WEBVTT

00:18.759 --> 00:21.080
Saya tertanya-tanya apa agaknya?

00:21.160 --> 00:22.240
Entahlah.

00:24.880 --> 00:26.200
Awak dah sedia?

00:26.720 --> 00:27.799
Ya.

00:32.080 --> 00:33.800
Tyler, siapa ini?

00:33.879 --> 00:36.400
- Saya akan nyanyikan sebuah lagu.
- Okey.

00:40.080 --> 00:41.000
Sebenarnya,

00:41.800 --> 00:43.239
hanya kita berdua.

00:43.760 --> 00:46.760
- Kita dua sejoli yang hidup dengan cinta.
- Ya.

00:47.280 --> 00:48.280
Ya.

01:03.040 --> 01:04.200
Saya suka.

01:06.080 --> 01:09.119
- Tak sangka awak menyanyi untuk saya.
- Ya. Nak menari?

01:09.200 --> 01:10.200
Baiklah.

02:08.160 --> 02:10.320
- Saya cintakan awak.
- Saya pun.

02:15.560 --> 02:19.480
Di Park City, Emma keluar dengan Austin.

02:19.560 --> 02:23.320
Dia mesti pandai berjenaka
dan pandai berbual.

02:23.400 --> 02:24.440
Okey.

02:28.280 --> 02:30.519
Jadi, kita boleh terus berbual.

02:30.600 --> 02:31.920
Itu agak penting.

02:32.000 --> 02:33.680
Ya, memang penting.

02:33.760 --> 02:35.000
Sama.

02:37.160 --> 02:38.320
Ya.

02:38.400 --> 02:39.440
Awak pula?

02:39.959 --> 02:43.560
Asalkan mereka baik
dan serasi dengan saya.

02:43.640 --> 02:47.640
Saya boleh berbaik dengan semua orang,
dengan sesiapa saja.

02:47.720 --> 02:49.080
- Ya.
- Ya.

02:49.160 --> 02:53.360
Satu lagi, asalkan mereka tak kisah
dengan ular atau labah-labah,

02:54.160 --> 02:57.640
tak apa kalau mereka nak jadikannya

02:57.720 --> 02:59.799
- sebagai haiwan peliharaan.
- Ya.

02:59.880 --> 03:02.239
Ayah saya takut ular.

03:02.320 --> 03:04.640
Saya nak jadikannya haiwan peliharaan.

03:04.720 --> 03:09.200
Itu satu-satunya sebab yang sah
kerana ia mudah dijaga,

03:09.280 --> 03:11.440
terutamanya haiwan kawasan kering.

03:11.519 --> 03:14.840
Saya rasa sukar membela haiwan.

03:14.920 --> 03:17.720
Saya bela banyak haiwan.

03:17.799 --> 03:20.640
- Ya.
- Saya rasa ikan sangat menenangkan.

03:20.720 --> 03:22.640
Tak pasti awak dah ke akuarium

03:22.720 --> 03:24.399
dan lihat ikan berenang-renang…

03:24.480 --> 03:25.399
Ya, ia menenangkan.

03:25.480 --> 03:29.519
Sesuatu tentang melihat ikan berenang
dalam bulatan sepanjang hari

03:29.600 --> 03:30.840
sangat menenangkan.

03:30.920 --> 03:34.560
Saya buat tinjauan pendapat
dalam Instagram saya.

03:34.640 --> 03:37.679
Mana lebih bagus, zoo atau akuarium?

03:37.760 --> 03:41.280
Akuarium dapat 80 peratus.
Sangat mengejutkan.

03:41.359 --> 03:42.840
Wah!

03:47.920 --> 03:50.760
- Cili haiwan perburuan untuk awak?
- Hebat!

03:50.840 --> 03:51.959
Terima kasih.

03:52.040 --> 03:54.480
- Selamat menjamu selera.
- Terima kasih.

03:55.560 --> 03:57.679
- Salmon sedap?
- Ya.

03:58.200 --> 03:59.200
Gembira dengar.

03:59.280 --> 04:00.720
Saya berhati-hati makan ikan

04:00.799 --> 04:03.880
sebab ada sekali
tulang tersekat di tekak saya.

04:03.959 --> 04:04.799
Aduhai.

04:04.880 --> 04:07.560
Saya tak nak ingat semula hari itu.
Kita takkan tahu.

04:07.640 --> 04:08.880
Memang betul.

04:10.320 --> 04:13.839
Kita takkan tahu.
Sebab itulah kita perlu bersedia.

04:16.719 --> 04:19.399
Dah lewat. Awak rasa kita patut…

04:19.479 --> 04:20.880
Nak balik?

04:20.959 --> 04:22.160
- Ya.
- Ya.

04:23.680 --> 04:24.720
Biar saya…

04:34.000 --> 04:35.000
Saya rasa…

04:35.680 --> 04:37.240
- Ini bagus.
- Sangat seronok.

04:37.320 --> 04:39.800
Betul. Memang seronok bertemu orang baru.

04:39.880 --> 04:43.080
Ya, seronok. Perasaan yang bagus, bukan?

04:43.160 --> 04:46.240
- Ya, saya setuju.
- Ya.

04:48.160 --> 04:49.560
Saya rasa…

04:54.039 --> 04:58.039
Awak nak keluar dengan saya lagi?

05:07.599 --> 05:11.080
Okey. Bertenang.

05:11.160 --> 05:12.160
Jennifer Cook!

05:12.680 --> 05:14.280
Jennifer Cook.

05:14.360 --> 05:15.440
Dia akan ke sini!

05:16.800 --> 05:18.640
Bertenang.

05:19.919 --> 05:21.760
- Tarik nafas.
- Apa yang berlaku, Logan?

05:21.840 --> 05:23.680
Jennifer Cook akan sampai.

05:24.200 --> 05:27.240
Saya tak boleh kawal. Dia hampir sampai.

05:27.320 --> 05:29.880
Saya tak sabar nak jumpa dia.

05:29.960 --> 05:31.120
Tapi saya akan…

05:31.200 --> 05:33.680
Saya akan sapa dia seperti orang biasa.

05:33.760 --> 05:35.760
Saya akan bertenang. Saya relaks.

05:36.840 --> 05:40.560
Pakar autisme, Jennifer Cook,
melawat Logan

05:40.640 --> 05:44.160
untuk bantu dia buat persediaan
janji temu pertamanya.

05:44.240 --> 05:48.240
Ya, saya nak beritahu,
saya takkan hidu dia.

05:51.280 --> 05:52.520
Aduhai.

05:53.560 --> 05:55.400
Diam semua.

05:55.919 --> 05:59.680
- Aduhai. Awak Jennifer Cook.
- Hai! Awak Logan?

05:59.760 --> 06:02.560
- Ya.
- Gembira jumpa awak. Hai, kawan-kawan!

06:03.200 --> 06:05.240
Maaf, cantiknya awak. Masuklah.

06:05.320 --> 06:09.320
Terima kasih. Saya hargainya. Hai, semua.

06:09.400 --> 06:10.240
Maaf.

06:10.320 --> 06:13.000
- Jennifer, silakan duduk.
- Terima kasih.

06:13.640 --> 06:15.440
- Okey, jadi…
- Aduh.

06:15.520 --> 06:17.720
Saya dengar
awak sedia untuk berjanji temu.

06:17.799 --> 06:20.160
Ya. Betul. Maksud saya, memang betul.

06:20.240 --> 06:22.200
Okey. Awak pernah keluar janji temu?

06:22.280 --> 06:24.000
- Tak pernah.
- Okey.

06:24.080 --> 06:25.440
Tapi saya perlukan bantuan.

06:25.520 --> 06:26.760
Saya perlu belajar

06:27.520 --> 06:30.440
tentang topik perbualan
dengan seorang gadis.

06:30.520 --> 06:31.359
Ya.

06:31.440 --> 06:35.200
Cari topik perbualan
buat ramai orang tertekan.

06:35.280 --> 06:36.120
Ya.

06:36.200 --> 06:37.560
Sebab kita fikir,

06:37.640 --> 06:39.960
"Saya perlu bercakap sepanjang masa

06:40.039 --> 06:41.240
atau dia akan bosan.

06:41.320 --> 06:44.000
Bagaimana untuk tahu dia bosan?"

06:44.080 --> 06:45.919
- Ya.
- Mari berlatih.

06:46.000 --> 06:49.400
Baiklah, mari pura-pura
kita dah duduk. Kita dah masuk.

06:50.000 --> 06:52.039
Beri pujian
merupakan permulaan yang bagus.

06:52.120 --> 06:54.599
Apakah pujian
yang awak boleh beri serta-merta?

06:54.680 --> 06:56.240
Saya suka gaun awak.

06:56.320 --> 06:58.919
Bagus. Awak boleh kata,
"Saya suka baju awak."

06:59.000 --> 07:01.400
- Saya suka baju awak.
- Atau, "Rambut awak cantik."

07:01.479 --> 07:03.359
Lebih kurang begitu. Pujian.

07:03.440 --> 07:06.680
Kemudian kita akan tanya soalan.

07:06.760 --> 07:08.720
Apa yang mereka suka buat?

07:08.799 --> 07:12.239
Katakanlah dia kata, "Kumpul patung."

07:12.320 --> 07:14.320
Apa jawapan awak?

07:14.400 --> 07:17.359
- Saya akan kata, "Bagus."
- Itu jawapan yang bagus.

07:17.440 --> 07:21.520
Mari tanya satu lagi soalan.
Kita kata, "Ceritakan lebih lagi."

07:21.599 --> 07:23.120
- Ceritakan lebih lagi.
- Ya.

07:23.200 --> 07:25.440
- Dia akan terus bercakap.
- Ceritakan lebih lagi.

07:25.520 --> 07:26.400
Ya!

07:26.479 --> 07:29.880
Kita juga nak pastikan
kita juga beri maklumat.

07:29.960 --> 07:32.799
Kita beri perhatian kepada orang itu.

07:32.880 --> 07:36.159
- Macam penimbang.
- Sekejap. Saya tahu yang ini.

07:36.239 --> 07:40.560
Kalau saya cakap tentang perkara
yang sama, dia akan bosan.

07:40.640 --> 07:42.799
Saya perlu cakap
tentang perkara yang dia suka.

07:42.880 --> 07:46.520
Cakap tentang perkara kesukaan dia
dan sedikit tentang kesukaan awak.

07:46.599 --> 07:49.719
Ingat tak?
Kita tak mahu penimbang berat sebelah.

07:49.799 --> 07:52.159
Saya pernah dengar banyak kali!

07:52.239 --> 07:54.680
- Lebih elok apabila awak cakap.
- Betul.

07:54.760 --> 07:58.239
Sebab kita tak mahu hanya dia bercakap,
nanti tak seimbang.

07:58.320 --> 07:59.840
Kamu berdua perlu bercakap.

07:59.919 --> 08:02.200
- Kami berdua? Okey.
- Kamu berdua boleh bercakap.

08:02.960 --> 08:04.479
Beginilah.

08:04.560 --> 08:08.840
Apabila kita belajar sesuatu,
awak tahu apa yang berlaku?

08:08.919 --> 08:10.799
- Apa?
- Kita mungkin rasa gementar.

08:10.880 --> 08:13.880
Bagaimana kalau awak
tersilap cakap dan lupa?

08:13.960 --> 08:16.440
Awak rasa itu teruk?

08:17.000 --> 08:18.159
- Ya.
- Tidak.

08:18.239 --> 08:19.640
Tidak.

08:19.719 --> 08:21.719
Kita takkan setuju. Awak tahu kenapa?

08:21.799 --> 08:24.080
- Kenapa?
- Sebab semua orang buat kesilapan.

08:24.159 --> 08:25.440
Semua orang buat kesilapan.

08:25.520 --> 08:30.200
Tak apa. Awak cakap saja,
"Maaf. Saya akan mula semula."

08:30.799 --> 08:35.439
Okey? Awak rasa awak pemalu?

08:36.240 --> 08:39.079
- Saya pemalu. Ya.
- Yakah? Okey.

08:39.159 --> 08:41.520
Bagaimana rasanya di dalam?

08:42.240 --> 08:44.280
Buat saya gementar, tapi saya atasinya.

08:44.360 --> 08:45.760
Apabila awak rasa malu,

08:45.840 --> 08:49.560
apa yang awak risaukan
orang mungkin fikir atau buat?

08:49.640 --> 08:52.120
Mereka fikir saya mengelamun dan pelik.

08:52.199 --> 08:55.640
Okey. Apa awak buat
kalau awak rasa malu, Logan?

08:55.720 --> 08:57.520
- Saya tutup muka.
- Ya.

08:57.600 --> 08:59.680
Saya tutup muka

08:59.760 --> 09:02.880
dan saya jadi sangat takut.

09:02.959 --> 09:05.160
- Okey.
- Tapi saya takkan buat begitu.

09:05.240 --> 09:08.560
Bagus. Awak tahu sebabnya?
Kalau awak bersembunyi,

09:08.640 --> 09:12.440
saya takkan tahu kehebatan awak.

09:12.520 --> 09:15.040
Itu sangat menyedihkan.

09:15.120 --> 09:17.079
Awak layak jadi teman seseorang.

09:17.160 --> 09:20.320
Awak layak jadi kawan seseorang, betul?

09:20.400 --> 09:22.880
Itu sesuatu yang istimewa, bukan?

09:22.959 --> 09:25.280
Hanya ada seorang Logan
di seluruh dunia ini

09:25.360 --> 09:27.240
yang macam awak, bukan?

09:27.320 --> 09:28.640
Siapa agaknya?

09:28.720 --> 09:30.040
Saya rasa awak orangnya.

09:30.120 --> 09:32.720
Ya, betul.
Saya sangka ada orang lain.

09:32.800 --> 09:36.760
- Hanya awak, Logan. Ya?
- Awak jurulatih janji temu terbaik.

09:36.839 --> 09:38.680
- Nak pelukan?
- Saya memang nak pelukan.

09:38.760 --> 09:41.800
Saya pun nak peluk.
Gembira bertemu awak.

09:41.880 --> 09:44.839
- Gembira bertemu awak juga.
- Awak pasti berjaya.

09:44.920 --> 09:46.880
- Awak pasti hebat.
- Terima kasih.

09:46.959 --> 09:49.400
- Baiklah, tunjukkan tempatnya.
- Okey.

09:49.480 --> 09:52.480
Okey. Terima kasih. Okey, selamat tinggal.

09:52.560 --> 09:54.079
- Selamat tinggal.
- Baiklah.

09:57.000 --> 10:00.000
Janji temu pertama
ialah langkah besar bagi sesiapa saja.

10:00.079 --> 10:04.040
Saya rasa mungkin tak selancar
yang diinginkan.

10:04.120 --> 10:06.120
Selagi dia ingat

10:06.199 --> 10:09.120
tak apa untuk kata, "Saya gementar."

10:09.199 --> 10:11.920
Selagi dia tak rasa
yang dia perlu minta maaf

10:12.000 --> 10:15.880
kerana menjadi manusia,
saya rasa dia akan okey.

10:22.360 --> 10:26.520
Awak tahu kebanyakan orang di Australia
tinggal di bandar pesisiran pantai

10:26.600 --> 10:30.120
kerana kawasan pedalaman sangat tandus?

10:30.199 --> 10:32.839
Ia dihuni banyak makhluk berbahaya.

10:33.400 --> 10:35.600
Selain daripada anjing liar dan buaya,

10:35.680 --> 10:41.440
hati-hati dengan ular, labah-labah,
kala jengking dan lipan. Semua besar.

10:42.600 --> 10:46.720
Tapi bertahanlah
dan awak akan berlumba di Jalan Fury.

10:47.600 --> 10:51.240
Coco, ada alat muzik dipanggil didgeridoo.

10:51.320 --> 10:54.120
Bunyinya juga bagus.

10:54.199 --> 10:55.199
Bunyinya macam…

10:58.880 --> 11:00.719
Bunyinya macam itu.

11:01.360 --> 11:03.920
Ada koala juga di sana.

11:06.400 --> 11:09.040
Nak pudina selepas kamu selesai?

11:10.079 --> 11:11.959
Apa kamu berdua bualkan?

11:12.040 --> 11:13.959
Kami bercakap tentang Australia.

11:14.040 --> 11:17.560
Dah tengok video
kanggaru melemaskan anjing?

11:17.640 --> 11:19.240
Aduhai.

11:19.320 --> 11:21.640
Kemudian orang bertumbuk dengan kanggaru.

11:21.719 --> 11:22.959
Idea yang teruk.

11:23.040 --> 11:26.640
- Kanggaru ialah petinju yang hebat.
- Ya.

11:26.719 --> 11:29.839
Malah kanggaru tak kisah
buat tendangan di bawah pinggang.

11:31.160 --> 11:33.360
Baiklah, Coco. Jauhi kanggaru.

11:35.199 --> 11:37.400
Kita akan buat jamuan teh Inggeris.

11:37.480 --> 11:38.480
Kita perlukan apa?

11:38.560 --> 11:40.040
Sandwic jejari,

11:40.120 --> 11:41.440
skon

11:41.520 --> 11:43.400
dan sudah tentu, teh.

11:43.480 --> 11:44.480
Bagus.

11:44.560 --> 11:48.440
Hari ini, apa matlamat utama kamu
dengan Georgie?

11:48.520 --> 11:50.120
Apa nak buat masa janji temu itu?

11:50.199 --> 11:52.079
Buat dia berseronok dan…

11:52.160 --> 11:56.199
Seronok, bagus. Kamu beritahu kami
tentang kekeliruan kamu.

11:56.280 --> 11:59.480
Itu sebahagian besar janji temu ini.
Kamu cuba cari jawapannya, bukan?

11:59.560 --> 12:02.440
Ya. Perasaan dia terhadap saya.

12:02.520 --> 12:04.120
Persahabatan atau percintaan.

12:04.199 --> 12:05.160
- Ya.
- Betul?

12:05.240 --> 12:07.040
Ya, nampak hebat. Okey.

12:07.120 --> 12:09.839
- Singsing lengan baju mak.
- Maaf.

12:09.920 --> 12:12.800
- Cef sebenar menyingsing lengan baju.
- Baiklah.

12:12.880 --> 12:15.240
Rapatkan tangan ke badan,
singsing lengan baju.

12:15.320 --> 12:19.280
Okey, maaf.
Tapi cuba fahami kedudukannya

12:19.360 --> 12:22.719
tentang hubungan yang serius baginya

12:23.240 --> 12:26.120
berbanding hubungan yang serius bagi kamu.

12:26.199 --> 12:28.600
- Itu maklumat penting.
- Ya.

12:28.680 --> 12:29.839
Betul tak?

12:29.920 --> 12:30.959
- Ya.
- Okey.

12:32.320 --> 12:35.280
- Kamu akan tunjuk sisi British kamu?
- Ya.

12:36.440 --> 12:38.480
- Teko ini…
- Ya.

12:38.560 --> 12:43.599
…ada gambar Henry VIII dan enam isterinya.

12:43.680 --> 12:45.120
Okey.

12:45.199 --> 12:48.599
Bagaimana dengan Raja Charles?
Nak bawa dia?

12:48.680 --> 12:51.120
- Mungkin tak.
- Charles lebih gembira bersama mak.

12:51.199 --> 12:52.320
Ya, bagus.

12:52.400 --> 12:53.680
Lupakan Camilla.

12:53.760 --> 12:56.000
Ratu masih kita hormati.

12:56.079 --> 12:58.360
- Baiklah, kamu rasa bagus?
- Saya rasa hebat.

12:58.440 --> 12:59.719
- Dah sedia?
- Sempurna…

12:59.800 --> 13:01.440
Matlamat pertama, berseronok.

13:01.520 --> 13:04.160
Matlamat pertama, berseronok.
Madu dan kapak.

13:04.240 --> 13:06.760
Madu dan sandwic tahi.

13:06.839 --> 13:08.560
Kenapa mak takut dengan kapak?

13:08.640 --> 13:10.640
- Entahlah, tapi…
- Itu mengarut.

13:10.719 --> 13:12.959
- Mak kata madu dan kapak.
- Tengok.

13:13.040 --> 13:15.680
- Nampak? Mak takut pisau?
- Aduhai.

13:15.760 --> 13:17.240
Sebenarnya, ya.

13:17.320 --> 13:19.040
Pisau, bunuh.

13:19.640 --> 13:20.520
Buatlah.

13:21.040 --> 13:24.240
Buatlah. Silakan, jangan malu.

13:24.320 --> 13:29.079
- Kamu memang bijak.
- Nampak? Ia tak membunuh. Kenapa?

13:29.160 --> 13:33.640
Sebab ia objek tak bernyawa.
Mak, ini satu pengajaran.

13:33.719 --> 13:37.520
Bilah tak baik atau jahat.

13:37.599 --> 13:42.440
Ia cuma sambungan dan pantulan
orang yang memegangnya.

13:42.520 --> 13:43.520
Okey, baiklah.

13:43.599 --> 13:47.880
Kamu bijak dan mak sayang kamu.
Berseronoklah hari ini. Okey?

13:47.959 --> 13:48.959
Hati-hati.

13:49.480 --> 13:50.719
Hati-hati.

13:50.800 --> 13:52.480
Hati-hati.

13:52.560 --> 13:54.079
- Okey!
- Bagus.

13:54.160 --> 13:55.040
Mak sayang kamu.

13:55.120 --> 13:57.520
- Sayang mak juga.
- Semoga berjaya.

13:57.599 --> 13:58.440
Baiklah.

14:03.240 --> 14:04.640
Awak rasa apa hasilnya nanti?

14:04.719 --> 14:08.680
Dia perlukan kejelasan.
Saya rasa dia akan buat dengan baik.

14:09.199 --> 14:11.400
Saya harap dia akan tanganinya

14:13.160 --> 14:15.760
dengan santai dan tak terlalu mendesak.

14:16.280 --> 14:18.280
Kadangkala dia sangat mendesak.

14:19.320 --> 14:20.160
Tak sangka.

14:22.800 --> 14:24.760
Janji temu yang bagus.

14:24.839 --> 14:26.520
- Sangat menyeronokkan.
- Ya.

14:26.599 --> 14:30.839
Awak nak keluar dengan saya lagi?

14:36.479 --> 14:37.560
Saya rasa…

14:38.199 --> 14:40.959
Saya fikir
mungkin kita patut berkawan saja.

14:42.760 --> 14:44.680
- Baiklah, tak apa.
- Ya.

14:46.640 --> 14:49.599
Baiklah, jumpa lagi.

14:49.680 --> 14:50.640
Ya.

14:50.719 --> 14:52.199
- Ya.
- Jumpa lagi, Austin.

14:52.280 --> 14:53.360
Jumpa lagi.

14:58.199 --> 14:59.599
Apa awak rasa, Austin?

15:00.120 --> 15:02.199
Saya rasa okey.

15:02.719 --> 15:04.240
Dia hanya nak berkawan.

15:04.319 --> 15:07.479
Tapi itu bukan kali pertama berlaku.

15:08.040 --> 15:10.479
Dah banyak kali saya hanya jadi kawan.

15:10.560 --> 15:12.000
Perkara biasa.

15:16.839 --> 15:19.839
Apa yang buat awak paling gementar
dalam janji temu?

15:19.920 --> 15:21.760
Tabiat pemalu saya,

15:21.839 --> 15:23.800
tapi saya cuba atasinya.

15:23.880 --> 15:25.520
Bila masa awak rasa malu?

15:25.599 --> 15:27.959
Apabila di depan orang ramai
yang saya tak kenal.

15:28.040 --> 15:32.520
- Saya dah biasa dengan kamu semua.
- Terima kasih. Bagus. Saya gembira.

15:33.319 --> 15:35.079
Apa awak buat kalau awak malu?

15:35.160 --> 15:37.719
Saya tutup muka saya. Tapi tahu tak, Cian?

15:37.800 --> 15:40.479
Saya akan cuba yang terbaik.

15:40.560 --> 15:42.520
Saya tak nak tutup muka saya.

15:43.160 --> 15:45.240
Apa awak rasa
sertai janji temu yang diatur?

15:45.319 --> 15:46.479
Saya tertanya-tanya.

15:46.560 --> 15:49.199
Saya kena pakai penutup mata
dan tak nampak?

15:49.839 --> 15:53.640
Tak, maksudnya awak
tak pernah jumpa orang itu.

15:53.719 --> 15:55.079
Oh, ya.

15:55.160 --> 15:58.599
- Awak boleh guna penutup mata kalau nak.
- Saya tak nak…

15:59.199 --> 16:01.439
Saya okey. Saya tak perlukannya.

16:04.240 --> 16:05.240
Selamat pagi.

16:06.160 --> 16:08.280
- Janji temu pertama.
- Ya.

16:08.359 --> 16:11.040
- Apa awak rasa?
- Bagus. Cuma agak gementar.

16:11.120 --> 16:13.199
Saya tak pernah buat begini.

16:14.040 --> 16:16.920
Saya dah sedia.
Saya cuma perlu pakai kasut.

16:17.000 --> 16:21.240
Kita tak dibenarkan
pakai kasut Nike atau Adidas

16:21.319 --> 16:24.000
atau jadi orang yang…

16:24.079 --> 16:26.920
Mereka rasa mereka hebat
dan mereka guna barang…

16:28.479 --> 16:29.400
Siapa mereka?

16:29.479 --> 16:31.640
Saya tak tahu apa saya katakan.

16:31.719 --> 16:34.319
Saya cuma agak gementar,
tapi tak apa. Saya boleh buat.

16:38.400 --> 16:39.240
Okey.

16:44.719 --> 16:47.319
Macam ada dalang di sebaliknya.

16:48.800 --> 16:49.640
Okey.

16:49.719 --> 16:50.800
Saya boleh.

16:51.319 --> 16:52.839
Okey. Baiklah.

16:57.560 --> 16:59.400
Aduhai, pedihnya benda ini.

17:00.040 --> 17:02.959
Benda ini menyakitkan,
tapi saya boleh buat.

17:03.479 --> 17:04.560
Saya boleh.

17:06.599 --> 17:07.599
Aduhai.

17:09.720 --> 17:10.560
Okey.

17:15.599 --> 17:17.440
- Lihatlah.
- Wah.

17:17.520 --> 17:20.040
- Okey, bergayalah.
- Aduhai.

17:20.119 --> 17:21.800
- Hei, si kacak.
- Hai.

17:22.440 --> 17:24.680
- Wah, Logan.
- Ya.

17:24.760 --> 17:27.800
- Kamu nampak segak. Mak suka.
- Saya nampak segak, mak.

17:27.880 --> 17:32.680
Pastikan kemeja putih ini
sentiasa diselitkan ke dalam.

17:32.760 --> 17:35.919
Selitkannya. Ada bahagian yang terkeluar.

17:36.000 --> 17:38.520
- Mujur awak tinggal bersama wanita.
- Ya.

17:38.600 --> 17:39.520
Ya.

17:39.600 --> 17:43.240
- Neith, saya harap awak…
- Apa?

17:43.320 --> 17:45.240
- Mengarah…
- Memasak… Tidak!

17:45.320 --> 17:49.000
Tak, saya nak cakap
lebih kerap masak sarapan untuk saya

17:49.080 --> 17:52.399
sebab masakan awak sedap.
Kita perlu buat kek keju bersama.

17:52.480 --> 17:56.120
Itu yang kita perlu buat.
Buat kek keju dan biskut graham.

17:57.760 --> 18:00.000
Apa pun, kembali ke janji temu.
Saya nampak hebat.

18:00.080 --> 18:03.520
- Saya tak perlu risau.
- Itu yang saya suka dengar.

18:03.600 --> 18:05.600
Dah fikir apabila janji temu berakhir,

18:05.680 --> 18:07.560
bagaimana nak ucap selamat tinggal?

18:07.640 --> 18:09.960
Saya nak cium gadis,
tapi saya belum bersedia.

18:10.040 --> 18:11.960
Ciuman bukan untuk janji temu pertama.

18:12.040 --> 18:14.040
- Ya.
- Bagus.

18:15.720 --> 18:17.640
Bagaimana kalau dia nak bercium?

18:18.440 --> 18:20.000
Saya akan terima saja.

18:23.399 --> 18:25.200
- Okey.
- Peluk saya.

18:25.280 --> 18:26.520
Okey.

18:27.280 --> 18:29.919
Okey, berseronoklah.

18:30.000 --> 18:33.240
- Baiklah.
- Semoga berjaya.

18:33.320 --> 18:34.480
- Berseronoklah.
- Baik.

18:34.560 --> 18:37.640
Tengoklah kamu. Mak suka jalan itu.
Kamu sangat yakin.

18:37.720 --> 18:38.960
Ya. Saya yakin, mak.

18:57.000 --> 18:57.880
Saya berjaya.

19:03.080 --> 19:05.840
Saya nak cakap,
tempat ini sangat cantik.

19:08.640 --> 19:11.720
Harap-harap saya boleh buat
makan malam ini menyeronokkan.

19:11.800 --> 19:15.159
Saya cuma malu dan gementar. Itu saja.

19:15.240 --> 19:18.800
Tahu tak, Sean?
Saya yakin saya boleh lakukannya.

19:18.880 --> 19:20.840
- Cian.
- Cian, maaf.

19:20.919 --> 19:23.120
- Awak dah sedia?
- Ya, saya dah sedia.

19:24.520 --> 19:25.800
Aduhai.

19:29.080 --> 19:30.080
Helo!

19:30.600 --> 19:31.520
Hai.

19:32.840 --> 19:34.280
- Nak tengok di mana?
- Entah.

19:34.360 --> 19:37.440
Nak kami saling memeluk
atau pegang tangan saja?

19:37.520 --> 19:38.880
Apa-apa saja kamu nak.

19:39.399 --> 19:42.560
Agak kekok kalau kita saling berpelukan.

19:42.640 --> 19:45.640
Awak rasa begitu?
Awak nak cuba dan tengok rasanya?

19:45.720 --> 19:48.919
Agak keterlaluan, bukan?

19:49.000 --> 19:51.320
Saya rasa. Ya.

19:51.399 --> 19:52.840
Boleh beritahu saya

19:52.919 --> 19:55.520
apa tanggapan pertama kamu
antara satu sama lain?

19:57.280 --> 20:01.399
Ya, saya tahu serta-merta
saya dan Shelley ada banyak persamaan.

20:01.480 --> 20:07.520
Saya memang dah agak
dia seorang yang baik dan hebat

20:07.600 --> 20:10.240
dari awal lagi. Ya. Saya memang tahu.

20:10.320 --> 20:12.399
Awak juga sangat bijak, Shelley.

20:12.480 --> 20:15.320
Shelley sangat cekap mencari arah.

20:15.399 --> 20:18.640
Walaupun saya ada alat GPS
dan alat navigasi,

20:18.720 --> 20:23.159
tapi Shelley masih membantu saya
mencari arah di jalan. Shelley…

20:23.240 --> 20:24.560
Oh, Tuhan.

20:25.159 --> 20:26.640
Saya buat Shelley ketawa.

20:27.120 --> 20:29.520
Oh, Tuhan. Saya asyik cakap

20:29.600 --> 20:31.880
betapa saya suka dengar awak ketawa.

20:31.960 --> 20:33.640
Terima kasih.

20:36.120 --> 20:38.440
Aduhai! Maaf. Saya nak menangis.

20:38.520 --> 20:39.520
Maaf.

20:39.600 --> 20:41.440
- Maaf.
- Awak okey, James?

20:41.520 --> 20:42.679
Ya. Tidak.

20:42.760 --> 20:45.560
Saya menangis kegembiraan.

20:46.679 --> 20:47.760
Ya.

20:51.360 --> 20:54.240
Nampaknya Shelley dah sampai. Ya.

20:54.760 --> 20:56.800
Helo, Shelley. Boleh saya ambil beg awak?

20:56.880 --> 20:58.360
- Hei.
- Helo!

20:58.440 --> 20:59.560
Apa khabar hari ini?

20:59.640 --> 21:01.960
- Khabar baik.
- Saya sangat gembira.

21:02.040 --> 21:05.960
- Masuklah. Gembira jumpa awak.
- Helo. Gembira jumpa awak.

21:06.040 --> 21:08.640
- Sila duduk, Shelley.
- Terima kasih.

21:08.720 --> 21:12.000
Apa khabar awak hari ini, Shelley?

21:12.080 --> 21:15.320
- Saya baik-baik saja.
- Bagus. Saya gembira mendengarnya.

21:15.399 --> 21:18.480
Asalkan awak okey…
Saya tak patut letak tangan begitu, maaf.

21:18.560 --> 21:21.240
Apabila saya ambil gambar,
agak jarang berlaku,

21:21.320 --> 21:24.080
kalau saya letak tangan begini,
saya tutup penumbuk…

21:24.159 --> 21:26.000
- Kenapa?
- Idea Keanu Reeves.

21:26.080 --> 21:28.600
Supaya orang tahu
dia tak sentuh sesiapa dalam gambar.

21:28.679 --> 21:30.240
Agak bagus, bukan?

21:30.320 --> 21:33.399
Saya letak tangan begini supaya orang…
Ya, saya rasa ia sangat…

21:33.480 --> 21:36.399
Itu tindakan yang bagus dan menghormati.
Betul tak, Shelley?

21:36.480 --> 21:37.440
Ya, betul.

21:37.520 --> 21:38.520
Sekejap. Awak okey?

21:38.600 --> 21:40.960
- Awak tak gementar atau marah?
- Tak, saya okey.

21:41.040 --> 21:44.120
Bagus, sebab saya cuba
perhatikan bahasa badan awak,

21:44.200 --> 21:47.840
cuba tengok muka awak.
Awak nampak okey pada saya setahu saya.

21:47.919 --> 21:50.320
Nak minum air dan makan snek sekarang?

21:50.399 --> 21:53.640
- Saya nak cuba snek lemon ini.
- Rasanya sedap.

21:53.720 --> 21:56.159
- Terima kasih.
- Sama-sama. Saya…

21:56.679 --> 21:58.679
Saya dengar dia tulis puisi untuk awak.

21:58.760 --> 22:00.880
- Ya.
- Saya nak dengar.

22:02.800 --> 22:04.720
Saya cuma tertanya-tanya…

22:04.800 --> 22:07.280
Kalau awak okey, awak…

22:07.360 --> 22:11.679
Awak benarkan mereka…

22:11.760 --> 22:13.840
- Awak nak kami tutup telinga?
- Tak.

22:13.919 --> 22:16.720
Puisi itu bagus. Awak benarkan mereka…

22:16.800 --> 22:19.360
Bagus, awak ketawa.
Saya suka dengar awak ketawa.

22:19.439 --> 22:23.120
…merakam saya bacakan puisi itu
kepada awak atau rahsiakan antara kita?

22:23.200 --> 22:24.679
- Tak apa.
- Okey, bagus.

22:24.760 --> 22:26.439
Tunggu sekejap. Saya akan kembali.

22:26.520 --> 22:28.520
Saya ada cetakannya. Jangan risau.

22:28.600 --> 22:30.360
Tunggu sekejap. Saya akan kembali.

22:30.439 --> 22:31.480
- Sangat bagus.
- Ya.

22:36.480 --> 22:38.399
Saya tahu ia ada di sini.

22:38.480 --> 22:41.720
Ayuh. Saya tahu ia ada di sini.
Saya tahu saya ada salinan.

22:43.360 --> 22:46.399
Bagus! Ini salinan saya, syukurlah.

22:47.960 --> 22:51.280
- Bagaimana cuaca di luar?
- Tak panas, tapi nampak bagus.

22:51.360 --> 22:53.840
- Saya tak hafal.
- Tak sepatutnya hujan.

22:53.919 --> 22:57.200
Saya perlukan air. Jangan risau.

22:57.280 --> 22:59.320
Kami takkan risau, James.

23:04.120 --> 23:05.720
Maafkan saya.

23:07.159 --> 23:08.000
Saya…

23:08.520 --> 23:11.679
Saat bulan mentega mengambang di langit

23:11.760 --> 23:14.480
Aku menatapnya, lalu hati bertanya

23:14.560 --> 23:17.240
Rahsia apakah tercipta warna secantik itu?

23:17.320 --> 23:20.360
Mengapa ia menghadirkan bayangmu?

23:20.439 --> 23:23.240
Sinar malapnya bagaikan bening kulitmu

23:23.320 --> 23:25.880
Menyuluh sanubariku dengan kehangatannya

23:25.960 --> 23:28.399
Malam menghampar langit biru yang mendalam

23:28.480 --> 23:31.439
Persis matamu, lembut dan tulus

23:32.040 --> 23:34.880
Saat bulan mentega melambai pergi

23:34.960 --> 23:37.640
Hati ini dirundung pilu, aku tersedu

23:37.720 --> 23:40.679
Hatiku merindui sinarnya
Yang lembut dan menawan

23:40.760 --> 23:44.000
Namun kutahu, kita akan bersua lagi

23:44.080 --> 23:47.200
Kita di sini
Jangan tinggalkan aku secepat itu

23:47.280 --> 23:50.919
Wahai bulan mentega kesayanganku

23:51.439 --> 23:53.280
Ya, terima kasih.

23:53.360 --> 23:57.000
Shelley, awak tak jemu
dengar saya ungkapkan kata cinta

23:57.080 --> 24:00.640
dan betapa saya hargai
semuanya tentang awak, bukan?

24:00.720 --> 24:02.760
Sudah tentu tidak. Kenapa saya nak jemu?

24:02.840 --> 24:05.439
- Awak tak patut. Tak.
- Saya hargai awak.

24:05.520 --> 24:07.280
Ya, betul. Ya, jadi…

24:07.360 --> 24:10.919
Saya tanya James apa akan berlaku
kalau kamu bergaduh kali pertama.

24:11.000 --> 24:14.439
Cinta kami lebih kuat
hingga kami takkan lakukannya, betul?

24:14.520 --> 24:18.600
Ya, sebab orang seusia ibu, bapa,
datuk dan nenek saya

24:18.679 --> 24:21.080
akan selalu buat lawak,
"Ambillah isteri saya,"

24:21.159 --> 24:23.840
atau "Awak berkahwin atau bahagia?"
Mereka buat lawak itu.

24:23.919 --> 24:27.000
Tapi saya tak tahan pandangan negatif
dan sinis tentang perkahwinan.

24:27.080 --> 24:31.200
Shelley berpeluang bercakap
apabila kamu berbual dengan dia?

24:31.280 --> 24:33.240
Shelley, saya biar awak cakap, bukan?

24:33.320 --> 24:35.720
Beritahu mereka saya biar awak bercakap.

24:35.800 --> 24:38.720
- Ya, dia biar saya bercakap.
- Maaf, Shelley.

24:38.800 --> 24:41.360
Awak tak fikir
saya terlalu pentingkan diri, bukan?

24:41.439 --> 24:43.480
- Tak.
- Okey, sebab saya sedang usahakan.

24:43.560 --> 24:45.439
- Saya buat yang terbaik.
- Jujur saja.

24:45.520 --> 24:48.520
Satu lagi cara awak beri inspirasi
untuk saya berkembang,

24:48.600 --> 24:53.840
awak bantu saya lebih sedar
perasaan orang lain

24:53.919 --> 24:55.800
dan bantu saya kurang pentingkan diri.

24:55.880 --> 24:57.919
- Ya, saya rasa itu bagus.
- Terima kasih.

24:58.000 --> 24:59.520
Awak juga bantu saya.

24:59.600 --> 25:01.560
Bagus.

25:01.640 --> 25:04.560
Awak okey?
Awak tak rasa gementar atau tak selesa?

25:04.640 --> 25:05.840
- Tak, saya okey.
- Bagus.

25:05.919 --> 25:10.280
Saya tahu daripada postur
dan wajah awak, awak selesa.

25:10.360 --> 25:11.199
- Ya.
- Bagus.

25:11.280 --> 25:13.320
Pukul berapa kamu bertolak?

25:13.399 --> 25:17.960
Kami nak sampai
sejam sebelum karaoke bermula

25:18.040 --> 25:19.760
untuk makan malam.

25:19.840 --> 25:21.919
Bagus bunyinya. Boleh kita pergi sekarang?

25:22.000 --> 25:25.280
Okey. Ya. Kita patut pergi.

25:25.360 --> 25:27.600
- Saya akan simpan ini.
- Saya nak ambil beg.

25:27.679 --> 25:29.360
Tak perlu bawa beg ke…

25:29.439 --> 25:32.399
- Kita akan keluar, James.
- Beg tangan awak. Beg kecil awak.

25:32.480 --> 25:33.840
- James.
- Maaf.

25:33.919 --> 25:36.399
Ya, beg tangan kecil awak. Ya.

25:45.800 --> 25:46.800
Awak dah sedia?

25:47.439 --> 25:48.720
Ya, saya dah sedia.

25:51.480 --> 25:53.880
Okey, awak boleh buat.

25:53.960 --> 25:55.320
Awak boleh buat, Logan.

25:56.840 --> 25:58.280
Saya berhak dapat.

25:59.600 --> 26:00.919
Saya perlukannya.

26:04.880 --> 26:07.280
Logan akan jumpa Hailey.

26:07.919 --> 26:10.600
Dia suka pemain hoki bergaduh

26:11.520 --> 26:13.360
dan lelaki bersut.

26:13.439 --> 26:15.840
Dia tak suka kala jengking

26:15.919 --> 26:18.120
atau pemandu langgar peraturan.

26:29.840 --> 26:30.880
Helo!

26:32.240 --> 26:33.240
Hai.

26:33.880 --> 26:35.760
- Apa khabar?
- Khabar baik.

26:35.840 --> 26:36.840
Saya Hailey.

26:36.919 --> 26:40.320
- Saya Logan. Selamat berkenalan.
- Selamat berkenalan.

26:51.199 --> 26:53.280
Awak dari mana?

26:53.360 --> 26:55.240
Saya tinggal di kawasan ini.

26:55.320 --> 26:56.360
Saya pun sama.

26:57.600 --> 27:00.159
Awak ada adik-beradik?

27:00.240 --> 27:01.600
Adik saya ada di rumah.

27:02.120 --> 27:03.560
Saya ada abang.

27:06.320 --> 27:09.439
Saya Logan. Saya dah sebut? Hai, Hailey.

27:12.240 --> 27:15.399
Apa kerja awak?

27:15.480 --> 27:16.679
Saya…

27:18.120 --> 27:20.600
Saya cuma buat kerja komputer.

27:21.560 --> 27:23.000
Teknologi.

27:23.080 --> 27:25.679
Saya bekerja di sekolah
sebagai pekerja khidmat makanan.

27:25.760 --> 27:28.840
Hidangkan kepada pelajar,
sediakan makanan,

27:28.919 --> 27:30.600
macam-macam.

27:30.679 --> 27:32.679
Ceritakan lagi.

27:34.520 --> 27:40.199
Ya, kami sediakan makanan
dan hidangkan kepada pelajar.

27:40.720 --> 27:43.159
- Bagus.
- Ya.

27:44.840 --> 27:46.560
Jadi, apa…

27:47.080 --> 27:50.960
Apa warna kegemaran awak?

27:51.560 --> 27:52.800
Jingga dan biru.

27:52.880 --> 27:55.640
Saya suka merah dan hitam.

27:55.720 --> 27:56.720
Okey.

27:57.399 --> 28:00.880
Apa perkara kegemaran awak?

28:01.399 --> 28:03.520
Saya suka mengait dan model kereta api.

28:04.360 --> 28:08.840
Saya suka tonton video model kereta api.
Saya peminat Thomas & Friends.

28:09.439 --> 28:10.399
Okey.

28:23.560 --> 28:24.480
Aduhai.

28:29.640 --> 28:30.880
Di Atlanta…

28:30.959 --> 28:32.439
Barrington Hall.

28:32.520 --> 28:36.199
…Connor tiba untuk piknik
jamuan teh dengan Georgie.

28:36.280 --> 28:38.199
Bakul piknik.

28:39.360 --> 28:41.679
Entah di mana Georgie.

28:44.760 --> 28:47.560
Bakul ini akan buat tangan saya tercabut.

28:48.600 --> 28:49.840
Serangga.

28:59.240 --> 29:00.399
Georgie!

29:00.480 --> 29:03.320
Connor! Ini untuk awak.

29:03.399 --> 29:05.280
Sejambak bunga.

29:05.840 --> 29:07.360
Saya yang buat, nampak?

29:07.439 --> 29:09.080
Baiknya awak.

29:09.159 --> 29:11.399
Saya patut gantung di luar rumah.

29:11.480 --> 29:13.000
Saya juga fikir begitu.

29:13.080 --> 29:16.320
- Awak nak duduk?
- Ya.

29:16.399 --> 29:19.560
- Mari kita lihat kawasan ini.
- Okey.

29:19.639 --> 29:21.159
Ini Barrington Hall.

29:21.240 --> 29:25.159
Ia dibina pada tahun 1838
oleh lelaki bernama Barrington.

29:25.240 --> 29:28.560
Tengok. Lebah itu mendebungakan bunga.

29:28.639 --> 29:29.800
Saya nampak.

29:31.120 --> 29:33.240
Itu bunga lembayung atau blubel?

29:33.320 --> 29:34.919
Saya rasa blubel.

29:35.000 --> 29:36.520
- Tengoklah.
- Violet.

29:36.600 --> 29:38.399
- Betul tak? Itu violet?
- Ya.

29:38.480 --> 29:40.040
Violet berwarna biru.

29:41.080 --> 29:44.679
Mengarut. Semua orang tahu
bunga violet berwarna ungu.

29:46.439 --> 29:48.399
- Tempat ini sesuai.
- Di sini?

29:48.480 --> 29:49.520
Maaf.

29:52.959 --> 29:54.560
Ya. Terima kasih.

29:55.120 --> 29:57.439
- Bunga di sana.
- Serangga.

29:58.399 --> 29:59.439
Ia mengganggu awak?

29:59.520 --> 30:02.919
Bukan racun serangga.
Harap saya bawa penyengat elektrik.

30:06.360 --> 30:08.159
Makanan yang menyelerakan.

30:08.240 --> 30:10.879
Ada sandwic salmon.

30:11.600 --> 30:12.720
Serangga.

30:12.800 --> 30:15.840
- Saya benci serangga ini.
- Serangga akan sertai kita.

30:15.919 --> 30:19.120
- Georgie, serangga ini…
- Ya.

30:19.199 --> 30:20.760
Serangga keji!

30:20.840 --> 30:24.399
Tinggalkan kami, serangga kotor!

30:50.000 --> 30:51.919
- Awak rasa?
- Ya.

30:55.720 --> 30:57.280
Itu tak bagus.

30:57.800 --> 30:58.959
Alamak.

30:59.480 --> 31:00.840
Cepat, kemas barang.

31:01.360 --> 31:03.040
- Cepat.
- Saya gerak.

31:04.959 --> 31:07.399
- Tak, tunggu…
- Saya masukkan…

31:07.480 --> 31:09.919
- Itu tak bagus.
- Saya masukkan.

31:12.639 --> 31:13.840
Ia belum ditutup.

31:13.919 --> 31:14.919
Tak apa.

31:15.000 --> 31:16.520
Saya bawa tikar.

31:18.000 --> 31:19.000
Hujan!

31:20.600 --> 31:22.639
Hujan bodoh.

31:28.399 --> 31:30.520
Pernah tengok filem Rain Man?

31:30.600 --> 31:32.600
- Tak.
- Saya juga.

31:33.639 --> 31:36.080
Hujan lebat, bukan?

31:37.199 --> 31:38.879
Awak… Fakta menarik.

31:39.399 --> 31:44.199
Orang di London ada lebih
170 cara untuk kata hujan turun.

31:44.280 --> 31:46.000
Hujan lebat.

31:46.080 --> 31:48.360
Hujan sangat lebat, bukan?

31:50.240 --> 31:52.879
Maaf, Georgie,
tapi ini masa minum teh.

31:55.760 --> 31:56.800
Ini teh awak.

31:56.879 --> 31:57.800
Terima kasih.

31:58.480 --> 32:00.159
- Minum.
- Minum.

32:01.719 --> 32:04.600
- Nak skon?
- Ya.

32:05.719 --> 32:07.320
Ini untuk England.

32:08.159 --> 32:09.639
Skon.

32:12.199 --> 32:15.360
Awak tahu
mereka kembalikan serigala purba?

32:16.040 --> 32:21.240
Ya, saya nampak
ada dua ekor anak serigala putih.

32:21.320 --> 32:23.879
Ada tiga ekor, sebenarnya.

32:23.959 --> 32:25.080
Mereka buat

32:25.159 --> 32:28.560
macam mereka kembalikan dinosaur
dalam Jurassic Park.

32:28.639 --> 32:31.719
Mereka guna DNA
fosil tengkorak serigala purba.

32:31.800 --> 32:34.280
Sebab DNA itu sangat tua,

32:34.360 --> 32:35.919
ia dipenuhi lubang.

32:36.000 --> 32:39.320
Ahli genetik terpaksa guna
DNA lengkap serigala kelabu

32:40.080 --> 32:42.840
untuk mengisi jurang jujukan gen.

32:49.199 --> 32:50.199
Baiklah.

32:50.760 --> 32:52.040
Masa untuk kapak.

32:53.240 --> 32:55.679
Jadi, Georgie,

32:57.520 --> 32:58.560
mari…

33:00.800 --> 33:02.280
Ini tak mudah.

33:04.439 --> 33:07.040
Guruh bercakap.

33:12.240 --> 33:15.280
Keesokan hari
selepas janji temu Emma dan Austin.

33:17.320 --> 33:19.439
Hari ini, sekolahnya

33:19.520 --> 33:22.520
buat persembahan muzikal pelajar.

33:22.600 --> 33:24.679
- Hai, ayah!
- Apa khabar, sayang?

33:24.760 --> 33:27.399
- Gembira jumpa kamu. Apa khabar?
- Ya. Cam!

33:27.480 --> 33:28.439
Hai.

33:29.159 --> 33:31.760
- Tak sabar nak tengok persembahan kamu.
- Saya teruja.

33:31.840 --> 33:33.040
- Ya.
- Awak bekerja keras.

33:33.719 --> 33:34.719
Saya teruja.

33:34.800 --> 33:36.120
Usaha yang bagus.

33:38.639 --> 33:40.240
Emma, bagaimana janji temu semalam?

33:40.320 --> 33:41.879
- Bagus.
- Bagus?

33:41.959 --> 33:45.159
- Dia nampak macam ayah, tapi lebih muda.
- Macam ayah?

33:45.240 --> 33:47.240
- Ya, saya serius.
- Tanpa uban.

33:47.320 --> 33:49.199
- Tanpa uban.
- Ayah gembira.

33:49.919 --> 33:51.360
Dia ajak saya keluar lagi,

33:51.439 --> 33:53.800
tapi saya kata kami patut berkawan saja.

33:53.879 --> 33:55.159
- Okey.
- Ya.

33:55.240 --> 33:56.360
- Tak apa.
- Ya.

33:56.439 --> 33:59.399
- Nampak? Tak menakutkan, bukan?
- Ya.

33:59.919 --> 34:02.879
- Kebanyakannya. Ya.
- Kebanyakannya? Okey.

34:02.959 --> 34:05.040
Tepuk ria. Baiklah.

34:07.560 --> 34:08.600
Syabas.

34:10.120 --> 34:12.480
Mereka sedia untuk bermula.
Saya boleh dengar muzik.

34:12.560 --> 34:15.159
- Ya, saya patut pergi.
- Baiklah.

34:15.239 --> 34:17.159
Nak ayah pegang barang ini?

34:17.239 --> 34:19.719
Lupa nak pakai gincu. Saya panik. Ya.

34:19.799 --> 34:22.480
- Tak apa.
- Ya, cuma…

34:22.560 --> 34:24.639
- Ia…
- Tak apa.

34:24.719 --> 34:28.000
Saya lupa nak pakai gincu.
Saya panik, okey?

34:28.080 --> 34:31.880
Bertenang. Tak apa, sayang.
Semuanya akan okey.

34:31.960 --> 34:34.239
Saya cuma… Maaf. Saya nak buat…

34:34.319 --> 34:36.440
- Kalau perlu. Tak apa.
- Saya perlu buat.

34:36.520 --> 34:38.960
- Saya terdesak buat.
- Okey, buatlah. Okey.

34:41.040 --> 34:42.799
- Maaf, Abby.
- Tak apa.

34:42.880 --> 34:46.760
Maaf, Abby. Maaf.

34:49.960 --> 34:51.560
Sangat menakutkan.

34:52.080 --> 34:53.719
Awak tak apa-apa, okey?

34:54.480 --> 34:58.200
Perhatian, pelajar.
Persembahan pelajar bermula sekarang.

34:58.280 --> 35:01.720
Sila ke bilik serbaguna
untuk ambil bahagian.

35:02.480 --> 35:03.560
- Awak teruja?
- Ya.

35:03.640 --> 35:04.920
- Okey.
- Ya.

35:06.680 --> 35:07.520
Ya.

35:08.720 --> 35:10.520
Dah lama kita tunggu.

35:11.360 --> 35:13.760
Inilah Emma yang cantik.

35:19.560 --> 35:20.680
Okey, ini…

35:21.440 --> 35:22.839
Mikrofon berfungsi.

35:23.799 --> 35:25.839
Ini lagu yang saya cipta.

35:28.080 --> 35:29.240
Serta…

35:29.760 --> 35:32.480
Lagu ini berjudul "My Own Fairy Tale."

35:45.440 --> 35:50.240
Aku ada impian masa kecil

35:50.319 --> 35:56.280
Sang putera menawan
Menobatkanku sebagai ratunya

35:56.799 --> 36:02.240
Meski terpaksa bertarung nyawa
Melawan banyak naga

36:02.319 --> 36:08.200
Dia akan menakluk semua
Agar segalanya kembali indah

36:08.280 --> 36:13.799
Kini aku dewasa, aku mengerti

36:13.880 --> 36:18.960
Api naga sekalipun tak sepedih

36:19.040 --> 36:24.720
Kesepian yang mengisi ruang kamar ini

36:24.799 --> 36:29.560
Bakal pengantin sendirian

36:29.640 --> 36:35.400
Letihnya luangkan setiap malam
Terkurung di menara sepi

36:35.480 --> 36:39.960
Aku turuni menara untuk menjelajah sendiri

36:40.560 --> 36:47.240
Sebab itu tiada lagi penantian
Sang putera datang menyelamat

36:47.319 --> 36:52.839
Akulah kesatria bersinar
Sang pujaan yang akan kukasihi

36:52.920 --> 36:58.680
Dalam kisahku, takkan kumenanti
Anggun dan pucat

36:58.760 --> 37:01.480
Aku yang menentukan segalanya

37:01.560 --> 37:08.520
Dalam kisah dongengku

37:24.839 --> 37:27.400
Ya.

37:29.960 --> 37:31.440
Ya, Emma!

37:35.000 --> 37:37.760
- Emma! Syabas!
- Emma!

37:40.920 --> 37:42.160
Awak…

37:44.560 --> 37:45.560
Suka…

37:47.400 --> 37:48.920
Apa yang awak…

37:52.480 --> 37:54.160
Aduhai.

37:57.839 --> 37:58.799
Apa…

37:59.839 --> 38:01.400
Apa saya… Aduhai.

38:01.480 --> 38:03.240
Apa perkara kegemaran awak…

38:03.319 --> 38:04.720
Aduhai.

38:06.799 --> 38:09.560
Siapa artis kegemaran awak?

38:11.000 --> 38:13.799
Awak suka Katy Perry atau Bruno Mars?

38:13.880 --> 38:15.280
Miley Cyrus.

38:15.359 --> 38:18.680
Awak suka dia?
Apa lagu kegemaran awak?

38:18.760 --> 38:20.440
"Party in the USA."

38:20.520 --> 38:22.560
Mak saya pun suka lagu itu.

38:22.640 --> 38:23.960
Hebatnya.

38:27.160 --> 38:31.040
Awak suka roller-coaster?
Awak pernah ke Disneyland?

38:31.120 --> 38:33.799
Ya, tapi apabila naik roller-coaster,
saya sangat takut.

38:33.880 --> 38:35.920
Saya, adik dan mak saya.

38:36.000 --> 38:38.640
Saya sangat takut, saya hampir menangis.

38:38.720 --> 38:40.319
Saya tak takut apa-apa pun.

38:40.400 --> 38:45.000
Saya suka naik roller-coaster,
naik lif, macam-macam.

38:45.080 --> 38:46.200
Ceritakan lebih lagi.

38:46.280 --> 38:50.680
Kami pergi Walt Disney World di Orlando.

38:50.760 --> 38:52.839
- Ada banyak benda.
- Bagus.

38:53.359 --> 38:54.680
Berapa umur awak?

38:54.760 --> 38:56.160
Saya 25 tahun.

38:56.240 --> 38:57.200
Saya 30 tahun.

38:57.280 --> 38:59.120
- Awak 30 tahun.
- Ya.

38:59.200 --> 39:00.520
Okey.

39:03.160 --> 39:06.920
Saya tak pernah keluar dengan sesiapa
yang bekerja di sekolah,

39:07.000 --> 39:08.799
tapi saya boleh biasakan diri.

39:10.319 --> 39:11.200
Ya.

39:15.160 --> 39:16.480
Itu…

39:16.560 --> 39:19.319
Maaf. Bunga ini untuk awak.

39:19.400 --> 39:21.600
Terima kasih.

39:21.680 --> 39:24.319
- Saya fikir awak akan suka.
- Saya suka bunga ros.

39:24.400 --> 39:26.440
- Cantiknya.
- Terima kasih.

39:26.520 --> 39:29.480
- Bunga ros berwarna merah.
- Violet berwarna biru.

39:29.560 --> 39:31.560
Violet berwarna biru. Macam awak.

39:34.440 --> 39:37.280
Jadi…

39:40.960 --> 39:42.240
Maaf, saya…

39:42.839 --> 39:45.120
Kadangkala saya termenung

39:45.200 --> 39:48.319
sebab saya sangat pemalu
apabila di depan seseorang yang…

39:48.400 --> 39:49.839
saya tak pernah jumpa.

39:51.160 --> 39:54.280
Tapi saya tahu awak baik
sebab awak sapa saya dengan bagus.

39:55.000 --> 39:56.040
Terima kasih.

39:56.120 --> 39:58.440
Awak suka tonton filem?

39:59.760 --> 40:00.760
Ya, saya suka.

40:00.839 --> 40:03.799
Saya peminat Toy Story dan Pixar.

40:03.880 --> 40:05.280
Sekejap. Toy Story?

40:05.359 --> 40:06.760
Aduhai.

40:06.839 --> 40:10.480
Kami suka tonton Toy Story.
Saya tonton Toy Story 4.

40:10.560 --> 40:12.280
Saya hampir menangis.

40:13.000 --> 40:14.359
Saya akan tonton lagi.

40:17.960 --> 40:20.160
Awak sangat cantik

40:20.240 --> 40:23.359
dan saya akan tunggu jawapan awak.

40:24.280 --> 40:25.560
Okey.

40:34.640 --> 40:36.920
Guruh bercakap.

40:41.520 --> 40:42.560
Baiklah.

40:43.240 --> 40:45.720
Jadi, Georgie,

40:46.680 --> 40:49.400
kita dah bercinta selama hampir setahun

40:49.920 --> 40:50.920
dan…

40:51.520 --> 40:53.120
Saya tahu kita

40:54.680 --> 40:58.160
setuju untuk jadi pasangan kekasih, tapi…

40:58.839 --> 41:00.200
Tapi, saya…

41:00.839 --> 41:04.040
Saya rasa ada sesuatu mengganggu saya.

41:05.600 --> 41:06.760
Mari…

41:08.799 --> 41:10.120
Ini tak mudah.

41:12.600 --> 41:17.040
Awak tahu kadangkala kita suka seseorang,
kita mahu cium mereka.

41:17.120 --> 41:22.359
Kadangkala, kita nak buat
perkara lain dengan mereka.

41:23.160 --> 41:26.240
Okey, saya lari topik.

41:28.080 --> 41:29.000
Adakah awak…

41:30.359 --> 41:33.359
Saya rasa saya perlu tanya.

41:33.440 --> 41:36.880
Georgie, sejauh mana
awak nak bawa hubungan kita?

41:36.960 --> 41:40.480
Maksud saya, awak anggap saya…

41:40.560 --> 41:42.680
sebagai pasangan romantik

41:42.760 --> 41:45.120
atau hanya sebagai kawan?

41:49.920 --> 41:51.920
Pasangan romantik.

41:53.720 --> 41:57.000
Baguslah sebab saya juga fikirkan awak
sebagai pasangan romantik.

41:57.520 --> 41:59.280
Saya tanya sebab

41:59.359 --> 42:01.960
kadangkala saya rasa awak…

42:02.040 --> 42:04.000
Awak suka saya

42:04.080 --> 42:09.960
dan kadangkala saya dapat isyarat
awak tak suka saya.

42:10.560 --> 42:12.720
Kadangkala sukar untuk baca awak.

42:12.799 --> 42:14.319
- Ya.
- Ya.

42:14.839 --> 42:18.000
Kadangkala kawan saya fikir saya marah,

42:18.080 --> 42:20.160
tapi saya cuma rasa tenang.

42:20.240 --> 42:24.880
Ya, sebab apabila saya nak cium awak
dan awak tak mahu,

42:24.960 --> 42:27.760
saya rasa seperti ditolak.

42:27.839 --> 42:29.920
Saya tak berniat buat awak rasa begitu.

42:30.000 --> 42:31.120
Tak apa.

42:31.640 --> 42:37.040
Saya rasa mungkin sebab
saya tak pernah cium lelaki

42:37.120 --> 42:40.520
selain ayah saya, di pipi.

42:40.600 --> 42:43.520
- Saya masih cuba belajar…
- Ya.

42:43.600 --> 42:46.720
…tak apa cium awak
sebab awak teman lelaki saya.

42:46.799 --> 42:50.280
Jadi, awak tertarik kepada saya
secara fizikal dan emosi.

42:50.359 --> 42:51.400
Ya.

42:51.480 --> 42:52.960
Wah, saya sebenarnya…

42:53.040 --> 42:55.560
Georgie, saya lega mendengarnya.

42:55.640 --> 42:58.160
Tambahan pula, saya rasa…

42:58.240 --> 43:02.799
kita boleh teruskan hubungan ini
tanpa rasa takut.

43:02.880 --> 43:03.839
Ya.

43:09.400 --> 43:12.319
Pemulihan Taman Timur Barrington Hall.

43:13.720 --> 43:15.280
- Awak sejuk?
- Ya.

43:18.319 --> 43:19.400
Sedikit.

43:20.000 --> 43:22.480
Tempat ini romantik.

43:24.960 --> 43:26.839
Apa ini?

43:27.359 --> 43:31.120
Maaf, ini mungkin tak sesuai,
tapi saya rasa ia tempat yang bagus…

43:31.200 --> 43:32.359
Untuk ciuman.

43:56.240 --> 43:57.400
Awak suka cuaca?

43:57.480 --> 43:58.640
Ya, saya suka.

43:58.720 --> 44:01.040
Biasanya, saya pakai jaket di pinggang.

44:01.120 --> 44:03.160
Tapi saya tak buat begitu
semasa janji temu.

44:04.520 --> 44:06.480
Awak suka musim panas?

44:06.560 --> 44:09.359
- Ya, suka.
- Musim panas sentiasa panas.

44:14.680 --> 44:17.720
Apa rancangan kegemaran awak?

44:17.799 --> 44:19.400
Hannah Montana.

44:19.480 --> 44:22.319
Ramai orang ejek saya
dan kata ia untuk kanak-kanak,

44:22.400 --> 44:24.720
tapi saya tak peduli kata-kata mereka.

44:25.480 --> 44:26.760
Sama macam saya.

44:26.839 --> 44:30.680
Saya diejek oleh pembuli.

44:30.760 --> 44:34.680
Kalau orang kejam dan ejek saya,
saya fikir tentang saya.

44:34.760 --> 44:37.480
Hailey, maaf kerana perkara itu berlaku.

44:37.560 --> 44:38.480
Ya.

44:38.560 --> 44:40.640
Ia sangat menyakitkan saya.

44:40.720 --> 44:43.160
Hati saya sangat sedih.

44:43.760 --> 44:45.879
Hailey, cuma…

44:46.839 --> 44:48.560
Ingat, kalau awak perlukan…

44:48.640 --> 44:51.720
Kalau awak perlukan kawan,
saya ada di sini.

44:53.640 --> 44:55.200
Saya sentiasa di pihak awak.

44:57.520 --> 45:00.440
Awak suka pencuci mulut?

45:00.520 --> 45:02.839
Hailey, apa saja yang awak pilih,

45:03.359 --> 45:04.480
saya suka.

45:05.000 --> 45:07.960
Okey, pencuci mulut
kegemaran saya ialah kek keju.

45:08.040 --> 45:10.400
- Awak suka kek keju?
- Itu kegemaran saya!

45:10.480 --> 45:11.799
Saya juga!

45:11.879 --> 45:16.400
Saya sangat suka kek keju.
Awak nak kongsi?

45:16.480 --> 45:20.400
Sudah tentu.
Kita boleh kongsi kek keju selepas ini.

45:21.120 --> 45:22.160
Kita berdua.

45:22.240 --> 45:24.000
Ya, saya suka.

45:24.520 --> 45:28.280
Maaf kalau saya kedengaran pelik,
tapi saya okey.

45:28.359 --> 45:30.760
Tahu tak? Saya rasa awak pun okey.

45:30.839 --> 45:32.480
Ya, saya rasa kita okey sekarang.

45:33.160 --> 45:34.240
Ya.

45:39.520 --> 45:41.600
Parmesan ayam yang sedap.

45:41.680 --> 45:44.319
Saya nak ambil sedikit. Garpu saya…

45:44.400 --> 45:46.080
- Awak nak cuba?
- Boleh.

45:52.240 --> 45:55.280
- Ada keju mozarela.
- Sedapnya.

45:56.240 --> 46:00.000
Ada sesuatu di muka awak,
Saya tolong bersihkan.

46:03.160 --> 46:05.520
Hailey,

46:06.440 --> 46:08.000
awak nampak cantik hari ini.

46:10.040 --> 46:11.040
Terima kasih.

46:11.799 --> 46:13.799
- Awak pun sama.
- Terima kasih.

46:13.879 --> 46:16.640
- Saya suka jaket biru itu.
- Ya.

46:17.240 --> 46:18.640
Saya dah agak.

46:21.040 --> 46:25.440
Maaf, Logan. Saya nak ke tandas.

46:25.960 --> 46:27.760
- Saya akan tunggu awak.
- Baiklah.

46:32.040 --> 46:33.879
Bagaimana dengan janji temu ini?

46:33.960 --> 46:37.640
Cian, walaupun rambutnya
tak keriting dan lurus,

46:37.720 --> 46:39.560
saya suka dia seadanya.

46:39.640 --> 46:41.040
Ya, rambutnya lurus.

46:41.120 --> 46:45.720
Tahu tak?
Saya nak bersama gadis seperti dia.

46:45.799 --> 46:48.680
Kalau dia cintakan saya,
saya akan cintakan dia juga.

46:49.680 --> 46:50.760
Awak cintakan dia?

46:53.000 --> 46:54.000
Ya.

47:21.879 --> 47:23.879
Terjemahan sari kata oleh Fid
akan cintakan dia juga.
