WEBVTT

00:06.089 --> 00:07.674
DI PULAU MANHATTAN,

00:07.757 --> 00:10.885
TERDAPAT DUA SKUAD DETEKTIF
YANG DIKHASKAN UNTUK KES HOMISID:

00:10.969 --> 00:13.096
MANHATTAN UTARA DAN MANHATTAN SELATAN.

00:13.179 --> 00:16.391
MEREKA MENYIASAT PEMBUNUHAN
YANG PALING KEJAM DAN SUKAR.

00:16.474 --> 00:19.894
INI KISAH MEREKA.

00:29.279 --> 00:31.031
12 NOVEMBER 2016

00:37.579 --> 00:39.372
Joey keluar Sabtu malam itu,

00:39.456 --> 00:42.417
tapi saya tak tanya ke mana dia nak pergi.

00:43.835 --> 00:47.088
Dia berusia 26 tahun. Dia seorang dewasa.

00:49.257 --> 00:52.385
Saya jumpa Joey Comunale
pada tahun pertama saya di Hofstra.

00:53.053 --> 00:55.889
Dia bukan sekadar kawan saya.
Kami seperti saudara.

00:55.972 --> 00:59.017
Joey awalnya sangat pendiam,
tapi setelah kenal dia,

00:59.100 --> 01:02.562
dia sangat peramah,
dan semua orang sayang dia.

01:03.396 --> 01:06.149
Sabtu malam itu,
kami merancang untuk ke parti.

01:06.232 --> 01:09.027
Pada saat-saat akhir,
dia ajak saya ke bandar,

01:09.611 --> 01:12.322
ke Gilded Lily
dengan sekumpulan kecil kawan.

01:12.405 --> 01:16.367
Kami bertengkar tentangnya.
Jadi, kami tak keluar bersama malam itu.

01:19.287 --> 01:22.624
Jadi, pada hari Ahad,
saya mesej Joey awal pagi.

01:22.665 --> 01:23.625
STAMFORD, CONNECTICUT

01:23.708 --> 01:24.959
Saya tahu dia pasti tidur.

01:25.043 --> 01:29.005
Jadi, dia pasti akan balas lambat.

01:29.714 --> 01:31.257
Pada pukul 12:00 tengah hari,

01:31.341 --> 01:33.593
Lisa tanya saya, "Ada dengar khabar Joey?"

01:33.676 --> 01:37.305
Saya kata, "Saya tak dengar khabar dia."
Saya cuba hubungi dia dan tiada jawapan.

01:37.388 --> 01:40.517
Saya telefon dia berkali-kali
antara pukul 12:00 dengan 1:00

01:41.101 --> 01:43.603
sebab saya perlu tentukan
pasukan bola fantasi saya,

01:43.686 --> 01:46.481
dan dia selalu tolong saya
dengan pasukan bola fantasi saya.

01:46.564 --> 01:47.816
Masih tiada khabar dia.

01:48.650 --> 01:52.529
Saya fikir, "Mungkin dia tidur
di rumah kawannya, Max."

01:53.696 --> 01:58.034
Saya bercakap dengan Pat dalam telefon
dan dia kedengaran risau.

01:58.118 --> 01:58.952
Tak hairan.

01:59.911 --> 02:02.997
Tapi saya cuma kata,
"Lelaki keluar. Jumpa perempuan."

02:03.081 --> 02:05.917
"Tak kenal satu sama lain.
Balik ke satu tempat."

02:06.000 --> 02:08.253
"Mereka berparti. Tak hairan."

02:08.336 --> 02:10.630
Saya betul-betul tak rasa curiga.

02:12.048 --> 02:14.384
Apabila hari sudah petang

02:14.467 --> 02:16.761
dan masih tiada tanda Joey,

02:16.845 --> 02:20.974
saya mula rasa gementar dan risau.

02:22.475 --> 02:26.229
Sepanjang hari, kami berharap
kami akan dengar khabar dia.

02:26.312 --> 02:31.192
Kami hanya menunggu,
tapi kami tak dengar apa-apa.

02:36.656 --> 02:40.076
Tugas kami adalah untuk memastikan
anda boleh tidur pada waktu malam.

02:41.494 --> 02:44.706
Penting bagi sebuah keluarga
untuk tahu pembunuh saudara mereka.

02:45.623 --> 02:49.752
Belas kasihan kepada mangsa
perkara paling penting.

02:50.461 --> 02:53.423
Saya suka membongkar sesuatu.

02:53.506 --> 02:54.757
Apa sebenarnya terjadi?

02:56.593 --> 02:58.511
Kita nak tahu hal sebenar.

02:58.595 --> 03:00.179
Itu tugas detektif.

03:00.722 --> 03:03.933
Naluri kita membantu orang.

03:04.559 --> 03:07.937
Di Kota New York, NYPD…

03:10.231 --> 03:11.065
inilah impiannya.

03:21.242 --> 03:24.871
14 NOVEMBER 2016
9:00 PAGI

03:27.707 --> 03:31.127
Saya detektif presint
dalam Skuad Detektif Presint 17.

03:31.628 --> 03:33.713
Pada 14 November 2016,

03:33.796 --> 03:36.925
kami terima panggilan telefon
daripada kaunter di bawah

03:38.176 --> 03:40.678
tentang seorang ayah yang ada di sana,

03:40.762 --> 03:44.599
yang anaknya pergi berparti di bandar
dan belum dengar khabarnya lagi.

03:45.600 --> 03:48.519
Detektif Yeoman Castro
dan saya berada di pejabat.

03:48.603 --> 03:51.648
Seorang pegawai beruniform
mengiringi dua lelaki,

03:51.731 --> 03:54.901
Pat Comunale dan adiknya, Joe Comunale.

03:55.401 --> 03:57.278
Mereka nampak terdesak.

03:57.362 --> 04:00.531
Kita boleh nampak
dalam riak wajah mereka berdua

04:00.615 --> 04:03.159
yang mereka sangat bimbang.

04:04.869 --> 04:05.954
Pat beritahu kami,

04:06.037 --> 04:09.582
"Anak saya, Joey,
sudah hilang selama 16 jam."

04:09.666 --> 04:14.045
Dia sudah cuba hubungi dia banyak kali

04:14.128 --> 04:15.880
dan gagal.

04:15.964 --> 04:17.340
Saya tanya ayahnya,

04:17.423 --> 04:21.052
"Adakah luar biasa bagi dia
untuk tak bercakap dengannya?"

04:21.135 --> 04:24.847
Pat beritahu saya,
"Saya selalu bercakap dengan anak saya."

04:27.725 --> 04:28.559
JABATAN POLIS

04:28.601 --> 04:30.395
Saya cuma fikir, "Ini Manhattan."

04:30.478 --> 04:32.480
Budak-budak datang berparti di sini.

04:32.563 --> 04:35.483
Mereka selalu tidur di rumah orang, hotel.

04:35.566 --> 04:38.069
Ada yang mabuk. Pengsan di tepi jalan.

04:38.653 --> 04:39.862
"Kita akan cari dia."

04:40.405 --> 04:42.907
Ketika itu, saya dan Yeoman agihkan tugas.

04:42.991 --> 04:48.121
Jadi, Yeoman ada Pat di mejanya.
Saya semak segalanya dalam komputer.

04:48.204 --> 04:52.041
Saya periksa nama Joey
dan tarikh lahir dalam setiap sistem.

04:52.125 --> 04:54.419
Variasi yang berbeza.

04:55.294 --> 04:58.715
Dia tiada di mana-mana hospital,
tiada di mana-mana penjara.

04:59.465 --> 05:00.883
Dia tiba-tiba menghilang.

05:01.884 --> 05:03.303
Saya beritahu Detektif Castro

05:03.386 --> 05:07.849
yang pada malam sebelumnya,
saya dapat panggilan daripada kawan Joey

05:07.932 --> 05:10.393
yang kata,
"Saya tahu awak cuba hubungi Joey."

05:10.476 --> 05:14.230
"Saya ada telefonnya." Saya balas,
"Apa awak buat dengan telefon dia?"

05:14.814 --> 05:18.192
Dia beritahu saya cerita
tentang kejadian malam sebelumnya.

05:18.943 --> 05:23.781
Mereka pergi ke Gilded Lily di bandar,

05:23.865 --> 05:25.325
yang saya tak pernah dengar.

05:25.825 --> 05:27.076
Ia kelab malam.

05:27.702 --> 05:30.496
Ketika mereka meninggalkan Gilded Lily,

05:31.080 --> 05:33.458
Joey berborak dengan tiga gadis.

05:34.667 --> 05:38.129
Pada masa yang sama,
kawan dia ambil telefon Joey

05:38.212 --> 05:40.548
untuk hubungi teman wanitanya
dan tanya di mana dia.

05:41.674 --> 05:46.971
Rasanya ketika itu berlaku,
dua lelaki lain datang dan kata,

05:47.055 --> 05:49.640
"Kamu semua nak pergi ke parti peribadi?"

05:49.724 --> 05:55.646
Dua teksi berhenti dan kawan Joey kata,
"Saya ada telefon awak."

05:55.730 --> 05:58.191
Joey kata, "Pulangkannya esok."

05:58.775 --> 06:02.195
Mereka semua naik teksi
dan pergi ke parti peribadi itu.

06:03.654 --> 06:05.406
Itu kali terakhir dia jumpa dia.

06:06.741 --> 06:08.701
Selepas saya bercakap dengan Pat,

06:09.202 --> 06:12.455
saya buka Instagram
dan saya klik Gilded Lily.

06:14.082 --> 06:17.668
Saya lihat gambar yang diteg,
yang jumlahnya beratus-ratus,

06:17.752 --> 06:21.839
untuk cari Joey
dalam latar belakang gambar seseorang,

06:21.923 --> 06:24.675
atau dapatkan petunjuk,
sebab kami tiada maklumat langsung.

06:26.052 --> 06:30.181
Saya nampak gambar ini.
Ada tiga gadis dan lelaki yang saya kenal.

06:30.264 --> 06:31.349
Saya hubungi dia.

06:32.016 --> 06:35.061
Dia kata, "Merekalah gadis
yang bersama Joey malam tadi."

06:35.603 --> 06:37.230
Dia beri saya nombor Jenna.

06:38.815 --> 06:42.443
Saya mesej dan tanya dia,
"Apa jadi dengan Joey malam tadi?"

06:42.527 --> 06:44.612
"Di mana dia? Awak ada dengan dia?"

06:44.695 --> 06:45.780
Dia kata, "Tidak."

06:45.863 --> 06:47.240
"Kami di sebuah parti."

06:47.323 --> 06:51.536
Beberapa jam selepas itu,
Joey dan lelaki bernama Larry ini

06:51.619 --> 06:54.956
hantar mereka ke Uber
dan melambai kepada mereka.

06:57.458 --> 06:59.919
Pat sebenarnya dapat beri saya

07:00.002 --> 07:04.924
nama dan nombor telefon orang terakhir
yang Jenna nampak bersama Joey.

07:05.007 --> 07:07.051
Nama dia Larry Dilione.

07:08.219 --> 07:13.057
Jadi, saya hubungi Larry dan jelaskan
yang kami mencari Joey Comunale,

07:13.141 --> 07:15.309
yang ada bersama dia di parti peribadi.

07:15.393 --> 07:18.521
Dia kata, "Ya,
saya jumpa dia di luar Gilded Lily,

07:18.604 --> 07:20.690
ajak mereka ke parti peribadi

07:20.773 --> 07:23.276
seorang budak kaya
yang tinggal di Upper East Side

07:23.901 --> 07:26.279
di bangunan pangsapuri Grand Sutton."

07:28.698 --> 07:31.534
Larry beritahu saya
kali terakhir dia nampak Joey

07:31.617 --> 07:33.411
adalah semasa dia tinggalkan pangsapuri

07:33.494 --> 07:36.622
untuk hantar Jenna
dan kawan-kawannya ke Uber

07:36.706 --> 07:40.334
untuk hantar mereka balik ke New Jersey.
Waktu itu pukul 6:30 pagi.

07:40.418 --> 07:43.713
Dia cuma ingat
dia masuk ke dalam pangsapuri sendiri.

07:45.840 --> 07:47.884
Kemudian, saya telefon Jenna.

07:48.426 --> 07:52.263
Jenna gambarkan parti peribadi
di pangsapuri 4C itu,

07:52.346 --> 07:54.474
dan hosnya ialah James Rackover.

07:56.434 --> 07:59.353
Menurut Jenna, apabila kumpulannya tiba,

07:59.437 --> 08:03.316
dia masuk ke pangsapuri
dan ada seorang lelaki di dalam.

08:03.399 --> 08:07.904
Nama dia James Rackover.
James tak berbaju.

08:07.987 --> 08:08.946
DETEKTIF HOMISID NYPD

08:10.114 --> 08:12.241
Menurut Jenna,

08:12.325 --> 08:15.077
dia tak pakai baju sepanjang malam.

08:16.245 --> 08:20.833
Pada satu ketika, dia kata James
mengaku sebagai penari bogel lelaki

08:20.917 --> 08:25.046
dan dia nak beri Jenna tarian riba.

08:25.630 --> 08:29.467
Mujur, salah seorang gadis merakamnya.

08:31.928 --> 08:33.638
James tak pakai baju.

08:33.721 --> 08:36.349
Dia beri salah seorang gadis itu
tarian riba.

08:37.099 --> 08:40.520
Dia bersaing dengan Larry Dilione.
"Siapa berikan tarian riba terbaik?"

08:42.730 --> 08:47.860
Dia kata Larry Dilione
memiliki pisau lipat

08:47.944 --> 08:50.571
yang dia guna untuk hisap kokaina.

08:53.032 --> 08:56.244
Dia perasan yang Joey tenang,

08:56.327 --> 08:59.455
tapi nampaknya dia sangat mabuk.

08:59.539 --> 09:04.085
Yang dia minum banyak wiski dan bir,

09:04.168 --> 09:08.339
tapi dia tak ada masalah
dengan mana-mana orang di pangsapuri itu.

09:10.591 --> 09:14.887
Jenna masih ingat selepas parti itu,
apabila dia tiba di kereta Uber,

09:14.971 --> 09:17.765
mereka masuk.
Saya rasa dia ucap selamat tinggal

09:17.848 --> 09:22.353
dan dia nampak
Larry dan Joey berlaga penumbuk.

09:22.436 --> 09:26.190
Kemudian, dia andaikan Larry pergi
atau masuk semula ke parti.

09:27.942 --> 09:29.944
Jenna beri gambaran yang bagus

09:30.027 --> 09:32.363
tentang apa yang berlaku
di parti peribadi itu,

09:32.446 --> 09:35.157
tapi dia tak pernah jawab
soalan penting iaitu,

09:35.241 --> 09:36.701
"Di mana Joey?"

09:36.784 --> 09:38.953
2 JAM SELEPAS JOEY DILAPORKAN HILANG

09:39.036 --> 09:40.997
Jadi, saya tahu Pat risau.

09:41.080 --> 09:42.415
Saya ada anak sendiri.

09:42.498 --> 09:46.002
Jadi, saya putuskan
untuk pergi ke pangsapuri itu.

09:47.295 --> 09:51.132
Detektif Castro sangat prihatin.

09:51.215 --> 09:55.970
Dia berminat dan serius.
Dia nak tahu apa yang berlaku.

09:57.471 --> 09:59.015
Dia tahu ada masalah di sini.

09:59.098 --> 10:02.560
Kami masuk kereta perondanya
dan pergi ke Grand Sutton.

10:04.061 --> 10:09.358
Pangsapuri Grand Sutton
terletak di Jalan Timur 59.

10:09.442 --> 10:12.236
Untuk mereka yang tak tahu kawasan itu,

10:12.320 --> 10:14.572
ia dikenali sebagai Sutton Place.

10:14.655 --> 10:16.991
Bukan tempat orang kaya.

10:17.074 --> 10:19.160
Tempat orang yang kaya-raya.

10:21.412 --> 10:25.041
Pada pukul 11.00 pagi,
kami tiba di depan Grand Sutton.

10:25.124 --> 10:27.752
Ia seakan-akan sebuah hotel.

10:28.419 --> 10:31.547
Ada penjaga pintu, meja penyambut tetamu.

10:31.631 --> 10:35.718
Kami mahu ke 4C,
pangsapuri James Rackover.

10:36.594 --> 10:39.180
Kami ketuk pintunya.
Tukang cuci buka pintu.

10:39.805 --> 10:41.349
James tiada di sana.

10:41.432 --> 10:44.352
Saya kata, "Dengar,
ada parti di sini malam tadi."

10:44.435 --> 10:45.978
"Ada seorang budak hilang."

10:46.062 --> 10:49.357
"Boleh saya tengok sekeliling?"
Dia kata, "Boleh." Dia buka pintu.

10:51.567 --> 10:53.194
Pangsapurinya kecil saja.

10:54.278 --> 10:56.739
Kami masuk. Ia sangat bersih.

10:57.323 --> 11:02.119
Kami tak nampak apa-apa
yang membimbangkan.

11:02.203 --> 11:04.872
Kami tak jumpa Joey
dan kami keluar dari pangsapuri.

11:07.249 --> 11:09.460
Saya hubungi James Rackover.

11:10.169 --> 11:14.298
Dia kata dia tak kenal Joey Comunale.
"Dia orang asing."

11:14.382 --> 11:17.134
"Dia datang ke parti peribadi dengan Larry

11:17.218 --> 11:21.097
dan salah seorang kawan
Larry Dilione dan James Rackover,

11:21.180 --> 11:22.431
Max Gemma,

11:22.515 --> 11:26.560
dan tiga gadis
yang dia jumpa di Gilded Lily itu."

11:26.644 --> 11:29.355
Dia cuma tahu
Joey berjalan keluar dari pangsapuri

11:29.438 --> 11:32.108
dengan Larry dan tak kembali.

11:33.317 --> 11:35.945
Apabila kami bercakap
dengan Max Gemma, dia kata,

11:36.028 --> 11:39.115
dia berada di parti peribadi ini,
tapi dia penat

11:39.699 --> 11:42.535
dan dia tertidur di atas sofa.

11:42.618 --> 11:46.247
Dia bangun. Dia tak nampak Joey.
Dia tak nampak orang lain.

11:46.330 --> 11:48.207
Dia terus pulang.

11:49.959 --> 11:54.338
Jadi, saya kembali ke lobi
untuk tengok video pengawasan

11:54.422 --> 11:55.923
daripada Grand Sutton.

11:56.006 --> 12:00.094
Hanya mencari bukti
dan petunjuk untuk tahu lokasi Joey.

12:03.639 --> 12:06.892
Dari masa ke masa,
dia akan panggil saya dan kata,

12:06.976 --> 12:07.977
"Itu Joey?"

12:08.561 --> 12:11.981
Kami menonton video itu.
Dia kata, "Itu Joey."

12:12.064 --> 12:14.525
4:19 PAGI

12:14.608 --> 12:18.946
Kumpulan itu sampai
pada kira-kira pukul 4:30 pagi.

12:19.029 --> 12:22.616
Mereka masuk ke Grand Sutton
dan naik ke tingkat empat.

12:22.700 --> 12:24.910
Kemudian, pada pukul 6:30 pagi,

12:24.994 --> 12:29.707
kami nampak Joey Comunale,
Larry Dilione dan tiga gadis itu.

12:29.790 --> 12:30.624
6.30 PAGI

12:31.250 --> 12:35.087
Mereka turun dengan lif.
Kami tukar sudut kamera.

12:35.171 --> 12:36.005
6:35 PAGI

12:36.088 --> 12:37.047
Tengok bahagian luar.

12:37.131 --> 12:40.593
Kami nampak mereka keluar
dan berjalan ke garis tepi jalan.

12:40.676 --> 12:41.802
Bagus.

12:42.595 --> 12:44.764
Kalau dia belok kiri,
kalau dia belok kanan,

12:44.847 --> 12:47.308
kami perlu dapatkan video
daripada bangunan sebelah

12:47.391 --> 12:48.350
dan menjejaki dia.

12:49.351 --> 12:54.023
Ketika kami menonton video itu,
kami nampak Larry Dilione masuk semula

12:54.106 --> 12:56.358
dan Joey ada bersamanya.

12:57.735 --> 13:01.197
Saya kata, "Sekejap,
awak kata dia tak kembali."

13:04.408 --> 13:07.953
Ketika itu, saya tahu ada masalah.

13:08.496 --> 13:12.500
Saya kata kepada adik saya,
"Dia tak keluar dari situ hidup-hidup."

13:20.591 --> 13:21.884
Saya tak tahu kenapa.

13:25.679 --> 13:26.847
Maafkan saya.

13:28.140 --> 13:29.975
Itu cuma firasat saya.

13:33.562 --> 13:38.192
Joseph ialah anak lelaki pertama saya,
dan dia seorang budak yang hebat.

13:40.736 --> 13:43.739
Saya dan Joey rapat
sebab kami berdua minat sukan.

13:43.823 --> 13:47.660
Saya peminat hoki dan saya bawa dia
tonton perlawanan hoki pertamanya,

13:47.743 --> 13:48.953
dan dia terus berminat.

13:51.038 --> 13:54.041
Dia mula meluncur pada usia lima tahun

13:54.124 --> 13:56.418
dan dia mula main hoki
pada usia lapan tahun.

13:57.086 --> 13:58.546
Setiap tahun, kami mengembara,

13:58.629 --> 14:00.714
untuk ke perlawanan bola sepak
New York Giants,

14:00.798 --> 14:03.759
atau perlawanan Ranger, perlawanan Yankee.

14:04.260 --> 14:06.720
Kami sentiasa berhubung melalui sukan.

14:07.721 --> 14:10.182
Joey suka makanannya, makanan Itali.

14:10.266 --> 14:14.186
Walaupun selepas dia pindah,
setiap malam dia datang untuk makan.

14:14.270 --> 14:15.479
Dia agak…

14:15.563 --> 14:18.816
Walaupun dia suka bersukan,
dia selalu buka Food Network

14:18.899 --> 14:22.361
untuk lihat apa yang sedap
untuk dibuat dan apa…

14:22.444 --> 14:24.071
apa yang saya boleh buat untuk dia.

14:25.865 --> 14:28.701
Joey tamat pengajian di Hofstra
dengan ijazah perniagaan.

14:28.784 --> 14:31.912
Mujur, untuk Joey dan kawan-kawannya,

14:31.996 --> 14:34.623
saya pemilik syarikat keselamatan
di Long Island.

14:34.707 --> 14:39.169
Jika kita bercakap dengan kawan-kawannya,
mereka akan kata dia macam pengarah HR.

14:39.253 --> 14:44.049
Dia letak semua kawannya di syarikat saya.
Dia tahu mereka boleh bermula di sana.

14:47.177 --> 14:51.724
Dia selalu bawa ramai gadis balik
untuk lihat kalau saya setuju.

14:51.807 --> 14:54.685
Saya harap dia akan kahwini
salah seorang yang saya setuju.

14:54.768 --> 14:57.855
Tapi dia kata
selagi belum 35 tahun, dia tak nak kahwin.

15:01.358 --> 15:04.361
Salah satu sifat Joey,
apabila saya tanya kawan-kawannya,

15:04.445 --> 15:06.780
mereka selalu kata Joey kawan baik mereka.

15:06.864 --> 15:11.744
Saya fikir, "Mana mungkin
seorang budak boleh ada 40 kawan baik?"

15:11.827 --> 15:14.121
Saya rasa orang selalu kata,

15:14.204 --> 15:18.083
"Jangan menilai seseorang
dengan jumlah wang yang dia ada…

15:22.296 --> 15:24.381
tapi dengan jumlah kawan yang dia ada."

15:27.259 --> 15:28.469
Dia ada ramai kawan.

15:30.179 --> 15:31.388
Ramai.

15:38.854 --> 15:40.356
Pat nampak sangat sedih.

15:41.565 --> 15:43.651
Jadi, saya hentikan video itu

15:43.734 --> 15:49.031
dan saya minta adiknya, Joseph,
untuk bawa Pat kembali ke balai saya

15:49.114 --> 15:50.532
dan tunggu saya di sana.

15:52.534 --> 15:55.871
Setelah tahap syak wasangka detektif
mula meningkat,

15:55.954 --> 15:57.873
ketika itulah
mereka panggil Skuad Homisid.

15:57.957 --> 16:01.961
Detektif Castro ialah detektif
daripada Skuad Detektif 17.

16:02.044 --> 16:05.255
Saya pula detektif
daripada Skuad Homisid yang ambil kes ini.

16:05.756 --> 16:07.216
Namun, bukan kami saja.

16:07.800 --> 16:09.301
Semua detektif dalam skuad itu

16:09.385 --> 16:11.887
dan semua detektif
dalam Skuad Homisid bekerjasama

16:11.971 --> 16:13.722
untuk menyiasat kes ini.

16:14.973 --> 16:16.141
PRESINT 17

16:16.225 --> 16:17.685
Yeoman telefon saya.

16:17.768 --> 16:20.771
Dia kata, "Marty, mari sini. Tolong saya."

16:22.064 --> 16:23.774
Jadi, saya pergi ke pangsapuri itu.

16:24.274 --> 16:25.651
Ada dua pilihan saja.

16:26.235 --> 16:30.072
Sama ada Joey masih di dalam pangsapuri,
atau dia dah beredar.

16:30.781 --> 16:33.784
Kami perlu geledah seluruh bangunan itu.

16:35.327 --> 16:37.162
Saya panggil pengawas bangunan dan kata,

16:37.246 --> 16:39.707
"Mari naik ke bumbung.
Mula dari bumbung dan turun."

16:41.000 --> 16:43.085
Kami naik ke atas, keluar daripada lif.

16:44.294 --> 16:46.755
Tapi saya takut ketinggian.

16:48.882 --> 16:53.262
Saya boleh nampak di sudut mata saya
Jambatan Jalan 59, Jambatan Ed Koch.

16:53.345 --> 16:55.305
Saya cuba tak menoleh

16:56.473 --> 16:59.601
agar tak nampak
betapa tingginya tempat itu.

17:02.062 --> 17:05.357
Selepas saya yakin
bahawa Joey tiada di bumbung,

17:06.525 --> 17:09.319
kami mula mencari di tingkat demi tingkat.

17:09.403 --> 17:10.821
Turun 36 anak tangga,

17:11.739 --> 17:15.033
turun ke tingkat bawah tanah,
bilik bawah tanah, laman.

17:16.034 --> 17:20.664
Saya harap dapat jumpa Joey
dan kata, "Hei, bangun. Baliklah."

17:21.248 --> 17:24.626
Tapi ia tak pernah berlaku.

17:27.546 --> 17:30.883
Saya pergi ke tempat parkir
dan tanya penjaga parkir,

17:30.966 --> 17:36.555
"Hei, James Rackover dari pangsapuri 4C,
dia letak kereta di sini?"

17:36.638 --> 17:39.683
Dia kata, "Ya,
dia pandu Mercedes hitam besar."

17:39.767 --> 17:43.145
Saya tanya, "Itu keretanya?"
Dia kata, "Ya, itu keretanya."

17:44.772 --> 17:46.315
Ia nampak bersih,

17:46.398 --> 17:50.652
tapi ia diselaputi debu berwarna coklat,
mungkin seperti tanah.

17:51.278 --> 17:55.449
Saya lihat sekeliling
dan nampak kesan kotor berwarna coklat,

17:55.532 --> 17:58.368
seperti kesan cap jari
pada penutup but belakang.

17:59.369 --> 18:00.412
Saya rasa…

18:01.663 --> 18:03.457
Saya rasa sangsi.

18:03.540 --> 18:06.960
Saya kata, "Kami akan ambil kereta ini
sehingga kami tahu apa yang berlaku."

18:07.503 --> 18:12.091
Tapi penjaga parkir kata,
"James Rackover bukan pemilik kereta ini."

18:12.174 --> 18:13.967
"Pemiliknya seorang lelaki

18:14.051 --> 18:17.304
yang tinggal di pangsapuri 32B,
Jeffrey Rackover."

18:19.848 --> 18:22.559
Kami pernah dengar nama Jeffrey Rackover

18:22.643 --> 18:24.186
sebab dia ada papan iklan

18:24.269 --> 18:27.189
apabila kita keluar
dari Terowong Midtown menuju ke Queens.

18:27.773 --> 18:30.526
Dia jual barang kemas kepada Oprah.

18:30.609 --> 18:34.446
Dia bantu Trump
dapatkan cincin tunangnya untuk Melania.

18:34.530 --> 18:36.990
Dia terkenal
sebagai tukang emas kepada bintang.

18:37.783 --> 18:39.159
Biar saya terus terang.

18:39.243 --> 18:43.455
Semua orang kata, "Ya, Jeffrey Rackover
tukang emas kepada bintang."

18:43.539 --> 18:44.957
Saya tak kenal dia.

18:45.582 --> 18:49.044
Saya tak beli barang kemas semahal itu.

18:53.048 --> 18:55.134
Penyambut tetamu, Eduardo Souza,

18:55.217 --> 18:57.594
beritahu kami bahawa James Rackover

18:57.678 --> 19:01.056
ialah anak lelaki Jeffrey Rackover
yang sudah lama hilang,

19:01.139 --> 19:03.517
yang baru-baru ini,
sejak beberapa tahun lalu,

19:03.600 --> 19:05.269
kembali dalam hidupnya.

19:06.687 --> 19:11.567
Sekitar tahun 2014, James mula datang
ke pangsapuri itu dengan Jeffrey.

19:12.150 --> 19:14.486
Dia mula habiskan
lebih banyak masa di sana.

19:15.279 --> 19:20.075
Selepas dua tahun,
Jeffrey mencari rumah untuk James.

19:20.158 --> 19:23.996
Jadi, dia turun dan bertanya
jika ada pangsapuri kosong.

19:24.580 --> 19:26.707
Kemudian, dia pindah masuk secara rasmi.

19:26.790 --> 19:30.460
Ketika itulah kami dapat tahu
dia anaknya yang sudah lama hilang.

19:31.670 --> 19:34.381
Dia pernah ada hubungan
dengan seorang wanita

19:34.464 --> 19:36.884
pada akhir 80-an atau awal 90-an.

19:36.967 --> 19:39.469
Hasilnya seorang anak lelaki

19:39.553 --> 19:42.181
yang secara misteri
muncul di depan pintu rumahnya.

19:43.765 --> 19:45.309
Saya rasa pelik.

19:45.934 --> 19:47.186
Tapi sebagai penyambut tetamu,

19:47.269 --> 19:50.147
kami tak mahu menyibuk
dalam hal peribadi orang.

19:51.106 --> 19:53.775
Sebaik saja James pindah
ke pangsapurinya sendiri di 4C,

19:53.859 --> 19:56.904
jumlah parti meningkat dengan ketara.

19:58.697 --> 20:00.908
Kami tonton berjam-jam video

20:00.991 --> 20:03.994
berharap Joey muncul
dalam salah satu skrin itu.

20:05.746 --> 20:08.582
Sementara kami masih menyemak
video pengawasan itu,

20:08.665 --> 20:12.920
penyambut tetamu, Eduardo Souza,
mencuit bahu saya dan kata,

20:13.003 --> 20:15.172
"Itu James Rackover."

20:15.672 --> 20:17.925
Jadi, saya mengintai. Saya nampak dia.

20:18.008 --> 20:22.221
Semasa dia lalu, dia kata,
"Semoga berjaya dapatkan video itu,"

20:22.930 --> 20:24.306
dan terus berjalan.

20:24.890 --> 20:28.435
Jadi, saya terkejut. Sangat terkejut.

20:29.436 --> 20:32.397
Saya pandang Detektif Castro.
Saya tanya, "Apa itu?"

20:32.481 --> 20:35.442
Dia pun pandang saya begitu.
"Saya pun tak tahu."

20:36.193 --> 20:40.072
Tak sangka dia begitu berlagak.
Saya fikir, "Kenapa dia berlagak sangat?"

20:40.155 --> 20:43.617
Berjalan mendada, lebih berlagak
daripada yang saya pernah nampak.

20:44.743 --> 20:47.371
Ketika itulah
penyambut tetamu itu beritahu saya,

20:47.454 --> 20:49.081
"James telefon saya semalam."

20:51.333 --> 20:53.168
Malam sebelumnya, James telefon saya

20:53.252 --> 20:58.090
dan tanya tentang tempoh masa
yang dirakam oleh kamera.

20:58.173 --> 21:02.261
Saya kata, "Soalan itu pelik.
Kenapa awak tanya begitu?"

21:03.053 --> 21:07.057
Dia beritahu saya
dia bergaduh dengan teman wanitanya.

21:07.140 --> 21:10.727
Dia mengesyakinya curi sesuatu
dan dia nak tengok rakaman.

21:10.811 --> 21:14.022
Saya beritahu dia
yang kamera merakam selama 24 jam,

21:14.106 --> 21:15.774
kemudian kami tukar pita.

21:16.733 --> 21:21.571
Saya rasa mungkin James faham
selepas 24 jam, pita itu dirakam ganti.

21:22.155 --> 21:24.199
Tapi kami takkan padamkannya.

21:24.283 --> 21:28.161
Kami cuma tukar pita,
dan ia akan menjadi rekod hari itu.

21:28.787 --> 21:34.042
Saya rasa andaian dia
ialah video 24 jam yang lalu telah hilang,

21:34.626 --> 21:37.421
sedangkan kami ada akses kepada video itu.

21:37.504 --> 21:40.132
Jadi, kami semakin curiga.

21:41.049 --> 21:43.927
9:00 MALAM
12 JAM SELEPAS JOEY DILAPORKAN HILANG

21:43.969 --> 21:47.097
Telefon saya berdering.
Detektif Castro telefon.

21:47.597 --> 21:52.436
Dia kata, "Saya nak awak
bawa beberapa pakaian Joey."

21:52.519 --> 21:55.605
"Kami akan kerah anjing
untuk cari bau Joey

21:55.689 --> 21:57.524
untuk lihat ke mana dia pergi."

21:58.317 --> 21:59.860
Saya pergi ke rumah Joey.

21:59.943 --> 22:02.571
Saya ambil tuala dan pakaiannya yang lain.

22:03.071 --> 22:06.867
Ketika itu, saya masih berharap.

22:08.076 --> 22:11.371
Mungkin ia berbeza daripada sangkaan saya.

22:15.500 --> 22:19.171
Saya diminta untuk menggeledah
kawasan garaj Grand Sutton.

22:19.254 --> 22:21.673
Saya pasang kolar pada anjing.
Saya kata, "Nak kerja?"

22:21.757 --> 22:23.675
Telinganya naik. Saya hantarnya.

22:26.345 --> 22:29.473
Jadi, anjing itu pergi ke belakang
dan mula bekerja.

22:29.556 --> 22:33.351
Saya kenal anjing saya semasa bekerja.
Ekornya tak berhenti bergerak.

22:33.435 --> 22:36.229
Tiba-tiba, ekornya bergerak semakin laju.

22:36.313 --> 22:38.148
Maknanya, ia sudah jumpa baunya.

22:40.359 --> 22:43.153
Ia pergi ke Mercedes-Benz hitam
empat pintu itu.

22:43.236 --> 22:46.615
Ia menghidu bahagian but dan ia…

22:46.698 --> 22:49.117
Ia menyalak. Macam…

22:49.785 --> 22:51.370
Dah jumpa.

22:52.412 --> 22:55.374
Ia kata ia ada bau

22:55.457 --> 22:57.876
sejenis penguraian manusia, darah…

22:57.959 --> 23:00.796
apa-apa saja yang menunjukkan
penguraian manusia.

23:02.547 --> 23:06.176
Tapi kena ada waran geledah
untuk masuk ke dalam kenderaan itu

23:06.259 --> 23:09.346
dan lihat jika benar ada

23:09.429 --> 23:11.598
bukti atau mayat di dalam but.

23:13.308 --> 23:16.311
Selepas garaj, detektif tanya saya,

23:16.395 --> 23:18.939
"Boleh hantarnya ke pangsapuri
kalau-kalau ada bau?"

23:19.523 --> 23:22.067
Saya pegang anjing itu.
Kami naik ke tingkat empat.

23:22.150 --> 23:23.068
Saya suruh ia cari.

23:24.820 --> 23:28.949
Ia pusing ke kiri, melalui koridor,
kemudian ia beri isyarat.

23:29.032 --> 23:32.035
Ia mencakar adang pintu 4C dengan kuat.

23:33.078 --> 23:36.331
Kemudian, James buka pintu.
James Rackover.

23:37.332 --> 23:40.127
Dia kata, "Tak guna. Pergi mampus, polis."

23:40.210 --> 23:42.337
"Kamu masuk dan… Kamu perlukan waran."

23:42.421 --> 23:44.297
"Pergi mampus."

23:44.381 --> 23:47.968
Saya pula fikir lelaki ini bodoh.

23:49.136 --> 23:51.596
Setelah saya dapat tahu
anjing itu beri amaran aktif,

23:51.680 --> 23:55.392
saya tahu
ia beri amaran aktif tentang darah,

23:55.475 --> 23:57.269
dan sesuatu telah berlaku di sana.

24:00.355 --> 24:03.900
Sementara itu,
anggota lain Skuad Detektif Presint 17

24:03.984 --> 24:06.611
daripada pejabat saya
mula menggeledah sampah

24:06.695 --> 24:08.321
dari setiap pangsapuri.

24:09.489 --> 24:13.952
Anjing disuruh hidu plastik sampah
supaya kami boleh kenal pasti plastik

24:14.035 --> 24:17.122
yang ia beri amaran,
dan kami akan geledah yang itu dulu.

24:21.334 --> 24:24.421
Anjing itu hidu plastik yang belum dibuka.

24:24.504 --> 24:27.883
Di dalamnya ada sarung selimut.

24:27.966 --> 24:31.678
Ia juga ada nama "James Rackover" padanya.

24:33.263 --> 24:37.684
Unit CSI mula menemukan
tuala kertas dan tuala

24:37.767 --> 24:39.728
yang kelihatan berlumuran darah.

24:40.312 --> 24:42.022
Mereka buka plastik kedua.

24:42.105 --> 24:46.318
Kemudian, kami menemukan
pakaian Joey yang berlumuran darah,

24:46.401 --> 24:48.320
sepadan dengan video pengawasan.

24:49.487 --> 24:51.490
Rantai emasnya ada di dalam sana,

24:51.573 --> 24:53.158
kad banknya.

24:53.241 --> 24:56.161
Kad pengenalan Joey
ada di dalam plastik itu juga.

24:58.455 --> 25:02.042
Setelah jumpa semua itu,
kita perlu dapatkan waran geledah,

25:02.125 --> 25:04.252
kembali dengan Unit CSI

25:04.336 --> 25:06.296
dan masuk ke pangsapuri itu.

25:06.379 --> 25:10.091
2:00 PAGI
17 JAM SELEPAS JOEY DILAPORKAN HILANG

25:10.175 --> 25:12.594
Sementara Yeoman dapatkan waran geledah,

25:12.677 --> 25:15.055
saya balik ke pejabat untuk periksa

25:15.138 --> 25:19.434
James Rackover, Lawrence Dilione
dan Max Gemma dalam komputer.

25:20.977 --> 25:24.648
Apa yang kami tahu tentang Max Gemma
ialah dia datang daripada keluarga berada.

25:24.731 --> 25:27.859
Ayahnya pernah jadi
datuk bandar Oceanport, New Jersey.

25:27.901 --> 25:28.735
BAPA MAX GEMMA

25:29.945 --> 25:33.156
Max tinggal di sebuah pangsapuri
dengan Larry Dilione.

25:34.074 --> 25:37.661
Larry Dilione sama macam Max Gemma.

25:37.744 --> 25:40.997
Dia datang daripada keluarga berada
di New Jersey.

25:41.581 --> 25:43.750
Mereka memiliki kuda-kuda baka baik.

25:44.960 --> 25:48.380
Ada beberapa cerita
dia pernah terlibat dalam pergaduhan,

25:48.463 --> 25:50.465
tapi selain itu, dia tiada

25:50.549 --> 25:53.510
apa yang kita anggap
latar belakang jenayah yang serius.

25:56.930 --> 26:01.226
Apabila kami siasat James Rackover,
rupa-rupanya dia bukan James Rackover.

26:01.309 --> 26:03.311
Nama dia James Beaudouin.

26:03.395 --> 26:05.814
Dia bukan dari New York.

26:05.897 --> 26:07.232
Dia berasal dari Florida,

26:07.315 --> 26:10.443
di mana dia banyak kali ditangkap,
telah dipenjarakan

26:10.527 --> 26:13.572
lebih kurang setahun setengah
kerana rompakan di Florida.

26:14.948 --> 26:19.494
Kami dapati dia diikat jamin,
meninggalkan Florida

26:19.578 --> 26:21.496
dan akhirnya datang ke New York.

26:22.372 --> 26:26.418
Selepas menggali sedikit lagi
tentang latar belakang James Rackover

26:26.501 --> 26:28.253
dan pertukaran namanya,

26:28.336 --> 26:30.130
kami dapat tahu

26:30.213 --> 26:34.509
bahawa Jeffrey Rackover
bukan bapa kandung James Rackover.

26:35.593 --> 26:38.930
Jeffrey Rackover telah membuat petisyen

26:39.014 --> 26:42.517
agar James Rackover mengambil namanya.

26:46.521 --> 26:50.859
Saya percaya Jeffrey jumpa James
di sebuah gim berdekatan bangunan kami.

26:54.446 --> 26:59.034
Mereka jadi kawan,
dan diperkenalkan selama beberapa minggu

26:59.117 --> 27:03.913
sebagai "kawan saya",
kemudian "anak saudara saya",

27:03.997 --> 27:05.415
kemudian "anak saya".

27:08.168 --> 27:13.089
Kami tak tahu apakah hubungan
antara Jeffrey dengan James, sejujurnya.

27:13.173 --> 27:17.052
Cerita James itu anak lelaki Jeffrey
yang sudah lama hilang,

27:17.135 --> 27:20.972
dan entah bagaimana
mereka bertemu setelah sekian lama…

27:21.056 --> 27:23.058
Itu tak benar.

27:23.141 --> 27:25.769
Kita mula menelitinya dan tertanya-tanya,

27:25.852 --> 27:29.397
"Apakah kebenaran hubungan mereka ini?"

27:31.816 --> 27:36.738
Mereka tak menyerupai ayah dan anak.

27:36.821 --> 27:39.157
Cara mereka berkelakuan sesama sendiri…

27:39.240 --> 27:42.827
Saya sayang ayah saya,
tapi cara mereka saling bermesra

27:42.911 --> 27:45.246
tak sama dengan saya dan ayah saya.

27:48.875 --> 27:51.336
Melihatkan segalanya
yang berkaitan dengan James,

27:51.419 --> 27:55.882
ada banyak tanda amaran.

27:57.592 --> 27:59.636
James bukan orang yang berada,

27:59.719 --> 28:02.389
bekerja kasar di Florida,

28:02.472 --> 28:08.603
dan dalam masa yang singkat
berubah menjadi James Rackover.

28:09.771 --> 28:12.732
Dia tinggal di pangsapuri ini,
memandu kereta ini,

28:12.816 --> 28:14.901
pergi ke kelab dan restoran mewah ini.

28:14.984 --> 28:18.655
Kita pasti tak mahu kehilangannya
kalau kita James.

28:21.324 --> 28:23.493
Yang lain masih ada keluarga mereka.

28:23.576 --> 28:25.954
Mereka masih ada duit keluarga mereka,

28:26.037 --> 28:28.123
tapi James boleh hilang segalanya.

28:28.206 --> 28:32.168
Saya rasa dia sanggup buat apa saja
untuk kekalkan hidup dia

28:32.252 --> 28:34.921
dan gaya hidup dia.

28:37.590 --> 28:39.884
4:00 PAGI
19 JAM SELEPAS JOEY DILAPORKAN HILANG

28:39.968 --> 28:44.055
Sementara menunggu waran geledah,
kami meneliti video daripada garaj.

28:44.139 --> 28:47.767
Kami tahu James pergi
pada pukul 9:45 malam Ahad,

28:47.851 --> 28:52.522
malam selepas parti itu,
dan ambil kereta Jeffrey Rackover.

28:55.483 --> 28:58.486
Semasa kami periksa latar belakang James,

28:58.570 --> 29:02.949
kami dapat tentukan
yang lesennya digantung.

29:03.032 --> 29:07.120
Jadi, ia memberi kami
cara untuk menahan dia

29:07.203 --> 29:09.289
kerana memandu tanpa lesen.

29:11.207 --> 29:13.001
James, kenapa awak bunuh dia?

29:13.084 --> 29:14.544
Apa yang berlaku, James?

29:14.627 --> 29:15.879
DETEKTIF CASTRO

29:15.962 --> 29:17.714
Malangnya, apabila dia ditahan,

29:17.797 --> 29:19.841
dia menggunakan
hak untuk mendapatkan peguam.

29:19.924 --> 29:21.760
Kami tak dibenarkan bercakap dengannya.

29:21.843 --> 29:26.097
Harapan kami
agar dia beritahu kami lokasi Joey…

29:26.681 --> 29:28.600
Tiada lagi harapan.

29:34.814 --> 29:37.734
14 NOVEMBER 2016
24 JAM SELEPAS JOEY DILAPORKAN HILANG

29:37.817 --> 29:39.611
Pada hari Selasa, 15 hari bulan,

29:39.694 --> 29:42.113
kami dapat waran geledah
untuk pangsapuri 4C.

29:43.823 --> 29:45.116
Unit CSI masuk.

29:45.700 --> 29:47.994
Ketika mereka mula menggeledah,

29:48.077 --> 29:50.288
mereka memproses tempat kejadian
dengan luminol.

29:50.371 --> 29:54.292
Di bawah cahaya tertentu,
kita boleh nampak darah.

29:55.251 --> 29:59.839
Apabila Unit CSI memproses bilik air,
buktinya ada di seluruh bilik air.

30:01.257 --> 30:04.719
Seluruh bilik air.
Dinding, tab mandi, lantai.

30:05.553 --> 30:09.599
Petunjuk bahawa ada
banyak darah telah dibersihkan.

30:10.433 --> 30:11.810
Di ruang tamu pun sama.

30:11.893 --> 30:15.438
Mereka sembur luminol
di tepi sofa dan lantai.

30:15.522 --> 30:18.107
Mereka jumpa titisan darah.

30:18.191 --> 30:19.984
Mereka mengujinya

30:20.068 --> 30:22.987
untuk lihat jika mereka boleh tentukan
darah itu milik siapa.

30:23.905 --> 30:27.575
Pasukan CSI telah mengumpul pisau stik

30:27.659 --> 30:31.371
di dalam mesin basuh pinggan mangkuk
yang telah dihidupkan dan dibersihkan.

30:31.454 --> 30:35.124
Pisau-pisau dapur itu
kemudian dibawa ke makmal

30:35.208 --> 30:40.588
untuk diperiksa kalau-kalau ada darah
yang meresap masuk ke dalam pemegangnya.

30:42.715 --> 30:45.635
Melihatkan benda yang ditemukan
di dalam plastik sampah

30:46.135 --> 30:48.429
dan di tempat kejadian,

30:48.513 --> 30:52.725
pasti sesuatu yang buruk menimpa Joey

30:52.809 --> 30:55.061
dan kita tahu dia mungkin dah mati.

30:56.271 --> 30:58.565
Tak mungkin dia masih hidup.

30:59.399 --> 31:01.860
Dengan semua penemuan kami setakat ini,

31:01.943 --> 31:04.112
dengan James yang enggan bersuara,

31:04.195 --> 31:08.157
serta Max Gemma
yang tiada maklumat tentang lokasi Joey,

31:08.241 --> 31:11.077
kerana kononnya dia tidur di sofa,

31:11.160 --> 31:14.455
kami tumpukan perhatian
kepada Larry Dilione.

31:14.956 --> 31:17.250
Disebabkan James sudah berada
dalam tahanan,

31:17.333 --> 31:20.712
mungkin Larry sekarang
mahu dapatkan peluangnya

31:20.795 --> 31:23.506
untuk bersuara dulu
dan beritahu kami apa yang berlaku,

31:23.590 --> 31:26.050
tanpa mengetahui apa yang James katakan.

31:27.093 --> 31:29.137
Dia datang ke balai.

31:32.682 --> 31:36.978
Apabila Larry datang ke balai,
kami tanya jika dia boleh jelaskan

31:37.061 --> 31:39.230
kenapa kami menemukan banyak darah.

31:40.440 --> 31:45.028
Dia kekalkan cerita yang sama sejak awal,
tak tahu di mana Joey.

31:47.572 --> 31:50.617
Kita boleh tuduh seseorang
sesuka hati, atau kata,

31:50.700 --> 31:53.328
"Mungkin awak bersalah kerana ini,
tapi dia lagi bersalah,"

31:53.411 --> 31:56.789
dan cuba dapatkan kenyataan
daripada dia dengan cara itu.

31:56.873 --> 32:00.918
Tapi Larry tak mahu jawab
soalan-soalan begitu.

32:01.002 --> 32:03.713
Jadi, kami cuba sentuh
sisi kemanusiaannya,

32:03.796 --> 32:06.883
mengatakan keluarga Joey Comunale
bimbang tentang dia

32:06.966 --> 32:08.551
dan mereka mahu bawa dia pulang.

32:08.635 --> 32:11.262
"Apa perasaan awak
kalau ini ahli keluarga awak?"

32:13.514 --> 32:15.308
Setelah Larry mendengarnya,

32:15.391 --> 32:21.522
dia beritahu kami
dia boleh dedahkan tempat Joey berada.

32:22.732 --> 32:26.527
Dia takkan beritahu kami
bagaimana insiden itu berlaku.

32:27.195 --> 32:30.740
Dia beri kami alamat
di belakang sebuah kedai bunga

32:30.823 --> 32:34.035
di pekan tempat tinggalnya
di Oceanport, New Jersey,

32:34.118 --> 32:35.703
dan kami patut cari di situ.

32:36.871 --> 32:40.124
Kami berkonvoi dengan lampu dan siren.

32:40.208 --> 32:44.003
Kami memandu 130
atau 140 km sejam ke lokasi ini.

32:46.714 --> 32:47.548
KEDAI BUNGA FOGGIA

32:47.590 --> 32:49.967
Kami tiba di kedai bunga ini.

32:50.968 --> 32:54.931
Kami menuju ke kawasan terbuka di belakang

32:55.014 --> 32:57.308
tempat Larry beri gambaran

32:57.392 --> 32:59.894
di mana kami boleh cari Joey.

33:00.937 --> 33:02.480
Kami mendekati tempat itu

33:02.563 --> 33:08.486
dan detektif CSI
mula menggali perlahan-lahan.

33:13.032 --> 33:16.077
Perkara pertama yang saya nampak ialah…

33:16.160 --> 33:21.124
tangan, seperti separuh penumbuk.

33:21.624 --> 33:24.419
Macam dalam filem,
terkeluar daripada tanah.

33:27.630 --> 33:33.094
Ketika mereka terus menggali,
kita mula nampak muka Joey,

33:33.177 --> 33:34.804
mula nampak dadanya,

33:34.887 --> 33:38.015
dan kita boleh tahu dia hangus terbakar.

33:38.558 --> 33:41.477
Jadi, dia dibakar.

33:43.771 --> 33:48.025
Pada tahap ini,
dah berhari-hari kami tak tidur.

33:48.985 --> 33:52.989
Kami kepenatan. Kami penat,
tapi ini sesuatu yang kami perlu buat.

33:53.865 --> 33:56.826
Kami perlu beritahu ibu bapanya
sebelum orang lain.

33:58.870 --> 34:02.457
Saya dan Detektif Chen masuk kereta

34:02.540 --> 34:06.836
untuk memandu dari Oceanport, New Jersey,
ke Stamford, Connecticut,

34:06.919 --> 34:10.757
untuk bercakap dengan Pat Comunale
dan maklumkan kepada dia

34:11.424 --> 34:14.218
yang kami dah temui mayat Joey.

34:17.972 --> 34:20.516
Tiada siapa cakap apa-apa di dalam kereta.

34:24.771 --> 34:27.815
Kita dapat rasa emosinya,
tapi kita ada tugas.

34:27.899 --> 34:29.609
Jadi, lupakan saja…

34:30.860 --> 34:32.695
dan kita teruskan.

34:37.074 --> 34:38.868
Kami duduk di sini. Saya…

34:38.951 --> 34:40.536
Saya dengar bunyi pintu kereta.

34:48.795 --> 34:50.421
Saya dengar bunyi pintu kereta.

34:51.839 --> 34:53.424
Saya tahu kenapa mereka datang.

34:58.096 --> 35:01.307
Kami masuk ke dalam rumah, dan Lisa turun.

35:01.390 --> 35:03.684
Mereka mendengar dengan teliti,
memandang kami.

35:06.479 --> 35:09.816
Dua detektif itu
beritahu kami yang mereka…

35:11.359 --> 35:12.485
dah temui dia.

35:16.280 --> 35:20.660
Ia mimpi terburuk kami.

35:22.078 --> 35:26.624
Saya tak pernah lihat dalam mata seseorang
betapa terlukanya mereka, ibu dan ayah.

35:27.333 --> 35:28.543
Lambai kepada ayah.

35:31.295 --> 35:34.090
Sesiapa pun tak layak
hadapi kesakitan begitu.

35:34.590 --> 35:36.175
Joe!

35:36.759 --> 35:38.052
Joe!

35:38.594 --> 35:41.180
- Kamu seronok?
- Bagus!

35:43.516 --> 35:44.809
Ia…

35:46.144 --> 35:47.812
Saya dah tahu,

35:47.895 --> 35:51.190
tapi ini permulaan bab seterusnya,

35:52.441 --> 35:55.111
menuntut keadilan untuk Joey.

36:02.243 --> 36:04.745
Itu saja yang saya fikirkan sekarang.

36:04.829 --> 36:08.916
Pastikan tiga-tiga lelaki ini
dapat hukuman yang setimpal.

36:12.170 --> 36:15.006
16 NOVEMBER 2016
3 HARI SELEPAS HOMISID JOEY COMUNALE

36:15.089 --> 36:17.925
Pegawai perubatan di New Jersey
menjalankan bedah siasat.

36:18.009 --> 36:22.638
Apa yang dia temukan
ialah Joey Comunale ada 14 luka tikaman,

36:22.722 --> 36:26.017
ada yang dibuat selepas mati.
Tulang-tulangnya patah.

36:26.100 --> 36:31.272
Tangannya lebam,
ada luka besar di bahunya,

36:31.355 --> 36:35.526
yang kami percaya
mereka cuba mengerat-ngerat dia.

36:36.527 --> 36:40.239
Mayatnya telah dibakar.

36:40.323 --> 36:43.409
Saya tak faham
kenapa perkara ini boleh berlaku.

36:43.910 --> 36:45.244
Ia tidak berperikemanusiaan.

36:45.328 --> 36:47.121
Ia keji.

36:47.205 --> 36:49.832
Jijiknya memikirkan

36:49.916 --> 36:55.963
mereka sanggup layan
manusia lain macam sampah.

36:59.759 --> 37:04.388
Selepas menguji pisau dapur yang ditemukan
di dalam mesin basuh pinggan mangkuk,

37:04.889 --> 37:09.477
terdapat darah Joey di dalam pemegangnya.

37:11.312 --> 37:16.400
Darah di pangsapuri itu juga darah Joey.

37:17.443 --> 37:18.819
Penemuan senjata pembunuhan,

37:18.903 --> 37:23.199
serta laporan bedah siasat
yang sepadan dengan bukti di pangsapuri,

37:23.282 --> 37:28.329
memberi kami jawapan
tentang bagaimana dia dibunuh.

37:29.038 --> 37:31.207
Tapi persoalan utamanya sekarang,

37:31.707 --> 37:33.709
bagaimana dia dibawa keluar
dari pangsapuri?

37:36.504 --> 37:41.634
Kami meneliti begitu banyak video,
tapi kami masih tak nampak.

37:44.428 --> 37:48.891
Satu-satunya video yang kami tak dapat
ialah kamera video

37:48.975 --> 37:51.394
milik bangunan sebelah

37:51.477 --> 37:53.980
yang secara kebetulan telah rosak.

37:55.982 --> 37:58.192
Akhirnya, video ini dapat dipulihkan.

37:58.776 --> 38:02.738
Ia menjawab sebahagian besar soalan kami.

38:05.574 --> 38:08.286
Semasa kami mula meneliti
video pengawasan itu,

38:08.369 --> 38:10.413
kita boleh lihat James Rackover

38:10.496 --> 38:15.084
letak kereta Mercedes hitam
di depan Grand Sutton.

38:21.507 --> 38:23.551
Rackover ambil troli bagasi.

38:24.635 --> 38:27.221
Kemudian, dia tinggalkan bingkai kamera.

38:27.305 --> 38:28.556
VIDEO PENGAWASAN BAHARU

38:28.639 --> 38:33.352
Apabila dia muncul semula,
ada beg dufel besar di atas troli bagasi,

38:33.436 --> 38:37.356
yang kemudian dia letak
di dalam but Mercedes hitam.

38:38.107 --> 38:41.235
Kalau kita lihat
ke luar tingkap pangsapuri 4C,

38:41.319 --> 38:46.073
kita boleh nampak Jalan 59
dan bahagian depan Grand Sutton.

38:46.157 --> 38:47.533
VIDEO PENGAWASAN BAHARU

38:47.616 --> 38:51.037
Apabila saya nampak itu
dan saya bercakap dengan Yeoman,

38:51.120 --> 38:53.622
saya kata, "Gila!"

38:55.041 --> 38:56.334
"Mereka ini…

38:57.626 --> 38:59.253
tolak dia keluar daripada tingkap."

38:59.754 --> 39:03.466
Supaya tiada siapa curiga
semasa mereka keluar dari lobi depan,

39:03.549 --> 39:05.593
satu-satunya jalan keluar.

39:06.635 --> 39:09.597
Apabila kita lihat video itu,
mereka bersama.

39:09.680 --> 39:12.224
Mereka berdua bertindak bersama

39:12.308 --> 39:14.894
untuk ambil mayat itu dan sembunyikannya.

39:23.986 --> 39:24.820
10 MEI 2017

39:24.904 --> 39:25.988
Awak yang buat?

39:27.323 --> 39:30.951
Apa yang berlaku di pangsapuri itu?
Apa yang berlaku malam itu?

39:31.035 --> 39:33.329
- Awak yang buat?
- Awak yang buat? Awak bunuh dia?

39:33.412 --> 39:34.872
Awak tikam dia?

39:34.955 --> 39:38.667
Pada 10 Mei, Larry dan James ditahan

39:38.751 --> 39:40.294
atas pembunuhan darjah kedua,

39:40.377 --> 39:42.922
menghalang pendakwaan
dan penyembunyian mayat.

39:43.547 --> 39:46.675
James sudah ditahan kerana memandu
dengan lesen yang digantung,

39:46.759 --> 39:50.304
dan Jeffrey tak jamin dia keluar.

39:50.388 --> 39:53.933
Saya rasa pada suatu tahap,
dia sedar dia dah buat silap

39:54.016 --> 39:58.229
mempunyai "anak"
yang merupakan seorang pembunuh.

39:59.146 --> 40:01.899
Kami tiada sebab
untuk percaya pada masa itu

40:01.982 --> 40:04.360
Max Gemma ada kaitan dengan homisid itu.

40:05.027 --> 40:08.030
Kami dapat kenyataan daripada Larry

40:08.114 --> 40:10.616
mengatakan Max tiada kaitan dengannya.

40:10.699 --> 40:14.078
Dia ditahan kerana menghalang pendakwaan.

40:16.330 --> 40:20.084
Akhirnya, jelas bahawa dia terlibat

40:20.167 --> 40:21.585
cuba menghalang, pada dasarnya…

40:21.669 --> 40:22.628
BEKAS PEGUAM DAERAH

40:22.711 --> 40:25.297
…kebolehan polis untuk mendapatkan bukti,

40:25.381 --> 40:30.344
tapi saya tak rasa peguam senior
atau saya yakin kami boleh buktikan

40:30.428 --> 40:33.264
bahawa Max, tanpa ragu-ragu,
terlibat dalam homisid itu.

40:34.932 --> 40:36.851
Setelah tuduhan membunuh dibuat,

40:36.934 --> 40:41.230
mereka menuding jari
kepada satu sama lain.

40:43.732 --> 40:46.944
Kami masih perlu cuba tentukan
siapa yang menikam.

40:47.486 --> 40:50.573
Kami tak tahu peranan James

40:50.656 --> 40:52.741
atau peranan Larry.

40:53.284 --> 40:57.830
Walaupun hanya seorang juri ragu-ragu,
sabitan tetap takkan dibuat.

41:01.125 --> 41:03.544
Sementara James menunggu perbicaraan,

41:03.627 --> 41:06.630
kami dengar
panggilan telefon penjara James

41:06.714 --> 41:08.466
dengan seorang kawannya.

41:08.549 --> 41:12.678
Dalam panggilan ini,
dia sangat yakin dia akan terlepas.

41:13.262 --> 41:16.932
Perbicaraan mula September nanti,
jadi saya boleh balik sekitar Oktober.

41:17.016 --> 41:18.809
Semua orang pasti hormat saya.

41:18.893 --> 41:20.603
Semasa saya keluar nanti.

41:20.686 --> 41:22.480
Mereka pasti kata "Budak ini…

41:22.563 --> 41:23.939
menang… seperti Rocky?"

41:24.023 --> 41:25.649
"Dia dah balik? Hebatlah!"

41:25.733 --> 41:26.734
Ya, nampak?

41:26.817 --> 41:29.403
Dia nampak okey. "Ya, saya akan terlepas."

41:29.487 --> 41:32.990
"Saya akan keluar tak lama lagi.
Semuanya baik-baik saja."

41:35.743 --> 41:41.165
Menjelang akhir siasatan
dan persiapan untuk perbicaraan…

41:41.248 --> 41:42.416
BANGUNAN MAHKAMAH JENAYAH

41:42.500 --> 41:46.670
…kami dapat mengesan seorang saksi
yang bernama Louie Ruggiero.

41:47.922 --> 41:50.174
Dia kawan James Rackover.

41:52.009 --> 41:53.677
Louie Ruggiero kata,

41:53.761 --> 41:56.138
pada hari kami menggeledah bangunan itu,

41:56.222 --> 41:57.973
dia berada di gim.

41:58.057 --> 42:01.769
James Rackover datang kepadanya
dan kata dia perlu bercakap.

42:01.852 --> 42:03.395
Dia nak beritahu hal yang berlaku.

42:04.480 --> 42:07.149
Louis beritahu kami
cerita yang James beritahu dia,

42:07.233 --> 42:10.069
iaitu pada hari pembunuhan itu,

42:10.152 --> 42:12.988
semasa mereka duduk di dalam pangsapuri,

42:13.072 --> 42:17.326
Larry bertengkar dengan lelaki ini.

42:17.826 --> 42:19.245
Rupa-rupanya Joey.

42:19.328 --> 42:24.166
Larry naik berang
dan tumbuk Joey sehingga dia rebah.

42:24.750 --> 42:26.085
Dia pengsan.

42:26.168 --> 42:29.004
James kemudian kata,
"Saya tak nak kembali ke penjara."

42:30.381 --> 42:32.883
Dia ambil pisau dari dapur

42:33.384 --> 42:35.052
dan tikam Joey sampai mati.

42:37.012 --> 42:39.682
Jadi, dalam kenyataan
yang dia beritahu Louie,

42:39.765 --> 42:42.851
dia mengaku dia yang bunuh Joey.

42:44.311 --> 42:48.315
Satu lagi kenyataannya yang luar biasa
ialah Joey masih berada di pangsapuri.

42:48.399 --> 42:52.403
Selepas itu, dia pesan penkek
dan makan tanpa sebarang masalah.

42:52.486 --> 42:55.364
Kemudian, mereka bawa mayatnya
ke New Jersey dan buangnya.

42:56.615 --> 42:59.660
Buktinya menunjukkan
bahawa tindakan mereka disengajakan.

42:59.743 --> 43:04.248
Serangan itu menyebabkan kematian Joey,
walaupun mereka memainkan peranan berbeza.

43:04.331 --> 43:08.335
Dua orang boleh bertanggungjawab
atas kematian seorang.

43:08.919 --> 43:11.922
Akhirnya, James dibicarakan dahulu.

43:18.345 --> 43:21.598
18 OKTOBER 2018
2 TAHUN SELEPAS HOMISID JOEY COMUNALE

43:23.976 --> 43:27.104
Perbicaraan untuk James Rackover
bermula di mahkamah Manhattan.

43:29.481 --> 43:30.899
Pat datang setiap hari.

43:30.983 --> 43:36.196
Dia akan penuhkan seluruh mahkamah
dengan keluarga dan kawan-kawan.

43:37.781 --> 43:38.741
Kami semua datang.

43:38.824 --> 43:40.951
Saudara fraterniti,
rakan-rakan kampung halaman,

43:41.035 --> 43:44.997
dan rakan sekerja datang menyokong Joey.

43:46.999 --> 43:49.710
Sokongan yang kami dapat
daripada ramai individu

43:49.793 --> 43:51.045
sangat mengagumkan.

43:52.129 --> 43:57.926
Tiada sesiapa sokong James Rackover,
yang jelas menunjukkan segalanya.

44:01.972 --> 44:04.808
Akhirnya, selepas perbicaraan panjang
yang melibatkan James,

44:04.892 --> 44:07.144
juri mendapati dia bersalah
atas pembunuhan darjah kedua,

44:07.227 --> 44:08.354
atau "pembunuhan dengan sengaja".

44:09.855 --> 44:13.150
Saya masih ingat saya terpaksa pegang Pat.

44:13.233 --> 44:20.032
Saya dan leftenan saya pegang lengan dia
sebab dia terus bangun…

44:21.325 --> 44:24.620
dengan kegembiraan
kerana ia selesai akhirnya

44:24.703 --> 44:28.040
dan mereka akan tanggung akibat
perbuatan mereka terhadap anaknya.

44:29.249 --> 44:33.128
Saya tumpang gembira. Sangat gembira.

44:34.171 --> 44:35.673
Apabila saya lihat James,

44:35.756 --> 44:40.469
saya cuma fikir,
"Aku harap mimpi ngeri kau baru bermula."

44:41.762 --> 44:43.305
Sebab saya bermimpi ngeri…

44:44.723 --> 44:46.225
lebih lama daripada dia.

44:50.813 --> 44:54.525
James Rackover
dijatuhkan hukuman selama 28 tahun,

44:54.608 --> 44:56.235
yang dia masih jalani.

44:56.318 --> 44:58.696
- Tolong berundur. En. Comunale.
- Okey.

45:00.072 --> 45:01.657
Kami gembira dengan keputusannya.

45:01.740 --> 45:04.660
Kami cuma mahu ia berakhir.

45:05.411 --> 45:07.705
Terima kasih
kepada Pejabat Peguam Daerah Manhattan

45:07.788 --> 45:09.248
atas kerja yang hebat,

45:10.749 --> 45:13.711
NYPD, yang bekerja sepanjang masa,

45:13.794 --> 45:16.714
dan saya hargai sokongan semua orang.

45:16.797 --> 45:19.591
Keluarga saya, kawan-kawan saya…

45:23.554 --> 45:28.434
Saya rasa Larry boleh nampak
yang kebarangkaliannya untuk disabitkan

45:28.517 --> 45:30.060
pasti sangat tinggi.

45:30.602 --> 45:34.481
Larry memilih untuk mengaku bersalah
daripada dibicarakan.

45:35.566 --> 45:38.485
Akhirnya, dia mengaku
atas pembunuhan darjah kedua

45:38.569 --> 45:40.112
dan dihukum selama 23 tahun.

45:41.238 --> 45:46.827
Februari 2019, Max Gemma mengaku bersalah
kerana menghalang pendakwaan,

45:47.411 --> 45:49.955
dan dia dijatuhkan
hukuman enam bulan penjara.

45:51.081 --> 45:54.626
Saya rasa semua akhbar kata
dia dapat tawaran duit kopi.

45:56.420 --> 45:59.715
Saya setuju dengan mereka.
Saya tak tahu kenapa.

46:01.049 --> 46:02.468
Saya tak tahu kenapa, tapi…

46:03.761 --> 46:05.179
dia perlu tanggungnya sendiri.

46:06.763 --> 46:08.390
Saya rasa Max Gemma

46:08.474 --> 46:12.186
pasti ada lebih banyak maklumat
tentang kejadian di pangsapuri itu.

46:22.529 --> 46:25.699
Setiap detektif ada kes luar biasa
dalam hidup mereka.

46:27.451 --> 46:30.370
Selama 19 tahun saya dalam jabatan polis,

46:30.454 --> 46:33.749
kes inilah kes luar biasa saya.

46:34.750 --> 46:36.710
Mempelajari tentang Joey

46:36.794 --> 46:40.172
dan betapa dia disayangi
oleh semua kawan dan keluarganya.

46:40.798 --> 46:42.841
Pat merindui Joey setiap hari

46:42.925 --> 46:45.260
seolah-olah ia hari pertama ia berlaku.

46:46.345 --> 46:48.514
Dia ada

46:49.014 --> 46:53.644
cinta kepada Joey yang saya fahami,

46:53.727 --> 46:56.146
sebab apabila dia bercakap tentang Joey,

46:57.105 --> 46:59.149
dan anak perempuannya,

46:59.858 --> 47:04.279
mereka seakan-akan dunianya.
Begitulah anak-anak saya bagi saya.

47:05.697 --> 47:07.991
Kami fikir tentang dia setiap hari.

47:08.826 --> 47:12.746
Kami cuma cuba

47:12.830 --> 47:15.958
mengingati dia,

47:16.458 --> 47:21.088
dan beritahu cucu saya sepanjang masa,
"Ini Pak Cik Joey."

47:22.673 --> 47:27.719
Kawan-kawan dia
mula buat tatu nombor sembilan.

47:29.596 --> 47:30.973
Itu nombor jersinya.

47:31.557 --> 47:34.935
Ironinya, saya selalu beritahu dia,

47:35.018 --> 47:38.522
"Ayah akan bayar yuran kolej kamu
dengan dua syarat."

47:38.605 --> 47:43.110
"Tamat belajar dalam empat tahun,
dan jangan sesekali buat tatu."

47:43.610 --> 47:45.946
Dia tak buat tatu,
tapi saya buat tatu dia.

47:47.990 --> 47:51.994
Saya rasa ini cara yang bagus
untuk bersama dia setiap hari.

47:54.413 --> 47:55.414
Saya bersama dia.

48:07.342 --> 48:08.176
SETERUSNYA

48:08.260 --> 48:11.013
Telefon berdering.
Jeff kata, "Irene ada bersama awak?"

48:11.096 --> 48:13.891
Dia kata, "Dia hilang sejak pukul 12:00."

48:13.974 --> 48:17.102
Tiba-tiba, semua orang bingung

48:17.185 --> 48:20.355
kerana tuan rumah sudah tiada.

48:21.023 --> 48:24.735
Irene Silverman wanita berusia 82 tahun
yang sangat tajam akal.

48:24.818 --> 48:26.153
Dia seorang sosialit.

48:26.236 --> 48:28.906
Kalau dia suka kita,
kita jadi keluarganya.

48:29.406 --> 48:32.451
Kami dapat maklumat
yang seorang ibu dan anak

48:32.534 --> 48:34.953
ada kad pengenalan Irene Silverman.

48:35.037 --> 48:36.496
Kami periksa latar belakang.

48:36.580 --> 48:39.374
Tak terbayang
perkara dahsyat yang mereka lakukan.

48:39.458 --> 48:41.460
Kami tak tahu dia di mana.
Kami tak bersalah.

48:41.543 --> 48:44.504
Jika diberi hak kami,
kami akan buktikannya.

48:44.588 --> 48:47.215
Ia bukan macam hubungan ibu dan anak.

48:47.299 --> 48:49.009
Mereka berpegangan tangan.

48:49.092 --> 48:51.511
Merenung mata satu sama lain.

48:51.595 --> 48:52.721
Biar betul?

48:52.804 --> 48:53.680
29 DISEMBER 1992

48:53.722 --> 48:55.724
Saya temu bual anak lelakinya.

48:55.807 --> 48:58.727
Sedar-sedar saja, dia pegang leher saya.

48:59.311 --> 49:01.980
Saya boleh rasa
jantungnya berdegup kencang.

49:02.064 --> 49:04.858
Dia kata kepada saya,
"Ini situasi tebusan."

49:05.692 --> 49:07.778
Kamu mungkin fikir
kamu kenal saya, tapi tak.

49:48.819 --> 49:52.823
Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi
api tak.
