WEBVTT

00:04.463 --> 00:06.507
SEBELUM INI DALAM KELUARGA DAVID

00:06.590 --> 00:08.759
Pelik kenapa ayah tuanku percayakan dia.

00:08.843 --> 00:10.302
Doeg? Kami tak percaya dia.

00:10.386 --> 00:11.387
Namun dia berguna.

00:11.470 --> 00:12.638
Patik bimbang.

00:12.722 --> 00:14.056
Patik mahu jelaskan.

00:14.140 --> 00:17.059
Beta minta satu saja, jangan malukan beta.

00:17.143 --> 00:18.561
Aku tahu tentang pelantikan.

00:18.644 --> 00:21.063
Apabila kau naik takhta…

00:21.147 --> 00:22.898
ingat siapa yang jaga kau.

00:22.982 --> 00:24.233
Ikut kemahuan David.

00:24.316 --> 00:25.526
Biar dia kahwin Mychal.

00:25.609 --> 00:28.654
Namun hanya selepas
dia selesaikan satu misi terakhir.

00:28.946 --> 00:30.197
Misi yang membunuhnya.

00:30.281 --> 00:32.283
Ayahanda kata kami boleh kahwin?

00:32.366 --> 00:35.578
Ya. Dia mesti buktikan
yang dia layak dulu.

00:35.995 --> 00:37.371
Ada yang tak kena di sini.

00:37.455 --> 00:38.456
Ini perangkap!

00:41.459 --> 00:42.460
Bakar hidup-hidup.

00:42.543 --> 00:45.755
Jagal Gergasi,
kamu dikhianati raja sendiri.

00:46.172 --> 00:47.631
Kenapa berjuang untuk dia?

00:48.257 --> 00:50.676
Tuanku, relau Philistine sudah musnah.

00:51.510 --> 00:54.138
Patik akan berkahwin dengan Mychal.

00:54.221 --> 00:55.473
Ia akan diumumkan.

00:55.556 --> 00:58.350
Beta nak dinda keluar.

00:59.685 --> 01:00.936
Dinda diusir!

01:08.986 --> 01:13.365
Dia akan mengasihimu, memberkatimu,
dan membuat jumlahmu berlipat ganda.

01:13.949 --> 01:18.287
Dia akan memberkati buah kandunganmu
dan hasil tanaman gandummu,

01:18.370 --> 01:21.791
mahupun anak-anak lembu
dan anak-anak kambingmu

01:22.666 --> 01:26.337
di tanah yang dijanjikan-Nya
kepada moyangmu untuk diberi kepadamu.

01:27.922 --> 01:30.090
Dengarlah firman-Ku ini.

01:30.633 --> 01:33.636
Apabila ada nabi dalam kalangan kamu,

01:33.719 --> 01:37.014
Aku menyatakan diri
kepada mereka dalam penglihatan.

01:37.765 --> 01:39.892
Aku berfirman kepada mereka dalam mimpi.

01:40.893 --> 01:44.355
Kerana kota-kota Judah yang lengang,

01:45.481 --> 01:50.277
akan terdengar lagi suara kesukaan,
kegembiraan serta keriuhan,

01:51.111 --> 01:54.490
suara pengantin lelaki dan perempuan.

01:55.866 --> 01:58.577
Ambil air untuk kau dan kuda. Pergi.

01:59.787 --> 02:00.621
Pegangkan.

02:09.129 --> 02:10.005
Apa itu?

02:11.841 --> 02:12.925
Jemputan.

02:13.801 --> 02:16.387
Jagal Gergasi akan mengahwini puteri.

02:18.639 --> 02:20.516
Pasangannya Puteri Mychal.

02:20.599 --> 02:22.935
Hari baharu di Israel.

02:26.438 --> 02:33.445
KELUARGA DAVID

03:00.055 --> 03:02.892
-Gudang!
-Api!

03:03.517 --> 03:06.812
-Sedang terbakar!
-Cepat! Pantas!

03:14.445 --> 03:15.905
Ambil air!

03:23.037 --> 03:27.666
GUDANG MAKANAN RAJA
KOTA GIBEAH

03:38.844 --> 03:40.262
Tinggalkan senjata!

03:43.599 --> 03:45.142
Angkat dia ke pedati.

03:47.102 --> 03:48.020
Hati-hati.

03:56.195 --> 03:58.322
Kita bernasib baik api tak merebak.

03:58.739 --> 03:59.573
Bernasib baik?

04:00.616 --> 04:03.953
Kelima-lima gudang
baru diisi beberapa hari lalu.

04:04.912 --> 04:06.705
Semua bekalan musim sejuk kita.

04:10.292 --> 04:12.086
Banyak lagi di sini.

04:12.169 --> 04:13.045
Orang Philistine.

04:13.796 --> 04:16.966
Kita bunuh gergasi mereka,
tapi tidak semangat mereka.

04:17.925 --> 04:20.010
Tak cukup masalah yang beta ada?

04:21.428 --> 04:23.597
Mereka tingkatkan serangan,

04:23.681 --> 04:26.058
-buat senjata lebih baik.
-Macam kita.

04:27.267 --> 04:30.729
Ini kerja Raja Achish.
Terdesak untuk balas dendam.

04:31.355 --> 04:34.483
Tanpa makanan itu,
kita akan kebuluran sebelum musim bunga.

04:35.150 --> 04:37.444
Patik cadang kenakan cukai
pada kabilah lain.

04:38.070 --> 04:40.239
Minta sebahagian daripada bekalan mereka.

04:40.322 --> 04:41.532
Mulakan dengan Judah.

04:41.615 --> 04:45.077
Beta takkan merayu.
Nampak lebih banyak kelemahan.

04:45.160 --> 04:46.578
Kelaparan ancaman besar.

04:47.663 --> 04:49.456
Orang kebuluran akan buat apa saja.

04:49.915 --> 04:50.874
Kalau Edom?

04:54.253 --> 04:57.339
Pakatan damai kita dengan Edom rapuh.

04:58.215 --> 05:00.634
Raja mereka berhati busuk dan pendendam.

05:01.301 --> 05:03.262
Sudah 20 tahun kami tak bercakap.

05:04.138 --> 05:06.390
Beta takut mahu jolok sarang tebuan.

05:06.932 --> 05:08.517
Anakanda akan pergi berunding.

05:08.809 --> 05:12.229
Bagaimana kamu nak berunding
tanpa dibunuh?

05:12.479 --> 05:13.939
Ayahanda, ini…

05:15.899 --> 05:20.362
Ini keadaan kisah silam anakanda
yang cuai dan mengikut nafsu dulu

05:21.739 --> 05:22.906
boleh bantu kita.

05:23.532 --> 05:26.493
Anggap anakanda bermalam
di Edom yang tak dapat dilupakan

05:26.577 --> 05:28.370
bersama penasihat rapat raja.

05:28.787 --> 05:29.788
Boleh dikatakan

05:31.123 --> 05:31.957
kami berkawan.

05:34.793 --> 05:35.753
Biar kami bincang.

05:39.048 --> 05:40.132
Pergi cuba.

05:42.593 --> 05:43.635
Anakanda yakin.

05:50.601 --> 05:52.352
Boleh tinggalkan kami, Abner?

05:57.441 --> 05:59.818
Jangan sebut tentang bonda kamu.

05:59.902 --> 06:00.944
Anakanda akan sebut.

06:02.446 --> 06:04.031
Dia tak boleh diusir selamanya.

06:04.615 --> 06:07.367
-Ratu perlu dihormati.
-Bagaimana dengan raja?

06:08.368 --> 06:09.369
Pengkhianatan?

06:09.912 --> 06:11.663
Bagaimana bonda khianat ayahanda?

06:17.336 --> 06:19.838
David tak sepatutnya pulang
daripada misi itu, ya?

06:20.422 --> 06:21.882
Orang Philistine dah tunggu.

06:21.965 --> 06:26.011
Itu angkara bonda kamu.
Mungkin, kini kamu faham tindakan itu.

06:34.311 --> 06:36.271
David dah buktikan dirinya.

06:37.231 --> 06:39.358
Dia layak menyertai keluarga ini.

06:41.193 --> 06:43.779
Terlintas juga adakah
keluarga ini layak untuk dia.

07:32.536 --> 07:33.370
Mirab?

07:38.208 --> 07:39.960
Apa jadi dengan keluarga kita?

07:45.799 --> 07:46.884
Keluarga apa?

08:15.120 --> 08:16.163
Ini apa?

08:16.622 --> 08:18.498
Menggali perigi di selatan.

08:20.000 --> 08:22.211
Mereka tak boleh gali sendiri?

08:22.711 --> 08:23.879
Boleh, tuanku bayar.

08:32.888 --> 08:33.972
Apa masalah kamu?

08:37.601 --> 08:40.187
-Takut nak bercakap dengan raja kamu?
-Tidak.

08:41.730 --> 08:43.899
Patik mahu berbual dengan sahabat.

08:49.446 --> 08:51.657
Patik sangat percayakan tuanku.

08:53.033 --> 08:56.286
Tuanku memang tahu.
Patik bina hidup dengan kepercayaan itu.

08:59.248 --> 09:00.332
Teruskan.

09:01.458 --> 09:02.459
Patik khuatir.

09:04.086 --> 09:07.297
-Gudang itu, musuh tak boleh…
-Bukan.

09:07.381 --> 09:09.091
Bukan gudang atau musuh.

09:10.676 --> 09:13.178
Tiada yang boleh hancurkan Keluarga Saul…

09:15.097 --> 09:16.265
kecuali Saul sendiri.

09:18.934 --> 09:21.645
Apa gunanya raja yang menakluk dunia,

09:22.938 --> 09:25.148
tapi tersasar dalam usahanya?

09:27.609 --> 09:29.152
Menghalau Ahinoam.

09:30.487 --> 09:32.322
Tidur bersama pembantu.

09:32.406 --> 09:34.574
Kini dia gundik beta.

09:35.575 --> 09:36.910
Itu hak raja.

09:36.994 --> 09:38.578
Bukan Raja Israel.

09:40.205 --> 09:41.123
Bukan tuanku.

09:43.583 --> 09:44.918
Patik merayu, Saul.

09:46.086 --> 09:48.463
Ingat kembali siapa tuanku.

10:04.938 --> 10:06.273
Rasanya kanda dah menang.

10:08.692 --> 10:10.068
Nak dengar berita baik?

10:11.069 --> 10:12.279
Berita baik bagaimana?

10:19.119 --> 10:19.953
Biar betul?

10:23.832 --> 10:24.791
Dinda pasti?

10:25.667 --> 10:27.753
Dinda perawat dan wanita, Jonathan.

10:27.836 --> 10:29.171
Jadi, ya, dinda pasti.

10:33.592 --> 10:34.843
Oh, Tuhan. Maaf.

10:35.844 --> 10:37.637
Tak mengapa. Dinda takkan cedera.

10:38.638 --> 10:39.765
Orang lain tahu?

10:44.269 --> 10:45.687
Dia akan dapat segalanya.

10:46.313 --> 10:49.691
Kanda akan ajar dia
menunggang kuda dan memetik sayur…

10:49.775 --> 10:50.817
Jika perempuan?

10:53.445 --> 10:54.654
Kanda buat perkara sama.

10:58.617 --> 11:01.953
Kita akan hidup aman damai
di kampung dinda,

11:03.038 --> 11:05.665
jauh daripada perang dan sengketa.

11:06.416 --> 11:07.751
Dengar macam mimpi.

11:10.253 --> 11:11.296
Itu boleh berlaku?

11:13.673 --> 11:15.509
Sebaik saja David jadi raja, ya.

11:16.802 --> 11:21.223
Cuma perlu pastikan laluan yang aman
dan keluarga kanda selamat.

11:23.683 --> 11:26.144
Sebenarnya, kanda takkan rindu tempat ini.

11:28.063 --> 11:29.856
Jadi, ini permintaan tunggal dinda.

11:30.732 --> 11:31.900
Rahsiakan perkara ini.

11:33.652 --> 11:37.572
Hingga anak kita lahir
dan hidup kita bebas dan selamat.

11:39.449 --> 11:40.283
Janji.

11:40.992 --> 11:41.993
Kanda janji.

11:55.507 --> 11:56.842
MEI TAHARA
AIR SUCI

11:56.925 --> 11:58.635
Mandian ini ialah mikveh.

11:58.718 --> 12:02.347
Upacara berendam sebelum kahwin
untuk menghormati permulaan baharu ini.

12:07.144 --> 12:09.271
Ia dipenuhi air semula jadi dari bumi.

12:16.361 --> 12:18.155
"Diberkati-Mu, Tuhan Abadi,

12:18.238 --> 12:21.491
pemerintah seluruh alam,
yang menyucikan kami melalui mitzvot."

12:23.493 --> 12:26.163
Tuanku perlu berendam
sepenuhnya tiga kali.

12:35.297 --> 12:38.175
Keberkatan Tuhan Abadi sekalian alam,

12:38.633 --> 12:40.051
berkatiku dengan hidup juga

12:40.844 --> 12:42.345
-kekalkanku…
-Juga kekalkanku,

12:42.429 --> 12:44.306
dan membantu capai saat ini.

12:54.858 --> 12:56.526
Aku akan jadi tunanganmu

12:56.985 --> 12:59.821
dengan kebenaran dan keadilan,

12:59.905 --> 13:02.741
dengan kebaikan dan belas kasihan.

13:03.950 --> 13:07.037
Aku tunanganmu selamanya,

13:07.662 --> 13:09.664
dan kita akan mengenali Adonai.

13:31.811 --> 13:32.646
Mychal.

13:34.231 --> 13:35.065
David.

13:35.941 --> 13:37.651
Tak boleh tengok beta begini.

13:38.568 --> 13:39.569
Beta comot.

13:43.823 --> 13:45.492
Bersimpati tentang bonda tuanku.

13:48.787 --> 13:51.081
Patik tahu rasanya
melihat keluarga berpecah.

13:51.540 --> 13:52.541
Beta tahu.

13:55.043 --> 13:57.754
Dengar, kita tak perlu jadi mereka.

13:59.297 --> 14:00.465
Mulakan yang baharu.

14:02.008 --> 14:03.510
Kita bina masa depan sendiri,

14:04.511 --> 14:05.720
keluarga kita sendiri.

14:06.346 --> 14:09.849
Keluarga tanpa pembohongan, pengkhianatan

14:10.350 --> 14:11.476
dan pertumpahan darah.

14:13.353 --> 14:14.604
Itu hasrat yang besar.

14:14.688 --> 14:16.147
Memang hasrat besar.

14:23.989 --> 14:24.948
David,

14:26.157 --> 14:29.869
beta perlu tahu
cinta kamu tak berbelah bagi.

14:54.144 --> 14:57.147
Inikah cara untuk
buat beta lupakan perkahwinan itu?

14:57.522 --> 14:59.649
Tuanku nak balik ke istana merajuk?

14:59.733 --> 15:02.986
Ya. Setidaknya di sana, ada wain.

15:03.612 --> 15:06.615
Apabila selesai,
akan ada daging untuk majlis itu.

15:08.158 --> 15:09.618
Ada memburu dengan Eshbaal?

15:11.244 --> 15:12.829
Eshbaal tak perlu bantuan.

15:14.205 --> 15:16.916
Kamu memang sudah jatuh cinta, betul?

15:17.626 --> 15:18.460
"Cinta."

15:20.462 --> 15:23.548
Kami saling tertarik,
dan itu yang penting.

15:24.049 --> 15:26.176
Tak sangka ada lelaki boleh jinakkan kamu.

15:26.926 --> 15:28.386
Patik tak pernah jinak.

15:32.557 --> 15:33.975
Sediakan panah.

15:36.269 --> 15:37.312
Tuanku dah sedia?

15:41.858 --> 15:42.984
Lepaskan.

15:44.778 --> 15:46.112
Beta berjaya.

15:46.988 --> 15:48.281
Jom, tak selesai lagi.

15:48.865 --> 15:49.699
Ayuh.

15:51.826 --> 15:53.244
Baiklah.

15:53.328 --> 15:54.746
-Apa nak buat?
-Pegang.

15:54.829 --> 15:56.081
Duduk sini, di sisinya.

15:57.707 --> 16:01.294
Baik. Patik akan sembelih,
jika perlu, tengok arah lain.

16:07.467 --> 16:08.635
Terima kasih untuk ini.

16:08.718 --> 16:11.429
Biarkan darahnya kembali ke bumi
dan kepada-Mu, Adonai.

16:21.022 --> 16:23.650
Mirab, hasil buruan yang baik.

16:28.321 --> 16:29.823
Kematian itu sukar.

16:30.990 --> 16:33.576
Namun pengorbanan bawa kehidupan baharu.

16:35.245 --> 16:37.622
Menerimanya adalah cara
untuk teruskan hidup.

16:38.998 --> 16:40.250
Berkati yang menderita.

16:49.175 --> 16:50.051
Tunggu di sini.

17:18.538 --> 17:20.331
-Kita jumpa di istana.
-Apa?

17:20.415 --> 17:22.500
-Patik nak uruskan sesuatu.
-Dinah!

17:28.965 --> 17:29.883
Tuanku.

17:30.842 --> 17:32.969
Jesse, anak Obed.

17:33.720 --> 17:34.846
Ayah David.

17:35.597 --> 17:37.932
Beta berhutang dengan kamu.

17:38.349 --> 17:41.936
Anak yang kamu berikan
kepada beta sangat gagah dan cekal.

17:42.020 --> 17:43.229
Patik tak beri apa-apa.

17:44.189 --> 17:46.608
Ini pilihan David sendiri.

17:46.691 --> 17:48.943
Adakah dia memang degil dari dulu?

17:49.402 --> 17:51.529
Ya. Diwarisi daripada ibunya.

17:52.864 --> 17:55.784
Beritahu beta, adakah kita pernah bertemu?

17:56.534 --> 17:58.828
Patik pernah berkhidmat
semasa Perang Jabesh.

18:00.538 --> 18:05.376
Patik juga ada di Gilgal
semasa Samuel tabalkan tuanku.

18:06.836 --> 18:07.670
Samuel.

18:09.923 --> 18:11.174
Kamu kenal dia?

18:13.343 --> 18:14.594
Patik menghormatinya.

18:16.262 --> 18:17.305
Ramai orang begitu.

18:19.974 --> 18:21.518
Patik tak kenal dia.

18:25.605 --> 18:29.818
Pernah kamu bayangkan,
suatu hari, keluarga kita bersatu?

18:30.860 --> 18:33.530
Langsung tak terlintas di fikiran.

18:37.242 --> 18:39.661
Ini mahar kecil,

18:40.537 --> 18:42.080
tapi ini saja yang patik ada.

18:42.580 --> 18:43.957
Jesse, jangan begitu.

18:44.541 --> 18:47.085
Beta yang patut hadiahkan sesuatu.

18:48.086 --> 18:49.003
Abner.

18:50.213 --> 18:52.215
Patik tak mahu apa-apa.

18:52.799 --> 18:54.425
Setiap manusia ada keinginan.

18:54.509 --> 18:56.803
Patik tak pernah makan budi raja.

18:58.888 --> 19:00.515
Tiada niat untuk mengubahnya.

19:01.432 --> 19:04.519
Pelik cara kamu terima pemberian.

19:05.228 --> 19:06.104
Pemberian?

19:10.358 --> 19:12.277
Patik hilang anak dalam perang.

19:14.320 --> 19:15.530
Kini seorang lagi.

19:16.698 --> 19:19.784
Demi masa depan
yang patik takkan pilih untuk dia.

19:22.912 --> 19:23.955
Kamu tak gembira?

19:25.999 --> 19:29.043
Di rumah patik di Bethlehem…

19:31.462 --> 19:32.714
patik merindui mereka.

19:34.257 --> 19:35.466
Sentiasa rindu mereka.

19:36.384 --> 19:38.636
Mari, ayah.

19:39.470 --> 19:43.016
Ini satu keraian. Anggap saja begitu.

19:43.641 --> 19:44.475
Ya.

19:48.521 --> 19:49.355
Mari.

20:53.586 --> 20:56.589
Merah. Aku nak semua bantal merah.

20:58.049 --> 21:01.219
Semua mesti siap sebelum tetamu tiba.

21:03.805 --> 21:05.515
Bantu mereka di taman.

21:06.432 --> 21:07.600
Menakjubkan.

21:09.978 --> 21:13.231
Beta cari ayahanda.
Nampaknya, perlu tanya kamu.

21:14.482 --> 21:16.734
Patik rasa dia di atas takhtanya.

21:23.783 --> 21:26.411
Edom hantar 20 gerbong bijirin
sebelum Yom Teruah.

21:26.494 --> 21:28.079
Dua puluh lagi sebelum Sukkot.

21:28.162 --> 21:31.666
Itu dan ufti daripada setiap kabilah
cukup untuk sepanjang musim sejuk.

21:32.208 --> 21:34.168
Ayahanda tak sangka ia berjaya.

21:35.920 --> 21:37.338
Tiada yang mustahil.

21:45.638 --> 21:46.472
Mari.

21:48.099 --> 21:52.687
Raja Edom takkan tawarkan
semua ini tanpa sebarang tuntutan.

21:53.396 --> 21:56.566
Sudah tentu.
Perinciannya, terpulang pada ayahanda.

21:57.358 --> 22:00.069
Tapi raja mereka mahu ke mari
untuk berbincang.

22:01.904 --> 22:04.073
Ayahanda betul. Dia memang busuk hati.

22:04.991 --> 22:08.870
Namun, dia cukup bijak
untuk sedar kita lebih berkuasa.

22:09.704 --> 22:11.372
Dia juga perlu sekutu baharu.

22:12.874 --> 22:16.335
Dia nampak teruja
untuk lupakan dendam lama.

22:22.258 --> 22:25.261
Ayahanda tak sangka, anakku.

22:39.817 --> 22:42.445
Kamu tak rasa ia agak berat?

22:42.987 --> 22:44.113
Tak, patik rasa lawa.

22:52.455 --> 22:54.707
Boleh tinggalkan beta dengan dia?

22:58.461 --> 22:59.295
Sudah tentu.

23:06.886 --> 23:07.887
Apa kakanda mahu?

23:16.896 --> 23:19.023
Dah berapa lama kita berbual tentang ini?

23:19.690 --> 23:22.527
Kita dah lama impikannya bersama bonda.

23:24.570 --> 23:25.905
Kakanda mesti datang.

23:27.490 --> 23:29.617
Tak boleh biar kamu pakai benda buruk itu.

23:29.992 --> 23:32.537
Ia hodoh, Mychal.

23:35.039 --> 23:36.999
Adinda dah agak ia tak sesuai.

23:37.959 --> 23:39.293
Pakai hiasan emas.

23:40.545 --> 23:41.879
Kamu selalu pakai emas.

23:50.304 --> 23:51.139
Siap.

23:58.354 --> 23:59.188
Lebih baik?

24:00.398 --> 24:01.315
Lebih baik.

24:11.075 --> 24:12.285
Bonda patut ada bersama.

24:17.123 --> 24:17.957
Betul.

24:20.543 --> 24:24.088
Oleh sebab bonda tiada, kakanda akan ada.

24:25.548 --> 24:28.718
Cukuplah penderitaan
yang melanda kita kebelakangan ini.

24:29.635 --> 24:33.139
Bonda tentu mahu kamu memiliki ini.

24:37.351 --> 24:40.229
Agar kamu tahu
bonda sentiasa bersama kamu.

24:42.231 --> 24:44.609
Cantik.

24:48.196 --> 24:49.030
Terima kasih.

24:53.159 --> 24:55.453
Sekarang, apa kamu nak buat
dengan wajah itu?

25:18.100 --> 25:19.435
Ayah nampak gembira.

25:38.454 --> 25:39.830
Itu mengagumkan.

25:44.418 --> 25:45.711
Ke mana kamu pergi?

25:45.795 --> 25:47.630
Nanti patik beritahu.

25:48.506 --> 25:51.425
-Itu darah pada tangan kamu?
-Ya, patik memburu tadi. Maaf.

25:52.009 --> 25:53.844
Macam patik kata, bincang nanti.

25:57.265 --> 25:58.975
Tengok. David datang.

26:10.069 --> 26:10.987
Lihatlah gaya kau.

26:11.612 --> 26:12.738
David.

26:23.958 --> 26:26.544
Itu puterinya, Avva. Tengok.

27:06.208 --> 27:07.043
Tuanku…

27:08.711 --> 27:12.340
Patik datang ke rumah tuanku
berharap tuanku serahkan Puteri Mychal

27:12.965 --> 27:14.342
untuk menjadi isteri patik.

27:15.092 --> 27:18.012
Semoga Tuhan jadikan wanita ini
seperti Rachel dan Leah,

27:18.721 --> 27:21.390
yang membina keluarga negara kita.

27:22.725 --> 27:24.477
Semoga kita maju di Gibeah,

27:25.436 --> 27:26.645
terkenal di Bethlehem

27:27.772 --> 27:29.732
dan semua kabilah di Israel.

27:33.152 --> 27:37.365
Semoga anak-anak kami
kekal setia dengan negara ini…

27:38.783 --> 27:41.660
dan menyayangi Adonai selama-lamanya.

27:43.329 --> 27:46.582
Kepada puteri beta, Mychal,

27:46.999 --> 27:48.417
dan anak baharu beta…

27:49.835 --> 27:50.920
Jagal Gergasi!

28:03.933 --> 28:05.476
Tuanku akan jadi isteri patik

28:06.310 --> 28:08.187
selama mana Tuhan izinkan.

28:08.646 --> 28:10.189
Selama yang mungkin.

28:12.316 --> 28:13.818
Beta sayang kamu, David.

28:14.193 --> 28:15.653
Patik sayang tuanku, Mychal.

28:51.063 --> 28:54.608
Puteri Mychal, David,
ini majlis yang indah.

28:56.110 --> 28:57.820
-Lawa. Terima kasih.
-Terima kasih.

28:59.697 --> 29:01.657
Apa kita nak buat dengan semua ini?

29:01.740 --> 29:04.910
Rasanya kita terima lima pasu yang sama.

29:05.661 --> 29:06.495
Terima kasih.

29:07.580 --> 29:08.914
-Kanda akan kembali.
-Ya.

29:13.169 --> 29:16.338
Ayah, kenapa pulang awal?

29:17.298 --> 29:19.925
Ayah dah menyaksikan
perkahwinan kamu penuh bangga.

29:20.968 --> 29:23.345
Sekarang ayah mesti balik jaga ternakan.

29:24.180 --> 29:25.598
Terima kasih kerana datang.

29:27.349 --> 29:28.184
David.

29:31.770 --> 29:33.856
Betul cakap ibu kamu.

29:34.899 --> 29:36.400
"Raja David."

29:38.110 --> 29:40.779
Tak pernah bayangkan
dua perkataan ini bergabung.

29:42.448 --> 29:43.574
Tapi cara pimpinan?

29:45.117 --> 29:46.452
Apa yang membezakan kamu?

29:49.246 --> 29:52.208
Kita berdua tahu
cara sejarah memperingati Saul.

29:53.834 --> 29:55.211
Bagaimana pula dengan kamu?

29:57.546 --> 29:58.631
Ayah doakan kamu.

29:59.882 --> 30:01.008
Tuhan segalanya, ya?

30:01.592 --> 30:02.551
Sudah tentu.

30:06.388 --> 30:07.348
Ayah sayang kamu.

30:09.016 --> 30:10.184
Saya sayang ayah.

30:12.228 --> 30:14.647
Jangan biarkan tempat ini rosakkan kamu.

30:14.730 --> 30:15.689
Okey, ayah, mari.

30:16.607 --> 30:19.527
-Saya diizinkan hantar ayah balik.
-Ayah tak perlu pemandu.

30:19.610 --> 30:22.655
Jangan merungut, ayah. Hargai peneman ini.

30:24.323 --> 30:25.324
David.

30:25.407 --> 30:26.283
Avva.

30:27.493 --> 30:28.452
Ayuh.

30:32.540 --> 30:33.374
Ayah balik dulu.

30:35.459 --> 30:36.585
Mari, sayang.

30:36.669 --> 30:37.503
David.

30:39.296 --> 30:41.590
Kau telah memartabatkan Kabilah Judah.

30:42.216 --> 30:44.635
Untuk ini, aku restui kau.

30:45.511 --> 30:46.679
Apa kau mahu, Adriel?

30:47.346 --> 30:48.180
Jangan begitu.

30:48.639 --> 30:50.933
Aku datang meraikan kebangkitan kau,

30:51.016 --> 30:54.311
dan ingatkan kau siapa yang buka laluan.

30:54.687 --> 30:56.647
Tuhan yang buka laluan.

30:56.730 --> 31:00.568
Ya, tapi Tuhan juga
berikan kau kawan, bukan?

31:01.110 --> 31:03.988
Jika kau nak capai cita-cita kau,

31:04.989 --> 31:06.782
kawan itu perlu.

31:16.709 --> 31:18.252
Aku tahu apa kau buat.

31:18.877 --> 31:21.505
Keluarga aku menangisi
Tobiah dan keluarganya.

31:22.715 --> 31:23.674
Mereka tak salah.

31:24.925 --> 31:29.638
Kau tahu siapa
yang bunuh mereka sekeluarga?

31:29.722 --> 31:31.557
Termasuk bayinya?

31:33.058 --> 31:35.227
Abang kau sendiri, Eliab.

31:37.146 --> 31:40.190
Jadi, beritahu aku, dia tak bersalah?
Atau kau yang salah?

31:42.651 --> 31:44.028
David,

31:44.111 --> 31:47.740
ada banyak perkara kau tak tahu,
budak penggembala,

31:48.115 --> 31:52.077
dan aku dengar semuanya.

31:52.161 --> 31:54.121
Kau harap aku akan beri ganjaran?

31:54.204 --> 31:56.832
Semasa kau naik takhta, ya.

31:56.915 --> 31:58.542
Atau aku beritahu Saul,

31:58.626 --> 32:00.961
dan darah yang bakal mengalir
adalah milik kau.

32:05.799 --> 32:07.926
Apa yang kau harapkan selepas itu?

32:08.719 --> 32:12.765
Apabila raja tahu kau menipu
tentang orang yang dilantik Samuel?

32:14.600 --> 32:15.726
Berkata benar,

32:16.393 --> 32:19.521
dan itu jadi perkataan terakhir
keluar daripada mulut kau.

32:23.692 --> 32:25.152
Aku tak hutang kau apa-apa.

32:32.993 --> 32:34.495
Aku perlu bercakap dengan kau.

32:41.293 --> 32:42.503
Aku tahu apa kau buat.

32:44.922 --> 32:45.964
Arahan mereka.

32:49.677 --> 32:50.511
Jadi,

32:51.845 --> 32:54.348
kau juga tahu tiada apa
untuk dibincangkan.

32:57.434 --> 32:58.769
Nikmati perkahwinan kau.

33:05.109 --> 33:07.152
-Nikmatinya. Seronok berbual.
-Salam.

33:07.861 --> 33:08.696
Eshbaal.

33:10.489 --> 33:12.866
Tahniah atas perkahwinan adik tuanku.

33:12.950 --> 33:14.284
Terima kasih, Adriel.

33:14.910 --> 33:19.998
Namun, sejujurnya,
perkahwinan ini tak menguntungkan tuanku.

33:20.499 --> 33:21.458
Kenapa pula?

33:23.293 --> 33:27.589
David satu lagi batu penghalang
antara tuanku dan takhta.

33:28.549 --> 33:31.593
Beta memang tak ditakdirkan
untuk takhta itu. Salah orang.

33:31.677 --> 33:32.845
Betul?

33:33.429 --> 33:34.638
Ayuh, Eshbaal.

33:37.391 --> 33:40.436
Patik tahu cara orang macam tuanku fikir.

33:40.936 --> 33:43.689
Patik nampak siapa tuanku.

33:44.773 --> 33:45.899
Apa yang kamu nampak?

33:46.859 --> 33:49.319
Cita-cita, garang,

33:49.403 --> 33:51.947
ciri-ciri seorang raja.

33:53.449 --> 33:56.577
Kalaulah ada yang membantu
hapuskan halangan itu.

33:58.912 --> 34:00.372
Beta dah tak minum.

34:01.123 --> 34:04.042
Percayalah. Tuanku mahu minum
lepas dengar berita ini.

34:12.468 --> 34:14.052
Patik ada simpan rahsia.

34:14.845 --> 34:15.679
Kebenaran.

34:18.974 --> 34:22.603
David bukanlah apa yang dia katakan.

34:30.611 --> 34:31.612
Mari.

34:34.990 --> 34:38.577
Tuhan

34:39.995 --> 34:46.543
Ialah gembalaku
Dan aku tidak kekurangan apa-apa

34:48.253 --> 34:52.883
Di padang rumput yang hijau

34:54.176 --> 34:59.640
Dia membaringkan aku…

34:59.723 --> 35:02.476
Ayahanda, anakanda mahu bercerita kisah

35:03.435 --> 35:05.938
pemuda buangan
daripada kabilah berhampiran,

35:06.855 --> 35:08.190
anak haram dalam keluarga,

35:09.566 --> 35:10.984
memalukan kabilahnya,

35:12.319 --> 35:13.779
sumpahan bagi nama bapanya.

35:15.155 --> 35:18.033
Pemuda buangan ini
menyertai keluarga ayahanda,

35:18.700 --> 35:20.536
tenangkan ayahanda dengan muziknya,

35:20.619 --> 35:23.080
mengahwini puteri ayahanda,
tapi kekal berahsia,

35:24.581 --> 35:27.459
tentang Nabi Samuel
mengunjungi keluarganya,

35:28.335 --> 35:30.087
punca ayahanda dapat sumpahannya.

35:31.046 --> 35:34.049
Selama ini, dialah punca setiap seksaan

35:34.132 --> 35:36.552
sedangkan tugasnya menenangkan ayahanda.

35:38.512 --> 35:39.721
Kita telah terpedaya.

35:41.056 --> 35:42.891
Ayahanda bunuh
anak Judah yang salah.

35:43.600 --> 35:45.936
Fikir, ayahanda. Dia bunuh gergasi.

35:46.520 --> 35:49.064
Tuhan sentiasa menyebelahinya
dalam peperangan,

35:49.147 --> 35:50.440
macam ayahanda dulu.

35:51.191 --> 35:54.653
Pengkhianat yang dicari
ada di dalam rumah ayahanda sendiri

35:55.571 --> 35:59.324
selama ini, depan mata ayahanda.

36:00.826 --> 36:02.035
Yang Dilantik…

36:05.706 --> 36:06.665
ialah David.

36:20.929 --> 36:24.224
Dinah. Apa perkara penting
kamu nak beritahu beta?

36:24.308 --> 36:25.142
Apa dia?

36:26.435 --> 36:28.395
Tak tahu siapa
boleh dipercayai di sini.

36:29.563 --> 36:30.689
Apa maksud kamu?

36:30.772 --> 36:34.818
Di hutan tadi, patik nampak lelaki
yang memakai penutup pada sebelah matanya.

36:34.902 --> 36:37.029
Lelaki yang sama bunuh ayah patik.

36:39.740 --> 36:40.574
Kamu yakin?

36:40.657 --> 36:42.910
-Patik ikut dia.
-Apa?

36:42.993 --> 36:45.287
Eshbaal, dia berjumpa Doeg.

36:46.246 --> 36:48.707
Patik dah cakap
patik tak sedap hati dengan dia.

36:48.790 --> 36:50.375
Tidak.

36:50.459 --> 36:53.086
Bagaimana jika penyerang konvoi kita
bukan penjahat?

36:53.670 --> 36:55.047
Jika ia memang dirancang?

36:55.130 --> 36:57.382
-Seseorang di istana ini…
-Dinah.

36:57.716 --> 36:58.842
Konspirasi?

36:59.593 --> 37:01.219
-Siapa?
-Kita perlu jumpa raja.

37:01.303 --> 37:04.890
Tidak. Ayahanda tak stabil
kebelakangan ini.

37:04.973 --> 37:06.725
Hal remeh pun boleh buat dia marah.

37:07.309 --> 37:09.478
Dia takkan percaya
tentang Doeg tanpa bukti.

37:09.561 --> 37:10.687
Patik ada bukti.

37:11.688 --> 37:12.522
Ini.

37:13.482 --> 37:14.316
Baca.

37:17.736 --> 37:19.780
Gudang bukan dibakar orang Philistine,

37:19.863 --> 37:21.365
dan banyak serangan dirancang.

37:27.704 --> 37:28.580
Kamu mesti…

37:29.831 --> 37:32.084
Biar beta uruskan.
Jangan beritahu sesiapa.

37:32.167 --> 37:34.670
Eshbaal, dia bunuh ayah patik.

37:34.753 --> 37:37.255
Dinah, cukup.

37:37.339 --> 37:38.173
Kenapa?

37:39.257 --> 37:41.134
Patik takkan berdiam diri. Tak boleh.

37:44.888 --> 37:45.722
Apa?

37:47.891 --> 37:48.767
Apa dia?

37:54.439 --> 37:56.733
-Beta tak jangka ini.
-Apa?

38:01.947 --> 38:03.448
Jatuh cinta dengan kamu.

38:07.577 --> 38:08.453
Eshbaal…

38:15.961 --> 38:16.795
Maafkan beta.

38:18.088 --> 38:18.922
Apa?

38:32.728 --> 38:34.563
Tidak!

38:35.272 --> 38:36.732
Jangan menjerit, adinda.

38:36.815 --> 38:38.025
Kamu jangan bising.

38:39.359 --> 38:40.527
Kamu faham?

38:49.661 --> 38:51.204
Esh, kakanda bunuh dia.

38:52.664 --> 38:53.790
Tak semudah itu.

38:53.874 --> 38:56.001
-Ada perkara kamu tak tahu.
-Eshbaal…

38:57.502 --> 39:00.047
kakanda bunuh isteri sendiri, Dinah.

39:00.130 --> 39:02.215
Bertenang. Kakanda nak kamu kawal diri.

39:02.799 --> 39:05.510
Eshbaal, adinda tak kenal kakanda.

39:05.594 --> 39:06.845
Adinda tak tahu apa-apa.

39:09.639 --> 39:10.766
Adinda nak cari bonda.

39:10.849 --> 39:12.851
Adinda perlu pergi. Adinda perlu…

39:12.934 --> 39:14.144
Berhenti!

39:17.564 --> 39:18.732
Dengar cakap kakanda.

39:22.110 --> 39:24.279
Ingat kamu tanya
apa jadi masa kanda tiada?

39:26.782 --> 39:27.616
Kakanda cerita.

39:34.122 --> 39:36.875
Mirab, hidup kakanda punah.

39:39.002 --> 39:41.046
Kehidupan lama kakanda punah.

39:43.465 --> 39:45.842
Daripada sisa pemuda
yang lemah, menyedihkan…

39:48.845 --> 39:50.639
kakanda bangkit dengan matlamat,

39:51.348 --> 39:55.143
dan akan buat
apa saja untuk menjayakannya.

39:59.064 --> 39:59.940
Gudang makanan.

40:02.192 --> 40:03.985
Kakanda yang bakar?

40:09.032 --> 40:09.866
Ya.

40:14.079 --> 40:15.831
Bonda jadikan kakanda raja.

40:17.374 --> 40:19.751
Kakanda pisahkan ibu bapa kita.

40:21.211 --> 40:23.255
Kakanda desak adinda mengahwini David.

40:24.965 --> 40:25.799
Kenapa?

40:27.008 --> 40:28.510
Eshbaal, untuk apa?

40:29.719 --> 40:32.722
Demi masa depan kita yang lebih baik.

40:34.516 --> 40:35.892
Kakanda dah gila.

40:36.893 --> 40:38.019
-Kakanda hilang…
-Tak.

40:38.103 --> 40:41.231
Tidak. Akhirnya kanda dah jumpa.

40:42.023 --> 40:43.191
Ayahanda lemah, rosak,

40:43.275 --> 40:45.277
-kita semua nampak.
-Sakitlah.

40:45.360 --> 40:48.321
Negara rosak bawah pemerintahannya,
jika kita tak bertindak,

40:48.405 --> 40:50.240
jika kakanda tak bertindak…

40:52.409 --> 40:53.410
semua akan hilang.

40:57.664 --> 40:59.291
Adinda nampak nasib bonda.

41:02.544 --> 41:03.879
Tak nak hal sama jadi pada

41:05.505 --> 41:06.339
kamu berdua.

41:08.675 --> 41:09.926
Jangan sentuh Mychal.

41:11.303 --> 41:14.472
Kakanda nak bina sesuatu
yang baharu dan lebih baik.

41:17.976 --> 41:18.810
Namun…

41:21.980 --> 41:25.317
tiada orang boleh tahu kejadian
yang kamu nampak tadi.

41:28.653 --> 41:29.571
Kamu faham?

41:33.200 --> 41:35.035
Kakanda ugut adinda?

41:37.412 --> 41:38.246
Mirab…

41:40.498 --> 41:43.335
Dinah terjumpa sesuatu
yang lebih penting daripada dia.

41:45.045 --> 41:46.338
Kakanda tiada pilihan.

41:48.173 --> 41:50.425
Tapi kamu adik kakanda.

41:51.426 --> 41:53.220
Separuh jiwa kakanda.

41:56.264 --> 41:59.142
Hanya kamu menangisi pengusiran kakanda.

41:59.976 --> 42:03.063
Sekutu sebenar kakanda dalam keluarga ini.

42:04.940 --> 42:08.235
Kakanda amat memerlukan kamu…

42:10.737 --> 42:11.821
di sisi kakanda.

42:14.991 --> 42:16.243
Hanya itu caranya.

42:20.747 --> 42:21.581
Setuju?

42:51.611 --> 42:52.570
Isteriku.

42:54.531 --> 42:55.365
Buah hatiku.

42:58.243 --> 42:59.536
Bagaimana ini terjadi?

43:00.662 --> 43:02.414
Pengawal yang menemuinya.

43:02.831 --> 43:05.458
Dia terdengar jeritan
di pintu pagar sebelah barat.

43:14.301 --> 43:15.427
Kanda bersimpati.

43:16.970 --> 43:18.638
Tak mungkin ini kemalangan.

43:19.472 --> 43:22.058
Ini musuh yang menyerang kita.

43:22.142 --> 43:24.602
Apa punca orang nak bunuh Dinah?

43:27.022 --> 43:27.856
Ancaman?

43:28.815 --> 43:30.025
Jika puteri terbunuh

43:30.108 --> 43:32.861
-di dalam pagar istana…
-Melepasi pengawal begitu saja?

43:33.611 --> 43:34.738
Bunuh dengan senyap?

43:36.656 --> 43:37.490
Tidak.

43:38.825 --> 43:41.036
Seseorang di istana ini bertanggungjawab.

43:41.453 --> 43:42.871
Tiada yang bertanggungjawab.

43:48.209 --> 43:49.919
Dinah ada jumpa adinda.

43:52.505 --> 43:53.923
Dia pura-pura kuat,

43:54.007 --> 43:57.010
tapi kematian bapanya
beri kesan yang lebih mendalam.

43:59.220 --> 44:01.556
Dia selalu bercakap tentang bunuh diri.

44:05.352 --> 44:06.603
Dia tak beritahu pun.

44:09.356 --> 44:10.565
Dia takut

44:11.900 --> 44:14.861
kakanda tak mencintainya saat dia lemah,

44:15.653 --> 44:16.821
orang lain juga sama.

44:19.699 --> 44:21.701
Maafkan adinda, kakanda.

44:23.661 --> 44:25.497
Lebih daripada yang kakanda tahu.

44:33.171 --> 44:34.005
Sayangku…

44:58.780 --> 45:01.991
Maaf, tuanku. Raja nak jumpa.

45:02.075 --> 45:03.535
Nak dengar tuanku bermain.

45:04.994 --> 45:05.870
Sekarang?

45:06.413 --> 45:07.455
Ayahanda sakit?

45:07.539 --> 45:09.040
Patik yakin dia sihat.

45:25.181 --> 45:27.642
Abner, kenapa dengan tuanku?

45:28.226 --> 45:31.271
Raja banyak masalah.
Dia akan pulih lepas jumpa tuanku.

46:02.635 --> 46:04.137
Kamulah orangnya, betul?

46:11.478 --> 46:12.395
Tuanku.

46:15.356 --> 46:16.399
Beta sayang kamu,

46:17.859 --> 46:18.902
percayakan kamu…

46:20.737 --> 46:22.697
tapi kamu tetap khianati beta.

46:23.948 --> 46:25.742
Patik setia kepada tuanku…

46:28.244 --> 46:29.454
sejak dulu lagi.

46:35.168 --> 46:36.377
"Setia."

46:40.507 --> 46:41.466
Betul?

46:46.387 --> 46:49.849
Tiada lagi helah. Berterus terang.

46:52.310 --> 46:53.937
Adakah Samuel pilih kamu?

46:55.313 --> 46:57.690
-Tuanku, tolong duduk…
-Dia pilih kamu?

46:59.025 --> 47:00.026
Betul?

47:01.152 --> 47:03.154
-Adakah Samuel pilih kamu?
-Tidak!

47:05.490 --> 47:06.324
Tidak.

47:08.993 --> 47:10.495
Tuhan yang pilih patik.

48:53.806 --> 48:55.808
Terjemahan sari kata oleh Shidah Mahmud

48:55.892 --> 48:57.894
Penyelia Kreatif H. Segara
hidah Mahmud
