22.280 --> 07:24.400
Saya beli bunga sebab ia nampak cantik

07:24.480 --> 07:26.840
dan ini tanda yang baik untuk tetamu kita.

07:28.920 --> 07:32.480
Mereka adik-beradik saya,
bukan tetamu kita.

07:32.560 --> 07:34.600
Kita tak perlu beri mereka tanggapan baik.

07:35.120 --> 07:36.320
Malah, sebaliknya.

07:37.400 --> 07:41.080
Kalau awak tak faham dinamik keluarga,

07:41.160 --> 07:42.920
sayang, jangan masuk campur.

07:43.000 --> 07:44.840
- Apa?
- Dinamik keluarga.

07:44.920 --> 07:48.520
- Pasu ini satu penghinaan.
- Saya tak rasa ia hodoh.

07:48.600 --> 07:51.840
Ia satu penghinaan. Awak cukup tahu.

07:52.960 --> 07:56.320
Ia hodoh dan tak ada kelas.

07:56.960 --> 07:58.160
Seperti abang saya.

08:00.800 --> 08:02.280
Mungkin awak lupa,

08:02.800 --> 08:04.840
tapi itu hadiah Krismas daripada Víctor.

08:05.480 --> 08:08.960
Kemudian, kita dapat tahu
itu barang percuma daripada kedai.

08:09.040 --> 08:10.240
Boleh awak buka tin?

08:10.320 --> 08:11.360
Dia fikir,

08:11.880 --> 08:14.920
"Memandangkan aku perlu beli hadiah
untuk adik aku yang bodoh,

08:15.000 --> 08:18.120
aku akan beri dia pasu buruk ini
dan nampak macam lelaki berkelas."

08:18.200 --> 08:19.280
Tin apa?

08:19.360 --> 08:20.520
Ikan bilis.

08:21.040 --> 08:22.720
Maafkan saya kerana berkata begini,

08:22.800 --> 08:23.880
tapi kalau awak rasa

08:23.960 --> 08:27.000
kita patut letak pasu itu
di tengah-tengah ruang makan

08:27.080 --> 08:30.000
supaya Victor fikir
kita suka pasu buruknya,

08:30.080 --> 08:31.320
saya tak setuju.

08:31.400 --> 08:33.760
Bertenang. Saya akan cari tempat lain.

08:33.840 --> 08:35.600
Tolonglah, saya tenang.

08:36.120 --> 08:37.240
Saya nampak tenang, kan?

08:37.320 --> 08:39.080
Saya tak tahu nak cakap apa, sayang.

08:39.600 --> 08:41.000
Bagaimana hari awak?

08:41.520 --> 08:42.720
Sehingga tadi, bagus.

08:49.920 --> 08:53.440
Maksud saya, kita perlu berhati-hati
dengan kelakuan kita.

08:54.320 --> 08:58.640
Awak mungkin berniat baik,
tapi dia akan fikir secara berbeza.

08:59.600 --> 09:02.520
Kita tak perlu beri dia layanan istimewa.

09:02.600 --> 09:05.520
Dia abang saya,
bukan Perdana Menteri. Faham?

09:05.600 --> 09:06.720
Faham.

09:08.120 --> 09:12.600
Sudahlah mereka nak datang,
sekarang kita kena beri mereka makan juga.

09:12.680 --> 09:17.320
Sebab, sudah tentu,
dia pastikan kita berjumpa di sini.

09:17.920 --> 09:21.200
Kita tak layak diundang
ke vilanya di La Moraleja. Tak layak!

09:21.280 --> 09:24.120
Dia tak nak kita kotorkan karpet Parsinya.

09:24.720 --> 09:27.000
Hei, sekarang saya sedikit gementar.

09:27.080 --> 09:28.120
Sedikit.

09:28.640 --> 09:29.960
Pergilah mandi.

09:44.480 --> 09:47.520
- Nak buat apa dengan ikan bilis?
- Letak di atas biskut.

09:49.640 --> 09:53.680
- Pukul berapa awak suruh mereka datang?
- Saya suruh Víctor datang pukul 8.

09:54.200 --> 09:56.200
- Tapi dah pukul 8.
- Saya tahu.

09:56.720 --> 10:00.040
Dia akan lewat setengah jam,
seperti biasa.

10:00.640 --> 10:03.720
Orang hebat, seperti dia dan isterinya,

10:04.240 --> 10:07.560
selalu yang terakhir datang,
macam mereka penting sangat.

10:07.640 --> 10:09.320
Kakak awak sebaliknya.

10:09.400 --> 10:11.640
Sebab itu saya minta Natalia
datang pukul 9.

10:11.720 --> 10:14.800
- Nak tahu kenapa?
- Saya tak sabar nak tahu.

10:15.920 --> 10:19.320
Sebab saya tahu
dia akan datang setengah jam awal.

10:19.400 --> 10:23.840
Jadi, mereka akan bertemu
di pintu depan tepat pukul 8.30 malam,

10:23.920 --> 10:26.360
masuk sama-sama dan tak buat saya marah.

10:28.000 --> 10:31.120
Ada adik-beradik memenatkan, sayang.

10:31.200 --> 10:32.560
Awak tak faham.

10:32.640 --> 10:35.360
Kalau kakak awak sampai awal,
maknanya dia nak tolong.

10:35.440 --> 10:38.640
Tak. Kalau kita sampai awal,
kita menyusahkan orang.

10:39.160 --> 10:40.360
Tapi sudah tentu,

10:40.880 --> 10:43.800
kerana dia selalu nak libatkan diri,

10:43.880 --> 10:46.040
selalu nak semuanya berjalan lancar...

10:46.760 --> 10:48.120
Seperti perjumpaan ini.

10:49.080 --> 10:51.960
Ayah saya terganggu, naik bas yang salah

10:52.040 --> 10:54.600
dan kami perlu ambil dia
di Colmenar de Oreja.

10:55.360 --> 10:56.280
Apa masalahnya?

10:56.800 --> 10:59.240
Perlukah masukkan dia ke rumah orang tua?

10:59.320 --> 11:02.080
Awak tahu apa lagi?

11:02.680 --> 11:03.520
Cakaplah, sayang.

11:03.600 --> 11:07.320
Kalau ayah saya nak tunjukkan pelirnya
kepada jiran, biarlah.

11:07.400 --> 11:08.320
Tak apa.

11:09.440 --> 11:11.480
- Okey.
- Ayah dah nak pergi.

11:11.560 --> 11:14.240
Lelaki memang begitu,
dan ia bukan salah kami.

11:14.320 --> 11:15.320
Okey.

11:15.960 --> 11:19.400
Saya tak pasti kalau saya faham,
tapi kita bincang lain kali, okey?

11:19.480 --> 11:20.840
Bila kita tak ada tetamu.

11:26.360 --> 11:27.480
Natalia.

11:28.680 --> 11:29.600
Ya.

11:31.040 --> 11:33.040
Tak, kakak tak perlu bawa apa-apa.

11:33.560 --> 11:35.200
Sekejap saja, bukan?

11:36.000 --> 11:37.080
Di mana kakak?

11:39.200 --> 11:40.120
Apa?

11:41.600 --> 11:44.440
Oh, kita tak rancang nak jumpa hari ini?

11:45.560 --> 11:47.280
Esok, Sabtu.

11:47.960 --> 11:49.200
Tidak...

11:49.760 --> 11:50.800
Jangan risau.

11:50.880 --> 11:53.240
Tak, mesti saya salah.

11:53.880 --> 11:55.760
Ya... Tak mengapa.

11:55.840 --> 11:58.680
Kami akan masukkan balik ikan bilis
ke dalam tin.

11:59.640 --> 12:00.760
Saya bergurau.

12:01.600 --> 12:04.240
Baiklah, jumpa esok pukul 8.30 malam.

12:04.760 --> 12:06.880
Tak, pukul 9 malam.

12:07.400 --> 12:08.440
Datang pukul 9 malam.

12:08.960 --> 12:09.800
Bai.

12:10.320 --> 12:11.240
Bai.

12:16.320 --> 12:19.200
Sejujurnya, saya kasihan akan pasu itu.

12:19.840 --> 12:21.960
Dah keluar daripada almari.

12:32.760 --> 12:34.560
Mula dalam lima minit.

12:34.640 --> 12:39.000
Satu, dua, tiga, empat, lima...

12:42.040 --> 12:45.960
Hari ini Sabtu.
Sudah hampir pukul 7 malam sekali lagi.

12:46.720 --> 12:49.680
Pagi ini, Julián bangun
dengan angin yang tak baik.

12:50.200 --> 12:52.000
Dia nak batalkan perjumpaan hari ini.

12:52.600 --> 12:57.000
Dia yakin salah faham semalam
bukan salah dia, tapi adik-beradiknya.

12:57.080 --> 13:00.800
Nampaknya, mereka selalu buat keputusan
dan ubah fikiran tanpa beritahu dia.

13:02.640 --> 13:05.560
Menurut Julián,
ia berlaku sejak mereka kecil

13:05.640 --> 13:09.960
dan ada kaitan
dengan adik-adik sering dipandang rendah.

13:10.040 --> 13:12.960
Nasib baik selepas makan tengah hari,
anginnya bertambah baik

13:13.040 --> 13:15.560
dan dia tak jadi
batalkan perjumpaan hari ini.

13:15.640 --> 13:16.880
Natalia.

13:17.400 --> 13:20.120
- Awak selalu menepati masa.
- Saya datang awal untuk tolong.

13:20.200 --> 13:21.040
Sudah tentu.

13:21.840 --> 13:23.360
- Apa khabar?
- Sihat.

13:24.920 --> 13:25.760
Masuklah.

13:27.840 --> 13:28.760
Julián.

13:29.280 --> 13:30.600
Kakak.

13:31.360 --> 13:34.600
Kakak tekan loceng,
tapi kamu tak buka pintu.

13:35.280 --> 13:38.080
Saya tengah buat
latihan relaksasi saya tadi.

13:38.160 --> 13:39.880
Saya buat begitu kalau ada tetamu.

13:41.280 --> 13:43.800
- Víctor dah sampai?
- Tak. Pelik, bukan?

13:43.880 --> 13:46.200
Saya ingat kamu berdua datang bersama.

13:46.280 --> 13:48.320
Saya salah kira.

13:48.920 --> 13:51.240
- Apa?
- Tiada apa-apa. Jangan dengar cakap dia.

13:51.320 --> 13:53.320
- Sekejap, ya.
- Kamu nak ke mana?

13:53.400 --> 13:56.400
Saya nak ke kedai
untuk beli makanan kucing.

13:56.960 --> 13:58.760
- Kakak nak ikut.
- Ya, ikut dia.

13:58.840 --> 14:00.200
Kakak pasti?

14:00.280 --> 14:02.680
Kita tak boleh bertengkar terlalu awal.

14:02.760 --> 14:05.880
Saya nak mandi.
Saya tak dapat mandi tadi di gim.

14:09.760 --> 14:10.600
Pergilah.

14:12.400 --> 14:15.080
- Kakak telefon kamu tiga kali semalam.
- Ya.

14:15.160 --> 14:19.440
Carol beritahu saya.
Kakak risau tentang mentol lampu.

14:19.520 --> 14:20.960
Betul.

14:21.040 --> 14:24.040
Kamu tahu kakak kamu gelabah orangnya.

14:24.560 --> 14:26.440
- Kakak marah?
- Sedikit.

14:26.520 --> 14:30.720
- Kakak tak pernah marah.
- Keadaan sudah berubah.

14:30.800 --> 14:32.680
Kakak patut beritahu saya.

14:32.760 --> 14:35.280
Kakak cuma nak tahu
kalau kamu dah tukarnya.

14:35.920 --> 14:38.440
- Mentol lampu?
- Ya, Julián, mentol lampu.

14:38.520 --> 14:42.560
Okey. Sebenarnya,
mentol lampu apa yang kita maksudkan?

14:43.080 --> 14:45.400
- Yang di bilik air ayah.
- Oh.

14:45.480 --> 14:46.960
Kamu tak cakap dengan Víctor?

14:47.560 --> 14:48.640
Siapa Víctor?

14:51.160 --> 14:52.680
Mentol lampu bilik air berkelip.

14:52.760 --> 14:53.640
Berkelip?

14:53.720 --> 14:55.560
Ya, ayah kata ia buat kelip-kelip.

14:55.640 --> 14:56.840
Buat apa?

14:56.920 --> 14:59.800
Kelip-kelip. Itu yang ayah cakap.
Hidup dan mati.

14:59.880 --> 15:02.960
Dia dah lama suruh kakak tukarnya.

15:03.040 --> 15:05.120
Boleh kamu buat minggu ini, Julián?

15:05.680 --> 15:06.920
Ya, saya akan buat.

15:07.000 --> 15:08.760
Jangan risau. Tenang.

15:08.840 --> 15:11.520
Kakak sangat tenang.
Kakak nampak tenang, kan?

15:11.600 --> 15:13.280
Saya tak tahu nak cakap apa.

15:13.360 --> 15:16.680
"Kelip-kelip"? Bunyinya bodoh.

15:17.960 --> 15:20.360
Kakak beritahu Víctor beberapa hari lalu.

15:20.440 --> 15:22.400
Kakak ingat kamu dah cakap tentangnya.

15:22.480 --> 15:24.800
Dia kata nak telefon kamu
dan kamu akan tukarnya.

15:27.800 --> 15:29.320
- Apa?
- Apa?

15:29.840 --> 15:32.720
Boleh kakak ulang
apa yang kakak cakap tadi?

15:33.960 --> 15:36.600
Kakak cakap dia kata nak telefon kamu.

15:36.680 --> 15:38.760
Bahagian kedua ayat itu?

15:38.840 --> 15:40.920
Kamu akan tukarnya.

15:41.440 --> 15:42.360
Kenapa saya?

15:42.440 --> 15:45.480
Entahlah, Julián.
Seseorang perlu tukarnya, kan?

15:45.560 --> 15:48.600
Ya, tapi kenapa saya? Kenapa bukan dia?

15:48.680 --> 15:49.960
Atau tukang cuci.

15:50.040 --> 15:52.480
Tukang cuci lebih tua
daripada ayah, Julián.

15:52.560 --> 15:55.560
Dia akan pening naik tangga. Víctor pula...

15:56.160 --> 15:57.080
Víctor pula?

15:57.160 --> 15:59.640
Dia sangat sibuk dan...

15:59.720 --> 16:02.880
Ya, betul.

16:03.400 --> 16:04.320
Kasihan dia.

16:08.520 --> 16:10.560
- Selamat petang.
- Selamat petang.

16:15.560 --> 16:17.040
Bagaimana dia beritahu kakak?

16:17.600 --> 16:18.600
Apa maksud kamu?

16:18.680 --> 16:23.040
Nada yang dia guna semasa kamu berdua
bercakap tentang "kelip-kelip".

16:23.120 --> 16:24.080
Apa dia kata?

16:24.600 --> 16:27.920
"Julián akan tukar mentol lampu."

16:28.440 --> 16:30.240
"Dia tiada kerja lain."

16:30.320 --> 16:32.120
Ia cuma mentol lampu, Julián.

16:32.200 --> 16:35.360
Tukar mentol lampu ayah pun
dia tak sanggup buat.

16:35.440 --> 16:37.240
Bangsawan tak buat begitu.

16:38.040 --> 16:39.880
Tak, sebab saya masih hutang dengan dia...

16:42.000 --> 16:44.320
- Kamu masih hutang dengan dia?
- Selamat tinggal.

16:44.840 --> 16:46.160
Ya. Habis tu?

16:46.240 --> 16:49.880
Julián, kami cuma berbual
tentang menukar mentol lampu ayah.

16:49.960 --> 16:52.320
Víctor fikir kamu ada lebih masa.
Itu saja.

16:52.400 --> 16:54.520
Okey. Kenapa kakak rasa dia fikir begitu?

16:55.040 --> 16:57.720
Sebab bagi dia, saya butler keluarga,

16:57.800 --> 17:00.520
budak suruhan.

17:00.600 --> 17:02.160
Saya takkan tukarnya.

17:03.720 --> 17:04.840
Apa kamu buat?

17:05.560 --> 17:06.760
Cari kunci.

17:09.120 --> 17:09.960
Baiklah...

17:10.680 --> 17:12.120
Apa kita nak buat?

17:12.200 --> 17:13.360
Saya tak tahu.

17:13.880 --> 17:15.520
Masukkan dalam agenda.

17:15.600 --> 17:19.640
Pertama, kita cakap tentang kemaluan ayah.
Kemudian, orang yang tukar mentol lampu.

17:21.280 --> 17:23.000
Selain itu, semuanya okey?

17:23.080 --> 17:26.320
Bagus. Kalau kita tak cerita banyak,
semuanya hebat.

17:26.400 --> 17:28.320
- Kakak pula?
- Kakak perlukan segelas air.

17:28.400 --> 17:30.360
Kakak nak makan ubat.

17:30.440 --> 17:31.880
Kakak dan migrain kakak.

17:31.960 --> 17:33.000
Ya.

17:34.960 --> 17:37.680
Wah, cantiknya bunga ini!

17:38.200 --> 17:40.080
Ya, sangat cantik.

17:40.160 --> 17:42.640
Malangnya kami perlu buangnya,

17:43.160 --> 17:45.880
melainkan ada orang mahukannya.
Satu set dengan pasu.

17:48.360 --> 17:49.360
Terima kasih.

17:53.560 --> 17:55.760
Okey, apa yang kakak boleh tolong?

17:55.840 --> 17:58.480
Letak balik ikan bilis di atas biskut.

17:58.560 --> 17:59.560
Okey.

18:03.920 --> 18:05.720
Kita belum bincang lagi.

18:06.720 --> 18:09.040
- Tentang apa?
- Sama ada kamu suka buku itu.

18:09.560 --> 18:10.520
Buku apa?

18:11.600 --> 18:12.440
Novel itu.

18:13.400 --> 18:14.240
Novel apa?

18:15.200 --> 18:18.720
Novel yang Víctor tulis.

18:23.160 --> 18:24.640
Abang saya tulis novel?

18:25.240 --> 18:27.520
Kita perlu belikan ayah
mesin basuh baharu kerana...

18:27.600 --> 18:29.080
- Kakak.
- Ya?

18:30.280 --> 18:32.240
Jangan ubah topik.

18:32.320 --> 18:34.040
- Kamu perasan?
- Ya, sedikit.

18:34.120 --> 18:35.880
Kakak tak tahu kamu tak tahu.

18:35.960 --> 18:36.840
Tak apa.

18:36.920 --> 18:39.400
Ya, kakak tahu tak apa. Mestilah tak apa.

18:39.920 --> 18:43.840
Kakak pasti Víctor beritahu kamu,
tapi kamu lupa sebab kamu sangat...

18:44.360 --> 18:45.200
Sangat apa?

18:45.880 --> 18:48.640
Kamu pelupa.

18:49.160 --> 18:51.560
Dia akan beri kamu novel itu. Tenang.

18:51.640 --> 18:53.080
Saya tenang.

18:53.600 --> 18:54.880
Saya nampak tenang, kan?

18:54.960 --> 18:57.040
Saya sangat tenang. Hebat.

18:58.560 --> 19:00.360
Wah, wah...

19:01.560 --> 19:04.040
Jadi, abang saya tulis novel.

19:05.000 --> 19:06.920
Wah! Mengagumkan, ya?

19:08.040 --> 19:09.880
Ini bukan perkara besar. Maksud kakak...

19:09.960 --> 19:11.400
Ini berita baik.

19:12.640 --> 19:15.480
Sejak bila abang saya tulis novel?

19:15.560 --> 19:18.120
Apa kata kita cakap tentang ayah?
Sebab itu kita di sini.

19:18.200 --> 19:20.960
Kita cuma berborak
sementara menunggu artis.

19:21.040 --> 19:23.320
- Bila dia tulis?
- Kakak tak tahu.

19:23.400 --> 19:25.680
Kakak pasti tahu.

19:25.760 --> 19:28.920
Entahlah, kakak rasa sudah lama.
Setahun, mungkin?

19:29.000 --> 19:31.040
- Wah! Setahun?
- Lebih kurang begitu.

19:31.120 --> 19:33.200
Kamu berdua selalu cakap tentang itu?

19:33.280 --> 19:35.160
Tak, cuma sekali-sekala.

19:35.240 --> 19:36.400
Semasa saya tiada.

19:36.480 --> 19:38.560
Ya, Julián, selalunya semasa kamu tiada.

19:38.640 --> 19:41.040
Dia beritahu kakak
sebab dia minta nasihat kakak.

19:41.560 --> 19:43.760
Wah! Dia minta nasihat kakak?

19:43.840 --> 19:45.560
Ia cuma hobi hari Ahad.

19:46.680 --> 19:49.920
Hobi hari Ahad? Apa maksud kakak?

19:50.000 --> 19:52.120
Dia tulis novel itu pada hari Ahad.

19:52.200 --> 19:53.240
Pada hari Ahad?

19:53.320 --> 19:54.200
Ya, Julián.

19:54.280 --> 19:56.480
Itu yang tertulis di halaman pertama.

19:57.040 --> 20:00.120
Dia habiskan 53 hari Ahad
untuk tulis novel itu.

20:00.200 --> 20:01.360
Saya datang!

20:02.160 --> 20:03.920
53 hari Ahad?

20:04.440 --> 20:05.600
Wah!

20:06.560 --> 20:09.080
- Sekarang saya dah faham.
- Faham apa?

20:09.160 --> 20:11.480
Sebab dia tak jawab telefon.

20:11.560 --> 20:13.960
Tentu sukar menulis novel, Julián.

20:14.040 --> 20:16.240
- Jangan pertahankan dia.
- Bukan begitu.

20:16.320 --> 20:19.560
Ya, kakak nak pertahankan dia.
Sentiasa cuba mewajarkan tindakannya.

20:19.640 --> 20:22.520
Kakak cuma kata
tak mudah menulis novel, Julián.

20:22.600 --> 20:23.440
Tepat sekali.

20:23.960 --> 20:26.520
Komen itu bermaksud

20:26.600 --> 20:29.840
menulis novel pasti sangat rumit

20:29.920 --> 20:33.040
sehingga Víctor tak ada masa
untuk jawab telefon,

20:33.120 --> 20:36.640
terutamanya jika orang yang hubunginya
ialah adiknya yang bodoh,

20:36.720 --> 20:37.880
yang kebetulan saya.

20:37.960 --> 20:40.280
Julián, kamu kenal Víctor.

20:40.360 --> 20:44.560
Dia hanya jawab
bila senang, bila dia mahu.

20:44.640 --> 20:45.800
Kenapa?

20:45.880 --> 20:47.160
Kenapa apa?

20:47.240 --> 20:49.640
Kenapa dia tulis novel? Apa rancangan dia?

20:49.720 --> 20:53.240
Entah. Mungkin dia rasa perlu
untuk bercakap tentang sesuatu...

20:53.320 --> 20:55.960
- Wah, bercakap tentang sesuatu!
- Kamu faham maksud kakak.

20:56.040 --> 20:58.520
Saya faham maksud kakak.

20:58.600 --> 21:00.080
Harap-haraplah.

21:00.160 --> 21:01.320
Kasihan dia.

21:02.680 --> 21:05.600
Kakak dah cakap dengan jiran
semalam tentang ayah,

21:05.680 --> 21:08.680
tentang dia tunjukkan alat sulitnya.

21:09.200 --> 21:10.640
Kamu tahu apa dia cakap?

21:10.720 --> 21:13.600
Apa pendapat kakak
tentang novel picisan dia?

21:16.120 --> 21:18.680
- Tak perlu ejek dia.
- Bukan mengejek.

21:18.760 --> 21:21.120
Ya, kamu kata "novel picisan".

21:21.200 --> 21:23.440
- Kamu menyindir.
- Betulkah?

21:24.440 --> 21:27.320
Betul. Saya mengaku. Saya tak boleh tahan.

21:27.400 --> 21:29.240
Sebab saya cemburu.

21:29.320 --> 21:32.040
Jauh di sudut hati,
saya mengagumi abang saya.

21:32.120 --> 21:33.600
Kamu mengagumi dia?

21:33.680 --> 21:34.680
Sangat kagum.

21:36.720 --> 21:39.320
- Boleh saya guna tandas, Carol?
- Ya, boleh.

21:39.400 --> 21:40.480
Terima kasih.

21:41.480 --> 21:43.120
Víctor belum sampai lagi?

21:43.640 --> 21:45.080
Dia akan sampai bila-bila masa.

21:45.600 --> 21:48.360
- Borak pasal apa tadi?
- Nanti saya beritahu.

21:49.560 --> 21:51.920
Ia tentang apa?

21:52.440 --> 21:53.600
Novel erotik?

21:54.120 --> 21:56.480
Ia agak panjang.

21:56.560 --> 21:59.160
- Alamak... Kakak dah beritahu dia?
- Tidak.

21:59.240 --> 22:02.560
Tapi dia tanya kakak setiap hari
kalau kakak dah baca.

22:03.080 --> 22:06.240
Dia memang menjengkelkan,
cuba tanya pendapat kakak.

22:06.320 --> 22:08.120
Aduhai, teruknya.

22:08.200 --> 22:10.000
Dia mahu kakak jujur dan objektif.

22:10.080 --> 22:12.280
Kakak tak patut bercakap benar.

22:12.360 --> 22:14.000
Secara umum, maksud kamu?

22:14.080 --> 22:15.760
Secara umum dan sentiasa.

22:16.520 --> 22:18.560
Tak perlu bercakap benar.

22:18.640 --> 22:20.800
Abang saya tulis novel.

22:21.360 --> 22:23.800
Novel? Bagus, kan?

22:24.320 --> 22:27.280
Apa-apa pun, kakak mesti sangat bangga.

22:27.360 --> 22:29.760
- Apa yang kakak buat?
- Tiada apa-apa.

22:29.840 --> 22:32.360
Dia dengar cakap kakak. Dia hargai kakak.

22:32.440 --> 22:35.120
Bagi dia, pendapat kakak
satu bentuk pengiktirafan.

22:35.200 --> 22:38.960
Pendapat kakak tak lebih bernilai
daripada orang lain. Jangan nak bergaduh.

22:39.040 --> 22:42.560
Bagi Víctor, pendapat saya
sama penting dengan kaktusnya.

22:42.640 --> 22:44.880
Cukup, Julián. Ini bukan perkara besar!

22:45.400 --> 22:47.840
Dia akan beri kamu novel itu.
Kalau tidak, lagi bagus.

22:47.920 --> 22:51.640
Kamu tak perlu baca
atau beritahu dia pendapat kamu!

22:54.520 --> 22:56.760
Dia pandai naik marah sekarang.

22:57.280 --> 22:58.120
Baguslah.

22:58.720 --> 22:59.560
Ya.

23:00.800 --> 23:03.800
Lagipun, Víctor hargai kamu
dengan cara lain.

23:03.880 --> 23:07.360
- Apa?
- Dia hargai kamu dengan cara lain.

23:08.720 --> 23:10.040
Awak dengar, Carol?

23:10.720 --> 23:13.000
- Abang saya sayang saya.
- Bagus, kan?

23:23.600 --> 23:24.840
Bila dia bagi?

23:27.040 --> 23:29.960
Entahlah. Beberapa bulan lalu.

23:30.040 --> 23:32.520
Oh, begitu. Beberapa bulan lalu?

23:32.600 --> 23:35.760
Ya, pada hari kami ke rumah ayah
untuk hari jadinya.

23:35.840 --> 23:38.760
Kamu tiada di sana.
Mungkin sebab itu dia tak bagi.

23:39.400 --> 23:41.760
Tak, saya ada di sana waktu itu.

23:41.840 --> 23:45.160
- Tidak, Julián.
- Ya. Saya lewat, tapi saya ada di sana.

23:45.240 --> 23:46.720
- Betulkah?
- Ya.

23:47.320 --> 23:51.040
Dostoevsky tak beri saya novel itu.

23:51.120 --> 23:53.800
Tak semuanya rumit
seperti yang kamu fikirkan.

23:53.880 --> 23:56.240
Mungkin dia tiada salinan lain.

23:56.320 --> 23:58.480
Sebab itu dia tak bagi.

23:58.560 --> 24:00.760
Edisi terhad untuk orang terpilih?

24:00.840 --> 24:02.280
Kemungkinan besar.

24:04.280 --> 24:05.120
Jadi?

24:05.640 --> 24:06.520
Cukuplah.

24:07.040 --> 24:09.400
Kalau Víctor tak sampai lima minit lagi,
kakak balik.

24:09.480 --> 24:10.640
Buku itu dijilid?

24:11.160 --> 24:12.160
Mungkin.

24:12.240 --> 24:13.680
Tolonglah, ia penting.

24:13.760 --> 24:15.720
Entahlah. Ia dijilid, Julián.

24:15.800 --> 24:17.040
Kulit keras? Kuat?

24:17.120 --> 24:18.200
Tak juga.

24:18.280 --> 24:19.520
Untuk jimat duit.

24:19.600 --> 24:21.080
Semua orang kaya kedekut.

24:21.160 --> 24:23.000
- Apa nama kucing itu?
- Fanny.

24:23.080 --> 24:25.080
- Fanny...
- Awak dah beri dia makan?

24:25.160 --> 24:27.560
Ya, sayang. Kakak suka novelnya?

24:32.560 --> 24:34.200
Kenapa rupa kakak begitu?

24:34.720 --> 24:35.640
Rupa apa?

24:36.440 --> 24:38.920
Yang kakak buat
bila saya tanya soalan itu.

24:39.800 --> 24:42.800
- Boleh kakak merokok?
- Tak. Kucing itu ada asma.

24:45.920 --> 24:49.360
Tak apa kalau kakak tak suka novel itu.

24:49.440 --> 24:51.880
Kakak sangat sukainya.

24:51.960 --> 24:53.360
Betulkah? Sangat suka?

24:54.240 --> 24:55.080
Agak suka.

24:55.160 --> 24:57.640
Sangat suka atau agak suka? Tak sama.

24:57.720 --> 25:00.280
Boleh tahan. Ia boleh dibaiki lagi, tapi...

25:00.360 --> 25:01.960
- Alamak...
- Apa?

25:02.040 --> 25:04.600
Kakak tambah "tapi" di hujung ayat.

25:05.560 --> 25:07.720
Sebab ada bahagian yang tak bagus.

25:07.800 --> 25:08.880
Contohnya?

25:10.120 --> 25:13.880
Ada terlalu ramai watak.
Ada terlalu banyak tahap naratif.

25:13.960 --> 25:17.000
Hati-hati!
Hati-hati dengan tahap naratif itu!

25:17.080 --> 25:18.520
Tahap naratif...

25:18.600 --> 25:22.040
- Penamatnya tak masuk akal.
- Penamat yang tergesa-gesa.

25:22.120 --> 25:25.360
Bacaan yang bagus.
Ia tak begitu menghiburkan, tapi...

25:25.440 --> 25:27.960
- Maksud kakak, ia...
- Itu novel pertamanya, Julián.

25:28.040 --> 25:31.000
Ya, itu novel pertamanya, tapi ia...

25:31.080 --> 25:32.720
- Ia...
- Ia apa?

25:32.800 --> 25:35.320
- Ia...
- Apa dia?

25:35.400 --> 25:36.680
Ia teruk!

25:42.080 --> 25:43.200
Saya akan jawab!

25:44.200 --> 25:45.680
Saya sangat bangga dengan kakak.

25:46.840 --> 25:50.080
Kakak tak gembira
kakak tak suka novel abang sendiri.

25:50.640 --> 25:52.080
Tapi kamu gembira.

25:55.120 --> 25:58.120
Saya cetek. Saya perlu akuinya.

25:58.800 --> 26:02.520
Tapi itulah hakikatnya. Lagipun,
keangkuhan tak patut diberi ganjaran.

26:02.600 --> 26:06.120
Jadi, keangkuhan
menyebabkan dia tulis novel itu.

26:06.200 --> 26:07.240
Sudah tentu.

26:07.320 --> 26:10.520
Jangan beritahu dia
apa yang kakak cakap tadi.

26:10.600 --> 26:13.320
- Nanti kakak serba-salah.
- Sudah tentu tidak.

26:13.400 --> 26:16.120
- Saya tak kejam.
- Kasihan dia bekerja pada hari Ahad.

26:16.200 --> 26:18.600
- Ya, kasihan dia. Kasihan kakak.
- Kakak? Kenapa?

26:18.680 --> 26:21.680
Sebab sekarang
kakak perlu beritahu dia pendapat kakak.

26:21.760 --> 26:25.400
Yang novel picisan dia itu teruk.
Betul, kakak?

26:26.440 --> 26:28.040
- Siapa?
- Víctor.

26:28.120 --> 26:31.760
Oh. Apa yang dia mahu?
Tolong letakkan keretanya?

26:33.160 --> 26:35.120
Tak, dia kata mereka takkan datang.

26:36.120 --> 26:40.000
Mereka menginap di Marbella
sebab mereka nak belayar esok dan...

26:40.520 --> 26:43.520
Kamu semua boleh jumpa minggu depan.

26:44.120 --> 26:46.240
Atau hari lain.

26:49.720 --> 26:51.640
Kakak tak percaya saya,

26:51.720 --> 26:54.560
tapi saya memang mengagumi abang saya.

26:54.640 --> 26:55.960
Kakak tahu kenapa?

26:57.280 --> 26:59.680
Sebab saya nak jadi macam dia.

27:00.760 --> 27:03.080
Sekarang siapa nak tukar
mentol lampu ayah?

27:07.680 --> 27:09.800
- Tak apa, saya buat.
- Biar saya tolong.

27:10.320 --> 27:11.200
Terima kasih.

27:17.080 --> 27:19.680
<i>Selepas percubaan kedua yang gagal
Sabtu lepas,</i>

27:19.760 --> 27:21.760
<i>mereka nak berjumpa pada hari kerja.</i>

27:22.280 --> 27:24.440
<i>Natalia merayu agar Julián berdiam diri</i>

27:24.520 --> 27:26.760
<i>dan tidak menimbulkan konflik
dengan Víctor,</i>

27:26.840 --> 27:30.880
<i>selepas "kurang rasa hormat
yang dikesali tempoh hari."</i>

27:31.400 --> 27:34.400
<i>Saya memetik kata-kata Julián.</i>

27:35.080 --> 27:38.200
- Awak dah lama tunggu?
- Tidak. Tak lama sangat.

27:38.720 --> 27:42.200
Tiba-tiba, hujan turun pula. Ya Tuhan.

27:42.280 --> 27:43.640
Tapi ada yang tak kena?

27:44.720 --> 27:46.440
Tidak. Kenapa?

27:46.520 --> 27:49.600
Tiada sebab. Abang menepati masa hari ini.

27:52.440 --> 27:54.520
Awak tak nak tanggalkan kasut?

27:55.200 --> 27:58.240
- Basah kuyup.
- Ya, mungkin saya akan tanggalkannya.

27:58.320 --> 28:00.040
- Ya. Selesakan diri.
- Ya.

28:00.120 --> 28:00.960
Tumpang lalu.

28:04.160 --> 28:07.640
Saya dah nak bawa payung tadi, kemudian...

28:10.320 --> 28:14.040
Wah, lihatlah bunga yang cantik ini!

28:14.120 --> 28:15.560
- Cantik, kan?
- Ya.

28:15.640 --> 28:19.520
Ia sudah mula layu,
tapi pasu ini menjadikannya cantik.

28:19.600 --> 28:20.640
Betul, tak?

28:21.480 --> 28:24.240
- Maksud saya, pasu itu.
- Ya.

28:24.840 --> 28:26.200
Saya bawa wain.

28:26.720 --> 28:28.400
Oh, susah-susah saja.

28:28.480 --> 28:31.120
Ya. Kalau tak,
kamu semua akan kritik saya nanti.

28:31.200 --> 28:34.120
Gran Reserva, wain dari Bordeaux.

28:34.200 --> 28:36.360
Saya pasti kamu belum cuba yang ini.

28:36.440 --> 28:37.640
Saya pasti belum.

28:37.720 --> 28:40.360
Lagipun, di rumah ini,
kami minum wain murah.

28:41.080 --> 28:41.920
Betul?

28:42.640 --> 28:45.000
- Apa khabar anak-anak?
- Sihat.

28:45.520 --> 28:49.600
Harapnya mereka akan cepat-cepat
jumpa teman lelaki dan pindah, sebab...

28:50.120 --> 28:50.960
Isteri awak pula?

28:51.480 --> 28:54.000
Marisa sihat seperti biasa. Bagus.

28:54.080 --> 28:55.200
Dia nak datang,

28:55.280 --> 28:58.880
tapi Natalia berkeras
ini perjumpaan tanpa ipar...

28:58.960 --> 29:02.600
Betul cakap Natalia.
Jika tidak, ia akan berlarutan.

29:03.240 --> 29:06.360
Awak pasti
awak tak nak tanggalkan stoking?

29:06.880 --> 29:08.680
Atau biar dia guna selipar awak.

29:08.760 --> 29:09.920
Selipar saya?

29:10.000 --> 29:11.280
Tidak. Tak boleh.

29:11.360 --> 29:12.840
Tak perlu, Carol.

29:12.920 --> 29:15.800
Lagipun, perjumpaan ini tak lama, bukan?

29:15.880 --> 29:18.000
Itulah semangatnya, abang.

29:18.080 --> 29:20.360
Julián, kalau kamu setuju dengan abang

29:20.440 --> 29:24.840
yang kita tak perlu
letakkan ayah di rumah orang tua...

29:24.920 --> 29:27.400
Terima kasih.
Kita berdua menentang Natalia.

29:27.480 --> 29:31.520
Kita boleh upah orang
untuk bantu dia di rumah. Habis cerita.

29:32.120 --> 29:33.840
Sebab kamu setuju dengan abang, kan?

29:33.920 --> 29:36.320
Peguam saya kata
jangan buat sebarang kenyataan

29:36.400 --> 29:38.160
sehingga kita bertiga hadir.

29:38.680 --> 29:40.240
- Hei, Carol...
- Ya?

29:40.760 --> 29:43.360
Saya rasa bersalah
sebab tak datang Sabtu lepas,

29:43.440 --> 29:45.320
tapi kami terpaksa pergi ke Marbella.

29:46.040 --> 29:48.680
Tak mengapa. Natalia dah beritahu kami.

29:48.760 --> 29:52.040
Abang, jadi kaya
tentu sangat memenatkan, bukan?

29:52.560 --> 29:56.600
Kamu tak boleh bayangkan, Julián.
Ia memenatkan.

29:56.680 --> 29:58.600
Cuma memenatkan.

29:58.680 --> 30:02.240
Lagipun, abang dah berjanji
nak bawa ayah mentua ayah belayar

30:02.320 --> 30:06.320
dengan kawan-kawannya
yang datang dari Santander.

30:06.840 --> 30:11.720
Orang penting. Orang kaya, Julián.

30:11.800 --> 30:14.840
Orang penting yang kaya... Biasalah.

30:14.920 --> 30:18.120
Tenang. Tak ada masalah, bukan?

30:18.200 --> 30:20.440
Kami cuma sediakan snek.

30:20.520 --> 30:24.320
Ya, ikan bilis
memang suka keluar masuk tin.

30:24.920 --> 30:27.520
Sedapnya ikan bilis. Dari Laut Cantabria?

30:27.600 --> 30:29.400
Tak, pasar raya.

30:30.120 --> 30:32.920
Saya akan ambil selipar.
Tak boleh berstoking saja.

30:39.200 --> 30:41.280
Apa khabar? Bagaimana semuanya?

30:41.360 --> 30:43.800
Semuanya bagus.

30:44.560 --> 30:45.520
Abang pula?

30:46.320 --> 30:49.520
Ada berita?
Ada apa-apa yang saya tak tahu?

30:49.600 --> 30:51.720
Tidak. Kenapa?

30:51.800 --> 30:54.480
Tiada sebab. Saya cuma nak berbual.

30:54.560 --> 30:57.280
Kita borak dalam WhatsApp minggu lepas.

30:57.360 --> 31:00.800
Tak sempat
untuk perkara penting berlaku sejak itu.

31:01.520 --> 31:05.520
Kalau tiada perkara penting
berlaku sejak itu, baguslah.

31:06.040 --> 31:08.720
- Banyak kerja kebelakangan ini.
- Wah.

31:08.800 --> 31:13.200
Sebenarnya,
abang dah jadi terlalu penting.

31:13.720 --> 31:16.400
Hati-hati,
mereka mungkin akan jadikan abang CEO.

31:16.480 --> 31:17.520
Keseronokan berakhir.

31:17.600 --> 31:19.720
Betul cakap kamu.

31:20.240 --> 31:21.200
Betul.

31:22.720 --> 31:24.520
Kita sangat berbeza, bukan?

31:25.320 --> 31:26.280
Kamu dan abang.

31:27.880 --> 31:29.720
- Abang rasa begitu?
- Ya.

31:30.440 --> 31:34.120
Abang mahukan lebih banyak,
kamu puas hati dengan apa yang ada.

31:37.800 --> 31:40.880
Saya pandang abang begini
sebab saya tak tahu nak cakap apa.

31:40.960 --> 31:43.760
Abang harap komen itu
tak menyinggung kamu.

31:44.840 --> 31:46.080
Saya belum pasti.

31:50.280 --> 31:52.760
Kamu dan lawak kamu.

31:52.840 --> 31:54.440
Abang cemburu.

31:54.520 --> 31:58.880
Kamu tak ambil serius apa-apa,
tak kira apa pun keadaan kamu.

32:01.560 --> 32:04.280
Itu namanya naluri ikhtiar hidup.

32:04.360 --> 32:05.360
Maaf.

32:06.920 --> 32:07.920
Selipar.

32:09.120 --> 32:09.960
Oh.

32:11.160 --> 32:14.200
Saya nak ke farmasi sekejap.
Saya akan kembali.

32:14.800 --> 32:16.400
Jangan bertekak tanpa saya.

32:16.480 --> 32:18.040
Tidaklah.

32:28.080 --> 32:30.440
Beberapa hari ini, abang terfikir,

32:30.520 --> 32:34.240
"Apabila kau jumpa Julian,
kau perlu beritahu dia sesuatu."

32:35.720 --> 32:38.280
- Tapi sekarang abang tak ingat...
- Betulkah?

32:38.800 --> 32:39.680
Apa dia?

32:40.200 --> 32:41.360
Apa agaknya?

32:42.280 --> 32:43.720
Entah, nanti mesti abang ingat.

32:45.480 --> 32:48.680
Saya telefon abang kebelakangan ini,
tapi tak pernah jawab.

32:48.760 --> 32:49.640
Bila?

32:50.240 --> 32:52.000
- Pada hari Ahad.
- Pada hari Ahad?

32:52.080 --> 32:53.080
Waktu petang.

32:53.160 --> 32:54.840
Waktu petang? Peliknya.

32:54.920 --> 32:56.520
Betulkah? Kenapa?

32:56.600 --> 32:58.280
Sebab abang selalu di rumah.

32:58.880 --> 33:01.280
Abang selalu di rumah pada petang Ahad?

33:01.360 --> 33:02.520
Selalu di rumah.

33:02.600 --> 33:06.000
Kalau kami keluar hujung minggu,
kami balik selepas makan tengah hari.

33:06.080 --> 33:07.440
- Selalunya begitu.
- Betul?

33:07.520 --> 33:10.960
Abang tak pernah jawab
kalau abang tak tahu siapa, Julián.

33:11.480 --> 33:13.000
- Abang tak jawab?
- Tak.

33:13.520 --> 33:14.920
Sebab abang tak mahu

33:16.040 --> 33:17.400
terganggu.

33:18.440 --> 33:20.720
Ya, kerana abang pasti

33:21.800 --> 33:24.040
fokus untuk buat apa saja.

33:24.120 --> 33:26.280
Tepat sekali.

33:26.360 --> 33:29.440
Seronoknya ada saat-saat itu,

33:29.960 --> 33:31.160
bersendirian,

33:31.240 --> 33:34.200
berfikir, merenung,

33:34.280 --> 33:37.520
memikirkan cara untuk membentuk

33:37.600 --> 33:40.800
semuanya yang kita nak luahkan,

33:41.320 --> 33:42.680
tapi tak tahu caranya.

33:43.960 --> 33:47.000
Julián, kamu gambarkannya dengan sempurna.

33:47.080 --> 33:48.080
Ya, saya tahu.

33:48.720 --> 33:52.160
Saya nak sidai baju.
Nampaknya hujan dah berhenti.

33:52.680 --> 33:54.560
Sekejap, ya. Buat macam rumah sendiri.

33:54.640 --> 33:57.040
Kalau Natalia datang, buka pintu.

33:58.840 --> 33:59.800
Nak abang ikut?

34:02.840 --> 34:04.240
Kalau perlu...

34:04.320 --> 34:05.720
Abang akan ikut kamu.

34:10.200 --> 34:11.480
Kenapa kamu telefon?

34:12.000 --> 34:13.200
Minta nasihat abang.

34:13.280 --> 34:16.240
Tapi sebab abang tak jawab,
saya telefon Natalia.

34:18.400 --> 34:19.720
Sayangnya.

34:21.320 --> 34:24.320
Dia gunakan peluang itu
untuk membebel tentang ayah.

34:24.400 --> 34:28.120
Jiwa dia sakit, Julián.

34:28.200 --> 34:32.520
- Perasaan tragis dia tentang kehidupan.
- Saya setuju.

34:32.600 --> 34:34.880
Seperti perjumpaan penting ini.

34:34.960 --> 34:39.440
Ayah terganggu, naik bas yang salah
dan kita perlu ambil dia di Torrelodones.

34:39.520 --> 34:40.840
Apa masalahnya?

34:41.480 --> 34:44.600
Tempoh hari,
dia telefon abang tiga kali. Tiga kali!

34:44.680 --> 34:45.720
Apa dia nak?

34:45.800 --> 34:49.080
Nak tanya pasal mentol lampu ayah.
Nampaknya, ia buat kelip-kelip.

34:49.160 --> 34:50.360
Ya, kelip-kelip.

34:51.120 --> 34:54.600
Abang suruh dia bertenang
dan kamu akan tukarnya.

34:54.680 --> 34:56.520
Ya, dia ada cakap.

34:56.600 --> 35:00.760
Buat cepat sebelum dia marah
sebab dia buat abang gila, Julián.

35:01.360 --> 35:05.400
Abang tahu apa masalahnya?
Saya sangat sibuk kebelakangan ini dan...

35:05.920 --> 35:08.480
Betulkah? Kamu dapat projek baharu?

35:08.560 --> 35:11.320
Saya sedang usahakannya.
Ada pemilihan pelakon.

35:11.400 --> 35:14.000
- Untuk rancangan TV?
- Tak, untuk iklan.

35:14.080 --> 35:16.280
Iklan. Baguslah. Iklan apa?

35:16.360 --> 35:17.600
<i>Gazpacho.</i>

35:20.240 --> 35:23.320
Mereka perlukan seseorang
yang berpengalaman untuk jadi tomato.

35:24.720 --> 35:26.880
- Tomato?
- Ya.

35:29.400 --> 35:30.920
Julián...

35:31.680 --> 35:34.560
Kerja kamu... Abang risau tentang kamu.

35:34.640 --> 35:35.920
- Betulkah?
- Ya.

35:43.200 --> 35:45.600
Peliknya Natalia datang lewat.

35:46.120 --> 35:47.480
Ya, betul juga.

35:50.320 --> 35:51.280
Wah!

35:52.920 --> 35:55.080
Cantik pemandangannya, Julián.

35:55.160 --> 35:57.080
- Abang rasa begitu?
- Ya.

35:57.160 --> 35:59.840
Tak seperti rumah abang. Rumah abang...

36:00.360 --> 36:01.520
Ya.

36:02.320 --> 36:04.720
- Kamu nampak bagus.
- Saya bagus.

36:05.800 --> 36:08.240
Terutamanya kalau kita tak cerita banyak.

36:08.320 --> 36:09.840
Jadi, kamu ada masa sekarang.

36:10.880 --> 36:11.720
Masa?

36:11.800 --> 36:15.320
Ya, untuk ke rumah ayah
dan tukar mentol lampu yang...

36:15.400 --> 36:17.200
Ya, kelip-kelip.

36:17.280 --> 36:20.080
- Abang tahu apa masalahnya?
- Cakaplah.

36:20.160 --> 36:24.000
Saya kena berlakon jadi tomato
dan bawa kucing berjalan-jalan.

36:24.080 --> 36:28.320
Saya tak banyak masa lapang.
Tak bolehkah abang ke sana pada hari Ahad?

36:28.400 --> 36:30.040
Ahad? Mustahil.

36:30.120 --> 36:31.120
Tidak.

36:31.800 --> 36:33.400
- Beginilah.
- Ya?

36:33.920 --> 36:35.600
Natalia patut tukar mentol lampu.

36:36.200 --> 36:37.680
- Natalia?
- Apa salahnya?

36:38.200 --> 36:39.240
Betul juga.

36:39.320 --> 36:41.800
Kenapa kita perlu tukarnya?
Sebab kita lelaki?

36:41.880 --> 36:44.200
- Bukankah wanita moden?
- Dan feminis?

36:44.280 --> 36:46.200
Mereka boleh tukar mentol lampu.

36:46.280 --> 36:49.600
- Habis cerita.
- Semua yang kelip-kelip.

36:49.680 --> 36:51.120
- Natalia bijak.
- Betul.

36:51.640 --> 36:54.760
Dia ada banyak ijazah sarjana.
Kita tahu maksudnya.

36:54.840 --> 36:58.000
Dia menipu kita dengan muka polosnya.

36:58.080 --> 36:59.400
Dia tahu melepaskan diri.

36:59.480 --> 37:03.040
Dia takkan beritahu kita
apa yang dia fikirkan. Tak pernah.

37:03.640 --> 37:05.400
Walaupun kita minta dia jadi objektif?

37:06.760 --> 37:08.920
Kalau begitu, mungkin. Ya.

37:09.000 --> 37:12.200
Ia pasti sukar.
Tak mudah untuk dia, tapi ya.

37:12.280 --> 37:13.280
Tenang.

37:13.960 --> 37:15.760
Abang tenang. Abang nampak tenang, kan?

37:16.520 --> 37:18.160
Itu cuma ungkapan.

37:25.600 --> 37:27.840
Abang nak cuci tangan. Di mana bilik air?

37:27.920 --> 37:31.040
Di tempat yang sama.
Di hujung koridor, sebelah kanan.

37:34.280 --> 37:35.560
Oh, Julián!

37:35.640 --> 37:37.800
Abang dah ingat
apa yang abang nak beritahu.

37:38.320 --> 37:40.440
Tak penting pun. Mengarut.

37:41.400 --> 37:42.800
Abang tulis novel.

37:50.520 --> 37:52.280
Novel?

37:52.360 --> 37:53.320
Abang?

37:53.400 --> 37:56.040
Ya, abang kamu.

37:56.120 --> 37:57.920
Saya tahu awak abang saya.

37:58.000 --> 38:00.520
Nampaknya kamu tergamam.

38:00.600 --> 38:04.200
Saya kagum. Saya tak sangka.

38:04.960 --> 38:07.680
Julián, abang suka cabaran.

38:07.760 --> 38:10.640
Kami tahu.
Seluruh hidup abang satu pengembaraan.

38:13.120 --> 38:14.040
Julián...

38:21.720 --> 38:22.840
Tidak...

38:23.360 --> 38:25.000
Abang sangat gembira...

38:25.080 --> 38:26.320
Betulkah?

38:26.400 --> 38:27.560
...kalau kamu juga...

38:27.640 --> 38:29.800
Untuk saya? Wah, saya berbesar hati.

38:31.200 --> 38:32.720
...kalau kamu bacanya juga.

38:37.520 --> 38:39.920
Benda begini boleh buat saya beremosi.

38:40.000 --> 38:42.240
Bawa sini. Abang nak tulis mesej.

38:42.840 --> 38:43.880
Perlukah?

38:43.960 --> 38:47.200
Abang patut buat begitu. Tak susah pun.

38:47.720 --> 38:49.040
Kalau begitu...

38:56.720 --> 38:59.760
- Kalau abang tak tahu nak tulis apa...
- Tidak.

39:03.680 --> 39:06.720
- Abang boleh buat lain kali.
- Tak, abang tahu.

39:26.560 --> 39:28.280
"Kepada adik kecilku,

39:29.920 --> 39:31.440
yang mungkin tak nampak begitu...

39:34.200 --> 39:35.680
tapi dia memang kecil."

39:39.640 --> 39:43.040
Saya tak tahu nak cakap apa.

39:43.120 --> 39:44.880
Saya tergamam.

39:45.600 --> 39:46.840
Tergamam.

39:51.280 --> 39:53.440
- Julián.
- Ya?

39:55.240 --> 39:58.200
- Ada seperkara abang nak tanya.
- Jangan cakap apa-apa.

39:59.680 --> 40:01.440
- Tak perlu.
- Ya, perlu.

40:01.520 --> 40:02.920
Tak perlu.

40:03.920 --> 40:09.200
Abang nak saya
beritahu pendapat saya selepas baca.

40:10.480 --> 40:14.600
Bersikap objektif
dan yang paling penting, jujur, kan?

40:15.120 --> 40:17.040
Gilalah, Julián!

40:17.120 --> 40:18.320
Tepat sekali.

40:18.400 --> 40:19.960
Saya dah agak.

40:20.040 --> 40:21.880
Saya dah agak dan...

40:21.960 --> 40:23.520
Walaupun saya mahu,

40:23.600 --> 40:26.000
saya tak boleh buat apa-apa
selain jujur dengan abang.

40:26.520 --> 40:30.640
Abang ragu-ragu nak berikannya
kepada kamu. Abang tak pasti.

40:33.840 --> 40:34.840
Yakah? Kenapa?

40:35.920 --> 40:39.120
Sebab abang ingat
kamu akan rasa terpaksa untuk baca

40:39.200 --> 40:41.160
dan mungkin kamu takkan suka.

40:41.240 --> 40:43.760
Tidak. Saya tak sabar nak baca.

40:43.840 --> 40:46.480
Tapi kamu tak pernah membaca.
Jadi, lebih sukar untuk kamu.

40:47.960 --> 40:50.280
Maksud abang,
lebih sukar daripada untuk orang lain?

40:50.360 --> 40:53.720
Lebih sukar
sebab kamu tak ada tabiat itu, Julián.

40:54.360 --> 40:59.360
Ya, sebab abang fikir
sukar untuk saya memahaminya

40:59.440 --> 41:02.400
daripada Natalia, contohnya.

41:03.040 --> 41:04.080
Lebih sukar.

41:04.160 --> 41:05.600
Betulkah?

41:05.680 --> 41:08.720
Mestilah.
Natalia ada dua ijazah universiti.

41:08.800 --> 41:10.880
Dia bercakap dan membaca
dalam empat bahasa,

41:10.960 --> 41:13.960
dan dia terbiasa dengan pemikiran abstrak.

41:14.480 --> 41:15.640
Kamu pula...

41:17.720 --> 41:19.200
Saya tomato.

41:19.720 --> 41:22.120
Kerjaya itu berbeza, Julián.

41:22.200 --> 41:23.640
Saya setuju.

41:24.280 --> 41:26.920
Novel ini rumit.

41:27.000 --> 41:30.600
Ya. Saya pasti
ia penuh dengan tahap naratif.

41:31.120 --> 41:33.280
- Bagaimana kamu tahu?
- Saya boleh bayangkan.

41:33.360 --> 41:35.920
Ada banyak tahap naratif yang...

41:36.000 --> 41:37.840
Kita tak faham apa-apa.

41:38.360 --> 41:39.600
Apa?

41:39.680 --> 41:42.480
Jangan risau. Saya suka subjek yang rumit.

41:42.560 --> 41:45.800
Ini bukan buku pertama saya.
Saya pernah baca novel picisan.

41:45.880 --> 41:47.120
"Novel picisan"?

41:47.200 --> 41:49.040
Novel.

41:49.560 --> 41:50.400
Sekejap, ya.

41:56.160 --> 41:57.120
Carol?

41:58.880 --> 41:59.800
Ya.

42:01.400 --> 42:02.400
Ya?

42:04.800 --> 42:05.640
Ya.

42:09.760 --> 42:10.760
Apa kamu buat?

42:11.960 --> 42:13.000
Tiada apa-apa.

42:13.080 --> 42:16.040
Ini permainan kami
di rumah ini kebelakangan ini.

42:16.120 --> 42:19.640
Bawa ikan bilis keluar bersiar-siar,
kemudian masukkan balik ke dalam tin.

42:20.240 --> 42:21.560
Apa Carol kata?

42:22.080 --> 42:24.280
Natalia telefon dia

42:24.360 --> 42:25.600
dan dia minta maaf,

42:25.680 --> 42:28.360
tapi dia terbaring di katil
dengan migrainnya

42:28.440 --> 42:30.680
dan dia tak boleh datang.

42:30.760 --> 42:31.840
Betulkah?

42:32.520 --> 42:34.280
Aduhai, teruknya.

42:35.840 --> 42:37.000
Ia trend sekarang.

42:37.080 --> 42:40.840
Kita adakan jamuan makan malam
dan tiada siapa datang. Abang tak tahu?

42:41.360 --> 42:45.480
Jadi, apa patut abang buat?
Nak makan malam atau apa?

42:47.560 --> 42:50.280
- Tak perlu, bukan?
- Betul.

42:50.800 --> 42:53.080
Mari simpan
untuk waktu kita bertiga berkumpul.

42:53.160 --> 42:54.120
Saya setuju.

42:54.200 --> 42:56.600
Kita tak boleh bergaduh
dan membazir minuman.

42:57.880 --> 42:59.560
Boleh abang telefon Natalia?

43:00.080 --> 43:02.480
Ya. Abang akan telefon dia.

43:05.880 --> 43:08.560
Kenapa abang perlu telefon Natalia?

43:10.240 --> 43:12.520
Suruh dia tukar mentol lampu.

43:12.600 --> 43:14.480
Oh! Ya, betul.

43:15.000 --> 43:17.880
- Dia patut tukar sendiri.
- Revolusi ada harganya.

43:17.960 --> 43:19.880
Revolusi ada harganya!

43:21.680 --> 43:23.120
- Kita borak nanti.
- Okey.

43:23.200 --> 43:25.440
- Kirim salam kepada Carol.
- Baiklah.

43:26.560 --> 43:27.400
Julián,

43:28.280 --> 43:29.480
pasu itu...

43:31.120 --> 43:32.720
Pasu itu sangat hodoh.

43:33.240 --> 43:35.240
Kamu patut guna yang abang beri.

44:10.440 --> 44:14.160
Sekarang pukul 6.45 petang,
dan hari ini hari Jumaat lagi.

44:14.680 --> 44:18.960
Saya baru habis kerja di hospital
dan Julián akan tiba.

44:19.480 --> 44:23.280
Dia berada di penggambaran iklan hari ini,
dan dia bangun awal.

44:23.800 --> 44:25.680
Víctor dan Natalia dah sampai.

44:26.600 --> 44:29.400
Julián pasti gembira
kerana mereka akhirnya tiba bersama.

44:30.040 --> 44:33.520
Tapi nampaknya Víctor
tertinggal telefonnya di dalam kereta.

44:34.160 --> 44:37.200
Julián buang bunga itu semalam
kerana ia dah layu,

44:37.280 --> 44:39.520
dan simpan pasu itu di dalam almari.

44:39.600 --> 44:41.280
Tapi apa yang saya nampak,

44:41.360 --> 44:45.080
hari ini, Natalia datang
dengan sejambak bunga lain.

44:48.760 --> 44:53.200
Saya nampaknya semasa berjalan
di kedai bunga dan saya fikir...

44:53.280 --> 44:55.840
Cantiknya,
tapi awak tak perlu susah-susah.

44:55.920 --> 44:57.240
Tak mengapa.

44:57.320 --> 44:59.360
Terutamanya selepas tak datang
tempoh hari.

44:59.440 --> 45:01.160
Memandangkan kamu berdua suka bunga...

45:01.240 --> 45:03.640
Oh! Kami suka bunga. Terutamanya Julián.

45:05.160 --> 45:08.280
Dia tak jawab panggilan saya
sejak malam tadi.

45:08.360 --> 45:09.840
- Siapa?
- Ayah saya.

45:09.920 --> 45:13.320
Dia tak boleh guna alat pendengaran,
tak dengar apa-apa dan tak jawab.

45:13.840 --> 45:17.560
Kita boleh makan tengah hari suatu hari
dengan ayah awak dan anak-anak.

45:17.640 --> 45:19.880
Saya suka kamu semua datang.

45:19.960 --> 45:23.160
Dia terlalu suka,
dan ini akan berakhir dengan teruk.

45:23.240 --> 45:25.120
- Julián.
- Kami ingat awak tiada di sini.

45:25.200 --> 45:27.080
Kami habis awal.

45:27.160 --> 45:29.280
Bagaimana dengan migrain kakak?

45:29.360 --> 45:30.640
Lebih baik.

45:31.200 --> 45:33.480
Kakak rasa bersalah
sebab tak datang tempoh hari.

45:33.560 --> 45:34.880
Kami rasa lebih bersalah.

45:35.400 --> 45:37.840
Kami tiada pilihan lain
selain mengkritik kakak.

45:40.080 --> 45:44.000
- Tengoklah hadiah yang Natalia bawa.
- Kakak tahu kamu suka.

45:44.080 --> 45:45.320
Kami suka.

45:46.880 --> 45:47.960
Di mana Víctor?

45:48.040 --> 45:50.480
Dia kembali ke kereta.
Dia tertinggal telefon.

45:50.560 --> 45:53.400
Artis-artis ini memang pelupa.

45:53.480 --> 45:57.000
Kamu takkan percaya.
Kami terserempak di pintu depan.

45:57.080 --> 45:59.360
- Kebetulan!
- Betul.

45:59.440 --> 46:01.520
Semuanya dah dirancang, kakak.

46:01.600 --> 46:03.040
Bagaimana penggambaran tadi?

46:03.120 --> 46:04.760
Kamu ada penggambaran?

46:06.440 --> 46:07.720
Rancangan TV?

46:08.560 --> 46:10.920
- Saya nak mandi.
- Iklan.

46:11.000 --> 46:13.160
Oh! Iklan apa?

46:13.240 --> 46:16.160
- Kenapa awak tak beritahu dia?
- Tak perlu.

46:16.680 --> 46:18.120
<i>- Gazpacho</i>.
- Oh.

46:18.200 --> 46:19.880
Dia jadi tomato.

46:21.240 --> 46:24.680
Itu pun menarik, bukan?

46:25.880 --> 46:28.880
Bukan senang nak jadi tomato.

46:31.120 --> 46:32.440
Wah, wah.

46:32.960 --> 46:36.280
Víctor beritahu kakak
dia beri kamu novel tempoh hari.

46:36.360 --> 46:38.240
Kamu mesti gembira, bukan?

46:38.760 --> 46:40.040
Saya tak pasti.

46:41.120 --> 46:43.200
Kamu tak sabar nak bacanya.

46:44.000 --> 46:45.480
Dia dah baca dua kali.

46:45.560 --> 46:46.560
Betulkah?

46:47.080 --> 46:48.280
Cepatnya.

46:49.280 --> 46:52.840
Dia habiskan sepanjang petang di sofa.
Macam tak bernafas langsung.

46:53.480 --> 46:57.000
Adakah kita bercakap
tentang novel picisan Víctor?

46:57.640 --> 47:00.120
Saya tak rasa ia novel picisan.

47:00.200 --> 47:01.800
Jangan kata kamu suka?

47:01.880 --> 47:02.960
Suka sangat.

47:05.760 --> 47:09.760
- Kamu melawak, bukan?
- Kakak tak tahu betapa marahnya saya.

47:10.280 --> 47:14.520
- Saya betul-betul bergelut.
- Mustahil. Kenapa kamu suka novel itu?

47:14.600 --> 47:15.720
Saya tak tahu.

47:16.240 --> 47:17.480
Sebab itu saya risau.

47:19.680 --> 47:21.680
Tentu ada sebab, Julián.

47:23.120 --> 47:24.200
Saya harap begitu.

47:25.000 --> 47:26.760
Mungkin kamu tak faham.

47:26.840 --> 47:28.800
Itu yang saya fikir pada mulanya.

47:29.480 --> 47:33.240
Kemudian, saya baca lagi.
Lagi suka daripada kali pertama.

47:33.760 --> 47:35.080
Saya suka metaforanya.

47:35.160 --> 47:37.440
- Suka sangat.
- Metafora apa?

47:37.520 --> 47:39.680
- Saya tak mahu ia berakhir, betul?
- Betul.

47:41.520 --> 47:42.360
Saya akan jawab.

47:43.080 --> 47:45.680
Dia minta kamu jujur juga?

47:46.480 --> 47:48.560
Jujur dan objektif.

47:53.400 --> 47:55.280
- Maaf.
- Apa yang kelakar?

47:55.360 --> 47:58.160
Tiada apa-apa. Kakak cuma nak dengar

47:58.240 --> 48:01.880
kamu beritahu dia
betapa kamu suka novel picisannya.

48:01.960 --> 48:03.280
Saya takkan beritahu dia.

48:03.360 --> 48:05.680
Kalau kakak perlu bercakap benar,
kamu juga perlu.

48:05.760 --> 48:07.440
Lagipun, dia mungkin fikir

48:07.520 --> 48:10.080
saya takkan habis baca
sehingga musim panas,

48:10.600 --> 48:14.360
memandangkan saya ambil masa yang lama
berbanding dengan manusia lain.

48:14.440 --> 48:17.040
Tolong keluar sekejap.
Saya nak hidu syampu.

48:17.120 --> 48:18.640
Mungkin ia akan menceriakan saya.

48:21.960 --> 48:22.960
- Víctor.
- Carol!

48:23.040 --> 48:25.440
- Apa khabar? Selamat datang.
- Kembali lagi.

48:26.120 --> 48:26.960
Masuklah.

48:31.120 --> 48:33.680
Abang rasa dah banyak kali abang ke sini

48:33.760 --> 48:37.440
dalam beberapa hari lepas
daripada selama mereka tinggal di sini.

48:38.280 --> 48:40.400
Mereka dah lama tinggal di sini?

48:41.000 --> 48:43.400
Ya, sejak mereka bersama.

48:43.480 --> 48:44.320
- Ya?
- Ya.

48:44.400 --> 48:45.240
Betulkah?

48:45.920 --> 48:48.720
Carol, Julián belum sampai lagi?

48:48.800 --> 48:50.200
Dia sedang mandi.

48:50.720 --> 48:53.240
Dia ada penggambaran hari ini. Iklan itu.

48:53.320 --> 48:57.360
Ya, iklan itu. Dia beritahu saya dia jadi...

48:57.440 --> 48:58.720
- Apa dia?
- Tomato.

48:58.800 --> 49:01.800
Carol, sudah tiba masanya
dia menyerah, bukan?

49:01.880 --> 49:05.120
Kalau kita belum capai impian kita,
kita perlu teruskan hidup.

49:05.200 --> 49:07.480
Saya boleh carikan dia kerja di firma.

49:07.560 --> 49:09.760
Sebagai pemandu.
Kami sentiasa kurang pemandu.

49:09.840 --> 49:11.640
Awak beritahu dia.

49:12.320 --> 49:15.320
Okey, saya akan beritahu.
Tapi hari lain lebih baik.

49:15.400 --> 49:17.400
Ya, hari lain lebih baik.

49:18.200 --> 49:20.760
Baiklah. Akhirnya kita semua di sini.

49:20.840 --> 49:23.040
Kamu mesti gembira, bukan?

49:23.120 --> 49:24.280
Abang menyindir?

49:24.360 --> 49:26.240
Tidak, abang tak menyindir.

49:26.320 --> 49:28.240
Tak, abang kata "gembira".

49:28.320 --> 49:29.880
Saya tak bodoh.

49:29.960 --> 49:32.760
Kamu marah?
Kamu tak pernah marah, Natalia.

49:32.840 --> 49:35.160
Mulai sekarang, saya marah. Biasakan diri.

49:35.240 --> 49:38.560
- Kamu patut beri amaran.
- Jangan bergaduh melainkan semua dah ada.

49:38.640 --> 49:41.240
Kami tak bergaduh, Carol. Belum lagi.

49:41.320 --> 49:43.320
Kami cuma berbual, bukan?

49:43.400 --> 49:46.840
Abang kata "gembira".
Panjang betul sebutan "a" itu.

49:46.920 --> 49:49.240
- Abang tak sengaja.
- Sengaja.

49:49.320 --> 49:53.000
Saya tak suka nada suara abang,
sindiran abang.

49:53.080 --> 49:56.080
Carol, adakah saya cuba menyindir sesuatu?

49:56.160 --> 49:58.880
Julián suruh saya janji
takkan beri pendapat hari ini.

49:58.960 --> 50:01.040
Memandangkan ipar tak dibenarkan...

50:03.160 --> 50:05.640
Macamlah kamu berdua tolong saya
dengan datang ke sini.

50:05.720 --> 50:08.520
Macamlah kesihatan ayah
bukan masalah kamu berdua juga.

50:08.600 --> 50:10.880
Bukan itu niat abang. Tenang.

50:11.400 --> 50:12.800
Tak, saya tenang.

50:13.320 --> 50:16.040
Saya nampak tenang, kan?
Saya sangat tenang.

50:16.560 --> 50:19.520
Tapi saya dah jemu
dengan cara kamu berdua layan saya.

50:20.040 --> 50:22.520
Cara kamu berlagak
lebih hebat daripada saya.

50:22.600 --> 50:26.720
Terutamanya kerana saya seorang saja
yang selalu risau tentang semuanya.

50:26.800 --> 50:29.280
Mungkin kamu tak perlu risau sangat.

50:29.360 --> 50:30.680
Apa maksudnya?

50:30.760 --> 50:34.920
Bila kita terlalu serius,
hidup tak lagi kelakar.

50:35.000 --> 50:38.480
Wah, teori yang sangat menarik.
Dari mana abang dapat?

50:38.560 --> 50:41.640
Manual penulis untuk pemula
yang saya cadangkan kepada abang?

50:41.720 --> 50:42.600
Maaf.

50:43.520 --> 50:46.160
Bukankah kamu patut tunggu Julián
sebelum bertekak?

50:46.240 --> 50:47.480
- Ya.
- Betul.

50:47.560 --> 50:49.400
- Betul, Carol. Maaf.
- Oh!

50:50.480 --> 50:52.800
Carol, saya bawa sesuatu.

50:52.880 --> 50:55.080
Ikan bilis, tapi yang sedap.

50:55.160 --> 50:57.640
Wah, terima kasih! Susah-susah saja.

50:57.720 --> 51:01.080
Boleh awak beri saya air?
Saya nak makan ubat migrain.

51:01.160 --> 51:03.200
- Sudah tentu.
- Terima kasih.

51:03.280 --> 51:06.160
Mak saya pernah cakap
migrain itu laci tak ditutup dengan betul.

51:06.680 --> 51:08.640
"Laci tak ditutup dengan betul"?

51:09.160 --> 51:10.480
Apa maksudnya?

51:10.560 --> 51:12.120
Itu metafora.

51:12.640 --> 51:14.840
Abang penulis. Abang patut tahu.

51:17.440 --> 51:19.280
Hei, kebetulan kamu sebut...

51:19.800 --> 51:20.760
Sebut apa?

51:21.280 --> 51:23.000
Kamu dah habis baca novel abang?

51:24.760 --> 51:25.680
Carol!

51:25.760 --> 51:26.680
Ya?

51:26.760 --> 51:30.040
- Awak perlukan bantuan?
- Tak perlu.

51:30.560 --> 51:31.640
Awak pasti?

51:32.760 --> 51:34.600
- Natalia?
- Ya?

51:34.680 --> 51:36.720
- Apa yang berlaku?
- Bila?

51:36.800 --> 51:37.920
Sekarang.

51:38.440 --> 51:40.480
Kenapa kamu ubah topik?

51:41.680 --> 51:42.520
Abang perasan?

51:43.080 --> 51:45.120
Ya. Sudah tentu.

51:45.640 --> 51:48.400
Kalau kamu tak suka, tak apa.
Kamu boleh cakap.

51:48.480 --> 51:50.480
Saya tahu tak apa. Mestilah tak apa.

51:50.560 --> 51:53.440
Abang cuma nak kamu
bercakap benar, jujur dan...

51:53.520 --> 51:54.400
Saya tahu.

51:54.480 --> 51:58.000
Tapi bukankah lebih baik
bercakap tentang semua ini pada hari lain?

51:58.080 --> 51:59.080
- Ya.
- Air awak.

51:59.160 --> 52:00.160
Terima kasih.

52:01.400 --> 52:02.520
Maksud saya...

52:03.640 --> 52:06.600
Dengan semua perkara
yang penting dan sensitif

52:06.680 --> 52:08.120
kita perlu bincang hari ini...

52:08.640 --> 52:10.680
- Betul, Carol?
- Ya.

52:12.160 --> 52:13.880
Cakaplah. Satu komen saja.

52:13.960 --> 52:16.640
Tanggapan pertama kamu selepas membacanya.

52:17.240 --> 52:20.320
Tanggapan pertama sangat rumit.

52:20.400 --> 52:21.360
"Rumit".

52:21.880 --> 52:22.960
Ya...

52:23.040 --> 52:26.920
Ia tak sentiasa mencerminkan
pendapat kita.

52:27.000 --> 52:30.600
Baiklah, empat perkataan saja.
Macam tajuk utama.

52:30.680 --> 52:32.360
Tajuk utama untuk apa?

52:33.480 --> 52:35.600
Cuma tanggapan dia tentang novel abang.

52:35.680 --> 52:36.840
Dia dah baca.

52:36.920 --> 52:37.920
- Betulkah?
- Ya.

52:38.000 --> 52:40.800
Kakak dah baca novel itu?

52:41.400 --> 52:43.240
Tapi kakak tak beritahu saya.

52:43.840 --> 52:45.520
- Apa pendapat kakak?
- Kakak...

52:46.680 --> 52:48.880
Baguslah kamu bertiga ada di sini.

52:49.400 --> 52:53.280
- Kami gembira kamu datang malam ini.
- Itu tak benar. Jangan dengar cakap dia.

52:55.960 --> 52:57.920
Kalau mahu, duduklah di meja.

52:58.000 --> 53:02.960
Saya nak tonton rancangan di bilik saya
supaya kamu boleh bercakap dengan tenang.

53:03.040 --> 53:04.440
- Terima kasih, sayang.
- Terima kasih, Carol.

53:04.520 --> 53:05.600
Terima kasih.

53:06.840 --> 53:08.080
Natalia.

53:11.360 --> 53:12.720
Kami sedang mendengar.

53:22.040 --> 53:24.920
Berapa lama kamu baca?
Lebih daripada seminggu?

53:25.000 --> 53:27.680
- Kenapa? Pentingkah?
- Ia sangat penting.

53:27.760 --> 53:30.240
Lebih cepat dan berterusan, lebih baik.

53:30.320 --> 53:32.320
- Kakak tak tahu?
- Tidak.

53:32.400 --> 53:35.600
Entahlah. Beberapa minggu, saya rasa.

53:35.680 --> 53:36.960
Alamak...

53:37.040 --> 53:38.360
Apa?

53:39.080 --> 53:42.600
- Saya baca sewaktu lapang, sewaktu malam...
- Jadi?

53:42.680 --> 53:45.360
Sebenarnya, saya sangat terkejut.

53:45.440 --> 53:46.960
Dia sangat terkejut.

53:47.920 --> 53:50.640
- Ya, saya tak sangka.
- Dia tak sangka.

53:50.720 --> 53:53.760
- Adakah itu baik atau buruk?
- Bergantung.

53:53.840 --> 53:55.240
Bergantung kepada apa?

53:55.760 --> 53:57.120
Kepada banyak perkara.

53:57.200 --> 54:01.400
Sebenarnya, saya tak pernah bayangkan
abang boleh tulis sesuatu seperti itu.

54:01.480 --> 54:03.360
Ia bukan novel yang mudah.

54:03.440 --> 54:06.360
Abang tak faham maksud kamu, Natalia.

54:06.440 --> 54:10.760
- Begitulah ulasan.
- Abang cuma nak tahu jika dia suka.

54:10.840 --> 54:12.760
Dia cuma nak tahu jika kakak suka.

54:12.840 --> 54:15.720
Sebenarnya, saya tak...

54:16.320 --> 54:19.120
Saya nak abang tahu
tak mudah untuk saya cakap.

54:19.720 --> 54:21.880
Itulah hakikat bercakap benar.

54:21.960 --> 54:25.120
Sebenarnya, saya...

54:26.160 --> 54:27.920
Suka sangat!

54:34.160 --> 54:35.240
Apa dia kata?

54:35.840 --> 54:38.000
Dia suka sangat.

54:45.920 --> 54:48.040
Kakak suka sangat?

54:48.120 --> 54:49.960
Ya, kakak suka sangat.

54:50.480 --> 54:51.440
Kakak pasti?

54:51.520 --> 54:54.240
Untuk novel pertama, ia sangat bagus.

54:54.320 --> 54:59.680
"Untuk novel pertama, ia sangat bagus"
boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara.

55:00.440 --> 55:03.040
Abang rasa lega.

55:03.560 --> 55:08.440
Sejujurnya, abang takut
untuk dengar pendapat kamu, dik.

55:08.960 --> 55:12.440
Kakak suka atau suka sangat?
Lebih spesifik.

55:14.160 --> 55:16.680
Apa kata kita duduk
dan mulakan perjumpaan?

55:23.040 --> 55:26.000
Jadi, kamu tak rasa ia membosankan, bukan?

55:26.080 --> 55:27.760
Tidak.

55:27.840 --> 55:30.720
Sebaliknya. Tahniah.

55:30.800 --> 55:33.440
- Kakak ucap tahniah?
- Dia ucap tahniah.

55:33.960 --> 55:35.760
Terima kasih, Natalia.

55:36.280 --> 55:39.520
- Pendapat dia sangat penting bagi abang.
- Ya, pendapat dia penting.

55:39.600 --> 55:42.120
Ya, sebab dia pembaca sasaran.

55:43.280 --> 55:45.160
- Sebentar, ya.
- Okey.

55:47.600 --> 55:48.480
Marisa.

55:49.360 --> 55:50.760
Sayang. Ya?

55:50.840 --> 55:53.120
Wah, wah...

55:53.920 --> 55:58.640
Kakak suka novel picisan itu, ya?

55:58.720 --> 55:59.920
Tak, jangan risau...

56:00.000 --> 56:02.760
Kita nak bincang tentang ayah
dan capai persetujuan.

56:02.840 --> 56:06.400
Oh, begitu.
Jadi, ia sebahagian daripada strategi.

56:06.480 --> 56:07.520
Sudah tentu.

56:08.040 --> 56:10.920
Apa gunanya beritahu dia novelnya teruk?

56:11.000 --> 56:14.240
Untuk buat dia tersinggung
sebelum kita mula berbincang?

56:14.320 --> 56:16.520
- Awak tak suka novelnya?
- Tidak.

56:16.600 --> 56:17.440
Tak, selain...

56:17.520 --> 56:20.640
Sekarang giliran kamu beritahu dia
kamu juga sukainya.

56:21.160 --> 56:22.280
Dia pasti gembira.

56:22.360 --> 56:24.640
Entah-entah minggu depan,
ayah tinggal di rumahnya.

56:25.360 --> 56:27.480
Dengan bilik wain bawah tanah
dan kolam renang.

56:27.560 --> 56:29.760
Tunjukkan kemaluannya
kepada pembantu rumah.

56:29.840 --> 56:33.960
Dia beri saya novel picisannya
kerana dia nak tandatangan untuk saya.

56:34.480 --> 56:38.440
- Dia tak peduli tentang pendapat saya.
- Tak, Víctor hargai kamu.

56:38.520 --> 56:39.440
Kakak,

56:39.960 --> 56:42.640
saya mungkin tomato,
tapi saya bukan bodoh.

56:46.920 --> 56:50.480
- Apa yang awak cari?
- Tablet. Entah di mana saya letak.

56:51.520 --> 56:54.280
Kucing awak makan pokok di ruang tamu.

56:55.160 --> 56:56.000
Saya akan tengok.

56:57.840 --> 56:59.640
Maaf kerana mengganggu.

57:00.160 --> 57:01.680
Apa yang kita bualkan tadi?

57:01.760 --> 57:03.760
- Tentang novel abang.
- Oh, ya.

57:04.720 --> 57:07.800
Julián beritahu saya
yang dia juga membacanya.

57:07.880 --> 57:10.320
- Sudah? Cepatnya?
- Jadi? Kamu suka, tak?

57:10.400 --> 57:12.600
Luahkan pendapat kamu.

57:12.680 --> 57:15.200
Dia tak boleh tak jujur walaupun dia cuba.

57:15.280 --> 57:16.200
Tak boleh.

57:16.720 --> 57:20.680
Tapi kita bincang lain kali, okey?

57:20.760 --> 57:23.040
Julián, abang juga berminat
dengan pendapat kamu.

57:23.120 --> 57:25.240
- Nampak? Kakak dah kata.
- Betulkah?

57:25.800 --> 57:28.160
Pendapat saya sama penting
dengan pendapat Natalia?

57:28.240 --> 57:31.680
Tak, ia berbeza.
Kita tak boleh bandingkannya.

57:31.760 --> 57:33.880
Apa bezanya?

57:33.960 --> 57:37.160
Dengar sini, Julián,
itu tak penting sekarang.

57:37.240 --> 57:39.920
Victor nak tahu kalau kamu sukainya,

57:40.000 --> 57:44.040
kalau kamu suka watak-wataknya,
pendapat kamu tentang metaforanya.

57:44.120 --> 57:45.160
Metafora apa?

57:45.240 --> 57:48.320
- Judulnya. Kamu suka?
- Kamu suka?

57:49.960 --> 57:52.200
<i>53 Hari Ahad.</i>

57:53.800 --> 57:54.760
Saya terkejut.

57:54.840 --> 57:56.640
Adakah itu baik atau buruk?

57:57.960 --> 57:59.040
Bergantung.

58:00.800 --> 58:02.200
Beginilah, Julián.

58:02.280 --> 58:03.160
Ya?

58:03.800 --> 58:05.800
Jangan beritahu abang dulu.

58:05.880 --> 58:09.480
Kamu patut baca semula
sebelum kamu beritahu pendapat kamu.

58:10.920 --> 58:13.960
Sebab abang fikir saya tak faham?

58:14.640 --> 58:17.520
Baca dua kali sentiasa idea yang baik.

58:17.600 --> 58:20.240
Terutamanya untuk kita
yang bekerja di <i>gazpacho</i>, kan?

58:21.480 --> 58:23.640
Lebih baik kamu ambil masa.

58:23.720 --> 58:26.800
Kamu tak biasa
dan buku itu tak mudah dibaca.

58:28.040 --> 58:30.960
Jangan terburu-buru. Baca lagi.

58:31.040 --> 58:32.040
Lagi?

58:32.120 --> 58:33.040
Lagi apa?

58:33.120 --> 58:34.840
Dia dah baca dua kali.

58:36.360 --> 58:38.120
Kamu dah baca dua kali, Julián?

58:38.200 --> 58:39.160
Berturut-turut.

58:39.680 --> 58:41.280
Berturut-turut?

58:42.040 --> 58:44.800
Wah! Julián, abang tak tahu nak cakap apa.

58:44.880 --> 58:47.840
Tak sangka. Abang tersentuh.

58:48.360 --> 58:51.400
Kalau dia dah baca dua kali,

58:51.920 --> 58:53.440
dia boleh beritahu pendapat dia.

58:53.520 --> 58:56.440
Sudah tentu.
Kalau begitu, sudah tentu boleh.

58:56.960 --> 58:57.800
Jadi?

58:58.440 --> 58:59.480
Sebagai tajuk utama.

59:00.400 --> 59:01.960
Sebagai tajuk utama?

59:04.320 --> 59:08.960
Sebenarnya, susah juga
untuk saya cakap begini.

59:10.560 --> 59:12.160
Saya rasa...

59:12.760 --> 59:16.840
ia panjang, agak membosankan,
terlalu ramai watak, banyak jalan cerita

59:16.920 --> 59:19.240
dan penamat yang tergesa-gesa
sampai tak masuk akal.

59:21.200 --> 59:24.440
Saya cakap begini
sebab saya janji nak jujur dan objektif.

59:24.520 --> 59:28.040
Kalau tak, saya pasti akan tipu abang,
yang semua orang buat.

59:28.800 --> 59:31.240
Tapi memandangkan abang berkeras...

59:36.640 --> 59:37.760
Sangat sedap.

59:43.120 --> 59:45.400
Bagus sebagai tajuk utama.

59:46.040 --> 59:47.040
Abang?

59:47.920 --> 59:49.160
Abang okey?

59:49.240 --> 59:53.360
Ya, itu cuma ulasan buruk pertama
yang abang terima. Abang...

59:53.440 --> 59:57.280
Masalahnya, meminta orang bercakap benar

59:57.360 --> 59:59.320
memang teruk. Abang patut tahu.

59:59.920 --> 01:00:01.960
Abang tak sangka kamu ambil serius.

01:00:02.040 --> 01:00:04.880
Saya harap abang tak marah
kerana saya sangat jujur.

01:00:05.480 --> 01:00:09.920
- Sangat apa?
- Jangan marah hanya kerana hobi.

01:00:10.520 --> 01:00:12.880
Ini bukan hobi, Julián.

01:00:12.960 --> 01:00:14.960
Itulah yang saya beritahu Natalia.

01:00:15.480 --> 01:00:17.200
Jangan guna perkataan itu.

01:00:18.880 --> 01:00:22.120
Nampaknya abang kena biasakan diri
dengan semua jenis kritikan,

01:00:22.200 --> 01:00:23.920
walaupun ia tak objektif.

01:00:24.760 --> 01:00:26.680
Apa maksud abang? Tak objektif?

01:00:26.760 --> 01:00:28.560
Dia tak maksudkan apa-apa.

01:00:28.640 --> 01:00:32.840
Apa kata kita duduk di meja
dan mulakan perjumpaan?

01:00:32.920 --> 01:00:36.440
Kamu adik abang. Kamu tak boleh
bersikap objektif. Biasalah.

01:00:36.520 --> 01:00:39.560
Tapi apa kaitan
kalau saya suka novel picisan abang

01:00:39.640 --> 01:00:41.440
dengan kita bersaudara?

01:00:41.520 --> 01:00:42.680
"Novel picisan"?

01:00:42.760 --> 01:00:44.400
Itu cuma ungkapan.

01:00:46.280 --> 01:00:47.840
Itu istilah yang menghina.

01:00:48.320 --> 01:00:52.000
Kamu gunakannya tempoh hari,
tapi abang pura-pura tak dengar.

01:00:52.080 --> 01:00:56.400
Pertama, kita perlu bersetuju
tentang mentol lampu itu.

01:00:57.360 --> 01:00:59.560
Víctor boleh tukarnya.

01:01:00.080 --> 01:01:03.360
Dia dah selesai menulis,
dia ada banyak masa lapang.

01:01:03.440 --> 01:01:05.040
Kamu berdua dengar, tak?

01:01:05.120 --> 01:01:09.120
Biasalah kamu tak boleh bersikap objektif.
Mungkin kamu masih cemburu dengan abang.

01:01:09.720 --> 01:01:11.560
Sejak bila saya cemburu dengan abang?

01:01:11.640 --> 01:01:13.400
Kamu cemburu sejak dulu.

01:01:13.480 --> 01:01:16.520
Ia patologi biasa
dalam adik-beradik lebih muda.

01:01:16.600 --> 01:01:18.720
Tapi cemburu dengan apa?

01:01:18.800 --> 01:01:20.280
Dengan abang.

01:01:20.360 --> 01:01:23.800
Semuanya berjalan lancar untuk abang
dan tak begitu lancar untuk kamu.

01:01:25.040 --> 01:01:26.320
Semuanya apa?

01:01:26.840 --> 01:01:30.240
Abang pemandu ayah mentua abang
dan butler isteri abang.

01:01:33.160 --> 01:01:34.360
Wah!

01:01:35.400 --> 01:01:39.200
Abang rasa apa yang kamu cakap tadi
buat abang marah.

01:01:40.200 --> 01:01:42.920
Lebih baik abang pergi.

01:01:43.000 --> 01:01:45.120
- Jumpa lagi.
- Tidak...

01:01:48.480 --> 01:01:49.440
Abang...

01:01:50.040 --> 01:01:51.880
Abang, saya minta...

01:01:52.400 --> 01:01:56.200
Saya minta tolong kamu berdua.
Mari kita berusaha.

01:01:56.280 --> 01:01:59.640
Tak mudah untuk kita bertiga
berkumpul malam ini.

01:01:59.720 --> 01:02:02.720
Kita perlu buat keputusan. Tolonglah.

01:02:02.800 --> 01:02:04.880
Pertama, dia perlu minta maaf.

01:02:04.960 --> 01:02:06.480
Minta maaf? Untuk apa?

01:02:07.080 --> 01:02:10.120
Antara lain, untuk cara kamu mencemuh,

01:02:10.200 --> 01:02:11.760
dan abang petik,

01:02:11.840 --> 01:02:13.640
"Mungkin abang boleh tukar mentol lampu

01:02:13.720 --> 01:02:16.600
kerana abang dah selesai
tulis novel picisan abang."

01:02:16.680 --> 01:02:19.360
Ya. Saya mungkin panjangkan
sebutan "i" itu.

01:02:20.000 --> 01:02:22.600
Itu tabiat keluarga. Abang pun tahu.

01:02:22.680 --> 01:02:24.840
Ulasan buruk itu sudah cukup.

01:02:24.920 --> 01:02:27.040
Kamu tak perlu mengejek abang.

01:02:27.560 --> 01:02:29.560
Itu lawak ikhtiar hidup.

01:02:30.080 --> 01:02:31.520
Dulu abang suka.

01:02:31.600 --> 01:02:33.040
Dulu, ya.

01:02:33.760 --> 01:02:37.080
Oh, ya. Kamu patut tahu,

01:02:37.160 --> 01:02:41.200
kami berdua fikir
kamu yang patut tukar mentol lampu.

01:02:42.760 --> 01:02:43.960
Abang dan siapa lagi?

01:02:44.040 --> 01:02:46.240
Abang dan Natalia.

01:02:46.760 --> 01:02:48.080
Abang!

01:02:50.960 --> 01:02:52.920
Wah, wah.

01:02:53.440 --> 01:02:54.960
Kakak tak beritahu saya apa-apa,

01:02:55.040 --> 01:02:57.600
walaupun kita kerap berjumpa
kebelakangan ini.

01:02:57.680 --> 01:02:59.880
Jadi, kamu berdua dah berbincang.

01:02:59.960 --> 01:03:01.800
Mungkin kami bincang sekali.

01:03:01.880 --> 01:03:04.280
Bukan sekali saja, Natalia. Banyak kali.

01:03:04.360 --> 01:03:05.560
Banyak kali?

01:03:05.640 --> 01:03:08.400
Kenapa pula saya

01:03:08.480 --> 01:03:11.600
yang perlu tukar mentol lampu ayah?
Boleh saya tanya?

01:03:11.680 --> 01:03:14.080
Sebab kami bayar dan kamu tak bayar.

01:03:17.200 --> 01:03:19.680
Saya tak faham.

01:03:20.640 --> 01:03:22.280
- Abang bayar untuk apa?
- Benda.

01:03:22.360 --> 01:03:25.240
Abang akan beritahu dia, Natalia.
Dia akan faham.

01:03:25.320 --> 01:03:26.360
Dia takkan faham.

01:03:26.440 --> 01:03:29.200
Saya akan cuba faham, tapi saya tak janji.

01:03:29.280 --> 01:03:33.240
Kami berdua fikir
kamu patut tukar mentol lampu

01:03:33.320 --> 01:03:36.720
sebab kami yang uruskan perbelanjaan ayah.

01:03:37.600 --> 01:03:38.720
Perbelanjaan apa?

01:03:39.560 --> 01:03:41.240
Tak perlu ceritakan butirannya.

01:03:41.320 --> 01:03:45.320
Ya, perlu, Natalia.
Butirannya sangat penting.

01:03:45.400 --> 01:03:46.600
Perbelanjaan apa?

01:03:46.680 --> 01:03:48.240
Perbelanjaan perubatan.

01:03:48.320 --> 01:03:52.000
Alat pendengaran, diet khasnya,
gigi palsu baharunya, ahli fisioterapi,

01:03:52.080 --> 01:03:55.880
tukang cuci, mesin basuh...
Macam-macam perkara, Julián.

01:03:55.960 --> 01:03:57.280
Perkara harian.

01:03:57.360 --> 01:04:00.160
Perkara harian sejak beberapa tahun lepas.

01:04:01.520 --> 01:04:02.720
"Beberapa tahun"?

01:04:02.800 --> 01:04:04.200
Dia melebih-lebih.

01:04:08.520 --> 01:04:09.480
Kakak?

01:04:12.840 --> 01:04:14.280
Berapa tahun?

01:04:15.440 --> 01:04:17.080
Entahlah...

01:04:17.680 --> 01:04:19.040
Empat, lima.

01:04:19.120 --> 01:04:20.840
Empat atau lima?

01:04:20.920 --> 01:04:23.840
Sebenarnya, Julián,
Natalia tak mahu beritahu kamu apa-apa

01:04:23.920 --> 01:04:27.480
sebab kami tak mahu
kamu rasa seperti orang yang gagal.

01:04:27.560 --> 01:04:28.440
Sebab itu.

01:04:30.400 --> 01:04:33.000
Masuk akal
kenapa kamu tak beritahu saya apa-apa.

01:04:33.080 --> 01:04:35.680
Kami berdua tahu
kamu selalu kekurangan wang

01:04:35.760 --> 01:04:37.760
dan kami rasa...

01:04:37.840 --> 01:04:41.320
Tunggu sekejap. Saya nak fahamkan.

01:04:42.320 --> 01:04:43.960
Memandangkan saya miskin

01:04:44.040 --> 01:04:46.920
dan tak boleh bayar
perbelanjaan ayah tersayang,

01:04:47.000 --> 01:04:51.240
kamu berdua fikir saya boleh menebusnya

01:04:52.080 --> 01:04:54.560
dengan menjadi budak suruhan keluarga.

01:04:55.600 --> 01:04:56.640
Betul?

01:04:56.720 --> 01:04:58.320
- Ya.
- Abang!

01:04:59.000 --> 01:05:02.520
- Itu yang kamu cakap, Natalia.
- Ya, tapi bunyinya teruk begitu.

01:05:02.600 --> 01:05:04.840
Bunyinya memang teruk, kakak.

01:05:07.280 --> 01:05:08.920
Oh, di sini rupa-rupanya.

01:05:10.520 --> 01:05:13.800
- Awak belum duduk di meja?
- Baru nak duduk, sayang.

01:05:13.880 --> 01:05:14.800
Julián...

01:05:14.880 --> 01:05:18.080
Tempoh hari,
semasa awak kata Natalia telefon

01:05:18.160 --> 01:05:21.400
untuk bercakap
tentang isu yang sangat penting

01:05:21.480 --> 01:05:23.080
berkaitan dengan mentol lampu,

01:05:23.160 --> 01:05:24.560
apa yang saya beritahu awak?

01:05:25.080 --> 01:05:28.360
Mustahil mentol lampu sepenting itu.

01:05:28.440 --> 01:05:31.040
- Memang penting.
- Nampak? Kita takkan tahu.

01:05:31.120 --> 01:05:32.920
Kita takkan tahu, sayang.

01:05:33.480 --> 01:05:35.320
- Julián.
- Ya?

01:05:35.920 --> 01:05:37.720
Kita bergaduh semata-mata nak bergaduh.

01:05:38.320 --> 01:05:41.000
- Tak syak lagi.
- Tidak. Mari kita lihat.

01:05:41.080 --> 01:05:45.160
Tempoh hari, kita dah setuju
yang Natalia patut tukar mentol, kan?

01:05:45.680 --> 01:05:48.160
- Saya?
- Ya, betul. Kakak.

01:05:48.240 --> 01:05:49.480
Kenapa?

01:05:49.560 --> 01:05:52.240
Tempoh hari,
semasa kami bincang tentang mentol lampu,

01:05:52.320 --> 01:05:56.920
kami sedar tak adil nama kamu
tiada dalam senarai calon, Natalia.

01:05:57.000 --> 01:05:59.960
Kita keluarga moden,
sayap kiri dan feminis.

01:06:00.040 --> 01:06:02.400
Kami fikir, mungkin secara tak sedar,

01:06:02.480 --> 01:06:06.160
kami telah keluarkan kamu
daripada persamaan.

01:06:06.240 --> 01:06:07.880
- Persamaan apa?
- Kelip-kelip.

01:06:07.960 --> 01:06:12.520
Kalau bab kerja senggara dan seumpamanya,
nampaknya wanita nak lepaskan diri.

01:06:12.600 --> 01:06:14.600
"Lelaki akan uruskannya." Tak boleh.

01:06:14.680 --> 01:06:16.480
Saya takkan tukarnya.

01:06:18.680 --> 01:06:19.600
Apa dia kata?

01:06:22.840 --> 01:06:25.560
Kenapa kakak tak nak tukar mentol lampu?

01:06:25.640 --> 01:06:28.240
Pakar psikologi akan marah kakak,
dan memang patut.

01:06:30.280 --> 01:06:33.360
Pakar psikologi kamu tak mahu kamu
tukar mentol lampu ayah?

01:06:33.440 --> 01:06:36.680
Kami dah berbincang dan dia larang saya.

01:06:37.200 --> 01:06:39.680
Kakak cakap dengan pakar psikologi
tentang kelip-kelip?

01:06:39.760 --> 01:06:43.040
Ia sebahagian daripada terapi
dan kakak tak boleh tukarnya.

01:06:43.120 --> 01:06:46.480
Kenapa pakar psikologi kamu
tak tukar mentol lampu?

01:06:46.560 --> 01:06:48.040
Atau tukar pakar psikologi?

01:06:48.120 --> 01:06:50.840
Untuk pengetahuan kamu berdua,
saya sedang berusaha.

01:06:51.600 --> 01:06:53.320
Buat kali pertama dalam hidup saya,

01:06:53.400 --> 01:06:55.720
saya jumpa seseorang yang memahami saya

01:06:55.800 --> 01:06:57.360
dan yang tolong saya.

01:06:57.920 --> 01:06:59.400
Tolong apa?

01:06:59.480 --> 01:07:02.080
Berhenti jadi wanita yang kakak sangka

01:07:02.600 --> 01:07:05.280
dan kenali diri kakak yang sebenar.

01:07:07.680 --> 01:07:08.960
Saya serius.

01:07:09.480 --> 01:07:13.800
Boleh kamu berdua anggap saya serius?
Sekali saja dalam hidup kamu?

01:07:14.320 --> 01:07:16.520
Selain adik-beradik kamu,
saya juga manusia.

01:07:16.600 --> 01:07:19.120
- Jangan marah. Dia pandai marah sekarang.
- Abang tahu.

01:07:19.200 --> 01:07:22.600
Perkara pertama yang saya perlu buat,
lawan kamu berdua

01:07:22.680 --> 01:07:26.040
dan suarakan pendapat saya,
tak kira apa pun.

01:07:26.120 --> 01:07:29.520
Tapi kamu selalu suarakan pendapat. Betul?

01:07:29.600 --> 01:07:31.800
Saya tak pasti jika saya jadi abang.

01:07:31.880 --> 01:07:34.240
Kemudian, saya akan halau suami saya

01:07:34.320 --> 01:07:36.320
kerana buat hidup saya sengsara.

01:07:36.400 --> 01:07:39.120
Akhirnya, saya akan jadi lesbian.

01:07:43.160 --> 01:07:45.720
Tapi apa salah kami, Natalia?

01:07:45.800 --> 01:07:47.200
Banyak.

01:07:47.920 --> 01:07:51.120
Saya jadi pembantu rumah ini
sejak mak meninggal.

01:07:51.640 --> 01:07:53.520
Saya minta kita berbincang tentang ayah

01:07:53.600 --> 01:07:56.240
sebab saya rasa
dia tak boleh hidup sendiri lagi,

01:07:56.320 --> 01:08:00.840
tapi kamu berkelakuan
seperti saya ratu drama yang gila.

01:08:01.800 --> 01:08:05.520
Kamu rasa siapa yang kemas
seluar dalam dan stoking dia?

01:08:06.520 --> 01:08:09.600
Siapa belikan dia makanan dan ubat?

01:08:09.680 --> 01:08:12.280
Siapa potong kuku kakinya?

01:08:12.800 --> 01:08:14.800
Siapa tukar bateri
dalam alat pendengarannya,

01:08:14.880 --> 01:08:18.280
jam locengnya
dan tiga telefon tanpa wayarnya?

01:08:18.360 --> 01:08:22.800
Siapa perlu minta maaf kepada jiran
bila ayah tunjuk alat sulitnya?

01:08:22.880 --> 01:08:25.000
Selepas semua itu,

01:08:25.080 --> 01:08:28.200
kamu juga mahu saya jadi orang
yang pergi ke rumahnya

01:08:28.280 --> 01:08:29.880
untuk baiki kelip-kelip

01:08:29.960 --> 01:08:34.120
sebab kamu berdua
tak boleh luangkan sedikit masa

01:08:34.200 --> 01:08:37.160
untuk jumpa dia,
tengok jika dia masih bernafas

01:08:37.240 --> 01:08:41.040
dan tukar mentol lampu dia?

01:08:46.560 --> 01:08:48.040
Saya nak ke tandas.

01:09:00.440 --> 01:09:01.640
Saya akan jawab.

01:09:04.200 --> 01:09:07.120
- Pakar psikologi ini pasti mahal.
- Sangat.

01:09:07.800 --> 01:09:11.040
Dia kata dia potong kuku kakinya?

01:09:19.120 --> 01:09:22.280
Jadi, apa kita nak buat
tentang revolusi ini?

01:09:22.360 --> 01:09:23.640
Ia tak nampak bagus.

01:09:24.200 --> 01:09:27.120
Saya rasa mentol lampu
tetap tanggungjawab kita.

01:09:27.640 --> 01:09:29.160
Apa kata kita baling syiling?

01:09:29.680 --> 01:09:31.360
Atau kita boleh panggil juruelektrik.

01:09:31.880 --> 01:09:33.360
Lagipun, kamu berdua yang bayar.

01:09:34.360 --> 01:09:37.560
Kami bayar
sebab kami ambil berat tentang ayah.

01:09:38.960 --> 01:09:41.120
Saya boleh salah anggap, tahu?

01:09:41.640 --> 01:09:43.360
Anggaplah sesuka hati kamu.

01:09:43.440 --> 01:09:44.880
Kucing yang sama?

01:09:47.520 --> 01:09:49.680
Abang pernah komen sekali.

01:09:50.840 --> 01:09:54.720
Abang terlupa
sebab kamu tak pernah undang kami.

01:09:55.440 --> 01:09:58.560
Kami tak undang kerana ketika kamu datang,

01:09:58.640 --> 01:10:01.640
isteri abang tak mahu duduk
di atas sofa terpakai.

01:10:01.720 --> 01:10:04.760
Ia buat dia tak selesa
dan saya tak mahu dia menderita.

01:10:04.840 --> 01:10:06.200
Kasihan Marisa.

01:10:09.800 --> 01:10:12.800
Saya rasa lebih baik sekarang.
Boleh kita mulakan perjumpaan?

01:10:12.880 --> 01:10:16.360
Marisa sangat sensitif
dan ada banyak alahan.

01:10:16.880 --> 01:10:18.600
Tentu dia alah dengan orang miskin.

01:10:18.680 --> 01:10:20.960
Kamu nak kritik isteri abang?

01:10:21.560 --> 01:10:24.960
Sebab abang akan naik marah
dan abang perlu pergi.

01:10:25.040 --> 01:10:26.560
Kalau abang pergi,

01:10:27.080 --> 01:10:30.000
bawa pasu buruk abang sekali.

01:10:30.920 --> 01:10:34.760
Ia tersembunyi di dalam almari,
tapi memandangkan isteri saya baik,

01:10:34.840 --> 01:10:37.840
dia keluarkannya
dan fikir abang akan gembira melihatnya.

01:10:37.920 --> 01:10:41.280
Sepuluh minit.
Kalau kita tekad, kita boleh lakukannya.

01:10:41.360 --> 01:10:44.280
Mari bincangkan hal ayah selama 10 minit

01:10:44.360 --> 01:10:47.200
dan kita tak perlu berjumpa lagi.

01:10:48.280 --> 01:10:49.200
Walaupun Krismas?

01:10:49.280 --> 01:10:51.680
Kami akan pergi ke safari semasa Krismas.

01:10:52.200 --> 01:10:53.640
Atau sehingga pengebumian ayah.

01:10:54.160 --> 01:10:55.800
Sepuluh minit.

01:10:57.240 --> 01:10:58.080
Abang?

01:10:59.120 --> 01:11:00.800
Kalau tiada pilihan lain...

01:11:01.680 --> 01:11:04.040
Okey. Jangan risau.
Saya akan beritahu dia.

01:11:05.120 --> 01:11:06.040
Bai.

01:11:07.120 --> 01:11:08.080
Maaf mengganggu.

01:11:08.600 --> 01:11:09.680
Ya, sayang?

01:11:09.760 --> 01:11:12.600
- Jiran telefon.
- Jiran yang mana satu?

01:11:13.640 --> 01:11:15.120
Jiran ayah kamu semua.

01:11:15.200 --> 01:11:17.240
Peliknya. Dia selalu telefon saya.

01:11:17.320 --> 01:11:20.160
Dia kata dia telefon awak,
tapi awak tak jawab.

01:11:20.240 --> 01:11:23.440
Telefon saya mesti kehabisan bateri.
Apa yang dia mahu?

01:11:24.400 --> 01:11:28.120
Dia dengar telefon ayah kamu
berdering sepanjang hari.

01:11:28.200 --> 01:11:31.280
Saya pasti itu saya.
Saya telefon dia sepanjang hari.

01:11:31.360 --> 01:11:34.120
Dia tak boleh tukar
bateri alat pendengaran. Dia tak dengar.

01:11:34.200 --> 01:11:35.040
Okey.

01:11:35.120 --> 01:11:38.640
Jadi, dia ketuk pintunya
sebab dia dengar muzik dipasang.

01:11:38.720 --> 01:11:42.400
Tapi sebab dia tak buka pintu,
dia masuk ke dalam untuk tengok...

01:11:43.440 --> 01:11:44.920
Di mana ayah?

01:11:46.320 --> 01:11:47.840
Terbaring di atas lantai.

01:11:47.920 --> 01:11:50.000
Kenapa dia terbaring di atas lantai?

01:11:51.200 --> 01:11:52.720
Dia tak sedarkan diri.

01:11:54.320 --> 01:11:55.680
Kepalanya berdarah.

01:11:55.760 --> 01:11:58.000
- Kamu nampak?
- Apa?

01:11:58.520 --> 01:12:00.920
Dia tak boleh hidup sendiri. Saya betul.

01:12:01.000 --> 01:12:03.560
Hei, kamu rasa ini salah kami?

01:12:04.240 --> 01:12:05.760
Dia di hospital mana?

01:12:05.840 --> 01:12:07.840
- Bukan di hospital.
- Apa maksud awak?

01:12:07.920 --> 01:12:10.440
Kalau dia alami konkusi,
dia perlu ke hospital.

01:12:10.520 --> 01:12:11.720
Itu tak perlu.

01:12:11.800 --> 01:12:14.600
Semasa ambulans tiba
dan mereka rawat ayah awak,

01:12:14.680 --> 01:12:17.760
mereka sedar beberapa jam sebelum itu,

01:12:19.320 --> 01:12:20.280
dia dah mati.

01:12:23.080 --> 01:12:24.000
Siapa?

01:12:25.880 --> 01:12:27.560
Ayah dah mati?

01:12:29.920 --> 01:12:31.280
Ayah dah mati?

01:12:32.640 --> 01:12:34.080
Kerana kepala terhantuk.

01:12:34.600 --> 01:12:36.960
Bila kepalanya terhantuk, Carol?

01:12:37.040 --> 01:12:39.080
Semasa dia terjatuh.

01:12:39.680 --> 01:12:40.960
Bila dia terjatuh?

01:12:48.040 --> 01:12:50.560
Ayah mentua saya suka muzik.

01:12:51.760 --> 01:12:53.440
Terutamanya muzik klasik.

01:12:55.440 --> 01:12:59.680
<i>Dia sentiasa mendengarnya
dan rumah itu dipenuhi dengan melodi.</i>

01:12:59.760 --> 01:13:00.680
<i>Helo.</i>

01:13:02.120 --> 01:13:05.640
<i>Bertahun-tahun telah berlalu,
tapi sekarang, setelah difikirkan semula,</i>

01:13:06.160 --> 01:13:09.800
<i>mereka takkan berhenti mengimbau
kenangan zaman kanak-kanak mereka.</i>

01:13:11.160 --> 01:13:14.480
<i>Kenangan yang telah lama dilupakan,
ketika mereka tinggal bersama</i>

01:13:14.560 --> 01:13:19.680
<i>dan ayah mereka selalu kejutkan mereka
pada hujung minggu dengan muzik.</i>

01:13:21.360 --> 01:13:25.440
<i>Mereka akan ingat pagi-pagi Ahad itu
dengan sarapan yang tak berkesudahan,</i>

01:13:26.920 --> 01:13:29.880
<i>pergaduhan mereka, permainan mereka.</i>

01:13:31.080 --> 01:13:32.240
<i>Mereka akan tersentuh.</i>

01:13:33.320 --> 01:13:34.880
<i>Muzik itu akan mengingatkan mereka</i>

01:13:34.960 --> 01:13:37.320
<i>darah yang sama
mengalir dalam tubuh mereka,</i>

01:13:37.400 --> 01:13:39.880
<i>yang air dicencang takkan putus.</i>

01:13:40.400 --> 01:13:44.720
<i>Walaupun ada perbalahan,
mereka berkongsi ikatan yang mendalam,</i>

01:13:45.240 --> 01:13:47.960
<i>naluri yang terikat
dengan misteri kehidupan,</i>

01:13:48.040 --> 01:13:50.520
<i>yang membantu kita rasa
kurang keseorangan.</i>

01:13:50.600 --> 01:13:53.040
<i>Selamat hari jadi...</i>

01:13:53.120 --> 01:13:56.680
<i>Malam ini, setelah sekian lama
tidak berbuat demikian,</i>

01:13:56.760 --> 01:13:59.040
<i>dan mungkin untuk kali terakhir
dalam hidup mereka,</i>

01:13:59.560 --> 01:14:00.680
<i>mereka akan berpelukan.</i>

01:14:02.640 --> 01:14:04.720
<i>Berpelukan begitu, bersama-sama,</i>

01:14:04.800 --> 01:14:08.040
<i>walaupun hanya selama beberapa saat,</i>

01:14:08.120 --> 01:14:09.800
<i>mereka akan berkongsi detik</i>

01:14:09.880 --> 01:14:12.960
<i>yang tak boleh dilupakan
dan tak boleh diulang ini.</i>

01:14:28.320 --> 01:14:30.400
- Kamu semua okey?
- Ya.

01:14:30.920 --> 01:14:34.440
Carol, ayah jatuh dari mana?

01:14:34.520 --> 01:14:36.440
Cukup, Natalia. Cukup.

01:14:36.520 --> 01:14:38.320
Kita semua faham, Natalia.

01:14:39.560 --> 01:14:41.720
Dia jatuh tangga.

01:14:43.640 --> 01:14:45.560
Apa dia buat di atas tangga?

01:14:46.520 --> 01:14:48.560
Dia nak tukar mentol lampu bilik air.

01:14:49.280 --> 01:14:50.560
Ia buat kelip...

01:17:00.200 --> 01:17:05.400
Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi
