WEBVTT

00:07.674 --> 00:09.884
JABATAN SYERIF DAERAH LOS ANGELES

00:09.968 --> 00:12.595
MERUPAKAN JABATAN SYERIF TERBESAR
DI NEGARA INI,

00:12.679 --> 00:15.056
BERKHIDMAT UNTUK DAERAH
YANG PALING RAMAI PENDUDUKNYA

00:15.140 --> 00:18.059
MEREKA MENYIASAT PEMBUNUHAN
YANG PALING KEJAM DAN RUMIT.

00:18.143 --> 00:22.105
INI KISAH MEREKA.

00:38.538 --> 00:41.624
3 FEBRUARI 2003

00:43.126 --> 00:45.378
Kau kurung aku macam sampah.

00:45.462 --> 00:46.713
SUARA PHIL SPECTOR

00:46.796 --> 00:49.716
Kau kurung aku
apabila ada orang datang ke rumah

00:49.799 --> 00:51.843
dan kau menembak kepalanya.

00:52.469 --> 00:54.137
Kemudian kalian datang,

00:54.220 --> 00:57.223
menangkap dan memukul aku

00:57.307 --> 00:59.392
dengan teruk sekali.

00:59.476 --> 01:02.979
Aku akan pastikan kau terima akibatnya.
Semua ini mengarut.

01:04.731 --> 01:09.319
Phil Spector ditahan
di Jabatan Polis Alhambra.

01:11.196 --> 01:13.448
Saya dapat tahu
daripada leftenan saya,

01:13.531 --> 01:15.992
dia penerbit muzik yang kaya.

01:16.534 --> 01:18.828
Saya tak pernah dengar tentang dia.

01:19.662 --> 01:22.082
Gaya Spector sering dikreditkan

01:22.165 --> 01:24.250
dengan mengubah cara kita
mendengar muzik pop.

01:24.959 --> 01:25.835
KORONER

01:25.919 --> 01:29.339
Kes ini akan menjadi tumpuan,

01:29.422 --> 01:32.258
kes yang akan menarik perhatian ramai.

01:32.342 --> 01:34.511
Kami perlu membuka mata.

01:34.594 --> 01:36.012
Saya rasa kami tahu.

01:39.724 --> 01:44.312
Jabatan Syerif Daerah Los Angeles
sememangnya yang terbaik.

01:48.358 --> 01:51.528
Beberapa kes berprofil tinggi
dibicarakan di Los Angeles.

01:54.405 --> 01:57.784
Anda perlu berikan komitmen 110 peratus.

02:00.411 --> 02:03.331
Ini pembunuhan.
Tiada lagi jenayah paling serius.

02:05.416 --> 02:10.338
Semua ini melibatkan semangat
dan rasa tanggungjawab.

02:12.715 --> 02:14.968
Keadilan datang
daripada mencari kebenaran.

02:27.355 --> 02:30.984
Ada sesuatu yang istimewa
dan berbeza tentang kes selebriti.

02:31.985 --> 02:33.987
Selalunya Los Angeles

02:34.070 --> 02:36.573
yang menjadi pusat kes-kes seperti itu.

02:36.656 --> 02:39.617
Semua orang mengaitkan Los Angeles
dan Hollywood.

02:39.701 --> 02:42.412
Hollywood, pelakon, pengarah dan penerbit.

02:42.495 --> 02:44.789
Ada lebih lagi daripada itu.

02:45.290 --> 02:49.460
Tapi itulah jantung bandar ini.

02:50.753 --> 02:52.046
Los Angeles tempat yang lucu

02:52.130 --> 02:55.925
dan syerif Daerah Los Angeles
berkhidmat untuk seluruh daerah

02:56.009 --> 02:59.804
dari tempat yang paling miskin di Amerika

02:59.888 --> 03:01.806
sehinggalah kawasan paling kaya,

03:01.890 --> 03:04.642
estet tepi laut bernilai
ratusan juta dolar.

03:05.143 --> 03:06.769
Kami siasat semua itu.

03:07.353 --> 03:08.813
Jadi, agak pelbagai.

03:19.032 --> 03:21.201
Matlamat utama saya ialah Homisid.

03:21.951 --> 03:25.288
Pada tahun 1999,
nasib baik menyebelahi saya.

03:26.915 --> 03:31.377
Ketika itu, anak-anak saya berusia tujuh
dan sembilan tahun.

03:32.170 --> 03:36.883
Orang kata mereka terlalu muda
kerana terlalu banyak masa

03:36.966 --> 03:38.593
dan saya sentiasa sibuk,

03:39.802 --> 03:42.597
tapi kami berusaha untuk kehidupan kami.

03:43.139 --> 03:46.976
Jika kami perlu kembali ke pejabat
pada pukul sepuluh malam

03:47.060 --> 03:49.646
untuk menyiapkannya,
itulah yang kami akan buat.

03:49.729 --> 03:51.397
3 FEBRUARI 2003
7:00 PAGI

03:51.481 --> 03:54.484
Saya dan rakan sepasukan, Paul Fornier,
akan tamatkan tugasan

03:54.567 --> 03:56.653
apabila kami terima pesanan dari balai

03:56.736 --> 04:00.406
yang kami diberi kes
di sebuah rumah agam di Alhambra.

04:03.993 --> 04:07.413
Satu-satunya maklumat yang kami dapat
ialah seorang wanita ditemui mati

04:07.497 --> 04:09.707
dan seorang penerbit muzik terlibat.

04:13.503 --> 04:17.715
Saya agak terkejut
kerana ada hartanah yang besar

04:17.799 --> 04:19.342
di pekan kecil ini

04:19.425 --> 04:22.428
yang hanya terletak
di pinggir bandar Los Angeles.

04:23.513 --> 04:25.431
Alhambra ialah pekan yang sunyi.

04:25.932 --> 04:28.810
Banyak kediaman kelas pertengahan
dan keluarga tunggal.

04:28.893 --> 04:32.563
Sekarang munculnya keganasan
di pekan kecil ini.

04:35.316 --> 04:40.280
Apabila sampai, kami nampak ramai orang
di belakang pita kuning tempat kejadian.

04:40.989 --> 04:43.992
Paul menyuruh kami
memberi tumpuan sepenuhnya.

04:46.202 --> 04:49.664
Seorang wanita ditembak
di dalam kediaman ini.

04:49.747 --> 04:52.208
Mangsa disahkan mati di lokasi.

04:57.005 --> 04:59.924
Apabila saya tiba di sana,
keadaannya seperti zoo.

05:00.008 --> 05:04.512
Ada helikopter berita di atas
dan van berita di jalan.

05:06.055 --> 05:07.056
3 FEBRUARI 2003

05:07.140 --> 05:10.143
5:00 PAGI - TEMBAKAN KEJAM
7:00 PAGI - DETEKTIF TIBA

05:11.936 --> 05:13.438
Apabila tiba di tempat kejadian,

05:13.521 --> 05:15.773
kami bercakap
dengan pegawai polis Alhambra.

05:15.857 --> 05:17.525
Biar saya jelaskan.

05:18.484 --> 05:22.488
Jabatan syerif meliputi
kawasan yang luas di Daerah Los Angeles.

05:22.572 --> 05:25.783
Di daerah itu,
ada majlis perbandaran yang lebih kecil.

05:25.867 --> 05:27.618
Mereka ada jabatan polis sendiri.

05:27.702 --> 05:30.955
Tapi mereka tak ada sumber
seperti jabatan syerif.

05:31.456 --> 05:35.710
Ada 100 orang detektif homisid
di Jabatan Syerif Daerah Los Angeles,

05:35.793 --> 05:37.962
jadi mereka akan hubungi kami

05:38.046 --> 05:41.507
dan kami akan bertanggungjawab
ke atas kes ini.

05:43.092 --> 05:45.636
Pegawai polis Alhambra memaklumkan saya

05:45.720 --> 05:49.807
yang mereka menerima panggilan 911
daripada pemandu Phil Spector.

05:50.349 --> 05:53.728
Apabila mereka tiba,
mereka nampak Phil Spector

05:53.811 --> 05:56.481
berjalan berulang-alik
di tingkap tingkat atas.

05:57.023 --> 05:59.942
Mereka cuba memujuknya
untuk turun ke bawah.

06:00.026 --> 06:02.070
Dia ingkar dengan arahan mereka.

06:02.987 --> 06:06.074
Mereka masuk ke rumah itu
dan bersemuka dengan Phil Spector.

06:06.574 --> 06:07.909
Dia tak bekerjasama.

06:08.826 --> 06:13.039
Mereka nampak seorang wanita
di atas kerusi, sudah tak bernyawa.

06:14.082 --> 06:18.169
Phil merungut, "Ini perkara paling dahsyat
pernah saya lihat."

06:18.711 --> 06:21.089
Salah seorang pegawai
telah merakam semuanya.

06:21.839 --> 06:24.550
Semua ini mengarut.

06:24.634 --> 06:27.387
Aku tak tahu apa wanita itu…
apa masalah dia.

06:27.470 --> 06:30.181
Tapi dia bersama pengawal
di House of Blues.

06:30.264 --> 06:32.683
Aku tak tahu apa masalah dia,

06:32.767 --> 06:35.853
tapi dia tak berhak datang ke istana aku

06:35.937 --> 06:37.522
dan membunuh dirinya.

06:37.605 --> 06:39.941
Apa masalah kamu semua?

06:42.068 --> 06:43.236
Senjata renjat digunakan.

06:43.820 --> 06:46.614
Mereka menggunakan perisai balistik
untuk tumbangkan dia.

06:47.115 --> 06:50.535
Pegawai penyiasat Alhambra
menjalankan siasatan awal.

06:51.119 --> 06:54.580
Berdasarkan siasatan itu,
mereka telah menahan En. Phil Spector.

06:57.583 --> 07:03.131
Saya tahu orang menghadapi kematian
dengan cara yang berbeza.

07:04.132 --> 07:07.844
Anda perlu ambil kira semuanya.
Anda perlu berfikiran terbuka.

07:07.927 --> 07:11.472
Berdasarkan kenyataan Spector,
membunuh diri ialah satu kemungkinan.

07:13.224 --> 07:14.350
Pintu belakang terbuka.

07:14.934 --> 07:17.979
Semasa kami masuk,
saya nampak seorang gadis.

07:18.062 --> 07:20.648
Dia terbaring di kerusi di ruang legar.

07:20.731 --> 07:24.360
Ada sepucuk pistol kaliber .38 di kakinya.

07:25.027 --> 07:29.532
Anda boleh nampak luka tembakan
di dalam mulutnya.

07:31.242 --> 07:34.454
Kami tak tahu siapa dia.
Kami tak tahu jika mereka ada hubungan.

07:34.537 --> 07:36.330
Mungkin ada yang tak kena.

07:36.873 --> 07:40.877
Adakah ini jenayah? Mungkin bunuh diri?
Adakah ini kemalangan ngeri?

07:41.502 --> 07:43.379
Siasatan tiga penjuru.

07:45.756 --> 07:49.594
Kami menyiasat semua penyiasatan kematian,
pada pandangan pertama

07:49.677 --> 07:51.095
seolah-olah itu pembunuhan.

07:51.179 --> 07:53.264
Polis homisid menyiasat
setiap kes bunuh diri

07:53.347 --> 07:56.309
yang berlaku dalam bidang kuasa
Syerif Daerah Los Angeles.

07:57.768 --> 08:01.063
Setiap kematian kemalangan
kecuali kemalangan jalan raya,

08:01.147 --> 08:02.940
kami hantar polis homisid.

08:06.944 --> 08:10.323
Saya memeriksa semua barangan
di rumah En. Spector

08:10.406 --> 08:16.287
dan saya mula memahami
kepentingan orang ini dalam industri itu.

08:16.370 --> 08:18.289
Kemasyhuran Phil Spector sebagai penerbit

08:18.372 --> 08:20.958
kadangkala mengatasi artis
yang bekerja dengannya.

08:21.042 --> 08:24.545
Anda nampak Tina Turner.
Anda nampak Righteous Brothers.

08:24.629 --> 08:28.174
Anda nampak The Beatles,
pencalonan Anugerah Grammy

08:28.257 --> 08:31.344
dan semua anugerah
yang dia dapat selama ini.

08:38.643 --> 08:39.977
Sebagai ketua penyiasat,

08:40.061 --> 08:43.689
kalau semua ini berjalan lancar,
saya akan dapat pujian.

08:43.773 --> 08:47.068
Kalau sebaliknya berlaku,
saya perlu bertanggungjawab.

08:47.568 --> 08:48.611
SYERIF

08:49.695 --> 08:51.405
Kami tugaskan Mark Lillienfeld,

08:51.989 --> 08:54.575
salah seorang detektif
paling berpengalaman di Homisid

08:54.659 --> 08:56.118
untuk menyiasat tempat kejadian

08:56.744 --> 09:01.040
sebab kami tahu itulah bahagian penting

09:01.123 --> 09:02.583
dalam siasatan ini.

09:04.043 --> 09:06.796
Kes-kes besar dan Mark Lillienfeld serasi.

09:08.005 --> 09:12.301
Kes berprofil tinggi buat polis tertekan
dan saya tak peduli.

09:12.385 --> 09:14.303
Kami berikan usaha,

09:14.428 --> 09:17.348
sumber dan ketekunan
yang sama untuk setiap tempat pembunuhan.

09:21.727 --> 09:23.604
Keadaan rumah itu teruk.

09:24.105 --> 09:25.523
Pencahayaan agak kurang.

09:26.482 --> 09:27.692
Sangat kotor.

09:27.775 --> 09:30.319
Ada tikus dan lipas.

09:30.403 --> 09:34.365
Bagi orang yang sangat kaya,
memang nampak pelik.

09:34.448 --> 09:37.535
Anda fikir dia hidup mewah.

09:38.035 --> 09:40.663
Ada segalanya di dalam rumah itu.

09:40.746 --> 09:44.083
Seolah-olah dia jutawan
yang mengumpul barangan.

09:44.625 --> 09:48.713
Anda terfikir, "Aku perlu pastikan
aku tak terlepas sesuatu."

09:49.213 --> 09:50.464
Tapi anda juga terfikir,

09:51.507 --> 09:54.885
"Mungkin dah enam tahun Spector
tak masuk bilik ini."

09:55.595 --> 09:58.598
Itu penyiasatan tempat kejadian jenayah
paling unik

09:58.681 --> 10:00.016
pernah saya sertai

10:00.099 --> 10:02.518
dan sejujurnya, saya tak mahu buat lagi.

10:02.602 --> 10:04.312
Sangat teruk dan memeningkan

10:04.937 --> 10:06.981
sebab semuanya mengelirukan.

10:10.276 --> 10:13.654
Jadi, kami tahu ada mayat di situ.

10:13.738 --> 10:17.325
Kami ada bukti fizikal darah,
luka tembakan yang jelas.

10:17.408 --> 10:18.743
Mulutnya ditembak.

10:18.826 --> 10:23.164
Jadi, ada gigi dan serpihan gigi
di sekitar mayatnya.

10:23.247 --> 10:26.959
Serpihan juga dijumpai pada permaidani
dan di seberang bilik dekat tangga.

10:27.585 --> 10:32.214
Kami mengumpul, mengambil gambar,
melukis rajah dan simpan untuk ujian DNA.

10:32.298 --> 10:36.469
Anda perlu ketepikan rasa jijik dan emosi.

10:36.552 --> 10:39.305
Anda perlu lupakannya
dan mula bertanya soalan.

10:40.056 --> 10:42.141
Kami di sana
untuk bercakap bagi pihak si mati

10:42.224 --> 10:46.145
dan mereka tinggalkan petunjuk
dengan bukti fizikal.

10:49.774 --> 10:53.736
Kami tahu jika ada mayat di depan mata,

10:53.819 --> 10:57.865
itu tanggungjawab yang besar
dan anda perlu ambil serius.

11:00.993 --> 11:04.872
Anda perlu menerima ideologi
yang agak spiritual.

11:05.456 --> 11:07.124
Saya boleh lihat mayat, tiada kesan.

11:07.208 --> 11:10.795
Itu cuma cangkerang
dan roh orang itu sudah tiada.

11:12.880 --> 11:17.134
Saya rasa semua itu boleh terkumpul,
berhadapan dengan kematian.

11:17.218 --> 11:18.594
Kerja ini boleh beri kesan.

11:20.179 --> 11:23.182
Sekarang anda fokus untuk selesaikannya.

11:25.309 --> 11:31.440
Jadi, kami ambil masa sebelum serahkan
tempat kejadian kepada polis.

11:32.066 --> 11:36.278
Biasanya, tempat kejadian akan ditutup
jika terdapat banyak bukti,

11:36.362 --> 11:38.197
mungkin tujuh, lapan jam.

11:38.280 --> 11:40.825
Untuk kes ini, kami buat selama sehari.

11:45.788 --> 11:49.375
Ada sepucuk pistol kaliber .38
di atas lantai

11:49.458 --> 11:51.961
yang dikeluarkan
oleh syarikat senjata api Colt

11:52.044 --> 11:56.090
dan ada satu kartrij
di dalam silinder senjata itu.

11:56.173 --> 12:00.177
Selain itu, kami temui
peranti kunci ibu jari

12:00.261 --> 12:02.346
dari pintu belakang rumah.

12:02.430 --> 12:05.975
Kebanyakan orang ada bolt lokos
dan ia masuk dari pintu ke bingkai

12:06.058 --> 12:08.144
dan itu memberikan
tahap keselamatan tambahan.

12:08.227 --> 12:11.689
Untuk membuka bolt lokos itu,
anda perlu putarkan peranti ibu jari ini

12:11.772 --> 12:16.819
dan benda itu terpisah dari kunci
serta berada di atas lantai.

12:16.902 --> 12:19.405
Itu sangat luar biasa.
"Bagaimana ia berlaku?"

12:21.282 --> 12:24.410
Ada yang berkata pistol itu
diletakkan di kaki mangsa.

12:24.493 --> 12:28.205
Masalahnya, anda takkan dapat lakonkan
semula tempat pistol itu akan mendarat.

12:28.289 --> 12:29.874
Pistol terjatuh…

12:30.499 --> 12:32.835
akan terpelanting.

12:34.170 --> 12:38.632
Sarung kulit untuk pistol
ditemui dalam laci

12:39.341 --> 12:41.802
dan dapat dibuktikan sarung itu

12:41.886 --> 12:45.681
sesuai dengan pistol kaliber .38
biru keluli Colt dua inci.

12:45.765 --> 12:49.351
Jadi, pistol itu datang dari sarung itu.

12:54.315 --> 12:57.818
Pada pukul 5:00 petang,
hampir 12 jam selepas itu,

12:58.444 --> 13:01.947
pejabat koroner
akhirnya mendapat pengesahan

13:02.031 --> 13:04.200
identiti mangsa.

13:06.452 --> 13:08.078
Ini Lana Clarkson.

13:09.747 --> 13:13.292
Ketika itu, kami dapat maklumat ibunya.

13:13.375 --> 13:15.294
Kami pergi berjumpa Donna.

13:17.296 --> 13:20.132
Saya dapat panggilan
daripada adik Lana, Fawn.

13:20.216 --> 13:22.468
Dia kata,
"Sesuatu mungkin berlaku kepada Lana.

13:22.551 --> 13:25.971
Entahlah. Ada yang tak kena."
Saya bertanya, "Apa maksud awak? Kenapa?"

13:26.722 --> 13:31.352
Ada seseorang menghubungi Fawn,
tapi dia tak tahu butirannya.

13:31.435 --> 13:34.605
Katanya mungkin ada kaitan
dengan berita di televisyen

13:34.688 --> 13:37.149
tentang pembunuhan di Alhambra.

13:38.818 --> 13:41.403
Lana sepatutnya menelefon saya,
tapi sebaliknya.

13:43.280 --> 13:45.241
Saya fikir mungkin ada parti

13:45.324 --> 13:49.453
dan dia ditahan bersama orang lain
untuk siasatan.

13:50.704 --> 13:53.249
Saya menelefon pejabat syerif.

13:54.250 --> 13:56.085
Semasa dalam perjalanan berjumpa Donna,

13:56.168 --> 13:59.839
dia telah pun menghubungi Paul.

14:01.131 --> 14:05.052
Saya ingat dia telefon saya semula.
Dia kata, "Di mana saya boleh jumpa awak?"

14:05.135 --> 14:07.221
Saya terkejut. "Jumpa saya?"

14:07.721 --> 14:08.722
Kemudian…

14:10.599 --> 14:11.600
Maafkan saya.

14:12.309 --> 14:14.645
Dia beritahu alamat Lana di terusan.

14:15.938 --> 14:17.815
Dia kata, "Boleh kami jumpa di sana?"

14:18.315 --> 14:19.692
Saya sangat risau.

14:19.775 --> 14:22.319
Saya tak tahu apa yang berlaku.
Itu bukan petanda baik.

14:24.863 --> 14:29.368
Saya berhenti di garaj
dan cuba menguatkan semangat

14:29.451 --> 14:32.913
serta mengawal perasaan
tanpa mengetahui apa-apa.

14:32.997 --> 14:34.915
Jadi, saya bersihkan kereta

14:35.583 --> 14:37.918
dan saya ambil sepasang kasut.

14:38.460 --> 14:40.880
Sambil memegang kasut itu, saya terfikir,

14:43.340 --> 14:45.801
"Tak mungkin Lana. Ini kasut dia."

14:45.885 --> 14:46.844
Maaf.

14:50.681 --> 14:53.601
Tiba-tiba, detektif datang.

14:53.684 --> 14:55.644
Adik dan abang dia datang.

14:55.728 --> 14:58.314
Kami berjalan ke depan kotej

14:58.397 --> 14:59.523
dan masuk ke dalam.

14:59.607 --> 15:03.319
Detektif Fornier melihat lantai
dan berkata Lana dibunuh.

15:04.987 --> 15:05.988
Maaf.

15:11.994 --> 15:14.955
Tak kisahlah jika anak itu
dewasa atau budak kecil.

15:15.039 --> 15:18.125
Tiada yang lebih teruk dan luar biasa

15:18.208 --> 15:20.753
daripada anak-anak yang mati
sebelum ibu bapanya.

15:20.836 --> 15:22.588
Agak sukar.

15:23.923 --> 15:26.634
Pemberitahuan kematian orang tersayang…

15:26.717 --> 15:31.472
sememangnya tugas paling teruk
seorang polis

15:31.555 --> 15:33.766
dan ada banyak lagi yang seumpamanya.

15:35.392 --> 15:39.313
Anda perlu siasat semua yang penting

15:39.396 --> 15:40.439
secepat mungkin

15:40.522 --> 15:42.983
kerana cara kami mengumpul bukti fizikal
akan terjejas.

15:43.067 --> 15:45.694
Saya, rakan sepasukan
dan lapan orang detektif lain

15:45.778 --> 15:47.321
masih memproses tempat kejadian.

15:49.156 --> 15:50.866
Lebih banyak maklumat tentang mangsa,

15:50.949 --> 15:54.328
lebih besar kemungkinan
anda faham bagaimana mereka mati.

15:54.411 --> 15:57.331
Mereka perlu memahami apa
yang anda beritahu

15:57.414 --> 15:59.708
dan sekarang saya akan bertanya,

15:59.792 --> 16:03.545
"Dia ada di rumah Phil Spector.
Awak kenal Phil Spector

16:03.629 --> 16:07.091
Dia kenal Phil Spector?
Awak tahu kenapa dia ada di sana?"

16:07.174 --> 16:10.094
Donna kata, "Dia tak kenal lelaki ini."

16:12.137 --> 16:15.849
Dalam industri hiburan,
semua orang bersosial selepas waktu kerja.

16:15.933 --> 16:16.767
Saya tak terkejut.

16:16.850 --> 16:19.061
Lana selalu berhubung
dengan orang yang berbeza.

16:19.144 --> 16:21.981
Dia tak duduk diam.
Lana seorang pelakon yang bekerja.

16:22.064 --> 16:23.732
Saya nak naik bas.

16:23.816 --> 16:24.858
Tahu bas itu ke mana?

16:24.942 --> 16:26.819
Ya, ke mana saja.

16:29.655 --> 16:32.241
Dia berlakon banyak rancangan televisyen
pada tahun 80-an.

16:32.324 --> 16:34.827
Lana berlakon dalam filem Barbarian Queen.

16:39.206 --> 16:44.086
Kedua-dua pergelangan tangannya retak
dan itu satu halangan besar baginya.

16:44.169 --> 16:46.046
Dia terjatuh.

16:46.588 --> 16:49.883
Untuk menahan jatuhan itu,
kedua-dua pergelangan tangannya patah.

16:49.967 --> 16:52.011
Pin dipasang ke dalam tangannya.

16:53.262 --> 16:57.182
Itulah permulaan pemulihan
selama setahun baginya.

16:58.767 --> 17:00.019
Kami tak tunggu lama.

17:00.102 --> 17:02.646
Kami berikan masa
untuk mereka bersendirian.

17:08.068 --> 17:11.071
Selepas kejadian itu, Phil Spector ditahan

17:11.655 --> 17:15.200
dan dia beritahu polis Alhambra
yang dia mahukan peguam.

17:15.284 --> 17:17.369
Sebaik saja dia ucapkan kata-kata itu,

17:17.453 --> 17:21.290
dia tak boleh disentuh
dan ikat jamin sejuta dolar dikenakan.

17:21.832 --> 17:25.127
Pejabat Pendakwa Raya tak mahu
memfailkan kes ini.

17:25.210 --> 17:28.756
"Kami akan tunggu
sehingga semuanya disiasat."

17:30.883 --> 17:34.511
Semasa taklimat awal
oleh pegawai polis Alhambra,

17:34.595 --> 17:37.431
mereka kata mereka ada
seorang saksi, iaitu pemandunya.

17:37.514 --> 17:42.019
Orang yang membuat panggilan awal 911,
Adriano De Souza.

17:43.062 --> 17:45.397
Jadi, kami perlu cari pemandu itu.

17:47.107 --> 17:49.735
- Detektif Paul Fornier.
- Detektif Richard Tomlin.

17:49.818 --> 17:51.153
Kami di sini dengan…

17:51.236 --> 17:52.362
Adriano De Souza.

17:53.363 --> 17:55.407
Apabila kami bercakap
dengan Adriano De Souza,

17:55.991 --> 17:59.369
dia kata dia pernah bekerja untuk Phil
sepuluh hingga 15 kali sebelum ini.

18:04.541 --> 18:07.544
Adriano kata Phil Spector
keluar tepat pada pukul tujuh

18:07.628 --> 18:08.962
seperti kebiasaannya.

18:13.091 --> 18:16.720
Kemudian pergi makan malam
dan minum di Hollywood Barat.

18:18.055 --> 18:20.182
Pada pukul 1:15 sehingga 1:20 pagi,

18:20.265 --> 18:22.893
dia diarahkan
untuk pergi ke House of Blues.

18:24.895 --> 18:27.022
Kemudian, House of Blues ditutup.

18:27.106 --> 18:31.860
Lebih kurang pukul 2:00 pagi
dan Lana membantu Phil Spector yang mabuk.

18:31.944 --> 18:33.529
Dia kata, "Saya percaya dia mabuk."

18:33.612 --> 18:37.116
Dia membawa lelaki itu dan meletakkannya
di kerusi belakang kereta.

18:37.199 --> 18:40.494
Dia masuk dan mereka pergi
ke rumah Phil Spector.

18:45.666 --> 18:48.961
Adriano kata dia meletakkan kereta
di belakang rumah itu.

18:49.044 --> 18:51.922
Dia mainkan muzik. Dia tertidur.

18:52.005 --> 18:56.426
Pada pukul 5:00 pagi,
Adriano mendengar bunyi yang sangat kuat.

18:57.678 --> 19:00.597
Dia terkejut dan keluar dari keretanya.

19:01.473 --> 19:03.976
Tiba-tiba, pintu belakang terbuka.

19:04.685 --> 19:07.146
Dia nampak Phil Spector
memakai jaket putih.

19:07.229 --> 19:08.522
Saya nampak mukanya.

19:09.106 --> 19:12.693
Saya nampak dia memegang pistol.

19:13.360 --> 19:15.404
Adriano nampak ada darah di tangannya.

19:15.487 --> 19:18.949
Saya buat begini dan saya nampak kakinya.

19:21.285 --> 19:23.370
- Saya nampak wanita di kerusi itu…
- Okey.

19:23.453 --> 19:25.372
…mukanya berlumuran darah.

19:25.831 --> 19:27.666
Spector memandang Adriano dan berkata…

19:28.250 --> 19:31.837
Dia beritahu saya,
"Saya rasa saya bunuh seseorang."

19:33.088 --> 19:37.509
Adriano rasa nyawanya dalam bahaya,
dia mula berlari.

19:39.761 --> 19:42.848
Dia telefon pengurus Phil.
Tapi masuk ke mel suara.

19:43.807 --> 19:44.933
Michelle.

19:45.017 --> 19:49.479
Michelle, awak perlu datang
ke rumah En. Phillip.

19:50.105 --> 19:52.399
Saya rasa dia bunuh seorang wanita.

19:52.900 --> 19:55.027
Saya akan telefon polis sekarang.

19:55.777 --> 19:58.530
Adriano kata,
"Saya rasa En. Phil baru bunuh seseorang."

19:58.614 --> 20:01.575
Dia letak telefon, kemudian dail 911

20:01.658 --> 20:04.203
dan beritahu perkara yang sama.

20:11.543 --> 20:12.711
Di Daerah Los Angeles,

20:12.794 --> 20:16.048
proses ini boleh menjangkau seminggu lebih
sebelum autopsi dijalankan.

20:16.798 --> 20:18.675
Sepatutnya kami menguruskan
semuanya sama,

20:18.759 --> 20:21.345
tapi realitinya tak semestinya begitu.

20:22.679 --> 20:24.723
Kes ini mendapat perhatian syerif.

20:25.474 --> 20:26.767
Mereka nak tahu selanjutnya.

20:27.434 --> 20:31.521
Autopsi dibuat pada hari berikutnya,
tidak pernah terjadi sebelum ini.

20:32.773 --> 20:35.317
Penemuan utama autopsi itu ialah

20:35.400 --> 20:38.487
ada satu luka tembakan di dalam mulutnya.

20:39.112 --> 20:41.365
Di mana tembakan itu
dan bagaimana ia berlaku,

20:41.448 --> 20:42.866
Lana mati serta-merta.

20:43.659 --> 20:46.578
Peluru itu menghala ke bawah.

20:46.662 --> 20:51.500
Kalau anda bunuh diri,
anda acukan pistol ke bawah?

20:51.583 --> 20:55.337
Mungkin lebih kepada
di tahap yang sama atau menaik.

20:57.339 --> 21:01.718
Cara kematian ialah penentuan sah
yang diserahkan kepada doktor perubatan.

21:01.802 --> 21:03.178
Dia cuma ada lima pilihan.

21:03.679 --> 21:06.390
Homisid, bunuh diri,
kemalangan, semula jadi, tak diketahui.

21:06.473 --> 21:10.143
Koroner yang tentukan.
Bukan hakim, bukan juri.

21:10.227 --> 21:14.064
Koroner, pemeriksa perubatan
membuat keputusan yang sah.

21:15.983 --> 21:19.987
Dr. Pena sangat teliti
untuk buat kesimpulan itu.

21:20.070 --> 21:23.031
Sebahagiannya pengalaman
dan pertimbangan akal,

21:23.115 --> 21:24.116
sebahagiannya sains.

21:25.325 --> 21:29.413
Dalam kes ini,
Dr. Pena menangguhkan hasil penemuannya

21:29.496 --> 21:32.791
dan menunggu laporan kembali

21:32.874 --> 21:34.793
sebelum membuat keputusan akhir.

21:36.420 --> 21:41.049
Saya lebih cenderung
kepada pembunuhan atau kemalangan.

21:41.133 --> 21:44.261
Kami masih perlu menyiasat,
mungkinkah dia membunuh diri?

21:47.472 --> 21:51.268
Adakah dia tertekan?
Adakah dia mengalami masalah kewangan?

21:54.521 --> 21:57.899
Kami bercakap dengan tuan rumahnya.
Katanya dia penyewa contoh.

21:58.817 --> 22:03.947
Itu mengetepikan fakta
dia tak berduit dan hidup susah.

22:05.365 --> 22:08.827
Sesiapa yang kami fikir
ada hubungan dengannya,

22:08.910 --> 22:11.830
sama ada perniagaan atau peribadi,
kami bercakap dengan mereka.

22:12.998 --> 22:15.542
Semua orang ada saat-saat
yang menyedihkan.

22:15.625 --> 22:19.379
Tapi dia selalu menguatkan semangat
dan berjaya mengatasinya

22:19.463 --> 22:22.299
dan jika dia perlukan sesuatu,
dia boleh hubungi saya.

22:23.633 --> 22:25.594
Tiada siapa kata
dia cuba cederakan dirinya.

22:25.677 --> 22:28.638
Tiada siapa kata
dia pernah bercakap tentang bunuh diri.

22:28.722 --> 22:30.307
Dia seorang yang positif

22:30.390 --> 22:33.477
dan takkan terfikir
untuk mencederakan diri sendiri.

22:35.354 --> 22:38.023
Sepatutnya, Lana kembali ke dunia lakonan,

22:38.106 --> 22:41.568
tapi dia berehat selama setahun

22:41.651 --> 22:45.197
dan dia tidak lagi menjadi pilihan
utama pengarah-pengarah,

22:45.280 --> 22:47.616
dia perlu cari jalan untuk terus hidup

22:47.699 --> 22:50.577
dan peluang ini muncul di House of Blues.

22:56.041 --> 22:58.543
Clarkson bekerja
sebagai pelayan di House of Blues.

22:59.419 --> 23:01.296
Dia teruja untuk bekerja.

23:01.379 --> 23:04.383
Dia teruja sebab dia dah sembuh dan sihat.

23:04.466 --> 23:09.554
Dapat menjadi pelayan di Bilik Asas
merupakan satu penghormatan.

23:09.638 --> 23:13.725
Bilik Asas di House of Blues
ialah tempat yang sangat berprestij.

23:14.226 --> 23:15.977
Tempat itu terkenal di Hollywood.

23:16.770 --> 23:20.565
Sebagai tetamu Lana, saya pernah bertemu
George Clooney di sana.

23:20.649 --> 23:24.903
Kalau anda terkenal di Hollywood,
anda pasti melawat Bilik Asas.

23:34.162 --> 23:35.914
Saya dan Paul pergi ke House of Blues.

23:35.997 --> 23:38.458
Kami bercakap dengan pengurus,
ketua keselamatan

23:38.542 --> 23:42.504
dan pelayan yang melayan Spector.

23:44.673 --> 23:46.049
Spector datang

23:46.800 --> 23:49.511
dan Lana bekerja
sebagai pelayan malam itu.

23:50.637 --> 23:53.181
Dia kata, "Awak tak kenal saya?
Saya Phil Spector."

23:53.682 --> 23:58.228
Dia tak mengenalinya dan berkata,
"Maaf, Cik Spector. Awak tak boleh masuk."

23:58.854 --> 24:01.106
Lana fikir dia perempuan.

24:01.606 --> 24:03.400
Itu permulaan yang teruk.

24:03.483 --> 24:06.445
Ketua keselamatan berlari ke arahnya
dan kata, "Hei, bukan."

24:06.528 --> 24:09.531
Tarik dia ke tepi dan kata,
"Layan dia macam emas."

24:10.031 --> 24:15.036
Ketika itu, Lana bawa dia ke meja khas,

24:15.120 --> 24:16.872
meminta maaf tanpa henti.

24:19.166 --> 24:22.085
Pada awal pagi, tempat ini ditutup.

24:22.169 --> 24:26.923
Mereka dilihat pergi bersama.
Kami tanya, "Ada rakaman video?"

24:27.674 --> 24:29.050
Kami tengok video itu.

24:30.343 --> 24:35.098
Nampaknya Lana membantu Spector
masuk ke dalam kereta.

24:36.308 --> 24:38.768
Menurut Adriano, Spector mabuk.

24:40.312 --> 24:41.771
Dia asyik mengajak Lana,

24:41.855 --> 24:44.107
"Marilah ke istana saya.
Awak perlu lihat istana."

24:44.191 --> 24:45.442
Lana pun bersetuju

24:45.525 --> 24:49.487
dan begitulah mulanya.

24:53.283 --> 24:55.744
Sangat menakutkan melihatnya

24:55.827 --> 25:00.290
apabila mengetahui wanita muda ini
akan mati dalam masa dua jam.

25:05.128 --> 25:07.797
Kebanyakan soalan kami berkisar tentang,

25:07.881 --> 25:10.133
"Wanita cantik…"
Lelaki suka mengambil kesempatan.

25:10.967 --> 25:14.221
Dia di Hollywood,
tempat asal istilah "pelakon sofa".

25:14.304 --> 25:17.515
Apa reaksi dia apabila ada individu
yang memberikan komen tak wajar

25:17.599 --> 25:19.601
atau buat sesuatu
yang tak senonoh kepadanya?

25:20.477 --> 25:24.856
Lana, dia tahu cara menolak perhatian
dengan sangat berhati-hati.

25:26.691 --> 25:32.572
Agak mudah untuk orang lain
membuat kesimpulan dan andaian

25:32.656 --> 25:36.534
tentang wanita yang pergi ke rumah lelaki
pada tengah malam.

25:36.618 --> 25:38.036
Tapi saya kenal Lana

25:38.662 --> 25:41.831
dan saya tahu
kenapa dia pergi ke rumahnya.

25:41.915 --> 25:45.460
Dia ke sana
bukan sebab dia tergoda dengan lelaki itu.

25:46.169 --> 25:48.505
Takkan ada apa-apa yang menakutkan

25:48.588 --> 25:51.550
tentang minum dengan Phil Spector.

25:51.633 --> 25:54.010
Phil cuma 167 sentimeter
dan Lana 182 sentimeter.

25:54.511 --> 25:56.012
Dia tahu jaga diri.

25:57.180 --> 25:58.890
Saya boleh nampak

25:58.974 --> 26:03.395
di mana Lana akan tertarik
dengan orang seperti Phil Spector.

26:03.478 --> 26:04.604
Ini Hollywood.

26:04.688 --> 26:07.566
Rangkaian kenalan sangat penting.

26:12.195 --> 26:15.949
Saya kenal Phil Spector dan Lana Clarkson.

26:16.032 --> 26:18.410
Perbezaan yang luar biasa dan meragukan.

26:20.537 --> 26:23.873
Pada tahun 1966,
saya mengenali Phil Spector

26:23.957 --> 26:25.750
dan melihat cara dia bekerja.

26:26.418 --> 26:30.130
Semasa saya berusia 15 tahun,
Gold Star Studio sangat terkenal.

26:31.089 --> 26:33.174
Saya akan menyelinap masuk
dan duduk di sofa.

26:33.800 --> 26:37.596
Seorang jurutera menjemput saya ke studio.

26:37.679 --> 26:40.307
Akhirnya, saya sertai sesi Phil Spector.

26:41.474 --> 26:43.560
Phil Spector ada Wall of Sound.

26:43.643 --> 26:47.272
Wall of Sound melibatkan
empat orang pemain gitar serentak

26:47.355 --> 26:50.275
dan tiga piano…
tapi tiada siapa buat begitu.

26:50.358 --> 26:53.153
Dua orang pemain dram, memang gila.

26:54.404 --> 26:56.865
Saya tak pernah lihat orang seperti dia,

26:56.948 --> 26:59.534
perangainya semasa merakam
dan kelakuannya.

27:00.160 --> 27:02.495
Dia seperti seorang diktator,

27:02.579 --> 27:07.417
tapi dia tahu apa yang dia mahu
dan dia dapat.

27:09.002 --> 27:11.171
Lana salah seorang kawan rapat saya,

27:11.671 --> 27:14.591
tapi kami tak pernah berbual
tentang Phil Spector.

27:16.217 --> 27:20.138
Kali terakhir saya berjumpa
dengannya pada tahun 1978.

27:20.221 --> 27:23.767
Saya kenali Lana Clarkson pada tahun 1984
sebelum berpindah ke New York.

27:24.392 --> 27:27.145
Lana tak tahu reputasi Phil.

27:28.104 --> 27:30.649
Phil Spector sangat berbahaya,

27:31.232 --> 27:33.693
tak stabil dan sangat sukar dijangka.

27:34.736 --> 27:37.489
Kalau saya berada
di House of Blues malam itu,

27:37.572 --> 27:39.407
semua ini takkan berlaku.

27:39.491 --> 27:42.494
Saya takkan benarkan
dia pergi bersama Phil, tapi…

27:55.882 --> 27:58.426
Semua orang dapat rasa

27:58.927 --> 28:05.725
yang kes ini
akan diperhatikan dengan teliti.

28:05.809 --> 28:09.479
Jadi, kami perlukan sebanyak maklumat
yang boleh.

28:13.191 --> 28:16.653
Makmal kami mendapat keputusan DNA

28:16.736 --> 28:19.739
yang diperoleh semasa
siasatan di tempat kejadian.

28:20.532 --> 28:21.908
Di bilik tidur utama,

28:21.991 --> 28:25.829
kami jumpa jaket makan malam putih
yang En. Spector pakai

28:25.912 --> 28:27.622
semasa di House of Blues.

28:28.832 --> 28:31.835
Ada percikan darah pada lengan jaket.

28:32.961 --> 28:36.923
Di bilik air tetamu ada lampin kapas.

28:37.757 --> 28:38.967
Sesuatu yang saya belajar.

28:39.050 --> 28:42.721
Pemilik senjata akan membalut senjata
dengan lampin.

28:43.722 --> 28:46.641
Lampin itu ada darah dan agak lembap.

28:47.642 --> 28:52.689
Kami dapati darah Lana Clarkson
ada pada lampin dan bilik air itu

28:52.772 --> 28:56.443
dan darahnya ada pada jaket Phil Spector.

28:59.195 --> 29:03.158
Apabila peluru terkena Cik Clarkson
dan darahnya terpercik,

29:03.658 --> 29:08.246
kesannya ada pada pistol En. Spector,
lengan baju dan juga tangannya.

29:08.788 --> 29:12.625
Semasa lampin dan pistol itu diperiksa,

29:12.709 --> 29:15.211
Dr. Lynne Herold dapat membuat kesimpulan

29:15.295 --> 29:18.631
yang lampin itu digunakan
untuk mengelap pistol.

29:18.715 --> 29:20.216
Ada lembapan

29:20.300 --> 29:24.304
dan bukti darah dipindahkan
dari senjata ke lampin itu.

29:26.389 --> 29:30.894
Bukti kesan darah
ialah bukti mengikut keadaan jenayah.

29:32.729 --> 29:36.191
Bagaimana pistol itu meledak?
Di mana pistol itu semasa meledak?

29:36.274 --> 29:38.985
Apakah kesan tembakan pistol itu?

29:39.068 --> 29:41.404
Agak sukar sebab kami berdepan

29:41.488 --> 29:45.492
bukti corak darah
di atas karpet merah gelap.

29:49.954 --> 29:52.999
Apabila semua penemuan ini terbongkar,
bunuh diri boleh diketepikan.

29:54.626 --> 29:56.127
Kami percaya itu satu pembunuhan?

29:56.711 --> 29:59.881
Mungkinkah ada sedikit syak wasangka
yang kes ini satu kemalangan? Ya.

29:59.964 --> 30:02.926
Tapi masalahnya, dia tak kata begitu.

30:04.677 --> 30:07.472
Aku tak tahu apa wanita itu…
apa masalah dia.

30:07.555 --> 30:10.642
Tembak kepala dia di rumah aku.

30:14.354 --> 30:20.151
Pejabat koroner akhirnya mengesahkan
ini kes homisid.

30:21.611 --> 30:24.989
Pemeriksa perubatan menentukan
Lana Clarkson telah dibunuh

30:25.073 --> 30:29.661
tapi pejabat Pendakwa Daerah LA
tidak mahu memfailkan pendakwaan.

30:29.744 --> 30:32.705
Pejabat koroner Los Angeles
buat pengumuman ini.

30:32.789 --> 30:36.000
Bukan saja mereka kata ini kes homisid,
tapi juga menuduh Phil Spector.

30:36.084 --> 30:38.294
Bila pendakwa raya LA
akan berikan kenyataan?

30:38.378 --> 30:39.712
Spector terkenal

30:39.796 --> 30:41.923
dan agak besar
untuk pendakwa daerah yang kalah

30:42.006 --> 30:44.008
banyak kes berprofil tinggi.

30:44.968 --> 30:47.846
Saya masih ingat,
apabila kes Spector muncul,

30:47.929 --> 30:49.722
saya kenal Phil Spector.

30:50.265 --> 30:52.225
"Who's Lost That Loving Feeling."

30:52.308 --> 30:55.520
Cucu saya suka muzik Top Gun.

30:57.564 --> 31:00.650
Ada… Saya tak nak sebut paranoia.

31:00.733 --> 31:04.696
Tapi pejabat kami teruk dikecam
dalam kes OJ Simpson.

31:07.991 --> 31:11.911
Kami mahu lebih masa
untuk failkan dakwaan terhadap Simpson.

31:13.204 --> 31:16.583
Tapi ada banyak tekanan daripada media
dan kami terpaksa failkan kes itu.

31:17.208 --> 31:21.671
Apa yang berlaku dalam kes OJ Simpson?
Kami belum bersedia.

31:23.006 --> 31:26.634
Kami nak pastikan keadilan ditegakkan
dan mereka dapat hukuman setimpal.

31:27.802 --> 31:29.304
Sekarang kami fokus pada,

31:29.387 --> 31:32.724
"Bagaimana nak kukuhkan bukti
yang menunjukkan ini kes pembunuhan

31:32.807 --> 31:34.475
tanpa keraguan munasabah?"

31:34.559 --> 31:39.898
Juga, "Apa yang boleh menghalang kami
daripada mendapat sabitan itu?"

31:42.900 --> 31:46.988
Semua orang mahukan perhatian media.

31:48.907 --> 31:51.951
Agak menyedihkan, tapi itulah sifat media.

31:52.035 --> 31:57.332
Mereka akan ikut kes yang besar
dan berkepentingan.

31:58.791 --> 32:02.420
Phil Spector suka bercakap.
Dia ditemu bual setiap masa.

32:02.503 --> 32:06.424
Dalam sebuah temu bual majalah,
dia kata Clarkson "mencium pistol."

32:06.883 --> 32:12.972
Dia palsukan maklumat
dan nampaknya dia membenci Lana

32:13.056 --> 32:15.141
dan dia memfitnahnya.

32:15.850 --> 32:21.522
Pasukan perhubungan awam Phil Spector
memburuk-burukkan Lana.

32:21.606 --> 32:24.359
Orang mengecamnya
sebab dia pelakon filem bajet rendah,

32:24.442 --> 32:25.652
tapi dia berbangga.

32:26.569 --> 32:31.532
Dia tahu dia berbakat besar
dan memang terbukti.

32:31.616 --> 32:34.744
Keluarganya meminta kami,

32:34.827 --> 32:38.122
kenalan rapatnya,
tidak bercakap dengan sesiapa.

32:38.623 --> 32:40.833
Orang akan cakap sesuatu
dan memutar belitkannya

32:40.917 --> 32:43.586
dan semua itu akan diterbitkan
dalam majalah atau akhbar.

32:43.670 --> 32:46.172
Saya kata lebih baik jangan bersuara.

32:47.548 --> 32:50.843
Jadi, kami cuma memerhatikan

32:50.927 --> 32:56.099
dan menyimpan dalam hati
segala fitnah yang dilemparkan

32:56.182 --> 32:58.935
oleh Phil Spector dan pasukannya.

32:59.018 --> 33:00.561
Memang teruk.

33:01.104 --> 33:03.690
Niat buruknya terserlah.

33:04.190 --> 33:05.608
Anda terpaksa berkata,

33:05.692 --> 33:09.696
"Awak cuba sembunyikan sesuatu
dan awak telah membunuh."

33:15.952 --> 33:19.664
Tak syak lagi,
ini kes yang paling didorong oleh media.

33:20.289 --> 33:22.500
Kawan dan saudara saya,
itu yang mereka bualkan.

33:22.583 --> 33:25.461
"Awak terlibat dalam kes itu?"
Semua orang ada teori mereka.

33:26.921 --> 33:28.381
Tapi perlu ada keseimbangan.

33:29.006 --> 33:31.926
Antara perkara yang saya buat,

33:32.010 --> 33:35.096
saya jarang bercakap
tentang pekerjaan saya.

33:37.181 --> 33:38.182
Tak ada keistimewaan.

33:38.266 --> 33:41.477
Inilah pilihan saya
dan saya suka melakukannya.

33:42.228 --> 33:44.564
Dalam kes ini,
saya tidak menonjolkan diri.

33:44.647 --> 33:48.276
Saya cuma cakap perkara yang perlu sahaja.

33:49.277 --> 33:52.238
Ketika itu, anak-anak saya
berusia 13 dan 11 tahun.

33:53.072 --> 33:56.909
Anak-anak saya tahu apa yang berlaku,

33:56.993 --> 34:00.246
tapi rasanya mereka mengikut arahan saya
dan tak pernah…

34:00.329 --> 34:02.915
Saya selalu ketawa.
Mereka tak terlalu kagum dengan saya.

34:08.629 --> 34:11.090
Saya dengar Spector gambarkan…
Sebenarnya saya baca

34:11.174 --> 34:14.927
dalam akhbar pagi ini 90 peratus menarik,
sepuluh peratus menyusahkan.

34:15.011 --> 34:15.845
Ya.

34:15.928 --> 34:18.306
Awak ada pengalaman sepuluh peratus itu?

34:18.389 --> 34:21.350
Tak pernah, tapi ada banyak cerita.

34:22.310 --> 34:25.438
Kami fokus pada,
"Kenapa kami percaya itu pembunuhan?"

34:25.521 --> 34:27.732
Kami perlu masuk
ke dalam kehidupan Phil Spector.

34:28.566 --> 34:32.111
Sekurang-kurangnya sekali
dia ditangkap dengan pistol.

34:33.946 --> 34:36.115
Dia memiliki pistol. Dia ada pistol.

34:36.199 --> 34:39.911
Saya dapat tahu daripada orang lain
yang dia selalu

34:39.994 --> 34:41.496
mengacukan pistol sesuka hati.

34:41.579 --> 34:45.458
Ada banyak cerita dia mengacukan pistol

34:45.541 --> 34:48.169
semasa rakaman lagu Ramones.

34:48.669 --> 34:52.215
Dia marah pada John Lennon
dan menembak siling.

34:52.298 --> 34:54.050
Kami perlu menjejakinya.

34:54.133 --> 34:58.513
Perlakuan buruk Phil Spector itu
ada kaitan dengan kekuasaan.

34:58.596 --> 35:01.265
Kalau ada kuasa sebenar,
anda tak perlukan pistol.

35:02.058 --> 35:03.351
Dia penakut.

35:05.269 --> 35:08.314
Ada sebab dia bawa pistol berpeluru.
Dia boleh membuli orang,

35:09.440 --> 35:12.151
daripada John Lennon
sehinggalah Leonard Cohen.

35:14.153 --> 35:17.532
Mereka sedang bersedia
untuk tamatkan sesi rakaman muzik.

35:17.615 --> 35:21.452
Phil Spector berkata kepada Leonard Cohen,
"Nyanyi lagu ini sekarang."

35:21.536 --> 35:25.998
Leonard berkata kepada Phil,
"Saya dah penat.

35:26.082 --> 35:29.460
Saya boleh buat esok."
Kemudian Phil keluarkan pistol.

35:30.837 --> 35:34.757
Dia halakan kepada Leonard dan kata,
"Awak akan menyanyi sekarang."

35:37.009 --> 35:41.097
Leonard Cohen tak takut langsung.
Itu hari pertama.

35:42.098 --> 35:44.183
Leonard beritahu saya kisah ini, bukan?

35:44.684 --> 35:46.561
Dia masih tertarik

35:46.644 --> 35:50.147
dengan kemungkinan apa yang akan berlaku
jika bekerja dengan Phil,

35:50.231 --> 35:53.317
tapi Leonard tahu
dia sentiasa membawa pistol itu.

35:55.570 --> 35:57.071
Dia sangat berkuasa.

35:57.154 --> 35:58.948
Jadi, ramai yang teragak-agak.

35:59.448 --> 36:01.242
Terutamanya orang dalam dunia muzik.

36:01.325 --> 36:04.495
Mereka rasa dia cukup berkuasa
untuk menggagalkan kerjaya mereka.

36:06.831 --> 36:09.709
Ketika ini, ramai individu
yang kami temu bual

36:09.792 --> 36:11.586
enggan dirakam,

36:13.212 --> 36:18.467
tapi mereka menceritakan bagaimana Phil
mengurung orang di rumahnya.

36:20.928 --> 36:22.471
Lelaki dan wanita.

36:23.389 --> 36:25.892
Selepas berseronok dengan Phil
dan anda mahu beredar,

36:25.975 --> 36:27.977
dia akan kata, "Tunggu di sini,"

36:28.060 --> 36:31.689
dan tempatnya sentiasa di ruang legar.

36:32.190 --> 36:35.818
Kadangkala dia akan hilang berjam-jam

36:36.360 --> 36:39.280
sehingga dia bersedia
untuk melepaskan anda pergi.

36:40.615 --> 36:41.866
Bagaimana dia mengurung…

36:41.949 --> 36:44.994
Ingat kunci bolt lokos di atas lantai itu?

36:45.578 --> 36:48.831
Dia akan tanggalkan kunci
dan sekarang mereka terkurung.

36:49.373 --> 36:52.501
Satu lagi peluang
untuk dia mengawal orang lain.

36:52.585 --> 36:55.421
Itu yang membezakannya.

36:56.589 --> 36:59.550
Dia gilakan kawalan.

37:00.301 --> 37:02.595
Cik Clarkson sebenarnya dikurung.

37:02.678 --> 37:06.515
Dia tak boleh pergi atas kerelaan sendiri
sebab dia tak boleh membuka pintu itu

37:06.599 --> 37:09.769
sebab En. Spector
telah mencabut tuil kunci

37:09.852 --> 37:12.813
pada bolt lokos pada pintu itu.

37:16.943 --> 37:21.155
Kami dengar khabar angin,
tapi khabar angin tak berguna di mahkamah.

37:22.073 --> 37:23.783
Kami perlu ada bukti kukuh.

37:24.951 --> 37:28.537
Rich Tomlin dan pasukannya
menjejaki setiap petunjuk,

37:28.621 --> 37:30.915
mereka mengubah khabar angin ini
menjadi kenyataan.

37:30.998 --> 37:33.709
Kami jumpa beberapa orang saksi sebenar.

37:33.793 --> 37:35.294
KENYATAAN SAKSI

37:35.378 --> 37:37.713
Kadangkala, ia hanya hubungan singkat,

37:37.797 --> 37:40.466
kadangkala wanita
yang dikenalinya selama ini,

37:40.549 --> 37:44.470
tapi semua wanita ini
ada pengalaman yang sama,

37:44.553 --> 37:46.389
iaitu pernah dijadikan tebusan,

37:46.472 --> 37:49.850
kebebasan mereka dirampas
oleh En. Spector.

37:50.893 --> 37:54.313
Wanita-wanita ini kata dia sangat menawan,

37:54.814 --> 37:57.566
memahami keperluan mereka, sangat menarik,

37:57.650 --> 38:00.903
pandai berbual
dan tiba-tiba semuanya berubah.

38:02.947 --> 38:07.201
Phil Spector suka menjemput wanita
ke rumahnya,

38:07.285 --> 38:08.869
mahu kepuasan seksual

38:09.412 --> 38:14.083
apabila mereka tak patuh atau puaskan dia,
dia akan keluarkan pistol.

38:15.835 --> 38:17.003
Itulah modus operandinya

38:17.086 --> 38:21.632
dan ini menunjukkan itulah tabiat
atau perbuatan yang dia biasa buat

38:21.716 --> 38:24.301
dan semua ini penting kerana

38:24.385 --> 38:28.222
jika anda tak jumpa sesiapa
yang menceritakan perkara ini,

38:28.306 --> 38:31.267
itu mungkin titik pertahanan
yang agak besar.

38:31.350 --> 38:33.728
"Mengarut! Klien saya takkan buat begitu!"

38:34.353 --> 38:38.107
Wanita-wanita ini sanggup beri keterangan
dan mereka takut nyawa mereka terancam,

38:38.190 --> 38:40.609
mereka fikir Phil akan membunuh mereka.

38:41.235 --> 38:43.070
Ini bukti yang penting

38:43.154 --> 38:46.991
dan elemen utama
dalam menunjukkan kewujudan niat.

38:47.783 --> 38:51.579
Itu bukan kes bunuh diri,
tapi juga bukan kemalangan.

38:51.662 --> 38:53.622
Dia ada kecenderungan agresif

38:53.706 --> 38:56.000
dan lambat laun, inilah hasilnya.

39:02.048 --> 39:08.012
Kalau anda bercakap
dengan orang yang pernah melaluinya,

39:08.512 --> 39:11.182
saya rasa Phil tak mahu dia pergi.

39:13.434 --> 39:16.687
Dia tinggalkan Lana di ruang legar
selama sejam atau lebih.

39:16.771 --> 39:20.107
Dia tertidur dan atas sebab
yang kita takkan tahu,

39:20.191 --> 39:24.737
dia ambil pistol itu
dan masukkan ke dalam mulut Lana.

39:24.820 --> 39:27.365
Lana panik dan dia membunuhnya.

39:29.075 --> 39:33.871
Menyedari perbuatannya itu,
Phil Spector ada masa yang mencukupi

39:33.954 --> 39:36.707
untuk cuba mengubah tempat kejadian.

39:42.129 --> 39:45.216
Kami sentiasa berhubung
dengan pejabat pendakwa raya.

39:45.299 --> 39:46.926
Ini usaha sama.

39:47.009 --> 39:49.220
November 2003,

39:49.303 --> 39:53.808
keputusan dibuat dan tuduhan membunuh
difailkan terhadap Phil Spector.

39:53.891 --> 39:58.604
20 NOVEMBER 2003
SEMBILAN BULAN SELEPAS KEMATIAN LANA

39:58.687 --> 40:02.691
Dalam penampilan awal di mahkamah,
peguam bela OJ, Robert Shapiro di sisinya.

40:02.775 --> 40:06.320
Sekarang, dia bersama pasukan peguam
berprofil tinggi ketiganya.

40:06.404 --> 40:08.489
Apa yang menonjol mengenai Phil Spector,

40:08.572 --> 40:12.660
dia langsung tak mahu dipenjarakan.

40:14.495 --> 40:18.207
Setiap kali ada peguam bela baharu,
pasti ada kesinambungan

40:18.290 --> 40:21.585
dan hakim perlu memberikan masa
kepada mereka untuk bersedia.

40:23.003 --> 40:27.091
Phil Spector diikat jamin,
bermakna dia dibebaskan.

40:28.634 --> 40:30.428
Kemudian dia berkahwin.

40:31.887 --> 40:36.392
Selagi dia dapat menunda kes ini,
dia akan bebas.

40:37.101 --> 40:38.310
En. Spector?

40:46.402 --> 40:51.115
25 APRIL 2007
EMPAT TAHUN SELEPAS KEMATIAN LANA

40:52.032 --> 40:55.619
Nampak macam suasana di sarkas.

40:55.703 --> 40:59.081
Phil Spector akan pakai rambut palsu
yang berbeza untuk perbicaraan.

40:59.165 --> 41:00.916
Pengawal peribadinya agak tegap.

41:03.586 --> 41:05.087
Pembelaan dalam kes ini,

41:05.171 --> 41:07.840
beberapa kelakuan mereka sangat melampau.

41:07.923 --> 41:09.258
Salah seorang peguam pembela,

41:09.341 --> 41:11.760
individu yang tidak bermoral
dan tidak beretika,

41:11.844 --> 41:13.429
peguam mafia New York.

41:14.263 --> 41:18.392
Dia cuba bercakap dengan saya di koridor
dan tandas, ikut saya ke sana.

41:18.893 --> 41:20.978
Dia seakan-akan berkata,
"Aku dah tak sabar.

41:21.061 --> 41:22.396
Aku akan kenakan kau."

41:22.480 --> 41:24.398
Betulkah? Saya cuma budak kecil.

41:24.482 --> 41:27.193
Awak fikir saya tak
pernah dibuli sebelum ini? Awak butakah?

41:27.276 --> 41:31.030
Tengok muka ini. Pandang saya.
Begitulah saya membina kerjaya.

41:31.113 --> 41:32.990
Saya bukan pemberi keterangan yang bagus,

41:33.073 --> 41:36.035
tapi saya boleh beritahu perkara sebenar,
mudah sahaja.

41:36.744 --> 41:41.040
Mungkin saya nampak seperti mudah digertak
atau seumpamanya.

41:41.123 --> 41:43.083
Saya harap sebaliknya.

41:48.506 --> 41:53.093
Dalam perbicaraan ini, keadilan untuk Lana
dan keluarganya menjadi pertaruhan.

41:53.177 --> 41:55.971
Terdapat mesej tersirat
dalam perbicaraan ini juga.

41:57.014 --> 42:00.851
Pejabat Pendakwa Raya Los Angeles
tak pernah memenangi kes berprofil tinggi

42:00.935 --> 42:02.394
selama 40 tahun,

42:03.562 --> 42:05.731
walaupun ada bukti penting

42:05.814 --> 42:08.359
yang selebriti itu terlibat
dalam aktiviti jenayah.

42:09.652 --> 42:11.946
Tahun pertama saya
di pejabat pendakwa daerah

42:12.029 --> 42:14.198
ialah perbicaraan OJ Simpson.

42:15.074 --> 42:17.868
Saya seorang pendakwa raya yang muda.

42:18.702 --> 42:24.500
Banyak pengajaran
yang dipelajari daripada perbicaraan itu.

42:26.919 --> 42:30.172
Juri melihat selebriti
dengan pandangan yang berbeza.

42:30.256 --> 42:32.800
Mereka mempertimbangkan identiti mereka.

42:33.425 --> 42:36.011
Ada sedikit simpati yang terbina

42:36.095 --> 42:38.097
dan ada banyak tekanan pada juri.

42:38.180 --> 42:40.808
Mereka tahu mereka akan dikritik
oleh kawan-kawan

42:40.891 --> 42:43.519
jika ada selebriti yang didapati bersalah.

42:46.855 --> 42:49.984
Kami tak mahu membicarakan
Phil Spector si penerbit muzik.

42:50.067 --> 42:52.278
Kami mahu Phil Spector
si manusia biasa.

42:52.361 --> 42:55.281
Hakikat bahawa dia penerbit muzik terkenal

42:55.364 --> 42:58.909
yang menghasilkan muzik yang hebat
mengikut standard terkini,

42:58.993 --> 42:59.952
muzik luar biasa

43:00.035 --> 43:03.455
serta mengubah haluan muzik
dan rock and roll seperti yang kita tahu…

43:04.248 --> 43:05.583
Itu tak penting.

43:05.666 --> 43:08.502
Apa yang penting ialah apa yang berlaku
di dalam rumah agam itu

43:08.586 --> 43:09.920
pada hari tersebut.

43:10.879 --> 43:14.842
Strategi saya ialah mendedahkan
Phil Spector yang sebenar.

43:15.634 --> 43:17.303
Muktamad.

43:17.970 --> 43:22.266
Kami ada hampir 20 insiden
yang kami mahu gunakan.

43:22.766 --> 43:25.894
Hakim turunkan kepada lima, tak mengapa.

43:25.978 --> 43:28.647
Ada pistol diacukan ke kepala saya.

43:28.731 --> 43:32.526
Dia ambil revolver dan pukul kepala saya.

43:32.609 --> 43:36.113
- "Awak pergi, saya akan bunuh awak."
- "Pergi, saya akan tembak kepala awak."

43:36.196 --> 43:37.615
Tiba-tiba sahaja.

43:37.698 --> 43:39.616
Saya rasa dia pakai jaket kotak-kotak.

43:39.700 --> 43:41.952
Saya ingat dia mirip Elmer Fudd.

43:42.036 --> 43:43.704
Pistol itu lebih besar daripada dia.

43:43.787 --> 43:47.541
Kami naik tangga ke bilik tidurnya.
Dia tak perlu buat begitu.

43:47.625 --> 43:51.045
Dia boleh jadi romantik,
tapi dia mengacukan pistol.

43:51.128 --> 43:52.212
Dia nak rogol saya.

43:53.172 --> 43:55.758
Hati-hati dengan kata-kata awak.

43:55.841 --> 43:59.970
Sebab apa yang awak cakap kepada saya
tak berbaloi dengan nyawa awak.

44:00.054 --> 44:01.764
MEL SUARA PHIL SPECTOR KEPADA MANGSA

44:01.847 --> 44:03.349
Selamat tinggal, Dorothy.

44:06.894 --> 44:08.604
Agak sedih mendengarnya.

44:08.687 --> 44:10.439
Ada wanita yang mendedahkan diri

44:10.522 --> 44:13.192
dan saya berterima kasih
kepada mereka kerana melakukannya

44:13.275 --> 44:17.279
kerana bukan mudah untuk berada
di depan semua kamera Court TV

44:17.363 --> 44:20.908
dan semua orang,
mereka ceritakan kisah yang menyayat hati.

44:20.991 --> 44:24.787
Media berkata,
"Kami mahukan liputan meluas."

44:25.329 --> 44:28.999
Kami tahu kes OJ Simpson sangat teruk.

44:30.209 --> 44:32.127
Perubahan tingkah laku mulai ketara.

44:32.628 --> 44:34.505
Perbicaraan ini menjadi pertunjukan.

44:34.588 --> 44:36.924
Anda mempersembahkan persembahan
dan bukannya bukti.

44:38.008 --> 44:40.135
Jadi, salah satu perkara
yang kami cuba buat

44:40.219 --> 44:43.347
ialah membuat saksi-saksi
berpihak kepada kami,

44:43.430 --> 44:46.934
cuba memahami mereka di sana
untuk menceritakan kebenaran.

44:47.017 --> 44:50.354
Yang lain cuma gangguan.
Abaikan saja.

44:51.939 --> 44:54.108
Saya gementar ketika bercakap
di khalayak ramai.

44:54.191 --> 44:57.027
Saya tak suka beri keterangan.
Saya takut.

44:57.903 --> 45:00.280
Saya tahu En. Spector ada sumber
yang tak terhad.

45:00.364 --> 45:05.619
Jadi, dia mengupah peguam yang mahal,
cekap dan agresif.

45:05.703 --> 45:07.705
Jadi, saya ada kekurangan.

45:08.414 --> 45:12.167
Ada beberapa peraturan mudah
dalam memberi keterangan yang saya patuhi.

45:12.251 --> 45:15.921
Dengar soalan, jawab soalan, diam.

45:16.463 --> 45:18.549
Saya beri keterangan.
Saya agak gementar juga.

45:19.425 --> 45:23.053
Mark Lillienfeld berada di kandang saksi.

45:23.137 --> 45:25.013
Semasa perbicaraan,

45:25.097 --> 45:28.809
dia diminta menggambarkan sesuatu
tentang Lana,

45:29.518 --> 45:33.731
dia tersasul dan menyebut "kakinya"
dan bukannya "tangannya".

45:35.983 --> 45:39.862
Saya menyebut tangan wanita ini kaki
macam kaki anjing.

45:39.945 --> 45:42.406
Sebab saya gementar dan juga bodoh.

45:43.157 --> 45:46.368
Saya pandang orang lain
dan maknya memandang saya.

45:46.452 --> 45:49.705
Mak dia nampak terkejut dan tak percaya.

45:49.788 --> 45:52.666
"Awak panggil tangan mendiang anak saya
sebagai kaki"

45:52.750 --> 45:55.169
Saya duduk di situ dan termenung.

45:56.670 --> 45:59.256
Ya. Itu bukan saat terbaiknya.

45:59.757 --> 46:01.884
Beliau memperbetulkan keadaan
dengan segera.

46:02.676 --> 46:04.845
Mark rasa kecewa.

46:04.928 --> 46:09.725
Itu kali pertama saya…
Saya terpaksa menenangkan dia.

46:09.808 --> 46:11.143
Dia rasa sangat bersalah.

46:11.894 --> 46:16.023
Dia cuma pencinta anjing,
dia bela anjing sepanjang hidupnya.

46:16.523 --> 46:19.443
Saya digelar sempena nama anjing.
Saya bermimpi tentang anjing.

46:20.235 --> 46:21.612
Saya ada masalah anjing.

46:22.821 --> 46:26.074
Mak Lana Clarkson,
satu-satunya yang penting bagi saya…

46:26.158 --> 46:27.159
Saya minta maaf.

46:27.242 --> 46:30.454
Saya masih ingat lagi,
dia berjumpa saya dan dia sangat baik.

46:30.537 --> 46:31.914
Saya sangat bersyukur.

46:32.831 --> 46:34.333
Saya baru bercakap dengan dia,

46:34.416 --> 46:38.462
saya sangat berbesar hati
dapat menyertai siasatan homisid

46:38.545 --> 46:42.049
seorang mangsa yang sangat baik.

46:42.132 --> 46:46.011
Saya gembira kerana dapat
memahami kehidupannya

46:46.094 --> 46:49.056
dan bagaimana dia menyentuh
kehidupan orang lain.

46:54.853 --> 46:58.148
Perbicaraan itu mengambil masa yang lama,
beberapa bulan.

46:58.232 --> 46:59.399
Ada ramai saksi.

46:59.483 --> 47:04.738
Pihak pembela membawa ramai pakar
dari seluruh Amerika Syarikat.

47:04.821 --> 47:07.032
Ratusan ribu dolar dibelanjakan.

47:07.825 --> 47:11.119
Mereka merupakan orang yang terkenal
dalam bidang kepakaran mereka

47:11.203 --> 47:13.872
dan mereka membuktikan
bahawa wang sangat penting.

47:13.956 --> 47:17.960
Mereka sanggup menipu untuk wang.

47:18.043 --> 47:19.628
PAKAR PATOLOGI FORENSIK

47:19.711 --> 47:24.675
Apabila kita berpegang pada objektif,
bukti saintifik,

47:25.968 --> 47:27.094
ini kes bunuh diri.

47:27.928 --> 47:30.013
Kami bukan hanya mendakwa kes.

47:30.097 --> 47:31.807
Kami pertahankan kebenaran.

47:33.725 --> 47:37.813
Satu-satunya pembelaan
yang mereka boleh bentangkan

47:38.480 --> 47:41.400
bagaimana pistol itu meledak

47:41.483 --> 47:44.236
di dalam mulutnya
ialah perbuatannya sendiri.

47:45.821 --> 47:48.156
Kami tahu pihak pembela
akan memburuk-burukkan Lana.

47:48.240 --> 47:49.116
Mereka terpaksa.

47:49.199 --> 47:52.703
Mereka perlu mereka cerita bohong
yang mengatakan individu ini tertekan

47:52.786 --> 47:55.956
dan mahu menamatkan riwayat hidupnya

47:56.039 --> 47:57.833
dan dia tiada apa-apa untuk hidup.

47:58.750 --> 48:01.920
Mereka memainkan video.

48:02.004 --> 48:04.631
Saya takkan jadi hamba dan pelacur.

48:05.799 --> 48:10.137
Isteri Phil Spector pada masa itu
duduk di belakang pasukan pertahanan

48:10.637 --> 48:13.891
dan dia mula ketawa terbahak-bahak
dan ketawakan Lana.

48:13.974 --> 48:15.976
Awak memang bijak.

48:16.685 --> 48:18.478
Bukan dengan Lana, tapi pada Lana.

48:19.271 --> 48:23.525
Pihak pembela sengaja buat begitu
untuk mengejek

48:23.609 --> 48:26.194
dan mengatakan dia perempuan yang lemah,

48:26.278 --> 48:28.906
pelakon sampingan yang serba kekurangan

48:28.989 --> 48:31.033
dan tiada aspirasi kerjaya atau peluang.

48:33.035 --> 48:35.871
Saya tahu Donna dan keluarganya kecewa.

48:36.747 --> 48:39.333
Apabila kawan baik anda dibunuh

48:39.416 --> 48:42.377
dan imejnya tercemar dalam proses itu

48:42.461 --> 48:45.672
dan anda mendengar perkara ini di mahkamah

48:45.756 --> 48:48.258
di mana mereka
membentangkan cerita tentang dia,

48:48.342 --> 48:51.428
agak menyakitkan
sebab anda tahu semua itu tak benar.

48:52.262 --> 48:57.142
Saya sangat kecewa
kerana saya tak dapat melindungi dia

48:57.225 --> 49:00.729
dan melindungi reputasinya
dengan cara yang dia berhak dilindungi.

49:02.397 --> 49:04.483
SEPTEMBER 2007
BULAN KELIMA DALAM PERBICARAAN

49:04.566 --> 49:08.445
Di California, peguam bela Phil Spector
telah selesai membentangkan kes.

49:09.780 --> 49:14.284
Anda bertemu 12 orang yang tak dikenali
dan mereka bukannya saling mengenali…

49:14.368 --> 49:17.537
Sukar untuk buat orang bersetuju, bukan?

49:17.621 --> 49:20.874
Jadi, saya tak pernah anggap
yang semuanya mudah.

49:20.958 --> 49:23.043
Saya tahu kami dah kumpulkan
bukti yang betul.

49:23.126 --> 49:26.171
Saya tahu kami ada rangka tindakan
yang tepat untuk perbicaraan itu.

49:26.254 --> 49:29.508
Saya tahu para saksi,
semua wanita yang beri keterangan,

49:29.591 --> 49:30.842
Adriano De Souza,

49:31.343 --> 49:34.763
semua orang buat apa yang sepatutnya,

49:35.305 --> 49:38.558
dan saya fikir,
"Kes ini sepatutnya agak mudah."

49:39.059 --> 49:42.020
Para juri memiliki semua alat
yang mereka perlukan.

49:43.855 --> 49:45.065
Pada hari pertama.

49:47.484 --> 49:51.363
Keyakinan saya mula goyah pada hari kedua

49:51.863 --> 49:53.407
dan masuk ke hari ketiga.

49:55.200 --> 49:56.952
Pada mulanya, beberapa hari diperlukan

49:57.035 --> 49:59.830
hanya kerana mereka perlu meneliti
setiap bukti.

50:01.581 --> 50:03.291
Tapi selepas itu…

50:04.751 --> 50:07.713
Hari kelima, ketujuh, kelapan, kesembilan.

50:07.796 --> 50:09.423
Ketika itu, saya tertekan.

50:09.506 --> 50:13.093
Saya terfikir, "Di mana salah saya?
Kenapa lama sangat?"

50:14.386 --> 50:17.139
Apabila ketua juri
melaksanakan undian awal,

50:17.639 --> 50:19.016
agak mengecewakan.

50:19.516 --> 50:20.892
Kami tak bersepakat.

50:21.601 --> 50:25.022
Empat bersalah, lima tak bersalah,
empat belum buat keputusan.

50:25.981 --> 50:30.652
Ia seperti perbicaraan kedua
yang berlaku semasa perbincangan.

50:30.736 --> 50:34.322
Ada antara kami di bilik juri
terpaksa mengadili semula

50:34.906 --> 50:37.492
untuk juri yang tak faham

50:37.576 --> 50:39.870
atau terpedaya dengan maklumat salah

50:39.953 --> 50:43.665
yang diberikan oleh pakar
daripada pihak pembelaan.

50:44.374 --> 50:47.753
Saya rasa jika mereka ulang penipuan
dengan cara berbeza dan agak kerap,

50:47.836 --> 50:49.254
semua itu akan menjadi fakta.

50:50.422 --> 50:56.845
Itu pengalaman paling lama
dan menyakitkan pernah saya lalui.

50:58.138 --> 51:02.517
Kami perlu buat kerja kami
berdasarkan bukti yang dibentangkan.

51:04.102 --> 51:06.563
Saat ini menyedarkan kami.

51:07.064 --> 51:08.398
Saya tahu situasi itu serius.

51:08.482 --> 51:11.777
Saya jujur dalam memberikan keputusan.

51:12.569 --> 51:16.073
Perbalahan semakin memuncak
sehingga kami terpaksa keluar dari situ.

51:16.156 --> 51:19.659
Kami berbincang selama 14 hari.
Sudah terlalu lama.

51:20.619 --> 51:23.580
Saya tekan pembaz. Muktamad.

51:24.039 --> 51:27.292
Kali ini, saya dapati
juri tak dapat membuat keputusan

51:27.375 --> 51:29.211
dan isytiharkan perbicaraan silap.

51:33.423 --> 51:35.801
Saya fikir kami akan mendapat
keputusan yang mudah.

51:35.884 --> 51:37.094
JURI NOMBOR SEMBILAN

51:37.177 --> 51:38.178
Tapi tidak.

51:39.346 --> 51:43.183
Saya dihina oleh pembelaan
dan isu yang mereka lontarkan.

51:44.643 --> 51:47.646
Saya rasa cukuplah.

51:50.565 --> 51:53.235
Apabila tukul kayu terkena terasnya,

51:53.318 --> 51:55.445
saya rasa sangat gementar

51:55.529 --> 51:57.697
dan saya fikir, "Saya gagal."

51:59.616 --> 52:01.827
Semua orang buat apa yang sepatutnya

52:01.910 --> 52:05.080
dan saya rasa saya yang gagal

52:05.163 --> 52:07.833
kerana tak dapat menyelesaikannya.

52:07.916 --> 52:10.585
Itu saat yang paling teruk
dalam kerjaya saya.

52:12.712 --> 52:16.299
Saya naik ke atas
dan mula mengemas beg saya.

52:16.800 --> 52:19.344
Saya mahu pihak media beredar dahulu.

52:20.136 --> 52:24.766
Ada seorang wartawan yang menunggu
dengan mikrofon dan kamera.

52:25.392 --> 52:29.396
Semasa saya berjalan ke kereta,
dia bertanya,

52:29.479 --> 52:32.732
"En. Jackson, awak mahu cuba sekali lagi?"

52:32.816 --> 52:35.777
Saya berhenti dan saya berkata,

52:35.861 --> 52:39.322
"Saya akan cuba
sebanyak mungkin untuk dapatkan keadilan,"

52:39.406 --> 52:40.282
dan terus berjalan.

52:46.454 --> 52:49.082
Kami takkan berhenti
kerana juri tak sepakat.

52:49.165 --> 52:50.375
Itu takkan berlaku.

52:51.501 --> 52:56.006
Jadi, kami kuatkan semangat
dan menyusun semula kes itu.

52:56.089 --> 52:58.550
Setahun setengah kemudian,
kami cuba sekali lagi.

52:58.633 --> 53:01.136
SEDIA UNTUK PERBICARAAN SEKALI LAGI

53:04.055 --> 53:06.266
Pada perbicaraan pertama,
daripada 12 orang juri,

53:06.349 --> 53:08.685
sepuluh orang juri mengundi bersalah.

53:08.768 --> 53:13.899
Jadi, saya buat kesimpulan
yang kami tak sebarang kesilapan.

53:14.482 --> 53:17.485
Mari kita pilih juri baharu untuk kes ini

53:17.569 --> 53:21.239
dengan cara yang sama, kali kedua.
Itu yang kami buat.

53:22.782 --> 53:25.202
Saya tak mengharapkan apa-apa
dalam perbicaraan kedua.

53:25.869 --> 53:27.829
Walaupun biasa sahaja,

53:28.371 --> 53:30.916
tapi kedua-dua perbicaraan ini
mengusik emosi saya.

53:33.627 --> 53:35.420
Juri sedang berbincang.

53:36.296 --> 53:39.716
Saya menonton perlawanan besbol
anak lelaki saya.

53:40.634 --> 53:43.178
Semasa kes ini keluar,
dia berusia 11 tahun.

53:44.387 --> 53:46.264
Sekarang umurnya 16 tahun.

53:47.682 --> 53:49.184
Telefon saya tak henti berdering.

53:50.143 --> 53:52.229
"Hei, mereka dah buat keputusan."

53:53.355 --> 53:54.606
Saya duduk saja.

53:55.732 --> 53:56.983
Saya dah fikirkannya.

53:57.943 --> 54:00.737
Saya masih ada perbicaraan
dan keputusan yang lain.

54:01.279 --> 54:05.075
Saya terfikir, peluang menonton
perlawanan besbol anak saya amat berharga.

54:05.992 --> 54:09.454
Saya kata,
"Tidak, saya akan tonton di televisyen."

54:14.167 --> 54:16.753
Anak lelaki dan anak perempuan saya
ada di sebelah.

54:17.254 --> 54:18.922
Kami menanti dengan debaran.

54:22.092 --> 54:26.596
Kami, juri kes ini
mendapati defendan, Phillip Spector,

54:27.138 --> 54:30.183
bersalah atas pembunuhan tahap kedua
Lana Clarkson.

54:34.020 --> 54:37.857
Apabila mereka menyebut bersalah,
saya rasa sangat lega.

54:37.941 --> 54:42.862
Saya tak percaya.
Akhirnya, kami dapat keputusan yang benar.

54:43.738 --> 54:47.993
Keluarganya gembira pihak juri
menolak pemutarbalikan fakta

54:48.076 --> 54:50.453
yang mempersendakan hidup Lana Clarkson

54:50.537 --> 54:52.122
dalam perbicaraan ini,

54:52.205 --> 54:54.541
perbicaraan lepas
dan berlangsung selama enam tahun.

54:55.500 --> 54:59.546
Walaupun anda terkenal, kaya
atau dianggap sebagai selebriti,

55:00.672 --> 55:02.799
anda akan dibicarakan

55:03.299 --> 55:05.552
dan anda akan bertanggungjawab
atas tindakan anda.

55:06.594 --> 55:10.473
Ini sabitan selebriti pertama
dalam 40 tahun.

55:10.557 --> 55:14.728
Jelas sekali, ini pencapaian penting
bagi semua yang terlibat.

55:14.811 --> 55:16.938
Lega rasanya apabila mengetahui

55:17.022 --> 55:20.233
yang kita boleh memfailkan kes
di Los Angeles

55:20.317 --> 55:24.195
terhadap selebriti kaya dan berkuasa

55:24.696 --> 55:28.867
dan berpuas hati
kerana kebenaran akan terbongkar.

55:30.577 --> 55:32.954
En. Spector dipenjara 19 tahun.

55:36.207 --> 55:37.208
Sebenarnya…

55:37.292 --> 55:41.755
fokus undang-undang adalah pada hukuman,
bukan pemulihan.

55:41.838 --> 55:44.966
Dikurung dalam sel
dan berfikir tentang kesalahan anda

55:45.050 --> 55:48.053
sepanjang hidup sehingga mati

55:48.136 --> 55:49.929
dan anda bawa ke dalam kubur.

55:50.013 --> 55:52.599
Dia dapat apa yang sepatutnya.

56:07.405 --> 56:09.991
Saya berhenti sebelum kes itu dibicarakan.

56:10.492 --> 56:11.701
Saya menghidap PTSD.

56:13.745 --> 56:16.539
Saya terlalu tertekan untuk pekerjaan itu.

56:17.165 --> 56:19.125
Danny bersara muda.

56:20.627 --> 56:23.630
Saya rasa Mark pernah berkata,

56:23.713 --> 56:26.257
"Setiap individu
mempunyai bilangan mayat."

56:26.758 --> 56:29.636
Bilangan itu berbeza untuk semua orang,
tapi pada satu ketika,

56:29.719 --> 56:31.554
anda akan mencapai hadnya.

56:32.972 --> 56:35.934
Kerja ini, kerja yang hebat

56:36.017 --> 56:39.145
dan bagus untuk saya dan keluarga saya,

56:39.229 --> 56:42.524
tapi amat melelahkan

56:42.607 --> 56:44.609
dan berbahaya daripada segi emosi.

56:47.570 --> 56:49.739
Kawan saya ada yang membunuh diri,

56:49.823 --> 56:52.283
ada yang minum alkohol sampai mati.

56:52.367 --> 56:54.994
Meskipun tidak disebut bunuh diri,
tapi itulah hakikatnya.

56:56.371 --> 56:58.998
Kes bunuh diri anggota penguat kuasa
meningkat setiap tahun

56:59.082 --> 57:01.209
berbanding kematian semasa bertugas.

57:01.292 --> 57:02.836
Memang ketara.

57:03.419 --> 57:06.297
Untuk berjaya seperti Mark,
anda perlu menjadi seperti dia,

57:06.381 --> 57:09.300
di mana anda boleh tepis segalanya.

57:14.722 --> 57:19.811
Pada tahun 1994,
saya baru menjadi detektif homisid.

57:19.894 --> 57:21.771
Baru dua tahun saya menyiasat pembunuhan.

57:22.355 --> 57:25.608
Saya dan rakan baharu saya menyiasat

57:25.692 --> 57:28.319
kes pembunuhan Mickey dan Trudy Thompson.

57:28.403 --> 57:29.821
Ini kes berprofil tinggi.

57:30.947 --> 57:35.326
Ketika itu, saya tahu
Mickey Thompson seorang legenda.

57:35.410 --> 57:38.621
Isterinya, Trudy, juga terlibat
dalam mempromosikan acara itu.

57:38.705 --> 57:41.374
Pembunuhan serang hendap Thompson
dan isterinya, Trudy,

57:41.457 --> 57:43.918
di jalan masuk rumah pasangan itu
di Bradbury.

57:44.002 --> 57:46.212
Mereka membunuh Trudy dahulu.

57:46.296 --> 57:49.299
Semua itu dirancang untuk menyeksa ayah
dan cara itu berjaya.

58:30.590 --> 58:32.258
Terjemahan sari kata oleh GG
yeksa ayah
dan cara itu berjaya.
