WEBVTT

00:13.320 --> 00:15.799
Kali ini betul-betul.

00:26.400 --> 00:27.320
Hei.

00:27.400 --> 00:31.080
Helo, Sasha. Ini Connor.

00:31.160 --> 00:33.080
Hei, Connor. Apa khabar?

00:33.160 --> 00:39.199
Baik. Awak mesti sibuk sekarang.

00:40.480 --> 00:43.720
Saya tengah uruskan anjing-anjing saya.

00:43.800 --> 00:46.120
- Saya gembira awak hubungi saya.
- Ya.

00:46.199 --> 00:47.720
Terima kasih.

00:47.800 --> 00:52.160
Saya nak cakap sesuatu.

00:52.239 --> 00:53.120
Okey.

00:53.199 --> 00:57.680
Sasha, saya gembira jumpa awak

00:57.760 --> 01:01.239
dan mengenali awak.

01:01.320 --> 01:02.199
Ya.

01:03.000 --> 01:04.399
Saya terfikir

01:04.480 --> 01:09.920
mungkin kita patut teruskan hubungan ini

01:11.040 --> 01:14.000
sebagai kawan.

01:16.280 --> 01:18.840
Jangan risau. Terima kasih beritahu saya.

01:19.800 --> 01:22.040
- Betulkah?
- Ya, saya tak kisah.

01:22.119 --> 01:27.000
Okey, saya cuma nak awak tahu
saya tak buat keputusan ini sesuka hati.

01:27.680 --> 01:28.560
Jangan risau.

01:29.080 --> 01:33.320
Kita masih boleh keluar bersama
sebagai kawan. Ya?

01:33.399 --> 01:34.759
Ya, sudah tentu.

01:35.360 --> 01:37.839
Wah! Saya gembira mendengarnya.

01:38.839 --> 01:41.160
- Ya.
- Kita berbual lagi.

01:41.240 --> 01:42.759
Berbual mesra.

01:42.839 --> 01:44.080
Sudah tentu.

01:44.160 --> 01:45.680
Jumpa lagi.

01:46.360 --> 01:49.320
- Baiklah. Terima kasih. Jaga diri.
- Berbual lagi.

01:49.399 --> 01:50.360
Berbual lagi.

01:53.679 --> 01:55.479
- Bagaimana?
- Bagus.

01:56.640 --> 01:59.360
- Saya tak sangka dia terima.
- Ya.

01:59.440 --> 02:02.640
- Syukurlah. Mak bangga.
- Terima kasih, mak.

02:02.720 --> 02:05.919
Seorang gadis akan rasa lega
jika tahu kedudukannya

02:06.000 --> 02:09.359
daripada tertanya-tanya statusnya.

02:09.440 --> 02:10.720
Betul.

02:10.799 --> 02:16.680
Tindakan kamu tadi perlukan
perwatakan, integriti dan rasa hormat.

02:16.760 --> 02:18.840
Mak sangat bangga akan kamu.

02:18.920 --> 02:20.400
Mak rasa nak menangis.

02:22.959 --> 02:25.200
- Mak sangat bangga.
- Terima kasih.

02:26.239 --> 02:27.320
Mak sangat bangga.

02:28.760 --> 02:31.280
- Syabas.
- Terima kasih.

02:32.959 --> 02:34.840
Kamu patut contohi dia.

02:48.400 --> 02:49.959
Di Zoo Greenville,

02:50.600 --> 02:52.799
Tanner berjanji temu dengan Kate.

03:04.000 --> 03:05.239
Awak suka kek cawan?

03:05.320 --> 03:07.640
- Ya.
- Apa yang awak suka?

03:07.720 --> 03:08.880
Aisingnya.

03:08.959 --> 03:10.720
- Saya suka aising juga.
- Ya.

03:10.799 --> 03:14.959
Dulu saya cuma makan aising
dengan kek cawan dan kek,

03:15.040 --> 03:16.600
dan bukan keseluruhan kek.

03:16.679 --> 03:18.440
Kelakar, bukan? Ya.

03:18.519 --> 03:22.120
Awak pun pernah buat begitu?
Cuma makan aising, bukan kek?

03:22.200 --> 03:24.440
Saya makan aising dulu, kemudian kek.

03:24.519 --> 03:26.360
- Ya, saya pun.
- Ya.

03:26.440 --> 03:28.600
Nak pergi tengok haiwan lagi?

03:28.679 --> 03:30.160
- Ya.
- Okey, jom.

03:31.280 --> 03:33.920
- Nak tengok burung hering?
- Burung hering menakutkan.

03:34.000 --> 03:36.679
- Awak suka burung hering?
- Tidak.

03:38.000 --> 03:40.399
Mata burung hering menakutkan.

03:40.480 --> 03:43.359
Burung hering berdiri seperti opossum.

03:43.440 --> 03:45.840
Ya. Betul. Burung hering makan bangkai.

03:46.359 --> 03:48.320
Baunya busuk juga. Jangan risau.

03:48.399 --> 03:50.239
Tak boleh bau
kerana haiwan itu di sana.

03:52.519 --> 03:54.040
Itu anak zirafah.

03:54.119 --> 03:55.519
- Anak zirafah.
- Ya.

03:56.119 --> 03:57.560
Cantik, bukan?

03:57.640 --> 03:59.239
Ya, sangat cantik.

03:59.839 --> 04:00.920
Ya, saya suka.

04:01.799 --> 04:03.000
Awak sangat kacak.

04:04.119 --> 04:06.280
Makanlah. Ini selada.

04:09.760 --> 04:11.560
Jari saya dijilat. Kate?

04:13.880 --> 04:15.079
Nah, kawan.

04:17.680 --> 04:20.000
Awak sangat comel dan kacak.

04:21.920 --> 04:24.560
- Macam mana janji temu?
- Hebat.

04:25.160 --> 04:29.240
Seronok dapat jumpa Kate semula
sebab dia comel, cantik dan baik.

04:30.120 --> 04:31.920
Ya, dia lebih banyak bercakap.

04:32.720 --> 04:36.200
Kami semakin mengenali satu sama lain.

04:36.280 --> 04:38.440
Lihat burung hantu itu. Nampak tak?

04:38.960 --> 04:41.000
- Saya suka burung hantu.
- Saya pun suka.

04:43.479 --> 04:45.960
Hei, Kate. Seronok?

04:46.039 --> 04:47.280
Apa awak paling suka?

04:47.960 --> 04:48.800
Apa-apa saja.

04:48.880 --> 04:51.039
Saya suka tengok zirafah .

04:52.680 --> 04:54.440
Awak nak

04:55.520 --> 04:57.120
keluar berjanji temu lagi?

04:58.039 --> 05:01.840
- Ya. Saya nak lepak dengan awak.
- Saya pun sama.

05:01.919 --> 05:03.960
- Ya.
- Apa awak nak buat?

05:04.479 --> 05:05.760
Makan aiskrim.

05:05.840 --> 05:07.960
- Saya pun nak makan aiskrim.
- Ya.

05:08.800 --> 05:10.320
Ayuh?

05:11.200 --> 05:12.039
Okey.

05:13.560 --> 05:15.200
- Nak pegang tangan?
- Ya.

05:24.599 --> 05:26.560
Saya perlu lupakan Jake.

05:27.080 --> 05:28.680
Saya akan cuba lagi.

05:28.760 --> 05:31.440
Pencarian cinta diteruskan!

05:31.520 --> 05:33.280
Tapi bukan dengan Jake.

05:33.359 --> 05:34.960
Okey. Masa untuk sarapan.

05:36.039 --> 05:38.560
Okey, ini. Kamu nak buat penkek, bukan?

05:38.640 --> 05:40.440
Biar saya periksa bahan-bahannya.

05:40.520 --> 05:42.320
Dani, apa aktiviti hari ini?

05:42.400 --> 05:46.520
Apa aktiviti hari ini?
Ingat tentang saya dan Adan?

05:46.599 --> 05:48.240
Awak makan malam
dengan dia musim lepas?

05:48.320 --> 05:52.760
Ya, kami setuju berjumpa lagi
di Comic-Con,

05:52.840 --> 05:56.359
dan ada satu acara hari ini
iaitu Pasadena Comic-Con!

05:56.440 --> 05:59.599
Saya sangat gembira
kami akan berjumpa lagi.

05:59.680 --> 06:02.760
Agak gementar juga tentang
perasaannya semasa janji temu terakhir.

06:02.840 --> 06:05.320
- Kenapa?
- Mungkin dia salah faham.

06:05.400 --> 06:08.880
Dia kacak, tapi dia berbeza.

06:09.919 --> 06:11.280
Kamu serasi dengan dia?

06:11.359 --> 06:16.280
Ya. Dia buat saya ketawa
apabila dia ajuk beberapa karakter.

06:16.359 --> 06:19.520
Saya ketawa terbahak-bahak.
Ia masih buat saya ketawa.

06:23.599 --> 06:25.080
Penkek hati.

06:27.640 --> 06:31.640
Susun. Corak berbentuk hati mesti disusun.

06:35.160 --> 06:37.520
- Mak rasa dia agak kacak.
- Ya.

06:37.599 --> 06:39.640
Pendapat mak. Mak rasa dia kacak.

06:39.720 --> 06:41.680
Kamu tak rasa dia…

06:41.760 --> 06:44.000
- Dia kacak.
- Mak rasa kamu memang rasa begitu.

06:44.080 --> 06:47.120
Saya rasa dia kacak.
Ketampanan yang tersendiri.

06:47.640 --> 06:48.799
Apa gaya kamu?

06:49.760 --> 06:53.599
Biasanya saya suka
lelaki berambut panjang.

06:54.320 --> 06:56.799
Bagaimana dengan bulu di muka?

06:56.880 --> 07:01.120
Tak apa jika dia ada janggut jarang,
asalkan ciuman itu okey.

07:01.200 --> 07:03.200
Asalkan dia kemaskan janggutnya.

07:05.760 --> 07:07.560
Okey. Mak akan kemas.

07:07.640 --> 07:10.599
Apa kata kamu pergi tukar baju
dan buat kerja kamu?

07:12.680 --> 07:13.720
Teka siapa?

07:15.520 --> 07:19.200
Rainbow Dash daripada
My Little Pony: Friendship is Magic.

07:23.640 --> 07:25.560
Mari kita lihat. Pusing ke sini.

07:25.640 --> 07:27.200
Jangan lupa telinga.

07:28.000 --> 07:29.440
Telinga kuda.

07:31.760 --> 07:33.080
Apa pendapat kamu?

07:34.719 --> 07:36.960
Pasti 200 peratus lebih hebat.

07:37.039 --> 07:39.320
Cuma letak tanda comel di pipi saya.

07:39.400 --> 07:41.080
Itu tanda comel Rainbow Dash.

07:45.440 --> 07:47.239
Okey. Kamu nampak comel.

07:47.320 --> 07:49.280
Bukan setakat comel. Hebat!

07:49.880 --> 07:51.400
Betul. Kamu nampak hebat.

07:51.479 --> 07:52.919
Hebat!

07:53.000 --> 07:56.120
Sonic Rainbowboom ke Pasadena Comic-Con,

07:56.200 --> 07:58.039
saya datang!

07:58.120 --> 07:59.120
Selamat tinggal.

08:11.200 --> 08:15.919
Di Kenya,
hari terakhir Abbey dan David di safari.

08:23.599 --> 08:27.320
- Okey, di situ.
- Ya. Ada seekor! Ada singa betina!

08:29.239 --> 08:30.520
Ada di sana.

08:31.520 --> 08:34.799
- Sedang berjalan. Singa betina, Abbey!
- Singa betina!

08:38.079 --> 08:39.880
- Itu pun singa itu
- Ya, situ.

08:42.600 --> 08:46.800
- Awak rasa apa yang dia buat?
- Cari sarapan. Gajah, mungkin.

08:48.680 --> 08:52.240
Mungkin mencari anak-anaknya. Entahlah.

08:54.040 --> 08:55.480
Hai, singa betina!

08:57.920 --> 09:01.240
Kita ganggu privasinya tak?
Atau kita mengganggu?

09:11.079 --> 09:12.640
- Oh, Tuhan!
- Ada apa?

09:14.600 --> 09:16.280
Anak singa!

09:18.400 --> 09:19.640
Bertenang.

09:19.720 --> 09:21.240
Ada anak singa!

09:24.480 --> 09:25.839
Anak singa itu tengok apa?

09:25.920 --> 09:28.440
- Kamu.
- Anak singa itu pandang saya.

09:28.520 --> 09:30.120
Sebab anak singa itu suka awak.

09:30.640 --> 09:32.520
- Anak-anak itu masih kecil.
- Nala!

09:33.520 --> 09:35.920
- Itu Nala.
- Abbey, yang di semak itu.

09:36.000 --> 09:39.240
- Lihatlah anak singa itu.
- Lihat anak singa itu!

09:40.280 --> 09:41.800
Anak singa… Oh, Tuhan.

09:42.400 --> 09:45.320
Ingat tak kita kata nak ke Afrika
ketika janji temu pertama kita?

09:45.400 --> 09:46.440
Ya.

09:47.440 --> 09:49.920
Saya memang teringin dan berpeluang buat.

09:50.000 --> 09:51.120
Saya pun ada.

09:51.199 --> 09:53.360
Ini pengembaraan seumur hidup.

09:55.520 --> 09:57.280
Kita nampak anak singa!

09:57.800 --> 10:01.920
- Singa betina dengan anak-anaknya!
- Comelnya.

10:04.079 --> 10:07.320
Sebab itu saya jumpa lelaki
yang sama minat dengan saya.

10:07.400 --> 10:10.920
- Kamu sepadan.
- Bukan senang nak jumpa.

10:11.400 --> 10:13.600
- Kami dalam hubungan.
- Ya.

10:13.680 --> 10:14.680
Kita akan berkahwin?

10:14.760 --> 10:16.040
- David yang…
- Ya.

10:16.120 --> 10:16.959
Ya.

10:17.040 --> 10:19.880
Dia suka singa.

10:27.880 --> 10:29.520
Helo sekali lagi, Cian.

10:29.600 --> 10:31.120
Helo, Steve.

10:31.199 --> 10:32.120
Apa khabar?

10:32.640 --> 10:36.360
Sama, macam biasa.

10:36.440 --> 10:38.720
Ada keluar janji temu?

10:38.800 --> 10:40.640
Tak pun.

10:41.440 --> 10:44.160
- Awak masih mencari cinta?
- Ya.

10:44.240 --> 10:46.560
Saya tak tahu cara

10:46.640 --> 10:50.920
atau di mana saya akan menemuinya.

10:51.000 --> 10:52.640
Saya cuma rasa

10:52.720 --> 10:58.360
saya memang ditakdirkan

10:58.440 --> 11:01.600
untuk bersama seseorang.

11:06.680 --> 11:08.040
Cantik.

11:08.120 --> 11:10.280
- Cantiknya.
- Ini kawasan teluk.

11:10.800 --> 11:13.079
Pembantu peribadi Steve, Shorae,

11:13.160 --> 11:16.280
telah bekerja dengannya
selama empat tahun.

11:16.360 --> 11:17.719
Lihat, Steve.

11:17.800 --> 11:20.280
- Ada anjing laut di sana!
- Oh, Tuhan!

11:20.360 --> 11:21.360
Oh, Tuhan!

11:21.440 --> 11:23.040
Oh, cantiknya.

11:24.040 --> 11:26.520
Lihatlah Istana Seni Halus di sana.

11:26.600 --> 11:28.719
Seni Halus!

11:30.480 --> 11:33.880
Awak akan keluar
berjanji temu di sana tak lama lagi.

11:33.959 --> 11:35.920
- Oh, Tuhan.
- Mengujakan, bukan?

11:36.000 --> 11:37.760
Ia mengujakan.

11:37.839 --> 11:40.800
- Sejujurnya, saya agak gementar.
- Awak gementar?

11:40.880 --> 11:45.600
Biasalah kalau rasa teragak-agak.

11:45.680 --> 11:47.320
- Betul.
- Tapi awak akan okey.

11:47.400 --> 11:51.719
Kualiti apa yang awak nak lihat

11:51.800 --> 11:54.320
ada pada teman janji temu awak?

11:54.400 --> 11:55.240
Seseorang

11:56.320 --> 11:58.600
yang ada kualiti macam awak.

11:58.680 --> 12:01.719
- Baiknya awak. Beritahu lagi.
- Saya tak bergurau.

12:01.800 --> 12:04.280
- Tak, saya tak bergurau.
- Cukuplah.

12:04.360 --> 12:05.240
Saya suka.

12:05.760 --> 12:09.120
- Istana itu sangat istimewa.
- Ia cantik.

12:09.920 --> 12:11.079
Tahu tak?

12:11.160 --> 12:13.839
- Apa?
- Ada penyu di sana.

12:13.920 --> 12:15.480
Yakah? Comel.

12:15.560 --> 12:17.839
Ya. Sebenarnya,

12:17.920 --> 12:19.520
ada lagu yang indah

12:20.240 --> 12:22.880
berjudul "So Happy Together"

12:22.959 --> 12:27.400
oleh kumpulan yang bernama Turtles.

12:27.480 --> 12:30.240
Bayangkan aku dan kau

12:30.320 --> 12:32.240
Serta kau dan aku

12:32.320 --> 12:35.199
Tak kira apa pun cabarannya

12:35.280 --> 12:36.800
Pastinya

12:36.880 --> 12:39.640
Kau satu-satunya untukku

12:39.719 --> 12:41.320
Serta kau untukku

12:41.400 --> 12:44.760
Gembira bersama-sama

12:45.560 --> 12:48.760
Bagaimana keadaan cuaca?

13:08.880 --> 13:10.000
Lihatlah suasana!

13:13.320 --> 13:14.719
COMIC CON PASADENA

13:19.640 --> 13:21.360
Aduhai, Adan.

13:21.440 --> 13:23.599
- Helo.
- Awak baru sampai.

13:23.680 --> 13:26.760
Ya. Awak nampak sangat hebat, cik.

13:27.560 --> 13:29.360
- Apa khabar?
- Baik. Terima kasih.

13:29.440 --> 13:31.440
- Awak, Rainbow…
- Rainbow Dash.

13:31.520 --> 13:34.440
Betul. Rai… Sayalah Rainbow Dash!

13:34.520 --> 13:37.040
Awak ada tanda comel. Awak ada sayap.

13:37.560 --> 13:38.560
Malah, ekor.

13:38.640 --> 13:39.920
Ya.

13:40.000 --> 13:43.719
Bagus. Saya cuma Jedi yang tersingkir.

13:43.800 --> 13:47.199
Bukan Sith, bukan Jedi,
tapi cuma kontraktor bebas.

13:47.280 --> 13:52.400
- Lama tak jumpa. Ya, dah lama.
- Ya, lama tak jumpa. Bagus kita berjumpa.

13:52.480 --> 13:53.680
Betul.

13:53.760 --> 13:55.719
Ayuh? Mari pergi.

13:58.320 --> 14:02.000
- Gembira jumpa awak lagi. Sungguh.
- Saya pun, Adan.

14:02.599 --> 14:07.400
Saya dah boleh bayangkan
begini suasananya.

14:07.480 --> 14:09.760
Wah. Lihat semua kostum itu.

14:09.839 --> 14:10.959
Ya.

14:11.040 --> 14:14.400
- Siapa awak akan panggil?
- Pemburu hantu!

14:15.440 --> 14:18.000
Kalau Thor boleh angkat, saya pun boleh.

14:18.520 --> 14:19.760
Beratnya.

14:19.839 --> 14:22.160
Hei, tunggu, itu bukan penukul Thor.

14:22.240 --> 14:23.920
Itu penukul ThunderCats.

14:26.120 --> 14:27.439
Itu semua pedang.

14:27.520 --> 14:30.400
Ini kegemaran saya. Cogan alam Loki.

14:30.479 --> 14:35.599
Loki. Awak ingat bahagian lucu,
Incredible Hulk pukul Loki?

14:35.680 --> 14:39.680
Oh Tuhan. Dia kata,
"Saya dewa dan saya takkan dibuli oleh…"

14:40.439 --> 14:41.880
Kemudian dia…

14:45.800 --> 14:48.079
Apa kata kita jumpa Richard Horvitz?

14:48.160 --> 14:50.199
- Ingat awak takkan ajak.
- Okey?

14:50.280 --> 14:51.959
- Hei.
- Helo!

14:52.040 --> 14:54.040
- Apa khabar?
- Helo!

14:54.560 --> 14:56.880
- Gembira bertemu awak.
- Siapa nama awak?

14:56.959 --> 15:00.920
Saya Dani Bowman dan
saya pakai kostum Rainbow Dash!

15:01.000 --> 15:04.360
- Ya! Cantik. Ia kostum yang hebat.
- Terima kasih.

15:04.439 --> 15:07.719
Saya cuma Jedi yang tersingkir
dan tak sertai mana-mana pihak dan…

15:07.800 --> 15:09.800
Oh, Tuhan!
Awak suara watak Angry Beavers.

15:09.880 --> 15:11.520
"Itu gila!"

15:11.599 --> 15:14.319
- Ya.
- Kamu seronok hari ini?

15:14.400 --> 15:17.160
- Sudah tentu.
- Ya. Kami sangat seronok.

15:17.240 --> 15:19.880
Ya. Kamu memang dah kenal sebelum datang ?

15:19.959 --> 15:22.439
Ya, sejak janji temu pertama.

15:22.520 --> 15:23.599
- Ya.
- Ini janji temu?

15:23.680 --> 15:25.040
- Ya.
- Kami bertemu di LA.

15:25.120 --> 15:27.319
Kemudian makan malam di Hollywood Hills.

15:27.400 --> 15:30.640
- Bagus.
- Ini saga diteruskan.

15:30.719 --> 15:32.839
- Saga diteruskan.
- Betul.

15:32.920 --> 15:35.319
- Awak ceriakan saya semasa kecil.
- Terima kasih!

15:35.400 --> 15:38.520
Saya rasa awak ceriakan
zaman kanak-kanak saya juga.

15:38.599 --> 15:41.319
Awak suara watak Billy
dalam Grim Adventures.

15:41.400 --> 15:43.360
"Ya, saya suka pai!"

15:43.439 --> 15:46.160
Saya paling suka,
"Billy, di mana sabit saya?"

15:46.240 --> 15:49.800
"Ada di sini, Grim."
Suara awak sangat bagus.

15:49.880 --> 15:53.079
"Tak guna, pulangkan semula."
- Sangat bagus.

15:53.160 --> 15:55.520
Boleh kita buat cabaran ketawa jahat?

15:55.599 --> 15:57.680
Cabaran ketawa jahat?

15:57.760 --> 16:00.520
- Itu yang dia cakap.
- Baiklah. Siapa dulu?

16:00.599 --> 16:01.880
- Okey.
- Saya akan cuba.

16:01.959 --> 16:02.959
Okey, silakan.

16:08.800 --> 16:10.359
Okey, yang ini…

16:11.000 --> 16:14.040
Frank Welker, jangan tembak saya.
Saya akan ajuk.

16:14.920 --> 16:16.000
Ya!

16:18.120 --> 16:20.719
- Itu amat bagus.
- Itu ketawa Megatron saya.

16:20.800 --> 16:22.680
- Hebat.
- Okey, saya akan cuba.

16:31.800 --> 16:34.439
Tak syak lagi!
Saya dah kata dia akan menang.

16:38.160 --> 16:39.520
Sangat sempurna

16:39.599 --> 16:41.079
Hebat sekali!

16:41.160 --> 16:42.479
Semoga seronok hari ini.

16:42.560 --> 16:44.120
- Selamat tinggal.
- Terima kasih.

16:44.199 --> 16:45.359
- Ayuh?
- Selamat tinggal.

16:45.439 --> 16:47.160
Mari kita sambung di sana.

16:47.240 --> 16:49.599
Kalau itu yang awak mahu. Tunggu.

16:56.199 --> 16:57.800
Di Istana Hammond,

16:58.719 --> 17:01.240
James sedang menunggu temannya tiba.

17:01.319 --> 17:05.119
- Apa khabar, James?
- Cukup baik, rasanya. Saya cuma…

17:05.800 --> 17:07.879
Ya, saya rasa saya okey.

17:11.680 --> 17:13.680
James nak jumpa Maggie.

17:14.200 --> 17:17.399
Dia suka katak berlumut Vietnam

17:17.480 --> 17:18.599
dan ilmu sihir.

17:19.119 --> 17:21.480
Dia tak suka ventrilokis

17:22.079 --> 17:24.440
atau orang yang biadab dengan pelayan.

17:25.880 --> 17:28.119
- Hai!
- Ya, helo. Saya James.

17:28.200 --> 17:30.880
- Saya Maggie.
- Maggie. Selamat berkenalan.

17:30.960 --> 17:32.800
- Saya pun.
- Ya.

17:33.320 --> 17:34.680
Awak pernah ke sini?

17:34.760 --> 17:35.919
Tak pernah. Awak?

17:36.000 --> 17:37.680
Ya, beberapa kali.

17:37.760 --> 17:39.760
Salah satu tempat kegemaran saya.

17:39.840 --> 17:42.560
Saya suka melawat tempat ini banyak kali.

17:42.640 --> 17:43.560
Hebatnya.

17:43.640 --> 17:46.480
Ia dibina oleh John Hayes Hammond,

17:46.560 --> 17:49.240
perintis awal dalam komunikasi wayarles.

17:49.320 --> 17:52.320
Dia orang Amerika, tapi dia obses
dengan sejarah zaman pertengahan,

17:52.399 --> 17:53.440
macam saya.

17:53.520 --> 17:56.560
Jadi dia mahukan
istana abad pertengahan Eropah asli

17:56.640 --> 17:58.159
di Amerika Syarikat.

17:58.240 --> 18:02.880
Ia tempat yang menarik untuk dilawati.
Saya harap awak suka.

18:02.960 --> 18:04.240
- Nampak cantik.
- Ya.

18:04.320 --> 18:09.240
Awak suka sejarah atau istana
dan sejarah zaman pertengahan?

18:09.320 --> 18:12.600
Saya suka sejarah.
Saya suka melawat tempat unik.

18:12.680 --> 18:14.760
- Bagus.
- Saya suka antropologi.

18:14.840 --> 18:18.040
Arkeologi ialah subjenisnya. Saya suka.

18:18.120 --> 18:19.240
Ya, bagus.

18:19.320 --> 18:22.440
Ada katak pada baju awak.
Awak suka katak?

18:22.520 --> 18:24.360
Saya suka katak, ya.

18:24.440 --> 18:26.919
Kalau awak suka sejarah,
saya ada satu cerita.

18:27.000 --> 18:29.320
Sudah tentu. Saya suka dengar cerita.

18:29.399 --> 18:31.120
Okey. Pada zaman Mesir purba,

18:31.200 --> 18:34.800
ada seorang dewi
melahirkan anak bernama Heqet,

18:34.880 --> 18:36.520
dan dia seekor katak.

18:36.600 --> 18:42.040
Jadi, Hecate, dewi Greek,
mungkin berdasarkan dia,

18:42.120 --> 18:43.880
dan dia dewi ilmu sihir.

18:43.960 --> 18:48.480
Mungkin sebab itu
ahli sihir dan katak selalu bersama.

18:48.560 --> 18:50.080
Itu agak menarik.

18:50.159 --> 18:54.399
Terus terang, saya selalu nak tahu sebab
kucing hitam dikaitkan dengan ilmu sihir.

18:54.480 --> 18:56.159
Saya tak pasti.

18:56.240 --> 19:00.240
Tak, tapi pemburu ahli sihir
kadangkala bunuh kucing hitam juga.

19:00.320 --> 19:03.720
Tapi itu mungkin juga punca wabak pes,

19:03.800 --> 19:05.640
Kematian Hitam pada tahun 1300-an

19:05.720 --> 19:09.679
kerana kita tahu
wabak pes disebarkan oleh kutu.

19:09.760 --> 19:12.679
Kutu pula menjangkiti kucing.

19:12.760 --> 19:15.840
Kucing makan tikus,
jadi, banyak kucing mati.

19:15.919 --> 19:18.560
Lantas, lebih cepat tikus membiak.

19:18.640 --> 19:23.320
Jadi, ada lebih banyak kutu
pada tikus untuk membawa wabak itu, jadi…

19:23.840 --> 19:26.840
Tak, itu sebenarnya sangat menarik.

19:30.240 --> 19:32.240
Memang benar.

19:33.679 --> 19:35.560
Boleh kita tukar tempat sebab matahari?

19:35.640 --> 19:38.080
- Tiada masalah.
- Terima kasih.

19:38.159 --> 19:39.560
Hebat, jauh lebih baik.

19:39.640 --> 19:41.560
- Lebih baik?
- Hebat.

19:41.640 --> 19:43.480
Maaf jika bertanya.

19:44.080 --> 19:46.120
Tiba-tiba tukar topik,

19:46.200 --> 19:48.880
apa pekerjaan awak?

19:48.960 --> 19:52.360
Saya pembantu pengajar
di sekolah kanak-kanak istimewa.

19:52.440 --> 19:53.560
Oh, bagus sekali.

19:53.640 --> 19:55.880
Biasanya mereka pekak dan buta. Ya.

19:55.960 --> 19:59.280
Ia sangat penting.
Kita sentiasa perlukan orang begitu.

19:59.360 --> 20:00.679
- Bagus.
- Terima kasih.

20:00.760 --> 20:02.800
Ya. Jadi…

20:03.399 --> 20:06.440
Mari kita masuk ke dalam istana.

20:06.520 --> 20:07.480
Okey. Ya.

20:07.560 --> 20:09.640
- Ya.
- Saya suka makhluk itu.

20:09.720 --> 20:11.919
- Makhluk itu sangat hebat.
- Ya?

20:12.720 --> 20:13.679
Okey.

20:14.399 --> 20:15.360
Wah!

20:15.440 --> 20:18.720
Ini dewan besar. Bukankah ia agak menarik?

20:18.800 --> 20:20.280
Ya. Ia cantik.

20:20.360 --> 20:23.520
Ya. Ada organ paip di sini.

20:23.600 --> 20:25.320
Lihat paip di sana.

20:25.399 --> 20:29.679
Bayangkan bunyinya,
cara bunyi itu bergema di sini.

20:29.760 --> 20:32.840
- Ya. Pasti hebat.
- Ya, tentu sekali.

20:32.919 --> 20:35.520
Alat yang hebat.

20:38.040 --> 20:39.840
Ya.

20:39.919 --> 20:43.520
Maaf, sebab tiba-tiba saja.

20:43.600 --> 20:47.000
Tapi saya perasan, itu subang angkasawan?

20:47.080 --> 20:48.520
Ya, ia angkasawan.

20:48.600 --> 20:51.760
Ya. Awak memang suka
angkasawan atau angkasa lepas?

20:51.840 --> 20:54.960
Ya. Ya, saya rasa kedua-duanya hebat.

20:55.040 --> 20:57.040
Saya beli di Hanoi, Vietnam.

20:57.120 --> 20:59.280
Bagus. Ia sangat cantik.

20:59.360 --> 21:01.120
- Terima kasih.
- Ya.

21:06.480 --> 21:08.919
- Banyak benda untuk dilihat.
- Ya.

21:09.000 --> 21:11.919
- Agak menarik setakat ini, bukan?
- Agak hebat.

21:15.880 --> 21:17.480
- Cantik.
- Cantik, bukan?

21:17.560 --> 21:18.560
- Ya.
- Ya.

21:18.640 --> 21:22.880
Saya dengar kadangkala Encik Hammond,
pemilik istana ini

21:22.960 --> 21:25.960
akan terjun dari tingkap itu
ke dalam kolam di sini.

21:26.040 --> 21:28.280
- Memang gila.
- Ya. Sangat berani.

21:28.360 --> 21:31.800
Bunyinya bahaya sebab
kita tak nampak kedalamannya, bukan?

21:31.880 --> 21:34.120
Tidak! Bayangkan jika dia tersasar.

21:35.880 --> 21:36.720
Jadi…

21:42.159 --> 21:44.640
Saya harap bunyinya tak pelik,

21:44.720 --> 21:48.159
tapi awak nak coklat?

21:48.240 --> 21:49.399
Okey, terima kasih.

21:49.480 --> 21:50.840
- Ya.
- Hebat!

21:50.919 --> 21:53.320
Saya tak tahu
jika awak biasa dengan jenama ini…

21:53.399 --> 21:55.000
- Saya tahu.
- Okey. Ya.

21:55.080 --> 21:57.240
Saya tak suka kacang hazel,

21:57.320 --> 21:59.760
tapi rasanya boleh tahan juga.

21:59.840 --> 22:02.240
Saya boleh cuba. Saya akan cuba makan.

22:02.320 --> 22:04.720
Maaf, seharian ia di dalam poket saya.

22:04.800 --> 22:08.320
Berjam-jam di dalam poket
dan warna gelap serap cahaya matahari.

22:08.399 --> 22:09.800
Maafkan saya.

22:09.880 --> 22:10.880
Tak mengapa.

22:13.800 --> 22:15.159
Bagaimana rasanya?

22:15.240 --> 22:16.919
- Sedap. Terima kasih.
- Bagus.

22:17.000 --> 22:19.399
- Sama-sama.
- Ya.

22:26.320 --> 22:28.760
Ada banyak lagi untuk dilihat

22:28.840 --> 22:31.040
dan kita belum teroka seluruh muzium.

22:31.120 --> 22:31.960
Ya.

22:47.000 --> 22:52.480
Di Kenya, Abbey dan David
dijemput melawat kampung Maasai.

22:52.560 --> 22:55.280
Wah, hebatnya!

22:55.360 --> 22:57.360
Selamat datang. Saya tunjukkan.

22:57.439 --> 22:58.640
Wah!

23:02.560 --> 23:05.200
Saya bawa kamu masuk ke rumah. Nampak tak?

23:05.720 --> 23:07.040
Ini najis lembu

23:07.120 --> 23:09.760
dicampur dengan tanah dan air. Ya?

23:09.840 --> 23:11.800
- Keras. Sangat keras.
- Ia keras.

23:11.880 --> 23:12.800
Seperti simen.

23:12.880 --> 23:15.840
- Kamu dengar bahan yang digunakan?
- Ia diperbuat daripada apa?

23:15.919 --> 23:16.919
Najis lembu.

23:17.000 --> 23:18.000
Najis lembu?

23:20.679 --> 23:21.679
Wah!

23:21.760 --> 23:23.520
Ini macam zaman dulu-dulu.

23:24.040 --> 23:25.919
- Berbeza daripada rumah saya.
- Ya.

23:27.679 --> 23:28.800
Wah.

23:29.880 --> 23:31.720
Tak macam Los Angeles.

23:33.040 --> 23:34.679
Awak tonton TV?

23:34.760 --> 23:36.640
Tak. Kami tak ada TV.

23:36.720 --> 23:37.880
Kamu makan apa?

23:37.960 --> 23:39.040
Darah.

23:39.120 --> 23:41.200
- Darah?
- Ya. Darah lembu.

23:41.280 --> 23:42.159
Awak suka?

23:42.240 --> 23:43.399
- Tidak.
- Daging?

23:43.480 --> 23:44.320
Saya suka daging.

23:44.399 --> 23:46.040
Awak suka susu?

23:46.560 --> 23:48.640
Cuma susu badam dan potongan daging.

23:48.720 --> 23:50.960
Saya cuma minum susu Alta Dena.

23:52.720 --> 23:54.919
Saya akan beri awak segelas darah.

23:55.000 --> 23:56.919
Tak, saya tak minum darah.

23:57.000 --> 23:59.120
- Kamu nak cuba darah?
- Tak nak.

23:59.200 --> 24:03.280
- Saya pun tak nak seperti awak.
- Saya tak nak jadi Count Dracula.

24:07.320 --> 24:10.840
Ini cara mereka memerah susu kambing.

24:10.919 --> 24:12.520
Ya. Bagus untuk gigi.

24:12.600 --> 24:13.520
Sangat sedap.

24:13.600 --> 24:15.000
- Abbey, nak cuba?
- Ya.

24:15.080 --> 24:17.800
Tekan ke bawah dan itu cara kamu perahnya.

24:17.880 --> 24:18.800
Saya akan cuba.

24:19.480 --> 24:21.560
Saya tahu. Saya tak nak cuba.

24:24.200 --> 24:27.640
- Pegangnya. Pegang satu lagi puting.
- Tak boleh!

24:27.720 --> 24:29.040
Ayuh. Kamu boleh buat.

24:30.000 --> 24:32.159
Pegang dengan tangan. Begitulah.

24:32.240 --> 24:35.000
- Ayuh, Abbey!
- Picit ke bawah. Begitulah.

24:37.040 --> 24:37.960
Saya berjaya!

24:38.040 --> 24:39.159
Syabas! Wah.

24:42.600 --> 24:43.439
Siapa nama awak?

24:43.520 --> 24:45.399
- Naimutiae.
- Naimutiae.

24:46.080 --> 24:47.560
- Itu nama Afrika.
- Ya.

24:47.640 --> 24:49.800
- Saya suka nama itu.
- Selamat berkenalan.

24:49.880 --> 24:51.360
- Saya David.
- Saya Abigail.

24:51.439 --> 24:53.399
Tapi orang panggil saya Abbey.

24:53.480 --> 24:56.600
- Ini teman lelaki saya, David.
- Nama gelaran saya, Dave.

24:56.679 --> 25:01.120
Saya tinggal di Amerika.
Ada banyak bangunan tinggi di tempat saya.

25:01.200 --> 25:03.679
Namun, ada ramai gelandangan.

25:03.760 --> 25:06.480
Ada panggung wayang di sana.

25:07.720 --> 25:11.120
- Kami ada kejutan istimewa.
- Sedia untuk kejutan?

25:11.199 --> 25:12.080
- Ya.
- Ya?

25:48.600 --> 25:49.919
Mari kita minum.

25:50.000 --> 25:52.280
Baiklah, mari minum.

25:54.520 --> 25:56.840
Awak tahu
"wajah yang cuma ibu boleh suka"?

25:56.919 --> 25:58.280
Ibu saya tak suka ini.

25:58.360 --> 25:59.520
Jangan sedih.

25:59.600 --> 26:00.679
Dia kata, ""Adan…

26:04.439 --> 26:07.280
Maksud mak, selagi saya suka,
tak ada masalah.

26:07.360 --> 26:08.399
Tapi mak tak suka.

26:08.480 --> 26:11.640
Dia kata, "Betul."
Saya jawab, "Saya sayang mak."

26:12.600 --> 26:15.040
Saya suka awak tak kira rupa awak.

26:15.120 --> 26:17.520
Awak buat saya gembira.
Saya suka rupa awak.

26:17.600 --> 26:19.560
- Sungguh.
- Terima kasih.

26:20.399 --> 26:23.199
- Awak tahu saya ada haiwan peliharaan?
- Tak.

26:23.919 --> 26:26.600
Saya pun ada.
Dua ekor anjing, seekor kucing.

26:26.679 --> 26:30.919
Namun, anjing kami Sundance,
mungkin terpaksa tidurkan…

26:31.679 --> 26:34.280
Sedih. Sundance ada artritis
di kaki belakang.

26:34.360 --> 26:35.520
Oh, Tuhan.

26:36.040 --> 26:39.480
Sundance tak boleh berjalan,
apatah lagi mengelilingi blok.

26:39.560 --> 26:41.840
Jadi, tolong doakan Sundance

26:42.480 --> 26:44.480
agar dapat elak daripada dibunuh.

26:44.560 --> 26:45.800
Aduhai!

26:56.520 --> 26:58.439
- Dah dapat wain. Minum.
- Minum.

27:01.640 --> 27:03.840
Untuk konvensyen yang hebat,
kejayaan kita,

27:03.919 --> 27:06.240
dan Tuhan bantu kita capai impian kita.

27:06.320 --> 27:07.159
Ya.

27:10.080 --> 27:13.080
Saya rasa begitu gembira… Tidak.

27:13.159 --> 27:15.760
Teruja, dapat jumpa awak lagi,
bertukar-tukar cerita.

27:15.840 --> 27:16.840
Ya.

27:16.919 --> 27:22.360
- Apa perasaan awak jumpa saya lagi?
- Hebat. Saya teruja jumpa awak lagi,

27:22.439 --> 27:24.360
bertemu secara bersemuka.

27:24.439 --> 27:25.439
Ya.

27:25.520 --> 27:27.600
Ia sangat hebat.

27:32.800 --> 27:35.399
Saya bintang Capricorn. Apa bintang awak?

27:35.480 --> 27:38.000
- Saya Libra.
- Bagus. Libra.

27:39.640 --> 27:41.000
- Ya.
- Ya.

27:41.080 --> 27:44.840
Saya Libra. Awak Capricorn.
Saya tak nampak sebarang konflik.

27:44.919 --> 27:47.720
Hanya kerana ramalan astrologi,

27:47.800 --> 27:49.399
tak bermakna ia mustahil.

27:50.000 --> 27:52.600
Capricorn dan Libra
masih boleh bercinta, bukan?

27:52.679 --> 27:54.040
Betul, saya setuju.

27:54.640 --> 27:56.840
- Ingat janji temu pertama kita?
- Ya.

27:56.919 --> 27:58.679
Maaf kerana lambat.

27:58.760 --> 28:00.040
- Abang saya…
- Usah risau.

28:00.120 --> 28:04.120
Saya nampak dalam rakaman, awak tunggu.
Sangat memalukan.

28:04.199 --> 28:05.280
Ya.

28:07.199 --> 28:09.320
Itu takkan berlaku lagi. Saya janji.

28:12.919 --> 28:15.840
Jadi, apa pendapat
awak semasa janji temu terakhir kita?

28:15.919 --> 28:18.960
Saya rasa ia hebat.
Saya suka malam itu, makanannya.

28:19.040 --> 28:23.000
Paling penting, saya suka
pemandangan awak dan Hollywood Hills.

28:23.080 --> 28:24.199
Ya.

28:25.919 --> 28:29.240
Maaf, saya perlu ke tandas.

28:29.320 --> 28:30.720
- Silakan.
- Terima kasih.

28:30.800 --> 28:31.760
Sama-sama.

28:37.080 --> 28:38.560
Adan sangat comel.

28:39.280 --> 28:41.959
Malam yang hebat. Syukurlah.

28:45.159 --> 28:46.280
Macam mana, Adan?

28:46.360 --> 28:48.679
Ia berjalan lancar. Kami seronok.

28:48.760 --> 28:51.679
Ada perasaan romantik?
Mungkin ada sesuatu?

28:51.760 --> 28:53.840
Ya, saya rasa begitu.

28:53.919 --> 28:56.040
Saya tak pasti jika perasaannya sama.

28:56.120 --> 28:58.919
Saya cuma boleh cuba
dan itu yang saya nak buat.

29:03.199 --> 29:04.040
Ayah.

29:04.120 --> 29:07.840
Berapa lama saya perlu tunggu
jika saya minum arak?

29:08.360 --> 29:10.520
Dani, apa awak rasa tentang Adan?

29:10.600 --> 29:12.879
Sekarang setiap kali
awak sebut nama Adan,

29:13.399 --> 29:14.280
aduhai.

29:14.959 --> 29:17.399
- Kenapa? Ada apa?
- Saya rasa bergetar.

29:18.679 --> 29:19.520
Baiklah.

29:19.600 --> 29:23.040
Maaf saya guna kad kredit ayah
berjumlah 60 dolar.

29:23.120 --> 29:27.000
Kalau mak nak saya bayar balik,
saya janji akan bayar.

29:27.080 --> 29:28.040
Jumpa nanti.

29:29.959 --> 29:32.240
Hai. Jadi, apa perasaan awak?

29:32.320 --> 29:35.959
Saya rasa sangat hebat.
Malam yang menakjubkan

29:36.040 --> 29:38.199
dan indah bersama awak, Adan.

29:38.280 --> 29:41.320
Melalui pengalaman dan
saat indah bersama awak juga.

29:41.399 --> 29:45.240
- Kita boleh berjumpa lagi.
- Saya gembira dapat jumpa awak lagi.

29:45.320 --> 29:48.280
- Baiklah. Mari pergi.
- Ayuh?

29:48.360 --> 29:49.399
Saya setuju.

29:51.600 --> 29:53.360
- Wanita dulu.
- Terima kasih.

29:53.439 --> 29:55.120
Awak lelaki budiman.

29:57.480 --> 29:59.199
- Baiklah.
- Selepas awak.

29:59.280 --> 30:00.560
Terima kasih, Adan.

30:00.639 --> 30:02.240
- Ayuh?
- Ya.

30:04.360 --> 30:08.120
Malam yang indah.
Seronok dapat minum.

30:08.639 --> 30:10.520
- Alamak.
- Awak terlupa sesuatu?

30:10.600 --> 30:13.439
Tak. Bukan sesuatu yang saya lupa.
Tapi perasaan saya sekarang.

30:13.520 --> 30:14.480
Ya?

30:15.800 --> 30:17.360
Dah mula gerimis.

30:23.480 --> 30:24.639
Di Georgia,

30:24.720 --> 30:27.840
Connor memikirkan peluang yang terlepas.

30:28.959 --> 30:30.679
Baiklah, ia…

30:32.840 --> 30:37.120
Saya jumpa seorang gadis
di acara temu janji pantas.

30:37.199 --> 30:38.560
Namanya Emily,

30:38.639 --> 30:40.439
tapi saya menolak dia

30:40.520 --> 30:43.800
sebab dia tak suka alam semula jadi.

30:44.320 --> 30:46.040
Saya lebih suka kesibukan.

30:47.720 --> 30:49.399
EMILY TIDAK

30:50.879 --> 30:53.959
Kamu kesal kerana menolaknya?

30:54.480 --> 30:57.600
Saya mula terfikir,
mungkin saya terlalu terburu-buru.

30:58.679 --> 31:01.760
Kamu rasa bagus tak hubungi

31:01.840 --> 31:06.199
wanita menyelaraskan acara itu
dan lihat jika Emily berminat dengan kamu?

31:06.280 --> 31:07.120
Ya.

31:07.199 --> 31:10.959
Apa kata kita hubungi dia sekarang?

31:11.040 --> 31:13.520
- Lebih cepat lebih bagus.
- Okey.

31:13.600 --> 31:14.639
Ini dia.

31:20.080 --> 31:22.399
- Helo. Ini Gina.
- Helo, Gina.

31:22.480 --> 31:24.720
Ini Connor daripada temu janji cepat.

31:25.320 --> 31:28.399
- Hai, Connor. Apa khabar?
- Saya okey, terima kasih.

31:28.480 --> 31:34.800
Jadi, semasa temu janji, ada seorang
gadis yang saya tanda sebagai "tidak",

31:35.399 --> 31:38.040
tapi saya mula ragu-ragu

31:38.120 --> 31:42.120
sebab saya rasa saya terlalu terburu-buru
dalam membuat keputusan.

31:42.199 --> 31:44.199
- Okey.
- Namanya Emily.

31:44.280 --> 31:49.320
Saya tertanya-tanya
jika dia berminat dengan saya.

31:50.080 --> 31:54.199
Saya boleh periksa kad padanannya

31:54.280 --> 31:55.840
dan jika semuanya okey,

31:55.919 --> 31:58.040
saya boleh hubungkan kamu berdua.

31:58.120 --> 31:59.600
Okey tak?

31:59.679 --> 32:02.399
Ya, bagus juga.

32:02.480 --> 32:04.719
Baiklah, saya akan periksa, Connor,

32:04.800 --> 32:08.520
dan harap boleh telefon awak
dan hubungkan kamu hari ini.

32:08.600 --> 32:10.240
- Terima kasih.
- Terima kasih.

32:10.320 --> 32:11.600
- Berbual lagi.
- Berbual lagi.

32:12.120 --> 32:15.959
Okey, mak harap dia suka kamu juga.

32:16.040 --> 32:17.320
Okey. Harap begitu.

32:18.080 --> 32:20.199
Jika dia tak suka,

32:20.800 --> 32:21.800
nak buat apa?

32:22.480 --> 32:25.480
Itu juga sebahagian
daripada janji temu, bukan?

32:25.560 --> 32:27.080
Jangan terlalu teruja.

32:27.159 --> 32:29.719
- Tengok, mak tenang.
- Ya.

32:29.800 --> 32:32.159
Kamu kata kamu terburu-buru dengan Emily.

32:32.240 --> 32:33.840
Apa yang menarik tentangnya

32:33.919 --> 32:37.280
sehingga kamu nak peluang kedua
untuk jumpa dia?

32:37.360 --> 32:40.199
Mungkin saya…

32:41.040 --> 32:44.000
Mungkin agak cetek tentang wanita.

32:44.080 --> 32:46.159
Saya tak nak jadi begitu.

32:46.240 --> 32:48.800
- Maksud saya…
- Kamu rasa Emily menarik?

32:48.879 --> 32:49.760
Ya.

32:49.840 --> 32:51.959
Kamu rasa tertarik secara fizikal.

32:52.040 --> 32:55.639
Kamu boleh cakap begitu.
Tak dosa. Tak apa.

32:55.719 --> 32:57.320
Itu tak buat kamu cetek.

32:57.399 --> 33:00.360
Jangan risau. Dia comel. Dia cantik.

33:00.439 --> 33:01.320
Ya.

33:01.399 --> 33:02.959
- Hore!
- Ya.

33:03.040 --> 33:05.120
Kalau dia minta filem dan TV

33:05.199 --> 33:07.560
mungkin saya patut tanya
genre kegemarannya?

33:07.639 --> 33:08.639
Sudah tentu.

33:08.719 --> 33:11.560
Sesiapa yang suka
Lord of the Rings, Harry Potter,

33:11.639 --> 33:14.879
Star Wars atau Transformers
ialah wira bagi saya.

33:14.959 --> 33:17.800
Jika dia suka semua itu dan dia comel,

33:17.879 --> 33:19.919
tentu dia sesuai untuk kamu.

33:20.000 --> 33:21.280
Ya, ia seperti… Itu

33:25.959 --> 33:26.879
Bahasa Itali.

33:26.959 --> 33:29.919
Maksudnya, "Di mana awak selama ini?"

33:30.000 --> 33:32.120
Mak suka ini. Mak suka orang ini.

33:32.199 --> 33:33.080
Ya.

33:33.159 --> 33:35.959
Semasa kamu mula berdating,
kamu sangat gemuruh.

33:36.040 --> 33:38.360
Sekarang kamu semakin yakin.
Keluar dating.

33:38.439 --> 33:39.280
Ya.

33:39.800 --> 33:41.639
- Semakin yakin?
- Ya.

33:41.719 --> 33:44.040
Mak nampak perbezaan kamu.

33:44.120 --> 33:47.040
- Mungkin saya semakin matang.
- Ia berdering.

33:47.120 --> 33:49.199
- Gina Temu Janji Pantas.
- Oh, ini…

33:50.520 --> 33:53.360
- Hello?
- Connor? Ini Gina.

33:53.439 --> 33:55.719
- Helo.
- Saya ada berita baik.

33:56.320 --> 33:57.480
Ya?

33:57.560 --> 34:00.000
Emily tanda ya.

34:00.840 --> 34:04.320
Maknanya saya boleh berkongsi maklumatnya.

34:05.040 --> 34:06.120
Okey.

34:06.199 --> 34:08.199
- Saya akan hantar kepada awak.
- Okey.

34:08.279 --> 34:09.839
- Berbual lagi.
- Berbual lagi.

34:10.360 --> 34:12.120
- Jadi…
- Jadi…

34:12.199 --> 34:15.040
- Kita dah dapat jawapan yang ditunggu.
- Ya.

34:15.120 --> 34:16.440
Apa perasaan kamu?

34:16.960 --> 34:21.639
Agak terkejut.

34:24.520 --> 34:27.280
- Saya boleh buat.
- Kamu boleh buat. Memang dah buat.

34:27.360 --> 34:28.799
- Mak teruja.
- Saya pun.

34:28.880 --> 34:30.120
Ayuh, laga penumbuk.

34:36.400 --> 34:37.639
Di San Francisco,

34:38.239 --> 34:43.040
Steve bersedia untuk temu janji pertama
selepas lebih setahun.

34:43.120 --> 34:44.639
Okey.

34:45.360 --> 34:48.319
- Aduhai.
- Apa perasaan awak, Steve?

34:48.960 --> 34:50.159
Saya gementar,

34:50.679 --> 34:51.920
sudah pasti.

34:53.000 --> 34:55.880
Tapi, tahu tak?

34:55.960 --> 34:57.480
Saya yakin

34:58.839 --> 35:01.160
semuanya akan baik-baik saja.

35:01.240 --> 35:02.960
Begitulah. Okey.

35:11.680 --> 35:12.520
Wah!

35:19.120 --> 35:20.120
Cantik.

35:21.720 --> 35:24.520
Saya rasa
ramai orang berkahwin di sini, Cian.

35:27.520 --> 35:28.480
Wah.

35:31.440 --> 35:34.040
Steve akan berjumpa dengan Sharona.

35:34.720 --> 35:36.920
Dia suka angkat berat

35:37.560 --> 35:38.920
dan diusik.

35:39.000 --> 35:41.640
Dia tak suka roller-coaster

35:41.720 --> 35:43.400
atau lambat ke parti.

35:47.000 --> 35:47.960
Steve?

35:48.040 --> 35:49.240
Ya.

35:49.920 --> 35:50.839
Hai.

35:50.920 --> 35:52.799
Helo, Steve.

35:52.880 --> 35:54.680
- Hai.
- Hai. Boleh peluk?

35:54.760 --> 35:56.080
Baiklah.

35:56.160 --> 35:58.440
Wah.

35:58.520 --> 35:59.680
Aduhai.

36:00.480 --> 36:03.000
- Selamat berkenalan.
- Selamat berkenalan. Nama awak?

36:03.080 --> 36:04.280
Sharona.

36:04.360 --> 36:08.200
Sharona? Aduhai!
Ia mengingatkan saya pada lagu itu.

36:08.280 --> 36:10.600
- "My Sharona!"
- Ya, The Knack!

36:10.680 --> 36:11.839
- Ya!
- Itu…

36:11.920 --> 36:13.280
Lagu itu untuk saya.

36:14.200 --> 36:16.400
Dia sangat liar dalam lagu itu.

36:16.480 --> 36:18.360
- Itu…
- Mungkin saya juga.

36:18.440 --> 36:20.120
Saya dapat rasakan.

36:20.640 --> 36:21.880
Betul.

36:21.960 --> 36:24.560
- Saya sangat gembira jumpa awak.
- Saya pun.

36:24.640 --> 36:26.040
Terima kasih.

36:26.120 --> 36:29.120
Aduhai. Awak dari mana?

36:29.200 --> 36:30.640
Israel!

36:30.720 --> 36:33.280
Yakah? Tak sangka, bukan?

36:33.360 --> 36:36.480
- Saya tak pernah ke sana.
- Mungkin awak patut lawat.

36:36.560 --> 36:38.839
- Saya tahu.
- Awak ikut saya.

36:38.920 --> 36:40.120
Wah!

36:40.200 --> 36:42.600
Saya baik dan akan bawa awak ke Israel.

36:42.680 --> 36:46.120
Wah. Tak sangka, bukan?

36:46.200 --> 36:49.280
- Saya berkhidmat dalam tentera Israel.
- Yakah?

36:49.360 --> 36:52.080
- Di bahagian perisikan.
- Wah!

36:52.160 --> 36:53.040
Ya Tuhan.

36:54.400 --> 36:56.040
Saya ada banyak rahsia.

36:56.120 --> 36:57.240
Saya pasti.

36:57.839 --> 37:00.680
Cantik. Wah!

37:01.280 --> 37:05.400
Awak perlu cari semua rahsia
satu hari nanti, jika awak mahu.

37:05.480 --> 37:06.520
Aduhai.

37:08.160 --> 37:10.000
Saya tengah fikir gelaran untuk awak.

37:10.080 --> 37:12.520
Wanita Penuh Rahsia.

37:14.760 --> 37:16.040
Saya pasti.

37:17.359 --> 37:19.400
Saya suka awak pegang tangan saya.

37:19.480 --> 37:20.600
Awak suka?

37:20.680 --> 37:22.920
Memang seronok pun.Ya.

37:23.520 --> 37:24.680
Sangat seronok!

37:24.760 --> 37:28.280
Saya dilahirkan di kibbutz.
Awak tahu apa itu kibbutz?

37:28.359 --> 37:30.160
Saya rasa saya tahu.

37:30.240 --> 37:31.880
Ia sekumpulan orang,

37:31.960 --> 37:35.319
dan mereka buat sesuatu
untuk meneruskannya.

37:35.400 --> 37:38.799
Tiada duit.
Awak tak membesar dengan ibu bapa awak.

37:38.880 --> 37:41.040
- Begitu.
- Jadi itu sangat sukar.

37:41.120 --> 37:44.040
Awak perlu jadi dewasa.

37:44.120 --> 37:47.280
Ya. Saya faham maksud awak.

37:47.359 --> 37:51.000
Apabila kita mencintai diri kita,
kita boleh mencintai orang lain.

37:51.080 --> 37:52.120
Ya.

37:52.200 --> 37:54.240
- Apabila kita merasainya…
- Ya.

37:54.319 --> 37:55.520
…jadi kita boleh…

37:55.600 --> 37:56.520
Ya.

37:56.600 --> 37:58.359
- …boleh mencintai orang lain.
- Betul.

37:58.440 --> 38:01.359
- Kita akan berbual perkara serius.
- Ya.

38:01.440 --> 38:03.920
Awak nak berjalan-jalan?

38:04.000 --> 38:05.600
Jalan? Boleh, Steve.

38:07.080 --> 38:09.080
Awak tak kisah pegang tangan saya?

38:09.160 --> 38:12.080
Saya tak kisah.

38:12.160 --> 38:15.240
- Awak suka?
- Ya.

38:22.680 --> 38:23.560
Pintu kecil.

38:23.640 --> 38:28.520
Ya, kita dapat hirup udara segar semula.

38:28.600 --> 38:29.720
- Ya.
- Saya boleh…

38:31.080 --> 38:33.400
Saya boleh bau laut dari sini.

38:34.000 --> 38:36.920
- Apa pendapat awak tentang Maggie, James?
- Dia sangat baik.

38:37.000 --> 38:39.480
Saya seronok berinteraksi dengan dia.

38:39.560 --> 38:42.560
Dia suka beberapa perkara
yang saya minat.

38:42.640 --> 38:45.280
Saya tak mahu seseorang yang macam saya.

38:45.359 --> 38:46.640
Tak nak klon saya.

38:46.720 --> 38:48.680
Awak harap ada janji temu kedua?

38:48.760 --> 38:50.880
Ya, saya harap begitu.

38:52.280 --> 38:55.440
- Wah. Pemandangan di sini cantik, bukan?
- Ya.

38:55.520 --> 38:59.440
Jika air tak begitu sejuk,
saya nak berenang ke pulau itu.

38:59.520 --> 39:00.480
Ya.

39:00.560 --> 39:03.600
Jadi, awak masih rasa seronok?

39:03.680 --> 39:04.560
Ya.

39:04.640 --> 39:07.120
Bagus. Saya tak banyak cakap, bukan?

39:07.200 --> 39:08.440
- Tak apa.
- Okey.

39:08.520 --> 39:11.960
Memandangkan awak kata awak
tak pernah ke Istana Hammond,

39:12.040 --> 39:14.040
awak rasa tempat ini hebat?

39:14.120 --> 39:16.839
- Ya. Ia hebat. Saya suka.
- Bagus.

39:16.920 --> 39:19.080
- Saya suka rambut awak.
- Terima kasih.

39:19.160 --> 39:21.400
Saya berusaha untuk menjaganya…

39:21.480 --> 39:23.200
Nampak macam diwarnakan, tapi…

39:23.280 --> 39:25.160
Rambut awak juga cantik.

39:25.240 --> 39:26.240
Terima kasih.

39:26.319 --> 39:30.280
Jika saya boleh bertanya,

39:30.359 --> 39:33.839
pernah tak awak ada hubungan serius
sebelum ini

39:33.920 --> 39:37.680
atau jumpa seseorang
yang awak rasa sangat sepadan,

39:37.760 --> 39:40.200
dan rupa-rupanya tidak?

39:40.280 --> 39:42.160
Ya, beberapa kali.

39:42.240 --> 39:45.319
Terutamanya bertemu seseorang
yang awak rasa sepadan,

39:45.400 --> 39:46.600
kemudian sebaliknya.

39:46.680 --> 39:49.799
Saya pernah menjalin
satu atau dua hubungan serius.

39:50.920 --> 39:54.680
Okey. Saya tak pernah bernasib baik
dalam perhubungan.

39:54.760 --> 39:57.000
Kecuali seorang wanita yang saya temui

39:57.080 --> 39:59.880
yang saya rasa sesuai
tapi sebenarnya tidak.

39:59.960 --> 40:02.520
Jadi saya tak nak cakap tentangnya.

40:02.600 --> 40:04.760
- Ia perkara lepas.
- Okey.

40:05.280 --> 40:07.720
Tapi, ya, tapi…

40:09.640 --> 40:11.839
Rasa agak kekok pula sekarang.

40:16.760 --> 40:20.080
- Ia sangat cantik.
- Ya. Ia menakjubkan, bukan?

40:24.520 --> 40:27.160
Ya, ia sangat bagus…

40:27.240 --> 40:29.640
Saya gembira dapat bertemu awak

40:29.720 --> 40:32.799
serta gembira awak sudi ke sini,
melawat istana ini.

40:32.880 --> 40:34.359
Ya. Ia sangat cantik.

40:34.440 --> 40:37.280
Saya nak…

40:37.359 --> 40:39.880
Saya nak kita bertemu lagi.

40:39.960 --> 40:40.960
Saya rasa…
bertemu lagi.
