WEBVTT

00:30.750 --> 00:32.708
Pak cik, kamu semua buat apa?

00:33.333 --> 00:35.166
Teratai boleh ubati kecederaan fizikal.

00:35.250 --> 00:38.375
Putera Mahkota Ketiga potong tubuhnya
untuk balas jasa ibu bapanya.

00:38.458 --> 00:42.083
Kemudian gurunya pulihkan tubuhnya
dengan batang dan akar teratai.

00:42.166 --> 00:44.125
Berapa banyak kad ajaib dia guna?

00:44.208 --> 00:46.416
Entah. Seluruh tempat itu terbakar.

00:46.500 --> 00:50.250
Kesan sampingan
Tembok Api Suci 9 Naga paling kuat.

00:50.333 --> 00:51.666
Bila dia akan sedar?

00:51.750 --> 00:54.000
Jangan risau. Dia takkan mati.

01:19.416 --> 01:23.041
AGENT FROM ABOVE

01:23.541 --> 01:27.833
TERJERUMUS KE JURANG GELAP

01:45.291 --> 01:46.583
Sayang, jangan pergi.

01:58.166 --> 01:59.000
Han Chieh.

02:00.083 --> 02:01.250
Awak dah sedar?

02:01.750 --> 02:03.541
Bagaimana keadaan awak?

02:18.416 --> 02:21.375
Betulkah awak nak selesaikan
banyak kes serentak?

02:21.458 --> 02:23.333
Pergi matilah, saya tak peduli.

02:23.416 --> 02:25.000
Han Chieh, apa awak buat?

02:26.500 --> 02:28.750
RAJA SYAITAN HASUT SEORANG LELAKI

02:28.833 --> 02:31.000
Bukankah awak kata
Raja Syaitan ada ejen baru?

02:31.083 --> 02:34.000
- Awak tak tahu pun tentang dia.
- Tak kisahlah.

02:34.583 --> 02:37.666
Jika bedebah itu dibiarkan,
bertambah lagilah mangsa.

02:38.166 --> 02:39.708
CHIEH

02:42.041 --> 02:43.250
Puas hati?

02:43.833 --> 02:44.791
Hei.

02:45.625 --> 02:46.625
Hei!

02:57.250 --> 03:01.125
"Pergi ke puncak Gunung Buddha
untuk menguatkan badan."

03:03.416 --> 03:04.875
Gunung Buddha?

03:07.458 --> 03:08.666
Chen Chi-sha.

03:10.666 --> 03:11.500
Penat sial.

03:11.583 --> 03:12.583
BUDDHA

03:12.666 --> 03:14.375
Lepas kalahkan Chen Chi-sha,

03:14.458 --> 03:17.958
saya simpan semua senjata sihirnya
di dalam peti besi.

03:35.166 --> 03:36.416
Berhenti guna sihir.

03:37.083 --> 03:41.458
Bersaralah. Saya akan lindungi awak
daripada syaitan dan hantu.

03:43.666 --> 03:45.875
Awak ingat awak tak boleh dikalahkan?

03:56.041 --> 03:57.708
Awak bertuah kali ini.

03:58.916 --> 04:02.833
Jika Raja Syaitan dapat capai
kuasa penuh, matilah awak.

04:09.708 --> 04:13.625
Peti besi itu macam tak ada
benda baik langsung.

04:13.708 --> 04:15.458
Betulkah Putera tak kenakan awak?

04:15.541 --> 04:17.458
Dia hantar mesej kepada saya.

04:17.541 --> 04:19.916
Jika gaduh pun, dia takkan kenakan saya.

04:20.625 --> 04:24.458
Sebenarnya, awak yang kenakan saya.
Kenapa kita tak sampai-sampai?

04:29.041 --> 04:30.041
Hei.

04:31.875 --> 04:32.958
Awak ada kuncinya?

04:52.708 --> 04:53.958
Terkejut aku.

04:55.541 --> 04:58.750
SIFAR, SATU, DUA, TIGA, EMPAT,
LIMA, ENAM, TUJUH, LAPAN, SEMBILAN

04:58.833 --> 05:00.708
Alamak, ini apa benda?

05:54.500 --> 05:55.833
Biar benar.

06:00.666 --> 06:01.791
Mak kau!

06:03.833 --> 06:04.708
Apa ini?

06:16.541 --> 06:18.000
Ayuh, gerak.

06:19.125 --> 06:20.250
Cepat.

06:24.625 --> 06:25.458
Abu colok.

06:40.000 --> 06:42.125
Chen Chi-sha letak awak dalam kotak?

06:44.625 --> 06:45.750
Kenapa?

06:51.791 --> 06:52.875
Saya?

06:54.250 --> 06:55.916
Dia nak beritahu sesuatukah?

06:57.625 --> 06:58.458
Wu…

06:59.375 --> 07:00.541
Wu Tien-chi?

07:03.916 --> 07:06.916
Wu Meng-hsueh.

07:09.916 --> 07:11.500
Wu Meng-hsueh?

07:15.416 --> 07:19.541
- Siasat nama Wu Meng-hsueh.
- Saya ke balai dulu. Nanti saya beritahu.

07:19.625 --> 07:20.500
Okey.

07:23.583 --> 07:24.791
Sebelah kiri…

07:27.041 --> 07:28.333
Menyorok…

07:29.541 --> 07:31.166
Sudahlah.

07:31.250 --> 07:33.791
Sudahlah, gerak…

07:34.375 --> 07:35.750
- Gerak.
- Wang Hsiao-ming.

07:36.791 --> 07:38.291
Siapa bayar bil Internet?

07:39.416 --> 07:40.958
Awas. Bom tangan!

07:41.041 --> 07:42.166
Awak bayar.

07:42.250 --> 07:43.541
Jaga-jaga!

07:43.625 --> 07:46.208
Jadilah abang dan jaga hantu kecil itu.

07:46.916 --> 07:48.208
- Apa?
- Apa?

07:48.291 --> 07:50.750
Okey, baiklah.

07:52.500 --> 07:54.208
- Pergi dulu.
- Selamat jalan.

07:59.625 --> 08:00.666
Mari main.

08:06.833 --> 08:07.750
Apa awak nak?

08:08.250 --> 08:09.750
Saya nak kencing.

08:12.500 --> 08:14.083
Saya nak kencing.

08:15.083 --> 08:17.125
Dia nak kencing. Macam mana?

08:17.791 --> 08:18.708
Hei!

08:20.375 --> 08:23.916
Wu Meng-hsueh itu nama lama Wu Tien-chi.
Dia kerja bidang kewangan.

08:24.000 --> 08:25.458
Ada desas-desus kata

08:25.541 --> 08:28.833
dia boleh ramal naik turun saham
dan ramalannya tepat.

08:29.625 --> 08:32.083
Dia pernah membunuh semasa remaja.

08:36.041 --> 08:38.750
Chen Chi-sha kata
Wu Tien-chi ialah ejen baru,

08:38.833 --> 08:40.791
manakala dia pula cuma boneka.

08:40.875 --> 08:45.125
Wang Yu-ching mungkin dengan Wu Tien-chi,
sebab Chen Chi-sha dah mati.

08:47.166 --> 08:48.041
Apa dia nak buat?

08:55.000 --> 08:55.958
En. Wang.

09:02.708 --> 09:06.083
Jika awak terus begini, nanti jatuh sakit.
Baliklah rehat.

09:06.166 --> 09:09.041
Kalau ada berita,
kami akan maklumkan segera.

09:09.958 --> 09:13.083
Tak apa. Saya nak tunggu Ching di sini.

09:13.833 --> 09:15.958
Lagipun, di rumah tak ada orang.

09:32.083 --> 09:33.000
Helo?

09:33.916 --> 09:35.583
Ini ayah Yu-ching?

09:36.333 --> 09:37.500
Ya, saya.

09:38.041 --> 09:38.958
Saya kawan dia.

09:39.708 --> 09:43.291
Pernah dengar tentang
Yu-ching dibuli teruk di sekolah?

09:43.375 --> 09:47.708
Dia dibuli di sekolah?
Kenapa dia tak pernah cerita pula?

09:48.208 --> 09:49.333
Awak rakan sekelas?

09:49.416 --> 09:52.500
Saya tahu lokasi dia,
tapi saya tak nak cari masalah.

09:53.083 --> 09:56.750
Jadi, tolong janji satu perkara.
Jangan beritahu polis.

09:57.458 --> 10:00.916
- Itu saja cara saya boleh bantu.
- Okey, saya janji.

10:04.625 --> 10:05.500
FAIL JENAYAH

10:05.583 --> 10:08.458
Dulu sayalah pendakwa
dalam kes Wu Meng-hsueh.

10:09.208 --> 10:10.250
Dah 20 tahun.

10:10.333 --> 10:12.708
Tapi awak masih ingat kes ini, En. Chen.

10:13.375 --> 10:14.666
Mustahil boleh lupa.

10:15.500 --> 10:18.416
Saya tak boleh terima keputusan
kes Wu Meng-hsueh.

10:18.500 --> 10:21.708
HAKIM PENGERUSI: CHANG HO-CHENG

10:28.875 --> 10:29.708
Kenapa?

10:32.125 --> 10:35.291
- Sila teruskan.
- Ketika itu Wu Meng-hsueh 15 tahun.

10:36.083 --> 10:39.125
Mangsa pula gadis berusia 16 tahun.

10:39.958 --> 10:42.666
Dia mati bersama neneknya di rumah mereka.

10:43.500 --> 10:45.791
- Apa motifnya?
- Jenayah nafsu.

10:45.875 --> 10:47.916
Ada kesan serangan seksual pada mangsa.

10:48.000 --> 10:51.625
Wu Meng-hsueh kata mereka bercinta,
tapi nenek mangsa halang.

10:52.333 --> 10:55.166
Ayah Wu Meng-hsueh pula peguam terkenal

10:55.250 --> 10:57.750
dan ada pasukan besar untuk bebaskan dia.

10:57.833 --> 11:01.458
Mereka guna kelemahan undang-undang
dengan alasan dia bawah umur.

11:02.000 --> 11:06.083
Datuk mangsa selalu di mahkamah,
tapi tak boleh bercakap kerana strok.

11:07.125 --> 11:11.041
Ayah Wu juga guna pelbagai kenalan VIP
untuk desak hakim pengerusi.

11:11.625 --> 11:16.375
Akhirnya, dia terima hukuman ringan,
tapi saya tak boleh buat apa-apa.

11:17.500 --> 11:21.041
Datuk mangsa tak nak makan minum
selepas keputusan diumumkan.

11:21.125 --> 11:22.666
Dia mati tak lama kemudian.

11:23.166 --> 11:26.000
Wu Meng-hsueh dipenjarakan tak lama.

11:26.583 --> 11:29.750
Dia dibebaskan pada usia 20-an.

11:32.000 --> 11:34.958
Saya kecewa kerana gagal
cari keadilan bagi mangsa.

11:35.625 --> 11:37.458
Tapi saya lebih marah dunia.

11:38.041 --> 11:40.750
Orang ada kuasa dan pengaruh
selalu boleh terlepas.

11:47.666 --> 11:50.875
HAKIM PENGERUSI, CHANG HO-CHENG

11:57.375 --> 11:59.916
Saya ajak setiausaha ayah Wu
jumpa di sini.

12:03.791 --> 12:06.458
Awak nampak gelisah saja. Kenapa?

12:10.375 --> 12:13.625
Hakim pengerusi kes itu,
Chang Ho-cheng ialah ayah saya.

12:17.208 --> 12:19.833
Ayah saya jarang cerita tentang kerja.

12:20.333 --> 12:23.166
Semasa saya sekolah menengah,
dia alami kemurungan teruk.

12:23.250 --> 12:25.375
Tak lama kemudian dia mati.

12:25.958 --> 12:29.333
Beberapa hari sebelum mati,
dia asyik kata, "Maaflah."

12:29.416 --> 12:31.541
Hari ini barulah saya tahu sebabnya.

12:32.708 --> 12:36.208
Dia asyik dihantui keputusan kes itu
sehinggalah dia mati.

12:38.458 --> 12:42.125
Dewa pun buat silap, apatah lagi manusia.

12:45.458 --> 12:48.333
Saya nekad nak sumbat
bedebah itu ke penjara.

12:50.000 --> 12:54.625
Penjara? Dia patut dihumban terus
ke neraka paling bawah, tingkat 18.

12:56.958 --> 12:58.041
Ke tingkat 100.

13:03.250 --> 13:06.458
Pn. Liu, saya Chang Min.
Kita dah cakap di telefon.

13:06.541 --> 13:07.875
Ini rakan kerja saya.

13:08.458 --> 13:13.416
Saya nak tanya tentang anak En. Wu,
Wu Meng-hsueh.

13:23.208 --> 13:24.333
Pn. Liu.

13:32.250 --> 13:33.916
Kamu nak tahu apa?

13:34.000 --> 13:36.833
Selepas keluar penjara,
dia dapat identiti baru.

13:36.916 --> 13:39.333
Dia ada sembunyi atau lari
daripada apa-apa?

13:39.416 --> 13:43.333
Keluarganya memang berpengaruh.
Kenapa dia belajar Teknik Wumeng?

13:46.250 --> 13:47.125
Sebab…

13:49.041 --> 13:51.000
dia nampak datuk mangsa di penjara.

13:53.958 --> 13:54.958
Pergi.

13:55.041 --> 13:56.083
Berambus.

13:57.500 --> 14:00.125
Kau bunuh isteri dan cucu aku.

14:00.666 --> 14:03.000
Aku akan kacau kau sampai kau mati.

14:03.083 --> 14:06.083
Aku akan balas perbuatan kau
di Mahkamah Neraka!

14:08.583 --> 14:10.291
Aku nak lihat kau dihumban

14:10.375 --> 14:12.166
ke tingkat 18 neraka!

14:13.333 --> 14:17.166
Wu Meng-hsueh minta bantuan ayahnya,
jadi En. Wu carikan mahaguru

14:17.250 --> 14:21.166
yang kurung roh itu dalam
perasap cendana berbentuk gunung

14:21.250 --> 14:23.416
dan menguncinya dengan tangkal.

14:25.208 --> 14:27.000
Di mana perasap itu?

14:28.958 --> 14:29.958
Saya tak tahu.

14:30.916 --> 14:34.625
Tapi lepas Wu Meng-hsueh bebas,
dia mengembara serata dunia.

14:36.541 --> 14:38.083
Dia nak belajar cara

14:38.833 --> 14:42.833
untuk buat sesuka hati tanpa dihukum
di Alam Manusia dan neraka.

14:43.666 --> 14:46.000
Dia belajar teknik dan ilmu sihir,

14:46.083 --> 14:49.208
termasuk yang paling jahat, Teknik Wumeng.

14:52.333 --> 14:53.750
Apa yang awak dah buat?

14:55.250 --> 14:59.500
Kita ada empat pesaing.
Semuanya terlibat dalam kemalangan.

14:59.583 --> 15:02.750
Jadi, untunglah kita.
Kenapa nak marah pula?

15:02.833 --> 15:03.958
Meng-hsueh.

15:04.708 --> 15:07.250
Jangan buat benda bukan-bukan lagi.

15:08.958 --> 15:10.208
Kalau awak teruskan…

15:12.791 --> 15:13.916
ayah ubah wasiat.

15:15.250 --> 15:17.791
Awak takkan dapat satu sen pun.

15:20.916 --> 15:22.166
Jika berani, buatlah.

15:25.000 --> 15:26.666
Jika ayah ubah wasiat,

15:27.375 --> 15:29.041
mangsa kemalangan seterusnya

15:29.916 --> 15:31.250
mungkin ayah.

15:31.875 --> 15:32.750
Awak…

15:33.375 --> 15:35.875
Menyesal ayah tak biar awak
kena hukuman berat!

15:45.750 --> 15:48.041
En. Wu tutup firma guaman itu.

15:49.875 --> 15:51.916
Saya berhenti kerja selepas dia bersara.

15:52.708 --> 15:54.875
Saya tak dengar berita mereka lagi.

16:05.458 --> 16:08.875
- Mari cari perasap itu.
- Kenapa?

16:10.333 --> 16:12.333
Dia cuma takut satu saja. Karma.

16:13.000 --> 16:14.791
Dilaporkan ke Mahkamah Neraka.

16:15.833 --> 16:19.250
Maksud awak, jika datuk mangsa
laporkan dia kepada Yama,

16:19.750 --> 16:22.958
dia akan dihukum atas jenayahnya
selepas mati?

16:23.583 --> 16:26.333
Ya. Awak tahu cara nak cari
lokasi perasap itu?

16:27.541 --> 16:29.791
Saya minta balai dapatkan maklumatnya.

16:29.875 --> 16:31.208
Dia ada pasport asing.

16:31.291 --> 16:34.000
Asetnya dalam syarikat luar negara.
Ia akan ambil masa.

16:36.083 --> 16:40.500
Pandai Raja Syaitan pilih ejen.
Dia licik dan bijak.

16:41.083 --> 16:43.708
Bijak pun tak guna
jika cuma tahu buat jahat.

16:43.791 --> 16:45.791
Awak bodoh, tapi lebih baik daripada dia.

16:46.291 --> 16:47.958
Awak yang bodoh.

16:48.041 --> 16:49.291
Sensitif betul.

16:51.500 --> 16:53.875
PASUKAN SIASATAN SATU

16:53.958 --> 16:55.666
- Tak guna!
- Bertenang.

16:55.750 --> 16:57.166
Mana anak saya?

16:57.666 --> 16:58.833
Mana anak saya?

17:03.375 --> 17:04.208
Syabas.

17:06.625 --> 17:09.458
Lelaki yang dipukul itu penagih dadah,
Hsieh Kun-hao.

17:09.541 --> 17:12.916
Wang Cheng-nan dapat panggilan
yang kata penagih itu buli anaknya.

17:13.000 --> 17:17.416
- Jadi dia syak penagih itu culik anaknya.
- Bagaimana Wang Cheng-nan cari dia?

17:17.500 --> 17:19.291
Pemanggil itu beritahu lokasinya.

17:19.375 --> 17:22.708
Hsieh Kun-hao dipukul di rumah
yang Wu Tien-chi beli tiga tahun lalu,

17:22.791 --> 17:24.750
lokasi dia bunuh gadis dan nenek itu.

17:27.791 --> 17:30.208
Wu Tien-chi guna orang
untuk buat kerja kotor.

17:31.208 --> 17:32.250
Biasalah dia.

17:33.375 --> 17:35.458
Chao dah panggil dia ke balai.

17:38.125 --> 17:40.750
Saya beli apartmen itu lama dahulu.

17:40.833 --> 17:42.458
Dah lama ia kosong.

17:43.833 --> 17:46.000
Tak sangka ada orang pecah masuk.

17:46.583 --> 17:48.208
Kenapa awak beli rumah itu?

17:53.708 --> 17:57.041
Lokasinya bagus.
Nilainya akan meningkat nanti.

17:57.708 --> 17:59.916
Saya beli untuk tujuan pelaburan.

18:04.333 --> 18:07.291
Nak tanya apa-apa lagi?

18:13.625 --> 18:15.250
- Terima kasih.
- Jaga diri.

18:18.375 --> 18:22.041
- Kenapa biarkan dia pergi?
- Kita tak boleh tahan dia.

18:22.125 --> 18:26.083
Kita tiada bukti langsung
dia terlibat dalam kehilangan gadis itu.

18:26.166 --> 18:28.416
Nombor yang telefon Wang Cheng-nan

18:28.500 --> 18:30.375
bukan nombor dalam negara ini.

18:30.458 --> 18:33.666
Jadi, kita tak dapat pastikan
dia yang guna nombor itu.

18:34.166 --> 18:35.250
Tapi…

18:35.333 --> 18:37.500
Pantau dia sepanjang masa.

18:39.166 --> 18:40.083
Baik.

18:48.958 --> 18:49.958
Helo.

18:51.375 --> 18:52.583
Jangan pura-puralah.

19:06.208 --> 19:07.583
Awak memang hebat.

19:08.333 --> 19:11.625
Awak lawan Chen Chi-sha tapi masih hidup.

19:14.125 --> 19:17.666
Beritahu Raja Syaitan,
saya tahu dia nak datang bermain.

19:17.750 --> 19:21.666
Jika kamu nak main, saya pun nak.
Tapi lepaskan Wang Yu-ching dulu.

19:22.250 --> 19:25.416
Syaratnya, jangan libatkan
orang tak bersalah.

19:26.875 --> 19:30.291
Awak suka guna cara jahat, bukan?
Baiklah, mari kita lawan.

19:30.375 --> 19:33.791
Jika awak menang, awak boleh bunuh saya.

19:41.500 --> 19:43.125
Bunyinya menarik.

19:44.500 --> 19:47.916
Sayangnya, awak tak kenal saya.
Dengar baik-baik.

19:48.000 --> 19:52.083
Sepanjang hidup saya,
saya paling benci peraturan.

19:53.750 --> 19:55.375
Nampak tak orang di dalam?

19:56.041 --> 19:59.750
Mereka sentiasa tunduk
dan patuh peraturan,

20:00.916 --> 20:03.125
dan hidup sederhana.

20:03.833 --> 20:05.083
Untuk apa?

20:05.666 --> 20:06.791
Kebebasan.

20:07.791 --> 20:10.000
Tiada yang sehebat kebebasan.

20:15.625 --> 20:17.416
Saya dengar kad awak hebat.

20:20.541 --> 20:22.208
Saya tak sabar melihatnya.

20:42.500 --> 20:43.458
Helo.

20:44.833 --> 20:45.958
Sila ikut sini.

20:46.583 --> 20:48.750
VIP dah sampai.

21:16.208 --> 21:18.708
Cuaca sejuk. Pakailah selimut malam-malam.

21:18.791 --> 21:20.166
Saya tahu.

21:20.250 --> 21:22.541
Awak lupa ingatkan saya
tidur pakai stoking.

21:23.541 --> 21:24.916
- Pergi dulu.
- Okey.

21:53.958 --> 21:55.250
Kenapa datang balik?

22:00.375 --> 22:01.291
Leafy.

22:02.625 --> 22:03.958
Leafy.

22:05.458 --> 22:06.375
Leafy.

22:21.166 --> 22:22.041
Terjun.

22:23.041 --> 22:24.166
Terjun.

22:25.083 --> 22:25.916
Terjun.

22:26.416 --> 22:27.625
Cepat terjun.

22:27.708 --> 22:28.708
Terjunlah.

22:28.791 --> 22:31.208
Celaka! Apa kau nak?

22:52.375 --> 22:53.250
Leafy.

22:54.041 --> 22:54.875
Leafy.

22:59.375 --> 23:00.375
Chieh.

23:56.583 --> 23:57.750
Apa awak nak?

23:58.333 --> 23:59.583
Sabar…

24:01.708 --> 24:06.000
Saya cuma hantar setiausaha comel saya
untuk periksa keadaan.

24:06.583 --> 24:08.416
Saya kasihankan Tuan Chen.

24:08.500 --> 24:12.166
Saya nak beri dia anak angkat.
Yeh Chih-ling sesuai tak?

24:14.125 --> 24:16.500
Jika awak kacau orang saya,
saya bunuh awak!

24:20.875 --> 24:22.791
Awak tak pernah bunuh orang, bukan?

24:25.375 --> 24:29.416
Awak bunuh banyak syaitan,
tapi bukan manusia yang hidup.

24:30.041 --> 24:31.333
Awak nak cuba?

24:32.916 --> 24:34.541
Awak nak tolak saya, bukan?

24:35.041 --> 24:37.208
Tengoklah. Kita sama.

24:38.000 --> 24:39.125
Kita sama saja.

24:39.208 --> 24:41.416
- Chieh…
- Kita sama.

24:41.500 --> 24:42.875
- Sabar, Chieh.
- Ayuh.

24:42.958 --> 24:44.125
Chieh.

24:44.750 --> 24:48.458
Awak pandai buat orang marah.
Tapi cuma tahu cakap besar.

24:48.541 --> 24:52.625
Awak sendiri tak mampu buat.
Chen Chi-sha buat semua kerja kotor awak.

24:57.958 --> 25:00.791
Awak ingat polis macam awak hebat?

25:00.875 --> 25:05.000
Awak ingat unit awak yang tak cekap
dan korup mampu nak tangkap saya?

25:05.500 --> 25:06.833
Kamu perlu mati dulu.

25:07.333 --> 25:09.875
Dah habis cakap? Itu tak cukup menghina.

25:10.458 --> 25:12.208
Provokasi awak lemah.

25:12.291 --> 25:14.916
Kenapa Raja Syaitan cari pengganti
yang lemah macam awak?

25:15.541 --> 25:17.083
Usaha lagi, okey?

25:22.458 --> 25:24.416
Chen Chi-sha cuma boneka.

25:24.500 --> 25:27.791
Saya yang suruh dia bunuh orang.

25:27.875 --> 25:30.500
Orang tua itu tak setaraf
dengan saya, okey?

25:30.583 --> 25:31.916
Kamu semua tak guna.

25:32.000 --> 25:35.875
Saya tahu undang-undang dan ilmu sihir.
Kamu nak main dengan saya?

25:35.958 --> 25:37.958
Saya mungkin bunuh Yeh Chih-ling dulu.

25:39.041 --> 25:40.750
Chieh, mari pergi.

25:40.833 --> 25:42.875
Chieh. Ayuh.

25:43.875 --> 25:45.375
Hei! Janganlah pergi!

25:53.458 --> 25:57.000
Sudah, bertenang.
Tak apa. Saya bukakan pintu.

25:57.916 --> 26:00.291
Masuk kereta. Jaga kepala.

26:00.375 --> 26:02.166
Duduk elok-elok.

26:05.291 --> 26:07.708
Gula darah rendah buat awak cepat marah.

26:27.333 --> 26:28.208
Chao.

26:28.791 --> 26:33.875
Han Chieh dah tolong kita
dapatkan waran geledah.

26:36.500 --> 26:37.791
Nanti saya hantar.

26:44.208 --> 26:45.416
Apa yang kelakarnya?

26:50.416 --> 26:52.791
Chen Chi-sha cuma boneka.

26:52.875 --> 26:56.291
Saya yang suruh dia bunuh orang.

26:56.375 --> 26:57.375
Orang tua itu…

27:04.500 --> 27:07.625
Pendakwa Chen benarkan
rumah Wu Tien-chi digeledah.

27:07.708 --> 27:09.083
Selain rakaman itu,

27:09.166 --> 27:13.125
orang di kelab malam nampak dia
masuk bilik peribadi dengan Chen Chi-sha.

27:28.208 --> 27:32.166
Perasap cendana yang bertangkal ini
disorok dengan baik.

27:32.250 --> 27:34.041
Inikah yang kamu cari?

27:39.541 --> 27:40.375
Ya.

27:40.875 --> 27:43.083
Chieh, ini bahan bukti.

27:43.583 --> 27:45.833
Jangan lupa pulangkan selepas selesai.

27:54.083 --> 27:56.750
Apa awak nak buat dengannya?

27:58.750 --> 28:00.000
Saya akan simpan dulu

28:00.083 --> 28:02.958
dan bantu datuk mangsa
memohon Dekri Hitam.

28:06.583 --> 28:08.833
Akhirnya dia tersilap langkah.

28:08.916 --> 28:10.583
Mampuslah kau, Wu Tien-chi.

28:19.291 --> 28:21.166
PETA JALAN BANDAR TAIPEI

28:24.166 --> 28:25.750
Hei, saya tak fahamlah.

28:25.833 --> 28:28.958
Wu Tien-chi tipu Wang Cheng-nan
dan kata penagih itu suspek,

28:29.041 --> 28:31.916
malah sengaja pilih apartmen
tempat dia membunuh

28:32.000 --> 28:33.375
sebagai tempat konflik.

28:33.458 --> 28:34.500
Apa muslihat dia?

28:35.958 --> 28:39.666
Tempat Wu Tien-chi membunuh.

28:41.875 --> 28:43.166
Matlamat Wu Tien-chi…

28:44.375 --> 28:45.791
Gadis itu tiada di sini.

28:45.875 --> 28:48.666
Ada kegunaan lain untuk Wang Yu-ching.

28:50.083 --> 28:51.458
Apartmen Wu Tien-chi.

28:52.500 --> 28:53.333
Dewan Heilung.

28:54.583 --> 28:56.041
Kes jiwa hakiki dicuri.

28:56.125 --> 28:58.291
TOKONG PAOAN, TOKONG LANTE, TOKONG FUHE

28:58.375 --> 29:01.333
Setiap lokasi ada
kes kematian aneh yang sama.

29:06.750 --> 29:08.541
Beri saya pen…

29:15.916 --> 29:17.375
DEWAN HEILUNG

29:22.875 --> 29:23.708
TOKONG FUHE

29:23.791 --> 29:24.958
TOKONG LANCHEN

29:25.750 --> 29:26.583
TOKONG PAOAN

29:30.416 --> 29:31.666
Ini…

29:32.166 --> 29:33.291
Ini formasi sihir.

29:43.416 --> 29:44.791
Alamak.

29:46.041 --> 29:47.583
Saya terlepas pandang.

29:47.666 --> 29:49.625
Ketika Chen Chi-sha culik jiwa hakiki,

29:49.708 --> 29:51.708
Wu buat formasi sihir
dengan korban manusia

29:52.291 --> 29:55.708
untuk buka kunci supaya roh Raja Syaitan
boleh turun ke Alam Manusia.

30:02.708 --> 30:04.583
"Raja mayat akan dicipta.

30:04.666 --> 30:06.500
Bulan purnama bakal menjelma."

30:06.583 --> 30:07.416
Bulan purnama?

30:09.666 --> 30:11.583
Dulu pun semasa bulan purnama.

30:17.333 --> 30:19.041
Awak bertuah kali ini.

30:19.125 --> 30:22.083
Jika Raja Syaitan dapat capai
kuasa penuh, matilah awak.

30:23.166 --> 30:25.791
Bulan purnama,
formasi sihir, di tengah-tengah.

30:26.916 --> 30:30.125
Saya dah faham. Lima tahun lalu,
saya kalahkan dia secara kebetulan.

30:30.791 --> 30:33.625
Saya ganggu saat kemasukan Raja Syaitan.

30:34.583 --> 30:37.208
Formasi sihir yang lengkap
dapat salurkan rohnya,

30:37.291 --> 30:40.250
tapi dia tunggu tengah malam
semasa kedudukan bulan paling tinggi.

30:40.333 --> 30:43.458
Barulah dia capai
kuasa penuh melalui portal.

30:44.125 --> 30:48.041
Jika kau berani lengahkan aku,
aku akan heret kau ke neraka.

30:48.666 --> 30:49.875
Kali ini pun sama.

30:52.083 --> 30:53.583
WANG YU-CHING, DEWAN HEILUNG

30:54.125 --> 30:55.041
Mana portalnya?

30:57.875 --> 30:59.791
Di tengah-tengah formasi sihir,

31:00.958 --> 31:02.125
Pasar Dongfeng.

31:05.875 --> 31:08.958
Jadi, awak dan Pasar Dongfeng
jadi sasaran dari awal.

31:09.458 --> 31:11.041
Celaka, Wu Tien-chi.

31:16.875 --> 31:18.541
Tapi formasi itu belum siap.

31:19.708 --> 31:23.791
Korban di lokasi terakhir
mungkin Wang Yu-ching.

31:23.875 --> 31:25.625
PLAZA TASIK EMAS

31:26.208 --> 31:27.833
Kawal plaza ini dulu.

31:27.916 --> 31:30.833
Kelilingnya bangunan tinggi
dengan ribuan rumah.

31:30.916 --> 31:32.625
Dia boleh sorok di mana-mana.

31:38.625 --> 31:42.583
Mangsa dikorbankan dengan cara bunuh diri
atau dibunuh dengan mengerikan.

31:43.166 --> 31:44.625
Formasi sihir dapat kuasa gelap

31:44.708 --> 31:47.583
daripada ketakutan
dan kebencian mangsa sebelum mati.

31:49.958 --> 31:53.208
Wu Tien-chi simpan Wang Yu-ching
untuk dikorbankan.

31:53.291 --> 31:56.291
Tarikhnya tentu beberapa hari
sebelum bulan purnama.

31:57.000 --> 31:58.208
Kita masih ada masa.

32:01.625 --> 32:05.500
PLAZA TASIK EMAS

33:15.208 --> 33:18.125
- Perjanjian kita masih sah, bukan?
- Lemah betul.

33:18.208 --> 33:21.708
Kau takut sangat orang tua itu
failkan aduan terhadap kau?

33:22.708 --> 33:24.916
Jika kau uruskan baik-baik,

33:25.000 --> 33:28.083
walau apa pun yang kau buat
di Alam Manusia,

33:28.166 --> 33:31.875
Yama di Mahkamah Neraka pun
takkan boleh hukum kau

33:31.958 --> 33:35.333
selepas kau mati dan masuk neraka.

33:36.875 --> 33:41.000
Mana benda yang aku suruh buat?
Dah buat persiapan?

33:42.250 --> 33:43.541
Semuanya tersedia.

33:46.041 --> 33:47.541
Saya dah uji tadi.

33:49.166 --> 33:52.416
Chieh, Leafy dirasuk hantu wanita.

33:53.458 --> 33:54.458
Apa awak nak?

33:54.958 --> 33:57.166
Si bodoh itu ambil berat tentang dia.

34:00.666 --> 34:03.041
Jika kita letakkannya pada gadis itu

34:03.125 --> 34:04.875
dan Han Chieh jumpa pun,

34:04.958 --> 34:06.958
dia takkan berani bertindak gopoh.

34:14.208 --> 34:17.291
Jangan pandang rendah pada budak itu.

34:17.375 --> 34:20.666
Dia berjaya hapuskan Chen Chi-sha.

34:21.166 --> 34:23.416
Hati-hati.

34:24.291 --> 34:26.375
Ini fasa terakhir.

34:26.875 --> 34:28.833
Sempurnakan raja mayat dulu.

34:28.916 --> 34:32.666
Cari jalan untuk habiskan
senjata ajaibnya.

40:35.958 --> 40:37.666
Terjemahan sari kata oleh MMA
ata ajaibnya.
