WEBVTT

00:00:25.025 --> 00:00:28.654 align:center
ISRAEL
SERIBU TAHUN SEBELUM MASIHI

00:00:36.245 --> 00:00:39.415 align:center
Bolehkah sebiji batu
mengubah perjalanan sejarah?

00:00:40.916 --> 00:00:44.086 align:center
Bolehkan satu keingkaran mencipta legenda?

00:00:46.130 --> 00:00:48.340 align:center
Beta akan bercerita tentang David,

00:00:48.924 --> 00:00:52.386 align:center
budak pengembala kambing, dibuang,

00:00:53.053 --> 00:00:56.891 align:center
yang bakal menjadi raja
paling terkenal yang pernah hidup.

00:01:03.189 --> 00:01:06.108 align:center
Pernah suatu ketika Israel tidak beraja.

00:01:07.193 --> 00:01:10.613 align:center
Selepas 500 tahun Moses membelah lautan,

00:01:11.405 --> 00:01:14.116 align:center
rakyat tiada ketua dan berpecah belah.

00:01:16.285 --> 00:01:20.247 align:center
Jadi, Samuel, peramal hebat terakhir,

00:01:21.165 --> 00:01:23.959 align:center
melantik Saul daripada Kabilah Benjamin,

00:01:24.543 --> 00:01:26.629 align:center
sebagai raja pertama Israel.

00:01:27.379 --> 00:01:32.134 align:center
Tapi Samuel mengingatkan jangan lupakan
Tuhan yang keluarkan mereka dari Mesir.

00:01:33.886 --> 00:01:37.807 align:center
Saul memerintah selama 25 tahun,

00:01:37.890 --> 00:01:42.561 align:center
disayangi rakyat,
menang setiap pertempuran.

00:01:43.896 --> 00:01:49.902 align:center
Seiring dengan Saul yang semakin bongkak,
hubungannya dengan Samuel semakin jauh.

00:01:51.111 --> 00:01:52.571 align:center
Dengan setiap kemenangan,

00:01:53.113 --> 00:01:57.743 align:center
rakyat Israel lebih mempercayai
takhta berbanding Tuhan mereka.

00:01:58.160 --> 00:02:02.248 align:center
Semoga Keluarga Saul kekal selamanya.

00:02:02.998 --> 00:02:04.166 align:center
Selamanya!

00:02:11.298 --> 00:02:13.425 align:center
LEMBAH ELAH
PERANG PHILISTINE

00:02:26.438 --> 00:02:27.773 align:center
Bilangan askar mereka?

00:02:27.857 --> 00:02:29.817 align:center
Lebih 200,000 orang.

00:02:51.922 --> 00:02:53.507 align:center
Dia cuma manusia biasa.

00:02:54.967 --> 00:02:56.010 align:center
Kamu yakin?

00:02:56.552 --> 00:03:00.180 align:center
Berapa hari lagi kami mesti diancam?

00:03:02.099 --> 00:03:03.726 align:center
Hantar juara terhebat kau.

00:03:06.186 --> 00:03:09.899 align:center
Pengecut. Kamu semua pengecut.

00:03:14.236 --> 00:03:15.404 align:center
Goliath!

00:03:28.876 --> 00:03:32.755 align:center
Tuhan, kurniakan aku tanah ini.
Setiap langkah. Hanya satu langkah.

00:03:33.213 --> 00:03:35.716 align:center
Aku mahukan juara.

00:03:36.216 --> 00:03:42.139 align:center
Kau menyerang aku dengan kayu,
kau akan jadi mangsa kemarahan aku.

00:03:57.112 --> 00:03:58.197 align:center
Bagi lembing lain.

00:04:04.828 --> 00:04:05.746 align:center
Lagi satu.

00:04:19.969 --> 00:04:20.803 align:center
Tidak.

00:04:30.729 --> 00:04:35.651 align:center
Jadi, tatkala takdir rakyat
dalam keadaan genting,

00:04:36.986 --> 00:04:39.154 align:center
beta ajukan soalan ini sekali lagi.

00:04:43.117 --> 00:04:47.955 align:center
Bolehkah sebiji batu
mengubah perjalanan sejarah?

00:04:52.376 --> 00:04:58.632 align:center
KELUARGA DAVID

00:05:04.263 --> 00:05:05.931 align:center
SETAHUN SEBELUM ITU

00:05:11.020 --> 00:05:13.897 align:center
KABILAH JUDAH

00:05:20.279 --> 00:05:21.280 align:center
Sedang buat apa?

00:05:22.114 --> 00:05:23.115 align:center
Itu lebih baik.

00:05:23.741 --> 00:05:24.742 align:center
Tidak mengapa.

00:06:05.657 --> 00:06:06.492 align:center
Alamak.

00:06:32.017 --> 00:06:34.228 align:center
Tolonglah. Cepat.

00:06:57.000 --> 00:06:59.962 align:center
Maafkan saya, si kecil.

00:07:02.422 --> 00:07:04.299 align:center
Aku tahu. Tak mengapa.

00:07:05.968 --> 00:07:08.595 align:center
Jangan bising.

00:07:30.534 --> 00:07:33.954 align:center
Kenapa Moses tak pergi?
Kenapa baginda perlu mati?

00:07:34.037 --> 00:07:36.999 align:center
Kerana semasa baginda sangat tua…

00:07:37.082 --> 00:07:37.916 align:center
Macam ayah?

00:07:40.752 --> 00:07:42.796 align:center
Ya, macam ayah.

00:07:42.880 --> 00:07:49.052 align:center
Selepas 40 tahun memerintah Israel,
Moses mangkat di atas gunung itu.

00:07:51.138 --> 00:07:57.561 align:center
Keingkaran ada risikonya,
walaupun kepada yang agung seperti Moses.

00:07:59.396 --> 00:08:02.733 align:center
Jadi, apa Joshua buat tanpa Moses?

00:08:02.816 --> 00:08:07.446 align:center
Tuhan sebut sebanyak tiga kali,
"Chazak veh emats."

00:08:08.030 --> 00:08:12.701 align:center
Yakin dan berani. Jangan takut.

00:08:12.784 --> 00:08:18.415 align:center
Kerana perasaan takut adalah musuh.
Rasa takut adalah pencuri.

00:08:19.708 --> 00:08:21.418 align:center
Jadi, kenapa kita masih menyorok?

00:08:23.337 --> 00:08:25.214 align:center
Kerana tugasnya belum selesai.

00:08:27.799 --> 00:08:29.176 align:center
Memang betul, David.

00:08:31.511 --> 00:08:32.804 align:center
Jadi, kita jangan takut.

00:08:35.057 --> 00:08:41.480 align:center
Kita mesti lawan rasa takut itu kerana
Tuhan akan menanti kita di sebelah sana.

00:08:42.981 --> 00:08:45.734 align:center
Bukankah kau sepatutnya
menjaga kambing, pengembala?

00:08:45.817 --> 00:08:46.652 align:center
Ya.

00:08:47.653 --> 00:08:51.114 align:center
Tak cukup bagus.
Aku nampak benda yang kau bawa balik.

00:08:52.449 --> 00:08:53.825 align:center
Singa itu dah kembali.

00:08:53.909 --> 00:08:55.702 align:center
Singa? Kau di mana waktu itu?

00:08:57.287 --> 00:09:01.583 align:center
Hilang, menyanyi tentang mak kau?

00:09:01.667 --> 00:09:02.960 align:center
Kau sebut mak aku lagi.

00:09:03.710 --> 00:09:09.091 align:center
Nathaneel, David, kisah orang kita
langsung tak bererti bagi kamu?

00:09:09.174 --> 00:09:13.804 align:center
Maaf, ayah.
Saya terganggu dengan pengembala ini.

00:09:23.146 --> 00:09:24.147 align:center
Kasihannya.

00:09:25.023 --> 00:09:25.941 align:center
Ia selamat.

00:09:27.567 --> 00:09:29.152 align:center
Datuk tahu pak cik memilikinya?

00:09:30.487 --> 00:09:32.614 align:center
Avva, masuk ke dalam.

00:09:34.741 --> 00:09:35.826 align:center
David.

00:09:36.410 --> 00:09:37.494 align:center
Ayah.

00:09:38.578 --> 00:09:39.913 align:center
Berapa ekor dah mati?

00:09:41.999 --> 00:09:43.000 align:center
Empat ekor.

00:09:43.083 --> 00:09:44.418 align:center
Ayah bukan orang kaya.

00:09:47.170 --> 00:09:48.171 align:center
Angkara raja lama.

00:09:52.968 --> 00:09:54.094 align:center
Singa itu dah mati.

00:09:55.262 --> 00:09:58.849 align:center
Memang singa itu. Selagi tak dibunuh,
kambing kita tak boleh ke sana.

00:09:59.474 --> 00:10:00.517 align:center
Lagi banyak mati.

00:10:00.726 --> 00:10:04.521 align:center
David, kamu tahu ayah
tiada padang ragut lain.

00:10:04.604 --> 00:10:06.565 align:center
Jadi, cari orang dan buru singa itu.

00:10:06.940 --> 00:10:07.858 align:center
Mereka enggan.

00:10:07.941 --> 00:10:08.775 align:center
Kenapa?

00:10:12.946 --> 00:10:13.780 align:center
Kerana saya.

00:10:14.281 --> 00:10:15.657 align:center
Bukan sebab kamu.

00:10:15.741 --> 00:10:17.659 align:center
Seluruh Bethlehem layan saya begitu,

00:10:18.076 --> 00:10:19.494 align:center
macam abang-abang saya.

00:10:19.995 --> 00:10:22.122 align:center
Saya cuma anak luar nikah di sini.

00:10:22.998 --> 00:10:25.625 align:center
Kamu anak ayah, macam mereka.

00:10:27.461 --> 00:10:28.670 align:center
Saya bunuh singa itu.

00:10:29.087 --> 00:10:31.173 align:center
Jangan. Ayah akan uruskan.

00:10:31.256 --> 00:10:32.507 align:center
Macam dulu?

00:10:34.801 --> 00:10:36.720 align:center
Itu patut ditanam dengan mak kamu.

00:10:36.845 --> 00:10:40.932 align:center
Ingat, David. Ayah tak nak dengar
bunyinya di rumah ini lagi.

00:10:42.601 --> 00:10:44.561 align:center
Ayah, ini saja peninggalannya.

00:10:45.979 --> 00:10:46.980 align:center
Kamu nak ke mana?

00:10:47.064 --> 00:10:48.065 align:center
Tempat sebenar saya.

00:10:48.398 --> 00:10:50.984 align:center
David.

00:11:17.761 --> 00:11:19.888 align:center
Tunjukkan tujuan-Mu.

00:11:19.971 --> 00:11:21.807 align:center
Tunjukkanlah kehendak-Mu untukku.

00:11:23.016 --> 00:11:24.226 align:center
Tunjukkan siapa diriku.

00:11:28.021 --> 00:11:29.064 align:center
Tolonglah.

00:11:53.213 --> 00:11:58.969 align:center
Lagu mesti dicari dan dibelai.
Macam benda hidup.

00:12:08.562 --> 00:12:09.479 align:center
Sekarang cuba.

00:12:13.233 --> 00:12:16.736 align:center
Aku berterima kasih kepada Tuhan

00:12:16.987 --> 00:12:20.907 align:center
Dengan sepenuh hatiku

00:12:21.575 --> 00:12:24.870 align:center
Kan kukira semula

00:12:25.287 --> 00:12:29.374 align:center
Semua keajaiban-Mu

00:12:30.542 --> 00:12:37.549 align:center
Tuhan itu kubu bagi yang teraniaya

00:12:38.967 --> 00:12:45.932 align:center
Kubu pada saat sukar

00:12:48.268 --> 00:12:54.816 align:center
Juga sesiapa yang kenal nama-Mu

00:12:56.985 --> 00:13:02.782 align:center
Akan mempercayai-Mu

00:13:05.619 --> 00:13:10.290 align:center
Kerana Kau takkan meninggalkan

00:13:14.211 --> 00:13:19.799 align:center
Sesiapa yang mencari-Mu, Tuhan.

00:13:59.422 --> 00:14:03.385 align:center
PERANG AMALEKITE

00:14:03.468 --> 00:14:07.639 align:center
Peperangan terakhir Israel sebelum Goliath

00:14:07.722 --> 00:14:09.808 align:center
ialah menentang Amalekite,

00:14:09.891 --> 00:14:15.063 align:center
negara peminum darah yang telah
menyeksa Israel buat sekian lama.

00:14:20.944 --> 00:14:26.992 align:center
Raja Saul telah diperintahkan oleh Samuel
supaya tak simpan rampasan,

00:14:27.075 --> 00:14:31.162 align:center
jangan ambil apa-apa daripada Amalekite
dan bunuh raja mereka,

00:14:31.246 --> 00:14:33.832 align:center
kanibal kejam bernama Agag.

00:14:39.170 --> 00:14:42.966 align:center
Selepas beberapa hari bertempur,
ayahanda beta, Raja Saul,

00:14:43.883 --> 00:14:47.846 align:center
dan kakanda beta, Jonathan,
menang sekali lagi.

00:14:47.929 --> 00:14:49.931 align:center
Menang!

00:14:52.267 --> 00:14:55.478 align:center
Demi Tuhan dan Israel,

00:14:56.980 --> 00:14:58.648 align:center
juga raja kamu!

00:15:09.659 --> 00:15:10.493 align:center
Tuanku.

00:15:17.167 --> 00:15:19.044 align:center
Tuhan bersama kita hari ini.

00:15:19.753 --> 00:15:21.129 align:center
Berapa yang terkorban?

00:15:21.212 --> 00:15:22.422 align:center
Lima ribu orang.

00:15:24.841 --> 00:15:26.051 align:center
Pengorbanan yang besar.

00:15:27.636 --> 00:15:29.429 align:center
Namun, Amalekite tewas.

00:15:32.932 --> 00:15:35.602 align:center
Ada berita kampung sempadan
musnah di utara Bethlehem.

00:15:35.685 --> 00:15:37.854 align:center
Kampung sempadan? Angkara siapa?

00:15:38.396 --> 00:15:40.482 align:center
Patik dah hantar orang untuk siasat.

00:15:41.775 --> 00:15:42.776 align:center
Ambilkan kuda.

00:15:42.859 --> 00:15:44.903 align:center
Tuanku, jaraknya sehari perjalanan.

00:15:45.320 --> 00:15:47.822 align:center
Tuanku pula dah
bertempur selama beberapa hari.

00:15:49.866 --> 00:15:50.950 align:center
Bawa beta ke sana.

00:15:54.537 --> 00:15:56.122 align:center
Mari kita ke kampung itu.

00:15:57.749 --> 00:15:59.042 align:center
Kamu penat, Eliab?

00:15:59.125 --> 00:16:00.502 align:center
Patik tak pernah penat.

00:16:10.762 --> 00:16:13.682 align:center
KAMPUNG SEMPADAN
DI BETHLEHEM TIMUR

00:16:14.683 --> 00:16:18.019 align:center
Kita berjuang di sebelah kanan.
Rakyat diserang di sebelah kiri.

00:16:18.478 --> 00:16:20.980 align:center
Tanpa pertahanan dan senjata.

00:16:23.441 --> 00:16:26.403 align:center
Ini angkara siapa? Philistine?

00:16:27.404 --> 00:16:30.949 align:center
Kenapa pilih kampung terpencil?
Tiada benda berharga di sini.

00:16:32.951 --> 00:16:35.286 align:center
Kamu pernah lihat keadaan begini?

00:16:36.204 --> 00:16:37.080 align:center
Eliab?

00:16:37.997 --> 00:16:41.584 align:center
Mereka dibunuh tanpa menggunakan pisau.
Bagaimana?

00:16:41.876 --> 00:16:42.752 align:center
Seorang selamat.

00:16:46.673 --> 00:16:47.674 align:center
Turunkan dia.

00:16:49.008 --> 00:16:51.469 align:center
Hati-hati. Dia dah cukup trauma.

00:16:52.137 --> 00:16:55.765 align:center
Budak, ini putera kamu, anak Raja Saul.

00:16:56.558 --> 00:16:58.226 align:center
Ceritakan hal yang sebenar, okey?

00:17:04.607 --> 00:17:08.361 align:center
Nama beta Jonathan. Nama kamu?

00:17:11.865 --> 00:17:13.283 align:center
Siapa yang buat semua ini?

00:17:13.616 --> 00:17:14.451 align:center
Tuan…

00:17:24.794 --> 00:17:25.670 align:center
Lari!

00:17:26.838 --> 00:17:27.839 align:center
Lari!

00:17:37.849 --> 00:17:38.725 align:center
Lari.

00:18:01.748 --> 00:18:02.999 align:center
Maafkan beta.

00:18:06.586 --> 00:18:08.713 align:center
Beta putera, tapi gagal melindungi kamu.

00:18:10.673 --> 00:18:12.175 align:center
Beta patut melindungi kamu.

00:18:13.510 --> 00:18:15.595 align:center
Sekarang beritahu beta ini angkara siapa.

00:18:17.096 --> 00:18:22.894 align:center
Beta bersumpah,
akan cari dan musnahkan mereka.

00:18:24.938 --> 00:18:26.147 align:center
Demi kamu.

00:19:01.099 --> 00:19:06.479 align:center
"Pada zaman itu terdapat raksasa di bumi,
dan juga selepas itu."

00:19:25.164 --> 00:19:26.958 align:center
Kamu dah semakin mahir.

00:19:29.127 --> 00:19:31.838 align:center
Semua kambing cukup,
jika itu yang ayah nak tahu.

00:19:32.630 --> 00:19:34.340 align:center
Ayah bukan nak tengok ternakan.

00:19:37.468 --> 00:19:41.598 align:center
Maaf sebab malam tadi,
cara saya bercakap dengan ayah.

00:19:46.519 --> 00:19:50.982 align:center
Semangat kamu dan mak kamu sama,
umpama kuda yang tak boleh dijinakkan.

00:19:51.065 --> 00:19:53.026 align:center
Kenapa ayah sorok saya di bukit?

00:19:53.109 --> 00:19:55.069 align:center
-Disorok macam pesakit kusta.
-David.

00:19:55.153 --> 00:19:58.114 align:center
Kenapa halang saya jadi askar?
Biar saya buktikan kemampuan.

00:19:58.197 --> 00:20:01.618 align:center
Tiada yang membanggakan
dengan berbakti kepada raja.

00:20:01.701 --> 00:20:02.660 align:center
Beritahulah Eliab.

00:20:02.744 --> 00:20:04.621 align:center
Ayah dah cuba. Banyak kali.

00:20:04.704 --> 00:20:08.541 align:center
Jadi, kenapa abang saya boleh berjuang,
dan saya terkandas di sini?

00:20:08.625 --> 00:20:10.168 align:center
Sebab raja rampas mereka.

00:20:11.336 --> 00:20:14.797 align:center
Kemudian rampas cukai, tanah kita
macam amaran daripada peramal.

00:20:15.048 --> 00:20:17.050 align:center
Israel tak sepatutnya ada raja.

00:20:18.051 --> 00:20:21.471 align:center
Raja dah rampas macam-macam.
Ayah takkan biarkan dia rampas kamu.

00:20:21.554 --> 00:20:24.223 align:center
Ini bukan tempat saya, ayah. Saya pasti.

00:20:26.267 --> 00:20:27.727 align:center
Takdir saya lebih lagi.

00:20:29.103 --> 00:20:30.396 align:center
Macam mana kamu tahu?

00:20:31.356 --> 00:20:33.107 align:center
Sebab Tuhan bercakap dengan saya.

00:20:33.733 --> 00:20:38.196 align:center
Semasa saya sendirian di bukit.
Saya dengar suara-Nya, macam mak.

00:20:39.697 --> 00:20:40.740 align:center
Tuhan beritahu saya…

00:20:41.574 --> 00:20:42.492 align:center
Avva.

00:20:50.291 --> 00:20:51.334 align:center
Avva.

00:20:52.251 --> 00:20:53.211 align:center
Avva.

00:20:58.716 --> 00:20:59.634 align:center
Avva.

00:21:03.179 --> 00:21:04.263 align:center
Alamak.

00:21:04.347 --> 00:21:05.306 align:center
Avva?

00:21:06.057 --> 00:21:06.891 align:center
David.

00:21:13.022 --> 00:21:14.148 align:center
Mari sini.

00:21:16.734 --> 00:21:17.735 align:center
Awak tak apa-apa?

00:22:16.044 --> 00:22:18.129 align:center
Kenapa Tuhan uji ayah?

00:22:18.755 --> 00:22:21.215 align:center
Iblis ini serang rumah ayah.

00:22:22.216 --> 00:22:25.636 align:center
David, berhenti.
Kamu tak boleh melawannya sendirian.

00:22:25.720 --> 00:22:29.682 align:center
Saya boleh dan akan lawan singa ini.
Demi kita semua.

00:22:29.766 --> 00:22:32.143 align:center
Jangan. Tunggu.

00:22:33.978 --> 00:22:35.480 align:center
Saya dah penat menunggu.

00:22:36.064 --> 00:22:37.356 align:center
David, tunggu.

00:22:55.208 --> 00:22:59.629 align:center
KHEMAH GILGAL
SELEPAS KEKALAHAN AMALEKITE

00:22:59.712 --> 00:23:00.838 align:center
Budak itu pula?

00:23:01.422 --> 00:23:02.423 align:center
Tinggal dengan beta.

00:23:05.051 --> 00:23:09.889 align:center
Tuanku, budak suka bercerita.
Ketakutan mudah tersebar.

00:23:10.431 --> 00:23:12.767 align:center
-Budak ini pula…
-Bisu seribu bahasa.

00:23:14.310 --> 00:23:18.356 align:center
Pergilah. Sertai anak buah kamu.
Raikan kemenangan.

00:23:25.446 --> 00:23:30.785 align:center
Restui Gibeah!
Restui Keluarga Saul, anak Kish,

00:23:31.410 --> 00:23:33.162 align:center
kebanggaan Benjamin,

00:23:33.579 --> 00:23:37.250 align:center
menghilangkan dahaga kami
dengan wain milik Agag.

00:24:05.236 --> 00:24:09.073 align:center
Pastikan takhta raja
melebihi paras tanah separuh hasta.

00:24:09.157 --> 00:24:11.075 align:center
Mak, sejujurnya, pentingkah semua itu?

00:24:11.159 --> 00:24:12.535 align:center
Setiap perincian penting.

00:24:12.743 --> 00:24:17.081 align:center
Pergi pasang, Mychal.
Tugas ini penting. Periksa persiapan.

00:24:17.957 --> 00:24:21.544 align:center
Jika bonda ikut kami di medan perang,
hari pertama kami dah menang.

00:24:21.627 --> 00:24:23.254 align:center
-Jonathan.
-Tuanku.

00:24:23.337 --> 00:24:25.548 align:center
Tuhan dah kembalikan anakanda bonda.

00:24:29.343 --> 00:24:30.887 align:center
-Tak cedera?
-Tidak.

00:24:32.054 --> 00:24:33.431 align:center
Sebenarnya, tak banyak.

00:24:35.141 --> 00:24:39.061 align:center
-Jonathan, adinda berdoa setiap hari.
-Adinda.

00:24:39.145 --> 00:24:41.606 align:center
-Ini siapa?
-Kakanda tak boleh selamatkan semua.

00:24:41.689 --> 00:24:43.065 align:center
Yang ini boleh.

00:24:43.149 --> 00:24:44.233 align:center
Kenapa dengan dia?

00:24:44.317 --> 00:24:47.945 align:center
Kampungnya di sempadan musnah.
Hanya dia terselamat.

00:24:48.154 --> 00:24:52.366 align:center
Mychal, sutera itu dari Mesir.
Bonda? Sutera itu.

00:24:52.783 --> 00:24:53.951 align:center
Siapa nama kamu?

00:24:54.118 --> 00:24:55.077 align:center
Dia tak bercakap.

00:24:56.495 --> 00:24:57.455 align:center
Reuben.

00:24:58.873 --> 00:25:03.711 align:center
Helo, Reuben. Mari.
Kamu suka buah tin? Beta suka.

00:25:04.462 --> 00:25:05.463 align:center
Perjalanan baik?

00:25:05.546 --> 00:25:06.964 align:center
Cukup untuk adinda muntah.

00:25:07.506 --> 00:25:10.885 align:center
Permainan istana pasti bosan
jika adinda mencari medan perang.

00:25:11.802 --> 00:25:14.513 align:center
Bahaya di istana
tak sehebat bahaya medan perang.

00:25:14.597 --> 00:25:16.390 align:center
Setidaknya kita kenal musuh kita.

00:25:16.641 --> 00:25:18.976 align:center
Bukan selalu. Kenapa bonda datang?

00:25:19.060 --> 00:25:22.313 align:center
Ayahanda panggil.
Untuk tunjukkan kesepakatan.

00:25:23.105 --> 00:25:26.400 align:center
Kabilah mesti dihargai.
Peperangan ada wiranya.

00:25:26.859 --> 00:25:28.110 align:center
Wira perlu pasangan.

00:25:29.195 --> 00:25:30.404 align:center
Termasuk para putera.

00:25:36.953 --> 00:25:38.162 align:center
Kamu dah lama bersedih.

00:25:38.246 --> 00:25:40.748 align:center
Bonda, anakanda baru menang perang.

00:25:41.666 --> 00:25:42.959 align:center
Tak sedia berperang lagi.

00:25:44.919 --> 00:25:45.753 align:center
Mana ayahanda?

00:25:45.836 --> 00:25:48.172 align:center
-Di atas gunung.
-Yang itu.

00:25:49.215 --> 00:25:50.883 align:center
Membina batu asas kemenangan.

00:25:51.592 --> 00:25:52.468 align:center
Eshbaal pula?

00:25:52.551 --> 00:25:54.887 align:center
Kakanda akan jumpa dia
bersama harta rampasan.

00:26:00.476 --> 00:26:02.395 align:center
Apa lagi patik boleh bantu, tuanku?

00:26:03.479 --> 00:26:06.941 align:center
Gelas beta masih penuh.
Tapi jangan ke mana-mana.

00:26:07.650 --> 00:26:10.569 align:center
Selera boleh berubah dengan pantas.

00:26:15.700 --> 00:26:17.410 align:center
Patik tak pernah bersama raja.

00:26:19.620 --> 00:26:21.455 align:center
Mari. Duduk.

00:26:24.458 --> 00:26:26.585 align:center
Duduk. Beta tak gigit orang.

00:26:29.505 --> 00:26:30.381 align:center
Di sini.

00:26:34.260 --> 00:26:36.971 align:center
Cantiknya wajah kamu.

00:26:37.680 --> 00:26:40.850 align:center
Siapa nama kamu?

00:26:41.934 --> 00:26:42.852 align:center
Kezia.

00:26:42.935 --> 00:26:43.769 align:center
Kezia.

00:26:44.603 --> 00:26:48.149 align:center
Jika patik ditugaskan bantu adinda tuanku,

00:26:50.109 --> 00:26:52.028 align:center
tuanku boleh jumpa patik selalu.

00:26:54.363 --> 00:27:00.745 align:center
Gadis yang bijak, bukan?
Mungkin beta boleh aturkan.

00:27:01.829 --> 00:27:03.080 align:center
Tuanku bakal jadi raja?

00:27:07.293 --> 00:27:12.173 align:center
Beta lebih suka tak memiliki kuasa

00:27:12.256 --> 00:27:14.425 align:center
daripada beban memiliki takhta.

00:27:14.800 --> 00:27:15.676 align:center
Eshbaal.

00:27:15.760 --> 00:27:17.261 align:center
Bercakap tentang beban.

00:27:17.345 --> 00:27:18.471 align:center
Tuanku.

00:27:22.808 --> 00:27:28.022 align:center
Salam, kakanda. Nampak tertekan.
Adinda terlepas apa-apa acara?

00:27:28.105 --> 00:27:31.067 align:center
Adinda pasti tahu.
Terlepas pertempuran hebat.

00:27:31.442 --> 00:27:34.028 align:center
Betul? Pertempuran?

00:27:34.111 --> 00:27:38.074 align:center
Perang tercetus dan dimenangi oleh
mereka yang lapar darah dan takluk.

00:27:38.157 --> 00:27:42.036 align:center
Kakanda tak perlukan adinda. Adinda
terlalu muda dan sopan untuk semua itu.

00:27:42.119 --> 00:27:44.413 align:center
Pemuda yang lebih muda berperang dan mati.

00:27:44.497 --> 00:27:47.792 align:center
Baguslah. Semoga Tuhan kurniakan
ganjaran pengorbanan mereka.

00:27:51.545 --> 00:27:52.546 align:center
Ini angkara kamu.

00:27:52.922 --> 00:27:55.424 align:center
Tolong lebih spesifik.

00:27:55.508 --> 00:27:58.594 align:center
Kamu pujuk ayahanda
untuk simpan objek sumpahan ini.

00:28:01.430 --> 00:28:05.768 align:center
Sumpahan? Benda yang bersinar ini
kakanda rasa disumpah?

00:28:06.310 --> 00:28:09.563 align:center
Lagipun, tiada halangan
daripada raja, jadi…

00:28:11.565 --> 00:28:13.901 align:center
Janganlah begitu.

00:28:16.278 --> 00:28:17.947 align:center
Raikan kemenangan kita.

00:28:20.449 --> 00:28:21.742 align:center
Kakanda memang layak.

00:28:29.125 --> 00:28:32.211 align:center
Okey. Terpulanglah.

00:28:32.837 --> 00:28:35.881 align:center
Tuanku, Joab dan Tuan Abner nak jumpa.

00:28:39.009 --> 00:28:39.844 align:center
Pergilah.

00:28:40.928 --> 00:28:42.555 align:center
Perbincangan belum selesai.

00:28:42.638 --> 00:28:43.764 align:center
Tak sabar rasanya.

00:28:49.520 --> 00:28:52.523 align:center
Saya boleh berikan awak
50 ekor lembu dan 500 ekor kambing.

00:28:52.606 --> 00:28:55.443 align:center
Kenapa lebih sedikit
berbanding rumah lain di Israel?

00:28:55.526 --> 00:28:57.611 align:center
Memang sedikit. Sekarang pergi.

00:28:57.695 --> 00:29:03.325 align:center
Abner, gandakan bahagian mereka.
Bagi beta semua sama.

00:29:04.243 --> 00:29:05.703 align:center
Semoga raja panjang umur.

00:29:07.538 --> 00:29:08.956 align:center
Tuanku bagi terlalu banyak.

00:29:09.707 --> 00:29:10.624 align:center
Beta murah hati.

00:29:10.875 --> 00:29:14.003 align:center
Kesetiaan yang dicapai melalui
urus niaga cuma sementara.

00:29:14.086 --> 00:29:18.507 align:center
Begitu juga keremajaan.
Tapi menyeronokkan selagi ada, sahabatku.

00:29:37.151 --> 00:29:38.027 align:center
Ayahanda.

00:29:38.652 --> 00:29:40.237 align:center
Jonathan, anakanda beta.

00:29:40.321 --> 00:29:41.155 align:center
Tuanku.

00:29:46.035 --> 00:29:47.453 align:center
Tugu yang agak besar, betul?

00:29:47.536 --> 00:29:50.414 align:center
Penghormatan apa? Kekalahan Amalekite?

00:29:50.498 --> 00:29:54.001 align:center
Lebih daripada itu.
Akan jadi peringatan buat selamanya.

00:29:54.084 --> 00:29:57.546 align:center
Kehebatan keluarga kita,
kegemilangan Israel.

00:29:58.506 --> 00:29:59.423 align:center
Kehebatan Tuhan?

00:30:00.257 --> 00:30:02.510 align:center
Kehebatan kita adalah kehebatan-Nya.

00:30:05.638 --> 00:30:07.014 align:center
Keadaan kampung sempadan?

00:30:07.932 --> 00:30:13.354 align:center
Musnah sepenuhnya. Hanya seorang
budak selamat. Anakanda bawa dia ke mari.

00:30:14.104 --> 00:30:15.064 align:center
Angkara siapa?

00:30:15.397 --> 00:30:19.818 align:center
Tak diketahui. Kecuali anakanda nampak
kesan tapak tangan luar biasa besarnya.

00:30:20.903 --> 00:30:22.780 align:center
Juga anak panah sebesar lembing.

00:30:25.366 --> 00:30:28.869 align:center
Gergasi dah lama tak kelihatan
sejak zaman Joshua.

00:30:29.537 --> 00:30:31.455 align:center
Sudah beratus-ratus tahun.

00:30:33.040 --> 00:30:35.918 align:center
Ini helah Philistine untuk gertak kita.

00:30:36.001 --> 00:30:38.045 align:center
Agar kita takut dan kembali ke gua.

00:30:39.380 --> 00:30:40.256 align:center
Harapnya begitu.

00:30:41.924 --> 00:30:43.425 align:center
Kamu masih bimbang.

00:30:45.844 --> 00:30:48.514 align:center
Kenapa kita bahagikan
rampasan peminum darah itu?

00:30:49.765 --> 00:30:51.141 align:center
Jadikan mereka hamba?

00:30:52.017 --> 00:30:53.561 align:center
Kita ditegah ambil harta.

00:30:55.104 --> 00:30:56.105 align:center
Oleh Samuel.

00:30:56.313 --> 00:30:57.815 align:center
Ya, ayahanda. Oleh Samuel.

00:30:59.608 --> 00:31:00.484 align:center
Ya.

00:31:01.443 --> 00:31:04.071 align:center
Masa dia dah berlalu.

00:31:05.823 --> 00:31:11.870 align:center
Zaman penghakiman dah tamat.
Ini era diraja dan kitalah pengelolanya.

00:31:12.538 --> 00:31:14.707 align:center
Dinasti pertama Israel.

00:31:16.000 --> 00:31:19.086 align:center
Kita masih patut hormati dia.
Dia utusan Tuhan.

00:31:20.713 --> 00:31:23.674 align:center
Kenapa Tuhan tak bercakap
dengan ayahanda, pilihan-Nya?

00:31:24.842 --> 00:31:26.218 align:center
Dipilih oleh Samuel.

00:31:31.890 --> 00:31:32.891 align:center
Jonathan,

00:31:34.310 --> 00:31:39.231 align:center
apabila kamu jadi raja,
pasti ada yang sentiasa tak puas hati.

00:31:40.983 --> 00:31:42.568 align:center
Ayahanda patut jaga hati siapa?

00:31:43.319 --> 00:31:47.156 align:center
Ketua 12 kabilah,
yang berjuang untuk kita,

00:31:47.239 --> 00:31:51.744 align:center
mati semasa berbakti untuk takhta kita?
Atau seorang lelaki?

00:31:54.580 --> 00:31:56.290 align:center
Anakanda tak suka politik.

00:31:56.373 --> 00:31:58.500 align:center
Hidup ini politik.

00:31:59.418 --> 00:32:01.462 align:center
Lebih-lebih lagi semasa atas takhta.

00:32:02.379 --> 00:32:07.926 align:center
Lupakan saja. Mari.
Kita ada keraian untuk dinikmati.

00:32:15.851 --> 00:32:18.812 align:center
TANAH TINGGI

00:32:21.398 --> 00:32:26.779 align:center
Saul. Anakku.

00:32:28.656 --> 00:32:30.157 align:center
Apa kamu dah buat?

00:32:34.411 --> 00:32:35.579 align:center
Apa kamu dah buat?

00:32:41.418 --> 00:32:42.461 align:center
Tuhan kata sesuatu?

00:32:43.545 --> 00:32:44.505 align:center
Kita mesti pergi.

00:32:49.009 --> 00:32:49.927 align:center
Ke mana?

00:32:53.931 --> 00:32:56.934 align:center
Untuk sampaikan wahyu
yang diberikan kepada saya.

00:32:58.769 --> 00:33:01.689 align:center
Untuk batalkan apa yang berlaku.

00:33:03.899 --> 00:33:06.527 align:center
Tuan, jangan lupa kasut.

00:33:19.832 --> 00:33:24.253 align:center
Lihatlah kegembiraan dan kemewahan
yang tuanku bawakan untuk rakyat kita.

00:33:29.800 --> 00:33:30.634 align:center
Nikmatinya.

00:33:41.228 --> 00:33:42.062 align:center
Raja kita!

00:33:48.736 --> 00:33:50.320 align:center
Kami sayang tuanku, Raja Saul!

00:34:06.253 --> 00:34:07.337 align:center
Maafkan beta.

00:34:13.886 --> 00:34:14.720 align:center
Ya, bonda?

00:34:15.220 --> 00:34:17.055 align:center
-Jaga perangai.
-Memang jaga, bukan?

00:34:18.724 --> 00:34:20.225 align:center
Kamu ada wain sendiri.

00:34:20.601 --> 00:34:22.686 align:center
Wain terbaik untuk meja raja.

00:34:23.812 --> 00:34:25.063 align:center
Jangan, itu…

00:34:25.147 --> 00:34:27.232 align:center
Jadi, kamu patut duduk di meja raja.

00:34:28.734 --> 00:34:34.490 align:center
Bertenang.

00:34:35.532 --> 00:34:37.701 align:center
Bertenang, semua.

00:34:38.035 --> 00:34:42.206 align:center
Rajaku. Ketua seluruh Israel,

00:34:42.289 --> 00:34:46.668 align:center
patik Adriel, anak Barzillai,
ketua Kabilah Judah.

00:34:46.752 --> 00:34:49.463 align:center
Salam, Adriel, anak Barzillai.

00:34:49.963 --> 00:34:53.550 align:center
Judah dah lama jadi wira
antara anak Abraham.

00:34:53.634 --> 00:34:59.348 align:center
Seperti Benjamin yang menghasilkan
ketua dari satu kabilah yang kecil.

00:35:01.141 --> 00:35:04.186 align:center
Yang terhebat muncul
daripada sesuatu yang kecil.

00:35:06.605 --> 00:35:09.274 align:center
Semasa patik muda, kita berselerakan,

00:35:09.358 --> 00:35:13.737 align:center
bersembunyi di dalam gua daripada musuh,
yang kini tuanku tewaskan.

00:35:13.821 --> 00:35:18.283 align:center
Tanpa ketua, berpecah
dan diburu setiap negara jiran.

00:35:18.700 --> 00:35:22.746 align:center
Namun, Tuhan dengar tangisan kita

00:35:23.747 --> 00:35:29.586 align:center
dan kurniakan raja untuk kita,
Saul, anak Kish daripada Kabilah Benjamin.

00:35:29.711 --> 00:35:35.467 align:center
Tuanku pula dah jadikan kami satu negara.
Tuanku jadikan kami ditakuti.

00:35:35.676 --> 00:35:39.930 align:center
Tuanku berikan kami kemewahan
dengan harta rampasan Amalekite.

00:35:40.806 --> 00:35:44.643 align:center
Kini kita makan ternakan
dan minum wain mereka,

00:35:44.726 --> 00:35:49.273 align:center
dan Raja Agag duduk malu di kaki tuanku.

00:35:50.649 --> 00:35:55.696 align:center
Jadi, Kabilah Judah ulang
ikrar taat setia kepada pewaris

00:35:56.363 --> 00:36:02.202 align:center
Tuhan Teragung, kepada Keluarga Saul,
raja seluruh Israel.

00:36:02.286 --> 00:36:06.373 align:center
Semoga pemerintahan tuanku kekal
untuk generasi akan datang.

00:36:15.799 --> 00:36:21.138 align:center
Beta hargai kesetiaan Judah dan
angkat gelas ini bukan untuk diri sendiri,

00:36:22.556 --> 00:36:26.602 align:center
tapi untuk anakanda beta,

00:36:26.685 --> 00:36:30.564 align:center
yang sentiasa berani dan yakin.

00:36:31.440 --> 00:36:34.067 align:center
Yang hatinya tidak pernah goyah.

00:36:34.526 --> 00:36:40.073 align:center
Beta berharap akan dikenang sebagai raja
yang baik, tapi dia akan jadi lebih baik.

00:36:41.158 --> 00:36:45.996 align:center
Untuk putera kamu,
anakanda kesayangan beta.

00:36:46.163 --> 00:36:50.500 align:center
Untuk Jonathan, dan pemerintahannya kelak.

00:36:50.584 --> 00:36:55.797 align:center
Untuk Jonathan. Kakanda kesayangan beta,
serba-serbi sempurna.

00:37:00.093 --> 00:37:01.261 align:center
Untuk Keluarga Saul.

00:37:47.683 --> 00:37:52.479 align:center
Siapa sanggup berlawan dengan
wira Issachar dan tuntut pedang Agag?

00:37:53.063 --> 00:37:56.149 align:center
Eliab, mari. Berlawan untuk Kabilah Judah.

00:37:58.235 --> 00:38:00.737 align:center
Siapa nak bertaruh atas Eliab dari Judah?

00:38:05.993 --> 00:38:09.913 align:center
Tuanku, kenapa Raja Sihir ini masih hidup?

00:38:13.959 --> 00:38:17.337 align:center
Beta takkan izinkan dia mati tanpa hinaan.

00:38:19.006 --> 00:38:21.925 align:center
Dia dah lama menyeksa rakyat kita.

00:38:22.509 --> 00:38:25.470 align:center
Puaknya pemakan manusia dan ahli sihir.

00:38:26.805 --> 00:38:28.181 align:center
Dia tak layak ada di sini.

00:38:28.807 --> 00:38:32.936 align:center
Dia berada di tempatnya,
bawah kaki beta, tanpa kuasa.

00:38:33.729 --> 00:38:35.856 align:center
Kewujudannya di sini, percayalah…

00:38:35.939 --> 00:38:37.941 align:center
Beta rasa kamu perlukan wain.

00:38:39.359 --> 00:38:42.571 align:center
Bertenang. Letak taruhan.

00:39:28.450 --> 00:39:32.079 align:center
Masa kamu dah tamat, peminum darah.

00:39:33.413 --> 00:39:34.998 align:center
Benarkah?

00:39:51.515 --> 00:39:55.685 align:center
Takut adalah musuh. Takut adalah pencuri.

00:40:00.148 --> 00:40:01.483 align:center
Hei singa!

00:40:50.157 --> 00:40:52.367 align:center
Di atas bukit bersebelahan majlis ini,

00:40:53.368 --> 00:40:56.037 align:center
aku jumpa tugu yang tertulis,

00:40:56.413 --> 00:40:59.624 align:center
"Demi kegemilangan Keluarga Saul."

00:41:00.876 --> 00:41:03.003 align:center
"Dia berjaya menewaskan Amalekite."

00:41:04.337 --> 00:41:06.756 align:center
"Semoga kemasyhurannya
melangkaui setiap lautan."

00:41:08.049 --> 00:41:11.469 align:center
"Semoga takhtanya
bertahan setiap generasi."

00:41:14.973 --> 00:41:16.600 align:center
"Demi kegemilangan Saul."

00:41:20.228 --> 00:41:21.646 align:center
"Kegemilangan Saul."

00:41:24.357 --> 00:41:27.652 align:center
Ada nabi Tuhan Teragung
dalam kalangan kita.

00:41:28.403 --> 00:41:31.698 align:center
Salam, Samuel, anak Elkanah.

00:41:32.490 --> 00:41:35.577 align:center
Restu daripada awak,
peramal utusan Tuhan.

00:41:36.119 --> 00:41:39.789 align:center
Salam, Saul, anak Kish,
dari Kabilah Benjamin.

00:41:40.123 --> 00:41:44.044 align:center
Kabilah kecil Israel yang
menghasilkan ketua yang hebat.

00:41:44.461 --> 00:41:47.005 align:center
Adakah awak datang
untuk berkorban bersama kami?

00:41:47.839 --> 00:41:50.926 align:center
Untuk mengabadikan
kejayaan ini bersama kami?

00:41:51.009 --> 00:41:54.846 align:center
Aku datang untuk menyampaikan
wahyu yang turun malam tadi.

00:41:59.184 --> 00:42:01.978 align:center
Kami patuh dengan perintah Tuhan.

00:42:05.315 --> 00:42:08.193 align:center
Amalekite sudah musnah sepenuhnya.

00:42:12.489 --> 00:42:13.615 align:center
Benarkah begitu?

00:42:16.451 --> 00:42:18.828 align:center
Jadi, mengapa aku dengar
kambing mengembek?

00:42:20.372 --> 00:42:22.374 align:center
Kenapa lembu melenguh?

00:42:33.260 --> 00:42:37.264 align:center
Kenapa penjahat dibawa masuk
untuk mencemarkan tanah suci?

00:42:43.228 --> 00:42:46.231 align:center
Mari. Sahabat lamaku.

00:42:46.481 --> 00:42:47.983 align:center
Malam ini, kita raikan.

00:42:49.776 --> 00:42:51.403 align:center
Kita berbual kisah lama.

00:42:52.279 --> 00:42:56.199 align:center
Kami ingat keagungan Tuhan. Mari.

00:43:01.121 --> 00:43:02.664 align:center
Ayuh kita berdua berbicara.

00:43:42.537 --> 00:43:43.997 align:center
Selamatkan korban.

00:43:44.789 --> 00:43:47.667 align:center
Kami dah korbankan
beribu-ribu orang di medan perang.

00:43:48.168 --> 00:43:49.461 align:center
Itu masih tak cukup?

00:43:50.879 --> 00:43:54.382 align:center
Sekarang tuan muncul
memalukan saya di depan kabilah Israel?

00:43:55.258 --> 00:43:56.843 align:center
Marah saya macam budak kecil?

00:43:56.926 --> 00:44:01.598 align:center
Aku pilih budak lelaki,
yang rendah diri di mata-Nya.

00:44:01.681 --> 00:44:05.352 align:center
Menjadi raja. Tuan yang didik saya begini.

00:44:05.435 --> 00:44:09.356 align:center
Aku menangis sebab kamu, Saul.
Dengan marah dan air mata, semalaman.

00:44:10.982 --> 00:44:15.987 align:center
Aku merayu kepada Tuhan,
tapi Dia berkeras.

00:44:16.071 --> 00:44:18.990 align:center
Dengarlah firman Tuhan.

00:44:19.407 --> 00:44:21.117 align:center
Semudah itu, betul?

00:44:21.701 --> 00:44:25.622 align:center
Bagaimana saya nak bezakan
antara firman Tuhan

00:44:26.498 --> 00:44:30.085 align:center
dengan bebelan si tua yang cemburu?

00:44:33.588 --> 00:44:35.173 align:center
Aku sayang kamu macam anak.

00:44:36.049 --> 00:44:38.635 align:center
Malangnya anak-anak tuan
tak sayangkan tuan.

00:44:41.471 --> 00:44:43.681 align:center
Mereka enggan ikut cara tuan.

00:44:43.765 --> 00:44:46.059 align:center
Bukankah itu sebabnya rakyat mahukan raja?

00:44:46.142 --> 00:44:47.060 align:center
Baiklah, Saul.

00:44:49.229 --> 00:44:52.273 align:center
Aku akan sampaikan
firman Tuhan kepada kamu.

00:44:54.818 --> 00:44:55.735 align:center
Cakaplah.

00:44:58.863 --> 00:45:01.116 align:center
"Aku menyesal melantik Saul sebagai raja."

00:45:02.075 --> 00:45:03.785 align:center
"Dia sudah membelakangi-Ku

00:45:05.078 --> 00:45:07.247 align:center
dan tak lagi taat kepada perintah-Ku."

00:45:41.197 --> 00:45:42.031 align:center
Mychal.

00:45:44.117 --> 00:45:45.160 align:center
Apa kita dah buat?

00:45:46.411 --> 00:45:51.249 align:center
Saya akur perintah Tuhan.
Saya musnahkan Amalekite.

00:45:51.332 --> 00:45:52.709 align:center
Tapi Agag masih hidup.

00:45:52.792 --> 00:45:55.462 align:center
Dirantai di bawah meja saya macam anjing.

00:45:55.545 --> 00:45:57.964 align:center
Kamu disuruh untuk bunuh dia.

00:46:00.508 --> 00:46:02.260 align:center
Saya bina negara ini tanpa apa-apa.

00:46:02.469 --> 00:46:04.471 align:center
Dari kabilah yang berselerakan.

00:46:06.014 --> 00:46:07.891 align:center
Kenapa ini tak memadai?

00:46:08.433 --> 00:46:11.394 align:center
Kamu bina negara?

00:46:13.188 --> 00:46:14.147 align:center
Kamu?

00:46:20.987 --> 00:46:23.364 align:center
Saul, semasa kamu kecil,

00:46:23.448 --> 00:46:26.534 align:center
Tuhan angkat kamu dan dijadikan raja.

00:46:26.618 --> 00:46:30.497 align:center
Kini, apabila kamu rasa dah hebat,

00:46:30.580 --> 00:46:35.919 align:center
kamu melawan dan berubah
jadi jahat pada pandangan Tuhan.

00:46:36.336 --> 00:46:37.170 align:center
Jahat?

00:46:37.587 --> 00:46:41.925 align:center
Kamu rosakkan takhta Israel
demi kemasyhuran diri,

00:46:42.008 --> 00:46:47.972 align:center
jadi kamu akan dapat kuasa yang rosak
dan penderitaan.

00:46:48.306 --> 00:46:51.059 align:center
Fikiran kamu akan disumpah.

00:46:51.142 --> 00:46:53.061 align:center
Keluar dari fikiran saya, ahli sihir.

00:46:53.144 --> 00:46:54.771 align:center
Aku bukan ahli sihir.

00:46:59.150 --> 00:47:00.568 align:center
Aku cuma utusan.

00:47:01.903 --> 00:47:06.407 align:center
Samuel, saya takut dengan rakyat jelata.

00:47:09.118 --> 00:47:11.704 align:center
Saya ambil yang terbaik untuk dikorbankan.

00:47:13.414 --> 00:47:15.250 align:center
Saya akan korbankan semuanya.

00:47:15.833 --> 00:47:22.549 align:center
"Lebih baik taat daripada mempersembahkan
kambing yang paling gemuk kepada-Nya."

00:47:23.258 --> 00:47:27.095 align:center
"Memberontak terhadap Tuhan
sama jahatnya dengan melakukan sihir,

00:47:27.178 --> 00:47:31.140 align:center
hati sombong sama jahatnya
dengan kekejaman dan penyembahan berhala."

00:47:31.224 --> 00:47:32.725 align:center
Saya takut dengan mereka.

00:47:32.809 --> 00:47:36.229 align:center
Kenapa? Kenapa kamu takut dengan manusia?

00:47:36.312 --> 00:47:39.857 align:center
Kenapa kamu tak takut
dengan Tuhan berbanding manusia?

00:47:42.193 --> 00:47:43.069 align:center
Saya…

00:47:43.903 --> 00:47:45.196 align:center
Aku sayangkan kamu.

00:47:53.538 --> 00:47:54.747 align:center
Aku yang pilih kamu.

00:47:59.752 --> 00:48:03.798 align:center
Restui saya. Berkorban dengan saya.

00:48:04.966 --> 00:48:07.552 align:center
Tuan pilih saya jadi raja.
Tuan macam ayah saya.

00:48:07.635 --> 00:48:11.514 align:center
Tuhan yang pilih kamu.
Kini Dia pilih yang lain.

00:48:11.598 --> 00:48:15.018 align:center
Kerana kamu ingkar suruhan-Nya,

00:48:15.101 --> 00:48:19.731 align:center
jadi Tuhan tak mahu kamu jadi raja.

00:48:21.941 --> 00:48:23.901 align:center
Semangat-Nya ditarik daripada kamu.

00:48:26.571 --> 00:48:27.989 align:center
Ini negara saya.

00:48:29.032 --> 00:48:32.577 align:center
Kemudian milik anak saya.
Jonathan akan jadi raja.

00:48:33.244 --> 00:48:34.412 align:center
Dia takkan jadi raja.

00:48:35.121 --> 00:48:36.247 align:center
Samuel.

00:48:42.086 --> 00:48:48.343 align:center
Tuhan dah koyakkan kerajaan ini dari
kamu dan berikan kepada yang lebih baik.

00:48:49.260 --> 00:48:50.428 align:center
Siapa dia?

00:48:57.518 --> 00:48:58.561 align:center
Samuel?

00:49:01.606 --> 00:49:02.815 align:center
Samuel?

00:49:05.151 --> 00:49:07.362 align:center
Samuel!

00:49:09.030 --> 00:49:11.407 align:center
Samuel!

00:49:19.874 --> 00:49:21.292 align:center
Maaf, anakku.

00:49:21.918 --> 00:49:23.503 align:center
Samuel!

00:49:24.420 --> 00:49:25.588 align:center
Ayahanda, apa berlaku?

00:49:25.672 --> 00:49:28.132 align:center
-Samuel!
-Apa dah berlaku?

00:49:28.216 --> 00:49:31.177 align:center
Jangan dekat dengan beta! Pergi!

00:49:31.761 --> 00:49:32.762 align:center
Pergi!

00:49:49.612 --> 00:49:52.865 align:center
Tolong! Tolong beta!

00:50:34.282 --> 00:50:36.951 align:center
Saya dah bosan jadi takut.

00:50:39.954 --> 00:50:44.208 align:center
Tuhan berfirman kepada Joshua,
"Yakin dan berani."

00:50:45.877 --> 00:50:47.128 align:center
"Jangan takut."

00:51:15.948 --> 00:51:20.286 align:center
Kenapa tuhan datang ke tempat ini?

00:51:21.037 --> 00:51:23.122 align:center
Tuhan kepada tuhan sudah datang.

00:51:24.999 --> 00:51:30.129 align:center
Pasti kemurkaan Saul sudah berlalu.

00:51:33.466 --> 00:51:36.260 align:center
Kemurkaan Saul sudah berlalu.

00:51:38.387 --> 00:51:41.599 align:center
Namun kemurkaan Tuhan sebaliknya.

00:51:47.897 --> 00:51:51.859 align:center
Seperti pedang kamu
yang menyebabkan ibu kehilangan anak,

00:51:52.777 --> 00:51:57.532 align:center
ibu kamu juga
akan kehilangan anak selama-lamanya.

00:52:39.323 --> 00:52:42.493 align:center
Tuhan bukan untuk dipersendakan.

00:53:25.828 --> 00:53:29.165 align:center
Tuan, kita nak ke mana sekarang?

00:53:34.795 --> 00:53:36.005 align:center
Mencari raja.

00:54:05.701 --> 00:54:09.372 align:center
Jadi, bolehkah sebiji batu
ubah perjalanan sejarah?

00:54:12.583 --> 00:54:14.585 align:center
Ya, memang boleh.

00:54:16.545 --> 00:54:18.589 align:center
Namun takdir datang bersama pengorbanan,

00:54:20.091 --> 00:54:25.179 align:center
dan kebangkitan David akan menyebabkan
keluarga beta hilang segalanya.

00:56:04.403 --> 00:56:06.405 align:center
Terjemahan sari kata oleh Shidah Mahmud

00:56:06.489 --> 00:56:08.491 align:center
Penyelia Kreatif
H. Segara
hidah Mahmud

