WEBVTT

00:06.040 --> 00:09.879
SEBUAH SIRI NETFLIX

00:13.440 --> 00:15.719
- Helo.
- Hai.

00:15.799 --> 00:17.560
Wah, awak nampak hebat.

00:17.640 --> 00:18.919
Saya sukakannya.

00:19.439 --> 00:21.439
- Boleh kita mulakan?
- Ya.

00:21.520 --> 00:23.080
Awak sedang mencari cinta?

00:23.160 --> 00:25.200
Ya. Tak dinafikan.

00:25.279 --> 00:29.040
Saya tak nak bersendirian
sebab saya tak nak rasa sunyi.

00:29.119 --> 00:32.280
Saya tak pernah bercinta
seumur hidup saya.

00:33.360 --> 00:35.360
Ia sangat sukar.

00:35.440 --> 00:37.400
Mempunyai seorang wanita baik…

00:37.480 --> 00:38.680
Ya Tuhan,

00:38.760 --> 00:40.080
saya memang tak sabar.

00:42.120 --> 00:44.640
Mencari cinta sukar untuk semua orang.

00:44.720 --> 00:47.000
Teruskan mencari ikan dalam kolam itu.

00:47.080 --> 00:49.599
Awak bersaing dengan ramai lelaki lain.

00:50.400 --> 00:53.680
Bagi sesetengah orang,
ia impian yang mustahil.

00:53.760 --> 00:56.160
Jom tukar topik. Boleh kita tukar topik?

00:56.239 --> 00:59.320
Awak cari Putera Idaman.
Saya cari Cinderella. Bam!

01:00.160 --> 01:03.160
Siri ini ialah tentang orang
dalam spektrum autisme…

01:03.239 --> 01:05.600
Awak ditabalkan menjadi Tuan James.

01:05.679 --> 01:07.800
Dia mungkin akan menemui seseorang.

01:07.880 --> 01:09.200
- Ya.
- Ya.

01:09.280 --> 01:13.080
…dan bagaimana mereka melalui
dunia percintaan dan janji temu…

01:13.160 --> 01:14.720
Suka cara awak pegang tangan.

01:14.800 --> 01:15.880
…yang rumit.

01:15.960 --> 01:17.560
Nak jadi teman wanita saya?

01:24.520 --> 01:26.759
- Helo.
- Apa khabar?

01:26.839 --> 01:30.160
- Baik. Apa khabar?
- Saya baik, terima kasih.

01:30.240 --> 01:31.440
Awak dah bersedia?

01:31.520 --> 01:32.560
Sudah tentu.

01:32.640 --> 01:34.119
Nama saya Dani.

01:34.200 --> 01:35.839
Saya berusia 26 tahun.

01:35.920 --> 01:39.440
Saya berdarah campuran enam jenis bangsa.

01:39.520 --> 01:42.640
Kebanyakannya Mexico, Kaukasia
dan sedikit Asia.

01:42.720 --> 01:46.280
Saya bujang dan saya
dalam spektrum autisme.

01:46.800 --> 01:49.320
- Awak mencari cinta, Dani?
- Betul.

01:50.399 --> 01:54.119
Malangnya, susah betul
nak cari teman lelaki.

01:54.199 --> 01:55.080
Ia…

01:55.920 --> 02:00.000
Saya kena cium banyak katak
untuk jumpa Putera Idaman saya.

02:00.080 --> 02:01.800
Ia bukan saja tentang rupa.

02:01.880 --> 02:05.399
Saya nak lelaki yang bersemangat
dan jaga kebersihan

02:05.479 --> 02:07.960
sebab saya tak suka nafas busuk.

02:12.519 --> 02:13.519
TIADA KOPI TIADA KERJA

02:14.320 --> 02:17.960
Dani tinggal di Los Angeles
dengan mak cik dan pak ciknya.

02:18.040 --> 02:20.360
- Saya tuangkan kopi.
- Terima kasih.

02:20.440 --> 02:23.840
Dia tinggal bersama mereka
sejak dia berusia 11 tahun.

02:23.920 --> 02:27.360
Susah nak cari orang yang sama macam saya.

02:27.440 --> 02:30.959
Saya semakin terdesak nak cari cinta.

02:31.680 --> 02:32.840
Janganlah terdesak.

02:32.920 --> 02:37.560
Saya nak orang yang berkerjaya
dan ada gaji yang besar.

02:38.080 --> 02:41.400
Saya nak orang berduit
yang boleh uruskan syarikatnya.

02:41.480 --> 02:43.959
- Awak bukan pisau cukur, Dani?
- Ya.

02:44.040 --> 02:45.160
- Apa?
- "Ya."

02:45.239 --> 02:46.799
Awak tahu maksudnya?

02:46.880 --> 02:50.239
Pisau cukur bermaksud
mereka nak cari lelaki yang kaya.

02:50.320 --> 02:51.560
- Ya.
- Awak begitu?

02:51.640 --> 02:53.160
Lebih kurang, tapi…

02:55.400 --> 02:58.880
Ya, saya rasa ia disebabkan oleh ayahnya.

02:58.959 --> 03:03.600
Adik saya, iaitu ibunya
berkahwin dengan suaminya.

03:03.679 --> 03:04.640
Dia tak kerja.

03:04.720 --> 03:09.080
Jadi, dia ada di rumah dengan anak-anak
sementara adik saya bekerja.

03:09.160 --> 03:10.679
Dia tak nak begitu.

03:10.760 --> 03:13.000
Ia dipanggil pembesaran disfungsi.

03:13.080 --> 03:16.600
Ya, tapi awak membesar dengan baik.
Awak dan adik awak.

03:17.480 --> 03:18.600
- Betul tak?
- Ya.

03:19.840 --> 03:23.080
Saya nak lelaki istimewa
yang bergantung kepada saya.

03:23.160 --> 03:25.040
Kami perlu saling bergantung

03:25.120 --> 03:27.880
dan bekerjasama untuk hidup yang mampan.

03:27.959 --> 03:29.760
Mak cik saya akan cakap,

03:29.840 --> 03:33.040
"Banyak ikan di laut.
Awak pasti dapat ikan besar.

03:33.120 --> 03:34.679
Macam ikan paus."

03:34.760 --> 03:35.640
Sebenarnya…

03:36.959 --> 03:38.040
Itu metafora.

03:40.160 --> 03:43.920
- Ingat teman lelaki latihan awak?
- Saya ingat.

03:44.000 --> 03:46.079
Teman lelaki latihan itu apa?

03:46.160 --> 03:49.799
Maksudnya seseorang
yang digunakan untuk berlatih.

03:51.399 --> 03:53.480
Awak berlatih apa?

03:53.560 --> 03:54.840
Berciuman dan…

03:55.359 --> 03:59.399
Dia sangka untuk latihan.
Lelaki itu sangka dia ada teman wanita.

03:59.920 --> 04:03.079
Saya tak kata, "Ini latihan."
Saya tak pernah sebut.

04:03.720 --> 04:05.160
Awak hancurkan hatinya?

04:05.239 --> 04:06.079
Ya.

04:06.160 --> 04:09.040
Dia nak belajar cara berciuman,

04:09.119 --> 04:12.679
jadi kami cari video YouTube
tentang cara untuk cium.

04:12.760 --> 04:16.159
Mereka ajar cara cium guna kek cawan.

04:16.240 --> 04:20.279
Jadi, dia belajar gunakannya
dengan teman lelakinya.

04:20.360 --> 04:22.000
Bagaimana caranya?

04:22.079 --> 04:24.920
Pegang kek cawan
macam awak nak jilat aising.

04:28.039 --> 04:29.000
Romantiknya.

04:31.680 --> 04:32.520
Tidak.

04:33.880 --> 04:35.640
Okey, pak cik dah rasa geli.

04:37.039 --> 04:38.880
Pak cik sangat sensitif.

04:50.520 --> 04:55.560
Saya Abbey. Nama sebenar saya Abigail,
tapi orang panggil saya Abbey.

04:56.160 --> 04:58.400
- Awak dalam spektrum, Abbey?
- Ya.

04:58.479 --> 05:02.000
Autisme buat saya rasa
macam orang yang tak normal.

05:02.080 --> 05:03.160
Kenapa?

05:03.240 --> 05:06.560
Entahlah. Saya rasa
macam Ariel dalam The Little Mermaid

05:06.640 --> 05:09.240
sebab kadangkala lidah saya jadi kelu.

05:09.320 --> 05:12.680
Saya nak jadi orang biasa,
macam Ariel nak jadi manusia.

05:12.760 --> 05:15.800
Tapi dia tak boleh bercakap.
Saya rasa begitu.

05:20.840 --> 05:22.200
- Hei, Cian.
- Hei.

05:22.280 --> 05:23.479
Ini bilik saya.

05:23.560 --> 05:25.039
Ada banyak benda di sini.

05:25.760 --> 05:27.680
Ini singa saya dan benda lain.

05:29.560 --> 05:32.880
Saya suka puteri,
tapi saya tak suka penjahat.

05:32.960 --> 05:34.080
Penjahat macam…

05:34.160 --> 05:36.320
Saya rasa lelaki lebih suka mereka.

05:36.919 --> 05:39.080
Perempuan suka patung haiwan

05:39.160 --> 05:42.280
dan saya rasa semua puteri Disney
suka patung haiwan.

05:43.440 --> 05:46.280
- Jadi, awak nak cari cinta?
- Ya.

05:46.359 --> 05:50.200
Sebab saya nak jadi macam puteri,
macam Cinderella pergi majlis.

05:50.280 --> 05:51.840
Awak pernah bercinta?

05:51.919 --> 05:54.160
Pernah. Semasa sekolah tinggi.

05:54.240 --> 05:56.359
Bercinta buat saya rasa romantik.

05:56.440 --> 05:59.760
Saya rasa selamat
dan ia amat bermakna bagi saya.

06:00.919 --> 06:03.880
Saya nak seorang lelaki
yang ada banyak persamaan,

06:03.960 --> 06:05.680
sebab itu paling penting.

06:05.760 --> 06:07.720
Supaya dia faham autisme saya,

06:07.800 --> 06:10.200
kami boleh berseronok, ke taman air.

06:10.280 --> 06:12.520
Kami boleh pergi ke pantai, zoo.

06:12.599 --> 06:15.640
Kami boleh janji temu
dengan pasangan autistik lain.

06:15.720 --> 06:17.039
Janji temu bersama!

06:22.000 --> 06:24.160
Awak sangat comel!

06:24.240 --> 06:27.919
Abbey tinggal dengan ibunya Christine
dan abangnya Ben.

06:28.000 --> 06:30.240
Kupas dan masukkan ke dalamnya, okey?

06:30.320 --> 06:31.440
Okey.

06:33.680 --> 06:36.599
Ini agak rumit.

06:36.680 --> 06:38.720
Ia dah bersepah.

06:38.799 --> 06:40.760
Bagaimana awak nak bersihkannya?

06:40.840 --> 06:41.919
Susahnya.

06:42.520 --> 06:45.160
Saya lihat Abbey
dan teman lelaki pertamanya

06:45.680 --> 06:49.200
dan ia antara benda paling indah

06:49.280 --> 06:51.440
yang saya mahukan untuknya.

06:51.520 --> 06:54.120
Dia pun nak, tapi dia agak takut.

06:55.160 --> 06:57.240
Sejak bila Abbey menghidap autisme?

06:57.880 --> 06:59.479
Sekitar umur dua tahun.

06:59.560 --> 07:02.680
Dia masukkan banyak benda
dalam mulutnya dan berlari…

07:02.760 --> 07:06.320
Ia sangat sukar
dan saya tak sabar nak tunggu ia habis

07:06.400 --> 07:08.359
sebab ia sangat teruk.

07:09.560 --> 07:12.000
Tapi, apabila dia masuk tadika…

07:12.640 --> 07:15.680
Empat hari kemudian,
sekolah telefon saya dan cakap…

07:19.400 --> 07:21.640
"Anak awak tak boleh sekolah di sini."

07:22.840 --> 07:24.840
Jadi, perjalanan itu pun bermula.

07:24.919 --> 07:28.359
Dia pun jalani pemeriksaan.
Mula-mula saya tak percaya.

07:28.880 --> 07:30.080
Tapi sisi baiknya,

07:30.159 --> 07:31.919
apa yang dia buat sekarang…

07:32.000 --> 07:36.159
Dulu, saya langsung tak sangka
dia boleh lakukan semua itu.

07:36.760 --> 07:39.000
- Abbey, itu siapa?
- Ini Moana.

07:39.080 --> 07:40.440
Itu Disney, bukan?

07:40.960 --> 07:42.440
Baguslah. Okey.

07:42.520 --> 07:45.159
- Bagaimana hari awak?
- Ia menyeronokkan.

07:45.239 --> 07:48.120
Pelakon yang buat suara Moana itu
sebaya Ben.

07:48.200 --> 07:50.440
- Okey.
- Siapa lelaki ini, Abbey?

07:50.520 --> 07:52.440
- Ini Mike.
- Ya.

07:52.520 --> 07:55.320
Dia macam ayah tiri saya.
Suaminya nama Bob.

07:55.400 --> 07:56.320
Mereka bersama.

07:56.400 --> 07:58.880
- Kami tinggal di belakang.
- Rumah tetamu.

08:00.000 --> 08:01.000
Makanan dah siap.

08:02.080 --> 08:03.200
Clemmy ada di sini.

08:03.280 --> 08:04.400
Ia tunggu…

08:04.479 --> 08:05.799
Ia tunggu kita.

08:06.840 --> 08:10.120
Apa saja yang jatuh
atas tanah milik Clem, bukan?

08:10.200 --> 08:12.560
Beritahulah Bob dan Mike apa awak buat.

08:13.719 --> 08:17.560
- Dia nak mula keluar lebih kerap, bukan?
- Ya.

08:17.640 --> 08:19.320
Mungkin pergi berjanji temu.

08:19.400 --> 08:22.520
- Awak teringin nak pergi mana?
- Pelayaran di Afrika.

08:23.039 --> 08:24.640
- Pelayaran.
- Ya.

08:24.719 --> 08:27.159
- Ibu tak…
- Taman air dalam bangunan.

08:27.239 --> 08:31.479
Mesti seronok tengok dia keluar
dengan budak lelaki yang baik.

08:31.560 --> 08:34.120
Pendapat awak tentang dia berjanji temu?

08:34.199 --> 08:36.480
- Kalau orang itu sesuai…
- Sesuai?

08:36.559 --> 08:40.000
…baguslah. Tapi kadangkala
saya rasa nak lindungi dia.

08:40.880 --> 08:43.400
Apa lagi ciri-ciri teman lelaki awak?

08:43.919 --> 08:46.000
Dia perlu fahami autisme saya.

08:46.079 --> 08:48.199
Dia mesti kelakar macam kami.

08:48.280 --> 08:51.920
- Sebab…
- Dan kacak macam seseorang di sini.

08:52.840 --> 08:53.680
Kamu semua!

09:00.520 --> 09:04.160
- Helo.
- Oh, ya. Apa khabar hari ini?

09:05.079 --> 09:08.000
Nama saya James. Saya 34 tahun.

09:08.079 --> 09:11.240
Saya ada sindrom Asperger.
Tapi ia tak halang saya.

09:11.320 --> 09:15.480
Ia tak tentukan diri saya
dan ya, saya sedang mencari cinta.

09:15.560 --> 09:18.839
Saya nak cari pasangan sejiwa

09:18.920 --> 09:20.800
dan lalui hidup bersamanya.

09:21.320 --> 09:22.880
Semasa saya didiagnosis,

09:22.959 --> 09:27.640
masyarakat tak faham sangat
tentang Asperger atau autisme.

09:27.720 --> 09:31.199
Jadi, susah betul nak cari bantuan.

09:31.920 --> 09:36.120
Pelajar lain juga
selalu ejek dan buli saya.

09:36.199 --> 09:38.839
Ia memberi kesan
kepada keyakinan diri saya.

09:38.920 --> 09:42.760
Saya selalu rasa gelisah
di tempat yang ada ramai orang

09:42.839 --> 09:46.040
atau kalau saya keluar rumah terlalu lama.

09:46.120 --> 09:48.560
Tapi saya dah atasinya dengan latihan.

09:48.640 --> 09:51.360
Saya dah tiada masalah, saya semakin yakin

09:51.440 --> 09:54.440
berada bersama orang lain
dan bersama orang ramai.

09:56.440 --> 09:59.560
James tinggal bersama keluarganya
di Massachusetts.

10:02.040 --> 10:06.720
Semua batu yang ada di sini
langsung tiada guna,

10:06.800 --> 10:08.520
tapi ia tajuk perbualan.

10:08.600 --> 10:10.480
Bilik saya jadi lebih menarik.

10:10.560 --> 10:15.560
Ini sejenis kaca yang dipanggil fulgurit.
Ia terbentuk apabila pasir disambar.

10:15.640 --> 10:18.720
Ini kepala aligator yang diawet
dari Louisiana.

10:20.000 --> 10:21.240
Menakjubkan, bukan?

10:21.959 --> 10:24.800
Saya ada katana Jepun dan pedang Eropah.

10:24.880 --> 10:26.680
Ini unit paparan yang murah.

10:26.760 --> 10:30.760
Ini bukan untuk berlawan,
tapi ini boleh digunakan untuk berlawan.

10:30.839 --> 10:34.040
Saya dapat daripada tukang besi
di King Richard's Faire

10:34.120 --> 10:35.959
dan mereka beri jaminan

10:36.040 --> 10:38.600
semua benda mereka buat boleh digunakan.

10:38.680 --> 10:42.400
Jadi kalau ada pertempuran berlaku,
saya boleh gunakannya.

10:43.000 --> 10:47.320
"Kawan baik akan ikat jamin awak
tapi kawan sejati akan cakap,

10:47.400 --> 10:49.079
'Seronok betullah!'"

10:49.160 --> 10:51.720
Ya, saya sangat sukakan plak itu dan…

10:51.800 --> 10:54.760
Ini setem dengan raksasa filem klasik.

10:54.839 --> 10:57.400
Ini setem dengan pesawat klasik Amerika.

10:57.480 --> 10:58.520
Saya takkan guna.

10:58.600 --> 11:00.959
Saya cuma simpan untuk topik perbualan.

11:01.480 --> 11:03.959
Siapa datang untuk berbual dengan awak?

11:04.480 --> 11:06.199
Sebenarnya, tiada siapa.

11:06.280 --> 11:08.839
Saya rasa ia untuk kepuasan diri sendiri.

11:10.680 --> 11:14.400
Saya selalu buat akaun
di laman janji temu internet.

11:14.480 --> 11:19.120
Kadangkala saya ada padanan
dengan beberapa orang gadis,

11:19.199 --> 11:22.240
tapi mereka tak pernah berminat
nak jumpa di luar.

11:22.320 --> 11:23.800
Ia agak menyedihkan.

11:25.360 --> 11:26.199
Ya, lihat?

11:26.280 --> 11:27.320
Tongkat ini

11:27.400 --> 11:30.440
dibuat daripada sarung peluru
yang dikimpal bersama.

11:30.520 --> 11:32.240
Agak hebat, bukan?

11:32.320 --> 11:34.959
Tunjukkan tongkat milik moyang awak.

11:35.040 --> 11:36.199
Yang ini?

11:36.280 --> 11:38.719
Ya, ini milik moyang saya.

11:38.800 --> 11:41.719
- Dia mati pada tahun 1943.
- Okey.

11:41.800 --> 11:43.640
Ini ayah saya, Lawrence.

11:43.719 --> 11:44.800
Mana ibu?

11:45.520 --> 11:46.680
Mari sini, ibu.

11:47.839 --> 11:48.800
- Helo.
- Ya.

11:48.880 --> 11:51.760
- Ini ibu saya, June.
- Apa khabar?

11:51.839 --> 11:53.760
- Saya gelisah.
- Boleh duduk?

11:53.839 --> 11:57.560
Ya. Ibu, King Richard's Faire
akan dibuka tak lama lagi.

11:57.640 --> 11:59.240
Ya! Nak duduk?

11:59.320 --> 12:02.400
- Saya akan jemput kawan-kawan.
- Awak nak pakai apa?

12:02.480 --> 12:06.959
Ya, saya akan pakai
set baju zaman pertengahan saya.

12:07.040 --> 12:08.079
Boleh tunjuk?

12:08.839 --> 12:10.520
Boleh. Tunggu sekejap.

12:13.440 --> 12:14.920
Okey, bagaimana rupanya?

12:15.520 --> 12:17.760
- Hebat, bukan?
- Ya. Sangat hebat.

12:18.280 --> 12:22.000
- Awak perlu tongkat yang sesuai.
- Awak tiada tongkat sendiri?

12:22.079 --> 12:23.600
- Tongkat ini?
- Bagus.

12:23.680 --> 12:24.520
Ya.

12:25.040 --> 12:26.240
Apa pendapat ibu?

12:26.320 --> 12:28.880
Ia sesuai dengan seluar pendek awak!

12:28.959 --> 12:34.000
Ya, sebab saya tiada masa
nak pakai satu set pakaian.

12:34.079 --> 12:35.839
Ia masih nampak hebat, bukan?

12:35.920 --> 12:37.240
- Sangat hebat.
- Ya.

12:38.240 --> 12:40.079
Ya. Saya nak simpan dulu.

12:40.160 --> 12:41.880
- Tunggu sekejap.
- Okey.

12:44.120 --> 12:45.959
Baiklah. Tunggu sekejap.

12:46.040 --> 12:49.760
Dia seseorang yang pentingkan keluarganya

12:49.839 --> 12:54.959
dan kami cuma nak yang terbaik untuknya.

12:55.040 --> 12:56.400
Macam ibu bapa lain.

12:57.440 --> 12:59.440
Dia sangat baik hati.

13:00.360 --> 13:03.199
Dia akan buat apa saja
untuk kawan atau keluarga.

13:04.040 --> 13:06.160
Tak sabar nak lihat awak bercinta.

13:06.240 --> 13:07.959
Ya, terima kasih.

13:11.199 --> 13:12.160
Nak tahu tak?

13:12.240 --> 13:13.800
Kami suka rambut awak,

13:13.880 --> 13:16.320
tapi disebabkan ia dua warna berbeza,

13:16.400 --> 13:20.959
mungkin awak perlu potong
dan warna semula di kedai.

13:21.040 --> 13:22.000
Betul.

13:22.079 --> 13:25.560
Jadi apabila awak jumpa dia,
dia ada tanggapan yang baik.

13:25.640 --> 13:27.440
Ya, sudah tentu.

13:27.520 --> 13:32.320
Sebagai orang muda,
awak perlu tarik perhatian seorang gadis.

13:32.400 --> 13:36.400
Tanpa melihat jam awak sepanjang masa.

13:36.480 --> 13:41.040
Maafkan saya. Saya gembira
ayah cakap saya nampak muda.

13:41.120 --> 13:43.400
Awak bersaing dengan semua lelaki lain

13:43.480 --> 13:46.560
yang cuba berpasangan
dengan wanita muda, okey?

13:46.640 --> 13:51.440
Jadi awak perlu buat diri awak
nampak menarik, okey?

13:51.520 --> 13:54.120
Kami ada janji temu untuk awak hari Sabtu.

13:54.199 --> 13:55.040
Yakah?

13:55.560 --> 13:57.680
- Baguslah.
- Wah!

13:57.760 --> 14:01.400
Boleh ibu pergi restoran itu
dan intai awak?

14:01.480 --> 14:04.760
Sudahlah, ibu. Saya 34 tahun, okey?

14:04.839 --> 14:06.800
Ibu bergurau, sayang.

14:10.920 --> 14:14.400
Clementine, awak nak makan lagi?

14:14.479 --> 14:16.680
Anjing ini makan tak berhenti.

14:16.760 --> 14:18.160
Nanti dia jadi gemuk.

14:18.240 --> 14:21.599
Ini LA. Dia tak boleh jadi
anjing gemuk di Los Angeles.

14:24.479 --> 14:26.280
Apa kesukaran janji temu?

14:26.360 --> 14:28.199
Awak perlu bercakap banyak

14:28.280 --> 14:29.760
dan itu sukar bagi saya.

14:29.839 --> 14:32.400
Sebab semasa dengan Garrett, dia selalu…

14:32.479 --> 14:34.959
Dia minat sejarah, saya tak minat.

14:35.479 --> 14:37.640
Tapi kami berdua suka Star Wars.

14:37.719 --> 14:39.079
Itu persamaan kami.

14:43.280 --> 14:46.599
Pakar Autisme, Jennifer Cook
akan melawat Abbey

14:47.199 --> 14:49.319
untuk bantu dia mencari cinta.

14:50.920 --> 14:55.079
Saya dikenal pasti
sebagai penghidap autistik 10 tahun lalu

14:55.160 --> 14:58.640
dan ia menyebabkan
saya lebih memahami hidup saya.

14:59.479 --> 15:00.319
Hai.

15:00.400 --> 15:02.800
- Hai, saya Jennifer.
- Hai, saya Abbey.

15:02.880 --> 15:04.479
- Selamat berkenalan.
- Ya.

15:04.560 --> 15:11.360
Autisme ialah campuran kelakuan,
cabaran dan kebolehan.

15:11.439 --> 15:13.800
Tapi kami semua ada deria yang sensitif

15:13.880 --> 15:16.479
dan ada masalah berkenaan isyarat sosial.

15:16.560 --> 15:19.000
- Hai, saya Jennifer.
- Saya Christine.

15:19.079 --> 15:21.479
- Selamat berkenalan.
- Selamat datang.

15:21.560 --> 15:23.920
Tapi saya jamin apa yang ada di dalam

15:24.000 --> 15:26.839
tiada kaitan dengan apa
yang ditunjukkan di luar.

15:26.920 --> 15:29.760
Rambut awak macam Ariel
dalam The Little Mermaid.

15:29.839 --> 15:31.079
Terima kasih.

15:31.160 --> 15:32.880
Saya betul-betul faham Ariel

15:32.959 --> 15:36.040
sebab semasa dia menyanyi lagu
"Part of Your World",

15:36.120 --> 15:37.560
dia tak boleh cakap.

15:37.640 --> 15:40.439
Apabila saya tak dapat cakap,
saya rasa begitu.

15:40.520 --> 15:42.520
Sebab itulah saya suka dia.

15:42.599 --> 15:44.120
- Awak nak tahu tak?
- Ya.

15:44.199 --> 15:46.479
Saya dalam spektrum. Saya ada autisme.

15:47.319 --> 15:48.800
Tiga anak saya pun.

15:48.880 --> 15:51.560
Bagaimana awak ada anak
kalau awak autistik?

15:51.640 --> 15:54.599
- Awak boleh buat apa saja.
- Ia terpulang.

15:54.680 --> 15:56.640
- Tiada kaitan dengan autisme.
- Betul.

15:56.719 --> 15:57.560
Betul.

15:57.640 --> 15:59.599
- Saya tahu…
- Awak makan pil?

16:00.160 --> 16:01.120
Awak tahu? Ya.

16:01.959 --> 16:03.319
Saya ambil ubat.

16:03.400 --> 16:05.079
Ada pil untuk haiwan?

16:05.680 --> 16:07.040
Ada pil untuk haiwan.

16:07.120 --> 16:09.359
Kadangkala tajuk perbualannya berubah.

16:09.439 --> 16:11.920
- Saya tahu.
- Saya cuma nak beritahu awak.

16:12.000 --> 16:14.199
Tak, saya faham dan saya tak kisah.

16:14.280 --> 16:15.560
Awak suka Mike Myers?

16:15.640 --> 16:17.479
- Tak pernah jumpa.
- Saya pun.

16:17.560 --> 16:20.000
- Apa yang awak fikirkan?
- Saya tak tahu.

16:20.079 --> 16:21.680
- Tiba-tiba muncul.
- Okey.

16:21.760 --> 16:23.079
Tak apa.

16:23.599 --> 16:25.199
Sejarah percintaan awak?

16:25.280 --> 16:27.599
Ada teman lelaki, Garrett, di sekolah.

16:27.680 --> 16:28.959
- Okey.
- Saya sukakannya.

16:29.040 --> 16:30.400
- Okey.
- Saya seronok.

16:30.479 --> 16:32.160
Apabila awak berjanji temu,

16:32.240 --> 16:35.640
awak perlu cuba
untuk berkawan dengannya, okey?

16:35.719 --> 16:40.439
Kita nak tanya soalan dan beri jawapan.

16:40.520 --> 16:43.920
Saya tahu ada perkara
yang awak suka bincangkan

16:44.479 --> 16:47.319
dan ada juga perkara
yang dia nak bincangkan.

16:47.400 --> 16:51.199
Awak rasa apa topik
yang awak paling suka bincangkan?

16:51.280 --> 16:52.560
Candy Crush.

16:52.640 --> 16:55.160
- Okey.
- Pergi ke zoo.

16:55.240 --> 16:56.199
Bagus.

16:56.280 --> 17:00.199
Saya suka menonton
haiwan safari Afrika dan hidupan laut.

17:00.280 --> 17:02.520
- Dokumentari…
- Saya suka dokumentari.

17:02.599 --> 17:04.159
…tentang haiwan liar.

17:04.240 --> 17:06.040
Bagus. Jadi sekarang kita nak

17:06.119 --> 17:08.760
berlatih berbual semasa awak berjanji temu

17:08.839 --> 17:12.079
sebab awak perlu pastikan
awak tinggalkan ruang

17:12.159 --> 17:15.079
untuk pasangan awak bercakap.
Mungkin dia nak…

17:15.159 --> 17:18.000
Jom fikir topik yang dia nak bincangkan.

17:18.079 --> 17:20.919
Mungkin dia minat muzik, permainan video.

17:21.000 --> 17:21.960
Permainan video?

17:23.200 --> 17:26.919
- Awak pun suka?
- Candy Crush macam permainan video.

17:27.000 --> 17:28.720
Itu sangat bagus.

17:28.800 --> 17:30.240
- Awak tahu apa?
- Apa?

17:30.320 --> 17:32.720
Awak jumpa persamaan kamu berdua.

17:32.800 --> 17:34.280
Jika ini perbualan awak,

17:34.360 --> 17:37.200
awak perlu pastikan selepas awak berbual,

17:37.280 --> 17:39.320
masih ada sedikit ruang

17:39.399 --> 17:41.000
untuk orang lain bercakap.

17:41.080 --> 17:43.760
Jom duduk atas lantai.
Saya akan duduk sini.

17:43.840 --> 17:47.520
Bagus. Saya akan golekkan
beberapa biji bola kepada awak.

17:47.600 --> 17:48.680
- Sedia?
- Ya.

17:48.760 --> 17:50.480
Jadi, apa awak suka buat?

17:51.240 --> 17:53.240
- Apa warna kegemaran awak?
- Saya…

17:53.320 --> 17:55.399
- Awak suka anjing?
- Ya. Warna…

17:55.480 --> 17:57.840
- Awak buat apa esok?
- Banyaknya soalan.

17:57.919 --> 17:59.360
Banyak betul, bukan?

17:59.440 --> 18:02.200
Kalau ada orang tanya awak begitu,

18:02.280 --> 18:05.320
susah nak kenal mereka
dan dengar apa mereka cakap.

18:05.399 --> 18:08.600
Maksudnya, saya masih tak tahu
apa-apa tentang Abbey.

18:08.680 --> 18:09.720
- Betul tak?
- Ya.

18:09.800 --> 18:12.720
Okey, jom cuba sesuatu yang berbeza.

18:12.800 --> 18:14.440
Boleh golekkan semula?

18:14.520 --> 18:16.520
Jadi apa aktiviti kegemaran awak?

18:16.600 --> 18:20.280
Saya suka main dengan anjing saya.

18:20.800 --> 18:22.680
Apa aktiviti kegemaran awak?

18:22.760 --> 18:24.399
Bersenam dan berenang.

18:24.480 --> 18:26.080
Golekkannya. Okey, bagus.

18:26.159 --> 18:29.560
- Kenapa awak suka berenang?
- Sebab duyung berenang.

18:29.640 --> 18:31.840
Tapi tak jauh sangat sebab bahaya.

18:31.919 --> 18:33.440
Golekkan. Jawapan bagus.

18:34.120 --> 18:36.840
Ya, betul. Jerung agak menakutkan, bukan?

18:36.919 --> 18:40.360
Saya teringat saya pernah
lihat filem bertajuk Soul Surfer.

18:40.960 --> 18:42.080
Ceritalah lagi.

18:42.159 --> 18:47.120
Seorang gadis meluncur dengan kawannya
dan tangannya digigit oleh jerung.

18:47.200 --> 18:48.280
Bethany Hamilton.

18:48.360 --> 18:49.520
Ya. Saya nampak.

18:49.600 --> 18:51.560
Dia selalu buat benda yang hebat

18:51.640 --> 18:53.480
walaupun dia ada satu tangan.

18:53.560 --> 18:54.399
Bagaimana?

18:55.679 --> 18:58.520
Mungkin dia berazam tinggi. Betul tak?

18:58.600 --> 19:00.800
- Ya.
- Awak tahu apa awak baru buat?

19:00.880 --> 19:03.200
- Apa?
- Awak baru berbual dengan saya.

19:03.960 --> 19:05.760
Ya Tuhan!

19:06.440 --> 19:09.360
Awak tak tukar topik.
Saya faham apa awak cakap.

19:09.440 --> 19:10.960
Kita berbual bersama.

19:11.040 --> 19:12.360
Boleh saya salam awak?

19:12.440 --> 19:13.720
- Ya!
- Ya!

19:13.800 --> 19:16.240
- Ya!
- Hebatnya.

19:16.320 --> 19:19.240
Cabaran utama Abbey
ialah menumpukan perhatian.

19:19.320 --> 19:23.720
Dia selalu tukar topik
sebab dia fikirkan banyak sangat benda.

19:23.800 --> 19:25.520
Kebolehan untuk berbual

19:25.600 --> 19:28.280
dengan cara melibatkan orang itu penting.

19:28.360 --> 19:29.679
Kalau dia boleh buat,

19:29.760 --> 19:31.760
semua perkara yang dia fikirkan

19:31.840 --> 19:35.679
akan jadi hebat, menarik
dan menyeronokkan semasa janji temunya.

19:35.760 --> 19:37.600
Saya gembira sangat jumpa awak.

19:37.679 --> 19:39.480
Saya pun gembira.

19:39.560 --> 19:40.840
Terima kasih.

19:40.919 --> 19:42.159
- Terima kasih.
- Ya.

19:42.240 --> 19:44.520
- Gembira jumpa awak.
- Awak pun sama.

19:44.600 --> 19:47.399
- Terima kasih.
- Tak sabar nak dengar semuanya.

19:47.480 --> 19:48.480
Selamat tinggal.

19:48.560 --> 19:49.600
Selamat tinggal.

19:49.679 --> 19:50.760
Terima kasih.

19:51.880 --> 19:54.080
Okey, Abbey. Awak nak sandwic?

19:56.280 --> 20:00.440
- Animasi ialah minat saya.
- Ceritalah tentang syarikat animasi awak.

20:00.520 --> 20:06.800
Saya dapat ilham
daripada Satoshi Tajiri, pencipta Pokémon.

20:06.880 --> 20:09.760
Dia juga autistik, jadi ia menakjubkan.

20:09.840 --> 20:12.880
Dia mulakan syarikatnya
semasa dia berusia 17 tahun,

20:12.960 --> 20:16.159
jadi saya mulakan syarikat saya
pada usia 14 tahun.

20:16.240 --> 20:20.360
Ia telah dilancarkan dengan bantuan
mak cik dan pak cik saya.

20:20.880 --> 20:23.040
Awak ajar orang autistik animasi?

20:23.120 --> 20:26.200
Betul. Saya seronok
tengok hasil kerja mereka.

20:28.560 --> 20:30.360
- Sedia?
- Saya dah sedia.

20:31.440 --> 20:33.360
Ini pejabat saya.

20:34.520 --> 20:38.200
Ini koleksi semua pencapaian saya

20:38.280 --> 20:40.600
yang dikumpulkan selama ini.

20:40.679 --> 20:44.880
Ini risalah yang saya sebarkan
semasa Comic-Con di San Diego.

20:44.960 --> 20:48.080
Hai, semua. Saya Mindy Da Vinci Lavender.

20:48.159 --> 20:50.440
Suara Mindy. Macam nama anjing saya.

20:50.520 --> 20:55.200
Personalitinya sama dengan diri saya
yang gembira dan optimistik.

20:55.960 --> 20:59.000
Paling hebat saya ada Ijazah Seni Halus,

20:59.080 --> 21:01.000
Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

21:01.080 --> 21:04.040
Ada banyak anugerah,
jadi saya nak rumah besar.

21:05.679 --> 21:09.880
Pasangan ideal saya ialah seseorang
yang menguruskan syarikat lain.

21:09.960 --> 21:13.440
Kami akan jadi pasangan
dan juga rakan sekerja.

21:13.520 --> 21:17.800
Jadi awak nak hubungan cinta
dan kerja awak saling berkait.

21:17.880 --> 21:18.840
Jadi satu.

21:19.360 --> 21:21.800
Macam heliks struktur DNA.

21:25.480 --> 21:29.800
Di Hollywood, Dani akan jumpa
kawan baiknya, Devin untuk minum.

21:29.880 --> 21:30.880
Helo.

21:30.960 --> 21:33.560
Hei, apa khabar?

21:34.240 --> 21:36.080
Gembira jumpa awak.

21:36.159 --> 21:39.320
- Apa khabar?
- Baik. Terima kasih, Devin.

21:39.399 --> 21:44.760
Wah, tempat ini mengingatkan saya
kepada seni Perancis.

21:44.840 --> 21:46.280
Awak tahu di Perancis

21:46.360 --> 21:49.200
mereka ada festival animasi terbesar
di dunia?

21:49.280 --> 21:51.399
Awak selalu cakap tentang animasi.

21:51.480 --> 21:52.600
Ia sangat lucu.

21:52.679 --> 21:54.720
Saya nak tahu pasal hubungan awak.

21:54.800 --> 21:56.679
- Okey.
- Apa yang dah berlaku?

21:56.760 --> 21:58.840
Saya akan mula berjanji temu lagi.

21:58.919 --> 22:01.159
Kenapa awak buat keputusan itu?

22:01.240 --> 22:03.720
Sebab dah beberapa tahun berlalu atau…

22:03.800 --> 22:07.200
Ya, sebab saya rasa sangat sunyi.

22:07.280 --> 22:09.720
Saya berada dalam situasi yang teruk.

22:09.800 --> 22:14.600
Ramai orang autistik fikir saya
terlalu bijak dan bersemangat,

22:14.679 --> 22:18.880
tapi orang biasa
anggap saya terlalu pelik.

22:18.960 --> 22:22.919
Saya nak pastikan mereka bersemangat
dan jaga kebersihan.

22:23.000 --> 22:26.200
Awak nak cari lelaki
yang tiada bulu roma muka, bukan?

22:26.280 --> 22:27.120
Ya.

22:27.200 --> 22:29.679
Saya terasa. Kenapa dengan bulu roma muka?

22:29.760 --> 22:33.600
- Saya tak suka muka berbulu.
- Ya Tuhan!

22:33.679 --> 22:35.480
Bagaimana dengan awak?

22:35.560 --> 22:37.919
Saya ada janji temu keempat.

22:38.919 --> 22:39.880
Gadis yang sama.

22:40.480 --> 22:41.600
Baguslah.

22:41.679 --> 22:42.960
Saya tahu.

22:43.040 --> 22:46.399
Apabila awak bertemu
dengan orang itu, apa harapan awak?

22:46.480 --> 22:49.960
Saya tahu ia akan berlaku.
Awak nak kahwin dan ada anak?

22:50.040 --> 22:55.320
Saya memang nak berkahwin
dan mungkin ada anak dengan ibu tumpang.

22:55.399 --> 22:58.280
Jadi awak tak nak hamil seumur hidup awak?

22:58.360 --> 23:02.640
Ya, sebab saya boleh
bayangkan kesakitan beranak.

23:05.040 --> 23:07.159
- Terima kasih.
- Terima kasih.

23:07.240 --> 23:09.399
Kepada orang autistik macam kita

23:09.480 --> 23:11.800
yang dah melepasi banyak halangan

23:11.880 --> 23:13.560
semasa kita membesar

23:13.640 --> 23:16.640
dan sehingga kita menemui cinta.

23:16.720 --> 23:19.040
Minum. Awak cari Putera Idaman awak.

23:19.120 --> 23:21.080
Saya cari Cinderella saya. Bam!

23:21.159 --> 23:22.040
Bam!

23:28.600 --> 23:33.159
Abbey sedang bersedia
untuk janji temu pertamanya.

23:33.240 --> 23:35.520
Gincu ini dah jadi comot.

23:36.040 --> 23:39.679
- Nampak macam Bette Davis.
- Saya tak nak jadi ahli sihir.

23:40.280 --> 23:43.720
- Tak boleh tanggal. Ia melekat.
- Saya nak jadi puteri.

23:43.800 --> 23:46.360
- Ayuh, puteri.
- Saya nak jadi puteri.

23:46.439 --> 23:48.480
Berdiri. Pandang cermin.

23:49.080 --> 23:50.159
Apa pendapat awak?

23:50.840 --> 23:52.120
Boleh tahan.

23:53.439 --> 23:54.919
Buat gaya fesyen.

23:56.399 --> 23:58.760
- Kita dah bersedia nak beraksi?
- Ya.

23:58.840 --> 24:00.439
- Jom kita pergi.
- Jom.

24:06.520 --> 24:07.679
PUSAT PEMBELAJARAN HAIWAN LIAR

24:09.960 --> 24:12.040
Hei, burung hantu western screech.

24:14.760 --> 24:16.360
Abbey akan menemui David.

24:17.280 --> 24:20.800
Dia sukakan singa
dan berada dalam pencuci kereta.

24:21.439 --> 24:23.320
Dia tak suka filem seram

24:23.399 --> 24:24.600
atau badut.

24:25.280 --> 24:27.000
- Hei.
- Hei.

24:27.080 --> 24:30.040
Hei, salam perkenalan.
Saya suka baju awak.

24:30.120 --> 24:32.040
Ada jerung pada baju awak.

24:32.120 --> 24:32.960
Terima kasih.

24:33.600 --> 24:35.600
- Hebatnya. Nama awak?
- David.

24:35.679 --> 24:37.360
- Selamat berkenalan.
- Awak?

24:37.439 --> 24:39.679
- Abbey. Selamat berkenalan.
- Samalah.

24:39.760 --> 24:40.880
Seronoknya.

24:41.480 --> 24:42.840
Awak suka haiwan apa?

24:42.919 --> 24:44.360
Singa Afrika.

24:44.439 --> 24:45.760
Saya pun!

24:45.840 --> 24:49.840
Awak tahu ada filem aksi langsung
The Lion King dengan Beyoncé?

24:49.919 --> 24:51.320
Wah, saya tak tahu pun.

24:51.399 --> 24:53.439
Ya, suaranya sangat merdu.

24:53.520 --> 24:56.480
Saya ke Afrika semasa cuti musim sejuk.

24:56.560 --> 24:57.640
- Yakah?
- Ya.

24:57.720 --> 24:59.240
Cemburunya saya.

24:59.320 --> 25:00.760
Saya pun nak pergi.

25:00.840 --> 25:03.600
Pergi ke Afrika memerlukan banyak duit.

25:03.679 --> 25:05.399
- Ia terlalu mahal.
- Ya.

25:05.480 --> 25:08.360
Ibu saya tak mampu bayar.
Dia belum cukup duit.

25:08.439 --> 25:10.399
Ya, tapi dia sedang berusaha.

25:10.480 --> 25:12.679
- Kalau kami jutawan…
- Ya.

25:16.439 --> 25:18.199
Berapa umur awak?

25:18.280 --> 25:20.880
Saya 26 tahun. Awak pula?

25:20.960 --> 25:22.040
Dua puluh tiga.

25:22.640 --> 25:24.640
- Kita dalam usia 20-an.
- Ya.

25:24.720 --> 25:26.159
Tak jauh beza sangat.

25:26.240 --> 25:28.760
Apa makanan kegemaran In-N-Out awak?

25:28.840 --> 25:30.800
Burger keju biasa. Awak pula?

25:30.880 --> 25:34.159
- Saya pergi In-N-Out semalam.
- Awak suka makan apa?

25:34.240 --> 25:37.080
Saya suka kentang keju,
tapi saya jarang makan

25:37.159 --> 25:39.199
sebab saya tahu ia tak sihat.

25:43.080 --> 25:44.159
Mana burung hantu?

25:44.240 --> 25:45.320
Di sana.

25:45.399 --> 25:47.640
Namanya burung hantu western screech.

25:48.840 --> 25:50.159
Hai, burung hantu!

25:50.240 --> 25:52.080
Jom kita tengok haiwan.

25:52.159 --> 25:55.439
Baguslah. Saya nak ambil gambar
haiwan kegemaran saya.

25:56.040 --> 25:57.399
Oh, ular besar.

25:57.480 --> 25:59.480
Saya akan masukkan dalam koleksi.

26:00.280 --> 26:02.240
Tengoklah monyet kecil itu!

26:02.320 --> 26:04.480
Ia dipanggil monyet tupai biasa.

26:04.560 --> 26:05.720
Comelnya.

26:07.120 --> 26:08.320
Ada lemur.

26:09.399 --> 26:10.399
Lemur!

26:10.480 --> 26:11.520
Comelnya.

26:13.280 --> 26:14.480
Tengok landak itu.

26:15.080 --> 26:16.360
- Landak.
- Ya.

26:16.439 --> 26:18.439
Hati-hati. Durinya tajam.

26:19.040 --> 26:21.480
Tengok burung besar itu. Ia helang.

26:22.760 --> 26:24.840
Ia nampak agak agresif.

26:24.919 --> 26:27.280
Ya. Cuma apabila ia memburu.

26:27.360 --> 26:29.720
Kukunya sebesar tangan saya.

26:30.360 --> 26:31.480
- Hampir.
- Ya.

26:32.800 --> 26:34.720
Ia nak guna suaranya?

26:34.800 --> 26:36.480
Sebab ia tak boleh cakap.

26:36.560 --> 26:37.960
Mungkin ia nak sesuatu.

26:38.040 --> 26:39.880
Tapi ia boleh memekik.

26:40.399 --> 26:42.120
Itu cara ia berkomunikasi.

26:43.040 --> 26:44.320
Ia berak!

26:46.159 --> 26:47.760
Apa burung kegemaran awak?

26:47.840 --> 26:51.280
- Saya suka semua burung.
- Awak suka burung botak?

26:52.000 --> 26:53.240
- Burung pucung?
- Ya.

26:53.320 --> 26:55.320
- Awak suka falkon tak?
- Ya.

26:55.399 --> 26:57.159
- Burung undan?
- Ya.

26:57.240 --> 26:58.760
- Burung kakak tua?
- Ya.

26:59.360 --> 27:00.280
Saya pun.

27:00.960 --> 27:03.919
Tengoklah mereka jatuh cinta.

27:04.000 --> 27:04.840
Comelnya.

27:04.919 --> 27:06.640
Helo, dua ekor kucing comel.

27:06.720 --> 27:07.720
Saya suka kucing.

27:08.320 --> 27:10.280
Saya pencinta kucing.

27:11.080 --> 27:12.199
Saya pun.

27:13.919 --> 27:16.439
- Saya rasa sangat seronok.
- Ya.

27:16.520 --> 27:18.280
Saya suka tempat ini.

27:18.360 --> 27:20.880
Terima kasih. Saya pun.

27:22.600 --> 27:25.480
Jom duduk di kerusi dan tengok-tengok.

27:34.840 --> 27:36.960
Boleh gambarkan pasangan ideal awak?

27:37.720 --> 27:42.040
Saya nak wanita yang sama dengan saya,
tapi bukanlah serupa.

27:42.120 --> 27:45.679
Saya takkan jumpa wanita
yang terlalu cantik untuk dunia ini,

27:45.760 --> 27:49.240
tapi saya masih nak wanita yang cantik.

27:49.320 --> 27:52.120
Cantik sangat sehingga
kalau saya lihat dia,

27:52.199 --> 27:55.520
saya tak rasa nak alihkan pandangan saya.

27:55.600 --> 27:56.760
Dan seorang wanita

27:56.840 --> 27:59.320
yang jaga kebersihan dan berpakaian kemas.

27:59.399 --> 28:02.360
Saya rasa saya tak banyak songeh, bukan?

28:02.880 --> 28:03.800
Harapnya tidak.

28:08.480 --> 28:11.800
Sementara dia bersedia
untuk kembali ke dunia janji temu,

28:11.880 --> 28:15.240
James berjumpa dengan adiknya,
William untuk makan malam.

28:15.320 --> 28:16.439
Hei. Apa khabar?

28:16.520 --> 28:18.960
- Seronok jumpa abang.
- Abang okey. Awak?

28:19.040 --> 28:20.320
Baik. Saya sihat.

28:20.399 --> 28:21.320
Okey. Bagus.

28:21.399 --> 28:22.840
Gembira mendengarnya.

28:22.919 --> 28:24.000
Hari abang okey?

28:24.080 --> 28:27.040
Tiada benda aneh berlaku, jadi baguslah.

28:27.120 --> 28:28.919
- Ya.
- Itu perkara yang bagus.

28:29.000 --> 28:30.560
Bagaimana dengan abang?

28:30.640 --> 28:35.640
Abang ada janji temu pada malam Sabtu.

28:35.720 --> 28:37.280
Abang rasa teruja.

28:37.360 --> 28:40.840
Harap dia ada personaliti yang baik
dan kami berdua serasi.

28:40.919 --> 28:42.439
Seronoknya. Baguslah.

28:42.520 --> 28:47.800
Abang tak tahu jika awak dah tahu,
tapi Pak Cik Henry ada teman wanita baru.

28:47.879 --> 28:49.679
- Yakah?
- Ya.

28:49.760 --> 28:52.240
Mereka jumpa di internet, jadi dia…

28:52.320 --> 28:55.480
Walaupun dia berumur,
nasibnya di internet lebih baik.

28:55.560 --> 28:58.560
Mungkin kamu berdua
akan jumpa teman wanita baru.

28:58.639 --> 28:59.840
Mesti lucu.

28:59.919 --> 29:02.040
Ia memang…
Tengoklah itu.

29:02.120 --> 29:04.600
Mai Tai untuk awak. Makanan akan dihantar.

29:04.679 --> 29:06.560
Terima kasih. Saya hargainya.

29:06.639 --> 29:09.480
Betul. Kepada janji temu abang
hari Sabtu nanti.

29:09.560 --> 29:10.480
Hebatnya.

29:12.040 --> 29:14.639
Apabila abang tanya dia soalan,

29:14.720 --> 29:17.520
pastikan abang tak gunakan senarai semak.

29:17.600 --> 29:19.520
Macam tanya soalan bertubi-tubi.

29:19.600 --> 29:21.919
Tanya beberapa soalan susulan

29:22.000 --> 29:25.919
sebab itu menunjukkan
yang abang benar-benar meminatinya.

29:26.000 --> 29:27.480
Abang boleh bercakap,

29:27.560 --> 29:31.280
tapi pastikan dia pun ada ruang
untuk bercakap dengan abang.

29:31.360 --> 29:32.199
Ya.

29:32.280 --> 29:35.320
Kedua-dua perlu bercakap sama banyak.

29:35.399 --> 29:37.199
Itu cara untuk bina keyakinan.

29:37.280 --> 29:40.399
Ia membantu sebab dia tahu
abang berminat dengannya.

29:40.480 --> 29:41.840
- Taco ikan.
- Baiklah.

29:41.919 --> 29:43.120
Tengoklah.

29:43.199 --> 29:44.080
Dan gril…

29:44.159 --> 29:46.240
Bagus, terima kasih.

29:46.320 --> 29:48.240
- Makanlah.
- Terima kasih.

29:48.320 --> 29:49.760
- Ia nampak enak.
- Ya.

29:50.360 --> 29:54.439
Jadi, berkenaan dengan ciri-ciri idaman
abang untuk seorang gadis,

29:54.520 --> 29:56.280
apa ciri yang abang anak?

29:56.879 --> 29:59.760
Seseorang yang rapat dengan abang,

29:59.840 --> 30:03.320
buat hidup abang lebih gembira dan seronok

30:03.399 --> 30:08.280
dan juga buat hidup rasa lebih ceria,
bertenaga dan berwarna-warni.

30:08.360 --> 30:09.399
Baguslah.

30:09.480 --> 30:11.720
- Nak kentang goreng awak.
- Ya.

30:11.800 --> 30:13.000
Terima kasih.

30:18.600 --> 30:22.399
Abang rasa tak menjadi masalah

30:22.480 --> 30:26.639
semasa janji temu pertama untuk memuji
pakaian atau barang kemasnya.

30:26.720 --> 30:30.360
Tapi tak elok kalau kita komen
rambut atau badan mereka.

30:30.439 --> 30:31.919
Itu pendapat abang.

30:32.000 --> 30:33.919
Betul cakap abang.

30:34.600 --> 30:37.080
Jika dia cakap dia tak suka rambut abang,

30:37.159 --> 30:41.240
abang pun mesti tak nak
jumpa dia buat kali kedua.

30:43.600 --> 30:45.520
PUSAT PEMBELAJARAN HAIWAN LIAR

30:46.159 --> 30:49.000
Kita akan berbual tentang hidupan laut.

30:49.080 --> 30:50.159
Ya.

30:50.240 --> 30:52.840
Apa hidupan laut kegemaran awak?

30:53.360 --> 30:56.040
Saya suka duyung, tapi mereka tak wujud.

30:56.120 --> 31:00.959
Saya betul-betul faham filem
The Little Mermaid semasa saya kecil.

31:01.480 --> 31:05.120
Tapi sekarang ia tiada kaitan
dengan hidup saya lagi.

31:06.080 --> 31:08.399
Sebab saya dah atasi banyak kesukaran.

31:08.480 --> 31:12.000
The Little Mermaid ialah
antara filem kegemaran saya.

31:13.560 --> 31:14.720
Hai, burung hantu.

31:14.800 --> 31:16.320
- Hai.
- Ia burung jahat?

31:16.399 --> 31:18.080
Sebenarnya, ia sangat baik.

31:20.919 --> 31:23.840
Ini spesies burung hantu
paling besar di dunia.

31:23.919 --> 31:25.360
Hai, burung hantu besar.

31:26.320 --> 31:29.080
- Apa pendapat awak?
- Ia nampak jinak.

31:29.679 --> 31:31.720
Bagaimana awak berseronok?

31:33.240 --> 31:34.480
Ia tak tahu bercakap.

31:34.560 --> 31:37.159
Kita ada tujuh tulang
untuk pusingkan kepala.

31:37.240 --> 31:38.320
Ia ada 14 tulang,

31:38.399 --> 31:40.600
jadi ia ada dua kali lebih banyak.

31:43.720 --> 31:45.439
- Kamu nak lihat sloth?
- Ya.

31:45.520 --> 31:48.080
- Jom cakap tentang sloth.
- Ikut saya.

31:48.159 --> 31:51.120
Ia akan tergantung begini seumur hidupnya.

31:51.199 --> 31:53.280
Ia tak berdiri macam kita.

31:53.800 --> 31:58.000
Ia tidur sepanjang hari.
Antara 15 dan 20 jam setiap hari.

31:58.520 --> 31:59.600
Hei, sloth.

31:59.679 --> 32:01.439
Lihatlah musang kecil itu.

32:01.520 --> 32:03.480
Itu musang fennec kami.

32:03.560 --> 32:04.879
- Ia…
- Ia menjerit?

32:04.959 --> 32:07.800
- Ia akan memekik dengan kuat.
- Macam…

32:08.719 --> 32:11.159
- Lebih kurang.
- Ia dari utara Afrika.

32:11.240 --> 32:13.120
- Awak pernah ke Afrika?
- Ya.

32:13.199 --> 32:16.879
Saya tak sabar
nak pergi ke sana lagi. Abbey?

32:16.959 --> 32:19.520
Saya pun. Jantung saya sentiasa berdegup.

32:19.600 --> 32:21.320
Kalau tak, saya dah mati.

32:21.399 --> 32:22.760
- Ya.
- Betul.

32:22.840 --> 32:24.879
Awak nak ikut saya ke Afrika?

32:24.959 --> 32:28.320
Ya, sudah tentu.
Jantung saya akan berdegup kencang.

32:30.879 --> 32:33.520
Saya seronok melihat haiwan bersama awak.

32:33.600 --> 32:34.439
Saya pun.

32:34.520 --> 32:37.240
Saya seronok luangkan masa dengan awak.

32:39.840 --> 32:43.000
Sebelum awak balik,
saya ada sesuatu untuk awak.

32:43.080 --> 32:43.919
Apa?

32:44.480 --> 32:45.560
Ini dia.

32:45.639 --> 32:46.840
Okey.

32:46.919 --> 32:47.879
Ini apa?

32:50.879 --> 32:54.719
- Ini apa?
- Ia gelang flamingo.

32:54.800 --> 32:57.240
- Saya beli di San Clemente.
- Ya Tuhan.

32:57.320 --> 32:59.320
Benarkah? Ia di Afrika?

32:59.399 --> 33:03.919
- Dari Afrika.
- Ya Tuhan, saya suka sangat.

33:04.000 --> 33:05.439
Saya akan pakaikan.

33:06.879 --> 33:07.719
Terima kasih.

33:10.840 --> 33:12.760
Ia ada flamingo. Saya suka.

33:13.360 --> 33:14.639
Baguslah.

33:15.199 --> 33:16.360
Terima kasih.

33:16.439 --> 33:17.760
Boleh kita jumpa lagi?

33:19.159 --> 33:22.360
Nantilah. Saya akan fikirkan.
Saya akan beritahu ibu.

33:22.439 --> 33:23.760
Ambillah masa awak.

33:23.840 --> 33:24.679
- Okey.
- Selamat tinggal.

33:24.760 --> 33:25.719
Selamat tinggal.

33:30.439 --> 33:31.439
Selamat tinggal.

33:34.800 --> 33:37.480
- Awak percayakan cinta pandang pertama?
- Ya.

33:37.560 --> 33:41.919
Sebab ini mungkin peluang terbaik
untuk mengenali orang itu.

33:42.000 --> 33:43.320
Saya nak lebih lagi.

33:43.399 --> 33:46.560
Itulah kuasa cinta.

33:52.520 --> 33:54.719
- Awak nak…
- Saya nak bersolek.

33:55.360 --> 33:58.560
Dani sedang bersiap
untuk pergi ke pusat bandar LA

33:58.639 --> 34:00.080
bagi janji temu pertama.

34:00.560 --> 34:04.199
- Bagaimana perasaan awak?
- Saya okey.

34:04.280 --> 34:06.959
Saya cuma nak letakkan sentuhan ajaib

34:07.959 --> 34:09.560
untuk lelaki idaman saya.

34:10.560 --> 34:13.679
Mungkin dia bukan lelaki idaman awak,
tapi siapa tahu?

34:13.760 --> 34:14.600
Betul.

34:14.679 --> 34:15.760
Awak dah sedia?

34:15.839 --> 34:17.319
Saya dah sedia, mak cik.

34:18.080 --> 34:19.280
Saya agak gelisah.

34:19.360 --> 34:22.159
- Minumlah tequila dulu.
- Terima kasih.

34:22.239 --> 34:24.799
- Terima kasih cadangkan.
- Untuk bertenang.

34:24.880 --> 34:25.880
Okey.

34:25.960 --> 34:26.920
Segelas saja.

34:28.040 --> 34:30.520
Kepada janji temu pertama dalam dua tahun.

34:30.600 --> 34:31.440
Okey.

34:35.239 --> 34:36.159
Ya.

34:38.040 --> 34:41.480
Kekacakan itu bonus
sebab rupa boleh menggoda,

34:41.560 --> 34:43.360
jadi saya perlu berhati-hati.

34:43.440 --> 34:48.000
Saya selalu tertarik dengan orang
berambut panjang paras bahu.

34:48.080 --> 34:50.679
Terutamanya lelaki berwajah androgini.

34:50.760 --> 34:53.960
Pernah tak awak terpikat dengan seseorang,

34:54.040 --> 34:57.080
tapi awak fikir,
"Tapi dia tak sesuai dengan saya…"

34:57.160 --> 34:58.160
Ya.

34:58.240 --> 35:00.680
Dia mungkin pemalas atau manipulatif.

35:11.280 --> 35:12.960
Betulkan rambut saya.

35:16.960 --> 35:19.000
Dani akan menemui Solomon.

35:20.080 --> 35:21.560
Dia suka menulis puisi

35:22.240 --> 35:23.640
dan aura yang baik.

35:24.240 --> 35:27.799
Dia tak suka orang makan bersepah
atau burung agresif.

35:36.720 --> 35:38.920
- Solomon.
- Dani, selamat berkenalan.

35:39.000 --> 35:39.839
Samalah.

35:39.920 --> 35:42.080
- Ini untuk awak.
- Cantiknya bunga.

35:42.680 --> 35:45.200
Cantik sangat. Terima kasih.

35:45.280 --> 35:46.520
Sama-sama.

35:46.600 --> 35:47.560
Apa khabar?

35:47.640 --> 35:49.000
Saya baik.

35:49.600 --> 35:51.040
Maaf, saya rasa gelisah.

35:52.000 --> 35:54.080
- Ya.
- Saya pun gelisah.

35:54.160 --> 35:55.520
Ya, jadi…

35:56.280 --> 35:58.040
Maaf, saya rasa agak gelisah.

35:59.360 --> 36:02.120
- Awak pernah ke janji temu begini?
- Tidak.

36:02.200 --> 36:03.080
Saya pun sama.

36:03.160 --> 36:05.360
Jadi, apa yang awak minat?

36:05.440 --> 36:07.640
Saya sangat meminati animasi.

36:07.720 --> 36:10.480
Saya ajar animasi kepada remaja autistik.

36:10.560 --> 36:13.400
Hebatnya. Dah berapa lama
awak kerja begitu?

36:13.480 --> 36:16.680
Saya buat animasi sejak berusia 14 tahun.

36:16.760 --> 36:17.680
Dah lama.

36:17.760 --> 36:19.160
- Empat belas?
- Ya.

36:19.240 --> 36:20.520
Minat yang hebat.

36:21.440 --> 36:25.319
Saya baru saja tamatkan ijazah AA saya
di Kolej Santa Monica.

36:25.400 --> 36:26.240
Wah.

36:26.319 --> 36:29.120
Dalam jurusan Pengajian Komunikasi,

36:29.200 --> 36:32.680
jadi saya akan bekerja
dengan kanak-kanak berlainan upaya

36:32.760 --> 36:35.280
dan ajar mereka cara buat benda betul

36:35.360 --> 36:36.799
- dan cara…
- Baguslah.

36:36.880 --> 36:39.120
Ya. Saya nak ajar perspektif saya,

36:39.200 --> 36:42.720
apa yang saya lalui
dan bagaimana saya jadi orang begini.

36:42.799 --> 36:46.560
Saya juga minat Hukum Tarikan.
Awak tahu maksudnya?

36:46.640 --> 36:48.480
Hukum Tarikan? Ia tentang apa?

36:48.560 --> 36:51.120
Kalau awak ada aura yang baik,

36:51.200 --> 36:53.920
awak akan tarik aura baik
kepada diri awak.

36:54.000 --> 36:54.839
Wah.

36:54.920 --> 36:56.680
Ia sangat hebat.

36:56.760 --> 36:58.440
Saya cuba dengan ramai orang

36:58.520 --> 37:01.280
dan hubungan kami sangat baik sekarang.

37:01.359 --> 37:03.680
Saya nak cari teman sejiwa saya,

37:03.760 --> 37:07.120
sebab itu juga saya belajar
tentang Hukum Tarikan.

37:07.200 --> 37:11.440
Sebab saya nak cari aura yang baik
dalam hidup saya, jadi…

37:12.680 --> 37:13.600
Terima kasih.

37:14.200 --> 37:15.280
Terima kasih.

37:15.359 --> 37:16.319
Ya. Silakan.

37:16.400 --> 37:17.359
Terima kasih.

37:17.440 --> 37:18.480
Awak suka anime?

37:18.560 --> 37:20.920
Ya, saya pernah tengok. Tapi tak selalu.

37:21.000 --> 37:23.960
Awak pernah ke Comic-Con San Diego?

37:24.040 --> 37:25.640
- Ya.
- Awak pernah ke sana?

37:25.720 --> 37:29.240
- Ya, ia menyeronokkan.
- Ya Tuhan.

37:29.839 --> 37:33.080
Saya nak ke tandas sekejap.
Nanti saya datang balik.

37:33.160 --> 37:34.120
Okey.

37:36.520 --> 37:38.040
Tanggapan pertama awak?

37:38.640 --> 37:41.359
Solomon. Dia sangat kacak.

37:41.440 --> 37:43.960
Maksud saya, bukan saja rupanya

37:44.040 --> 37:46.560
sebab kami juga ada persamaan.

37:46.640 --> 37:50.720
Membantu orang berlainan upaya
menjadi diri mereka sendiri,

37:50.799 --> 37:53.680
jadi saya rasa sangat gelisah dan…

37:54.359 --> 37:56.560
Oh ya, saya juga dah dilamun cinta.

37:56.640 --> 37:58.440
Kami berkongsi banyak hobi.

37:58.520 --> 38:00.720
- Awak cakap awak dilamun cinta?
- Ya.

38:01.839 --> 38:04.040
- Hei, saya dah kembali.
- Hei.

38:06.560 --> 38:07.799
Saya sangat

38:07.880 --> 38:10.200
pentingkan kerohanian

38:10.280 --> 38:14.160
dan juga Hukum Tarikan
sebab saya sangat sukakannya.

38:17.680 --> 38:18.560
Jadi…

38:18.640 --> 38:20.319
Jom kita minum.

38:22.040 --> 38:23.080
Ia sangat enak.

38:24.720 --> 38:30.560
- Awak pernah berjanji temu di internet?
- Ya, tapi saya terlalu gelisah.

38:30.640 --> 38:32.960
Saya rasa ia agak menakutkan.

38:33.040 --> 38:34.080
- Ya.
- Tidak.

38:34.160 --> 38:35.640
Idea yang teruk.

38:35.720 --> 38:37.760
Ia tak berjalan dengan lancar.

38:37.839 --> 38:40.120
- Ya.
- Saya rasa saya selalu dinilai.

38:40.200 --> 38:42.520
Awak perlu kenal orang itu dulu.

38:44.080 --> 38:46.440
Saya dah cakap kerohanian itu penting.

38:46.520 --> 38:48.640
Betul. Ceritalah kepada saya.

38:48.720 --> 38:49.600
Saya suka.

38:49.680 --> 38:52.280
Saya pun selalu dengar…
Awak okey?

38:52.359 --> 38:53.839
Saya cintakan awak.

38:53.920 --> 38:54.760
Apa?

38:55.600 --> 38:57.120
Saya rasa awak seksi.

39:02.440 --> 39:04.839
- Kenapa, Solomon?
- Nak rehat sekejap.

39:04.920 --> 39:06.120
- Ya.
- Maafkan saya.

39:06.200 --> 39:08.200
Kalau awak nak berehat, silakan.

39:09.319 --> 39:10.799
- Maafkan saya.
- Tak apa.

39:18.160 --> 39:21.120
Okey, mungkin keadaan agak kekok.

39:21.640 --> 39:24.319
Saya rasa saya dah takutkan dia.

39:54.880 --> 39:58.319
Terjemahan sari kata oleh Atikah Gazzali
- Ya, tapi saya terlalu gelisah.
