WEBVTT

00:07.632 --> 00:09.759
JABATAN SYERIF DAERAH LOS ANGELES

00:09.843 --> 00:12.470
MERUPAKAN JABATAN SYERIF TERBESAR
DI NEGARA INI,

00:12.554 --> 00:15.014
BERKHIDMAT UNTUK DAERAH
YANG PALING RAMAI PENDUDUKNYA.

00:15.098 --> 00:18.184
MEREKA MENYIASAT PEMBUNUHAN
YANG PALING KEJAM DAN RUMIT.

00:18.268 --> 00:21.604
INI KISAH MEREKA.

00:38.580 --> 00:42.625
2 MEI 2012

00:43.626 --> 00:48.840
Kali pertama saya dengar
tentang kehilangan Gavin pada hari Rabu.

00:49.758 --> 00:52.427
Isterinya, Lisa, telah menelefon saya

00:52.927 --> 00:56.556
dan bertanya jika saya
ada mendengar apa-apa dari Gavin

00:56.639 --> 00:57.932
dan saya jawab, "Tidak."

00:58.016 --> 00:59.434
Saya tanya, "Kenapa?"

00:59.517 --> 01:04.147
Dia kata Gavin tidak menjemput
salah seorang anaknya dari sekolah.

01:04.731 --> 01:07.400
Smith terkenal di kalangan
komuniti Calabasas,

01:07.484 --> 01:10.779
dia menyukai golf dan pantai,
personalitinya disenangi ramai.

01:10.862 --> 01:13.239
Selasa malam, dia dilihat meninggalkan
rumah kawannya

01:13.323 --> 01:15.950
di kejiranan Oak Park dekat Agoura Hills.

01:16.034 --> 01:17.410
STUDIO FOX

01:17.494 --> 01:22.290
Gavin Smith seorang eksekutif Fox.
Dia seorang lelaki yang hebat.

01:23.333 --> 01:27.629
Kami perlu fikirkan,
"Apa sebabnya lelaki ini hilang?"

01:27.712 --> 01:29.923
Itulah misterinya.

01:31.299 --> 01:34.177
Saya cuba hubungi dia.

01:34.260 --> 01:37.097
Saya akan tinggalkan pesanan untuk minta

01:37.180 --> 01:40.183
dia telefon,
mesej dan beritahu semuanya okey.

01:40.266 --> 01:45.104
Eksekutif 20th Century Fox hilang
selepas memandu kereta Mercedes hitamnya.

01:46.981 --> 01:48.817
Tiada siapa dengar khabar dia.

01:49.943 --> 01:51.945
Tiada panggilan telefon,
mesej atau apa-apa.

01:52.529 --> 01:56.032
Kes ini merupakan kes kehilangan
orang dewasa yang mencurigakan.

01:56.116 --> 01:58.618
Anda perlu kaji semua kemungkinan.

01:59.244 --> 02:02.413
Saya tak pernah sangka

02:02.497 --> 02:05.458
kejadian seperti ini boleh berlaku.

02:09.921 --> 02:14.509
Jabatan Syerif Daerah Los Angeles
sememangnya yang terbaik.

02:18.555 --> 02:21.850
Beberapa kes berprofil tinggi
dibicarakan di Los Angeles.

02:24.602 --> 02:27.772
Anda perlu berikan komitmen 110 peratus.

02:30.608 --> 02:33.528
Ini pembunuhan.
Tiada lagi jenayah paling serius.

02:35.613 --> 02:40.535
Semua ini melibatkan semangat
dan rasa tanggungjawab.

02:42.871 --> 02:45.165
Keadilan datang
daripada mencari kebenaran.

02:57.844 --> 03:02.015
Pada bulan Mei 2012,
saya baru selesaikan satu tugasan khas

03:02.098 --> 03:04.184
daripada pasukan petugas yang saya sertai

03:04.267 --> 03:07.520
dan saya ditugaskan semula
ke bahagian ini.

03:09.314 --> 03:12.609
Dalam kes Gavin Smith ini,

03:12.692 --> 03:14.861
dia hilang selama seminggu

03:15.445 --> 03:18.948
dan kes itu sampai
kepada Unit Orang Hilang.

03:20.033 --> 03:22.327
Apabila dilihat lebih dekat,

03:22.410 --> 03:25.997
penyiasat melaporkannya
kepada penyelia kami.

03:26.080 --> 03:27.665
Ketika itulah saya terima panggilan

03:27.749 --> 03:31.336
untuk melihatnya sebagai kes orang hilang
dalam "keadaan mencurigakan".

03:36.215 --> 03:39.510
Semua kes orang hilang
datang kepada Unit Orang Hilang.

03:40.970 --> 03:42.764
Apabila ada kes seperti itu,

03:42.847 --> 03:45.808
anda sentiasa berharap yang terbaik,
mangsa dijumpai hidup-hidup.

03:46.601 --> 03:48.519
Anda dah dewasa,
anda bebas ke mana saja

03:48.603 --> 03:52.232
dan tak perlu laporkan kepada sesiapa

03:52.315 --> 03:54.651
melainkan dalam parol
atau percubaan, bukan?

03:54.734 --> 03:59.322
Jika ada orang hilang, persoalannya ialah,
"Kenapa orang ini hilang?"

03:59.948 --> 04:03.910
Apa yang membawa kes ini
kepada pasukan homisid

04:03.993 --> 04:05.787
ialah wujudnya aspek perbuatan khianat.

04:07.288 --> 04:09.082
2 MEI 2012
GAVIN SMITH DILAPORKAN HILANG

04:09.165 --> 04:11.250
9 MEI 2012
KES SMITH DISERAHKAN KEPADA TY LABBE

04:11.334 --> 04:13.461
Kami perlukan bantuan orang awam…

04:13.544 --> 04:14.545
ISTERI GAVIN

04:14.629 --> 04:17.715
…untuk memberi maklumat tentang keberadaan

04:17.799 --> 04:20.843
ayah mereka, suami saya, Gavin Smith.

04:21.511 --> 04:25.014
Saya dan rakan setugas saya,
John O'Brien dapat kes ini.

04:25.098 --> 04:28.810
Kami bercakap dengan detektif kes ini

04:28.893 --> 04:32.230
dan kemudian kami berjumpa
isteri Gavin Smith.

04:33.398 --> 04:37.360
Kami berjumpa dengannya
di komuniti berpagar

04:37.443 --> 04:39.153
di Lembah San Fernando.

04:39.821 --> 04:42.657
Lembah San Fernando
berkeluasan kira-kira 321 kilometer

04:42.740 --> 04:45.994
dan terletak di bahagian utara
bandar Los Angeles.

04:46.077 --> 04:49.664
Lembah San Fernando barat
kebanyakannya dipenuhi kediaman,

04:49.747 --> 04:54.502
kelas menengah atas, komuniti bilik tidur
yang biasa di Amerika

04:54.585 --> 04:57.463
hanya kerana keluarga Kardashian
tinggal di Calabasas.

04:59.424 --> 05:03.136
Apabila kami bercakap dengan Lisa
pada kali pertama, jelas sekali dia sedih,

05:03.219 --> 05:04.804
sama seperti orang lain.

05:04.887 --> 05:06.597
Kami cuba tenangkan dia,

05:06.681 --> 05:10.560
kami beritahu dia
kami akan membantu mencari suaminya.

05:10.643 --> 05:13.146
Mereka dalam krisis. Anaknya ada di sana.

05:13.229 --> 05:16.357
Kakak Gavin, Tara ada di sana.

05:16.441 --> 05:19.902
Mereka sangat membantu,
memberi kami banyak maklumat.

05:21.654 --> 05:24.449
Kami dapat tahu dia atlet yang luar biasa.

05:25.033 --> 05:27.035
Bola keranjang menjadi hidupnya.

05:27.118 --> 05:30.455
Dia pemain All-American
dan dia bermain untuk UCLA.

05:30.538 --> 05:31.664
KEJOHANAN NCAA 1975

05:31.748 --> 05:34.751
Dia memang menawan

05:35.251 --> 05:37.337
tapi bukan sebab ketinggiannya.

05:37.420 --> 05:40.882
Dia lelaki yang sangat kacak.

05:41.507 --> 05:45.261
Senyumannya sangat menawan.

05:46.512 --> 05:48.389
Kami tinggal di San Pedro.

05:48.473 --> 05:51.976
Kami tinggal sepuluh minit
dari restoran Ports O' Call.

05:52.060 --> 05:56.356
Di situlah Gavin bekerja ketika itu
dan Lisa datang ke sana.

05:56.439 --> 05:58.066
Dia melepak di bar.

05:58.149 --> 06:03.780
Gavin seorang pelayan bar.
Mereka serasi dan begitulah mulanya.

06:03.863 --> 06:07.408
Anak pertama mereka dilahirkan
selepas dua tahun.

06:07.492 --> 06:08.910
Mereka saling mencintai.

06:10.036 --> 06:12.163
Dia berlakon dalam beberapa buah filem.

06:12.246 --> 06:14.457
Dia berlakon dalam filem Glitz.

06:16.209 --> 06:17.710
Apa sebabnya?

06:17.794 --> 06:22.757
Dia juga seorang pelagak ngeri
dan belakangnya patah.

06:23.508 --> 06:25.218
Agak dahsyat.

06:25.301 --> 06:29.597
Tapi itu merupakan titik perubahan baginya
kerana dia terbaring untuk masa yang lama.

06:31.599 --> 06:35.103
Saya rasa dia sedar
berlakon tak sesuai untuk dirinya.

06:35.186 --> 06:39.857
Akhirnya dia dapat kerja
di 20th Century Fox.

06:40.650 --> 06:45.947
Dia menguruskan pengedaran filem
untuk Pantai Barat.

06:46.030 --> 06:49.367
Dia suka berada dalam industri filem.

06:52.078 --> 06:55.289
Lisa beritahu kami Gavin tak datang kerja

06:55.373 --> 06:57.291
dan tak bercakap dengan sesiapa.

06:57.375 --> 06:59.794
Memang pelik.

06:59.877 --> 07:04.173
Gavin juga tidak mengambil anaknya
dari sekolah

07:04.257 --> 07:05.633
dan itu seumpama bendera merah

07:05.716 --> 07:09.053
sebab Gavin yang dikenalinya
takkan menghilang begitu sahaja.

07:10.471 --> 07:11.973
Memang pelik

07:12.056 --> 07:15.726
apabila individu seperti dia
tidak muncul di tempat kerja

07:15.810 --> 07:20.148
atau tidak datang menjemput anak mereka
atau lenyap begitu sahaja.

07:21.732 --> 07:25.820
Lisa beritahu kami
tentang hubungan sulit yang berlaku

07:26.529 --> 07:28.531
dan dia rasa terpinggir

07:28.614 --> 07:31.284
lalu dia keluar dari rumah
buat sementara waktu.

07:31.367 --> 07:33.411
Dia pernah curang. Isterinya dapat tahu.

07:33.494 --> 07:35.413
Dia berjanji dia akan berubah.

07:36.247 --> 07:38.624
Lisa dapat tahu dia curang lagi,
setahun kemudian

07:38.708 --> 07:40.751
dengan seorang wanita bernama Melanie.

07:41.419 --> 07:44.630
Apabila dia dapat tahu,
dia halau suaminya keluar.

07:45.882 --> 07:49.802
Kemudian dia tinggal bersama
rakan sekerjanya

07:49.886 --> 07:53.389
dan kali terakhir dia nampak Gavin

07:53.472 --> 07:55.850
kira-kira pukul 10 malam pada 1 Mei.

07:57.310 --> 08:00.563
Dia sedang keringkan baju dan dia…

08:00.646 --> 08:02.106
dia pergi.

08:03.858 --> 08:08.488
Pada malam sebelum Gavin hilang,
saya ada bercakap dengannya.

08:08.988 --> 08:13.826
Saya dapat rasakan
yang dia tidak keruan pada masa itu

08:13.910 --> 08:18.706
dan dia agak bercelaru
tentang keputusan yang dia buat.

08:18.789 --> 08:22.043
Dia beritahu saya
tentang hubungan dia dengan Melanie.

08:22.543 --> 08:25.463
Apa yang saya faham,
dia telah pun memutuskan hubungan itu

08:25.546 --> 08:32.220
dan dia tahu
dia perlu kembali kepada keluarga

08:32.303 --> 08:37.016
dan menyambung ikatan suci itu
serta menjadi bapa yang baik.

08:37.099 --> 08:39.185
Itu saja yang dia nak buat.

08:41.979 --> 08:42.855
Maaf.

08:47.944 --> 08:49.737
Dia…

08:50.863 --> 08:53.282
sangat menyayangi anak-anaknya

08:54.909 --> 08:57.203
dan anak-anak perempuan saya

08:57.286 --> 08:59.330
seperti anak sendiri.

09:00.623 --> 09:04.293
Itu salah satu perkara yang saya tahu,

09:04.835 --> 09:07.463
sebagai bapa, dia dah buat yang terbaik.

09:11.676 --> 09:13.678
Ada benda pelik berlaku di sini.

09:13.761 --> 09:17.598
Dia lari dengan salah seorang wanita ini
atau seseorang?

09:17.682 --> 09:19.934
Adakah dia mahu bersendirian?

09:20.017 --> 09:22.562
Dia bunuh diri?

09:22.645 --> 09:25.982
Lisa marah. Dia pernah curang dua kali.

09:26.482 --> 09:28.109
Dia yang aturkan semua ini?

09:28.192 --> 09:32.029
"Jantan tak guna.
Aku nak upah orang menculiknya."

09:32.113 --> 09:35.199
Atau, "Aku nak meracuni dia."
Entahlah. Boleh jadi apa saja.

09:35.783 --> 09:38.995
Ada banyak tindakan susulan
yang kami perlu buat

09:39.078 --> 09:40.871
untuk mengecualikan sesiapa ketika itu.

09:40.955 --> 09:43.040
SYERIF
TEMPAT LETAK KERETA AWAM

09:43.124 --> 09:45.376
Kami sedang menyiasat petunjuk…

09:46.002 --> 09:48.963
dan semua maklumat yang kami kumpul

09:49.046 --> 09:52.800
tentang orang yang dikenalinya
dan yang dia pernah kenal dulu.

09:55.261 --> 09:58.222
Kali pertama kami bercakap dengan Lisa,
dia beritahu kami,

09:58.306 --> 10:01.392
"Suami saya ada hubungan sulit
dengan Melanie

10:01.475 --> 10:03.769
dan mungkin awak mahu bercakap dengannya."

10:05.104 --> 10:06.105
Itu yang kami buat.

10:09.233 --> 10:13.988
Dia turun dengan memakai
baju pijama putih berlabuci

10:14.071 --> 10:16.449
yang hampir 100 peratus jarang

10:16.532 --> 10:23.122
dan kami duduk di depan wanita
yang sangat seksi dan menggoda.

10:23.205 --> 10:26.917
Anda cuba bersikap profesional
sambil bertanya semua soalan ini

10:27.001 --> 10:31.088
dan anda terfikir, "Ini cuma satu lagi
episod dalam kehidupan seorang polis."

10:31.172 --> 10:35.384
Anda pandang rakan sekerja anda dan kata,
"Aduhai, jangan sentuh aku sekarang.

10:35.468 --> 10:39.513
Aku nak balik ke rumah
dan jumpa isteri aku. Aku tak tahan."

10:45.519 --> 10:47.855
Melanie berterus terang dengan mereka.

10:47.938 --> 10:50.900
Dia kata, "Ya, kami ada hubungan sulit."

10:50.983 --> 10:55.029
Gavin mengalami tekanan perasaan

10:55.655 --> 11:01.160
tapi dia tak mahu menimbulkan masalah
dalam perkahwinan Gavin.

11:01.827 --> 11:05.081
Dia beritahu Gavin, "Sudahlah.
Saya tak mahu terlibat dalam drama ini."

11:06.332 --> 11:08.584
Selepas bercakap dengan Melanie,

11:08.668 --> 11:11.921
saya tak rasa dia sembunyikan apa-apa,

11:12.004 --> 11:14.632
tapi kami tak boleh ketepikan
kemungkinan dia pun terlibat.

11:14.715 --> 11:17.093
Terlalu banyak perkara lain
yang perlu dibuat.

11:19.136 --> 11:22.056
Mereka menampal
gambar Gavin Smith dan keretanya.

11:23.766 --> 11:27.561
Lisa dan anaknya, Austin
mengetuai sukarelawan di Sylmar.

11:27.645 --> 11:29.230
Keluarganya menunggu.

11:29.313 --> 11:30.356
ANAK LELAKI GAVIN

11:30.439 --> 11:32.983
Kami sayang dia sepenuh hati.
Memang sukar, tapi…

11:33.734 --> 11:36.570
Saya cuma fikirkan saat-saat manis
bersamanya

11:36.654 --> 11:39.448
dan kalau ayah dijumpai,
kami akan habiskan masa bersama.

11:40.741 --> 11:44.412
Lisa cuba yang terbaik
untuk mengumpul maklumat.

11:45.371 --> 11:48.999
Saya tahu mereka memerlukan sokongan

11:49.083 --> 11:52.837
dan saya akan turun ke sana
dan terus ke sana

11:52.920 --> 11:56.674
untuk mencari atau bercakap
dengan sesiapa pun.

11:56.757 --> 12:00.302
Saya cuba sedaya upaya untuk mencarinya.

12:00.386 --> 12:01.637
Dia hilang.

12:01.721 --> 12:04.723
Sebenarnya dia tidak mempunyai
papan panjang ini.

12:04.807 --> 12:08.060
Lisa Smith yakin ada orang
di luar sana tahu sesuatu.

12:08.561 --> 12:13.899
10 MEI 2012
GAVIN HILANG: LAPAN HARI

12:13.983 --> 12:16.902
Telefon Gavin Smith
memainkan peranan penting

12:16.986 --> 12:19.613
kerana kami boleh menggambarkan situasi.

12:19.697 --> 12:21.490
Bila telefonnya di luar grid

12:21.574 --> 12:24.785
dan bila kali terakhir dia dilihat

12:24.869 --> 12:27.163
sehingga masa dia hilang?

12:28.873 --> 12:32.960
Beberapa urusan telefon
telah diselesaikan oleh Unit Orang Hilang.

12:33.043 --> 12:37.548
Kami kembali dan sediakan waran geledah
yang lebih menyeluruh.

12:37.631 --> 12:40.885
Kami melihat data telefon Gavin Smith
dan dapat tahu,

12:40.968 --> 12:45.139
"Okey, pada malam telefonnya
berada di luar grid komunikasi,

12:45.222 --> 12:48.809
dia hubungi Lisa,
tiga orang anak lelakinya, Tara

12:48.893 --> 12:51.687
dan seorang wanita
bernama Chandrika Creech."

12:53.147 --> 12:56.025
Kami tahu dia orang terakhir

12:56.108 --> 12:58.360
yang bercakap dengannya
berdasarkan rekod telefon.

12:58.444 --> 13:01.989
Apa yang kami perlu siasat ialah,
"Siapa wanita ini?"

13:08.162 --> 13:13.793
Lisa Smith beritahu kami
yang Gavin bertemu Chandrika

13:14.251 --> 13:18.422
di pusat penyalahgunaan dadah
bernama Matrix.

13:18.964 --> 13:22.051
2 MEI 2012
GAVIN SMITH DILAPORKAN HILANG

13:22.134 --> 13:24.845
GAVIN BERTEMU CHANDRIKA

13:24.929 --> 13:29.433
Dengan semua kesakitan yang Gavin rasakan
kerana tulang belakangnya patah,

13:29.517 --> 13:32.436
malangnya, satu-satunya benda
yang menenangkannya

13:32.520 --> 13:34.563
ketika itu ialah opiat.

13:35.231 --> 13:39.276
Akhirnya dia ketagih

13:40.069 --> 13:44.824
sehingga dia beritahu saya
yang dia berada di pusat pemulihan.

13:47.201 --> 13:48.327
Semasa dia di sana,

13:48.410 --> 13:50.287
Chandrika masuk ke sana

13:50.371 --> 13:53.290
untuk memperbaiki kehidupan
dan ketagihannya.

13:54.834 --> 14:00.381
Pada mulanya, Chandrika merupakan
ahli kumpulan kaunseling Gavin,

14:00.464 --> 14:03.843
tapi hubungan mereka
menjadi semakin serius

14:03.926 --> 14:08.722
dan Gavin terlibat dengan hubungan
penuh berahi dengan Chandrika.

14:09.848 --> 14:13.727
Lisa bersemuka dengan Gavin
dan dia mengaku.

14:14.687 --> 14:18.774
Hubungan dengan Chandrika
bertahan selama setahun

14:18.858 --> 14:21.443
dan suaminya, John Creech, dapat tahu.

14:21.527 --> 14:25.322
Kemudian, akibat penglibatan Lisa,

14:25.406 --> 14:29.410
dia rasa hubungan itu telah berakhir.

14:29.493 --> 14:34.373
2008 - GAVIN BERTEMU CHANDRIKA
2010 - GAVIN PUTUSKAN HUBUNGAN

14:34.456 --> 14:36.375
2 MEI 2012
GAVIN SMITH DILAPORKAN HILANG

14:36.458 --> 14:40.254
Ada orang hilang dan dia ada
hubungan sulit dengan Chandrika.

14:40.337 --> 14:42.590
Sebab itulah dia pun disyaki.

14:44.008 --> 14:48.387
Jadi, kami pergi menemu bualnya di rumah.

14:51.307 --> 14:56.896
Semasa kami temu bual Chandrika,
emosinya terganggu.

14:57.479 --> 15:02.484
Dia takut, risau dan mengelak.

15:03.444 --> 15:05.195
Emosinya huru-hara.

15:05.821 --> 15:07.239
Dia kata dia berbual dengannya.

15:08.032 --> 15:10.200
Dia tak tahu ke mana dia pergi,

15:10.284 --> 15:12.286
tapi nampak dia ambil berat tentang Gavin.

15:13.454 --> 15:16.415
Dia berkeras yang dia tak tahu
apa yang berlaku kepada Gavin Smith

15:16.498 --> 15:20.127
selepas pertemuan mereka pada 1 Mei 2012.

15:22.463 --> 15:26.550
Semasa sesi temu bual itu,
sebuah kereta hitam berhenti di depan.

15:27.051 --> 15:29.595
Kereta itu berhenti sebentar,
berundur dan pergi.

15:30.220 --> 15:32.931
Semasa perbualan itu,

15:33.015 --> 15:36.143
dia mengaku itu suaminya, John.

15:37.478 --> 15:41.273
Sudah jelas, dialah individu
yang perlu ditemu bual oleh detektif

15:41.357 --> 15:45.486
tapi terbantut sebab dia melarikan diri
dan tindakan itu membuat mereka curiga.

15:46.654 --> 15:49.281
Kemudian, kami dapat tahu
dia bekas banduan.

15:49.365 --> 15:54.244
Dia dibebaskan
oleh Jabatan Polis Glendale.

15:54.328 --> 15:57.748
Dia terlibat dalam transaksi narkotik
dan sebagainya.

15:58.540 --> 16:02.169
Jadi, dengan serta-merta
kami teruja untuk mencari lokasi dia.

16:02.252 --> 16:04.463
Sebagai polis, saya nampak bekas banduan,

16:04.546 --> 16:07.716
saya nampak lelaki
yang ada latar belakang narkotik…

16:07.800 --> 16:11.261
Dia marah isterinya ada hubungan sulit
dengan lelaki ini.

16:11.345 --> 16:14.556
Cakaplah apa-apa sahaja.
Penjenayah tetap penjenayah.

16:14.640 --> 16:17.518
Saya nampak seseorang yang mencurigakan,

16:17.601 --> 16:19.478
dia mungkin penjenayah.

16:19.561 --> 16:22.022
Kami terus mengesyaki dia.

16:30.489 --> 16:33.909
Kami memeriksa rekod panggilan
John Creech.

16:34.576 --> 16:35.953
Apa yang kami perlu siasat

16:36.036 --> 16:41.625
ialah bagaimana telefon John Creech
bertindih dengan pergerakan Gavin Smith

16:41.709 --> 16:44.795
dan frekuensi panggilan
pada malam dia hilang?

16:45.838 --> 16:51.176
Saya mahir dalam analisis telefon
dan pemetaan.

16:51.927 --> 16:54.555
Kami melihat corak yang aneh.

16:58.058 --> 17:02.604
Polis dapat menentukan
pada malam 1 Mei 2012,

17:03.105 --> 17:06.692
Gavin dan Chandrika
ada bersentuhan secara fizikal.

17:06.775 --> 17:11.864
Hakikatnya, telefon Gavin Smith
dan Chandrika berada

17:11.947 --> 17:17.536
di kawasan Hidden Hills
tak jauh dari kediaman Creech

17:17.619 --> 17:21.331
di kawasan yang dianggap "lorong kekasih".

17:22.124 --> 17:25.377
Ke manakah arah tuju telefon John Creech?
Menuju ke…

17:25.461 --> 17:29.673
Alamak! Isyaratnya menuju
ke kawasan Chandrika.

17:30.174 --> 17:35.137
Dalam pemetaan menara sel,
kami letak ketiga-tiga telefon di situ.

17:35.220 --> 17:39.683
Pada masa itu, kami tahu
sesuatu yang buruk telah berlaku.

17:40.267 --> 17:44.313
Walaupun kes ini bermula
sebagai kes orang hilang,

17:44.396 --> 17:46.648
kami tahu apa yang berlaku ketika itu.

17:47.316 --> 17:48.692
Ini satu pembunuhan.

17:48.776 --> 17:51.653
8 JUN 2012
GAVIN HILANG: LIMA MINGGU

17:56.658 --> 18:00.079
Kami tak tahu
di mana John Creech ketika itu

18:00.162 --> 18:02.956
tapi saya dan rakan sepasukan
sudah mempunyai bukti yang cukup

18:03.040 --> 18:07.753
untuk mandapatkan waran geledah
ke atas rumah John dan Chandrika.

18:08.420 --> 18:12.674
Chandrika ada di rumah.
Neneknya yang tua ada di sana.

18:12.758 --> 18:17.846
Penjaga nenek Chandy ada di sana,
Reina Lim.

18:17.930 --> 18:20.265
Jiran mengatakan keluarga yang baik
tinggal di situ,

18:20.349 --> 18:23.811
tapi mereka juga kata pokok renek
dan beberapa buah kamera pengawasan

18:23.894 --> 18:26.230
dan tanda amaran
untuk menjauhi hartanah itu

18:26.313 --> 18:29.149
merupakan antara tanda-tanda
yang menimbulkan kecurigaan.

18:29.233 --> 18:30.234
"Kelakuan tak normal?"

18:30.317 --> 18:34.655
Saya rasa ada kereta yang datang
dan berada di luar buat seketika.

18:35.239 --> 18:39.368
Kami tak jumpa banyak bukti fizikal
untuk membantu kami dalam kes ini

18:39.868 --> 18:42.746
tapi kami dapat mendokumenkan
banyak perkara

18:42.830 --> 18:46.125
yang sangat bermakna
bagi minda seorang penyiasat.

18:46.208 --> 18:49.837
Contohnya, ada jalan mati
dan ada lima buah rumah berdekatan.

18:49.920 --> 18:53.048
Kemudian ada sebuah rumah
yang nampak macam Bellagio.

18:53.549 --> 18:55.801
Sistem kameranya agak rumit.

18:55.884 --> 18:59.012
Rumah itu ada patung gangsa Buddha
berharga lapan ribu dolar

18:59.096 --> 19:00.681
dalam kolam koi di halaman hadapan.

19:00.764 --> 19:01.765
Rumah itu ada parit.

19:01.849 --> 19:05.227
Kolam ditempah khas, mungkin bernilai
200 ribu dolar ketika itu.

19:06.520 --> 19:07.604
Rumah-rumah lain?

19:07.688 --> 19:11.400
Ya, West Hills. Kawasan yang cantik,
tapi tak begitu mewah.

19:11.984 --> 19:13.152
Apa yang kami tahu

19:13.235 --> 19:16.321
ialah Chandrika tak tahu bagaimana
suaminya mampu membayar semua itu

19:16.405 --> 19:19.408
dan dia tak tahu apa pekerjaan suaminya,

19:19.491 --> 19:22.452
apa punca pendapatannya,
kalau dia membayar cukai…

19:22.536 --> 19:26.081
Aduhai, adakah kami bodoh?
Takkan dia begitu bodoh.

19:28.167 --> 19:30.210
Jelas sekali dia berbohong, bukan?

19:31.086 --> 19:34.214
Semasa waran geledah, dia ketakutan.

19:34.298 --> 19:36.300
Dia tak tahu nak buat apa.

19:36.383 --> 19:38.385
Saya tak tahu jika dia terlibat.

19:38.468 --> 19:41.179
Saya tahu dia tahu
dan dia takkan mengalah.

19:41.263 --> 19:44.308
Dia juga beritahu kami
John berada di Chicago.

19:44.391 --> 19:48.437
Dia tak tahu kenapa suaminya
cabut lari dan pergi ke Chicago.

19:48.520 --> 19:50.272
Pelik, bukan?

19:50.355 --> 19:52.441
Kami tak dapat bukti kukuh,

19:52.524 --> 19:55.694
kami tak dapat menangkapnya,

19:55.777 --> 19:59.364
tapi kami dapat banyak maklumat.
Kami tahu kami di jalan yang betul.

20:01.909 --> 20:04.995
Kami masih mencari bantuan orang awam.

20:06.121 --> 20:10.584
Sebarang maklumat yang kami dapat
daripada orang awam, kami alu-alukan.

20:13.378 --> 20:16.423
Kami dapat maklumat
yang Gavin Smith dilihat

20:16.506 --> 20:19.801
di bistro atau kedai kopi di Teluk Morro.

20:24.389 --> 20:26.725
Ada orang nampak dia di Teluk Morro.

20:27.309 --> 20:31.271
Dia pernah belajar di UCLA
dan dia kenal Gavin.

20:31.355 --> 20:34.900
Pelayan di situ
mengesahkan kehadiran Gavin.

20:34.983 --> 20:39.404
Saya rasa lega,
nampaknya dia mahu bersendirian.

20:40.072 --> 20:41.865
Kemudian saya memandu ke sana.

20:42.866 --> 20:45.410
Saya rasa bersemangat

20:45.494 --> 20:47.621
dan teruja.

20:47.704 --> 20:50.916
Kami perlu mengawal
dan menguasai siasatan

20:50.999 --> 20:54.670
dan sedar keadaan akan jadi
tidak terkawal pada bila-bila masa.

20:54.753 --> 20:58.715
Mungkin kecil, mungkin besar,
tapi keadaan akan jadi tak terkawal

20:58.799 --> 21:00.342
dan itulah cara anda mengekangnya.

21:00.926 --> 21:02.552
Anda ketua detektif.

21:02.636 --> 21:06.765
Anda ada Tara dan sesiapa saja,
pasukan penguat kuasa ada di luar sana,

21:06.848 --> 21:09.393
mereka pergi ke Teluk Morro
untuk menyiasat.

21:10.644 --> 21:13.981
Terdapat 60 sehingga 100 laporan diterima

21:14.481 --> 21:18.902
dan kami tahu ini kes homisid,
tapi saya tak boleh buktikannya.

21:18.986 --> 21:21.071
Jadi, saya perlu buat siasatan susulan.

21:21.154 --> 21:22.781
Apa saya perlu buat?

21:22.864 --> 21:26.535
Saya hantar dua orang detektif
ke Teluk Morro untuk mengikut petunjuk

21:26.618 --> 21:28.453
yang dia berada di sebuah hotel

21:28.537 --> 21:31.248
mungkin sedang menikmati
sup bawang Perancis.

21:32.249 --> 21:36.753
Kata-kata Ty memang tajam
dan dia suka berterus terang

21:36.837 --> 21:39.214
dan bagi sesetengah orang mungkin kasar,

21:39.298 --> 21:41.425
tapi dia mampu tunjukkan,

21:41.508 --> 21:46.346
"Hei, kata-kata saya memang kasar,
tapi saya di sini dan saya peduli."

21:46.430 --> 21:49.933
Saya panggil dia si darah panas
sebab personalitinya itu.

21:50.017 --> 21:51.685
Dia agak lantang dan kasar.

21:52.185 --> 21:55.605
Tapi bagi seorang detektif,
saya tahu dia ada semangat itu.

21:55.689 --> 21:59.985
Dia mengambil berat tentang kesnya
dan juga tentang kami.

22:00.068 --> 22:02.946
Saya diajar berterus terang sejak kecil

22:03.030 --> 22:04.948
dan saya tak peduli
siapa yang tersinggung.

22:05.032 --> 22:07.951
BIRO HOMISID JABATAN SYERIF LOS ANGELES

22:13.331 --> 22:17.169
Petunjuk dari Teluk Morro
nampaknya boleh dipercayai.

22:18.045 --> 22:21.882
Pelayan di situ berkata,
"Mungkin bukan dia.

22:22.424 --> 22:27.679
Seorang wartawan buat cerita tak betul."

22:28.555 --> 22:31.058
Saya tak tahu bagaimana semua itu berlaku.

22:31.141 --> 22:34.061
Tapi semua itu mengecewakan.

22:34.144 --> 22:39.316
Dia percaya ada sesuatu
yang buruk berlaku kepada Gavin,

22:39.399 --> 22:43.612
tapi anda belum ada bukti kukuh,
jadi anda berharap dia masih hidup,

22:43.695 --> 22:48.367
tapi situasi yang buruk
mungkin jawapan yang anda nantikan.

22:48.450 --> 22:54.748
22 JUN 2012
GAVIN HILANG: TUJUH MINGGU

22:56.792 --> 23:01.046
Detektif telah memantau pergerakan
John Creech

23:01.129 --> 23:07.010
dan mendapati John Creech ada sejarah
dengan penguat kuasa undang-undang.

23:07.094 --> 23:11.932
Malah, dia pernah didakwa
dengan pengangkutan dadah haram.

23:12.766 --> 23:16.269
Dia pernah mengaku bersalah
kerana mengedar narkotik

23:16.353 --> 23:19.981
dan sebagai ganti dipenjarakan,
dia bersetuju untuk memberi maklumat

23:20.065 --> 23:22.442
dan bekerja dengan Polis Glendale.

23:22.526 --> 23:24.694
Tapi dia langsung tak berguna

23:24.778 --> 23:27.364
sebab dia tak berikan apa-apa.
Dia memperdayakan mereka.

23:27.447 --> 23:30.117
John Creech masih berada
di kawasan Chicago

23:30.200 --> 23:34.079
dan kami perlu menemu bualnya.

23:34.162 --> 23:38.375
Jadi, kami hubungi detektif Glendale,
Dave Kellogg

23:38.458 --> 23:40.794
dan dia setuju
untuk membantu apa saja yang boleh.

23:43.713 --> 23:46.925
Dave suruh dia datang
dan kami minta Dave

23:47.008 --> 23:48.718
duduk di dalam sebuah bilik.

23:48.802 --> 23:50.929
Kami pasang wayar untuk bunyi dan audio.

23:52.013 --> 23:53.014
Kemudian kami masuk.

23:55.892 --> 23:57.394
Kami perkenalkan diri.

23:58.228 --> 24:00.856
Kami tanya soalan tentang Gavin Smith.

24:01.398 --> 24:04.484
John Creech nampak tenang
dan cuba kawal perasaannya,

24:04.568 --> 24:06.153
cuba menonjolkan kebijaksanaannya.

24:06.236 --> 24:07.320
Penipu klasik.

24:08.447 --> 24:11.867
"Ya. Saya kenal lelaki itu."
"Awak ugut dia?"

24:11.950 --> 24:12.784
"Tak pernah!"

24:12.868 --> 24:17.998
Dia menafikan segalanya
dan saya putuskan untuk cuba sudut lain.

24:18.915 --> 24:21.543
Saya cuba buat Gavin nampak
seperti orang jahat.

24:21.626 --> 24:23.086
Saya kata,

24:23.170 --> 24:26.756
"Gavin, lelaki ini pengintai.

24:26.840 --> 24:28.800
Dia suka menggoda wanita."

24:29.634 --> 24:32.721
Saya buat apa saja
untuk buat dia mengaku.

24:32.804 --> 24:35.390
Saya kata, "Saya faham
jika awak ada mengapa-apakan dia.

24:35.474 --> 24:37.976
Jangan berdalih lagi.
Kita akhiri semua ini."

24:38.059 --> 24:39.853
Tapi dia tak mengalah.

24:49.529 --> 24:54.493
Kami jelaskan kepada hakim
kemungkinan Creech terlibat

24:54.576 --> 24:56.745
dalam kehilangan Gavin Smith

24:56.828 --> 25:00.916
dan tidak memberikan komitmen
yang memuaskan

25:00.999 --> 25:03.793
dalam memberi maklumat
kepada penguat kuasa undang-undang.

25:05.170 --> 25:10.425
Jadi, hakim mengeluarkan perintah reman
kepada En. Creech kerana kes narkotiknya.

25:12.886 --> 25:16.932
Apabila orang yang disyaki pembunuh
berjaya di tahan,

25:17.015 --> 25:18.141
itu tindakan yang bagus.

25:18.975 --> 25:23.104
Kami ada masa yang cukup untuk menyiasat.

25:25.899 --> 25:29.861
Kami memeriksa data telefon John Creech,

25:30.529 --> 25:32.656
siapa yang dihubunginya,
siapa yang hubungi dia.

25:32.739 --> 25:37.994
Kami dapat tahu selepas Gavin Smith
bercakap dengan Chandrika

25:38.078 --> 25:42.165
pada malam Gavin hilang,
ada beberapa panggilan telefon

25:42.249 --> 25:45.293
yang dihubungi oleh John Creech
tanpa henti

25:45.377 --> 25:49.297
dan dia hubungi nombor yang sama
dan nombor itu ialah Jorge Valles.

25:51.258 --> 25:55.262
Semasa kami menyiasatnya,
kami dapat tahu dia sekutu Creech.

25:56.054 --> 26:01.893
En. Valles banyak membuat
kerja-kerja pembaikan di kediaman Creech

26:02.477 --> 26:07.899
dan akhirnya, Jorge Valles
dan John Creech menjalinkan persahabatan.

26:09.985 --> 26:12.070
Pada malam Gavin hilang,

26:12.153 --> 26:16.241
telefon mangsa, telefon John Creech
dan telefon Jorge Valles

26:16.324 --> 26:21.079
telah mendaftar pada menara sel
di halaman belakang kediaman Jorge.

26:21.162 --> 26:25.250
12:30 TENGAH MALAM - TELEFON GAVIN,
CHANDRIKA DAN JOHN ADA DI LOKASI YANG SAMA

26:26.001 --> 26:28.962
Jadi, kami berhubung dengan Jorge Valles.

26:30.213 --> 26:33.341
Kali pertama kami bercakap
dengan Jorge Valles, kami nampak dia…

26:33.842 --> 26:35.427
Tak senang duduk.

26:36.553 --> 26:41.683
Valles beritahu mereka yang John Creech
menghubunginya dengan penuh keterujaan

26:41.766 --> 26:45.603
pada awal pagi 2 Mei 2012,

26:45.687 --> 26:50.400
dia beritahu dia perlukan bantuan
dan dia akan datang ke kediamannya.

26:51.443 --> 26:53.820
Valles agak terkejut,

26:53.903 --> 26:58.116
tapi Creech datang dan dia perlu bantuan
untuk mengalihkan sebuah kereta

26:58.199 --> 27:00.160
Mercedes-Benz.

27:01.911 --> 27:04.873
Jorge Valles nampak sesuatu
macam mumia

27:04.956 --> 27:07.626
yang dibalut dengan cadar
di tempat duduk penumpang

27:07.709 --> 27:11.296
dan John Creech beritahu Jorge Valles,
"Saya bunuh dia.

27:11.379 --> 27:13.423
Saya nak awak sembunyikan dia."

27:13.506 --> 27:17.177
Jorge kata, "Awak dah gila?
Awak tak boleh sembunyikan dia di sini."

27:20.555 --> 27:23.183
Jorge Valles enggan

27:23.266 --> 27:26.227
memberitahu detektif
apa yang berlaku selepas itu

27:26.311 --> 27:29.981
tapi dia mengekori John Creech
dalam Mercedes hitam

27:30.065 --> 27:33.985
ke sebuah rumah di kawasan Porter Ranch,
komuniti berpagar.

27:34.069 --> 27:36.321
Mereka memandu ke salah sebuah rumah.

27:37.739 --> 27:39.949
Apabila Creech tiba di rumah itu,

27:40.033 --> 27:43.620
dia pandu Mercedes hitam itu
ke dalam garaj,

27:44.120 --> 27:46.081
meninggalkan Mercedes hitam di sana

27:46.164 --> 27:48.124
dan mereka tinggalkan lokasi itu.

27:50.001 --> 27:54.005
Kemudian John Creech beritahu dia,
"Saya nak awak buang telefon ini."

27:54.089 --> 27:56.716
Jorge menurut arahan itu
seperti orang bodoh.

27:56.800 --> 27:59.552
Menurut Jorge, keesokan harinya,

27:59.636 --> 28:02.180
dia membuangnya dalam tong sampah
di belakang McDonald's.

28:04.599 --> 28:06.976
Jorge nampak kecederaan tangan Creech.

28:07.060 --> 28:09.145
Dia nampak apa yang dia sangka
sebagai mayat,

28:09.229 --> 28:11.231
dia tak tahu nombor platnya.

28:11.314 --> 28:13.191
Dia tak dapat kenal pasti mayat itu.

28:13.274 --> 28:17.070
Jadi, kami masih tak cukup bukti
untuk bawa kes ini kepada pendakwa raya.

28:19.364 --> 28:21.866
Detektif dapat tahu

28:21.950 --> 28:27.163
rumah yang John Creech
dan En. Valles pergi malam itu

28:27.247 --> 28:30.542
merupakan kediaman individu
bernama Stan McQuay.

28:32.168 --> 28:35.213
Stan McQuay ialah kawan bersenam John.

28:35.296 --> 28:40.009
En. Kesihatan dan Guru Kecergasan
menuju kegemilangan.

28:41.261 --> 28:44.556
Stan McQuay dibawa
ke balai syerif Lost Hills.

28:45.056 --> 28:48.309
Kami berjumpa dengannya,
tapi dia mahu peguam.

28:49.269 --> 28:55.108
Jadi, seorang peguam berprofil tinggi
yang mewakili Stan McQuay muncul.

28:56.484 --> 28:59.737
Dia berterus terang dengan saya,
"Ty, dia takkan cakap dengan awak.

28:59.821 --> 29:02.240
Saya akan nasihatkan dia."
Saya kata, "Pergilah."

29:03.074 --> 29:04.075
Itulah yang dia buat.

29:04.993 --> 29:11.124
Lima minit berlalu, 20 minit, 40, 50…

29:11.708 --> 29:14.085
Saya pandang John dan kata,
"Kita ada kelebihan.

29:14.669 --> 29:16.754
Semakin lama dia di dalam, lebih baik.

29:16.838 --> 29:19.591
Semakin lama dia di dalam,
mereka bebas bercakap."

29:19.674 --> 29:25.138
Mungkin peguam itu akan terkejut
dan seakan-akan tak percaya.

29:25.221 --> 29:27.015
"Apa lagi yang awak dah buat?"

29:27.807 --> 29:32.896
Jadi, peguamnya keluar dari bilik itu
dengan muka yang masam.

29:32.979 --> 29:36.399
Setiap kali anda nampak peguam bela
yang bermuka masam…

29:36.941 --> 29:38.318
itu petanda yang bagus.

29:38.401 --> 29:41.696
Rasa macam kami menang loteri.

29:41.780 --> 29:44.866
Perkara beginilah
yang buat detektif teruja!

29:44.949 --> 29:46.493
"Kita ada kelebihan."

29:46.576 --> 29:50.246
Dia akan kata,
"Hei, dia nak bercakap dengan kita.

29:50.330 --> 29:52.832
Boleh kita buat esok di pejabat awak?"

29:53.333 --> 29:56.127
"Sudah tentu! Tiada masalah."

29:57.212 --> 30:00.965
Peguamnya berkata,
"Detektif, boleh hantar dia pulang?"

30:02.884 --> 30:06.554
Saya jawab, "Ya. Boleh, tuan.
Kami boleh uruskan."

30:08.264 --> 30:10.141
Sebab itulah, sebagai detektif homisid,

30:10.225 --> 30:14.020
anda perlu mahir menggunakan
jalan biasa dan bukannya lebuh raya.

30:14.103 --> 30:17.774
Jadi, kami menggunakan jalan dalam
dan saya berhenti di setiap lampu merah

30:17.857 --> 30:20.318
untuk masa yang lama.
Kami dapat berbual panjang.

30:21.444 --> 30:25.073
Stan McQuay beritahu kami
yang John datang berjumpa dengannya.

30:25.156 --> 30:27.575
Dia mahu meletakkan kereta dalam garaj.

30:27.659 --> 30:31.329
Dia bersumpah dia tak tahu ada mayat
di dalam kereta itu sehingga bau muncul.

30:32.121 --> 30:35.416
Bau mayat yang mereput memang busuk.

30:35.500 --> 30:39.170
Jadi, dia memaksa Creech

30:39.254 --> 30:41.881
untuk ke sana dan mengeluarkan mayat itu.

30:41.965 --> 30:46.261
Dia kata John Creech datang
dengan van U-Haul,

30:46.344 --> 30:50.473
dia keluarkan mayat itu
dan masukkan ke dalam van seorang diri.

30:54.978 --> 30:59.774
Akhirnya, John Creech
ambil Mercedes-Benz Gavin

30:59.858 --> 31:01.568
dan keluarkan dari garajnya.

31:07.407 --> 31:10.743
Kami telah menyediakan waran geledah
kepada Syarikat U-Haul

31:10.827 --> 31:14.205
yang melibatkan semua individu
dalam kes ini

31:14.706 --> 31:18.459
dan tiada subjek sasaran yang diketahui

31:18.543 --> 31:21.671
telah menyewa sebarang peralatan
dalam jangka masa kami.

31:22.171 --> 31:23.256
Kami agak kecewa.

31:27.802 --> 31:30.722
Gavin hilang dan dianggap mati.

31:30.805 --> 31:33.308
Kami masih tak jumpa mayatnya.

31:33.391 --> 31:35.101
Kami tak ada kereta itu.

31:35.184 --> 31:37.312
Kami tak tahu
jika ada senjata yang terlibat.

31:37.395 --> 31:40.148
Seakan-akan ada penurunan
dalam kes dan semakin rumit jadinya

31:40.231 --> 31:43.192
sehinggakan kami terfikir
tindakan seterusnya.

31:44.444 --> 31:48.448
Saya dan rakan sekerja saya,
John, memahami keadaan ini.

31:48.531 --> 31:50.617
Ini bukannya dam, tapi catur.

31:51.200 --> 31:53.703
Dalam permainan catur yang kami main

31:53.786 --> 31:56.998
sebagai detektif homisid
dengan penjahat kami,

31:57.081 --> 32:00.668
tiada masa dua minit. Ini gerakan pantas.

32:03.546 --> 32:08.134
Kedua-dua detektif,
Labbe dan O'Brien sangat membantu.

32:08.217 --> 32:11.971
Kes ini bukannya dapat diselesaikan
dalam masa 48 jam pertama.

32:12.055 --> 32:13.139
Bukan.

32:13.222 --> 32:16.100
Tapi mereka ada banyak kepentingan
dalam kes ini

32:16.184 --> 32:18.269
dan mereka akan nampak nanti.

32:21.648 --> 32:25.777
FEBRUARI 2013
GAVIN HILANG: SEMBILAN BULAN

32:25.860 --> 32:28.571
Pada awal Februari 2013,

32:28.655 --> 32:32.492
salah seorang detektif di Biro Homisid,

32:32.575 --> 32:37.163
seorang pesara,
bermain tenis dengan sekumpulan lelaki

32:37.872 --> 32:39.916
dan salah seorang daripada mereka…

32:41.292 --> 32:42.669
ialah bapa Chandrika.

32:44.629 --> 32:48.299
Ketika mereka bermain tenis,
bapa Chandy nampak gelisah.

32:48.383 --> 32:51.386
Dia kata anak perempuannya
berpindah ke rumah mereka

32:51.469 --> 32:54.806
dia bercakap tentang bagaimana suaminya
telah membunuh seseorang

32:55.390 --> 33:01.020
dan ayahnya sangat terkejut
sehingga dia terpaksa beritahu kawannya.

33:01.771 --> 33:04.399
Detektif ini mengenali saya

33:05.316 --> 33:07.819
dan dia terus sampaikan maklumat itu.

33:09.237 --> 33:11.614
Saya perkenalkan diri kepada bapa Chandy

33:11.698 --> 33:14.701
dan dia kata
dia akan beritahu semua yang dia tahu.

33:16.703 --> 33:20.206
Dia kata mungkin kereta itu masih ada

33:20.289 --> 33:22.041
atau mungkin telah dipotong.

33:22.583 --> 33:26.045
"Mungkin badannya telah diceraikan,
tapi masih ada."

33:26.129 --> 33:27.422
Dia berkata,

33:27.505 --> 33:33.136
"Awak perlu bercakap dengan Reina Lim,
penjaga nenek Chandy."

33:33.636 --> 33:36.097
Agak mengejutkan bagi kami berdua.

33:36.180 --> 33:38.433
Kami tak percaya.

33:38.516 --> 33:42.186
Dia cuma wanita tua berusia 70 tahun,

33:42.270 --> 33:46.524
bukan orang yang disyaki,
beragama Kristian, penjaga dari Filipina

33:46.607 --> 33:50.278
seorang wanita tua
yang ada pertalian darah dengan Chandrika.

33:50.361 --> 33:53.948
Tiba-tiba kami tersedar.

33:54.032 --> 33:56.659
"Aduhai. Dia ada di sana sepanjang masa."

33:59.579 --> 34:02.123
Inilah namanya nasib baik

34:02.206 --> 34:05.460
kerana semuanya bergantung pada masa.

34:05.543 --> 34:08.755
Tiba-tiba, peluang datang dan…

34:08.838 --> 34:10.047
itu cuma kebetulan.

34:10.882 --> 34:13.426
Tapi peluang yang datang
perlu dimanfaatkan.

34:14.469 --> 34:15.970
Saya terus mencarinya.

34:16.554 --> 34:20.433
Jadi, kami mula mengarahkan
pengawasan ke atas Reina.

34:21.267 --> 34:23.311
Akhirnya, waktu bekerja dia tamat

34:23.394 --> 34:25.688
dan kami menghampirinya
di tempat letak kereta.

34:26.647 --> 34:28.900
Dia agak terkejut.

34:28.983 --> 34:31.903
Tapi dia tahu siapa kami.
Dia tahu apa yang kami siasat.

34:31.986 --> 34:35.406
Kami jelaskan apa yang berlaku,

34:35.490 --> 34:39.786
bagaimana namanya muncul dalam kes ini
dan dia mahu membantu.

34:40.703 --> 34:42.747
Saya rasa dia jujur.

34:42.830 --> 34:45.708
Dia tunjukkan dokumen

34:45.792 --> 34:50.922
yang membuktikan dia membayar bil
kemudahan simpanan untuk John Creech.

34:51.422 --> 34:55.802
Sama ada dia tahu atau tidak,
sebenarnya dia membayar bil

34:55.885 --> 34:59.764
untuk kemudahan penyimpanan
di mana bukti pembunuhan disimpan.

34:59.847 --> 35:02.809
Saya tak tahu tentang anda,
tapi saya nampak satu persamaan.

35:02.892 --> 35:05.770
"Jorge, boleh awak sembunyikan
telefon ini?"

35:05.853 --> 35:09.357
"Stan, boleh saya letak kereta
dan mayat lelaki ini

35:09.440 --> 35:11.526
di rumah awak selama lima hari?"

35:11.609 --> 35:13.986
"Reina, kenapa dia bayar bil?"

35:14.487 --> 35:16.114
Anda nampak corak di sini?

35:16.197 --> 35:18.032
Ini penipu klasik.

35:18.116 --> 35:23.371
Dia gunakan sesiapa saja
untuk buat dirinya kurang bersalah.

35:24.539 --> 35:26.916
Kami ke sana dan sediakan waran geledah.

35:26.999 --> 35:31.420
Apabila kami buka kunci,
kami jumpa kereta Gavin Smith di dalam.

35:32.713 --> 35:36.342
Kami rasa teruja
kerana kami ada kenderaan mangsa

35:36.425 --> 35:38.928
yang masih utuh, belum dipotong.

35:39.011 --> 35:40.555
Kami bernasib baik.

35:40.638 --> 35:43.891
Dewa-dewa penyiasatan
memberkati kami hari itu.

35:50.773 --> 35:52.483
Selepas kereta itu ditemui,

35:52.567 --> 35:57.071
mereka yakin penyiasatan penuh
akan dijalankan

35:57.154 --> 36:00.449
yang mungkin membawa kepada pemfailan

36:00.533 --> 36:02.743
dan saya bekerja dengan Ty secara rasmi.

36:03.703 --> 36:06.372
Saya tahu Bobby ada reputasi yang kuat

36:06.455 --> 36:10.918
di kalangan penyiasat unit saya
yang saya hormati.

36:11.002 --> 36:12.837
Beliau dari Divisyen Perbicaraan Utama,

36:12.920 --> 36:16.883
orang penting di pejabat pendakwa raya.

36:16.966 --> 36:18.467
Maksud saya, dia memang hebat.

36:24.307 --> 36:27.560
Bukti utama yang mereka mahu tentukan

36:27.643 --> 36:32.064
ialah sama ada Gavin Smith menemui ajal
di dalam kereta itu.

36:33.065 --> 36:34.859
Ada banyak kerja penting

36:34.942 --> 36:37.987
yang penganalisis forensik perlu buat
dengan kereta itu.

36:38.070 --> 36:40.448
Jadi, mereka ingin mencari bukti darah.

36:40.531 --> 36:45.203
Mereka mencari bukti serologi,
DNA, air liur, rambut,

36:45.286 --> 36:49.373
apa-apa saja yang membuktikan Gavin Smith
berada di dalam kereta itu.

36:50.875 --> 36:53.502
Nombor plat kereta ini telah dicabut.

36:53.586 --> 36:55.796
Nombor casis masih utuh.

36:55.880 --> 36:57.131
Tak dibuang.

36:57.214 --> 37:00.343
Itu cara kami kenal pasti.
Itu tempat kejadian jenayah kami.

37:02.678 --> 37:04.972
Anda boleh nampak darah,

37:05.056 --> 37:08.768
banyak darah kering di bahagian penumpang,

37:08.851 --> 37:12.355
papan lantai, papan pemuka,
bumbung, tempat duduk belakang.

37:14.065 --> 37:16.025
Ada percikan darah,

37:16.108 --> 37:18.236
bererti tumbukan
dan pukulan berulang kali

37:18.736 --> 37:22.615
sehingga darah terpercik ke siling.

37:23.658 --> 37:26.702
Kami nampak darah kering pada jenang pintu

37:27.286 --> 37:28.788
di mana pintu ditutup.

37:29.497 --> 37:31.374
Saya yakin, sehingga hari ini,

37:31.457 --> 37:34.001
yang kepala Gavin diletakkan
di celah jenang pintu itu

37:34.085 --> 37:35.711
dan dihempas berulang kali.

37:37.171 --> 37:40.258
Dia memukul lelaki ini dengan kejam.

37:40.341 --> 37:43.552
Jangan tersilap. Lelaki ini memang jahat.

37:45.471 --> 37:49.183
Smith yang berusia 57 tahun
hilang pada 1 Mei 2012.

37:49.267 --> 37:53.813
Setahun kemudian, Mercedesnya ditemui
di tempat simpanan Lembah Simi.

37:57.483 --> 38:01.737
Kami perlu kaitkan John Creech
dengan kereta Gavin Smith.

38:01.821 --> 38:03.823
Kami nak cari kesan cap jari
pada kereta itu

38:03.906 --> 38:06.742
tapi sekarang anda mempunyai fokus sebenar

38:06.826 --> 38:09.537
untuk mengarahkan di mana unit forensik
perlu menyiasat.

38:09.620 --> 38:13.040
Ada bukti yang menunjukkan
dia dibunuh di dalam kereta itu.

38:13.124 --> 38:15.459
En. Creech masih suspek utama.

38:17.378 --> 38:19.714
Keputusan ujian DNA sudah keluar,
bukti darah.

38:20.548 --> 38:23.134
Bukti darah itu milik Gavin Smith.

38:25.636 --> 38:28.639
Saya ingat salah satu benda
yang saya nampak.

38:28.723 --> 38:30.057
Nombor plat kereta itu tiada,

38:30.141 --> 38:34.520
tapi skru nombor plat di sebelah kiri
telah diskrukan semula.

38:35.021 --> 38:37.898
Saya minta makmal jenayah
membuat ujian DNA ke atas paku itu

38:37.982 --> 38:41.068
dan keputusannya sepadan
dengan DNA John Creech.

38:49.952 --> 38:51.120
Ada pahit dan manisnya.

38:55.875 --> 38:59.128
Sebab saya tahu…

39:01.922 --> 39:03.132
itu…

39:03.215 --> 39:05.426
Cara mereka menggambarkannya,

39:06.886 --> 39:12.099
Saya tahu ada banyak bukti biologi
dan DNA dalam kereta itu.

39:13.017 --> 39:15.061
Jadi, saya dah tahu.

39:18.481 --> 39:20.399
Pada saat itu…

39:21.484 --> 39:24.653
Tak boleh berpatah balik.

39:24.737 --> 39:27.156
Kemudian anda tanya diri sendiri,

39:27.239 --> 39:29.950
"Bagaimana kejadian itu berlaku?
Detik terakhirnya?"

39:32.078 --> 39:33.079
Agak sukar.

39:36.290 --> 39:37.291
Agak susah.

39:45.966 --> 39:49.178
Daripada segi pandangan pendakwa
terhadap bukti pada ketika itu,

39:49.261 --> 39:54.183
sekarang anda boleh buktikan secara sah
kerana kita ada bukti keadaan yang kukuh,

39:54.266 --> 39:57.436
iaitu John Creech
merupakan punca kematiannya.

39:58.104 --> 40:02.024
Jelas sekali, masih ada bahagian penting
dalam kisah itu

40:02.108 --> 40:03.651
yang kami belum tahu.

40:04.610 --> 40:08.197
Ketika itu, kami ada
dua orang saksi yang bekerjasama.

40:08.280 --> 40:11.742
Kami ada Jorge Valles, Stan McQuay.

40:12.493 --> 40:17.373
Satu-satunya bukti yang tiada
ialah mayat mangsa

40:17.456 --> 40:23.170
dan kami masih tiada saksi yang melihat
bagaimana pembunuhan itu berlaku.

40:23.254 --> 40:26.465
Terlalu banyak yang tak diketahui
daripada yang diketahui.

40:27.258 --> 40:32.179
Kes "tiada mayat"
antara kes paling sukar untuk dibuktikan.

40:32.763 --> 40:36.350
Kami cuma ada bukti darah di dalam kereta,

40:36.851 --> 40:41.230
tapi kami masih tak tahu
bagaimana mangsa itu mati

40:41.313 --> 40:44.275
dan koroner takkan dapat sahkan

40:44.358 --> 40:46.819
jika mangsa itu benar-benar sudah mati.

40:47.570 --> 40:49.238
Siasatan sedang dijalankan.

40:50.739 --> 40:54.201
Pada tahap ini, kami takkan dakwa sesiapa.

40:55.077 --> 40:59.999
Penantian yang agak lama
sememangnya menyedihkan.

41:00.082 --> 41:01.542
Amat memilukan.

41:02.543 --> 41:05.421
Sebenarnya, Lisa amat kecewa

41:06.046 --> 41:10.426
meniti hari-hati mendatang
tanpa mengetahui apa yang berlaku.

41:12.720 --> 41:15.681
DUA SETENGAH TAHUN
SEJAK GAVIN SMITH DIBUNUH.

41:15.764 --> 41:18.559
Walaupun lebih daripada dua tahun
telah berlalu,

41:18.642 --> 41:21.187
kami takkan membentangkan kes ini
kepada pendakwa raya

41:21.270 --> 41:24.899
sehingga kami dah buat semua
yang termampu.

41:27.776 --> 41:30.154
Pada Oktober 2014,

41:30.237 --> 41:35.034
di kawasan pergunungan Palmdale
di California,

41:36.076 --> 41:38.496
sepasang suami isteri berjalan
dengan anjing mereka.

41:39.121 --> 41:42.208
Anjing mereka tidak diikat
dan kembali kepada mereka.

41:42.708 --> 41:47.338
Anjing itu membawa tulang manusia
di dalam mulutnya.

41:49.173 --> 41:52.134
Jika terbau sesuatu yang dia suka,
dia akan pergi.

41:52.218 --> 41:54.887
Buddy si anjing perang
menjumpai sesuatu yang disukainya

41:54.970 --> 41:57.389
semasa mendaki gunung Palmdale
dengan pemiliknya.

41:57.473 --> 42:01.685
Mereka telefon polis untuk menyiasat.

42:01.769 --> 42:06.732
Pihak polis bertindak
dan memaklumkan Biro Homisid

42:06.815 --> 42:09.652
yang mereka menjumpai
kubur yang cetek bersama mayat manusia.

42:11.278 --> 42:14.698
Apabila detektif pergi ke tempat kejadian,

42:14.782 --> 42:17.409
mereka tak tahu siapa orang itu.

42:17.910 --> 42:20.454
Kadangkala pengenalan dibuat dengan gigi.

42:21.247 --> 42:26.001
Kadangkala jika mayat masih baharu lagi,
kami boleh dapatkan cap jarinya

42:26.085 --> 42:30.714
dan dalam kes ini,
mayat manusia itu menunjukkan

42:30.798 --> 42:33.884
beberapa pembedahan
yang Gavin buat selama ini,

42:33.968 --> 42:39.306
jadi mereka dapat menentukan
yang mayat itu ialah Gavin.

42:46.063 --> 42:49.817
Kami hantar bukti di tempat kejadian
ke pejabat koroner.

42:50.651 --> 42:52.903
Koroner mulakan pemeriksaan,

42:54.071 --> 42:59.159
melihat X-ray, mengumpul pendapat
dan menentukan apa yang mereka nampak,

43:00.327 --> 43:06.125
iaitu luka jenis pertahanan
pada lengan dan keretakan

43:06.208 --> 43:10.796
seperti dia menghalang pukulan
yang konsisten dengan apa yang kami tahu.

43:10.879 --> 43:12.506
Dia diserang dalam kereta.

43:12.589 --> 43:16.552
Ada bukti yang menunjukkan
dia mengalami keretakan pada tengkorak

43:17.136 --> 43:20.806
yang disebabkan
oleh trauma tumpul di kepala.

43:21.307 --> 43:25.311
Kami nampak keretakan orbit…

43:25.394 --> 43:27.896
yang memusnahkan tulang pipinya.

43:30.983 --> 43:35.404
Menjumpai Gavin Smith,
daripada segi penyiasatan, amat penting.

43:35.904 --> 43:40.034
Tapi keutamaan saya ialah keluarganya.
Saya mahu memberi sokongan.

43:42.369 --> 43:44.872
Sepatutnya saya
dan rakan sepasukan saya bercakap

43:44.955 --> 43:47.207
dengan Puan Smith
dan anak-anaknya tentang ini.

43:48.959 --> 43:51.295
Saya masih ingat lagi,
Lisa telah menelefon saya

43:51.795 --> 43:55.924
dan kata dia dah ditemui.

43:56.717 --> 44:00.304
Saya rasa itu…

44:01.889 --> 44:05.601
penamatnya sebab…

44:09.605 --> 44:10.606
Maaf.

44:18.656 --> 44:20.491
Anda tahu teruknya keadaan itu.

44:22.951 --> 44:24.870
Tapi dah berakhir.

44:24.953 --> 44:27.706
Sebab semuanya benar belaka.

44:27.790 --> 44:29.958
Keluarga memang perlukan penamat.

44:31.877 --> 44:33.629
Mayat boleh memberi penamat.

44:34.672 --> 44:36.632
Bukan itu yang kami mahu, tapi…

44:41.095 --> 44:43.305
kami tahu dia takkan kembali.

44:51.855 --> 44:54.733
Walaupun dengan penemuan mayat Gavin,

44:54.817 --> 44:58.487
masih ada maklumat yang kami tak tahu.

44:58.570 --> 45:04.743
Contohnya, kami tak tahu
bagaimana Creech membunuh Gavin Smith.

45:04.827 --> 45:08.414
Kami tahu satu-satunya orang
yang memiliki maklumat itu

45:08.497 --> 45:09.748
ialah Chandrika Creech.

45:11.792 --> 45:14.002
Apa yang kami tak tahu ketika itu

45:14.086 --> 45:19.466
ialah sejauh mana penglibatannya
dalam kematian Gavin.

45:20.384 --> 45:24.346
Oleh itu, kami buat keputusan
untuk beritahu dia

45:24.430 --> 45:26.849
kami akan pertimbangkan
untuk beri dia hukuman ringan

45:26.932 --> 45:30.060
sebagai pertukaran jika dia
memberikan kenyataan yang benar,

45:30.144 --> 45:31.395
dikenali sebagai proffer.

45:31.979 --> 45:35.691
Chandrika setuju untuk bekerjasama
melalui peguamnya.

45:39.611 --> 45:40.863
Dia beritahu kami

45:40.946 --> 45:46.910
dia mulakan semula hubungannya
dengan Gavin Smith,

45:46.994 --> 45:52.332
tapi mereka tak menjalinkan
hubungan seksual.

45:52.958 --> 45:55.169
Mereka menjalin hubungan

45:55.252 --> 45:59.381
dan mereka berbual
di dalam kereta sebagai kawan.

46:00.174 --> 46:03.343
Menurutnya, dia menenangkan Gavin
yang serabut dengan perpisahan itu

46:03.427 --> 46:07.806
dan dia memberikan nasihat
sebagai seorang kawan.

46:07.890 --> 46:13.437
Ketika itulah pintu kereta terbuka

46:14.104 --> 46:17.608
dan Johnny melompat ke atas dia dan Gavin

46:18.317 --> 46:19.610
lalu memukulnya.

46:19.693 --> 46:21.069
RAKAMAN POLIS CHANDRIKA CREECH

46:21.153 --> 46:24.031
Berapa kali awak nampak
Johnny memukul Gavin?

46:24.114 --> 46:25.824
- Lima.
- Lima?

46:26.617 --> 46:28.410
Dia berteriak dan menjerit.

46:28.911 --> 46:33.373
Chandrika kata
Johnny menumbuk muka Gavin berkali-kali

46:33.457 --> 46:37.044
dan dia berjaya keluar
melalui pintu kereta,

46:37.127 --> 46:39.922
dia menjerit supaya suaminya berhenti,
dia akan bunuh Gavin.

46:40.422 --> 46:45.010
Pada satu ketika, Johnny berhenti
apabila Gavin tak sedarkan diri.

46:46.011 --> 46:48.680
Darah di merata-rata tempat
dan John memandangnya

46:48.764 --> 46:51.808
dan dia kata,
"Diam atau kau mangsa seterusnya."

46:52.392 --> 46:56.563
Dia kata dia berpaling dan lari dari situ.

46:57.064 --> 47:01.193
Johnny terus memukul Gavin
semasa dia tak sedarkan diri.

47:02.027 --> 47:04.696
Saya rasa Chandy merahsiakannya

47:04.780 --> 47:07.449
sebab dia sangat takut dengan John.

47:12.788 --> 47:17.376
15 JUN 2017
LIMA TAHUN SEJAK PEMBUNUHAN GAVIN SMITH

47:17.459 --> 47:19.461
PERBICARAAN PEMBUNUHAN
EKSEKUTIF FOX BERMULA

47:19.545 --> 47:23.757
Pendakwaan terhadap John Creech
bermula pada Jun 2017.

47:24.341 --> 47:25.342
Rancangan itu berjaya!

47:26.176 --> 47:27.719
Gavin Smith dah mati!

47:27.803 --> 47:31.139
Dia simpan rahsia selama lebih dua tahun.

47:31.223 --> 47:32.975
Saya terpaksa berhujah dengan juri,

47:33.058 --> 47:36.854
"Tidak, ini bukan pembunuhan emosi klasik.

47:36.937 --> 47:40.566
Tapi sebenarnya defendan
sudah lama tahu tentang hubungan itu

47:40.649 --> 47:43.694
dan dia ambil langkah menjejaki isterinya,

47:43.777 --> 47:48.240
jadi dia bukannya mengalami tekanan emosi

47:48.323 --> 47:51.910
sehingga dia tak tahu
apa yang dia nak buat."

47:55.372 --> 47:58.083
Beberapa orang saksi penting,
iaitu Chandrika,

47:58.166 --> 48:01.837
dapat menceritakan
bagaimana Gavin dibunuh.

48:02.337 --> 48:04.172
Dia tak melawan atau apa-apa.

48:04.256 --> 48:07.342
Dia tak menolak pun.
Dia tak bergerak langsung.

48:09.303 --> 48:11.388
- Akibatnya…
- Dia mengerang.

48:12.514 --> 48:14.349
John Creech masuk ke kandang saksi

48:14.433 --> 48:18.895
dan katanya dia bergaduh dengan Gavin.

48:19.396 --> 48:21.356
Dia menumbuk saya, tarik baju panas saya.

48:21.440 --> 48:23.901
Dia letak tangan di tekak saya
dan mencekik saya.

48:23.984 --> 48:25.569
Dia hantuk kepala saya pada siling

48:25.652 --> 48:27.529
dan ibu jarinya mencucuk mata kanan saya.

48:27.613 --> 48:29.573
Saya tunduk dan hanya kepala
di dalam kereta

48:29.656 --> 48:31.366
ketika dia cekik dan korek mata saya.

48:32.200 --> 48:35.746
John Creech mendakwa
Gavin Smith bersenjatakan tukul.

48:36.330 --> 48:40.584
John Creech mendakwa dia berjaya melawan
dan merampas tukul itu.

48:41.543 --> 48:46.882
Akhirnya, dia dapat peluang
dan membunuh Gavin secara tak sengaja,

48:47.633 --> 48:49.801
tapi tindakan itu
untuk mempertahankan diri.

48:50.302 --> 48:53.138
Akhirnya, dia ambil…

48:53.639 --> 48:55.974
alatan atau barang itu

48:56.058 --> 48:59.436
ke rumahnya
dan mencampakkannya ke laman jiran.

48:59.519 --> 49:02.856
Awak buat keputusan untuk tak hubungi 911.
Betul tak?

49:02.940 --> 49:04.191
Saya buat keputusan itu.

49:04.858 --> 49:06.485
Saya menyesal setiap hari.

49:10.072 --> 49:12.824
Pada pendapat saya, dia menipu.

49:16.203 --> 49:17.704
MINGGU KETIGA PERBICARAAN

49:17.788 --> 49:20.874
Sebagai juri dalam kes ini,
kami mendapati defendan, John Creech,

49:20.958 --> 49:24.002
tidak bersalah atas pembunuhan
tahap pertama Gavin Smith.

49:25.837 --> 49:27.130
Juri buat keputusan

49:27.214 --> 49:29.841
tidak bersalah
atas pembunuhan tahap pertama,

49:29.925 --> 49:31.385
pembunuhan terancang.

49:31.468 --> 49:36.181
Sebagai juri dalam kes ini,
kami mendapati defendan, John Creech,

49:36.264 --> 49:39.810
bersalah atas jenayah
pembunuhan secara sukarela Gavin Smith.

49:42.479 --> 49:47.109
Tapi bersalah atas pembunuhan
secara sukarela di negeri California.

49:47.609 --> 49:48.819
Memang teruk.

49:48.902 --> 49:53.240
Semua itu telah dirancang
dengan teliti dan dia membunuhnya.

49:53.740 --> 49:58.453
Setiap kali anda mendengar keputusan
yang bukan anda harapkan,

49:58.537 --> 50:01.081
wujudnya deflasi, kesedihan.

50:03.333 --> 50:05.419
Hakim perbicaraan berkata

50:05.502 --> 50:09.172
beliau tak bersetuju dengan keputusan juri

50:09.256 --> 50:12.926
dan rasa pendakwaan
telah membuktikan itu kes pembunuhan.

50:13.009 --> 50:15.637
Orang lain yang ada di mahkamah ini

50:15.721 --> 50:18.932
akan hubungi 911,
akan dapatkan bantuan perubatan,

50:19.433 --> 50:20.642
tapi awak tidak.

50:20.726 --> 50:25.230
Sejujurnya, saya rasa awak
seorang yang tak berperasaan dan kejam.

50:25.313 --> 50:28.316
Dia akan menjatuhkan hukuman maksimum
kepada defendan,

50:28.400 --> 50:29.985
iaitu 11 tahun.

50:30.068 --> 50:32.738
PEMBUNUH EKSEKUTIF FOX
DIPENJARA MAKSIMUM 11 TAHUN

50:32.821 --> 50:37.492
Dalam fikiran saya,
"Dia akan dihukum 30, 40 tahun, bukan?"

50:37.576 --> 50:40.412
Maksud saya, semua ini dirancang.

50:40.495 --> 50:44.207
Kemudian dihukum 11 tahun?
Itu bukan keadilan namanya.

50:44.291 --> 50:46.668
Saya marah sekali lagi.

50:47.335 --> 50:49.087
Saya sangat marah.

50:49.171 --> 50:54.384
Sangat marah
sebab Gavin takkan dapat keadilan.

50:59.598 --> 51:02.392
Berita baiknya ialah dia disiasat

51:02.476 --> 51:04.978
atas tuduhan baharu berkaitan dadah

51:05.062 --> 51:09.816
dan kemudian didakwa
kerana pengangkutan dan penjualan dadah.

51:10.484 --> 51:14.654
Dia dipenjara 26 tahun
atas tuduhan persekutuan.

51:14.738 --> 51:18.825
Terutamanya kerana dia pernah menjadi
penjenayah persekutuan.

51:19.659 --> 51:23.705
Dia dihukum 40 tahun lebih.

51:23.789 --> 51:27.209
Itu melegakan Lisa dan anak-anaknya.

51:27.793 --> 51:32.005
Apabila dia ditahan dalam tempoh
yang agak panjang,

51:32.089 --> 51:35.175
memang puas rasanya.

51:48.021 --> 51:50.482
Ada banyak perkara tentang dia

51:51.566 --> 51:53.485
yang agak menakjubkan.

51:54.152 --> 51:55.028
Betul.

51:55.112 --> 51:58.532
Tiada seorang pun yang sempurna,
dia pun sama.

51:59.032 --> 52:00.492
Dia manusia biasa.

52:01.368 --> 52:03.328
Tapi dia seorang yang luar biasa.

52:06.748 --> 52:11.795
Dia tak mensia-siakan kehidupan
yang dimilikinya.

52:23.390 --> 52:28.103
Memang menyedihkan dan tragik,
tapi saya tak menyesal dalam kes ini.

52:29.938 --> 52:33.650
Sejujurnya, saya tak rasa
ada ramai penyiasat di bangunan kami

52:33.733 --> 52:36.111
yang mampu melaksanakan separuh
daripada usaha kami.

52:37.362 --> 52:41.449
Semua ini melibatkan semangat
dan rasa tanggungjawab.

52:41.533 --> 52:43.785
Tugas kami mencari kebenaran dan fakta

52:43.869 --> 52:45.829
serta membawa pesalah ke muka pengadilan.

52:47.080 --> 52:49.624
Itulah kami buat.
Itulah tanggungjawab kami.

52:55.380 --> 52:58.425
SETERUSNYA

52:59.467 --> 53:03.221
Pada 20 Ogos, saya terima
panggilan telefon daripada Bruce

53:03.305 --> 53:08.977
dan dia beritahu saya isterinya, Jana,
hilang sejak pagi itu.

53:10.145 --> 53:12.272
Sama seperti kes Gavin Smith,

53:12.355 --> 53:15.442
amat penting untuk menyiasat
sesiapa yang ada hubungan rapat.

53:16.026 --> 53:17.986
Anda perlu lihat setiap entiti.

53:18.069 --> 53:20.822
Siapa yang nak sakiti dia?
Dia ada musuh?

53:21.907 --> 53:24.576
Bruce kata disebabkan bapa Jana,

53:24.659 --> 53:27.329
barangkali ada yang menculik Jana.

53:27.412 --> 53:32.000
Ayahnya ahli politik yang terkenal
di negeri California.

53:32.959 --> 53:34.085
Mungkin dia lari.

53:34.794 --> 53:37.631
Mungkin ada hubungan sulit yang terjalin.

53:38.340 --> 53:42.385
Dia mula mengubah imej luarannya.

53:42.469 --> 53:44.721
Dia merawat giginya.

53:44.804 --> 53:47.807
Ada sesuatu yang tak kena
dan nampak mencurigakan.

53:48.308 --> 53:51.394
Dia gadis yang baik dan peramah.

53:51.895 --> 53:54.940
Tiada sebab untuk sesiapa buat begini.

54:37.065 --> 54:38.775
Terjemahan sari kata oleh GG
t begini.
