WEBVTT

00:04.422 --> 00:06.298
SEBELUM INI DALAM KELUARGA DAVID

00:06.382 --> 00:09.218
Sudah beberapa minggu berlalu.
Beta fikir kamu tak datang.

00:09.301 --> 00:10.928
Kita boleh balas dendam.

00:11.011 --> 00:13.305
Dengan satu syarat. Takhta tuanku.

00:13.389 --> 00:15.099
Biar patik tunjukkan erti kebebasan.

00:15.182 --> 00:17.143
Beta tak boleh tentukan
masa depan sendiri.

00:17.226 --> 00:19.270
-Nak ke mana?
-Patik tak diperlukan.

00:19.353 --> 00:21.439
Salam daripada Keluarga Saul.

00:21.522 --> 00:22.523
Goliath!

00:25.609 --> 00:27.820
Izinkan patik lawan raja mereka.

00:27.903 --> 00:29.447
Orang Philistine dah berkumpul.

00:29.530 --> 00:31.073
Kita lakukan apa yang kita selalu buat.

00:31.574 --> 00:32.450
Bertempur!

00:34.952 --> 00:40.916
Dengarlah, wahai Israel

00:42.042 --> 00:49.049
Tuan adalah Tuhanku

00:51.844 --> 00:58.809
Tuhanku

00:58.893 --> 01:02.646
Yang satu

01:19.330 --> 01:20.915
Ayah, tolonglah.

01:20.998 --> 01:24.084
Nathaneel, kamu tahu raja
panggil semua pemuda yang sihat.

01:24.168 --> 01:25.336
Saya tak sihat.

01:25.419 --> 01:26.295
Saya bukan wira.

01:26.378 --> 01:27.838
Saya akan mati dulu, ayah.

01:27.922 --> 01:29.340
Abang kamu akan jaga kamu.

01:29.423 --> 01:30.299
Apa semua ini?

01:30.508 --> 01:32.009
Ayah hantar kami berperang.

01:32.092 --> 01:33.511
Perang apa?

01:33.594 --> 01:34.470
Philistine.

01:34.553 --> 01:35.888
Mereka cabar kita.

01:35.971 --> 01:37.765
Ini gila, ayah. Saya tak nak pergi.

01:37.848 --> 01:40.184
-Saya gantikan dia.
-Dia gantikan saya.

01:40.267 --> 01:41.435
-Hantar dia.
-Tak boleh.

01:42.019 --> 01:43.521
Kenapa? Katanya semua pemuda.

01:43.604 --> 01:45.606
-Dia budak lagi.
-Saya pun.

01:45.689 --> 01:47.107
Jika ada perang, saya pergi.

01:47.191 --> 01:50.319
Ikut cakap ayah. Pergi bantu raja.
David kekal dengan ayah.

01:50.402 --> 01:51.445
-Jom Nathaneel.
-Tak.

01:51.529 --> 01:53.322
Lepaskan tangan aku.

01:53.405 --> 01:54.865
Ayah.

01:55.574 --> 01:59.119
Ayah hantar saya untuk mati
demi raja yang ayah benci.

01:59.745 --> 02:01.789
Nathaneel. Mari.

02:01.872 --> 02:03.749
Kamu berjuang di sisi abang kamu.

02:04.542 --> 02:06.335
Demi Tuhan dan Israel.

02:07.253 --> 02:08.504
-Faham?
-Ya.

02:10.923 --> 02:12.132
Pergi.

02:14.552 --> 02:16.804
Cukup. Kau malukan diri sendiri.

02:23.561 --> 02:24.395
Kenapa?

02:24.478 --> 02:25.437
Jangan mula.

02:25.521 --> 02:27.481
-Jawab soalan saya.
-Bukan hari ini.

02:27.565 --> 02:30.693
-Bukan lepas hantar anak ayah berperang.
-Saya pun anak ayah.

02:30.776 --> 02:32.069
Bukan itu maksud ayah.

02:32.945 --> 02:33.779
Saya berhak…

02:33.863 --> 02:37.783
Kamu rasa apakah hak itu, David?

02:37.867 --> 02:39.368
Apa hak kamu?

02:39.994 --> 02:41.078
Kejujuran.

02:42.246 --> 02:43.622
Sekali saja.

02:44.456 --> 02:47.293
Saya berhak tahu sebab
ayah sorok saya di bukit ini.

02:47.376 --> 02:49.169
Ayah dah cakap banyak kali.

02:49.795 --> 02:51.171
Jiwa tertekan dalam diriku.

02:51.755 --> 02:52.590
Ayah yang cakap.

02:52.715 --> 02:54.550
Jiwaku tertekan dalam diriku.

02:54.633 --> 02:59.555
Saya tahu ayah tak pernah berterus terang.

02:59.889 --> 03:00.723
Tidak.

03:01.223 --> 03:02.057
Tolong.

03:02.641 --> 03:03.517
Tolonglah.

03:05.728 --> 03:07.897
-Jaga kambing, David.
-Tidak.

03:23.120 --> 03:24.663
Lepaskan saya!

03:36.383 --> 03:43.140
KELUARGA DAVID

03:43.807 --> 03:50.064
LEMBAH ELAH
PERANG PHILISTINE

04:17.216 --> 04:19.009
Hari yang aku impikan.

04:19.468 --> 04:20.886
Impian apa?

04:20.970 --> 04:22.596
Tentera kita bersatu.

04:23.847 --> 04:25.140
Kita tengok nanti.

04:44.743 --> 04:47.997
LEMBAH ELAH
PERKHEMAHAN ISRAEL

04:48.080 --> 04:49.623
Tiga puluh tahun.

04:50.749 --> 04:56.797
Selama 30 tahun beta berbakti,
mengetuai dan berjuang untuk mereka.

04:57.631 --> 04:58.799
Beta semakin letih.

05:00.259 --> 05:01.885
Apa ada dalam kepala tuanku?

05:04.054 --> 05:05.806
Beta sedang berfikir.

05:08.976 --> 05:10.185
Tuanku merungut.

05:11.103 --> 05:12.646
Beta tak berhak?

05:12.730 --> 05:14.023
Silakan, tuanku.

05:14.106 --> 05:15.149
Silakan.

05:17.484 --> 05:21.530
Patik cuma harap selesaikannya segera
sebelum musuh kita tiba.

05:22.072 --> 05:24.116
Jumlah askar mereka agak ramai kali ini.

05:25.451 --> 05:29.204
Kenapa kamu tak bakar semangat beta
sebelum perang macam dulu?

05:35.878 --> 05:38.130
Mungkin patik pun dah letih.

05:46.555 --> 05:47.723
Beritahu beta, Abner.

05:48.474 --> 05:49.725
Beritahu siapa beta.

05:52.394 --> 05:53.812
Tuanku Saul si penakluk.

05:55.481 --> 05:59.485
Pemerintah pertama Israel,
menyatukan semua kabilah.

06:01.403 --> 06:02.404
Bukan.

06:03.113 --> 06:04.490
Beritahu siapa beta…

06:07.367 --> 06:08.243
bagi kamu.

06:09.620 --> 06:15.292
Tuanku naikkan semangat rakyat
daripada ketakutan kepada keyakinan.

06:17.127 --> 06:19.421
Apa pun halangan, tuanku tak gentar.

06:20.005 --> 06:22.758
Tuanku selamatkan patik
daripada kongkongan.

06:24.343 --> 06:25.761
Berikan patik matlamat.

06:26.512 --> 06:29.932
Patik rela mati
tanpa sesalan jika tuanku mahu.

06:30.516 --> 06:32.476
Itulah tuanku bagi patik.

06:44.822 --> 06:47.199
Kenapa beta dilantik jadi raja?

06:50.702 --> 06:52.162
Demi saat ini.

06:58.168 --> 06:59.253
Macam mana?

07:00.379 --> 07:01.296
Memadai.

07:04.174 --> 07:06.552
Beta syukur kita bersama, kawan lama.

07:07.553 --> 07:09.012
Sentiasa, tuanku.

07:15.727 --> 07:18.897
Ada 150,000 daripada sembilan kabilah.

07:19.898 --> 07:21.275
Lebih ramai akan tiba.

07:24.570 --> 07:26.446
Askar Philistine jauh lebih ramai.

07:28.615 --> 07:30.450
Nampak tak adil, betul?

07:30.534 --> 07:32.035
Bukan keadilan yang kita cari.

07:32.411 --> 07:34.872
Seorang askar kita bunuh 10 askar mereka.

07:35.247 --> 07:38.375
Semestinya patik gembira melakukannya.

07:41.628 --> 07:42.629
Jangan.

07:42.713 --> 07:43.672
Bangun.

07:48.385 --> 07:49.678
Pedang yang baik.

07:49.761 --> 07:50.762
Boleh beta tengok?

07:55.017 --> 07:59.354
Ayah patik rampas
daripada askar Philistine, 20 tahun lalu.

08:00.147 --> 08:01.982
Kemenangan pertama ayah tuanku.

08:02.065 --> 08:03.108
Ya, beta ingat.

08:03.817 --> 08:04.902
Siapa nama kamu?

08:05.319 --> 08:08.113
Eliazar, anak Asher dari Keluarga…

08:08.197 --> 08:09.198
Simeon.

08:10.991 --> 08:11.992
Ya.

08:14.870 --> 08:16.205
Lurus dan penuh teliti.

08:17.706 --> 08:19.708
Keluarga Asher dah lama berkhidmat.

08:21.710 --> 08:23.420
Beta bangga berjuang bersama kamu.

08:29.968 --> 08:31.553
Eliazar?

08:32.846 --> 08:34.306
Kenapa kita perlu takut?

08:35.224 --> 08:36.391
Tuhan bersama kita.

08:49.112 --> 08:50.280
Samuel akan datang?

08:51.531 --> 08:53.867
Untuk doakan pertempuran macam selalu?

08:58.080 --> 08:59.164
Jika Tuhan izinkan.

09:04.753 --> 09:06.964
Tuanku berikan budak itu harapan palsu?

09:07.631 --> 09:09.299
Lebih baik daripada tiada langsung.

09:18.141 --> 09:19.768
Semangat, saudara.

09:19.851 --> 09:21.144
Semangat.

09:22.479 --> 09:24.231
Siapa boleh lawan kita?

09:24.898 --> 09:25.857
Siapa?

09:37.160 --> 09:40.289
Seperti biasa kami datang
untuk berjuang, tuanku.

09:40.872 --> 09:45.085
Patik bersama 25,000 orang Kabilah Judah.

09:52.050 --> 09:54.094
Patik masih ingat, tuanku…

09:55.887 --> 09:59.725
tapi hari ini kita berjuang bersama.

10:06.148 --> 10:07.441
Berjuang bersama.

10:09.526 --> 10:10.652
Satu pasukan.

10:17.784 --> 10:21.413
Saudaraku, daulat tuanku!

10:56.531 --> 10:59.368
Terima kasih Tuhan, atas nikmat-Mu.

11:00.702 --> 11:05.832
Untuk rumah dan makanan keluarga ini.

11:05.916 --> 11:09.044
Terima kasih, Tuhan atas kurniaan-Mu.

11:09.961 --> 11:11.380
Izinkan kami merendah diri,

11:12.089 --> 11:14.508
memberikan kemenangan
atas apa yang kami lakukan…

11:15.592 --> 11:19.513
dan mempercayai-Mu
setiap hari seumur hidup kami.

11:20.347 --> 11:21.431
Amin.

11:21.598 --> 11:24.142
Tuhanku, kami hamba-Mu.

11:25.477 --> 11:28.438
Kami mohon petunjuk, kekuatan,

11:29.398 --> 11:31.983
dan Kau sentiasa di sisi kami.

11:32.859 --> 11:33.819
Amin.

11:33.902 --> 11:34.736
Amin.

12:06.685 --> 12:07.519
Samuel.

12:07.602 --> 12:08.728
Helo, David.

12:12.816 --> 12:14.276
Ingatkan tuan berperang.

12:14.776 --> 12:16.611
Aku pun boleh cakap begitu, betul?

12:17.195 --> 12:18.697
Tapi kita ada di sini.

12:19.281 --> 12:20.866
Permulaan sesuatu yang baharu.

12:23.452 --> 12:24.661
Aku nak jumpa ayah kamu.

12:25.871 --> 12:28.123
Baiklah. Ayah di rumah.

12:29.916 --> 12:31.418
Gembira bertemu tuan.

12:31.501 --> 12:33.879
Aku pun begitu juga.

12:35.213 --> 12:37.883
Lebih seronok jika
jumpa kamu semasa duduk.

12:38.592 --> 12:41.386
Maaf, Samuel.

12:42.304 --> 12:44.347
Hanya ala kadar saja.

12:44.723 --> 12:48.226
Saya dah hantar
harta terbaik saya kepada askar raja.

12:49.853 --> 12:50.687
Kamu pasti?

12:54.357 --> 12:58.028
Terima kasih kepada buah ini
kerana membekalkan khasiat

12:58.111 --> 13:01.907
semasa kita menjaganya kerana peranannya.

13:06.870 --> 13:08.163
Pokok zaitun.

13:10.165 --> 13:12.459
Pada musim sejuk, dahannya memanaskan,

13:12.542 --> 13:16.755
semasa musim panas,
dahannya jadi teduhan, dan minyaknya pula,

13:16.838 --> 13:18.798
sangat berharga.

13:19.382 --> 13:21.510
Semua kejadian ada hikmahnya.

13:25.388 --> 13:26.806
-Samuel…
-David.

13:32.395 --> 13:33.230
Saya nak lawan.

13:34.564 --> 13:35.482
Dah beritahu ayah…

13:35.565 --> 13:40.820
Tahukah kamu ada sebatang pokok zaitun
di puncak Nob di luar rumah aku

13:40.904 --> 13:43.198
yang berusia 1,000 tahun?

13:43.281 --> 13:46.201
Aku anggap Joshua pernah
berteduh di bawahnya

13:46.284 --> 13:48.995
semasa masuk ke Tanah Suci.

13:49.788 --> 13:52.415
Tahukah kamu isteri aku, Hila,

13:52.499 --> 13:56.294
dia gunakan minyak zaitun untuk rambutnya?

13:56.962 --> 14:00.465
Boleh aku beritahu kamu?
Dia ajar aku benda yang sama.

14:02.092 --> 14:03.802
Apa pendapat kamu? Berkesan?

14:07.931 --> 14:13.520
Jika saya boleh tahu, kenapa tuan ke mari?

14:17.649 --> 14:20.193
Aku gembira kamu ajukan
soalan itu, anak Obed.

14:20.902 --> 14:24.489
Aku datang untuk tunaikan janji
semasa kali terakhir kita jumpa.

14:24.573 --> 14:25.907
Aku mahu berkorban.

14:26.658 --> 14:28.785
Untuk tebus dosa keluarga ini.

14:30.036 --> 14:31.454
Untuk menunaikannya.

15:25.133 --> 15:26.468
Ketuanya Achish dari Gath.

15:29.471 --> 15:30.764
Dia nampak marah.

15:32.474 --> 15:35.185
Selepas apa ayahanda buat
kepada ayahandanya di medan perang,

15:35.435 --> 15:36.853
dia tak salah. Anakanda pun sama.

15:37.937 --> 15:41.358
Kamu jadi ketua dengan strategi,
bukan emosi.

15:45.111 --> 15:46.571
Raja Ashkelon, bersatu.

15:52.994 --> 15:54.537
Raja Ashdod dan Raja Yurza.

15:59.709 --> 16:01.586
Tak berani pacak bendera sendiri.

16:02.170 --> 16:03.338
Pengecut.

16:07.467 --> 16:08.593
Raja Ekron pula?

16:08.760 --> 16:11.054
Nampaknya tak semua raja sepakat.

16:11.888 --> 16:13.223
Itu petanda baik.

16:36.830 --> 16:37.956
Jumlah askar mereka?

16:38.039 --> 16:39.916
Lebih 200,000 orang.

16:39.999 --> 16:42.585
Serta kuda dan kereta berkuda
yang tak terkira.

16:42.669 --> 16:44.254
Itu bukan penghalang kita dulu.

16:50.802 --> 16:53.388
Kita patut serang
sementara askar kita ramai.

16:53.471 --> 16:56.766
Sejak bila jumlah askar penting
semasa berperang dengan Ibrani?

16:56.850 --> 16:58.893
Kita mesti bunuh semangat mereka dulu.

17:49.068 --> 17:50.528
Tuhan di syurga.

17:51.571 --> 17:53.198
Tuhan di bumi.

18:05.627 --> 18:07.796
Di mana raja kamu?

18:08.588 --> 18:12.425
Hantar dia bersemuka dengan aku.
aku mungkin akan bunuh dia,

18:12.509 --> 18:15.512
dan jadikan dia makanan untuk gagak.

18:16.763 --> 18:18.306
Dia cuma manusia, ayahanda.

18:18.389 --> 18:21.226
Aku tuntut tanah ini bersama darahnya.

18:24.687 --> 18:25.522
Kamu yakin?

18:25.605 --> 18:27.273
Hantar raja kamu,

18:28.024 --> 18:31.736
atau yang lebih kuat
jika masih ada di Israel.

18:32.695 --> 18:34.405
Aku akan panggil tuhan aku.

18:34.489 --> 18:36.449
Suruh juara kamu panggil tuhannya,

18:36.533 --> 18:40.703
agar darah kita akan
tentukan nasib rakyat kita.

18:40.787 --> 18:42.956
Serta tengok siapa lebih hebat.

18:43.665 --> 18:47.252
Pemenangnya akan jadikan yang
kalah sebagai hamba hingga akhir hayat!

18:48.169 --> 18:54.884
Berdiri aku di sini hari ini,
aku menentang Israel.

18:56.469 --> 18:58.346
Aku menentang Tuhan kamu.

18:59.013 --> 19:00.890
Hantar juara kamu.

19:39.429 --> 19:40.763
Ayahanda, kawal perasaan.

19:54.861 --> 19:57.155
Tidak. Tanggalkan.

20:17.133 --> 20:18.009
Tidak.

20:18.092 --> 20:19.177
Ayahanda.

20:20.803 --> 20:22.138
Celaka kau, iblis.

20:23.014 --> 20:24.098
Jangan dekati aku.

20:24.182 --> 20:26.017
Ayahanda perlu bangun
bersama askar ayahanda.

20:27.810 --> 20:29.103
Bawa tuanku ke khemah.

20:29.187 --> 20:31.439
Kita akan mati
dalam kegelapan dan ketakutan!

20:31.522 --> 20:32.565
Sekarang!

20:32.649 --> 20:33.775
Jauhi aku.

20:34.567 --> 20:35.735
Jauhi aku.

20:35.818 --> 20:38.488
Cari orang yang sanggup melawannya.

20:38.571 --> 20:44.410
Beta kahwinkan dia dengan puteri beta.
Hapuskan hutangnya! Pergi!

20:48.623 --> 20:50.500
Pergi!

20:53.795 --> 20:57.632
Semoga ajaran gugur umpama hujan

20:57.715 --> 21:01.344
Ucapanku mengalir umpama embun

21:02.845 --> 21:07.225
Umpama hujan membasahi rumput lembut

21:07.308 --> 21:11.396
Dan umpama mandian bagi tanaman

21:12.355 --> 21:17.568
Dan semoga bumi mendengar

21:17.652 --> 21:24.075
Kata-kataku, Tuhan kami

21:33.626 --> 21:36.295
Samuel, kenapa kita tunggu?

21:38.006 --> 21:39.465
Perang sudah meletus.

21:40.633 --> 21:43.469
Saya mesti pergi. Saya dah bersedia.

21:46.806 --> 21:49.684
Mak kamu ajar kamu main muzik, betul?

21:51.394 --> 21:52.520
Kamu rindu dia?

21:54.105 --> 21:57.150
Wanita yang bermatlamat.

21:58.067 --> 22:02.238
Sebenarnya ada beberapa benda
yang lebih kuat daripada itu di dunia ini.

22:04.365 --> 22:05.408
Mak aku sendiri,

22:06.034 --> 22:10.204
dia berdoa di kuil
dengan bersungguh-sungguh

22:10.288 --> 22:12.415
sehingga paderi sangka dia mabuk.

22:13.166 --> 22:16.919
Namun bukan, doa itu penuh
pengharapan dan ketaatan.

22:17.462 --> 22:20.256
Itulah sebabnya aku berada di sini.

22:21.382 --> 22:27.055
Pengaruh mak jauh lebih hebat
daripada raja,

22:27.138 --> 22:28.931
beribu-ribu raja.

22:30.391 --> 22:32.894
Sangat indah.

22:35.980 --> 22:40.068
Mak aku jahit baju ini semasa aku lahir,

22:40.151 --> 22:47.116
dan dipakaikan semasa aku dihantar
untuk tinggal bersama paderi.

22:47.200 --> 22:48.576
Waktu usia aku dua tahun.

22:50.661 --> 22:52.830
Aku pakai sebagai kenangan.

22:53.706 --> 22:55.124
Memang nampak lusuh.

23:00.338 --> 23:02.632
Kamu memang, ya.

23:05.760 --> 23:07.053
Boleh saya cakap sesuatu?

23:08.596 --> 23:09.680
Apa saja.

23:10.473 --> 23:11.974
Saya ada nampak sesuatu.

23:14.435 --> 23:19.607
Mimpi, bayangan, tapi ia macam realiti.

23:22.068 --> 23:24.487
Bagaikan…

23:24.570 --> 23:27.573
Bagaikan kamu berada di tempat lain?

23:29.450 --> 23:30.493
Ya.

23:35.248 --> 23:36.999
Tempat yang saya tak pernah jejak…

23:39.127 --> 23:40.628
tapi umpama tempat sendiri.

23:42.380 --> 23:45.591
Aman damai yang tak terungkap.

23:45.675 --> 23:46.592
Beritahu aku.

23:47.635 --> 23:51.222
Saya nampak anak sungai di kaki gunung.

23:52.807 --> 23:58.396
Gunung yang paling cantik
saya pernah tengok seumur hidup saya.

24:00.148 --> 24:04.485
Juga seorang sateria
bersama pedang tanpa sarung.

24:05.653 --> 24:07.071
Ini tempat apa?

24:07.780 --> 24:09.574
Menjaga anak sungai.

24:10.283 --> 24:11.576
Aku tahu tentang hal ini.

24:11.659 --> 24:12.660
Ada tertulis.

24:14.704 --> 24:16.080
Itu Joshua.

24:17.707 --> 24:18.833
Ya.

24:19.292 --> 24:23.004
Malam sebelum perang besar di Jericho,

24:23.504 --> 24:28.759
Joshua bertemu dengan seorang sateria
memegang pedang tak bersarung.

24:29.844 --> 24:30.678
Siapa dia?

24:34.557 --> 24:37.101
Joshua bertanya kepada sateria itu…

24:38.561 --> 24:40.646
"Awak datang untuk kami

24:41.814 --> 24:44.275
atau untuk musuh kami?"

24:44.400 --> 24:49.697
Sateria itu menjawab,
"Tidak untuk kedua-duanya."

24:50.990 --> 24:55.995
"Sebagai kapten kepada askar Tuhan,
kini aku datang."

24:56.746 --> 25:02.126
Perkara yang manusia lupa,
mereka tanya, "Adakah Tuhan untuk kita?"

25:02.210 --> 25:03.461
"Tuhan ada dengan kita?"

25:03.544 --> 25:06.839
Namun soalan yang
mereka patut tanya ialah…

25:08.257 --> 25:10.760
"Adakah kita dengan Tuhan?"

25:12.303 --> 25:14.096
Kemudian Joshua bertanya,

25:14.889 --> 25:18.392
"Apa hambamu patut buat?"

25:18.476 --> 25:20.728
Inilah soalan yang tepat.

25:21.938 --> 25:27.318
Jawapan sateria itu, "Buka kasut kamu…

25:29.320 --> 25:31.989
"kerana kamu berdiri di atas tanah suci."

25:32.990 --> 25:39.205
Joshua menurut, bersujud dan berdoa,

25:40.122 --> 25:41.082
dan…

25:42.959 --> 25:47.546
mungkin itu sebabnya
Tembok Jericho runtuh di tangannya.

25:55.513 --> 25:58.933
Tapi kenapa tunjukkan
bayangan itu kepada saya?

25:59.642 --> 26:05.898
Kerana kamu mainkan peranan penting
dalam rancangan hebat ini.

26:06.899 --> 26:08.526
Bagaimana jika tersekat di sini?

26:08.609 --> 26:11.612
David, kamu bercakap macam
hari ini adalah semalam.

26:12.238 --> 26:15.032
Seolah-olah ia perkara yang sama.

26:15.616 --> 26:16.659
Dengar sini.

26:16.867 --> 26:22.164
Setiap kejadian, pasti ada musim
dan masa untuk setiap…

26:23.708 --> 26:25.501
perancangan dari syurga.

26:26.168 --> 26:28.170
Bilakah masa saya akan tiba?

26:28.254 --> 26:29.839
Terlalu banyak soalan.

26:29.922 --> 26:33.551
Jika boleh, mainkan satu lagi lagu
untuk aku.

26:33.634 --> 26:34.593
Ya.

26:35.261 --> 26:36.095
Ya.

26:53.446 --> 26:56.574
Ini tawaran aku sekali lagi hari ini.

26:59.994 --> 27:01.203
Pilih seorang lelaki.

27:01.287 --> 27:02.663
Hantar dia jumpa aku.

27:03.122 --> 27:07.668
Jika dia kalahkan aku,
kami akan jadi hamba kamu!

27:08.502 --> 27:14.842
Namun jika dia mati di tangan aku,
kamu akan jadi hamba kami!

27:18.054 --> 27:19.347
Macam mana?

27:24.685 --> 27:26.479
Aku jumpa kamu esok.

27:33.444 --> 27:36.364
Berapa hari lagi kita nak tunggu?

27:36.739 --> 27:39.742
Tiada juara di Israel?

27:39.825 --> 27:45.664
Hari demi hari, aku benci Israel!

27:49.335 --> 27:50.503
Kenapa buat begitu?

27:51.420 --> 27:52.880
Kepala aku sakit.

27:53.381 --> 27:54.507
Itulah sebabnya.

27:55.007 --> 28:00.554
Sembilan hari berlalu
dan tiada orang cabar aku.

28:01.097 --> 28:03.933
Bukankah kamu hamba Tuhan?

28:04.016 --> 28:05.518
Datang dan lawan aku!

28:12.525 --> 28:14.610
Aku akan balas dendam.

28:17.029 --> 28:18.114
Tuanku.

28:18.697 --> 28:20.116
Berita dari medan perang.

28:21.659 --> 28:22.701
Apa? Apa beritanya?

28:23.411 --> 28:24.578
Berita daripada Abner.

28:27.665 --> 28:30.376
Philistine gabungkan
askar mereka menentang kita,

28:30.709 --> 28:32.336
dengan jumlah 250,000 orang.

28:32.420 --> 28:33.254
Apa?

28:34.630 --> 28:35.881
Bersama gergasi.

28:36.006 --> 28:37.216
Gergasi?

28:37.550 --> 28:38.509
Macam mana?

28:38.592 --> 28:39.635
Bonda?

28:56.235 --> 28:57.778
Apa kandungannya?

29:12.418 --> 29:15.379
Ayahanda gering semula.

29:17.214 --> 29:18.799
Lebih teruk lagi.

29:19.800 --> 29:20.968
Apa kita nak buat?

29:30.436 --> 29:32.188
Kita dah tak boleh buat apa-apa.

29:34.773 --> 29:37.193
Pasti ada sesuatu.

29:37.443 --> 29:39.195
Jalan terakhir, kita berdoa.

29:40.279 --> 29:41.489
Kepada siapa?

29:43.032 --> 29:44.617
Bonda tahu kepada siapa.

29:45.201 --> 29:46.994
Bonda takkan berdoa.

29:49.538 --> 29:53.542
Bonda, HaShem pernah jawab tangisan kita.

29:53.626 --> 29:55.961
Dia akan jawab lagi.

29:56.045 --> 30:01.133
Bonda tak nak dengar lagi nama itu.

30:03.761 --> 30:05.137
Bonda dah bosan.

30:13.771 --> 30:14.939
Tidak, kita…

30:16.482 --> 30:19.235
Kakanda, kita perlu buat sesuatu.

31:13.914 --> 31:14.748
Mychal.

31:18.043 --> 31:19.587
Adinda nak jumpa ayahanda.

31:19.670 --> 31:21.839
Di medan perang? Adinda dah gila?

31:21.922 --> 31:22.965
Dia perlukan adinda.

31:23.090 --> 31:23.924
Kakanda pun.

31:24.717 --> 31:28.262
Abang kita tiada, bonda dah putus asa.

31:28.345 --> 31:29.346
Hanya kita.

31:30.055 --> 31:31.599
Ikut adinda.

31:32.266 --> 31:33.434
Jangan jadi bodoh.

31:33.517 --> 31:34.852
Apa kita boleh buat?

31:35.019 --> 31:39.565
Jika ayahanda waras,
dia boleh ketuai mereka.

31:40.524 --> 31:43.068
Dia akan tewaskan musuh kita
macam sebelum ini.

31:44.028 --> 31:46.030
Adinda yakin boleh bantu dia?

31:51.660 --> 31:53.704
Adinda tahu Elah di mana?

31:53.871 --> 31:55.789
Di utara.

31:56.624 --> 31:57.583
Utara?

31:57.666 --> 31:59.793
Adinda akan pergi cari di utara.

32:00.919 --> 32:02.087
Adinda tiada pilihan.

32:03.047 --> 32:04.006
Selamat jalan.

32:06.175 --> 32:07.509
Baiklah. Mari.

32:08.594 --> 32:10.804
-Apa kakanda buat?
-Tolong kakanda.

32:16.810 --> 32:19.104
Jika adinda mati,
kakanda tiada teman nanti.

32:22.650 --> 32:24.318
Itu tak boleh berlaku.

32:27.488 --> 32:29.615
Terima kasih.

32:30.949 --> 32:32.201
Dia ayah kakanda juga.

32:33.619 --> 32:35.204
Juga tak setuju dengan bonda.

32:35.913 --> 32:37.331
Harapan sentiasa ada.

32:40.876 --> 32:41.710
Ya.

32:42.336 --> 32:43.379
Mari.

32:58.352 --> 33:01.105
Kabilah pengecut dan pembelot.

33:01.188 --> 33:02.398
Jaga mulut kau.

33:02.481 --> 33:05.943
Kamu nak menyorok di dalam gua
dan biar orang lain berperang?

33:06.026 --> 33:07.986
Mereka pasti akan mati.

33:08.070 --> 33:09.905
Eliab, apa ini?

33:10.906 --> 33:15.828
Kabilah Zebulun nak
tinggalkan perang dan raja kita.

33:16.787 --> 33:17.788
Berapa ramai?

33:18.205 --> 33:19.164
Semua sekali.

33:19.373 --> 33:21.625
Mereka ada gergasi. Kita tiada apa-apa.

33:22.376 --> 33:26.255
Kabilah Zebulun berjuang demi Tuhan
dan Tuhan tak bersama raja kita.

33:26.338 --> 33:31.468
Biar seluruh Israel tahu
Kabilah Zebulun lari ketakutan,

33:31.552 --> 33:34.096
dan apabila kami menang peperangan ini,

33:34.179 --> 33:38.767
anak cucu kami
akan bercerita kisah pengecut kamu.

33:40.352 --> 33:42.646
Jika kau yakin boleh menang,

33:42.730 --> 33:45.566
apa kata kau
lawan gergasi itu, anak Jesse?

33:52.114 --> 33:53.490
Aku tak salahkan mereka.

33:54.366 --> 33:58.704
Tunggu di sini
berhari-hari berpeluk tubuh.

33:59.288 --> 34:03.167
Kita akan kelaparan
sebelum perang bermula.

34:03.834 --> 34:05.586
Ini bukan strategi.

34:05.669 --> 34:06.628
Ini pengecut.

34:06.712 --> 34:10.758
Adriel, kau sedang bercakap
dengan putera raja.

34:10.841 --> 34:14.887
Ya. Anak kepada raja yang sakit,
waris legasi yang hampir mati.

34:14.970 --> 34:15.804
Cukup.

34:16.180 --> 34:19.475
Jika ayahanda tuanku tak mulakan,
patik ambil alih.

34:21.393 --> 34:23.395
Aku kata kita lawan.

34:23.520 --> 34:25.189
Ya. Kita lawan.

34:25.272 --> 34:30.819
Jika kita kalah sekali pun,
setidaknya mati kerana mencuba.

34:32.112 --> 34:33.822
Demi Tuhan dan Israel.

34:34.615 --> 34:36.825
Demi Tuhan dan Israel!

34:40.078 --> 34:41.538
Baguslah. Lari.

34:41.622 --> 34:44.041
Menyorok dengan ayahanda tuanku.

34:44.458 --> 34:46.710
Sepatah lagi dan itulah yang terakhir.

34:47.544 --> 34:50.088
Ada lagi yang nak memberontak?

34:56.011 --> 34:58.013
-Tuanku buat apa?
-Nak lawan gergasi itu.

34:58.096 --> 34:59.890
-Tidak boleh.
-Betul cakap Adriel.

35:00.766 --> 35:01.975
Seseorang mesti pergi.

35:02.476 --> 35:03.519
Biar beta pergi.

35:03.852 --> 35:05.729
Tuanku rasa apa akan jadi?

35:07.606 --> 35:08.565
Tuhan tentukan.

35:09.358 --> 35:11.652
Benda itu akan bunuh tuanku.

35:11.735 --> 35:14.279
Dia akan kerjakan tuanku
di hadapan saudara kita.

35:14.363 --> 35:15.656
Sudah tiada jalan lain.

35:17.658 --> 35:18.742
Ada jalan lain.

35:20.953 --> 35:21.954
Ada jalan lain.

35:45.269 --> 35:47.354
Bonda mesti dah sedar kita hilang.

35:48.772 --> 35:50.899
Jika orang suruhan istana masih ada,

35:50.983 --> 35:52.943
bonda suruh mereka halang kita, tapi…

35:53.902 --> 35:55.195
Atau sebaliknya.

35:56.238 --> 35:58.323
Mungkin bonda marah dengan dinda.

35:58.407 --> 36:01.451
Adinda kehilangan sesuatu
yang kakanda tak pernah dapat.

36:05.455 --> 36:06.707
Adinda takut?

36:07.875 --> 36:09.376
Tiada masa untuk itu.

36:15.048 --> 36:16.133
Mychal.

36:16.842 --> 36:18.010
Susah nak lupa, bukan?

36:19.094 --> 36:21.054
-Lagu itu?
-Tak.

36:21.847 --> 36:23.015
David.

36:24.683 --> 36:25.767
Dia tinggalkan ayah.

36:25.851 --> 36:28.061
Adinda tak nak fikir tentang dia.

36:50.042 --> 36:52.586
Salam, Jesse anak Obed.

36:53.253 --> 36:56.924
Dosa keluarga kamu
sudah ditebus dengan darah.

36:57.007 --> 36:58.842
Pengorbanan yang berbaloi.

36:58.926 --> 37:00.427
Bagaimana kamu memilihnya?

37:01.470 --> 37:03.013
Berdasarkan peraturan kita.

37:03.180 --> 37:04.056
Beritahu aku.

37:04.765 --> 37:06.099
Ternakan terbaik.

37:07.309 --> 37:09.102
Tiada cacat cela.

37:10.020 --> 37:12.147
-Bukankah itu Peraturan Moses?
-Ya.

37:12.230 --> 37:13.148
Memang betul.

37:14.608 --> 37:15.984
Sekarang, pergi.

37:17.194 --> 37:18.987
Aku nak bincang dengan ayah kamu.

37:19.863 --> 37:21.573
Saya ada di padang timur.

37:22.824 --> 37:24.868
Cari saya apabila tuan dah selesai.

37:24.952 --> 37:27.245
Saya akan ajar tuan jadi pengembala.

37:32.084 --> 37:35.837
Sepatutnya ada majlis kesyukuran.

37:36.630 --> 37:39.299
Tuhan merahmati keluarga kamu…

37:42.260 --> 37:44.846
tapi jiwa kamu rasa terbeban.

37:46.181 --> 37:50.185
Tiada beban yang lebih berat
selain pembohongan.

37:50.268 --> 37:51.728
Bukan begitu, Jesse?

37:55.190 --> 38:00.570
Sewaktu Saul panggil anak kamu berperang,

38:00.946 --> 38:03.323
kamu izinkan.

38:04.408 --> 38:05.909
Apabila aku yang minta,

38:05.993 --> 38:08.161
kamu terus panggil mereka,

38:08.245 --> 38:10.122
tawarkan semuanya.

38:10.998 --> 38:13.458
Kecuali seorang.

38:16.003 --> 38:17.838
Kenapa kamu tak lepaskan dia?

38:21.341 --> 38:26.096
Saya lindungi dia daripada dirinya
dan status keluarga ini.

38:26.179 --> 38:30.892
Jesse, berterus terang saja.

38:34.187 --> 38:35.397
Anak saya, David.

38:37.733 --> 38:41.153
David pemuda yang gila-gila dan lincah.

38:43.238 --> 38:45.282
Jiwanya umpama api yang membara.

38:46.074 --> 38:48.869
Dia keras kepala, kuat semangat.

38:48.952 --> 38:50.996
Ya, memang betul.

38:51.079 --> 38:52.789
Tuan pula utusan Tuhan.

38:54.291 --> 38:57.502
Tuan pasti tahu dia tak boleh jadi raja.

38:58.253 --> 39:00.213
Pasti tuan nampak semua ini.

39:01.381 --> 39:03.258
Nak tahu apa yang aku nampak?

39:05.469 --> 39:07.095
Tindakan kamu betul.

39:07.179 --> 39:10.682
Memperlahankan api yang menyala
dalam jiwa anak kamu,

39:10.766 --> 39:13.310
kerana ia sangat panas,

39:14.102 --> 39:15.812
macam milik Tuhan.

39:16.313 --> 39:19.399
Sebab inilah dia disayangi Tuhan

39:19.483 --> 39:22.986
dan punca dia terpilih.

39:24.321 --> 39:30.243
Kamu jadi batu penghalang rancangan Tuhan.

39:32.287 --> 39:35.540
Kerana dia lahir akibat dosa kamu?

39:35.624 --> 39:40.337
Anak Jesse, dosa Jesse,
dilantik untuk semua orang nampak?

39:40.420 --> 39:42.547
Rasa malu yang halang kamu?

39:42.631 --> 39:43.840
Bukan itu.

39:43.924 --> 39:44.800
Ada perkara lain.

39:44.883 --> 39:47.010
Sesuatu yang lebih dalam

39:47.094 --> 39:50.305
dan perkara ini kamu sorok
daripada semua orang.

39:53.183 --> 39:55.477
Jika Tuhan minta daripada saya,

39:56.311 --> 39:57.896
apa saja selain dia,

39:58.313 --> 40:00.107
saya akan berikan segalanya.

40:00.774 --> 40:02.484
Kamu korbankan banyak benda,

40:02.567 --> 40:05.112
tapi bukan segalanya.

40:05.195 --> 40:08.907
Kamu tak korbankan sesuatu
yang paling berharga.

40:10.325 --> 40:15.455
Kamu tak korbankan yang terbaik.

40:19.126 --> 40:22.003
Inilah pengorbanan paling agung.

40:22.087 --> 40:26.842
Inilah yang Tuhan mahukan daripada kita.

40:27.759 --> 40:30.637
Menyerahkan sesuatu
yang paling kita sayang.

40:33.181 --> 40:34.975
Jika kamu tak nak lepaskan dia…

40:38.728 --> 40:40.438
kamu akan menderita.

40:48.363 --> 40:53.368
Hantar juara atau kamu semua akan dibunuh.

40:54.619 --> 40:57.539
Pengecut! Kamu semua pengecut!

40:57.622 --> 41:00.292
Ingat semasa orang Philistine
berkumpul di Michmash?

41:01.501 --> 41:03.211
Tiada sesiapa cukup berani.

41:03.295 --> 41:04.713
Semua menyorok di dalam gua.

41:06.089 --> 41:10.760
Tuanku menyerang waktu malam,
sendirian memakai perisai.

41:11.887 --> 41:13.889
Tuanku kelirukan mereka.

41:13.972 --> 41:17.142
-Kita berjaya sebab HaShem.
-Betul, tapi tuanku mulakan.

41:17.225 --> 41:18.268
Tuanku beri harapan.

41:26.026 --> 41:27.527
Ini bukan orang Israel.

41:28.695 --> 41:29.988
Pemburu dari Asher.

41:31.031 --> 41:33.700
Pembunuh upahan terbaik dari Mesir.

41:34.993 --> 41:36.494
Tuanku serang waktu malam,

41:37.204 --> 41:40.123
dan dengan izin Tuhan,
tuanku bunuh gergasi itu masa tidur.

41:41.750 --> 41:43.585
Kamu akan jaga ayahanda?

41:44.294 --> 41:45.128
Ya.

41:45.712 --> 41:46.796
Patik akan cuba.

41:47.297 --> 41:48.465
Hingga ke akhirnya.

41:49.299 --> 41:50.217
Mari.

42:40.308 --> 42:42.477
Apa yang perlu hambamu ini lakukan?

43:36.531 --> 43:37.574
Kenapa?

43:39.200 --> 43:41.411
Kenapa pilih aku
untuk hal yang aku tak buat?

43:47.667 --> 43:49.169
Kalaulah aku memahami-Mu.

43:50.420 --> 43:51.713
David!

43:53.965 --> 43:56.301
David! Mari!

44:12.776 --> 44:14.819
Ayah nak ke mana?

44:15.945 --> 44:17.697
Ayah tak ke mana-mana.

44:20.992 --> 44:21.826
Mari, David.

44:41.096 --> 44:43.765
Ada perkara yang dah lama
ayah nak beritahu kamu,

44:43.848 --> 44:46.226
tapi tiba-tiba lidah kelu.

44:48.645 --> 44:50.605
David, mari.

44:50.688 --> 44:51.564
Mari sini.

44:56.027 --> 44:57.862
David, marilah.

45:05.370 --> 45:08.623
Isteri pertama ayah dipilih dengan teliti.

45:10.625 --> 45:14.754
Perkahwinan kami langkah bijak
bagi kabilah kami berdua.

45:14.838 --> 45:17.799
Keturunan ayah tercemar.

45:18.508 --> 45:20.427
-Kerana Nenek Ruth?
-Ya.

45:20.510 --> 45:21.594
Dia seorang Moabite.

45:22.595 --> 45:24.889
Namun isteri ayah, keturunannya suci.

45:25.515 --> 45:27.183
Dia berikan ayah anak yang gagah.

45:27.267 --> 45:28.143
Abang-abang kamu.

45:30.395 --> 45:36.651
Ayah jumpa mak kamu
lepas isteri pertama ayah meninggal dunia.

45:39.737 --> 45:43.116
Dia lain daripada yang lain.

45:43.992 --> 45:46.911
Berbeza dengan apa yang ayah cari.

45:47.495 --> 45:49.581
Dilahirkan sebagai musuh kabilah kita.

45:50.248 --> 45:53.293
Namun jiwanya, kasih sayangnya…

45:54.752 --> 45:56.463
Sesuatu yang ayah tak pernah tahu.

45:59.007 --> 46:00.467
Kami berkahwin terburu-buru.

46:01.718 --> 46:02.927
Tidak ikut peraturan…

46:05.930 --> 46:07.348
tapi ayah sayang dia, David.

46:08.308 --> 46:11.853
Cinta yang ayah fikir mustahil.

46:14.147 --> 46:15.356
Dia sayangkan ayah juga.

46:22.405 --> 46:24.199
Pesanan terakhir mak kamu…

46:24.949 --> 46:26.034
Saya tahu.

46:26.117 --> 46:27.285
Lindungi saya.

46:27.368 --> 46:28.453
Bukan.

46:28.536 --> 46:30.330
Bukan itu pesanannya.

46:36.753 --> 46:39.464
"Izinkan dia bangkit."

46:45.136 --> 46:46.846
Izinkan dia bangkit.

46:52.894 --> 46:54.354
Itulah pesanannya.

46:57.899 --> 46:59.776
Mak kamu dapat bayangan.

47:00.276 --> 47:03.696
Pernah mimpikan masa depan kamu.

47:05.907 --> 47:10.453
Mimpikan kekerasan
yang indah dan menakutkan.

47:12.914 --> 47:14.415
Permintaan terakhirnya…

47:17.919 --> 47:20.672
agar ayah bebaskan kamu
untuk kejar mimpi itu.

47:22.215 --> 47:24.467
Maafkan ayah, anakku.

47:25.134 --> 47:26.219
Maafkan ayah.

47:27.679 --> 47:29.097
Kamu disembunyikan di sini

47:29.180 --> 47:31.849
kerana kamu kenangan terakhir mak kamu.

47:33.101 --> 47:37.230
Ayah tak hantar kamu
berperang bukan sebab malu.

47:39.023 --> 47:44.612
Ayah sembunyikan kamu
sebab ayah sayang kamu.

47:45.905 --> 47:47.198
Macam ayah sayang dia.

47:51.119 --> 47:52.203
Maafkan ayah.

47:59.460 --> 48:00.295
Mari.

48:00.753 --> 48:03.131
Ayah dah siapkan makanan dan bekalan lain.

48:03.214 --> 48:04.882
Ayah nak kamu membawanya.

48:05.216 --> 48:06.092
Ke mana?

48:10.013 --> 48:11.222
Ke medan perang.

48:12.932 --> 48:14.017
Kepada saudara kamu.

48:38.791 --> 48:40.168
Sateria Pengembala.

48:44.505 --> 48:48.176
Tanggungjawab yang berat
menjadi raja sebelum masanya.

48:50.053 --> 48:50.887
Tinggalkan kami.

48:57.393 --> 48:58.603
Kenapa kamu datang?

48:59.854 --> 49:02.649
Untuk hulurkan bantuan.

49:03.274 --> 49:06.152
Untuk berbakti kepada tuanku
macam dengan ayah tuanku.

49:09.405 --> 49:12.241
Kamu takkan bantu
orang lain kecuali diri sendiri.

49:14.410 --> 49:15.995
Kamu tiada kepercayaan.

49:20.708 --> 49:25.129
Patik rasa masalah tuanku
lebih besar daripada gergasi itu.

49:29.592 --> 49:34.597
Berita cepat tersebar
jika kita dengar dengan teliti.

49:35.431 --> 49:39.560
Berita Samuel pergi ke Kabilah Judah,

49:39.644 --> 49:41.020
di kota Bethlehem.

49:42.605 --> 49:44.982
Patik boleh tolong tuanku.

49:45.566 --> 49:46.693
Jika tuanku mahu,

49:46.776 --> 49:48.778
patik akan cari dan bunuh

49:48.861 --> 49:52.490
orang yang dilantik
untuk gantikan ayah tuanku.

49:52.573 --> 49:54.325
Kamu sebut tentang ayah beta lagi…

49:55.034 --> 49:57.620
Patik cuma perlukan nama.

49:58.579 --> 50:00.915
Langkah terakhir, Jonathan.

50:00.998 --> 50:04.210
Beta tiada masa untuk kamu, Doeg.

50:04.293 --> 50:05.294
Baiklah.

50:06.337 --> 50:11.217
Pergilah. Hadapi perang
yang tuanku tahu takkan menang.

50:18.349 --> 50:21.060
Ingat kata-kata ini, Edomite.

50:23.271 --> 50:25.022
Walaupun beta mati di luar sana,

50:26.899 --> 50:29.902
itu takkan berlaku
selagi beta tak tengok kamu mati.

50:31.612 --> 50:33.865
Tontonan yang menarik.

50:51.591 --> 50:52.842
Anakanda dah tahu.

50:55.595 --> 50:57.805
Anakanda juga tahu tuanku ayah anakanda.

50:58.806 --> 51:03.728
Anakanda sayang dan sentiasa
bersama ayahanda sehingga ke akhirnya.

51:16.324 --> 51:17.533
Tidurlah.

51:19.952 --> 51:22.872
Jika ayahanda sedar, doakan anakanda.

51:23.581 --> 51:24.457
Tidak.

51:25.792 --> 51:28.503
Tidak!

51:48.898 --> 51:50.441
Tidak.

51:50.983 --> 51:51.984
Jonathan.

51:52.068 --> 51:53.194
Tidak!

52:15.842 --> 52:16.843
Tuhan bersamamu.

52:45.329 --> 52:46.289
Anakku.

52:49.834 --> 52:50.835
Ayah sayang kamu.

52:51.210 --> 52:52.253
Saya pun sama.

52:56.173 --> 52:57.049
Baiklah.

53:08.019 --> 53:09.103
Kita pergi bersama?

53:10.062 --> 53:12.023
Aku ada perjalanan sendiri.

53:13.524 --> 53:15.776
Ingat lagi kata-kata pertama aku?

53:17.069 --> 53:21.240
Aku kata, "Tuhan tak lihat
apa yang manusia nampak."

53:22.408 --> 53:25.036
"Tuhan lihat dalam hatinya."

53:25.369 --> 53:29.498
Kamu memiliki hati
yang berani bagai sang singa.

53:31.000 --> 53:32.293
Apa yang singa buat?

53:36.714 --> 53:38.007
Singa mengaum.

53:54.440 --> 53:55.858
Bangkit, anakku.

53:57.610 --> 53:58.569
Bangkit.

54:04.575 --> 54:06.827
Berapa lama lagi kita nak tunggu?

54:07.411 --> 54:10.873
Jika Israel tiada juara…

54:12.041 --> 54:15.795
ada sesiapa nak berlawan dengan aku?

55:42.673 --> 55:44.675
Terjemahan sari kata oleh Shidah Mahmud

55:44.759 --> 55:46.761
Penyelia Kreatif
H. Segara
hidah Mahmud
