WEBVTT

00:04.422 --> 00:06.257
SEBELUM INI DALAM KELUARGA DAVID

00:06.382 --> 00:08.676
Philistine gabungkan askar menentang kita.

00:08.759 --> 00:10.720
-Bersama gergasi.
-Apa?

00:10.803 --> 00:12.179
Di mana raja kamu?

00:12.263 --> 00:14.014
-Dia cuma manusia.
-Kamu yakin?

00:16.684 --> 00:17.518
Ayahanda.

00:17.601 --> 00:21.063
Kabilah Zebulun nak
tinggalkan perang dan raja kita.

00:21.147 --> 00:22.314
Kita kena buat sesuatu.

00:22.398 --> 00:24.734
-Tahu Elah di mana?
-Adinda akan cari.

00:24.817 --> 00:27.903
Ayah dah siapkan makanan
dan bekalan lain. Kamu bawalah.

00:27.987 --> 00:30.030
-Ke mana?
-Ke medan perang.

00:30.114 --> 00:32.825
Tuanku serang malam,
bunuh gergasi itu masa tidur.

00:35.870 --> 00:39.665
LEMBAH ELAH
DI PINGGIR KHEMAH PHILISTINE

00:56.599 --> 00:57.641
Kamu dari mana?

00:58.434 --> 01:02.146
Endor. Walaupun patik
tak pernah ke sana sejak kecil.

01:02.229 --> 01:06.192
Beta diberitahu tiada sesiapa
tinggalkan Endor. Bagaimana kamu lolos?

01:07.151 --> 01:08.194
Belajar membunuh.

01:14.158 --> 01:16.494
Adinda nampak unggun api dan asap.

01:17.953 --> 01:20.790
Khemah ayahanda. Kita dah dekat.

01:26.629 --> 01:28.881
KABILAH ZEBULUN
BERUNDUR DARI PERKHEMAHAN ISRAEL

02:06.252 --> 02:08.838
Maaf, tuanku.
Bayaran mereka lebih lumayan.

02:24.979 --> 02:26.021
Jonathan.

02:31.902 --> 02:33.988
Dah lama aku tunggu saat ini.

02:34.989 --> 02:36.866
Sejak ayah kau bunuh ayah aku.

02:49.378 --> 02:51.130
Mirab, tengok.

02:52.423 --> 02:54.008
Nanti. Berhenti.

02:55.467 --> 02:56.927
Ada yang tak kena.

02:58.095 --> 03:01.599
Ada yang tak kena. Turun.

03:06.770 --> 03:07.855
Berhenti.

03:07.938 --> 03:09.899
Nanti. Berhenti.

03:18.574 --> 03:19.491
Apa berlaku?

03:23.495 --> 03:24.663
Apa itu?

03:34.173 --> 03:35.507
Serang!

03:35.591 --> 03:37.259
Serang!

03:37.343 --> 03:39.929
Lari!

03:45.851 --> 03:48.354
Dengar tak? Mereka terkepung.

04:07.957 --> 04:10.584
Kita mesti pergi. Jom patah balik.

04:10.668 --> 04:14.296
Tidak, Mirab. Ayahanda perlukan kita.

04:16.256 --> 04:17.216
Ayuh.

04:21.178 --> 04:24.473
Kenapa bersedih sebab
orang yang tinggalkan kau?

05:00.968 --> 05:01.885
Tunggu.

05:05.264 --> 05:06.682
Kamu dah kalah.

05:19.945 --> 05:22.448
Melutut atau kamu akan dipaksa melutut.

05:33.375 --> 05:40.215
KELUARGA DAVID

06:11.914 --> 06:13.540
Joab, aku rasa dah cukup tajam.

06:19.755 --> 06:20.672
Hei.

06:22.341 --> 06:23.175
Hei!

06:23.258 --> 06:26.178
Bagus. Sekarang kita yang saling bergaduh.

06:26.887 --> 06:28.972
Orang kebuluran akan buat apa saja.

06:39.483 --> 06:40.692
Dia datang lagi.

06:42.361 --> 06:43.445
Tepat pada masanya.

07:24.695 --> 07:30.159
Ini kepala pembunuh upahan

07:30.242 --> 07:32.870
yang kamu hantar malam tadi.

07:34.580 --> 07:35.664
Pembunuh apa?

07:38.750 --> 07:40.085
Pengecut.

07:41.170 --> 07:43.755
Kamu tak berani lawan aku waktu siang,

07:43.839 --> 07:45.841
tapi cuba bunuh aku waktu malam.

07:47.050 --> 07:50.762
Inilah cara kamu semua mati.

07:52.389 --> 07:54.057
Sama macam putera kamu.

07:54.766 --> 07:56.727
Abner, mana Jonathan?

08:05.861 --> 08:06.904
Jaga-jaga!

08:12.993 --> 08:18.582
Berdirinya aku di sini,
aku menentang askar Israel.

08:19.791 --> 08:22.419
Aku menentang raja Israel.

08:23.754 --> 08:27.049
Aku menentang Tuhan Israel.

08:28.383 --> 08:30.302
Pilih pejuang agama kamu.

08:31.595 --> 08:33.764
Atau hantar Yahweh kamu.

08:34.932 --> 08:36.725
Mungkin aku akan bunuh dia.

08:38.310 --> 08:41.230
Kecuali dia juga pengecut.

08:42.648 --> 08:45.150
Masa kau semua dah suntuk.

08:47.069 --> 08:49.988
Hari ini aku akan jumpa
semua ketua kabilah.

08:50.072 --> 08:54.868
Ikut aku atau mati bersama Saul.

09:20.560 --> 09:21.937
Kau hebat malam tadi.

09:23.188 --> 09:26.692
Sia-sia, tapi mengagumkan.

09:31.196 --> 09:32.489
Jadi, mana Tuhan kau?

09:37.494 --> 09:40.372
Aku tak nampak
asap korban dari khemah kau.

09:42.499 --> 09:44.418
Adakah peramal dah tinggalkan kau?

09:46.128 --> 09:48.130
Jika ya, kenapa?

09:50.924 --> 09:52.676
Kau nak makan bersama aku?

09:55.178 --> 09:57.180
Aku tak makan dengan pengecut.

10:00.100 --> 10:02.436
Aku memang kagum dengan semangat kau.

10:03.687 --> 10:05.856
Itu punca kau mudah dijangka.

10:07.316 --> 10:09.693
Jadi, ini permainannya, anak Saul.

10:10.610 --> 10:12.529
Tanda atas papan ini…

10:12.612 --> 10:15.365
Aku tak gabungkan
empat bala tentera Philistine.

10:15.907 --> 10:19.578
Tidak. Aku gabungkan kelima-limanya.

10:20.746 --> 10:23.915
Ekron berada di belakang kamu
dengan lebih banyak gergasi.

10:26.126 --> 10:29.504
Kamu dah dikepung dan jumlah
askar aku tiga kali ganda lebih banyak.

10:31.590 --> 10:33.467
Jika betul apa yang kau katakan,

10:35.344 --> 10:36.845
kenapa kau tak serang saja?

10:37.554 --> 10:40.390
Dari semua arah. Tamatkan semua ini.

10:41.016 --> 10:44.311
Beratus tahun dulu, orang aku
datang menyeberangi laut.

10:44.895 --> 10:49.358
Keluarga diraja dihantar
untuk tawan Mesir dan tanah ini.

10:49.983 --> 10:52.486
Dihantar bersama
kuasa suci dan senjata hebat

10:52.569 --> 10:54.112
kurniaan tuhan kami.

10:54.196 --> 10:57.616
Lima ratus tahun dahulu.
Namun Mesir masih utuh.

10:59.743 --> 11:01.870
-Sebab ayah kau…
-Lelaki yang gagal.

11:03.163 --> 11:04.247
Nasib kita sama.

11:04.331 --> 11:06.625
Ayah aku raja, ayah kau mati macam anjing.

11:06.708 --> 11:09.336
Nenek moyang kau, hamba di Mesir.

11:09.419 --> 11:11.963
Seperti yang diceritakan oleh yang agung.

11:12.047 --> 11:13.673
-Moses.
-Ya.

11:15.050 --> 11:18.470
Kau tahu berapa kali dia ulang
yang orang kau suka jadi hamba?

11:18.970 --> 11:23.016
Nak pulang, dan
orang Philistine jadi pemerintah.

11:24.059 --> 11:26.770
Orang Ibrani dilahirkan untuk jadi hamba.

11:29.564 --> 11:34.319
Kau datang sebagai hamba
dan balik sebagai hamba.

11:34.403 --> 11:36.279
Itu memang cara hidup kamu.

11:36.363 --> 11:38.115
Kami yang rela tinggalkan Mesir.

11:40.575 --> 11:42.536
Semasa mereka cuba halang kami,

11:43.995 --> 11:46.415
Tuhan kami lemaskan
askar Mesir dalam Laut Merah.

11:46.498 --> 11:48.667
-Apa tuhan kau buat?
-Jadi, di mana dia?

11:49.793 --> 11:52.587
-Di mana Yahweh?
-Kami tak sebut nama dia.

11:53.213 --> 11:56.091
-Kau takut?
-Memang kami takut.

11:57.676 --> 11:58.677
Kau pun patut takut.

12:02.264 --> 12:03.807
Ingat lagi dulu,

12:04.433 --> 12:07.060
kita bertempur di medan perang,

12:07.894 --> 12:10.230
semasa ayah aku bunuh ayah kau?

12:16.862 --> 12:20.157
Masih ingat? Masih ingat jeritannya?

12:25.537 --> 12:27.581
Aku nampak ketakutannya hari itu.

12:28.373 --> 12:29.749
Sama macam sekarang.

12:31.501 --> 12:35.589
Ketakutan di sebalik topeng kemarahan.

12:38.008 --> 12:40.969
Dendam melemahkan kau, Achish.

12:43.263 --> 12:44.890
Gergasi pun tak boleh ubah.

12:56.693 --> 12:58.737
Tengok arah timur, Jonathan.

13:00.113 --> 13:01.364
Matahari terbit.

13:02.824 --> 13:06.703
Apabila matahari terbenam,
kesabaran aku akan lenyap.

13:08.914 --> 13:12.751
Aku akan arahkan askar
serang kau dari semua arah,

13:13.710 --> 13:15.378
dan bunuh semuanya.

13:16.338 --> 13:18.965
Termasuk wanita dan kanak-kanak.

13:20.133 --> 13:23.970
Termasuk mak dan adik-adik kau.

13:24.888 --> 13:27.682
Mereka akan mati
perlahan-lahan di tangan aku.

13:29.142 --> 13:33.438
Seluruh Israel akan berkabung,
jika masih ada yang tinggal.

13:34.940 --> 13:38.318
Balik jumpa ayah kau.
Pujuk dia untuk menyerah.

13:40.111 --> 13:44.824
Lebih baik pujuk dia keluar
dan berdepan dengan gergasi aku.

13:45.325 --> 13:46.493
Mati bermaruah.

13:47.786 --> 13:51.748
Kau takkan boleh lawan gergasi aku
dan menang peperangan ini.

13:52.916 --> 13:56.086
Tapi kau boleh hidup sebagai hamba,
macam di Mesir dulu.

14:20.610 --> 14:23.822
Jonathan, jika kau menolak,

14:25.198 --> 14:26.616
aku berjanji,

14:27.075 --> 14:30.870
lain kali aku jumpa kau,
panah aku akan menembusi jantung kau.

15:11.828 --> 15:12.954
Kezia.

15:15.248 --> 15:16.124
Beta nak tanya.

15:24.299 --> 15:26.092
Ada nampak puteri beta?

15:28.637 --> 15:29.888
Mereka tiada di bilik?

15:31.640 --> 15:33.266
Beta dah cari tadi.

15:37.145 --> 15:42.609
Mereka ada sebut
nak cari si Levite tua, Ahimelech.

15:44.194 --> 15:45.403
Untuk apa?

15:47.197 --> 15:50.867
Berdoa. Untuk saudara mereka
di medan perang.

15:53.495 --> 15:54.454
Berdoa?

15:59.834 --> 16:01.711
Berdoa? Mirab?

16:07.967 --> 16:11.054
Beta yakin kamu takkan terus berbohong.

16:14.265 --> 16:16.267
Beta tanya lagi, di mana puteri beta?

16:18.770 --> 16:20.480
Mereka minta patik rahsiakan.

16:21.940 --> 16:22.774
Patik…

16:24.025 --> 16:26.194
Patik percaya mereka tinggalkan istana.

16:27.195 --> 16:28.947
Tinggalkan? Ke mana?

16:31.533 --> 16:32.867
Ke medan perang.

16:35.036 --> 16:37.330
Untuk bantu raja.

16:38.331 --> 16:39.666
Ke medan perang?

16:41.543 --> 16:42.669
Kamu cuma diam saja?

16:44.254 --> 16:47.382
Patik terikat untuk berkhidmat
kepada puteri-puteri.

16:53.179 --> 16:55.932
Kamu bekerja untuk beta.

16:56.683 --> 17:00.270
-Tolong jangan usir patik. Patik…
-Pergi!

17:01.020 --> 17:02.689
Pergi dari sini.

17:22.625 --> 17:24.669
Mari. Kita dah dekat.

17:33.052 --> 17:35.513
Berhenti! Perkenalkan diri.

17:37.015 --> 17:38.266
Puteri…

17:39.225 --> 17:40.435
Bawa kami jumpa raja.

17:41.186 --> 17:43.396
Baiklah. Arah sini.

17:58.995 --> 17:59.996
Mirab.

18:00.747 --> 18:03.124
-Tengok mereka.
-Apa?

18:06.169 --> 18:07.587
Putus harapan.

18:10.590 --> 18:11.591
Hei.

18:13.843 --> 18:15.178
Kamu cari ayahanda.

18:15.261 --> 18:17.514
-Jaga dia. Faham? Pergi.
-Baiklah.

18:17.597 --> 18:18.848
Kakanda pula?

18:18.932 --> 18:22.018
Nak cari Abner dan Jonathan.
Beritahu apa yang kita nampak.

18:22.101 --> 18:24.813
-Bawa dia jumpa raja. Beta jumpa Abner.
-Arah sini.

18:31.236 --> 18:33.279
Hari ini…

18:33.613 --> 18:36.074
kau bersama aku.

18:37.534 --> 18:38.493
Samuel?

18:42.705 --> 18:44.499
Hari ini,

18:44.582 --> 18:50.380
kau ikut serta menderita bersama aku.

18:55.885 --> 18:57.011
Ayahanda.

19:09.691 --> 19:10.525
Tidak.

19:12.443 --> 19:13.444
Tidak.

19:18.449 --> 19:19.617
Mychal.

19:25.623 --> 19:27.166
Anakanda bawakan sesuatu.

19:27.458 --> 19:32.839
Jurutulis pasti marah jika tahu
anakanda ambil manuskrip ini.

19:33.798 --> 19:35.550
Tapi anakanda nak bacakan.

19:36.384 --> 19:38.928
Macam yang kita selalu buat.

19:39.846 --> 19:42.849
"Kita penjaga hak keistimewaan."

19:42.932 --> 19:44.017
Ingat.

19:45.184 --> 19:47.687
Ini firman Tuhan untuk Moses.

19:49.272 --> 19:52.066
"Jangan takut atau gentar."

19:53.401 --> 19:57.697
"Tuhan sendiri akan memimpin,

19:59.073 --> 20:01.534
bersama kamu,

20:02.243 --> 20:07.832
dan di padang gurun,
kamu sudah melihat cara pemimpin kamu,

20:11.961 --> 20:13.504
seperti seorang bapa…

20:16.549 --> 20:18.134
mengendong anaknya."

20:21.095 --> 20:23.348
Seperti ayahanda bawa anakanda…

20:27.352 --> 20:30.688
Dia bawa ayahanda.

20:31.898 --> 20:33.900
Dia akan tunjukkan jalan pulang.

20:34.943 --> 20:36.986
Ayahanda cuma perlu cari.

20:38.863 --> 20:39.948
Cari.

20:41.407 --> 20:42.700
Bangunlah.

20:44.077 --> 20:45.370
Kembali kepada-Nya.

20:46.871 --> 20:48.498
Kembali kepada kami.

20:49.582 --> 20:50.458
Bangunlah.

20:51.334 --> 20:52.919
Bangunlah.

20:53.002 --> 20:54.337
Bangunlah.

20:54.420 --> 20:55.254
Bangunlah.

20:55.713 --> 20:57.924
Bangunlah, ayahanda.

20:59.300 --> 21:00.134
Bangunlah.

21:01.719 --> 21:02.804
Bangunlah.

21:03.846 --> 21:06.516
Tolonglah. Anakanda perlu ayahanda.

21:07.183 --> 21:11.396
Tolonglah bangun, ayahanda.

21:11.646 --> 21:12.647
Bangunlah.

21:21.364 --> 21:22.240
Puteri Mychal?

21:24.075 --> 21:25.410
Itu memang kamu?

21:29.455 --> 21:30.915
Puteri ayahanda.

21:33.251 --> 21:34.252
Tuhan…

21:35.628 --> 21:38.923
Tuhan akan bangkit dan selamatkan kita.

21:44.387 --> 21:45.680
Seperti selalu.

21:56.149 --> 21:56.983
Tuanku.

22:19.172 --> 22:22.133
Tuanku tak boleh tunggu di sini.

22:23.384 --> 22:25.470
Kenalan patik boleh selamatkan tuanku.

22:26.596 --> 22:28.431
Beta tak nak menyorok.

22:29.348 --> 22:30.391
Kenapa?

22:33.311 --> 22:36.481
Tiada gunanya
tuanku terus tinggal di sini.

22:44.197 --> 22:45.823
Semasa beta remaja…

22:48.743 --> 22:50.286
ayah beta…

22:52.205 --> 22:54.165
bawa keluarga kami ke Mesir.

22:56.584 --> 23:00.671
Tak ingat sebabnya,
tapi ada perarakan besar waktu itu.

23:02.131 --> 23:07.595
Jalan penuh dengan beribu-ribu orang.

23:08.096 --> 23:09.931
Mereka mahu melihat seorang lelaki.

23:12.058 --> 23:13.226
Firaun.

23:15.603 --> 23:19.732
Mereka berdiri lama
menunggu untuk melihatnya,

23:20.691 --> 23:26.531
dan apabila beliau muncul,
berpakaian emas,

23:26.614 --> 23:27.740
beta bersumpah…

23:30.326 --> 23:32.620
beliau bersinar umpama matahari.

23:43.297 --> 23:45.383
Namun sekembali kami ke rumah,

23:46.717 --> 23:50.471
beta sedar kami tiada ketua seperti itu.

23:51.139 --> 23:57.562
Kami ada peramal dan hakim
yang memerintah sesuka hati.

23:58.813 --> 24:00.648
Ada yang adil dan saksama.

24:01.399 --> 24:02.525
Kebanyakannya tidak.

24:03.734 --> 24:07.488
Semua mengaku pernah bercakap dengan
Tuhan yang tak bercakap dengan beta.

24:09.866 --> 24:11.159
Namun raja,

24:12.368 --> 24:13.327
raja…

24:16.497 --> 24:18.833
beta pernah lihat sendiri. Jadi…

24:21.627 --> 24:26.132
Beta berani membayangkan raja…

24:29.010 --> 24:32.013
yang boleh menyatukan kabilah kami.

24:40.938 --> 24:42.190
Sebenarnya…

24:45.484 --> 24:47.195
beta dah rasa impian itu.

24:50.031 --> 24:53.451
Bermula dengan tiada apa-apa.
Dalam keluarga ini.

24:54.994 --> 24:57.663
Kini beta nampak ia hancur berkecai.

25:06.756 --> 25:07.590
Tuanku.

25:08.591 --> 25:11.636
Biarkan mereka agar
beta mati bersama impian beta.

25:12.929 --> 25:13.763
Berhenti!

25:32.156 --> 25:32.990
Bonda.

26:09.902 --> 26:11.195
Tutup matamu…

26:13.114 --> 26:14.740
dengar betul-betul.

26:15.199 --> 26:17.994
Bukan hanya dengan telinga,
tapi dengan jiwa.

26:20.538 --> 26:22.290
Jiwaku tertekan dalam diriku.

26:26.460 --> 26:29.714
Di dalam keadaan tenang dan sunyi,
kamu dengarkan Tuhan.

26:31.632 --> 26:33.968
Dengarkan-Nya.
Dia akan beritahu siapa kau.

26:34.635 --> 26:35.636
Bukan mereka.

26:49.317 --> 26:52.653
Ini tawaran kali terakhir aku.

26:53.571 --> 26:55.197
Kamu dah tak boleh lari.

26:56.324 --> 26:57.533
Kamu dah tiada harapan.

26:58.868 --> 27:01.454
Saudaraku dah kepung kamu.

27:02.580 --> 27:05.207
-Hantar juara kamu…
-Apa yang mereka buat?

27:05.291 --> 27:07.209
…atau kamu akan dibunuh.

27:13.132 --> 27:17.053
Hari ini, aku menentang askar Israel.

27:18.554 --> 27:22.516
Aku menentang raja Israel.

27:23.809 --> 27:26.604
Aku menentang Tuhan Israel.

27:33.027 --> 27:36.113
Siapakah gergasi yang
menentang askar Tuhan ini?

27:36.655 --> 27:38.240
Tiada orang sanggup melawannya.

27:39.575 --> 27:41.786
Kenapa? Dia cuma manusia.

27:43.037 --> 27:44.497
Tuhan dalam kalangan manusia.

27:44.580 --> 27:47.708
Tuhan hanya satu dan Dia bersama kita.

27:47.792 --> 27:49.377
David, apa kau buat di sini?

27:49.460 --> 27:53.506
Dah berapa lama kamu tercegat
mendengar kata-katanya? Siapa dia?

27:54.340 --> 27:57.760
Namanya Goliath.
Dia berkhidmat untuk Achish, raja Gath.

27:57.843 --> 27:59.637
Tiada yang sanggup melawannya?

28:02.264 --> 28:03.474
Kau sanggup?

28:04.558 --> 28:06.602
Ini juara kita. Dia sanggup melawannya.

28:07.520 --> 28:09.647
Eliab. Adik kau.

28:09.730 --> 28:12.108
-Mari, Abinadab. David datang.
-Abang.

28:13.317 --> 28:17.154
-David, kenapa kau datang?
-Ayah hantar aku bersama bekalan.

28:17.238 --> 28:20.408
Bekalan? Betul? Aku kenal kau.
Kau datang nak tengok peperangan.

28:20.491 --> 28:22.660
-Macam barua.
-Apa? Aku tak boleh tegur?

28:22.743 --> 28:25.079
Kau jangan menyibuk.
Jika ayah tahu kau datang…

28:25.162 --> 28:28.332
Ayah yang hantar
dan restui aku datang ke mari.

28:28.791 --> 28:32.753
Jika kamu tak sanggup lawan gergasi itu,
biar aku yang pergi.

28:32.837 --> 28:35.506
-Okey. Jangan galakkan dia.
-Aku akan lawan dia.

28:35.589 --> 28:39.385
Ya. Kenapa kau tak lawan dia?
Kau wira terbaik Kabilah Judah.

28:41.554 --> 28:44.306
Kau nampak saiz benda itu, David?

28:44.390 --> 28:47.309
Jadi? Kenapa kau lupa, saudaraku?

28:48.185 --> 28:50.146
-Kenapa kamu semua lupa?
-Lupa apa?

28:50.229 --> 28:51.689
Kehebatan Tuhan.

28:54.525 --> 28:55.693
Aku akan lawan dia.

28:55.776 --> 28:58.404
-Tak, David. Kau balik.
-Aku nak lawan dia. Lepaskan.

28:58.487 --> 29:00.197
-Kau pergi balik.
-Tak nak.

29:00.281 --> 29:01.991
-Anak Jesse.
-Tuan Komander.

29:02.283 --> 29:03.325
Bukan kamu, Eliab.

29:04.368 --> 29:07.121
Pemuzik, baguslah kau ada bawa lyre.

29:07.580 --> 29:09.915
Jumpa raja. Mainkan muzik untuknya.

29:09.999 --> 29:11.083
Tenangkan dia.

29:11.417 --> 29:12.251
Joab.

29:13.127 --> 29:14.628
David, kau dengar itu.

29:14.712 --> 29:18.007
Mainkan muzik untuk raja jika perlu.
Jangan sebut tentang gergasi.

29:18.382 --> 29:19.341
-Jom.
-Baiklah.

29:22.761 --> 29:23.762
David.

29:35.441 --> 29:38.277
Tuanku. Pemuzik dah datang.

29:40.488 --> 29:41.530
Pengembala.

29:42.781 --> 29:44.200
Siapa sangka.

29:44.909 --> 29:46.744
Kamu datang nak hiburkan beta?

29:48.662 --> 29:49.747
Patik nak berperang.

29:49.830 --> 29:50.873
-Maaf.
-David.

29:50.956 --> 29:53.334
Tuanku, adik patik dungu dan gelojoh.

29:53.417 --> 29:55.419
-Patik nak lawan gergasi.
-Biarkan dia.

29:59.882 --> 30:03.469
Tuanku, patik nak lawan gergasi itu.

30:06.180 --> 30:09.600
Kamu budak lagi dan tak boleh melawannya.

30:09.683 --> 30:12.770
Hamba tuanku ini dah bertahun
mengembala kambing ayahnya.

30:13.687 --> 30:17.274
Waktu itu, patik dah bunuh
beruang dan singa.

30:17.358 --> 30:19.026
-David.
-Cukup.

30:19.985 --> 30:23.239
Semasa singa serang
ternakan dan lawan patik,

30:23.864 --> 30:28.911
patik kejar, pegang janggutnya,
tikam dan membunuhnya.

30:33.457 --> 30:35.251
Memang betul, tuanku.

30:35.793 --> 30:36.794
Abinadab.

30:36.919 --> 30:39.088
-Aku percayakan dia.
-Kau tak membantu.

30:39.213 --> 30:42.049
Gergasi ini mencerca Tuhan Teragung.

30:43.717 --> 30:46.512
Namun Tuhan yang sama
selamatkan patik daripada singa

30:46.595 --> 30:49.473
dan beruang akan
selamatkan patik daripada Philistine.

30:52.226 --> 30:56.522
Raksasa itu suka berperang.

30:56.855 --> 30:58.148
Tercipta untuk berperang.

30:58.232 --> 31:02.152
Patik yang tercipta untuk saat ini.

31:04.530 --> 31:07.658
Percayalah, tuanku. Patik akan bunuh dia.

31:12.746 --> 31:14.957
Kamu bercakap penuh keyakinan.

31:16.584 --> 31:21.880
Kamu naikkan semangat beta
yang dah lama hilang sejak…

31:27.219 --> 31:28.220
Ayahanda…

31:28.971 --> 31:30.806
Tuanku.

31:31.974 --> 31:33.809
-Pergi.
-Okey.

31:33.892 --> 31:34.768
-Tuanku.
-Ayuh.

31:34.852 --> 31:36.353
-Patik akan bunuh dia.
-Pergi.

31:36.437 --> 31:37.771
-Pergi.
-Lepaskan aku.

31:37.855 --> 31:39.565
Pergi dan lawan gergasi itu.

31:47.656 --> 31:52.494
Lawan dengan semangat
yang kamu bawa ke dalam bilik ini.

31:52.578 --> 31:55.831
Tuanku, kita patut bincang dulu.

31:55.914 --> 31:58.500
Kenapa? Beta dah buat keputusan.

31:59.543 --> 32:02.004
Tiada yang sanggup jalankan tugas ini.

32:07.092 --> 32:08.344
Beta lantik kamu juara.

32:10.596 --> 32:11.847
Bagi dia perisai beta.

32:12.514 --> 32:14.933
Dia patut pakai
perisai raja semasa perang.

32:17.269 --> 32:18.187
Pergi.

32:21.106 --> 32:22.191
Terima kasih, tuanku.

32:37.039 --> 32:39.708
Kabilah Zebulun tinggalkan ayahanda kamu.

32:40.793 --> 32:44.713
Kabilah lain akan menyusul
jika tentera kita tak dikepung.

32:45.547 --> 32:49.843
Ada banyak gergasi bersama Philistine.

32:49.927 --> 32:51.595
Kita tak boleh tambah askar?

32:51.679 --> 32:55.474
Hanya ada sedikit saja tinggal
untuk mengawal istana.

32:56.433 --> 32:59.687
Kamu tak boleh
padamkan api dengan setitik air.

33:02.231 --> 33:03.941
Bermakna akibatnya sudah pasti.

33:06.652 --> 33:08.195
Tentera kita akan tewas.

33:09.613 --> 33:12.032
Jika raja tewas, Israel juga tewas.

33:13.909 --> 33:16.453
Musuh akan datang ke sini.

33:17.371 --> 33:18.372
Apabila mereka tiba,

33:18.455 --> 33:23.419
patik cadangkan
kita melutut minta belas kasihan.

33:23.502 --> 33:25.129
Tidak, kita mesti lari segera.

33:26.505 --> 33:31.009
Kenalan anakanda boleh bantu kita
bersatu dengan kabilah di utara,

33:31.093 --> 33:32.469
bina semula Israel.

33:32.553 --> 33:34.555
Bonda takkan tinggalkan istana.

33:36.140 --> 33:39.518
Bonda tahu Philistine
takkan lepaskan kita.

33:40.728 --> 33:43.397
Mereka akan bakar
skrol suci kamu dan malukan bonda.

33:43.480 --> 33:46.066
-Tuhan akan jaga kita.
-Macam jaga ayah beta?

33:48.485 --> 33:50.154
Kita mesti tinggalkan istana.

33:50.237 --> 33:52.698
Pastikan takhta selamat.

33:53.782 --> 33:56.493
Kabilah yang ada perlukan ketua.

33:58.370 --> 33:59.621
Jadikan anakanda raja.

34:02.666 --> 34:04.626
-Kita dah ada raja.
-Yang dah tewas.

34:05.169 --> 34:06.920
Kalah perang dan mungkin mangkat.

34:09.214 --> 34:12.551
Bonda, jika kita tak ambil takhta,
ia akan dirampas.

34:16.138 --> 34:17.473
Bonda ingat kamu dah mati.

34:21.351 --> 34:23.061
Untuk seketika, bonda.

34:26.064 --> 34:27.316
Apa yang berlaku?

34:31.737 --> 34:34.865
Kehidupan lama digantikan
dengan yang baharu. Itu saja.

34:35.574 --> 34:38.660
Anakanda tiada masa fikir kisah silam.

34:40.120 --> 34:41.747
Bonda tahu anakanda betul.

34:44.208 --> 34:45.834
Keluarga kita takkan pulang.

34:46.919 --> 34:50.130
Hanya kita saja
keluarga diraja yang terselamat.

34:51.131 --> 34:52.966
Kita harapan tunggal Israel.

34:55.511 --> 34:58.722
Anakanda jadi raja dan penjaga bonda.

35:06.688 --> 35:11.193
Sabar, saudaraku.
Sampai masanya semua akan tahu.

35:15.739 --> 35:16.907
Ini kerja gila.

35:19.535 --> 35:21.829
-Kau nak ke mana?
-Gudang senjata.

35:21.912 --> 35:23.664
-Ambil busur dan panah.
-Kenapa?

35:24.164 --> 35:27.042
Aku tak nak tengok
adik aku dibunuh hidup-hidup.

35:35.259 --> 35:36.218
Baiklah.

36:03.996 --> 36:05.581
Kamu nampak macam raja.

36:08.917 --> 36:10.085
Patik tak rasa begitu.

36:13.839 --> 36:16.842
Beta datang nak serahkan ini.

36:20.137 --> 36:23.599
Pesanan Tuhan kepada Joshua.

36:25.517 --> 36:26.810
Sebelum ke medan perang,

36:26.894 --> 36:30.647
kata-Nya, "Jangan gentar."

36:32.733 --> 36:35.944
"Jadi kuat dan berani."

36:39.489 --> 36:40.324
Joshua.

36:41.742 --> 36:42.743
Ini…

36:43.243 --> 36:47.539
"Setiap jejak tapak kakimu…"

36:50.334 --> 36:51.793
"Ini Aku berikan kepadamu."

36:54.922 --> 36:57.883
Ini cuma rumusan.

36:57.966 --> 36:59.217
Kertasnya kecil.

37:00.761 --> 37:04.014
Boleh kamu simpan?

37:07.935 --> 37:08.769
Apa kata mereka?

37:10.729 --> 37:14.775
Sejujurnya, mereka bimbang.

37:15.609 --> 37:16.860
Mereka tak salah.

37:18.278 --> 37:19.988
Sesuatu yang mereka tak faham…

37:22.449 --> 37:27.537
Tuhan pilih sesuatu yang luar biasa.

37:28.455 --> 37:31.249
Dia pilih utusan yang tersirat,

37:31.333 --> 37:35.504
kerana Dia nampak jiwanya.

37:42.302 --> 37:44.179
Jiwa kamu pula…

37:46.556 --> 37:49.768
lebih berkuasa daripada
beribu-ribu pedang.

37:52.562 --> 37:54.106
Patik harap itu benar.

37:59.277 --> 38:00.737
Kamu takut?

38:01.905 --> 38:02.990
Sangat takut.

38:06.493 --> 38:07.536
Beta juga sama.

38:09.621 --> 38:10.831
Beta percayakan kamu.

38:15.377 --> 38:19.756
Tak pasti sebabnya. Cuma percaya.

38:22.175 --> 38:25.887
Patik minta maaf
sebab tinggalkan istana begitu saja.

38:32.019 --> 38:33.311
Untuk nasib yang baik.

38:41.570 --> 38:42.654
David.

38:45.574 --> 38:50.287
Kamu bunuh gergasi itu
dan kembali ke pangkuan beta.

38:57.586 --> 38:58.837
Tak boleh guna perisai.

39:02.215 --> 39:03.425
Mesti jadi diri sendiri.

39:04.634 --> 39:06.178
Patik perlu cari anak sungai.

39:13.560 --> 39:14.686
-Tuan Komander.
-Nanti.

39:17.606 --> 39:18.440
Jonathan.

39:19.691 --> 39:22.110
Jonathan. Gantikan aku, Joab.

39:25.697 --> 39:26.823
Tuanku masih hidup.

39:27.908 --> 39:28.992
Bagaimana terselamat?

39:30.202 --> 39:31.328
Ambilkan air.

39:32.120 --> 39:33.288
Hei. Nah.

39:41.588 --> 39:42.672
Bagaimana terselamat?

39:44.216 --> 39:45.550
Dengan perintah Achish.

39:47.302 --> 39:49.471
Orangnya dan gergasi itu tak setuju.

39:51.389 --> 39:52.474
Tuanku jumpa dia?

39:54.142 --> 39:57.020
Ya. Kami bersemuka.

39:58.480 --> 40:00.065
Kita dah dikepung.

40:00.816 --> 40:02.609
Jalan keluar ialah perang.

40:03.944 --> 40:05.237
Kecuali kita menyerah.

40:06.780 --> 40:08.198
Kita takkan menyerah.

40:14.621 --> 40:17.791
Raja dah pilih juara.

40:19.209 --> 40:22.087
Apa? Siapa?

40:26.133 --> 40:29.636
Berundur! Keluar.

40:30.345 --> 40:34.349
Ini mengejutkan dan memalukan! Abner!

40:34.432 --> 40:35.267
David…

40:35.350 --> 40:36.184
Pengembala?

40:36.268 --> 40:37.269
Patik nak ke sungai.

40:37.352 --> 40:40.605
Dipilih sebagai juara?
Sekarang kita tahu raja memang gila.

40:42.023 --> 40:44.109
Tuanku mesti jumpa kami sekarang.

40:44.192 --> 40:45.735
Baginda enggan diganggu.

40:45.819 --> 40:49.489
Dia memang terganggu, Abner. Ke tepi.

40:52.701 --> 40:55.620
Kau berani melawan
para ketua kabilah Israel?

40:55.704 --> 40:58.206
Kamu berani ugut raja Israel?

40:58.290 --> 41:01.960
Bersemuka dengan kami atau turun takhta.

41:02.043 --> 41:03.712
Kamu nak takhta beta, Adriel?

41:06.339 --> 41:07.757
Cuba rampas daripada beta.

41:10.051 --> 41:11.761
Di mana budak itu?

41:59.517 --> 42:00.852
Apa yang kamu cari?

42:03.813 --> 42:04.731
Batu.

42:07.150 --> 42:09.986
-Siapa kamu sebenarnya?
-Tuanku kenal patik.

42:10.779 --> 42:11.696
Betul?

42:12.989 --> 42:14.658
Kamu main muzik untuk ayah beta.

42:16.952 --> 42:18.620
Kini dipilih jadi juara.

42:21.248 --> 42:22.123
Kenapa?

42:23.250 --> 42:24.751
Patik saja yang tawarkan diri.

42:26.211 --> 42:27.504
Beta kagum dengan kamu.

42:28.338 --> 42:31.967
Namun beta nampak gergasi itu.
Kamu takkan menang.

42:35.220 --> 42:37.681
Patik seorang saja percaya kisah lama?

42:39.224 --> 42:40.934
Gergasi itu menentang siapa?

42:42.352 --> 42:47.732
Tiada kaitan dengan kehebatan gergasi.
Ini tentang kehebatan Tuhan.

42:50.652 --> 42:52.070
Tuhan tak bersama kita.

42:52.696 --> 42:56.616
Dia tak bersama kita di sini,
yang sedang bersembunyi.

42:58.076 --> 43:00.912
Dia bersama kita di sana
apabila kita melawan ketakutan.

43:01.705 --> 43:02.789
Apa rancangan kamu?

43:04.374 --> 43:07.877
Tanpa perisai dan latihan.

43:15.635 --> 43:17.012
Keberanian kamu luar biasa.

43:20.056 --> 43:21.141
Nama kabilah kamu?

43:22.851 --> 43:23.935
Judah.

43:30.108 --> 43:31.276
Bandar yang mana?

43:32.319 --> 43:33.320
Bethlehem.

43:39.951 --> 43:41.036
David.

43:45.623 --> 43:47.709
Samuel ada melawat keluarga kamu?

43:57.302 --> 43:58.178
Ada.

44:23.578 --> 44:24.537
David.

44:33.505 --> 44:35.048
Balingan hampir mustahil.

44:38.385 --> 44:40.762
Namun dia terdedah
selepas melempar lembingnya.

44:50.271 --> 44:51.689
Semoga Tuhan bersama kamu.

45:04.035 --> 45:06.871
Kesabaran aku semakin hilang!

45:07.414 --> 45:11.626
Kenapa kamu berbaris jika tiada
yang berani mencabar aku?

45:12.210 --> 45:14.379
Pilih seorang, hantar kepada aku.

45:17.715 --> 45:18.883
Di mana dia?

45:19.050 --> 45:22.595
Dia tak boleh lawan gergasi itu.
Ini kerja gila.

45:22.679 --> 45:23.680
Tidak.

45:24.305 --> 45:30.603
Ini pemberontakan.
Beta dah buat keputusan. Kamu wajib patuh.

45:33.857 --> 45:35.859
Hantar seorang…

45:36.818 --> 45:37.902
Beri laluan.

45:39.863 --> 45:45.577
Halang dia. Panggil dia balik!

45:45.702 --> 45:48.288
Tidak. Beta takkan panggil dia balik.

45:49.164 --> 45:52.333
-Biar patik yang panggil.
-Kau kata aku patut mati demi raja.

45:53.001 --> 45:55.503
Aku dah bersedia. Kau pula?

45:58.173 --> 46:00.049
Tuanku musnahkan kami semua.

46:13.396 --> 46:14.314
Nanti.

46:17.358 --> 46:20.361
-David, tolong jangan teruskan.
-Kau meragui aku?

46:20.445 --> 46:22.530
Ya. Ini mustahil.

46:23.072 --> 46:25.283
Itulah perbezaan kita berdua.

46:25.366 --> 46:26.367
David.

46:29.621 --> 46:30.955
Kenapa kau tak rasa takut?

46:31.998 --> 46:33.249
Aku memang takut.

46:38.254 --> 46:42.008
Aku menentang tentera Israel.

46:42.091 --> 46:45.637
Aku menentang raja Israel.

46:45.887 --> 46:49.557
Aku menentang Tuhan Israel.

46:52.185 --> 46:53.061
Goliath!

46:59.192 --> 47:00.693
Jangan halang laluan!

47:16.876 --> 47:18.336
Adakah dia budak lurus?

47:19.379 --> 47:22.048
Si dungu merayau di tengah panas begini?

47:34.686 --> 47:35.937
Tuhan, berikan kekuatan.

47:36.896 --> 47:38.731
Setiap langkah. Hanya satu langkah.

47:47.949 --> 47:49.659
Ini juara mereka?

47:51.286 --> 47:52.954
Ini memang lucu.

47:53.663 --> 47:58.167
Bangsa hamba malukan aku dengan budak.

47:59.794 --> 48:04.966
Aku mahu juara. Aku mahu raja.

48:08.886 --> 48:10.471
Mereka hantar budak.

48:12.098 --> 48:14.350
Mungkin rajanya betul-betul dah gila.

48:16.811 --> 48:19.063
Kau nak lawan aku dengan kayu?

48:20.565 --> 48:24.902
Kau ingat aku siapa? Anjing?

48:27.322 --> 48:28.740
Baiklah, budak.

48:29.115 --> 48:32.285
Kau akan jadi mangsa kemurkaan aku.

48:35.163 --> 48:36.372
Putera Jonathan.

48:37.040 --> 48:38.207
Kamu ke mana tadi?

48:39.167 --> 48:41.002
Halang tentangan terhadap budak itu.

48:41.085 --> 48:45.673
Aku akan hantar mayat kau
kepada burung di langit

48:46.090 --> 48:48.259
dan binatang buas di bumi.

48:49.010 --> 48:52.013
Jika dia lakukannya, ikut beta.

48:55.808 --> 48:57.101
Sediakan kuda.

49:01.189 --> 49:05.401
Kau datang kepada aku
dengan pedang, tombak dan lembing.

49:06.402 --> 49:08.988
Namun aku datang
dengan nama Tuhan Teragung,

49:09.322 --> 49:13.618
Tuhan kepada tentera Israel,
mereka yang kau tentang.

49:16.079 --> 49:19.374
Hari ini Tuhan hantar kau kepada aku,

49:20.375 --> 49:23.544
aku akan serang dan pancung kepala kau.

49:29.258 --> 49:33.346
Hari ini aku berikan
mayat orang Philistine

49:33.429 --> 49:36.724
kepada burung di langit
dan binatang buas di bumi.

49:37.350 --> 49:40.645
Agar seluruh dunia akan tahu
adanya Tuhan di Israel.

49:41.312 --> 49:44.232
Oleh itu, semua yang
berkumpul ini akan tahu

49:44.315 --> 49:46.651
Tuhan tidak menyelamatkan dengan senjata,

49:46.818 --> 49:52.573
kerana perang ini milik Tuhan,
dan Dia akan hantar kau kepada kami.

49:55.952 --> 49:58.371
Kau tak layak mendekati aku.

50:21.144 --> 50:22.353
Bagi lembing lain.

50:32.405 --> 50:33.406
Lagi satu.

50:51.841 --> 50:52.675
Tidak.

51:23.456 --> 51:27.835
Nampak? Kau tak layak mendekati aku.

51:43.017 --> 51:45.436
Aku takkan biar kau mati
di tangannya, adikku.

51:48.272 --> 51:49.273
Maafkan aku.

51:53.402 --> 51:54.487
Raja Achish.

52:32.316 --> 52:34.694
Semoga kau memiliki keberanian Moses…

52:37.572 --> 52:39.282
dan kekuatan Samson.

53:21.949 --> 53:25.286
Bangkit, David.

53:50.019 --> 53:51.228
Demi mak aku.

55:32.580 --> 55:35.833
Pengawal, bawakan kuda dan perisai beta.

55:38.044 --> 55:39.086
Cepat.

56:10.743 --> 56:12.369
Bertempur bersama beta!

56:18.459 --> 56:19.835
Daulat tuanku!

56:24.215 --> 56:25.341
David!

56:27.009 --> 56:31.222
Demi Tuhan dan Israel!

56:33.516 --> 56:37.895
Tuhan berkata kepada Yeshua,
"Jadi kuat dan berani."

56:38.312 --> 56:42.525
"Bawa mereka ini menyeberangi Jordan
menuju jalan yang Aku tunjukkan."

56:43.150 --> 56:46.237
"Tiada sesiapa akan
menentangmu seumur hidupmu."

56:46.946 --> 56:49.615
"Seperti Aku bersama Moses,
Aku tetap bersamamu."

56:52.952 --> 56:55.955
"Aku takkan abaikan dan lupakanmu."

56:56.580 --> 56:59.333
Bertahan!

57:00.501 --> 57:01.752
"Jangan takut,

57:02.962 --> 57:08.092
"Tuhanmu akan sentiasa bersamamu."

57:09.510 --> 57:15.141
Oleh itu, patik lantik tuanku
menggantikan tempat ayahanda tuanku,

57:15.266 --> 57:17.726
Raja Israel.

57:24.441 --> 57:25.359
Serang!

59:36.490 --> 59:38.492
Terjemahan sari kata oleh Shidah Mahmud

59:38.575 --> 59:40.577
Penyelia Kreatif
H. Segara
hidah Mahmud
