WEBVTT

01:34.125 --> 01:35.125
Sila duduk.

01:41.458 --> 01:46.375
Kita berkumpul di sini
untuk menyaksikan penyatuan dua jiwa ini.

01:49.583 --> 01:53.750
Ada yang kata cinta itu sabar,
cinta itu baik,

01:55.250 --> 01:58.791
tapi saya dapati
ia lebih mengancam nyawa daripada itu.

02:00.916 --> 02:04.000
Apabila kita mula bercinta,
kita jadi lembut hati.

02:05.041 --> 02:09.291
Dalam kelembutan kita,
kita ditikam hingga ke dada.

02:09.375 --> 02:10.541
Itulah cinta.

02:11.833 --> 02:16.416
Cinta itu seperti besi
yang menembusi jantung kita.

02:17.791 --> 02:20.791
Setiap hari, kita berharap
besi itu tak dicabut.

02:21.541 --> 02:24.750
Tapi seperti apa-apa risiko,

02:24.833 --> 02:29.041
keterujaan itulah
yang membuatnya berbaloi.

02:31.000 --> 02:33.583
Untuk mencintai sepenuhnya,
kita perlu berkorban.

02:33.666 --> 02:36.666
Keputusan paling penting adalah
siapa yang kita percaya

02:36.750 --> 02:38.791
untuk memegang hujung batang itu.

02:40.625 --> 02:43.666
Pasangan ini telah menulis
ikrar mereka sendiri.

02:44.333 --> 02:46.250
Rachel, awak mula dulu.

02:51.750 --> 02:52.791
Nicky.

02:54.416 --> 02:58.000
Saya jatuh cinta dengan awak
dengan mudah dan cepat.

02:59.000 --> 03:02.041
Janji temu pertama kita
di dalam kereta sewa

03:02.125 --> 03:06.083
dan berlangsung selama empat hari.

03:06.791 --> 03:08.250
Empat hari.

03:09.208 --> 03:13.041
Serta… saya ingat saya terfikir…

03:15.750 --> 03:17.875
"Aku tak nak keluar dari kereta ini."

03:18.750 --> 03:24.625
Empat hari itu kini
menjadi selama-lamanya.

03:29.666 --> 03:33.208
Saya habiskan hidup saya
cuba melindungi diri saya

03:33.291 --> 03:37.666
daripada nasib malang, sentiasa…

03:39.875 --> 03:42.916
mencari kepastian.

03:43.416 --> 03:44.416
Tapi…

03:45.291 --> 03:49.208
ya, seperti yang kita tahu,
minggu ini mencabar nak mampus.

03:49.291 --> 03:53.833
Maaf. Kita benar-benar diuji.

03:53.916 --> 03:58.958
Sepanjang semua itu, saya sedar

04:00.083 --> 04:04.458
kita tak boleh bergantung pada kepastian

04:05.250 --> 04:09.250
kerana tiada kepastian dalam perkahwinan,
cinta, malah apa-apa pun.

04:09.333 --> 04:12.375
Satu-satunya kepastian dalam hidup
ialah kematian.

04:17.375 --> 04:19.500
Cuma ajal itu pasti.

04:46.333 --> 04:48.041
Jadi, persetankan kepastian.

05:02.125 --> 05:03.916
Saya tak perlu risau.

05:05.541 --> 05:09.541
Sebab awak… awak pembawa tuah saya.

05:09.625 --> 05:14.458
Awak sentiasa menjadi pembawa tuah saya.

05:15.541 --> 05:16.750
Betul.

05:18.208 --> 05:19.416
Jadi…

05:20.916 --> 05:24.416
Saya berjanji, Nicky,
untuk menerima awak sepenuhnya

05:24.500 --> 05:27.791
sebagaimana awak menerima saya.

05:27.875 --> 05:29.958
Saya berjanji…

05:32.333 --> 05:35.791
untuk meyakini awak dan kita.

05:38.375 --> 05:42.208
Sebab itulah hakikatnya.

05:42.291 --> 05:46.875
Kita memegang kepercayaan bahawa
walaupun kita tak tahu apa akan jadi,

05:46.958 --> 05:51.666
kita yakin hubungan kita akan berhasil.

05:53.166 --> 05:54.333
Saya juga…

05:55.541 --> 05:59.208
Saya percaya awak pasangan sejiwa saya.

06:05.250 --> 06:08.833
Jadi, ke mana pun kita pergi…

06:10.916 --> 06:13.333
saya tak nak keluar dari kereta sewa ini.

06:17.125 --> 06:18.250
Okey, selesai.

06:19.000 --> 06:20.375
Nicky, giliran awak.

06:20.458 --> 06:22.291
Ya. Okey.

06:24.000 --> 06:25.583
Saya tulis ikrar saya.

06:28.583 --> 06:29.791
Rachel.

06:32.041 --> 06:34.875
Patut saya dulu.
Susah nak tandingi ikrar awak.

06:35.916 --> 06:41.083
Rachel, seperti yang awak nampak
sejak awak tiba di sini,

06:41.166 --> 06:46.916
saya dibesarkan dalam keluarga
yang sangat mementingkan perkahwinan.

06:47.000 --> 06:51.083
Jadi, apabila awak beritahu saya
dua minggu selepas kita bercinta

06:51.166 --> 06:53.541
yang awak takkan berkahwin, saya fikir,

06:54.833 --> 06:56.291
"Dialah orangnya."

06:57.333 --> 07:01.166
Tapi sebenarnya, saya tak perlu
mempertikaikan awak orangnya

07:01.250 --> 07:04.625
kerana saya sentiasa tahu.

07:05.500 --> 07:08.833
Selepas menghabiskan satu jam dengan awak,

07:09.541 --> 07:13.416
saya fikir,
"Aku mahu setiap detik aku begini."

07:14.000 --> 07:16.958
"Jika aku tak habiskan
sisa hidup aku dengannya,

07:17.041 --> 07:21.250
itu kerana aku dah buat silap besar."

07:21.333 --> 07:24.750
Saya berjanji pada diri sendiri
untuk tidak buat silap

07:24.833 --> 07:29.291
supaya saya boleh berdiri di pelamin
dan bertukar lafaz dengan awak.

07:32.083 --> 07:33.708
Jadi, kita di sini.

07:35.958 --> 07:40.250
Saya berjanji untuk sentiasa
memberikan cinta saya,

07:40.333 --> 07:43.500
masa saya, kefahaman saya.

07:44.750 --> 07:50.958
Saya berjanji untuk jadi pasangan
yang tak menghakimi dalam apa-apa cabaran.

07:51.500 --> 07:56.291
Saya berjanji untuk sentiasa
berdiri di sisi awak,

07:56.375 --> 07:58.541
walaupun ketika kita tak sependapat.

07:58.625 --> 08:03.291
Tiada apa-apa di dunia ini
yang lebih penting daripada awak.

08:04.500 --> 08:06.875
Saya takkan biar apa-apa
menghalang kita.

08:07.750 --> 08:08.916
Saya cintakan awak.

08:10.625 --> 08:13.833
- Itu sangat indah.
- Ikrar indah daripada kamu berdua.

08:15.583 --> 08:18.791
Okey, sekarang saat penting.
Mohon hulur cincin.

08:22.000 --> 08:24.416
Nah. Ini untuk awak.

08:25.416 --> 08:26.666
Ini untuk awak.

08:27.708 --> 08:29.000
Saya menggigil.

08:30.833 --> 08:31.708
Okey.

08:32.500 --> 08:34.250
Rachel Alexandra Harkin,

08:34.333 --> 08:37.333
adakah awak terima
Nicholas Summer Cunningham

08:37.416 --> 08:39.041
sebagai suami yang sah,

08:39.125 --> 08:45.041
untuk hidup bersama
susah dan senang hingga akhir hayat?

08:52.833 --> 08:53.916
Ya.

09:06.541 --> 09:08.166
Nicholas Summer Cunningham,

09:08.750 --> 09:13.208
adakah awak terima
Rachel Alexandra Harkin sebagai isteri,

09:13.291 --> 09:18.208
untuk hidup bersama
dalam susah dan senang hingga mati?

09:35.500 --> 09:38.250
- Cakap "Ya" saja.
- Saya…

09:38.750 --> 09:39.958
Awak okey?

09:40.541 --> 09:41.916
Saya…

09:43.500 --> 09:48.791
Saya tulis ikrar ini seminggu lalu

09:48.875 --> 09:52.708
dan saya rasa ia tak…

09:55.333 --> 09:57.583
Sebab awak betul.

09:58.625 --> 10:01.791
Minggu ini, kita diuji,

10:01.875 --> 10:08.458
dan semua yang saya tahu tentang cinta
dan perkahwinan sudah berubah.

10:08.541 --> 10:09.583
Semuanya berubah.

10:09.666 --> 10:14.750
Sekarang, saya lebih memahami awak
berbanding sebelum ini.

10:14.833 --> 10:17.666
Saya faham apa yang awak maksudkan.

10:18.250 --> 10:19.583
Apa awak buat?

10:19.666 --> 10:22.083
Perkahwinan merosakkan manusia.

10:22.166 --> 10:25.083
Ia sudah mula menjejaskan kita.

10:25.166 --> 10:27.625
Beginilah, saya…

10:28.791 --> 10:31.041
Saya tak nak hubungan kita berubah.

10:31.125 --> 10:32.541
- Ikut skrip.
- Apa awak buat?

10:32.625 --> 10:34.583
Perkahwinan itu racun.

10:34.666 --> 10:37.166
- Perkahwinan itu… Okey, saya faham.
- Okey?

10:37.250 --> 10:40.791
Ia menjadi racun dalam keluarga saya dan…

10:41.750 --> 10:44.375
Saya paksa awak buat perkara ini.

10:44.458 --> 10:45.333
Apa awak buat?

10:45.416 --> 10:49.083
Rachel, saya cuma mahu
habiskan sisa hidup saya dengan awak.

10:50.333 --> 10:52.333
Tapi saya tak nak kita jadi macam mereka.

10:53.250 --> 10:58.625
Saya mahu kita ada kelebihan
untuk memilih satu sama lain setiap hari.

10:58.708 --> 11:01.083
- Macam biasa.
- Semua, tak apa.

11:02.541 --> 11:07.125
Kereta sewa membelok jauh dari sini,
tapi kita masih dalam kereta.

11:07.208 --> 11:10.041
Nicky. Pandang saya.

11:10.125 --> 11:14.583
Kahwini saya.
Awak kena kahwini saya sekarang juga.

11:14.666 --> 11:17.166
Saya bebaskan kita daripada institusi.

11:17.250 --> 11:20.083
- Awak biar betul?
- Rachel…

11:20.166 --> 11:21.916
Ini yang awak nak.

11:22.000 --> 11:24.125
- Sudah. Aduh, ini…
- Saya serius.

11:24.208 --> 11:26.291
Biar mereka selesaikan masalah ini.

11:26.375 --> 11:28.041
- Rachel.
- Tidak.

11:28.125 --> 11:29.583
Semua orang, tunggu.

11:29.666 --> 11:31.583
Rachel!

11:37.666 --> 11:40.166
Ambil kunci, masuk kereta dan pergi.

11:40.250 --> 11:43.333
- Awak tak serius, bukan?
- Maaf sebab buat begini.

11:43.416 --> 11:45.416
- Minggu ini teruk.
- Ya Tuhan.

11:45.500 --> 11:47.875
Kalau itu visi masa depan kita,
kita patut elak.

11:47.958 --> 11:49.500
Mestilah minggu ini teruk.

11:49.583 --> 11:51.916
Ini minggu perkahwinan kita. Awak rasa?

11:53.083 --> 11:55.416
Awak sepatutnya percaya pada saya.

11:55.500 --> 11:57.583
- Saya percaya.
- Tidak!

11:57.666 --> 11:59.458
Awak bersembunyi di sebalik falsafah

11:59.541 --> 12:02.125
dan takut masa depan
berdasarkan keputusan orang lain!

12:02.208 --> 12:05.333
Saya yang yakin dengan kita!

12:05.416 --> 12:08.166
- Saya pun sama.
- Sama bagaimana?

12:08.250 --> 12:10.083
Awak setuju cuma kita yang penting.

12:10.166 --> 12:11.958
- Saya menjaga kita.
- Bagaimana?

12:12.041 --> 12:14.375
Saya tolak sistem nilai keluarga saya!

12:14.458 --> 12:16.166
Tapi saya tak suruh awak!

12:16.250 --> 12:19.333
Okey, tapi Rachel,
saya tahu awak tak nak berkahwin.

12:19.416 --> 12:22.583
Sekarang saya faham sebabnya.

12:22.666 --> 12:25.208
Awak kena kahwini saya.
Kita kena berkahwin.

12:25.291 --> 12:27.916
Awak selalu kata awak tak nak berkahwin.

12:28.000 --> 12:30.583
Sebelum saya tahu
ada sumpahan perkahwinan.

12:30.666 --> 12:34.458
Jika awak tak lamar saya,
kita okey, dan itu bukan salah awak.

12:34.541 --> 12:36.291
Bukan salah awak. Awak tak tahu.

12:36.375 --> 12:40.666
Saya tak tahu, tapi sekarang kita tahu
dan kita perlu berkahwin.

12:40.750 --> 12:42.708
Itu bukan sebab untuk berkahwin.

12:43.250 --> 12:46.625
Kita patut berkahwin
kerana kita saling mencintai.

12:46.708 --> 12:51.291
Saya tahu,
tapi itu bukan situasi kita sekarang.

12:57.333 --> 13:00.333
Ya Tuhan. Kenapa awak buat begini sekarang?

13:02.375 --> 13:04.208
Apa masalah awak, Nicky?

13:04.875 --> 13:06.333
Kenapa awak buat begini?

13:16.125 --> 13:20.083
Ya, lagi. Ya, itu, ya, terima kasih.

13:20.166 --> 13:23.208
Semua orang patut dapat banyak itu.
Termasuk budak-budak. Ini untuk awak.

13:23.291 --> 13:25.166
Dia dalam krisis, Victoria.

13:25.250 --> 13:28.500
Dia minta bimbingan saya
dan saya perlu jujur.

13:32.000 --> 13:33.791
Mana saya tahu dia akan bertindak begitu?

13:33.875 --> 13:35.458
Sebab dia idolakan kita.

13:36.250 --> 13:38.375
Dia ingat perkahwinan kita sempurna.

13:39.458 --> 13:40.458
Memang pun.

13:43.500 --> 13:46.250
Awak rosakkan hubungan saya
dengan anak saya.

13:47.166 --> 13:50.000
Saya takkan boleh
dapatkan semula kepercayaannya.

13:50.083 --> 13:53.500
- Tak. Dia sayang awak.
- Awak rosakkan pengakhiran saya.

13:53.583 --> 13:56.666
Kejap, kembali ke sini. Victoria.

13:58.708 --> 14:00.875
Sayang, apa yang berlaku tadi?

14:00.958 --> 14:04.625
Awak okey? Nicky okey? Apa kita nak buat?

14:04.708 --> 14:08.458
Terima kasih. Cuma perselisihan kecil.
Mereka akan okey.

14:08.541 --> 14:11.750
Boleh pusing bawa dulang?
Saya tak nak sesiapa dahaga.

14:12.250 --> 14:13.500
Mari minum.

14:14.666 --> 14:18.125
Minum betul-betul. Mak, hai!
Saya nak meriahkan suasana.

14:24.083 --> 14:26.333
Kenapa awak lamar saya?

14:27.583 --> 14:29.541
Jika saya tak nak berkahwin?

14:30.041 --> 14:32.958
Awak cuma perlu tahu
perkahwinan ibu bapa awak tak sempurna.

14:33.041 --> 14:34.541
Itu yang awak perlukan.

14:34.625 --> 14:37.916
Untuk buat perkara yang saya nak
sejak hari kita berjumpa.

14:39.125 --> 14:41.583
Saya boleh beritahu awak
sejam selepas kenal mereka

14:41.666 --> 14:44.041
bahawa perkahwinan mereka
tak seperti yang awak sangka.

14:44.125 --> 14:46.375
Ibu awak baik, tapi dia narsisistik.

14:46.458 --> 14:48.416
Ayah awak pula lelaki romantik

14:48.500 --> 14:50.791
yang perlu mengisi kekosongan jiwanya.

14:50.875 --> 14:54.666
Jadi, perkahwinan mereka berjaya
kerana ayah awak memuja mak awak.

14:54.750 --> 14:55.750
Dia perlu dipuja.

14:55.833 --> 14:58.375
Dia terpesona dengan ibu awak,
tapi masih tak cukup.

14:58.458 --> 15:01.791
Mereka berdua kosong,
dan ia menyedihkan untuk dilihat.

15:01.875 --> 15:04.625
Terima kasih, Rachel. Terima kasih.

15:04.708 --> 15:08.541
Jadi, kita berdua tak nak
jadi macam mak ayah awak.

15:09.083 --> 15:13.458
Dalam senario itu, secara jelasnya,

15:13.541 --> 15:16.125
saya romantik, dan awak narsisistik.

15:17.000 --> 15:18.833
Oh. Baguslah.

15:18.916 --> 15:21.083
Ya, itu memang masuk akal

15:21.166 --> 15:25.625
sebab seluruh hubungan kita
berkisar tentang awak.

15:25.708 --> 15:26.625
Okey.

15:26.708 --> 15:30.041
Saya sentiasa yakinkan awak
yang semuanya okey,

15:30.125 --> 15:32.958
walaupun tiada apa-apa yang berlaku!

15:33.458 --> 15:36.333
Sebab awak rasa
ada bahaya yang menanti awak,

15:36.416 --> 15:39.750
jadi saya selalu kena jaga hati awak.

15:39.833 --> 15:42.708
- Awak tak boleh terima apa-apa.
- Saya faham.

15:42.791 --> 15:48.041
Tak boleh sehari pun dengan keluarga saya
tanpa saya sentiasa meyakinkan awak.

15:48.708 --> 15:52.541
Setiap perkara kecil wajib menjadi
teka-teki yang meletihkan.

15:52.625 --> 15:54.541
- Tiada yang mudah.
- Saya faham.

15:54.625 --> 15:57.250
- Sukar untuk menyukai awak!
- Saya tahu!

15:59.416 --> 16:00.916
Okey? Saya tahu!

16:05.333 --> 16:07.000
Itu yang awak nak dengar?

16:09.708 --> 16:10.875
Celaka.

16:20.958 --> 16:22.083
Saya nak beri awak…

16:22.166 --> 16:23.375
Mereka akan kembali…

16:23.458 --> 16:24.500
Tak, saya…

16:26.041 --> 16:29.125
Mari minum, semua.
Ya, minum sambil ucap selamat.

16:30.833 --> 16:32.750
Saya rasa saya. Saya.

16:32.833 --> 16:35.625
Kita patut pergi? Patutkah kita pergi?

16:35.708 --> 16:38.416
Portia kata majlis akan bersambung.

16:44.375 --> 16:46.083
Kenapa awak setuju?

16:48.041 --> 16:49.958
Kenapa awak terima lamaran saya?

16:50.041 --> 16:52.958
Saya tahu betapa pentingnya
perkahwinan bagi awak,

16:53.041 --> 16:55.083
dan saya pernah cintakan awak…

16:58.833 --> 17:03.958
Nicky, awak satu-satunya orang
yang boleh buat saya sampai ke sini.

17:04.041 --> 17:05.166
Pernah cinta?

17:08.625 --> 17:10.375
Awak dah tak cintakan saya?

17:12.291 --> 17:14.666
- Tak. Pergi.
- Saya nak tahu jawapannya.

17:14.750 --> 17:15.916
Portia, pergi.

17:16.000 --> 17:18.208
Mak nak kamu ke sana, cium dan senyum.

17:18.291 --> 17:20.458
Kamu malukan dia di depan keturunannya

17:20.541 --> 17:22.416
dan semua orang yang dia sayang.

17:22.500 --> 17:26.083
- Okey, selamat tinggal.
- Hei, tangan awak berlendir.

17:31.750 --> 17:35.541
Ya, Nicky,
sudah tentu saya masih cinta awak.

17:35.625 --> 17:37.958
Salah satu perkara
yang saya suka tentang awak

17:38.041 --> 17:40.875
adalah awak seorang
yang konsisten, stabil,

17:40.958 --> 17:44.000
dan awak takkan tinggalkan saya
di pelamin.

17:44.083 --> 17:45.833
Saya tak putuskan hubungan kita.

17:45.916 --> 17:49.416
- Saya selamatkan kita.
- Bagus, ya.

17:49.916 --> 17:51.250
Awak rasa ia berjaya?

17:52.625 --> 17:54.708
Kalau awak nak selamatkan kita,

17:54.791 --> 17:58.375
awak akan kata "Saya sudi"
sebab saya dah kawal semuanya.

17:58.458 --> 17:59.500
Okey?

17:59.583 --> 18:06.083
Saya terpaksa lalui banyak perkara
untuk ke situ dan jawab ya dengan yakin.

18:07.041 --> 18:09.750
Jika awak tak kahwini saya
sebelum matahari terbenam,

18:09.833 --> 18:11.500
awak dan keluarga awak akan kena sumpahan.

18:11.583 --> 18:16.000
Jadi, sebenarnya,
saya yang selamatkan awak.

18:17.333 --> 18:21.916
- Ya Tuhan, Rachel. Apa?
- Apa maksud awak, "apa"?

18:23.666 --> 18:25.250
Kenapa awak terkejut?

18:31.000 --> 18:33.875
Awak tak pernah tonton Runaway Bride?
Klasik.

18:34.708 --> 18:38.166
Hai, semua. Seronok jumpa kamu.

18:38.250 --> 18:40.375
- Cantiknya.
- Okey! Hai…

18:41.166 --> 18:46.125
Tak sangka. Awak gementar?
Saya gementar sedikit.

18:46.208 --> 18:49.625
Saya tak nak cakap,
tapi awak semua hutang saya $50.

18:50.125 --> 18:52.333
Ya Tuhan. Kamu bertaruh?

18:52.416 --> 18:55.083
Selepas makan malam latihan, boleh menang.

18:55.166 --> 18:57.666
- Bayar.
- Kami bertaruh majlis akan dibatalkan.

18:57.750 --> 18:59.583
- Mereka mungkin akan berdamai.
- Awak juga.

18:59.666 --> 19:01.875
- Awak juga?
- Apa? Saya suka duit.

19:02.458 --> 19:04.000
Awak kalah pertaruhan.

19:06.291 --> 19:09.291
Ia dihiasi batu permata, bukan berlian.

19:09.375 --> 19:12.875
Bahagian belakangnya ditempah khas.
Jangan sentuh, ia rapuh.

19:14.041 --> 19:16.041
Aduh! Ini tipikal…

19:19.125 --> 19:21.125
Apa yang dia fikirkan?

19:21.208 --> 19:22.125
Entahlah.

19:23.541 --> 19:25.958
- Dia tak minum…
- Entahlah.

19:36.625 --> 19:39.875
Apa yang saya cuba katakan
adalah dari perspektif saya,

19:40.500 --> 19:43.750
awak nampak tertekan
sejak kita sampai di sini.

19:43.833 --> 19:47.208
Kemudian awak kata
sesuatu yang buruk akan berlaku.

19:47.291 --> 19:50.333
Kemudian awak mula bercakap
tentang sumpahan.

19:50.416 --> 19:53.916
Jadi, awak tak nampak kenapa saya rasa

19:54.000 --> 19:56.708
awak setuju kita tak jadi kahwin?

19:57.625 --> 20:01.333
Semua perkara itu berlaku
sebelum perkahwinan kita,

20:01.416 --> 20:04.750
pasti disebabkan tekanan atau sesuatu.

20:04.833 --> 20:06.666
Maaf. Nicky, berhenti.

20:07.875 --> 20:08.875
Apa?

20:09.666 --> 20:11.583
Awak tak percaya sumpahan itu?

20:11.666 --> 20:13.041
Perkahwinan itu sumpahan.

20:13.125 --> 20:17.041
- Saya membebaskan kita.
- Ya Tuhan, tak, Nicky.

20:17.125 --> 20:21.041
Sumpahan itu sumpahan.
Penyelesaiannya ialah perkahwinan kita.

20:21.125 --> 20:23.458
Awak ingat saya reka cerita?

20:23.541 --> 20:25.583
Saya tak rasa awak reka cerita…

20:26.166 --> 20:28.416
Apa? Beritahu saya, apa?

20:29.458 --> 20:32.791
Awak takut komitmen atau tertekan?

20:32.875 --> 20:35.041
Tak, saya …

20:35.125 --> 20:36.500
- Apa?
- Saya rasa…

20:37.958 --> 20:42.333
Kita berdua telah disumpah
dengan cara kita sendiri

20:42.416 --> 20:44.208
oleh sistem yang membesarkan kita.

20:44.291 --> 20:45.208
Ya Tuhan.

20:45.291 --> 20:48.000
Dengan tak berkahwin,
kita boleh perbaiki keadaan.

20:48.083 --> 20:51.166
Jadi, bila saya kata saya akan mati
jika kita bukan pasangan sejiwa,

20:51.666 --> 20:52.750
awak tak percaya?

20:54.708 --> 20:56.583
Saya tak rasa… Rachel…

20:56.666 --> 20:57.750
Apa?

20:58.541 --> 20:59.625
Awak tak rasa apa?

21:04.541 --> 21:06.500
Ya, saya rasa itu takkan berlaku.

21:09.500 --> 21:12.958
Awak baru saja kata awak percaya saya.

21:13.041 --> 21:15.958
Sebelum saya berjalan di lorong.
Ini gila namanya.

21:16.041 --> 21:17.208
Tunggu.

21:17.291 --> 21:19.291
Ini gila. Macam tak percaya!

21:19.375 --> 21:21.666
- Tak.
- Saya tak sangka jadi begini.

21:21.750 --> 21:26.583
Saya yakin dengan kita
sebab saya ingat awak faham saya!

21:26.666 --> 21:28.625
Saya ingat kita saling memahami.

21:28.708 --> 21:32.708
Boleh kita kembali ke empat jam yang lalu?

21:51.958 --> 21:54.833
Pihak pengantin perempuan
atau pengantin lelaki?

21:55.333 --> 21:58.666
- Pengantin lelaki.
- Saya tahu. Awak dah kahwin?

21:58.750 --> 22:00.833
- Ya.
- Dengan satu sama lain?

22:01.333 --> 22:04.875
- Ya.
- Awak percaya dia pasangan sejiwa awak?

22:05.541 --> 22:06.583
Ya. Sudah tentu.

22:08.458 --> 22:10.041
Sudah tentu.

22:10.125 --> 22:13.416
Maaf. Kami nak balik ke meja kami.
Mari pergi.

22:13.500 --> 22:16.000
Apa jadi di majlis perkahwinan
tanpa pengantin?

22:16.083 --> 22:18.041
Itu permulaan jenaka hambar awak?

22:18.125 --> 22:20.833
- Tak, sayang, soalan ikhlas.
- Mana saya tahu?

22:20.916 --> 22:22.416
- Untuk awak.
- Tak.

22:26.083 --> 22:27.791
Saya tak tahu nak buat apa!

22:27.875 --> 22:30.166
Awak tak benarkan saya fikir sendiri!

22:30.250 --> 22:33.916
Awak tak terima
jika saya tak sependapat dengan awak.

22:34.000 --> 22:36.208
Saya tak boleh ubah kepercayaan saya.

22:36.291 --> 22:40.708
- Tapi awak tak boleh percaya saya!
- Itu lain, Rachel.

22:40.833 --> 22:42.500
- Itu lain.
- Macam mana?

22:42.583 --> 22:48.250
Saya tak percaya benda ghaib,
balasan kosmik atau sumpahan.

22:48.333 --> 22:50.000
Saya tak percaya makhluk asing,

22:50.083 --> 22:53.791
tapi jika awak beritahu saya
yang awak nampak makhluk asing,

22:53.875 --> 22:55.708
saya akan percaya awak, Nicky.

22:56.208 --> 22:59.583
Maaf, Rachel. Saya tak…

22:59.666 --> 23:02.541
Awak tahu saya macam mana.
Bukan baru kenal.

23:02.625 --> 23:06.666
Apa yang awak buat, Nicky,
bila awak cintakan seseorang,

23:06.750 --> 23:10.083
adalah awak percayakan orang itu.
Itulah kepercayaan.

23:10.583 --> 23:13.875
Jadi, bila awak kata awak percaya saya,
saya percaya awak.

23:13.958 --> 23:16.833
Saya tak ungkit semua benda
yang awak pernah cakap

23:16.916 --> 23:20.458
sebab saya faham awak
pada setiap masa, setiap ketika.

23:20.541 --> 23:25.291
Saya faham diri awak,
tapi awak tak faham pun diri saya.

23:25.833 --> 23:26.750
Awak tak faham.

23:26.833 --> 23:33.500
Awak pilih versi saya yang lama
dan itu saja diri saya untuk awak dan…

23:35.125 --> 23:37.833
awak kecewa bila saya bukan begitu

23:37.916 --> 23:41.041
sebab awak tak tahu nak jadi siapa.
Itu teruk.

23:41.125 --> 23:42.875
Itu sifat yang teruk

23:42.958 --> 23:48.541
kerana awak buatkan saya
tak boleh wujud di sini!

23:54.333 --> 23:55.750
Beri saya dua tequila.

23:58.416 --> 24:02.041
- Saya suka jaket awak.
- Ya, terima kasih.

24:02.125 --> 24:03.333
Boleh saya ambil?

24:09.125 --> 24:11.166
3:45. Saya akan panggil mereka.

24:25.875 --> 24:27.750
Apa yang berlaku di sana?

24:32.666 --> 24:33.708
Sial.

24:35.583 --> 24:36.833
Tak mungkin!

24:39.291 --> 24:40.125
Buka pintu.

24:40.208 --> 24:43.291
Rachel, matahari terbenam
pukul 4:44. Kurang sejam lagi.

24:43.375 --> 24:45.500
- Apa awak buat?
- Sekejap.

24:45.583 --> 24:49.875
Masa awak dah nak habis.
Saya nak ambil kunci utama. Sial.

25:08.125 --> 25:12.083
Itu dia anak saya! Jude, mari. Cepat.

25:14.500 --> 25:18.375
Jika awak tak kena sumpah,
awak masih akan terima?

25:18.958 --> 25:20.791
Ya Tuhan, itu tak relevan!

25:20.875 --> 25:21.958
Macam tanya saya,

25:22.041 --> 25:25.083
"Awak rasa awak kinan
jika awak tiada tangan?"

25:28.208 --> 25:30.083
Saya tetap nak jawapan.

25:34.000 --> 25:36.083
Awak tak tahu nak jawab. Nicky.

25:36.166 --> 25:40.250
Awak dimanjakan ibu awak
dan dilindungi daripada dunia luar,

25:40.333 --> 25:44.291
jadi awak tak tahu apa-apa
tentang dunia sebenar, Nicky.

25:47.541 --> 25:50.041
…orang jahat. Otak awak patut dikaji.

25:50.125 --> 25:52.583
Itu dua tahun lepas, Nicky.

25:52.666 --> 25:55.458
Saya takkan hilang selama seminggu.

25:57.750 --> 25:59.083
Pergi hisap ganja.

25:59.166 --> 26:00.541
- Awak ingat awak romantik?
- Berkhayal.

26:03.791 --> 26:05.291
Rendahkan diri ke tahap saya?

26:09.250 --> 26:11.625
Awak orang paling manipulatif…

26:32.041 --> 26:33.166
- Ya Tuhan.
- Macam mana?

26:33.250 --> 26:35.666
- Saya tahu awak akan rosakkan majlis.
- Tak.

26:35.750 --> 26:40.833
Saya tahu minggu ini sukar,
tapi apa pun masalah kamu berdua,

26:40.916 --> 26:46.041
saya janji kamu boleh selesaikannya.
Tapi sekarang bukan masanya.

26:46.125 --> 26:48.291
- Biar mereka buat apa yang perlu.
- Bukan sekarang.

26:48.375 --> 26:50.666
Mereka perlu berkahwin, ayah.

26:50.750 --> 26:53.625
- Apa yang berlaku di luar?
- Bukan sekarang.

26:53.708 --> 26:56.416
Kami pun tak nak.
Jadilah matang dan berkahwinlah.

26:56.500 --> 26:58.458
- Apa awak buat?
- Jangan halang saya.

26:58.541 --> 26:59.625
Awak tak minum?

27:00.833 --> 27:03.000
Tak, saya percaya dia.

27:03.083 --> 27:04.166
Kenapa awak buat begitu?

27:04.250 --> 27:06.083
- Saya yakin 98%.
- Maaf. Minum apa?

27:06.166 --> 27:08.666
Apa awak buat? Pandang dia. Kahwinlah.

27:08.750 --> 27:10.500
Siapa peduli falsafah hidup awak?

27:10.583 --> 27:13.500
- Kahwinlah atau kita semua mati!
- Minum apa, Nell?

27:13.583 --> 27:15.791
Diam, Portia. Awak kena kahwin.

27:15.875 --> 27:17.833
- Sebab sumpahan itu?
- Ya!

27:18.416 --> 27:19.375
Dia tak percaya.

27:19.458 --> 27:22.750
Ia benar. Jika tak kahwin,
ia akan merebak ke keluarga kita.

27:22.833 --> 27:24.541
Maknanya Jude pun akan kena.

27:24.625 --> 27:26.000
Apa maksud awak? Kita semua?

27:26.083 --> 27:27.791
- Ya.
- Ayah tak faham.

27:27.875 --> 27:30.291
Baiklah, semua bertenang.

27:36.208 --> 27:38.833
Sayang. Hei.

27:39.833 --> 27:42.375
Awak tak maksudkan
apa yang awak cakap tadi?

27:53.750 --> 27:55.041
Saya…

27:56.833 --> 27:59.625
- Saya cuba buat perkara betul.
- Awak ada lima minit.

27:59.708 --> 28:00.666
Jules!

28:01.791 --> 28:06.375
Okey, ayuh. Mari kita pergi.
Ayah, bersedia untuk cakap.

28:07.958 --> 28:09.541
- Mari kita cari saksi.
- Berhenti.

28:09.625 --> 28:11.083
Kenapa kamu tak bergerak? Ayuh.

28:11.166 --> 28:12.250
Saya…

28:12.333 --> 28:14.833
Rachel, ayuh.

28:14.916 --> 28:19.250
Okey, mari kita keluar
dan selesaikan majlis ini.

28:19.833 --> 28:21.708
Kamu tak perlu berasa malu.

28:22.500 --> 28:24.000
Tiada sesiapa marah.

28:26.125 --> 28:27.625
Sayang, pandang mak.

28:30.125 --> 28:31.666
Semuanya akan okey.

28:34.541 --> 28:35.583
Jom.

28:48.083 --> 28:50.416
Saya minta maaf. Hei.

28:52.500 --> 28:53.708
Kita cuba lagi?

28:55.083 --> 28:58.416
Awak nak keluar dan cuba lagi?
Apa kata awak?

28:59.208 --> 29:00.541
Rachel, patutkah kita…

29:04.250 --> 29:05.458
Apa kata awak?

29:13.208 --> 29:14.458
Tak.

29:16.166 --> 29:17.458
Tak, Nicky.

29:18.583 --> 29:20.125
Saya takkan kahwini awak.

29:51.416 --> 29:53.500
- Apa awak buat?
- Saya takkan mati untuk dia.

29:53.583 --> 29:56.166
Awak takkan mati.
Awak kata dia pasangan sejiwa awak.

29:56.250 --> 29:57.791
- Tak.
- Rachel, ayuh.

29:57.875 --> 30:00.666
- Tolong buat satu perkara ini.
- Satu perkara?

30:00.750 --> 30:04.916
Nicky, saya buat semua ini untuk awak.

30:05.000 --> 30:06.458
Saya terima lamaran awak.

30:06.541 --> 30:10.375
Saya terima sebab saya percaya awak,
tapi saya dah penat.

30:10.458 --> 30:12.750
Saya takkan korbankan diri saya lagi.

30:12.833 --> 30:16.125
Saya layak dapat peluang kedua.

30:16.208 --> 30:18.208
- Rachel. Ayuh.
- Jangan buat begini.

30:18.708 --> 30:20.916
Awak cuma perlu percaya saya, Nicky.

30:22.208 --> 30:23.541
Sial, dah 4:45.

31:15.250 --> 31:16.291
Ya Tuhan.

33:51.458 --> 33:54.375
Jude!

33:58.291 --> 34:01.416
Apa kita nak buat?

34:02.125 --> 34:04.208
Saya tak tahu.

34:04.291 --> 34:05.666
Saya tak dengar awak!

34:05.750 --> 34:08.750
Saya akan fikirkan. Saya akan…
Sial, mana dia?

34:14.041 --> 34:14.916
Zander?

34:18.791 --> 34:21.250
Awak okey. Duduk di sini.

34:21.333 --> 34:23.333
Mak!

34:26.666 --> 34:28.083
Awas!

34:53.041 --> 34:55.083
Awak! Tengok.

34:55.166 --> 34:57.541
Maaf. Awak okey. Tekan saja. Okey?

34:57.625 --> 34:58.500
Awak akan okey.

34:58.583 --> 35:02.375
Apa yang berlaku kepada keluarga awak?
Ya Tuhan!

35:02.458 --> 35:06.000
Tutup mata, sayang. Tutup mata.
Tutup mata, okey? Tutup mata.

35:06.083 --> 35:09.625
Ini maksud awak?
Kenapa awak tak beritahu saya?

35:09.708 --> 35:13.666
Saya dah beri amaran.
Saya kata ia akan merebak ke keturunannya.

35:38.250 --> 35:39.083
Mak, jangan.

35:39.166 --> 35:41.166
Saya tahu dia syaitan
sejak saya nampak dia.

35:41.250 --> 35:44.083
- Tiada sesiapa dengar cakap saya.
- Tidak.

35:45.416 --> 35:46.541
Apa yang berlaku?

35:48.291 --> 35:51.166
Tak apa-apa. Okey? Awak okey.

36:16.666 --> 36:18.291
- Kunci pintu.
- Okey.

36:18.375 --> 36:20.833
Jangan benarkan sesiapa masuk
kecuali ayah dan Nellie.

36:20.916 --> 36:21.791
Okey.

36:24.416 --> 36:27.125
- Pasang TV kuat-kuat.
- Super Bowl LX, Patriots…

36:34.000 --> 36:37.000
Ayah sayang kamu.
Ayah takkan biar apa-apa jadi.

36:39.166 --> 36:40.000
Sekejap, ya.

36:40.083 --> 36:43.541
Ia akan jadi pertarungan sengit
apabila Seahawks…

36:54.500 --> 36:57.166
Dengar sini. Sumpahan ini
merebak ke keturunan kita.

36:57.250 --> 36:58.875
Ia akan berlaku kepada saya?

36:58.958 --> 37:00.916
Tidak jika awak rasa suami Vegas awak
jodoh awak.

37:01.000 --> 37:02.750
Kamu dah kahwin?

37:03.333 --> 37:06.208
Mak, maaf. Itu satu kesilapan.
Saya tak patut buat begitu.

37:11.916 --> 37:13.833
- Mak?
- Tak mungkin.

37:13.916 --> 37:16.625
Ia sedang berlaku,
dan ini salah awak, bodoh.

37:16.708 --> 37:18.375
Awak cuma perlu kahwini dia.

37:18.458 --> 37:21.125
Semua ini berlaku
kerana awak tak kahwini dia.

37:21.708 --> 37:23.875
Saya rasa ada cara untuk hentikannya.

37:25.333 --> 37:26.916
Apa kita nak buat?

37:27.000 --> 37:28.000
- Kita minta bantuan.
- Maaf.

37:28.083 --> 37:29.750
Itu kesilapan. Saya tak patut…

37:29.833 --> 37:31.125
Kenapa tak sain surat cerai?

37:31.208 --> 37:33.125
Saya tak boleh hidup tanpa awak.

37:33.208 --> 37:35.125
- Ya Tuhan!
- Saya berdarahkah?

37:35.208 --> 37:36.416
Belum lagi.

38:18.166 --> 38:22.083
Rach. Rachel, saya minta maaf.

38:22.166 --> 38:24.041
Saya minta maaf. Saya silap.

38:24.125 --> 38:26.083
Saya minta maaf.

38:26.166 --> 38:30.083
Saya percaya awak pasangan sejiwa saya
dan kita saling berjodoh.

38:35.791 --> 38:37.375
Awak percaya saya sekarang?

38:38.958 --> 38:40.166
Ya.

38:41.750 --> 38:42.791
Ya.

38:43.541 --> 38:44.416
Saya janji.

38:45.208 --> 38:49.166
Saya janji saya akan percaya awak
mulai sekarang, saya janji.

38:49.958 --> 38:52.125
- Saya janji.
- Tidak, Nicky.

38:52.208 --> 38:56.083
Dengan kuasa yang diberikan kepada saya,
saya isytiharkan kamu suami isteri.

38:56.583 --> 38:58.208
Kamu boleh cium pengantin.

39:00.458 --> 39:01.291
Rachel.

39:03.958 --> 39:07.416
Tidak.

39:07.500 --> 39:09.541
Tidak! Dia tak boleh tandatangan.

39:09.625 --> 39:12.083
Awak dah lafazkan ikrar.

39:12.166 --> 39:15.000
- Mereka nak selesaikan majlis.
- Cepatlah!

39:15.083 --> 39:17.750
Sumpahan dah merebak,
jadi ini takkan hentikannya, bukan?

39:18.333 --> 39:20.125
Ia takkan berhenti. Nicky.

39:20.708 --> 39:23.000
Nicky. Kita… Pandang saya.

39:23.083 --> 39:27.875
Kita berdua dah kena sumpahan.
Berkahwin hanya akan membunuh kita.

39:28.916 --> 39:31.250
- Tidak jika kita pasangan sejiwa.
- Kita bukan.

39:31.833 --> 39:33.416
Saya rasa awak jodoh saya.

39:42.541 --> 39:44.708
Kami perlu cuba selamatkan semua orang.

39:46.166 --> 39:50.708
Anak saya kena sumpahan itu.
Maaf, Rachel. Maaf.

39:50.791 --> 39:52.791
Awak…

39:54.458 --> 39:56.791
Kita masih pasangan sejiwa, bukan?

39:57.458 --> 39:58.458
Betul tak?

40:05.041 --> 40:06.666
Saya minta maaf.

40:08.583 --> 40:10.583
- Maaf, Rach.
- Rachel.

40:21.375 --> 40:22.833
Jangan, Rachel.

40:23.333 --> 40:28.083
Rachel, tunggu. Jules, apa…
Awak kata ia akan berhasil.

40:28.166 --> 40:31.791
- Kenapa tak berhasil?
- Dah terlambat. Maaf.

42:33.500 --> 42:35.291
Kamu okey, sayang.

42:35.375 --> 42:40.041
Tak apa.

42:44.166 --> 42:45.291
Jangan menangis.

44:36.833 --> 44:38.125
Untuk saya?

44:41.291 --> 44:44.375
Akhirnya, awak datang untuk saya.

45:35.500 --> 45:37.541
Kenapa awak tak kena?

48:21.125 --> 48:27.333
SELAMANYA

49:04.958 --> 49:06.541
Di mana pemetik api saya?

49:27.875 --> 49:31.041
Tak apa.

49:33.166 --> 49:34.208
Jude.

49:49.875 --> 49:54.625
Maaf sebab ini berlaku kepada awak.

49:55.291 --> 49:56.958
Tapi ingatlah…

50:00.666 --> 50:02.041
ia berlaku.

50:03.625 --> 50:06.375
Jangan biar sesiapa kata sebaliknya.

50:06.458 --> 50:09.250
Awak akan okey. Okey?

50:10.166 --> 50:11.000
Dengar sini.

50:12.625 --> 50:18.791
Awak kena berhati-hati
dalam memilih pasangan hidup.

50:19.708 --> 50:22.583
Tapi jangan risau.
Saya akan saksikannya, okey?

50:22.666 --> 50:24.041
Okey.

50:35.166 --> 50:36.208
Okey.

50:38.708 --> 50:40.000
Jumpa nanti.

51:12.333 --> 51:17.708
GILIRAN ANDA!

52:30.208 --> 52:32.375
BARU BERKAHWIN

55:07.708 --> 55:14.708
BARU BERKAHWIN

58:09.500 --> 58:12.083
Terjemahan sari kata oleh Jentayu
kannya, okey?
