WEBVTT

00:03.045 --> 00:05.089
SEBELUM INI DALAM KELUARGA DAVID

00:05.172 --> 00:10.136
Kepada puteri beta
dan anak baharu beta, Jagal Gergasi!

00:11.137 --> 00:13.389
-Boleh tolong beta?
-Apa saja.

00:13.472 --> 00:14.390
Lindungi dia.

00:14.473 --> 00:15.808
Memang pun.

00:15.891 --> 00:18.894
Pedang ini disumpah,
aku tak pernah tengok sebelum ini.

00:18.978 --> 00:22.565
Bawa ini ke Nob.
Sembunyikan bersama benda suci lain.

00:22.648 --> 00:25.401
Khabar angin mengatakan
Samuel datang ke tempat kita.

00:25.484 --> 00:26.986
Jika kau ada maklumat,

00:27.069 --> 00:28.612
-kau akan beritahu aku?
-Ya.

00:28.696 --> 00:29.905
Ini semua sebab David!

00:29.989 --> 00:31.407
Bukan salah dia atau kamu.

00:31.490 --> 00:33.826
Kamu akan tebus maruah keluarga kita.

00:33.909 --> 00:35.161
Kenapa tunjuk belas?

00:35.244 --> 00:39.331
Masa untuk kau pilih jalan sendiri.

00:42.376 --> 00:45.838
-Kakanda bunuh Dinah.
-Tiada orang boleh tahu kejadian tadi.

00:46.297 --> 00:49.467
Pengkhianat yang dicari
ada di dalam rumah ayahanda sendiri.

00:49.967 --> 00:51.218
Yang Dilantik…

00:52.094 --> 00:53.220
ialah David.

00:53.304 --> 00:55.181
Tiada lagi helah.

00:55.264 --> 00:56.891
Adakah Samuel pilih kamu?

00:57.683 --> 00:58.851
Tidak.

00:58.934 --> 01:00.644
Tuhan yang pilih patik.

01:03.981 --> 01:10.988
KELUARGA DAVID

01:16.368 --> 01:17.703
Patik tiada niat jahat.

01:35.930 --> 01:38.182
Tolonglah. Patik tak mahu melawan tuanku.

01:38.265 --> 01:39.600
Hati-hati, pemuda.

01:39.683 --> 01:41.519
Ada sebab beta jadi raja.

02:13.425 --> 02:16.428
Patik dah kata,
patik tak mahu melawan tuanku.

02:23.686 --> 02:24.687
Eshbaal!

02:25.062 --> 02:25.938
Tangkap dia!

02:53.299 --> 02:55.175
Jangan biarkan dia terlepas!

02:57.720 --> 02:58.554
Pengawal!

02:58.637 --> 03:00.306
Cari anak Jesse!

03:02.558 --> 03:03.642
David?

03:03.726 --> 03:04.768
David!

03:06.812 --> 03:07.688
Tidak!

03:12.026 --> 03:12.860
Ikut aku!

03:12.943 --> 03:14.653
Pengawal, kejar dia!

03:15.571 --> 03:18.324
Abner! Kumpulkan orang beta!

03:21.744 --> 03:23.787
-Lihat jika boleh tangkap dia.
-Eliab,

03:34.298 --> 03:35.132
Apa ini?

03:35.966 --> 03:37.635
-Tahan dia.
-Tidak…

03:38.594 --> 03:40.346
Jangan sentuh aku! Tidak!

03:40.429 --> 03:41.430
Apa kau buat?

03:41.513 --> 03:42.389
Bawa dia.

03:42.932 --> 03:45.017
Apa kau buat? Joab?

03:45.809 --> 03:46.644
Joab.

03:47.311 --> 03:48.145
Tidak!

03:50.689 --> 03:54.777
Adiknya, David, menderhaka pada raja!

03:55.611 --> 03:57.321
Aku sendiri nampak.

03:57.988 --> 04:01.825
Aku tahu kamu pernah berkhidmat
dan berperang dengannya.

04:02.451 --> 04:07.289
Namun sesiapa yang setia kepada David
adalah pengkhianat Keluarga Saul!

04:07.873 --> 04:10.876
Aku nak 20 pengawal di setiap pintu kota.

04:11.251 --> 04:14.922
Periksa setiap rumah,
ladang dan timbunan najis!

04:16.256 --> 04:17.091
Cari dia.

04:17.174 --> 04:19.093
Dia menuju ke pintu timur.

04:19.176 --> 04:20.719
Dia cedera, kamu mesti pantas.

04:20.803 --> 04:22.012
Pergi!

05:06.807 --> 05:08.809
David? Apa terjadi?

05:08.892 --> 05:11.520
Kemas barang dinda. Kita mesti pergi.

05:11.603 --> 05:12.604
Apa dah jadi? David!

05:12.688 --> 05:14.189
-Pergi sekarang.
-Kanda cedera.

05:14.565 --> 05:15.858
David, tengok…

05:15.941 --> 05:18.360
-Apa terjadi? Siapa cederakan kanda?
-Ayah dinda.

05:19.028 --> 05:20.029
Apa? Tidak.

05:20.112 --> 05:22.197
Adakah dia sakit semula? Dinda cari dia.

05:22.281 --> 05:24.450
Tak. Dinda tak faham.
Dia cuba bunuh kanda.

05:24.908 --> 05:27.453
-Apa?
-Kita mesti pergi sekarang.

05:27.536 --> 05:29.288
Cepat kemas barang dinda.

05:29.371 --> 05:31.707
-Tak, David, nanti. Berhenti!
-Mychal, tolong…

05:31.790 --> 05:34.168
Tolonglah. Ceritakan hal sebenar.

05:38.672 --> 05:39.965
Selepas kita baru kenal,

05:41.508 --> 05:42.926
Samuel datang ke Bethlehem,

05:43.719 --> 05:44.803
ke rumah ayah kanda.

05:46.055 --> 05:46.889
Melantik kanda.

05:49.308 --> 05:50.309
Sebagai apa?

05:52.770 --> 05:53.604
Raja.

05:55.773 --> 05:57.399
-Dengar sini, masa suntuk.
-Raja?

05:57.483 --> 05:58.609
Kita mesti pergi.

06:00.152 --> 06:02.029
Kanda dah tahu.

06:02.905 --> 06:05.074
-Kanda dah lama tahu.
-Mychal, tolonglah.

06:05.157 --> 06:08.535
Semasa kanda main muzik
dan bersumpah taat setia kepada dia.

06:08.619 --> 06:11.538
-Kanda setia dengan dia dan dinda.
-Masa kanda pujuk dinda,

06:11.872 --> 06:13.874
-semasa bersedih.
-Tidak.

06:13.957 --> 06:16.168
Kanda tahu. Dinda menangis depan kanda.

06:16.251 --> 06:18.670
Kanda nak jaga dinda.
Sebab itu kanda rahsiakan.

06:18.754 --> 06:20.464
Pasti kanda nak sorok selamanya.

06:20.547 --> 06:22.841
-Daripada anak-anak kita.
-Mychal.

06:22.925 --> 06:25.511
-Tak pernah cakap…
-Orang tak bersalah dibunuh.

06:25.594 --> 06:27.387
-Tidak.
-Jiran kanda.

06:28.305 --> 06:30.432
Sebab dia yakin mereka yang dilantik.

06:30.516 --> 06:32.267
-Tak.
-Harap dinda tak perlu tahu.

06:32.351 --> 06:34.937
Tapi tolonglah,
kanda akan cerita apabila selamat.

06:35.020 --> 06:37.314
-Tolong percaya.
-Bagaimana nak percaya?

06:37.397 --> 06:39.608
Kanda dah menipu sejak kita bertemu.

06:39.691 --> 06:41.068
Kanda tak pernah tipu.

06:41.151 --> 06:43.695
Kanda punca dia terseksa.

06:43.779 --> 06:46.073
Kanda orangnya, ancaman pada takhta.

06:46.156 --> 06:48.826
-Kanda punca bonda diusir.
-Kanda bukan penipu.

06:48.909 --> 06:51.328
-Kanda!
-Kanda bukan ancaman. Tuhan pilih kanda!

06:56.750 --> 06:58.085
Tuhan pilih ayahanda.

07:02.506 --> 07:03.340
Betul.

07:05.300 --> 07:06.718
Sayang, tolonglah.

07:08.137 --> 07:11.306
Jika dinda tinggal,
dia akan guna dinda untuk lawan kanda.

07:13.517 --> 07:15.060
Dinda tahu kemampuannya.

07:18.856 --> 07:21.316
David, mari, cepat!

07:23.110 --> 07:25.237
Kanda mesti pergi. Mari! Cepat!

07:28.824 --> 07:29.658
Cepat pergi.

07:29.741 --> 07:31.243
-Dinda cari kanda.
-Tolonglah!

07:31.326 --> 07:34.329
-Tolonglah, Mychal.
-Pergi.

07:34.413 --> 07:35.455
Tolonglah.

07:35.539 --> 07:37.457
Sebentar. Pergi!

07:49.178 --> 07:50.596
-Mychal.
-Joab?

07:50.679 --> 07:51.638
Dia ada di sini?

07:54.266 --> 07:55.100
Ya.

07:56.476 --> 07:57.394
Joab, beta takut.

07:57.895 --> 07:59.688
Jangan takut. Tapi dia mesti pergi.

07:59.771 --> 08:01.982
Masa suntuk. Mungkin ada seminit.

08:02.065 --> 08:03.233
Itu saja patik mampu.

08:19.249 --> 08:20.417
David.

08:21.668 --> 08:23.754
Mychal. Mari.

08:27.507 --> 08:28.342
Mari.

08:54.159 --> 08:55.911
Dia menderhaka pada raja!

09:13.679 --> 09:15.847
Kamu, periksa pintu barat. Cepat.

09:15.931 --> 09:17.182
Ya, Joab.

09:18.475 --> 09:20.435
-Ada?
-Tiada, komander.

09:20.519 --> 09:22.604
-Bagaimana dengan rumahnya?
-Dia tiada.

09:23.188 --> 09:25.774
-Kau periksa sendiri?
-Ya.

09:34.449 --> 09:35.492
Mychal!

09:37.369 --> 09:38.787
Kejap. Beta belum bersiap.

09:38.870 --> 09:41.498
-Buka pintu, Mychal!
-Sekejap!

09:44.001 --> 09:44.835
Abner!

09:45.919 --> 09:46.753
Dia ada di sini?

09:46.837 --> 09:48.338
-Dia…
-Jangan berbohong.

09:48.422 --> 09:50.549
-Dia tidur, tak sihat.
-Ke tepi.

09:50.632 --> 09:51.466
Ke tepi!

09:51.550 --> 09:53.385
Abner, dia tak sihat. Beta dah kata.

09:54.094 --> 09:55.470
Nanti. Apa kamu…

09:59.308 --> 10:00.559
Kamu dah gila?

10:03.937 --> 10:06.273
Dia cuba bunuh ayah tuanku dan Eshbaal.

10:07.065 --> 10:09.609
Kamu nampak sendiri?

10:11.278 --> 10:12.237
Abner.

10:22.372 --> 10:23.206
Dia ke mana?

10:23.999 --> 10:25.917
-Beta tak tahu.
-Apa dia beritahu?

10:26.001 --> 10:26.960
Tiada apa-apa.

10:27.044 --> 10:29.463
-Pasti dia cakap sesuatu.
-Tiada apa-apa.

10:29.546 --> 10:32.591
Jangan tipu, Mychal.
Tuanku nak mati bersamanya?

10:32.674 --> 10:34.217
Apa dia beritahu tuanku?

10:35.427 --> 10:37.804
Katanya dia raja yang dilantik.

10:40.557 --> 10:43.435
Raja? Itu mustahil.

10:44.478 --> 10:45.604
Apa rancangan dia?

10:46.688 --> 10:47.689
Ke mana dia pergi?

10:47.773 --> 10:48.982
Tolong lepaskan beta.

10:49.066 --> 10:50.776
Lepaskan dia.

10:51.735 --> 10:52.778
Fikir masak-masak.

10:53.612 --> 10:55.822
Terlajak kata buruk padahnya.

10:55.906 --> 10:59.242
Tiada yang buruk
sebaik saja David jadi raja kami.

11:00.243 --> 11:01.536
Pengkhianat!

11:01.620 --> 11:02.954
Pergi dari sini, tuanku.

11:04.373 --> 11:06.625
-Dah tamat, komander.
-Jangan. Joab, tolong.

11:07.250 --> 11:09.252
Jangan.

11:10.253 --> 11:11.088
Tidak.

11:22.224 --> 11:25.102
Puteri Mychal, ayah tuanku nak jumpa.

11:25.685 --> 11:28.688
Jika patik jadi tuanku,
patik akan sediakan jawapan.

11:28.772 --> 11:30.440
Tuanku, pergi.

11:40.700 --> 11:41.743
Pengawal!

11:56.716 --> 11:58.802
Joab, apa berlaku?

11:59.177 --> 12:00.512
Saul dah tahu.

12:01.513 --> 12:02.431
Tentang apa?

12:02.848 --> 12:04.307
Tentang David.

12:18.113 --> 12:19.364
Aku tak faham.

12:21.700 --> 12:22.951
Sejak bila kau tahu?

12:23.535 --> 12:24.870
Cukup lama.

12:25.245 --> 12:26.496
Joab, aku dah cuba…

12:28.123 --> 12:29.374
Kita tiada masa.

12:30.459 --> 12:32.919
Abner dah hantar askar ke rumah kau.

12:33.587 --> 12:35.297
-Pergi.
-Bagaimana dengan kau?

12:36.214 --> 12:37.757
Aku perlu kumpulkan orang.

12:38.341 --> 12:39.509
-Pergi!
-Ya.

12:40.093 --> 12:42.971
Kenapa kau buat semua ini, sepupuku?

12:43.972 --> 12:46.349
Inilah yang Tuhan mahu, bukan?

12:59.321 --> 13:00.155
Ayah!

13:01.615 --> 13:03.158
-Ayah!
-Eliab!

13:03.241 --> 13:04.618
-Eliab!
-Apa sedang berlaku?

13:04.701 --> 13:05.994
Mesti pergi. Sekarang.

13:06.077 --> 13:07.913
-Ke mana?
-Hal David dah terbongkar.

13:07.996 --> 13:09.831
-Pengawal makin dekat.
-Aku pergi.

13:09.915 --> 13:13.210
Ayah takkan tinggalkan rumah kita, Eliab.

13:13.293 --> 13:14.794
Kekal atau lari, rumah hangus.

13:15.170 --> 13:17.672
Jika ayah tunggu,
ayah akan terbakar bersama.

13:17.756 --> 13:19.674
David dah jadi Putera Israel.

13:20.258 --> 13:22.802
-Raja takkan berani bunuh kita.
-Dia berani!

13:23.303 --> 13:24.346
Dia akan bunuh.

13:25.055 --> 13:26.890
Percayalah, kita mesti lari, ayah.

13:26.973 --> 13:28.600
Di mana David? Dia selamat?

13:28.683 --> 13:31.061
Saya tak tahu. Saya gagal selamatkan dia.

13:35.106 --> 13:37.776
Tapi saya boleh
selamatkan keluarga kita. Mari.

13:38.401 --> 13:41.279
Ayah berkemas dan tinggalkan rumah ini.

13:43.865 --> 13:44.950
Bawa segalanya.

13:46.409 --> 13:48.703
Mari. Abi, tolong aku.

13:53.124 --> 13:55.460
Dinda gembira makan
bersama keluarga kanda.

13:55.544 --> 13:57.712
Cuma berharap boleh tangguh beberapa hari.

13:58.964 --> 14:00.131
Kenapa tergesa-gesa?

14:01.341 --> 14:04.761
Ini tradisi. Setiap bulan baharu.

14:06.388 --> 14:08.848
Walaupun ahli keluarga kurang
untuk makan bersama.

14:12.018 --> 14:12.978
Apa ini?

14:15.105 --> 14:15.981
Tunduk.

14:23.572 --> 14:24.489
Berhenti!

14:28.952 --> 14:29.786
David.

14:32.414 --> 14:33.373
Tuanku sendirian?

14:34.916 --> 14:35.750
Ya.

14:37.002 --> 14:38.211
Apa kamu buat di sini?

14:39.045 --> 14:41.381
Ayah tuanku, dia dah tahu.

14:41.631 --> 14:42.799
Dia cuba bunuh patik.

14:46.636 --> 14:48.805
-Apa?
-Seluruh istana memburu patik.

14:48.888 --> 14:51.016
Apa pun mereka kata, mereka berbohong.

14:51.099 --> 14:52.851
Patik setia dengan raja.

14:53.810 --> 14:55.895
Patik sumpah tak pernah lawan tuanku.

14:57.439 --> 14:59.899
Jika patik bersalah,
tuanku sendiri bunuh patik.

15:00.734 --> 15:01.860
Beta tak faham.

15:03.445 --> 15:05.113
Jika ya, pasti dia beritahu.

15:05.196 --> 15:06.781
-Beri amaran.
-Dia tahu itu.

15:07.407 --> 15:08.241
Kita bersahabat.

15:10.285 --> 15:13.204
Patik hanya percayakan tuanku.
Tolong patik.

15:14.205 --> 15:15.081
Bantulah patik.

15:18.543 --> 15:19.586
Sayang kamu macam…

15:21.379 --> 15:22.464
adik dan nyawa beta.

15:24.049 --> 15:24.883
Tunggu di sini.

15:26.718 --> 15:27.719
Beta cari jawapan.

15:30.305 --> 15:31.139
Nanti.

15:36.019 --> 15:37.228
Berikan kepada Mychal.

15:41.858 --> 15:43.068
Menyorok hingga selamat.

15:43.610 --> 15:44.569
Bagaimana nak tahu?

15:49.407 --> 15:51.034
Ada padang bawah tembok timur.

15:52.661 --> 15:54.371
Beta memanah di situ esok.

15:55.163 --> 16:00.210
Jika anak panah melepasi pembantu beta,
bermakna beta gagal.

16:01.628 --> 16:02.712
Hati-hati berkelana.

16:06.800 --> 16:07.717
Maaf, saudaraku.

16:09.302 --> 16:10.679
Patik tak pilih laluan ini.

16:12.681 --> 16:13.848
Kamu tak bersalah.

16:15.558 --> 16:16.893
Ayah beta yang memilihnya.

16:41.376 --> 16:44.045
Kamu menangis kerana suami
yang khianati ayahanda?

16:44.713 --> 16:47.048
Anakanda baru tahu tentang kematian Dinah.

16:49.426 --> 16:50.510
Anakanda nak merayu.

16:51.886 --> 16:53.054
Usah tumpah darah lagi.

16:54.222 --> 16:55.223
Tolonglah…

16:56.808 --> 16:58.268
Tak perlu jelaskan.

17:00.395 --> 17:01.896
Kakanda kamu dah jelaskan.

17:03.732 --> 17:06.818
Sebab kamu menderhaka.

17:08.611 --> 17:11.072
Dia beritahu ayahanda kamu menderhaka…

17:13.533 --> 17:15.118
kerana terpaksa.

17:17.454 --> 17:19.706
David ugut nak bunuh kamu.

17:21.791 --> 17:22.625
Betul?

17:34.679 --> 17:36.055
Maafkan ayahanda.

17:37.307 --> 17:38.975
Ayahanda membahayakan kamu.

17:40.351 --> 17:42.228
Ayahanda tak patut kahwinkan kamu.

17:49.277 --> 17:50.862
Kamu selamat sekarang.

17:52.781 --> 17:54.532
Selamat dalam pangkuan ayahanda.

18:07.462 --> 18:08.296
Mirab?

18:16.846 --> 18:18.723
Jonathan akan tiba sebentar lagi.

18:19.766 --> 18:21.559
Pasti dia sukar terima berita ini.

18:22.560 --> 18:25.230
Ayahanda amat perlukan kesetiaan kamu.

18:57.679 --> 18:59.055
Nampaknya betul cakap kau.

18:59.639 --> 19:01.099
Tuhan pilih David.

19:02.016 --> 19:03.810
Inilah yang tinggal untuk kita.

19:03.893 --> 19:05.019
Eliab!

19:05.687 --> 19:06.980
Saya dah ingatkan dia.

19:07.772 --> 19:09.482
Banyak kali.

19:09.983 --> 19:11.693
Tapi dia tak pernah dengar.

19:11.776 --> 19:13.319
Pasti semua ini ada sebabnya.

19:13.403 --> 19:16.739
Saya dah muak dengar sebab David.

19:18.449 --> 19:20.743
Setiap kali ada masalah,
"Ini kehendak Tuhan."

19:21.536 --> 19:23.955
Setiap masalah dia,
kita selesaikan. Untuk apa?

19:24.038 --> 19:26.165
Ayah bercakap tentang peranan kamu, Eliab.

19:27.041 --> 19:29.502
-Kenapa ayah jadikannya isteri?
-Apa?

19:29.586 --> 19:30.670
Kenapa?

19:30.753 --> 19:33.923
Kenapa ayah tak puas hati
dengan kami adik-beradik seibu?

19:34.924 --> 19:37.510
Eliab, mari.

19:38.595 --> 19:39.762
Dengar cakap ayah.

19:40.305 --> 19:43.600
Beban yang kamu pikul
untuk tebus nama keluarga kita,

19:44.100 --> 19:45.393
ayah serah kepada kamu.

19:46.227 --> 19:49.731
Itu tidak adil.
Tapi tugas kamu dah selesai, anakku.

19:50.315 --> 19:52.191
Kamu tak perlu menggalasnya lagi.

19:53.151 --> 19:54.360
Tapi saya dah galas.

19:55.778 --> 19:59.115
Saya memang menggalasnya.
Saya juga dah buat macam-macam, ayah.

20:00.658 --> 20:04.829
Perkara yang saya tak boleh lupa
atau mohon keampunan.

20:04.913 --> 20:08.124
-Tiada dosa yang Tuhan tak ampunkan.
-Ayah tak tahu itu.

20:08.875 --> 20:09.876
Ini ayah tahu.

20:11.169 --> 20:12.420
Kamu mesti buat pilihan.

20:13.338 --> 20:15.882
Lepaskan rasa marah ini, Eliab,

20:15.965 --> 20:17.592
atau ia akan musnahkan kamu.

20:18.593 --> 20:19.761
Lepaskan.

20:20.345 --> 20:21.888
-Lepaskan!
-Saya tak boleh.

20:23.640 --> 20:25.016
Saya tak boleh maafkan dia.

20:26.017 --> 20:27.518
-Dengarkan ayah.
-Tolong, ayah.

20:27.602 --> 20:30.104
Bukan David yang kamu perlu maafkan.

20:30.188 --> 20:33.107
Jangan fikir tentang laluan David.

20:33.191 --> 20:36.194
Apa saja Tuhan mahu daripada kamu,
Dia akan tunjukkan.

20:36.277 --> 20:38.613
-Tidak.
-Kamu perlu bertenang.

20:38.696 --> 20:40.281
Kamu perlu berlapang dada.

20:40.365 --> 20:42.575
Kamu mesti berhenti melawan.

20:43.159 --> 20:44.327
Berhenti.

20:45.286 --> 20:46.287
Tidak.

20:51.918 --> 20:53.836
Kau pastikan mereka selamat.

20:53.920 --> 20:55.421
Tunggu. Kau nak ke mana?

20:55.505 --> 20:56.881
-Eliab!
-Pentingkah?

21:08.977 --> 21:10.311
David minta serahkan ini.

21:15.483 --> 21:16.567
Apa kandungannya?

21:17.944 --> 21:19.612
Jadi kuat dan berani.

21:21.739 --> 21:23.658
Jonathan, memang betulkah?

21:24.993 --> 21:26.327
Samuel namakan dia?

21:43.720 --> 21:44.637
Duduk.

21:48.349 --> 21:49.183
Duduklah.

21:56.149 --> 21:58.151
Ramai yang tiada di meja ini.

22:00.445 --> 22:01.946
Apa khabar angin yang bertiup?

22:02.822 --> 22:04.407
Ayahanda, raja terhebat,

22:05.408 --> 22:07.618
arahkan putera Israel dibunuh.

22:09.787 --> 22:11.080
Pasti itu berita palsu.

22:12.248 --> 22:13.624
Tanpa tanya anakanda.

22:13.708 --> 22:14.667
Siapa beritahu?

22:15.168 --> 22:16.044
David.

22:16.544 --> 22:17.754
Dia cari anakanda.

22:18.337 --> 22:21.007
Bertanya jika dia boleh beribadat
di rumah ayahnya.

22:21.090 --> 22:22.258
Kamu izinkan?

22:22.633 --> 22:23.468
Ya.

22:24.260 --> 22:27.221
-Kamu biar dia bolos?
-Bolos apa, ayahanda?

22:30.058 --> 22:31.017
Jonathan,

22:32.226 --> 22:33.895
pasti ini sukar didengar.

22:35.313 --> 22:37.565
David cuba bunuh ayah tuanku.

22:37.648 --> 22:41.069
Tidak, sebenarnya,
kita yang nak bunuh dia.

22:41.444 --> 22:43.362
Di relau Philistia. Beta ada di sana.

22:43.446 --> 22:46.157
Dia cuba bunuh ayahanda. Adinda nampak.

22:48.451 --> 22:49.619
Ayahanda,

22:50.578 --> 22:52.538
ingat lagi apabila semua tiada harapan?

22:54.832 --> 22:57.168
Seseorang mempertahankan
ayahanda dan Israel?

22:58.795 --> 23:00.171
Semasa gergasi tewas?

23:01.422 --> 23:02.882
Itu kisah lama.

23:02.965 --> 23:05.093
Ingat balik kasih David pada ayahanda.

23:07.220 --> 23:09.430
Pada anakanda dan Mychal.

23:10.807 --> 23:12.517
Dia takkan cederakan kita.

23:13.309 --> 23:14.602
Atas nyawa sendiri,

23:15.937 --> 23:16.771
anakanda sumpah.

23:16.854 --> 23:17.939
Dia satu ancaman.

23:18.689 --> 23:21.025
David bukan ancaman, ayahanda!

23:21.734 --> 23:24.153
Kamu anak kepada wanita yang menderhaka.

23:25.321 --> 23:29.492
Kamu rasa ayahanda tak tahu
kamu pilih persahabatan David daripada

23:29.575 --> 23:32.620
-kesetiaan pada keluarga ini?
-Dia setia dengan keluarga ini.

23:32.703 --> 23:36.124
Selagi David hidup,
kamu takkan naik takhta.

23:36.207 --> 23:39.210
Takhta cuma berkuasa
jika ada raja yang adil di atasnya.

23:39.293 --> 23:41.754
Tiada keadilan dalam membunuh David.

23:43.089 --> 23:44.674
Kamu cabar keputusan ayahanda?

23:45.508 --> 23:46.342
Ya.

23:49.387 --> 23:52.056
-Berani kamu?
-David tak bersalah.

23:52.140 --> 23:53.641
Kamu khianati ayahanda.

23:53.724 --> 23:55.017
Khianati Keluarga Saul!

23:55.101 --> 23:57.728
Ayahanda juga khianati Tuhan
yang melantik ayahanda!

24:00.606 --> 24:01.732
Ayahanda!

24:15.371 --> 24:16.330
Maafkan ayahanda.

24:16.414 --> 24:17.790
Jonathan, tunggu.

24:21.836 --> 24:24.839
Anakanda malu jadi anak ayahanda.

24:56.329 --> 24:57.788
Itu sangat teruk.

24:59.123 --> 25:00.416
Kamu ganggu beta.

25:00.499 --> 25:02.335
-Patik pergi ambil.
-Tidak.

25:02.752 --> 25:03.753
Terlalu jauh.

25:04.837 --> 25:06.714
Beta ambil sendiri, nak berjalan.

25:07.131 --> 25:09.258
Nah. Pulangkan ke bilik senjata.

25:10.635 --> 25:11.761
Terima kasih, Reuben.

25:40.915 --> 25:41.999
Keadaan tak selamat.

25:43.334 --> 25:46.587
Beta dah arah pengawal di timur dialihkan,

25:47.171 --> 25:48.506
buka jalan melalui Ramah.

25:49.674 --> 25:50.508
Ke Samuel.

25:52.134 --> 25:53.552
Mungkin kamu nak ke sana.

25:55.054 --> 25:55.888
Ya.

25:57.765 --> 25:58.599
Maafkan beta.

25:59.976 --> 26:03.187
Beta dah cuba,
tapi ayah beta tak mengalah.

26:04.605 --> 26:07.149
Nampaknya ini kali terakhir kita bertemu.

26:09.318 --> 26:11.946
Beta ada bawakan hadiah untuk kamu.

26:17.702 --> 26:18.619
Untuk pemuisi.

26:25.376 --> 26:26.836
Patik sayang tuanku dan akan

26:28.337 --> 26:29.255
kekal berbakti.

26:30.464 --> 26:31.882
Beta ada permintaan.

26:32.675 --> 26:33.676
Apa saja.

26:35.428 --> 26:36.929
Beta rahsiakan hal ini, tapi…

26:39.557 --> 26:41.017
Sara mengandung.

26:43.644 --> 26:44.895
Tuanku akan jadi ayah.

26:49.400 --> 26:51.402
Tuanku mahu namakannya David? Diizinkan.

26:53.738 --> 26:54.572
Bukan.

26:58.034 --> 26:59.410
Tapi beta mahu minta belas

27:01.037 --> 27:01.871
dan kasihan,

27:03.414 --> 27:04.874
apabila kamu naik takhta.

27:06.667 --> 27:08.169
Ayah beta kata beta bodoh.

27:09.295 --> 27:12.131
Selagi kamu hidup,
beta takkan naik takhta.

27:12.882 --> 27:15.634
-Patik…
-Dengan kegilaan dan rasa cemburunya,

27:17.178 --> 27:18.346
kata-katanya betul.

27:19.472 --> 27:21.474
Kebenaran itu terpakai untuk kamu.

27:21.557 --> 27:22.391
Jonathan,

27:23.309 --> 27:26.645
-patik takkan…
-David, raja guna peraturannya.

27:27.980 --> 27:30.941
Raja buat perkara
mereka pernah nafikan. Beta lihat sendiri.

27:32.651 --> 27:36.906
Jadi, janji dengan beta.
Berjanji takkan cederakan keluarga beta.

27:38.908 --> 27:40.534
Jaga mereka apabila beta…

27:43.788 --> 27:44.622
tak boleh.

27:46.791 --> 27:47.625
Patik janji.

27:48.709 --> 27:49.543
Patik janji.

27:50.961 --> 27:53.756
-Patik akan jaga keluarga tuanku.
-Berjanji lagi.

27:54.673 --> 27:56.842
Kamu akan kekal setia
dengan keluarga beta,

27:57.426 --> 27:59.261
walaupun semua musuh kamu tewas.

27:59.345 --> 28:03.724
Tuanku takkan jadi mereka.
Ini sumpah antara kita.

28:18.197 --> 28:20.324
Semoga Keluarga David kekal selamanya.

28:21.700 --> 28:22.952
Era kamu takkan tamat.

28:26.163 --> 28:26.997
Jonathan.

28:35.840 --> 28:37.174
Patik tak minta semua ini.

28:39.468 --> 28:42.847
Patik tak pernah minta
semua ini, Jonathan.

28:43.639 --> 28:45.182
-Tuanku raja terbaik.
-Tidak.

28:46.100 --> 28:46.934
Tidak.

28:50.187 --> 28:52.231
Tuhan tak buat kesilapan begitu.

29:18.174 --> 29:22.511
RAMAH
RUMAH PERAMAL

29:29.477 --> 29:32.396
Minum ini agar kamu tak demam.

29:32.480 --> 29:33.439
Kamu menggigil.

29:34.648 --> 29:37.860
Saya lari sehelai sepinggang.

29:38.486 --> 29:39.403
Mychal pula?

29:40.488 --> 29:41.363
Saya sendirian.

29:42.740 --> 29:43.616
Sendirian?

29:44.074 --> 29:45.284
Tidak, penggembala.

29:46.327 --> 29:49.622
Walaupun kamu seorang diri,
kamu tak bersendirian.

29:51.123 --> 29:52.166
Terima kasih.

29:55.169 --> 29:58.005
Samuel, saya sayang tuan,
tapi kenapa suka berteka-teki?

29:58.088 --> 29:58.923
Yakah?

30:00.132 --> 30:01.967
Aku memang suka teka-teki.

30:02.635 --> 30:07.973
Mungkin kamu boleh tulis lagu
tentang teka-teki aku.

30:08.474 --> 30:09.475
"Lagu Samuel."

30:10.726 --> 30:12.144
Samuel, saya buntu.

30:13.229 --> 30:14.522
Tak pasti arah tuju.

30:15.606 --> 30:17.525
Waktu perang, saya ada strategi.

30:18.817 --> 30:19.860
Saya memerlukannya.

30:19.944 --> 30:21.779
Kamu perlu cari ketenangan.

30:23.280 --> 30:26.325
Ketenangan hati dan akal kamu.

30:26.408 --> 30:27.368
Saya cuba.

30:28.410 --> 30:31.247
Apabila tuan suruh saya,
"Dengarkan angin," saya buat.

30:31.330 --> 30:32.248
Saya dengar,

30:33.249 --> 30:36.085
-tapi cuma ada bunyi angin.
-Ya, kamu mesti sabar.

30:36.168 --> 30:37.002
Beri ia masa.

30:39.964 --> 30:42.007
Tuhan akan bercakap dengan kamu,

30:42.091 --> 30:44.760
seperti Dia selalu bercakap dengan aku.

30:48.889 --> 30:49.807
Bagaimana rasanya?

30:53.561 --> 30:55.479
Tuan memang dengar suara-Nya?

30:57.273 --> 31:00.609
Firman-Nya mengalir
melalui aku umpama air,

31:00.693 --> 31:01.944
jernih dan sejuk.

31:02.528 --> 31:06.198
Ia buat leher aku rasa tercekik
macam ada pasir.

31:07.533 --> 31:12.413
Ia bergema dalam kepala
macam penukul di relau.

31:14.123 --> 31:18.127
Jika firman-Nya pernah
menggembirakan hati aku dari masa ke masa…

31:19.837 --> 31:21.839
ia juga pernah menakutkan aku.

31:23.299 --> 31:27.219
Tapi kebelakangan ini,
tiada firman daripada-Nya.

31:28.512 --> 31:30.389
Aku dengar muzik.

31:30.973 --> 31:33.559
Muzik-Nya.

31:33.642 --> 31:34.810
Dimainkan dengan apa?

31:35.519 --> 31:36.979
Penggembala biasa?

31:38.272 --> 31:39.106
Ya.

31:41.650 --> 31:43.110
Ada kalanya, Samuel,

31:44.653 --> 31:46.864
saya berharap boleh pulang ke bukit.

31:48.532 --> 31:50.117
Tidak dikenali sesiapa.

31:50.701 --> 31:56.040
Aku pula selalu berharap dibesarkan
keluarga bukannya di Khemah Suci.

31:57.041 --> 32:02.296
Namun sejarah tidak tertulis
di tempat yang selamat.

32:03.589 --> 32:05.674
Untuk hidup berbakti,

32:06.425 --> 32:08.302
jadi orang berguna,

32:09.094 --> 32:10.387
ialah pengorbanan besar.

32:10.971 --> 32:15.726
Kehidupan yang luar biasa
menuntut pengorbanan yang luar biasa.

32:16.477 --> 32:19.813
Kamu diberikan tugasan
yang hebat dan sukar.

32:19.897 --> 32:24.276
Tugas ini diamanahkan kepada kamu,
atas ketentuan Tuhan sendiri.

32:26.153 --> 32:28.030
Jadi, kamu akan berkelana,

32:29.198 --> 32:32.201
melalui jalan utara ke Nob,

32:32.576 --> 32:36.205
dan kamu akan mendaki gunung itu
melalui seribu anak tangga ke barat,

32:36.288 --> 32:37.915
jadi kamu takkan dikesan.

32:37.998 --> 32:38.832
Ya.

32:38.916 --> 32:40.876
Bersembunyilah dalam kalangan pendeta,

32:41.293 --> 32:43.504
dan tunggu kata-kata Tuhan.

32:43.587 --> 32:47.257
Dia akan beri arahan, ini janji aku.

32:49.218 --> 32:51.553
David, jangan lupa.

32:52.638 --> 32:55.307
Kali terakhir berdepan
ketakutan terbesar kamu,

32:55.391 --> 32:58.018
gergasi tewas di tangan kamu.

32:59.812 --> 33:00.646
Ya.

33:03.399 --> 33:05.693
Kali ini, saya berhadapan
keluarga sendiri.

33:06.610 --> 33:08.237
Saul macam ayah saya sendiri.

33:08.737 --> 33:10.864
Dia macam anak aku sendiri.

33:13.367 --> 33:14.868
Kamu tak perlu jumpa dia.

33:16.328 --> 33:17.287
Aku akan jumpa.

33:19.498 --> 33:20.332
Samuel…

33:22.793 --> 33:23.919
dia akan bunuh tuan.

33:25.379 --> 33:26.380
Dia akan cuba.

33:29.925 --> 33:32.386
Kenapa beritahu ayahanda,
adinda diugut David?

33:33.429 --> 33:36.140
Sebab hanya kita yang tinggal.

33:37.975 --> 33:41.061
Mychal, kakanda dah cakap
lelaki memang gila.

33:42.312 --> 33:43.605
Semua lelaki.

33:46.024 --> 33:47.067
Tapi malam kelmarin…

33:49.653 --> 33:51.530
Macam kehidupan lain.

33:53.323 --> 33:54.199
Kita bergembira

33:55.659 --> 33:57.494
buat seketika, dan kini…

34:03.292 --> 34:04.626
David tipu adinda.

34:07.212 --> 34:08.589
Dia bukan yang dia dakwa.

34:10.883 --> 34:11.884
Macam kakanda kata…

34:13.469 --> 34:14.303
mereka gila.

34:17.097 --> 34:17.931
Namun…

34:20.768 --> 34:21.977
Dia suami adinda.

34:26.190 --> 34:27.149
Adinda sayang dia.

34:27.775 --> 34:29.234
Kakanda tahu.

34:29.318 --> 34:30.652
-Tak tahu…
-Bersimpati.

34:31.153 --> 34:33.614
Adinda tak tahu macam mana…

34:33.697 --> 34:37.075
Kakanda simpati. Ya.

34:45.834 --> 34:46.877
Benci takhta itu.

34:51.840 --> 34:55.219
Kerusi itu cuma biasan
orang yang mendudukinya.

34:55.302 --> 34:56.136
Tidak.

34:57.513 --> 34:58.430
Takhta itu racun.

35:00.015 --> 35:01.517
Membunuh pemiliknya.

35:08.148 --> 35:08.982
Kakanda tahu.

35:53.944 --> 35:54.945
NOB
KOTA PENDETA

35:55.028 --> 35:55.863
Pendeta Tuhan.

35:58.407 --> 36:01.618
Anak tangga ini suci. Kenapa kamu naik?

36:01.702 --> 36:06.540
Aku datang menawarkan
1,000 ternakan terbaik raja

36:07.124 --> 36:09.209
untuk dikorbankan,

36:09.877 --> 36:12.671
jika kau rawat sumpahan aku.

36:13.130 --> 36:16.925
Tuhan kau seksa aku siang dan malam.

36:17.634 --> 36:20.220
Maaf. Aku tak boleh bantu kau.

36:21.388 --> 36:23.807
Gunung suci ini bukan tempat kau.

36:52.586 --> 36:54.671
David, kenapa kamu datang?

36:55.088 --> 36:57.591
Samuel hantar saya, dan dia kirim salam.

36:58.091 --> 36:58.926
Kamu sendirian.

37:00.218 --> 37:03.096
Saya ada misi rahsia
dan segera daripada raja.

37:05.265 --> 37:06.516
Kamu ada senjata di sini?

37:06.600 --> 37:07.809
Pedang? Busur panah?

37:08.936 --> 37:09.937
Bertolak tiba-tiba.

37:10.395 --> 37:11.980
Di sini tiada pedang,

37:12.689 --> 37:13.774
kecuali satu.

37:14.900 --> 37:15.734
Mari.

37:22.449 --> 37:23.617
Pedang Goliath.

37:24.993 --> 37:26.411
Ini saja yang ada di sini.

37:31.166 --> 37:34.086
Jika ia membantu, ambillah.

37:54.314 --> 37:55.148
Terima kasih.

37:57.901 --> 37:59.403
Saya perlu ingat semula.

38:00.028 --> 38:01.154
Ingat apa?

38:03.073 --> 38:04.408
Kehebatan Tuhan.

38:08.996 --> 38:10.080
Ayah.

38:10.163 --> 38:11.498
Askar datang.

38:12.332 --> 38:14.251
-Apa mereka mahu?
-Dia.

38:41.028 --> 38:42.237
Raja dah gila.

38:43.321 --> 38:44.781
Kami setia dengan kau, David.

38:46.116 --> 38:47.117
Bangun.

38:52.330 --> 38:53.331
Bagaimana jumpa?

38:53.832 --> 38:55.792
Aku jejaki kau, macam serigala.

38:56.585 --> 38:59.046
-Kamu diekori?
-Tidak, kami pantas berkuda.

39:07.679 --> 39:10.557
Ayahanda, ada berita dari Edom.

39:11.183 --> 39:14.728
Raja mereka sendiri datang
untuk sahkan syarat bantuan.

39:15.729 --> 39:18.190
Dia sedia untuk jadi sekutu baharu.

39:18.273 --> 39:20.525
Kamu memang seorang diplomat.

39:21.735 --> 39:22.569
Baiklah.

39:23.153 --> 39:26.990
Anakanda juga ada rancangan,
untuk kukuhkan kesetiaan antara kabilah,

39:27.074 --> 39:28.492
terutamanya Judah.

39:30.202 --> 39:31.745
Ia melibatkan adinda puteri.

39:32.621 --> 39:33.455
Tuanku.

39:35.957 --> 39:36.958
Tuanku…

39:39.544 --> 39:42.631
Patik ada berita
yang mungkin menarik minat tuanku.

39:45.092 --> 39:48.178
David sedang menyorok
dalam kalangan pendeta di Nob.

39:49.679 --> 39:52.933
Kita akan cari dia dan bawa pulang.

39:53.809 --> 39:55.644
Hanya guna kekerasan jika perlu.

39:57.729 --> 40:00.440
Jangan sesekali bunuh pendeta suci.

40:02.567 --> 40:03.485
Bergerak sekarang!

40:40.230 --> 40:41.273
Berhenti!

40:57.122 --> 40:58.331
Ke tepi, Yang Agung.

40:58.999 --> 41:00.041
Tuan halang laluan.

41:00.125 --> 41:00.959
Tidak.

41:02.878 --> 41:06.548
Kamu yang halang laluan
orang yang Tuhan pilih.

41:07.215 --> 41:09.217
Samuel, tolong ke tepi.

41:58.391 --> 42:00.310
Apa yang Kau mahu aku buat?

42:04.105 --> 42:07.317
Kau ada banyak kata-kata
untuk adik aku. Kenapa tidak aku?

42:11.821 --> 42:13.615
Apa yang Kau mahu aku buat?

42:32.425 --> 42:33.593
Boleh aku duduk?

42:34.552 --> 42:35.387
Silakan.

42:41.601 --> 42:44.187
Ini jubah pendeta milik ayah aku.

42:44.813 --> 42:47.774
Sudah 10 generasi
ia berada di tempat suci ini.

42:58.952 --> 43:00.829
Batu Urim dan Thummin.

43:08.295 --> 43:09.546
Kamu macam perlu panduan.

43:13.508 --> 43:14.426
Ya, memang betul.

43:41.119 --> 43:42.287
Apa berlaku?

43:47.792 --> 43:48.793
Kenapa mereka mati?

43:49.502 --> 43:53.214
Mereka bunuh diri
untuk bebas daripada sumpahan.

43:54.674 --> 43:56.551
Beta kenal benar dengan seksaan ini.

43:59.137 --> 43:59.971
Di mana dia?

44:00.638 --> 44:01.556
Di mana Samuel?

44:02.599 --> 44:04.100
Dia menjaga laluan ke Nob.

44:06.811 --> 44:08.229
Panggil Pengawal Diraja.

44:10.148 --> 44:11.149
Berapa orang?

44:11.232 --> 44:12.192
Kesemuanya!

44:14.027 --> 44:15.820
Terima kasih, pendeta.

44:16.446 --> 44:19.282
Kita akan menghala ke gua di Adullam.

44:20.492 --> 44:21.493
Ia berhampiran Gath.

44:22.035 --> 44:25.288
Ya. Saul takkan ikut kita ke sana.

44:26.164 --> 44:28.666
Bersedia. Kita bertolak senja nanti.

45:06.413 --> 45:08.373
Tuan sumpah mereka macam saya.

45:08.706 --> 45:10.542
Aku tak sumpah sesiapa.

45:10.625 --> 45:13.628
Ke tepi, Samuel,
dan saya takkan bunuh tuan.

45:13.711 --> 45:16.381
Aku tak boleh benarkan kamu lalu.

45:16.464 --> 45:18.341
Saya ada seribu askar.

45:18.425 --> 45:20.844
Aku pula tiada yang lain, tapi…

45:22.178 --> 45:24.305
Dia sudah memadai.

45:31.271 --> 45:33.106
Jangan paksa saya bunuh tuan.

45:34.315 --> 45:36.025
Jadi jangan sesekali cuba.

46:14.647 --> 46:17.400
Seksaan kamu belum tamat, Saul.

46:18.234 --> 46:21.571
Sebaliknya, ia dah merosakkan diri kamu.

46:21.946 --> 46:23.114
Tuan berbohong.

46:23.615 --> 46:25.533
Saya dah tewaskan sumpahan itu.

46:27.368 --> 46:32.165
Tidak. Kamu dah menjadi sumpahan itu.

46:42.550 --> 46:44.010
Lindungi raja!

46:44.719 --> 46:48.264
Tuhan bukan untuk dipersendakan!

47:04.614 --> 47:06.533
Kegelapan telah menguasai segalanya.

47:07.283 --> 47:11.454
Kamu telah jadi apa yang kamu pilih,

47:12.080 --> 47:14.999
dan aku takkan menangisi kamu lagi.

47:15.959 --> 47:20.004
Tapi kamu berwahyu untuk aku.

47:23.049 --> 47:23.925
Tidak.

47:24.008 --> 47:26.719
Ini takkan menjadi takdir saya!

47:27.053 --> 47:29.764
Saya kawal masa depan sendiri.

47:31.099 --> 47:33.851
Saya kawal takdir sendiri.

47:34.936 --> 47:38.940
Beritahu apa yang kamu nampak, anak Kish.

47:41.234 --> 47:42.235
Cakap!

47:43.987 --> 47:45.822
Nampak mahkota saya…

47:48.324 --> 47:50.618
dipakai oleh orang lain.

47:51.452 --> 47:52.996
Sebut namanya.

47:56.457 --> 47:58.543
Sebut namanya!

48:00.753 --> 48:01.713
Tidak.

48:05.091 --> 48:08.511
Kamu akan sebut namanya!

48:13.558 --> 48:15.977
Sebut namanya!

48:16.603 --> 48:19.397
David!

48:27.655 --> 48:28.698
Apa dia?

48:31.576 --> 48:32.410
Aku tak pasti.

48:37.248 --> 48:38.166
Ayuh.

48:59.729 --> 49:00.730
Tuanku.

49:04.442 --> 49:05.652
Raja Saul.

49:12.325 --> 49:13.159
Patik Doeg.

49:18.706 --> 49:20.958
-Di mana Samuel?
-Dah pergi.

49:21.542 --> 49:24.128
Titisan darah menghala ke timur.

49:24.629 --> 49:26.255
Tuanku nak patik cari dia?

49:33.137 --> 49:34.138
Abner.

49:35.515 --> 49:36.599
Tuanku.

49:37.767 --> 49:39.018
Ke mana kita seterusnya?

49:40.478 --> 49:42.105
Mara ke Nob.

49:43.356 --> 49:44.607
Untuk tamatkan semua ini.

49:46.317 --> 49:48.236
Kebanyakan pengawal tak daya berjalan.

49:48.945 --> 49:50.113
Tuanku,

49:51.447 --> 49:53.908
orang-orang patik boleh.

49:54.826 --> 49:56.911
Bagus. Bawa mereka.

49:58.162 --> 49:59.622
Ikut aku.

50:10.341 --> 50:12.844
NOB
KOTA PENDETA

50:25.773 --> 50:26.983
Apa berlaku?

50:28.067 --> 50:28.901
Anakku.

50:29.736 --> 50:32.405
Pergi, ambil jubah suci
dan pergi dari sini.

50:32.780 --> 50:36.451
Ia mesti dilindungi.
Ayah akan uruskan. Sekarang, pergi.

50:50.131 --> 50:51.215
Tuanku.

50:56.387 --> 50:57.263
Sahabatku.

50:58.347 --> 50:59.515
Kenapa tuanku datang?

51:00.475 --> 51:02.894
Kenapa tuan khianati saya, pendeta?

51:04.395 --> 51:05.354
Khianati?

51:06.397 --> 51:07.482
Ahimelech,

51:08.733 --> 51:10.943
dengar dan katakan yang benar.

51:11.527 --> 51:13.446
Kenapa sorok pengkhianat saya?

51:14.530 --> 51:16.407
Supaya dia boleh melawan saya?

51:16.491 --> 51:17.867
Siapa yang kamu maksudkan?

51:18.493 --> 51:19.869
Anak Jesse.

51:19.952 --> 51:20.953
David?

51:21.037 --> 51:23.664
Pemuda yang paling setia dengan kamu?

51:23.748 --> 51:27.794
Dia kini menentang saya
dan tuan bantu dia.

51:27.877 --> 51:28.711
Betul, bukan?

51:28.795 --> 51:30.379
Jangan berbohong.

51:32.215 --> 51:36.052
Aku beri dia roti suci dan Pedang Goliath.

51:36.636 --> 51:37.553
Itu saja aku ada.

51:38.554 --> 51:39.889
Pedang Goliath?

51:42.183 --> 51:44.602
Dia akan kumpul bala tentera melawan saya.

51:44.685 --> 51:46.479
Aku tak tahu semua ini.

51:46.562 --> 51:48.481
Masalah ini meletihkan.

51:49.565 --> 51:51.067
Tiada yang meletihkan, tuanku.

51:51.901 --> 51:54.737
Kami semua berkhidmat
untuk kamu, macam David.

51:57.824 --> 52:00.535
Jadi, biar saya tanya sesuatu,
anak Ahitub.

52:01.911 --> 52:06.332
Jika Yang Agung, Samuel,
beritahu tuan orang lain telah dilantik,

52:06.415 --> 52:10.044
Tuhan telah memilih orang lain…

52:14.632 --> 52:15.716
tuan patuhi siapa?

52:20.555 --> 52:24.100
Aku berkhidmat kepada Tuhan,
bukan manusia.

52:26.936 --> 52:28.187
Kita semua sama.

52:30.064 --> 52:31.399
Terima kasih sebab jujur.

52:38.030 --> 52:38.948
Bunuh semuanya.

52:42.493 --> 52:44.704
Saul, mereka berkhidmat kepada Tuhan.

52:46.080 --> 52:47.915
Mereka menderhaka seperti David.

52:49.667 --> 52:51.919
Bunuh mereka semua!

53:13.566 --> 53:14.692
Tuanku.

53:15.443 --> 53:16.444
Sahabatku.

53:18.529 --> 53:21.198
Patik akan buat apa saja untuk tuanku.

53:22.241 --> 53:23.618
Tapi tidak yang ini.

53:36.881 --> 53:38.174
Patik akan buat.

53:44.513 --> 53:46.390
Dengan senang hati.

53:47.433 --> 53:49.101
Bakar segalanya!

53:49.685 --> 53:53.481
Tuhan dan sumpahan mereka! Segalanya!

53:53.773 --> 53:55.441
Bunuh mereka semua!

54:21.258 --> 54:22.593
Apa tuanku dah buat?

54:24.762 --> 54:26.472
Perkara yang sepatutnya.

54:51.372 --> 54:52.206
Samuel?

55:02.550 --> 55:03.384
Suamiku?

55:09.306 --> 55:10.141
Samuel.

55:11.892 --> 55:12.810
Hila.

55:17.690 --> 55:19.066
Bunga ini cantik, bukan?

55:21.360 --> 55:22.778
Ciptaan Tuhan.

55:26.449 --> 55:27.616
Aku…

55:27.700 --> 55:29.994
Aku rasakan perkara

55:31.454 --> 55:33.330
buruk telah berlaku.

55:37.585 --> 55:38.669
Berehatlah, Samuel.

55:40.504 --> 55:43.049
Tugas kau dalam
rancangan hebat ini sudah selesai.

55:45.801 --> 55:46.886
Tuhan tahu…

55:49.972 --> 55:50.806
Aku…

55:52.808 --> 55:54.351
dah cuba.

55:56.479 --> 55:57.313
Tidak.

55:58.522 --> 55:59.732
Kau dah jalankan tugas.

56:02.234 --> 56:03.569
Kau sudah berjaya.

56:09.492 --> 56:10.326
Ya.

56:12.244 --> 56:13.746
Ini memang cantik.

56:33.057 --> 56:34.975
KOTA GATH
JAJAHAN PHILISTINE

56:35.935 --> 56:39.563
Jagal Gergasi berada di gunung,
di dalam gua Adullam.

56:40.272 --> 56:41.482
Dia sedang diburu.

56:42.399 --> 56:43.275
Oleh siapa?

56:44.110 --> 56:45.152
Oleh Saul.

56:50.908 --> 56:52.034
Saul?

56:58.999 --> 57:00.584
Pedang patik yang terbaik.

57:01.252 --> 57:02.461
Berapa banyak yang ada?

57:03.212 --> 57:04.797
Seribu akan siap sepenuhnya.

57:06.715 --> 57:09.135
Cari David,
kanda jumpa dinda di kampung nanti.

57:09.218 --> 57:11.095
Kita jumpa di sana secepat mungkin.

57:11.178 --> 57:12.888
Kanda mesti jumpa dia dulu.

57:12.972 --> 57:14.431
Hati-hati.

57:14.515 --> 57:15.349
Sara.

57:15.432 --> 57:17.226
Jangan bimbang, dinda akan selamat.

57:17.309 --> 57:20.146
-Tidak. Dinda perlu faham…
-Perang bakal tercetus.

57:21.313 --> 57:23.524
Dinda tahu. Kami akan selamat.

57:26.277 --> 57:27.111
Pergi.

58:00.895 --> 58:02.104
Kita diperhatikan.

58:28.881 --> 58:30.090
Sepupu.

58:32.468 --> 58:34.178
Susah betul cari kau.

58:35.429 --> 58:36.680
Datang untuk melawan aku?

58:40.643 --> 58:41.560
Eliab…

58:46.815 --> 58:47.650
Tidak, adikku.

58:51.862 --> 58:53.530
Kami datang untuk berkhidmat.

59:31.110 --> 59:33.862
Kasihanilah aku, ya Tuhan, kasihanilah aku

59:37.116 --> 59:39.827
aku mohon perlindungan daripada-Mu

59:42.997 --> 59:46.041
di bawah naungan sayap-Mu aku berlindung

59:48.252 --> 59:51.380
sehingga ribut yang mengamuk akan berlalu.

01:00:18.240 --> 01:00:19.450
Tuanku.

01:00:20.868 --> 01:00:22.244
Boleh anakanda perkenalkan?

01:00:23.203 --> 01:00:26.498
Setelah sekian lama, Raja Edom.

01:00:35.215 --> 01:00:36.759
Kau boleh bunuh aku

01:00:37.301 --> 01:00:39.470
tapi kau takkan tahu matlamat kau.

01:00:40.054 --> 01:00:42.639
Aku boleh ajar kau jadi raja

01:00:42.973 --> 01:00:45.142
yang lebih hebat daripada ayah kau.

01:00:58.322 --> 01:00:59.823
Tunjukkanku matlamat-Mu.

01:01:02.242 --> 01:01:04.536
Tunjukkanku keinginan-Mu untuk negara-Mu.

01:01:20.969 --> 01:01:26.350
KELUARGA DAVID

01:03:07.284 --> 01:03:09.286
Terjemahan sari kata oleh Shidah Mahmud

01:03:09.369 --> 01:03:11.371
Penyelia Kreatif H. Segara
hidah Mahmud
