WEBVTT

00:18.268 --> 00:20.520
Menurut Ketua Pentadbir Bandar Mexico,

00:20.603 --> 00:24.232
walaupun amaran keganasan
terhadap wanita telah diisytiharkan,

00:24.315 --> 00:27.444
pentadbirannya turut giat
merangka protokol baru.

00:29.571 --> 00:31.656
Kerja ini sangat mencabar.

00:32.365 --> 00:35.744
Di Bandar Mexico
dan negeri lain seluruh negara,

00:35.827 --> 00:37.871
kes femisid semakin meningkat.

00:37.954 --> 00:41.541
Tahun ini, 809 kes
telah direkodkan setakat ini.

00:41.624 --> 00:43.918
Sebanyak 173 kes femisid dengan pisau…

00:44.002 --> 00:47.964
Saya dah terbiasa tidur-tidur ayam
atau tak tidur nyenyak.

00:48.047 --> 00:50.258
Tidur sekejap-sekejap.

00:50.341 --> 00:53.344
Menurut data sistem, Julai mencatatkan

00:53.428 --> 00:55.805
jumlah tertinggi sebanyak 94 kes,

00:55.889 --> 00:58.516
diikuti September dengan 93 kes,

00:58.600 --> 01:00.101
Ogos dengan 91 kes,

01:00.185 --> 01:04.439
serta Mac dan Jun dengan 87 dan 82 kes.

01:04.522 --> 01:09.652
Saya perlu sedia bertindak
kalau sebarang kes femisid berlaku.

01:09.736 --> 01:13.281
Peningkatannya adalah setinggi 183%.

01:14.657 --> 01:18.161
Sebagai wanita, ini bukan kerja mudah.

01:18.912 --> 01:24.584
Siasatan biasanya dijalankan oleh lelaki.

01:24.667 --> 01:28.088
Pegawai penyiasat polis selalunya lelaki.

01:29.964 --> 01:32.425
Jadi, saya hadapi cabaran

01:32.926 --> 01:36.346
untuk memikul tanggungjawab kerja
dan membuat keputusan.

01:39.182 --> 01:41.684
Semasa di depan
pendakwa raya dan komander,

01:41.768 --> 01:44.854
saya tiba-tiba cakap,

01:44.938 --> 01:48.483
"Ini rasanya macam masuk neraka."

01:51.361 --> 01:55.156
Tapi salah seorang pendakwa raya berkata,

01:55.698 --> 01:57.116
"Tahu tak, bos?

01:58.618 --> 02:00.078
Ini memang neraka."

02:00.161 --> 02:03.081
PEJABAT PENDAKWA RAYA
BAGI PENYIASATAN KES FEMISID

02:37.198 --> 02:42.078
THE PROSECUTOR

02:47.500 --> 02:50.962
Kami buka kira-kira 500 fail kes seminggu.

02:53.423 --> 02:57.844
Masyarakat ini membiakkan keganasan
kerana struktur sosialnya ganas.

02:59.095 --> 03:01.556
Selesai satu kes homisid,
tiga lagi kes masuk.

03:01.639 --> 03:04.642
Selesaikan tiga, empat lagi masuk.
Selesaikan lima, masuk lagi.

03:06.352 --> 03:08.646
Malah, kami pernah dimaklumkan,

03:08.730 --> 03:14.527
seburuk-buruk dan sengeri-ngeri kes
yang pernah disaksikan pun,

03:14.611 --> 03:16.446
kes lebih teruk pasti menyusul.

03:18.740 --> 03:23.203
Kejahatan manusia tiada batasnya.
Kita tak dapat bayangkan sejauh mana.

03:31.461 --> 03:35.965
TEMU BUAL DENGAN SAKSI
NADYA TALINA BARRALES

03:36.633 --> 03:37.550
IBU KAREN ITZEL

03:37.634 --> 03:40.762
Hari itu, dia ajak saya
makan tengah hari di rumahnya.

03:41.971 --> 03:43.806
Saya mesej dia.

03:44.307 --> 03:48.102
Tapi telefonnya dah dimatikan,
jadi mesej tak masuk.

03:48.186 --> 03:52.315
Disebabkan risau,
saya minta José Luis, menantu saya,

03:52.398 --> 03:55.610
temankan saya pergi ke balai polis.

03:55.693 --> 04:00.531
Tapi dia kata nak jumpa polis sendiri
dan maklumkan kepada saya nanti.

04:00.615 --> 04:04.035
Saya tak setuju.
Saya pun pergi ke Tláhuac.

04:04.118 --> 04:07.664
Saya nak buat laporan sama-sama
kerana anak saya yang hilang.

04:12.418 --> 04:13.878
DAERAH TLÁHUAC

04:13.962 --> 04:15.421
Di Bandar Mexico,

04:15.505 --> 04:18.424
keluarga Karen Itzel Rodríguez Barrales

04:18.508 --> 04:21.427
menyekat Jalan Tláhuac
dari kedua-dua arah,

04:21.511 --> 04:25.139
menuntut pihak berkuasa
mencari wanita berusia 26 tahun itu

04:25.223 --> 04:29.269
yang dilaporkan hilang
ketika menghantar tesis ijazahnya.

04:29.352 --> 04:33.106
Zaman kanak-kanak Karen sangat gembira.

04:33.189 --> 04:36.818
Dia bercita-cita nak jadi
doktor gigi apabila dewasa.

04:38.987 --> 04:42.115
Dia uruskan rumah tangganya dengan baik.

04:42.198 --> 04:43.741
Dia ibu yang baik,

04:44.325 --> 04:47.620
malah isteri yang baik.

04:48.371 --> 04:50.540
Ini suami Karen.

04:50.623 --> 04:52.000
- Ya.
- Ada berita?

04:52.083 --> 04:55.545
Kami dah hubungi mereka.
Pendakwa raya akan datang ke sini.

04:55.628 --> 04:57.880
Kalau kami tak desak, kerja tak jalan.

04:57.964 --> 05:00.300
Pendakwa raya tanya saya

05:00.383 --> 05:04.721
siapa orang terakhir yang melihat Karen.

05:04.804 --> 05:07.557
Saya kata suaminya.

05:09.308 --> 05:10.727
Pendakwa raya kata

05:10.810 --> 05:14.772
suaminya yang perlu buat
laporan orang hilang.

05:15.273 --> 05:17.066
Awak dah buat laporan?

05:17.150 --> 05:20.611
Ya, pada pukul 7:35, hari Khamis.

05:20.695 --> 05:24.532
Unit Orang Hilang Pejabat Pendakwa Raya

05:24.615 --> 05:27.869
membuka siasatan
bagi kes kehilangan Karen.

05:27.952 --> 05:33.041
Dia dan suaminya tinggal di Tláhuac.
Mereka ada seorang anak lelaki.

05:33.124 --> 05:35.209
KETUA PENDAKWA RAYA
KES FEMISID BANDAR MEXICO

05:35.293 --> 05:38.629
Ibu Karen, Pn. Nadya,

05:38.713 --> 05:42.133
mengesyaki suami Karen.

05:42.216 --> 05:43.676
SUAMINYA JOSÉ LUIS

05:43.760 --> 05:48.347
Palomares, atau José Luis,
telefon saya dan kata,

05:48.848 --> 05:51.017
"Ibu ada di mana?"

05:51.100 --> 05:52.560
Saya tipu dia.

05:52.643 --> 05:56.314
Dia tak perlu tahu lokasi saya.

05:56.397 --> 05:58.232
Saya di pejabat pendakwa.

06:00.526 --> 06:06.032
Mereka maklumkan bahawa mereka
dah periksa rakaman CCTV.

06:08.284 --> 06:13.956
Mereka nampak José Luis
keluarkan guni daripada keretanya.

06:22.423 --> 06:25.676
Mereka kata,
"Status dia bukan lagi pengadu.

06:25.760 --> 06:28.054
Sekarang awak dianggap pengadu.

06:28.137 --> 06:30.390
Kini statusnya berubah jadi suspek."

06:32.517 --> 06:33.643
Nanti saya periksa.

06:34.769 --> 06:38.606
Kemudian, pegawai penyiasat polis datang

06:38.689 --> 06:40.942
dan laksanakan waran tangkap.

06:44.237 --> 06:47.323
Ini waran tangkap, José Luis.
Awak ditahan.

06:47.407 --> 06:49.033
- Kenapa?
- Sila baca.

06:49.117 --> 06:50.993
Atas kes orang hilang.

06:52.078 --> 06:53.496
- Okey?
- Bertenang.

06:58.251 --> 06:59.168
Awak berhak…

06:59.252 --> 07:03.339
Kami dah tahan dan dakwa José N

07:03.423 --> 07:05.508
kerana dia mungkin terlibat

07:05.591 --> 07:08.636
dalam kehilangan wanita bernama Karen.

07:08.719 --> 07:13.349
Saya diminta menjalani ujian DNA
untuk pengecaman genetik.

07:14.058 --> 07:16.352
Saya dah mula fikir,

07:16.436 --> 07:20.022
"Kalau pejabat pendakwa
suruh saya buat ujian ini,

07:20.106 --> 07:21.941
maknanya anak saya dah mati."

07:24.944 --> 07:26.028
PETA FEMISID

07:26.112 --> 07:30.575
Selepas menjalankan siasatan
dan kerja lapangan secara menyeluruh,

07:30.658 --> 07:36.914
satu pasukan pelbagai disiplin
telah menemui mayat Karen.

07:37.498 --> 07:41.002
Mayatnya ditemui di kawasan
yang ditutupi papan lapis ini,

07:41.085 --> 07:44.881
selepas melakukan kerja-kerja penggalian

07:44.964 --> 07:50.511
di timbunan tanah ini,
berdekatan jalan kampung.

07:54.348 --> 07:55.850
LOKASI AKSES TERBUKA

07:59.187 --> 08:00.688
KUBUR RAHSIA

08:03.316 --> 08:06.777
DITEMUI SELEPAS TEMPOH
TIDAK MELEBIHI 10 HARI

08:06.861 --> 08:08.237
FEMISID

08:08.946 --> 08:10.364
- Nama?
- Ya, Yang Arif.

08:10.448 --> 08:12.116
José Luis Galicia Palomares.

08:12.200 --> 08:15.661
Saya doktor gigi
dengan ijazah dan lesen profesional.

08:16.162 --> 08:20.333
Saya, ibu bapa saya dan keluarga saya
tiada kaitan dengan situasi ini.

08:23.503 --> 08:27.006
Laporan pakar tak membuktikan
saya lakukan jenayah itu.

08:27.089 --> 08:31.093
Video dan gambar pun
tak membuktikan apa-apa.

08:32.386 --> 08:35.848
Saya ditugaskan untuk kendalikan kes ini
dan jalankan prosedur berkaitan.

08:35.932 --> 08:37.683
Siasatan menunjukkan

08:37.767 --> 08:41.854
dia tak pergi menghantar tesisnya
seperti yang didakwa suaminya.

08:41.938 --> 08:42.897
PENDAKWA RAYA

08:43.481 --> 08:46.108
Keterangan suaminya ada percanggahan.

08:46.192 --> 08:49.237
Itu petanda ada perkara yang tak kena.

08:51.030 --> 08:53.824
Saya beritahu ketua pendakwa raya,

08:54.659 --> 08:58.287
"Kes ini belum selesai."

08:58.371 --> 09:00.623
Dia kata, "Ya, Pn. Nadya.

09:00.706 --> 09:05.086
Keadilan akan ditegakkan.
Percayalah kepada pihak berkuasa."

09:05.169 --> 09:08.631
Saya kata, "Saya percaya.
Jangan hampakan saya."

09:12.468 --> 09:15.221
Apabila ibu bapa mangsa bertanya,

09:16.639 --> 09:21.060
"Apa yang awak akan buat
kalau ini anak awak?"

09:22.270 --> 09:23.646
Saya pun tak tahu.

09:24.647 --> 09:29.527
Itu juga salah satu sebab

09:30.194 --> 09:32.863
saya tak pernah ada keinginan

09:33.489 --> 09:39.745
untuk jadi seorang ibu.

09:45.209 --> 09:47.378
Kenapa nak ada anak perempuan

09:48.045 --> 09:54.635
di negara yang masih jauh ketinggalan

09:55.136 --> 09:58.180
dalam hal kesaksamaan jantina?

09:58.681 --> 10:01.475
Di negara yang kaum wanitanya

10:01.559 --> 10:06.355
berisiko menjadi mangsa femisid?

10:26.208 --> 10:28.711
Dalam kes Yrma Lydya,

10:28.794 --> 10:32.923
kami baru pergi ke Río de los Remedios
sehari dua sebelum itu

10:33.507 --> 10:37.178
dan menemui mayat Joana Esmeralda

10:37.678 --> 10:39.597
semasa Yrma Lydya pula dibunuh.

10:41.057 --> 10:44.810
Kitaran ini berterusan tanpa berhenti.

10:47.772 --> 10:50.107
Kitaran yang sangat kejam.

10:50.608 --> 10:56.572
Sayalah wanita penuh semangat,
yang hidup dan bernafas untuk pentas.

10:56.656 --> 10:58.199
Apabila saya menyanyi,

10:58.282 --> 11:00.076
saya seakan-akan terbang.

11:02.495 --> 11:06.248
Yrma Lydya benar-benar nak jadi penyanyi.

11:06.332 --> 11:09.627
Bukan penyanyi biasa.
Dia nak jadi bintang.

11:09.710 --> 11:13.422
Bintang yang sebaris
dengan artis terhebat Mexico,

11:13.506 --> 11:16.050
seperti Lola Beltrán atau Lucha Villa.

11:16.133 --> 11:17.802
Dia nak capai tahap itu.

11:17.885 --> 11:21.055
Dia mahu pakaian berbeza
untuk setiap persembahan.

11:21.555 --> 11:24.058
Dia suka kata,
"Saya tak nak nampak sama.

11:24.141 --> 11:26.727
Buatkan baju baru untuk persembahan ini."

11:26.811 --> 11:30.356
Dia ada impian nak jadi bintang besar

11:30.439 --> 11:34.026
muzik popular Mexico.

11:34.694 --> 11:36.362
Pakaian ini…

11:37.321 --> 11:41.075
Ini pakaian terakhir
yang dia minta saya jahitkan

11:41.158 --> 11:42.118
sebagai artis…

11:42.201 --> 11:43.285
KAWAN YRMA LYDYA

11:43.369 --> 11:44.995
…yang berdikari.

11:45.079 --> 11:48.332
Sebelum itu,
suaminya tanggung kos buat pakaian.

11:48.416 --> 11:51.919
Mereka baru berpisah selama 10 hari.

11:54.547 --> 11:58.175
Femisid dilaporkan berlaku
di Restoran Suntory, Del Valle.

11:58.259 --> 11:59.260
PENDAKWA RAYA

11:59.343 --> 12:02.513
Malam ini, seorang wanita
dibunuh oleh suaminya

12:02.596 --> 12:05.683
di Restoran Suntory, Del Valle,

12:05.766 --> 12:09.437
di daerah Benito Juárez, Bandar Mexico.

12:12.064 --> 12:18.738
Pembunuhan itu berlaku di kawasan mewah

12:18.821 --> 12:23.284
yang dikunjungi golongan atasan,

12:23.367 --> 12:25.494
di Restoran Suntory.

12:25.578 --> 12:28.122
Itulah Restoran Suntory, Del Valle.

12:30.624 --> 12:32.752
Di sinilah kejadian berlaku.

12:35.129 --> 12:36.547
Apabila kami tiba,

12:36.630 --> 12:41.010
lokasi itu sudah pun dikepung

12:41.093 --> 12:45.014
oleh Jabatan Perlindungan Rakyat.

12:46.348 --> 12:52.480
Mereka menangkap Jesús Alcocer

12:52.563 --> 12:58.944
dan seorang pengawal peribadinya,
tapi seorang lagi berjaya melarikan diri.

13:01.781 --> 13:05.868
Kes itu terus dilaporkan dalam berita.

13:05.951 --> 13:08.996
Seorang peguam menembak isterinya.

13:09.079 --> 13:13.000
Mangsa ialah penyanyi bernama
Yrma Lydya yang berusia 21 tahun.

13:13.083 --> 13:15.503
Pelanggan lain cuba membantu,

13:15.586 --> 13:18.589
tetapi tiga das tembakan
telah meragut nyawanya.

13:18.672 --> 13:21.050
Saya bergegas ke pejabat.

13:21.759 --> 13:25.679
Kereta polis dah sampai

13:25.763 --> 13:29.892
di Pejabat Pendakwa Raya,
membawa lelaki itu dan pengawalnya,

13:29.975 --> 13:31.435
En. Benjamín.

13:31.519 --> 13:36.857
Mereka berada di jabatan bertugas
Pejabat Pendakwa Femisid.

13:37.399 --> 13:43.656
Lelaki itu warga emas yang berusia 70-an.

13:43.739 --> 13:46.158
Dia kelihatan masih sihat.

13:46.242 --> 13:48.953
Orangnya tinggi dan beruban.

13:49.453 --> 13:53.916
Dia memakai kemeja putih,
tali leher dan suspender.

13:55.459 --> 13:58.254
Jelas sekali dia orang berduit.

13:58.337 --> 14:00.589
Siapakah peguam itu?

14:00.673 --> 14:02.675
Dia dikatakan angkuh

14:02.758 --> 14:06.971
dan tidak teragak-agak
menunjukkan senjatanya

14:07.054 --> 14:09.014
untuk menakutkan orang lain.

14:09.098 --> 14:11.976
Dia mendakwa boleh memaksa
agensi keselamatan

14:12.059 --> 14:14.937
membeli kelengkapan
daripada pembekal pilihannya.

14:15.020 --> 14:19.191
Dia juga dikatakan rapat
dengan Genaro García Luna,

14:19.275 --> 14:21.986
Setiausaha Keselamatan Awam
yang kontroversi

14:22.069 --> 14:23.946
semasa pentadbiran Felipe Calderon.

14:24.029 --> 14:26.615
Perangainya memang melampau.

14:34.331 --> 14:37.209
Pendakwa Raya Agung Ernestina
beritahu saya,

14:37.293 --> 14:40.254
"Sayuri, ramai orang telefon saya

14:40.880 --> 14:46.010
dan minta supaya Jesús Alcocer
diberi layanan istimewa."

14:47.511 --> 14:49.263
Helo, Sayuri.

14:49.346 --> 14:52.808
Kita perlu sangat-sangat tegas

14:52.891 --> 14:55.686
dengan tahanan ini

14:55.769 --> 15:00.816
kerana dia dah hubungi semua orang.

15:01.400 --> 15:03.819
Saya kenal dia sebagai peguam.

15:03.902 --> 15:06.405
PENDAKWA RAYA AGUNG
BANDAR MEXICO 2020-2024

15:06.488 --> 15:12.119
Saya memang terima banyak panggilan

15:13.078 --> 15:16.248
daripada orang

15:16.749 --> 15:19.501
yang berpengaruh

15:20.044 --> 15:23.380
dalam bidang ekonomi dan politik,

15:23.464 --> 15:25.883
kawan lelaki dan perempuannya.

15:26.383 --> 15:31.263
Mereka tanya,
"Apa yang berlaku? Awak pasti?

15:31.347 --> 15:33.891
Mungkinkah dia diperangkap?

15:33.974 --> 15:35.309
Siasat dengan teliti."

15:35.392 --> 15:41.065
"Ya, sudah tentu
kami akan siasat dengan teliti."

15:41.565 --> 15:46.695
Dia ada ramai kenalan penting.
Tapi maaf, itu tak mengecualikan dia.

15:47.196 --> 15:50.449
Teruskan berjaga-jaga. Terima kasih.

15:51.867 --> 15:55.204
Itulah syaratnya kalau nak saya
jalankan kerja saya.

15:57.873 --> 16:02.711
Apabila pendakwa diberi
sokongan oleh pihak atasan

16:02.795 --> 16:06.048
untuk meneruskan dan menggerakkan kes,

16:06.131 --> 16:07.967
barulah kemajuan dapat dicapai.

16:12.304 --> 16:17.768
Kami terus arahkan pasukan
pergi ke tempat kejadian.

16:17.851 --> 16:20.020
Mereka terus jalankan kerja.

16:20.104 --> 16:23.941
Mereka ambil bukti bergambar, sampel darah

16:24.024 --> 16:26.443
dan kelongsong peluru.

16:28.070 --> 16:32.449
Jesús mendakwa
dia tidak menembak wanita itu,

16:32.533 --> 16:37.788
malah mendakwa dia patut dianggap mangsa,
seperti saudara-mara si mati.

16:37.871 --> 16:40.416
Menurut peguam Jesús Hernández,

16:40.499 --> 16:45.462
tiada bukti dia menembak isterinya.

16:49.299 --> 16:52.636
Ada bukti balistik,

16:52.720 --> 16:54.763
iaitu kelongsong peluru…

16:54.847 --> 16:55.681
PAKAR FORENSIK

16:55.764 --> 17:01.228
…yang diperoleh di kawasan
yang jelas sekali ada ramai orang.

17:05.441 --> 17:07.067
Ada gelas wain.

17:07.151 --> 17:11.113
Ada nota dengan tulisan cakar ayam
di atas alas meja.

17:22.875 --> 17:25.669
Ini merupakan gudang
yang menyimpan bahan bukti.

17:25.753 --> 17:28.172
Saiznya sangat besar.

17:28.756 --> 17:34.678
Selain kerja di lokasi jenayah,
ini juga sebahagian daripada kerja kami.

17:36.096 --> 17:39.808
Sebagai pendakwa raya,
saya tak sentuh bahan bukti.

17:39.892 --> 17:44.062
Cuma orang yang memprosesnya
boleh mengendalikannya.

17:48.108 --> 17:52.696
Di atas meja restoran itu,
ada lapik pinggan

17:53.655 --> 17:56.784
dengan tulisan tangan.

17:56.867 --> 17:59.703
Berdasarkan siasatan,
ia ditulis oleh Yrma Lydya.

18:04.374 --> 18:09.838
Dia senaraikan masalah
dan butir perselisihan mereka.

18:09.922 --> 18:11.799
2. SEMAKIN HARI SEMAKIN TERUK

18:11.882 --> 18:13.383
Dia kata dia tak bahagia…

18:13.467 --> 18:14.802
3. MASALAH TAK SELESAI

18:14.885 --> 18:17.304
…dan nak berpisah dengan En. Alcocer.

18:17.805 --> 18:19.431
Mungkin itu motif

18:20.099 --> 18:23.560
En. Alcocer lakukan jenayah ini.

18:30.067 --> 18:32.945
KAWASAN BALISTIK DAN SENJATA API
KAWASAN UNSUR AM

18:36.907 --> 18:39.284
BALISTIK 2022

18:42.871 --> 18:46.875
Pegawai penyiasat polis pergi
ke alamat En. Alcocer.

18:47.376 --> 18:52.965
Senjata yang digunakan
untuk membunuh wanita itu ditemui di sana.

19:02.891 --> 19:07.020
Senjata api ini agak unik.

19:07.104 --> 19:11.692
Dalam kalangan penjenayah,
ia dipanggil "pembunuh polis".

19:12.317 --> 19:16.530
Keistimewaannya
ialah kaliber yang berkuasa

19:19.533 --> 19:21.785
walaupun saiz pistol ini kecil.

19:21.869 --> 19:22.870
PAKAR SENJATA API

19:26.290 --> 19:29.835
Ia berupaya menembusi bahan kalis peluru.

19:29.918 --> 19:33.672
Sebab itu ia digelar "pembunuh polis".

19:41.513 --> 19:45.767
Tengah hari nanti.
Saya akan hubungi Celia sekarang…

19:45.851 --> 19:47.769
Awak hubungi dia? Okey…

19:47.853 --> 19:50.939
Sementara awak periksa bukti pakaian.

19:51.523 --> 19:54.359
- Okey. Video-video itu pula?
- Terima kasih.

19:54.443 --> 19:56.778
Mereka nak ambil nanti?

19:57.654 --> 19:59.406
Ya, mereka sepatutnya…

19:59.489 --> 20:04.453
Tuhan sajalah tahu
tekanan yang kami rasa pada detik itu.

20:05.954 --> 20:12.836
Tempoh beberapa jam itu
sangat sukar, rumit dan penuh tekanan.

20:12.920 --> 20:18.634
Kami cuma ada 48 jam untuk mendakwa
En. Alcocer dan En. Benjamín.

20:18.717 --> 20:21.678
- Baik.
- Okey? Saya telefon Celia.

20:22.304 --> 20:24.431
- Tolong, ya?
- Okey.

20:24.514 --> 20:26.725
Supaya saya boleh uruskan hal lain.

20:39.196 --> 20:41.114
Mula-mula, buat apa dulu?

20:41.198 --> 20:43.200
Surat hasrat.

20:43.283 --> 20:45.953
Ya Tuhan, apa lagi?

20:46.453 --> 20:50.624
Salinan sah,
salinan asal buku sijil kelahiran.

20:51.625 --> 20:53.669
Salinan sah sijil perkahwinan.

20:53.752 --> 20:54.586
Kalau ada.

20:54.670 --> 20:58.340
Kalau perkahwinan tak berdaftar,
buktikan dengan dokumen.

20:58.840 --> 20:59.675
Tak berkaitan.

21:01.051 --> 21:03.637
Proses pengambilan anak angkat
amat panjang.

21:03.720 --> 21:06.682
Prosesnya memerlukan banyak kesabaran.

21:06.765 --> 21:11.812
Banyak dokumen perlu diserahkan.

21:11.895 --> 21:13.272
SIJIL KELAHIRAN

21:13.355 --> 21:17.734
Ini surat hasrat saya.

21:18.777 --> 21:21.363
Banyak ujian perlu dijalani.

21:21.446 --> 21:24.992
Ujian fizikal dan psikologi.

21:25.075 --> 21:28.578
Yalah, ini bukan benda main-main.

21:29.079 --> 21:31.748
Kemampuan untuk menjaga anak

21:31.832 --> 21:34.126
merupakan tanggungjawab besar.

21:36.336 --> 21:39.006
Saya tak tahu nak tulis apa.

21:39.798 --> 21:40.674
Ya.

21:44.720 --> 21:47.306
Saya ada sedikit rasa ragu-ragu.

21:47.389 --> 21:53.478
Tapi saya putuskan untuk mulakan
proses pengambilan anak angkat.

21:55.480 --> 21:58.942
Keputusan untuk ambil anak angkat
lahir dari hati saya.

21:59.026 --> 22:00.694
Bukan kerana

22:02.237 --> 22:04.072
saya tak boleh mengandung.

22:15.167 --> 22:19.171
KAREN ITZEL RODRÍGUEZ
JURUTEKNIK MAKMAL KLINIKAL

22:25.052 --> 22:28.513
Saya beri cucu saya makan
sebelum tidurkan dia.

22:28.597 --> 22:31.016
Saya dodoi dia, bacakan cerita,

22:32.517 --> 22:34.478
kemudian saya kaji rakaman video.

22:35.645 --> 22:39.441
MOHON RAKAMAN KAMERA POLIS
DAN KAMERA PERIBADI

22:39.524 --> 22:43.779
Ada rakaman yang jelas kerana kamera itu
terletak di penjuru luar rumah.

22:44.446 --> 22:48.158
Pn. Nadya sangat marah dan kecewa.

22:48.241 --> 22:52.788
Dia kata, "Jangan tipu saya.
Saya tahu ada orang lain terlibat."

22:52.871 --> 22:57.292
Dia marah kerana dia sangka
dia perlu yakinkan kami

22:57.376 --> 22:59.127
ada orang lain terlibat.

23:12.099 --> 23:17.020
Pada pukul 1:12 pagi,
mereka bawa keluar mayat anak saya.

23:19.481 --> 23:21.691
Palomares keluarkan kereta.

23:22.192 --> 23:25.862
Pagar rumah ditutup oleh José Luis,

23:25.946 --> 23:27.406
bapa mentua anak saya.

23:28.615 --> 23:33.578
BAPA JOSÉ LUIS GALICIA PALOMARES

23:33.662 --> 23:37.749
Dia duduk di belakang pemandu,
di belakang Palomares.

23:48.176 --> 23:49.970
Kereta itu dipandu pergi.

23:58.603 --> 24:00.397
Perjalanan kereta itu

24:00.480 --> 24:02.732
ke tempat mereka buang mayat anak saya

24:03.692 --> 24:05.068
dirakam dengan jelas.

24:20.792 --> 24:23.795
Kereta itu masuk ke San Miguel Las Tablas.

25:10.884 --> 25:15.180
Jarak dari tempat SUV itu masuk
ke tempat mereka tanam mayat anak saya

25:15.680 --> 25:17.515
hanya beberapa langkah.

25:33.114 --> 25:35.909
Apabila mereka pulang
selepas buang mayat,

25:35.992 --> 25:40.830
lebih kurang pada pukul 4:40 pagi,

25:43.124 --> 25:45.794
kita boleh nampak
Martha Beatriz bukakan pagar

25:45.877 --> 25:47.921
untuk mereka.

25:48.004 --> 25:50.882
MARTHA BEATRIZ PALOMARES SOSA
IBU MENTUA

25:50.966 --> 25:53.802
Kita boleh nampak Martha Beatriz
buka pintu pagar

25:54.386 --> 25:56.638
supaya kereta itu boleh masuk cepat.

25:57.138 --> 26:01.726
Kemudian dia tutup pagar
dan mereka keluar daripada kereta.

26:06.773 --> 26:08.567
Pejabat pendakwa

26:10.235 --> 26:12.862
biasanya ada banyak fail siasatan lain.

26:12.946 --> 26:16.950
Keluarga mangsa pula
sentiasa memberi komitmen penuh

26:17.033 --> 26:19.869
untuk menuntut keadilan, memahami kejadian

26:19.953 --> 26:21.371
dan mengesahkan fakta.

26:21.454 --> 26:26.084
Bukan saja fakta dalam fail,
tapi juga di tempat kejadian,

26:26.167 --> 26:28.587
dengan bertanya kawan-kawan mangsa.

26:28.670 --> 26:31.548
Saya percaya

26:31.631 --> 26:35.302
kerjasama erat pihak keluarga
dan pejabat pendakwa

26:35.385 --> 26:37.053
melancarkan perjalanan kes.

27:13.506 --> 27:15.508
DIKEHENDAKI
ORANG BURUAN!

27:18.928 --> 27:22.724
SEKURANG-KURANGNYA DUA SUSPEK

27:22.807 --> 27:24.392
Apabila saya semak fail,

27:24.476 --> 27:29.147
saya rasa mustahil
cuma ada seorang yang terlibat.

27:30.065 --> 27:33.318
Itu tugas saya, bukan tugas Pn. Nadya.

27:33.401 --> 27:36.863
Tugas saya adalah untuk menyiasat

27:36.946 --> 27:39.783
dan membuktikan
lebih daripada seorang terlibat

27:39.866 --> 27:42.077
dan tahap penglibatan mereka.

27:43.078 --> 27:47.040
Hasil kerja Carolina yang cemerlang

27:47.123 --> 27:51.503
berpunca daripada keupayaannya
untuk mendengar, bekerja dengan teliti

27:52.003 --> 27:57.676
dan keprihatinannya melayan
permintaan Pn. Nadya.

27:57.759 --> 28:00.512
Kita berada di Bilik Bicara 21

28:00.595 --> 28:05.225
untuk pendakwaan kes
José Luis Galicia Palomares

28:05.308 --> 28:07.519
atas tuduhan femisid.

28:08.478 --> 28:10.647
Saya hadiri setiap perbicaraan.

28:10.730 --> 28:12.982
Saya ikut kes anak saya dengan teliti.

28:13.566 --> 28:16.945
Selamat tengah hari,
saya NTBV, mangsa sekunder,

28:17.028 --> 28:19.489
dan wakil cucu saya yang bawa umur, JNGR.

28:19.572 --> 28:23.868
Saya NTBV, mangsa sekunder
dan wakil cucu saya yang bawah umur.

28:23.952 --> 28:27.163
NTBV, mangsa sekunder.

28:27.247 --> 28:31.000
Mangsa sekunder dan wakil
cucu saya yang bawah umur, JNGR.

28:31.084 --> 28:35.505
Saya tak dapat apa-apa
dan tak mahu apa-apa selain keadilan.

28:44.180 --> 28:47.892
Siasatan perlu dijalankan
secara menyeluruh

28:47.976 --> 28:50.395
dan semua bahan bukti mesti diproses.

28:50.478 --> 28:56.901
Kalau ia membawa kepada maklumat baru
yang perlu disiasat lebih lanjut,

28:56.985 --> 28:58.153
kami akan siasat.

29:14.461 --> 29:20.008
Yrma, terima kasih kerana sudi
menjadi tetamu saya hari ini.

29:20.091 --> 29:23.052
Dia bersama suaminya,
seorang lelaki budiman

29:23.136 --> 29:25.263
yang baik hati, seorang peguam…

29:25.346 --> 29:26.764
Namanya Jesús…

29:26.848 --> 29:30.560
- Hernández Alcocer.
- Jesús Hernández Alcocer.

29:30.643 --> 29:34.314
Anda tak dapat bayangkan
betapa hebatnya suami dia.

29:34.397 --> 29:39.444
Sama seperti Yrma,
sopan, berbudi dan mengambil berat.

29:39.527 --> 29:43.156
Usaha kami untuk menyiasat
jika keganasan pernah berlaku

29:43.239 --> 29:48.244
mendedahkan laporan polis
yang pernah dibuat oleh Yrma Lydya,

29:48.328 --> 29:51.915
yang dikategorikan
sebagai keganasan rumah tangga.

29:52.540 --> 29:54.709
Jesús! Tengoklah, awak jatuh.

29:55.460 --> 29:56.336
Jesús.

29:56.878 --> 29:58.338
Bodohlah kau!

29:59.798 --> 30:02.091
- Hei, kenapa?
- Aku nak belasah kau!

30:02.175 --> 30:03.468
Kenapa dengan awak?

30:03.968 --> 30:05.762
Kenapa, Jesús?

30:06.763 --> 30:09.849
Tak perlulah pukul saya.
Saya tak nak gaduh.

30:11.643 --> 30:16.481
Tapi walaupun lelaki itu mendesak dia
pergi semula ke pejabat pendakwa

30:16.564 --> 30:19.275
untuk menarik balik laporannya,

30:19.359 --> 30:21.736
hasil analisis perundangan kami

30:21.820 --> 30:24.697
menunjukkan tindakan itu
tidak boleh dibenarkan

30:24.781 --> 30:27.867
kerana insiden yang digambarkan oleh Yrma

30:27.951 --> 30:29.911
merupakan cubaan femisid.

30:29.994 --> 30:33.164
Dia diugut dan dipukul.

30:33.248 --> 30:34.916
Dia diancam oleh En. Alcocer

30:34.999 --> 30:39.671
yang acukan senjata ke kepalanya
dan mengugut untuk membunuhnya.

30:39.754 --> 30:44.300
Dia cuma berjaya melarikan diri
kerana pembantu rumah datang menolong.

30:44.384 --> 30:46.094
Kami tak boleh beri kelonggaran.

30:46.177 --> 30:49.305
Pejabat pendakwa patut
keluarkan perintah perlindungan

30:49.806 --> 30:55.019
dan berusaha untuk dapatkan waran tangkap

30:55.103 --> 30:57.814
untuk menghalang En. Alcocer

30:57.897 --> 31:01.109
daripada terus mengasari Yrma Lydya.

31:01.192 --> 31:04.404
Dia takkan mati jika kes itu
dikendalikan sewajarnya.

31:06.698 --> 31:09.450
Sudah tentu kami sangat terkilan.

31:11.578 --> 31:14.247
Kami tak boleh kata,
"Itu siasatan pihak lain,

31:14.330 --> 31:16.958
oleh pejabat pendakwa lain."

31:17.041 --> 31:19.711
Itu kegagalan seluruh institusi.

31:19.794 --> 31:22.213
- Saya nak nyanyi lagu ranchera.
- Baik.

31:22.297 --> 31:25.216
Tajuknya "Aku Silap Tentangmu".

31:25.300 --> 31:26.467
Silakan!

31:26.551 --> 31:31.973
Aku silap tentangmu

31:32.056 --> 31:34.976
Besarnya silapku

31:35.059 --> 31:37.729
Tak ramai yang pernah

31:38.271 --> 31:42.191
Tersilap begitu

31:42.692 --> 31:45.528
Ketemu dirimu di gereja

31:45.612 --> 31:48.448
Terdiamku seribu bahasa

31:48.531 --> 31:54.996
Enggan ganggu doamu
Yang suci bagiku…

32:08.384 --> 32:12.347
Kami bakal hadapi sidang yang sangat rumit

32:13.014 --> 32:16.142
di mahkamah.

32:16.225 --> 32:18.853
Kita di Bandar Mexico,
bertarikh 26 Jun 2022,

32:18.937 --> 32:22.398
di Bilik Bicara 11, Penjara Utara

32:22.482 --> 32:23.942
untuk perbicaraan awal

32:24.025 --> 32:27.946
terhadap Jesús Hernández Alcocer
dan Benjamín Hernández Mendoza

32:28.029 --> 32:29.947
atas pertuduhan jenayah femisid.

32:30.031 --> 32:32.825
Siapa yang mewakili Pejabat Pendakwa Raya?

32:32.909 --> 32:36.079
Yang Arif,
saya Héctor Miguel Ortiz Acosta,

32:36.162 --> 32:38.706
wakil Pejabat Pendakwa Raya Femisid.

32:39.332 --> 32:41.125
Ini temu bual saksi.

32:41.209 --> 32:44.128
Maklumat peribadi anda akan dirahsiakan.

32:44.212 --> 32:46.005
SAKSI TERLINDUNG
KES YRMA LYDYA

32:46.089 --> 32:50.551
Pada hari itu, saya tiba di Suntory
beberapa minit selepas pukul 7 malam.

32:50.635 --> 32:52.136
TEMU BUAL SAKSI T1

32:52.220 --> 32:54.931
Saya ditempatkan di meja pertama,

32:55.014 --> 33:00.687
yang betul-betul di hadapan
bilik peribadi dengan pintu kaca.

33:00.770 --> 33:02.730
Ada dua orang di bilik itu,

33:03.398 --> 33:04.774
seorang wanita muda

33:05.274 --> 33:08.236
dan seorang lelaki tua beruban,

33:08.861 --> 33:10.697
yang memakai suspender.

33:10.780 --> 33:12.115
PASANGAN DI BILIK PERIBADI

33:12.198 --> 33:14.158
Beberapa minit kemudian,

33:14.242 --> 33:19.497
berlaku pertengkaran di bilik itu,
yang semakin lama semakin hangat.

33:19.580 --> 33:21.958
Lelaki itu sangat berang.

33:23.835 --> 33:30.591
Kami beritahu ketua pelayan Suntory
secepat mungkin.

33:30.675 --> 33:32.218
Kami kata, "Jaga-jaga.

33:32.885 --> 33:37.014
Keadaan di bilik itu semakin buruk."

33:37.515 --> 33:43.646
Saya dengar lelaki itu
tinggikan suara beberapa kali.

33:43.730 --> 33:45.606
Dia beritahu wanita itu,

33:46.607 --> 33:50.528
"Sebab kau kena berubah.
Kau kena berubah!"

33:50.611 --> 33:51.696
KAU KENA BERUBAH!

33:51.779 --> 33:55.033
Suaranya semakin kuat dan marah.

33:55.658 --> 34:00.621
Apabila seorang lagi ketua pelayan datang,
kami beritahu dia juga,

34:00.705 --> 34:04.417
"Keadaan dah semakin teruk
dan rasanya lelaki itu bersenjata."

34:05.418 --> 34:07.336
"Ya, kami akan pantau," katanya.

34:07.420 --> 34:11.340
Perkara yang berlaku seterusnya
amat mengejutkan.

34:13.134 --> 34:17.096
Wanita itu pandang kami,

34:17.889 --> 34:19.265
tapi tak cakap apa-apa.

34:20.099 --> 34:22.810
Dia pandang kami dengan ketakutan,

34:23.770 --> 34:27.106
angkat kening dan besarkan mata,
seolah-olah berkata, "Buat sesuatu."

34:29.692 --> 34:31.027
Lelaki itu acu pistol.

34:32.487 --> 34:35.990
Saya kata, "Dia acu pistol.
Dia nak tembak wanita itu!"

34:36.074 --> 34:37.325
Kemudian, dia tembak.

34:38.701 --> 34:41.496
JESÚS MELEPASKAN TEMBAKAN KEDUA

34:41.579 --> 34:47.335
JESÚS MELEPASKAN TEMBAKAN KETIGA

34:47.418 --> 34:51.172
Salah seorang pembantu lelaki itu masuk.

34:51.672 --> 34:54.092
Saya tak dengar soalan yang dia tanya.

34:54.175 --> 34:57.053
Tapi saya boleh soalan agak soalannya

34:57.136 --> 35:01.682
kerana Hernández Alcocer jawab,

35:01.766 --> 35:04.769
"Okey, biarlah masuk penjara! Lantaklah!

35:04.852 --> 35:07.230
Sebab dia memang betina sial!"

35:10.775 --> 35:14.529
Sebentar tadi, hakim memutuskan

35:14.612 --> 35:19.659
bahawa Jesús Hernández Alcocer,
seorang peguam, akan kekal di penjara.

35:19.742 --> 35:24.080
Dia  serta pemandu dan pengawalnya,
Benjamín Hernández Mendoza, 42 tahun,

35:24.163 --> 35:26.290
secara rasminya didakwa membunuh

35:26.374 --> 35:28.543
Yrma Lydya Gamboa, 22 tahun.

35:28.626 --> 35:33.339
Waran tangkap dikeluarkan
untuk seorang lagi pengawal peribadinya

35:33.422 --> 35:35.133
yang disahkan bersubahat

35:35.216 --> 35:39.303
dan masih bebas setakat ini.

35:45.184 --> 35:46.978
GANJARAN
DIKEHENDAKI

36:17.091 --> 36:20.344
Siasatan tentang pelaku
dan faktor kematian wanita itu

36:20.428 --> 36:21.929
telah membongkar kejutan.

36:22.013 --> 36:24.682
Karen Itzel Rodriguez Barrales ditemui.

36:24.765 --> 36:27.310
Menurut Pejabat Peguam Daerah
Bandar Mexico…

36:27.393 --> 36:30.563
Kita akan cari kesan darah.

36:31.689 --> 36:35.067
Kita perlu cari kesan darah

36:35.151 --> 36:40.364
serta cap jari pada bahan bukti
di bilik-bilik berikut.

36:40.448 --> 36:44.118
Di bilik air, tangga,
ruang tamu di tingkat atas,

36:44.202 --> 36:47.663
ruang tamu di tingkat bawah
dan bilik mangsa.

36:50.416 --> 36:56.255
Rakaman audio berikut
memperincikan bukti-bukti

36:56.756 --> 37:02.303
yang dikemukakan untuk memohon
waran tangkap terhadap…

37:02.386 --> 37:05.139
- José Luis Palomares.
- José Luis Palomares.

37:05.223 --> 37:08.643
Dengar dengan teliti.
Ingat, ini ringkasan keseluruhan kes.

37:08.726 --> 37:12.021
Jangan terlepas pandang apa-apa pun.

37:12.688 --> 37:16.067
Fokus pada butirannya, okey?

37:16.150 --> 37:18.444
Laporan forensik.

37:18.527 --> 37:23.366
Mayat wanita ditanam
di kubur rahsia sedalam 1.6 meter.

37:23.449 --> 37:26.911
Lubang itu dikambus
dengan tanah dan tumbuhan

37:26.994 --> 37:29.538
supaya mayat itu tidak ditemui.

37:29.622 --> 37:31.374
Laporan bedah siasat.

37:31.457 --> 37:35.753
Mayat KIRB menunjukkan
tanda-tanda sesak nafas akibat dicekik

37:35.836 --> 37:37.880
sehingga membawa maut.

37:37.964 --> 37:40.549
Berdasarkan lokasi dan bukti yang ditemui,

37:40.633 --> 37:44.428
besar kemungkinan
lebih daripada seorang terlibat.

37:47.598 --> 37:49.850
FEMISID

37:49.934 --> 37:51.852
ORANG BURUAN DIKEHENDAKI

37:53.062 --> 37:56.691
Pastikan kamu pakai jaket
supaya boleh dikenal pasti.

37:57.400 --> 37:59.068
Mari buat kerja.

38:11.539 --> 38:13.040
Awak tahu nombor saya.

38:13.124 --> 38:16.127
Telefon saya kalau perlu,
sebab awak tak boleh masuk.

38:16.210 --> 38:19.630
- Okey.
- Takut siasatan terjejas.

38:44.905 --> 38:45.865
Terima kasih.

38:45.948 --> 38:50.703
Sesi ini diadakan
untuk mendengar keterangan JNGR.

38:50.786 --> 38:52.913
Sudahkah saksi bersedia?

38:52.997 --> 38:55.499
Ya, Yang Arif. Dia ada di sini.

38:57.168 --> 39:01.881
Selepas balik dari pergi berenang,
saya mula basuh pinggan.

39:03.716 --> 39:08.054
Cucu saya heret kerusi,
panjat kerusi itu dan berkata, "Nenek,

39:09.055 --> 39:11.599
berhenti basuh pinggan.

39:12.350 --> 39:16.020
Saya nak nenek dengar betul-betul.
Pandang saya."

39:17.104 --> 39:18.272
"Ya, sayang."

39:18.356 --> 39:19.857
"Tutup paip."

39:19.940 --> 39:23.194
Saya tutup paip dan duduk menghadap dia.

39:23.277 --> 39:24.820
"Kenapa, sayang?"

39:25.738 --> 39:27.114
Dia kata,

39:27.656 --> 39:31.035
"Ibu dibunuh di bilik air tingkat atas."

39:31.118 --> 39:32.661
Saya tergamam.

39:33.704 --> 39:34.872
Helo.

39:36.999 --> 39:39.085
- Apa khabar?
- Baik.

39:39.168 --> 39:41.712
Baguslah. Awak tahu kenapa awak di sini?

39:41.796 --> 39:43.756
Sebab ibu saya dibunuh.

39:43.839 --> 39:45.716
SAKSI TERLINDUNG
KES KAREN ITZEL

39:45.800 --> 39:47.802
Siapa ibu awak?

39:47.885 --> 39:50.721
Karen Itzel Rodríguez Barrales.

39:52.640 --> 39:55.267
Di mana tempat kejadiannya?

39:55.851 --> 39:57.436
Di bilik air tingkat atas.

40:01.190 --> 40:02.817
Bilik air siapa?

40:02.900 --> 40:05.111
Bilik air Martha Beatriz.

40:05.194 --> 40:06.862
Siapa Martha Beatriz?

40:06.946 --> 40:08.489
Nenek saya.

40:09.448 --> 40:11.325
- Dia nenek awak?
- Ya.

40:12.159 --> 40:14.745
Bagaimana awak tahu
ia berlaku di bilik air atas?

40:15.955 --> 40:17.540
Sebab saya nampak.

40:26.173 --> 40:27.925
- Nampak titik-titik ini?
- Ya.

40:28.008 --> 40:30.594
Sedia. Tunggu. Boleh padamkan lampu?

40:33.264 --> 40:35.516
- Kimi…
- Pendarcahaya.

40:35.599 --> 40:38.060
Kimipendarcahaya tak sekata.

40:39.228 --> 40:43.524
Pada permukaan
anak tangga keempat dari bawah.

40:44.108 --> 40:45.693
- Nak teruskan?
- Ya.

40:48.612 --> 40:51.198
Awak nampak apa di bilik air tingkat atas?

40:54.535 --> 40:57.580
- Nampak ibu dibunuh.
- Bagaimana ia berlaku?

40:58.080 --> 41:01.083
Ibu nak mandikan saya.

41:01.167 --> 41:04.462
Martha Beatriz masuk dan kata,
"Ini bilik air aku."

41:04.545 --> 41:06.464
Mereka mula bergaduh.

41:09.758 --> 41:11.886
Kemudian apa yang berlaku?

41:11.969 --> 41:15.806
Atuk masuk dan mereka pukul ibu.

41:16.307 --> 41:17.808
Di mana mereka pukul dia?

41:18.309 --> 41:19.727
Di…

41:19.810 --> 41:26.567
Leher, tangan, perut, kaki.

41:28.986 --> 41:31.572
Kemudian José Luis tolak dia.

41:32.656 --> 41:35.951
Dia tindih ibu dan cekik lehernya.

41:37.828 --> 41:39.121
Siapa José Luis?

41:39.747 --> 41:43.083
Ayah saya.

41:46.337 --> 41:49.840
Kimipendarcahaya yang tak sekata.

42:13.239 --> 42:17.368
Insiden yang awak ceritakan ini
berlaku pada waktu siang atau malam?

42:17.451 --> 42:19.787
Malam, sebab dah gelap.

42:19.870 --> 42:22.122
Terima kasih. Itu saja, Yang Arif.

42:22.206 --> 42:24.041
- Peguam.
- Tiada soalan.

42:33.676 --> 42:36.053
Ya. Saya perlu jaga cucu saya.

42:38.722 --> 42:40.391
Defendan, ada permintaan?

42:43.352 --> 42:44.853
Tak ada, Yang Arif.

42:46.105 --> 42:48.148
Saya tak pernah nampak

42:48.232 --> 42:52.361
mana-mana lelaki yang lakukan femisid
menunjukkan penyesalan.

42:52.861 --> 42:56.949
Orang yang mengaku terang-terangan
melakukan jenayah itu kepada hakim

42:57.032 --> 43:00.452
sentiasa cuba pertahankan tindakan mereka.

43:03.247 --> 43:06.083
Di sinilah mereka cari ibu awak, sayang.

43:06.166 --> 43:07.501
Ibu saya?

43:07.585 --> 43:10.296
Ya, di kawasan ini.

43:39.825 --> 43:45.331
Kita perlu fikir semula
cara kita membina hubungan,

43:45.414 --> 43:47.916
cara kita membina keluarga.

43:48.000 --> 43:50.419
Ia memerlukan perubahan menyeluruh.

43:54.256 --> 43:57.259
Barulah keadilan dapat ditegakkan.

44:49.144 --> 44:51.647
Pendengaran bagi menyemak
perintah injunksi

44:51.730 --> 44:55.651
terhadap Jesús Hernández Alcocer
yang didakwa atas jenayah femisid

44:55.734 --> 44:59.071
yang memudaratkan mangsa
yang dirahsiakan identitinya…

44:59.154 --> 45:05.869
Dia nampak sangat letih dan lesu.

45:06.954 --> 45:11.583
Peguam En. Alcocer memohon
semakan semula injunksi

45:11.667 --> 45:14.294
untuk meminta hakim menukar

45:14.378 --> 45:17.589
perintah tahanan pra-perbicaraan
kepada tahanan rumah.

45:17.673 --> 45:22.761
Pihak yang memohon itu
bertanggungjawab mengemukakan bukti

45:23.721 --> 45:27.224
melalui keterangan saksi pakar
dan soalan langsung seperti,

45:27.307 --> 45:29.685
"Apa, bagaimana, bila, di mana, kenapa?"

45:30.185 --> 45:32.896
Bukan soalan yang menyuap jawapan.

45:32.980 --> 45:34.606
Kita tak boleh tanya,

45:34.690 --> 45:38.318
"Awak terlibat pada tarikh itu, bukan?"

45:38.402 --> 45:41.155
Itu digelar soalan pimpin
dan akan dibantah.

45:41.739 --> 45:43.866
Ada jumpa doktor penjara?

45:43.949 --> 45:46.034
Bantahan. Soalan pimpin.

45:46.118 --> 45:47.870
Diterima. Jangan jawab.

45:50.330 --> 45:52.916
Ada interaksi dengan kakitangan penjara?

45:53.000 --> 45:55.752
- Bantahan. Alasan sama.
- Diterima. Jangan jawab.

45:56.295 --> 46:00.257
Adakah awak tahu jika mereka
jalankan ujian di Hospital Ticomán,

46:00.340 --> 46:02.759
semasa dia dirawat di unit kecemasan?

46:02.843 --> 46:05.137
Bantahan, fakta luaran. Soalan pimpin.

46:05.220 --> 46:06.805
Diterima. Jangan jawab.

46:06.889 --> 46:09.558
Tapi Yang Arif, dia mungkin tahu…

46:09.641 --> 46:10.893
Tuan peguam,

46:11.393 --> 46:12.895
saya dah banyak kali kata

46:12.978 --> 46:16.815
jangan beri soalan yang menyuap jawapan,
tapi awak tak nak dengar.

46:16.899 --> 46:20.194
Awak yang letak diri sendiri
dalam situasi ini.

46:23.530 --> 46:24.615
Berapa lama?

46:25.991 --> 46:27.826
Perdebatan itu tamat.

46:27.910 --> 46:28.994
Kami pula berhujah

46:29.077 --> 46:34.333
tentang risikonya kepada mangsa lain.

46:34.416 --> 46:36.752
Hakim akan mempertimbangkan faktor itu

46:36.835 --> 46:42.674
sebelum membuat keputusan untuk menolak
permohonan injunksi tersebut.

46:42.758 --> 46:46.178
Jadi, dia kekal dalam tahanan.

46:46.261 --> 46:49.598
Permohonan injunksi tidak akan diluluskan

46:49.681 --> 46:53.352
berdasarkan risiko yang awak datangkan
kepada mangsa sekunder,

46:53.435 --> 46:57.147
memandangkan awak pernah mengugut
untuk membunuh mereka

46:57.231 --> 47:00.234
dan setidak-tidaknya, berdasarkan bukti,

47:00.317 --> 47:04.613
telah menyebabkan kematian YLGJ.

47:10.118 --> 47:13.205
Topik kita hari ini. Hukuman Tuhan?

47:13.288 --> 47:14.706
Jesús Hernández Alcocer,

47:14.790 --> 47:19.336
pembunuh Suntory yang membunuh isterinya,
penyanyi Yrma Lydya, 22 tahun,

47:19.419 --> 47:21.672
pada bulan Jun lalu,

47:21.755 --> 47:24.258
meninggal dunia pagi ini di Penjara Utara.

47:24.341 --> 47:27.177
Anda ingat lelaki angkuh itu, bukan?

47:27.261 --> 47:31.682
Dia membawa senjata api memasuki premis,

47:31.765 --> 47:34.685
sangat berlagak
dan berani mengaku dirinya peguam.

47:34.768 --> 47:38.605
Dia mempunyai kenalan berpengaruh
di mahkamah dan sistem kehakiman.

47:38.689 --> 47:40.566
Pembunuh Suntory ini…

47:41.149 --> 47:44.528
Keluarga mangsa sangat kecewa
apabila dia mati

47:44.611 --> 47:48.156
sebelum dijatuhi hukuman.

47:48.240 --> 47:50.158
Kami terus mengesahkan

47:50.242 --> 47:52.744
bahawa En. Alcocer telah meninggal dunia

47:52.828 --> 47:56.248
kerana mereka tak percayakan
sistem keadilan Mexico.

47:56.331 --> 48:00.168
Mereka takut kematiannya dipalsukan

48:00.252 --> 48:03.839
dan dia hidup bebas di tempat lain.

48:03.922 --> 48:07.384
Jadi, kami beritahu mereka,
"Ya, dia dah mati."

48:07.467 --> 48:10.345
Sebab kami dah meneliti
laporan bedah siasat

48:10.429 --> 48:13.682
yang dilakukan di Institut Sains Forensik

48:13.765 --> 48:19.062
untuk mengesahkannya sendiri
dan pastikan maklumat yang kami sampaikan

48:19.146 --> 48:22.649
kepada keluarga mangsa,
bahawa itu memang En. Alcocer.

48:22.733 --> 48:24.818
Selepas kematian Jesús N

48:24.902 --> 48:28.280
yang didakwa membunuh penyanyi Yrma Lydya,

48:28.363 --> 48:31.867
Pejabat Pendakwa fokus
pada pendakwaan pengawal peribadinya,

48:31.950 --> 48:33.785
Benjamín, yang dalam tahanan,

48:33.869 --> 48:37.706
dan Máximo, yang masih bebas
tiga bulan selepas jenayah itu.

48:39.791 --> 48:44.421
Helo, mari kita bincangkan
status terkini pencarian Máximo.

48:44.504 --> 48:46.590
Apa usaha yang kamu dah jalankan?

48:46.673 --> 48:48.467
- Secara khusus.
- Jelaskan.

48:48.550 --> 48:49.384
IBU YRMA

48:49.468 --> 48:52.095
Kami cuma ada alamat lamanya.

48:52.179 --> 48:55.057
Kami dah periksa alamat ini.

48:55.140 --> 48:56.892
Kamu tak buat kerja.

48:56.975 --> 48:59.394
Kami dah periksa alamat di Negeri Mexico.

48:59.478 --> 49:02.773
- Itu kami dah tahu.
- Itu berita lama.

49:02.856 --> 49:04.942
Kamu buat kerja acuh tak acuh.

49:05.025 --> 49:07.861
Ini sajakah yang kamu buat
sejak kita jumpa dulu?

49:07.944 --> 49:10.906
- Ini saja yang ada.
- Jadi, tak ada maklumat baru?

49:10.989 --> 49:15.744
Di mana kamu cari dia?

49:16.745 --> 49:18.413
Tiada kemajuan langsung.

49:18.497 --> 49:21.583
Kami rasa keadilan
belum ditegakkan dalam kes kami.

49:21.667 --> 49:24.920
Selama ini kamu tak buat
kerja yang sepatutnya.

49:25.003 --> 49:29.257
- Sama saja dari dulu.
- Saya faham.

49:29.341 --> 49:31.760
Kami pulang dengan tangan kosong lagi.

49:32.427 --> 49:36.765
Saya harap dia ditangkap segera.

49:36.848 --> 49:38.850
Kami takkan putus asa.

49:40.852 --> 49:42.229
Tidak sama sekali.

49:42.312 --> 49:44.064
Tingkatkan usaha.

49:44.147 --> 49:45.107
Baiklah.

49:46.024 --> 49:48.360
Jangan buang masa. Usaha betul-betul.

50:18.890 --> 50:21.101
Apa cita-cita awak, Yrma Lydya?

50:21.184 --> 50:25.856
Apa yang awak anggap
sebagai kemuncak kerjaya awak?

50:25.939 --> 50:27.315
Apa impian awak?

50:27.399 --> 50:29.026
Kemuncak kerjaya saya?

50:29.526 --> 50:33.071
Sudah tentulah pengiktirafan orang ramai.

50:33.155 --> 50:36.241
Saya nak orang hargai bakat saya.

50:36.742 --> 50:39.119
Itu cita-cita saya yang belum tercapai.

50:43.623 --> 50:48.253
Ada artis yang mati
sebelum dapat pengiktirafan ramai.

50:48.336 --> 50:50.505
- Betul.
- Ia datang kemudian.

50:50.589 --> 50:55.761
Ya. Tapi saya tak nak mati.
Saya nak diiktiraf orang ramai.

50:55.844 --> 50:57.721
Alahai, comellah awak.

51:04.644 --> 51:06.354
Kalau saya mati, apa gunanya?

51:06.438 --> 51:08.482
Saya takkan ada di sini pun.

51:08.565 --> 51:12.778
Lainlah kalau saya boleh menjelma semula,

51:12.861 --> 51:15.781
atau roh saya kekal di bumi,
merayau-rayau,

51:15.864 --> 51:20.327
dan tiba-tiba saya nampak
orang dengar lagu saya.

51:20.410 --> 51:23.580
Tak nak, saya nak rasai
dan nikmatinya semasa hidup.

52:01.409 --> 52:03.995
Martha Beatriz dan José Luis ditahan.

52:04.079 --> 52:08.125
Mereka ibu bapa José,
pembunuh Karen Itzel Rodríguez.

52:08.208 --> 52:12.045
Kami pernah melaporkan kes ini
dalam siaran berita ini.

52:12.129 --> 52:15.006
Mereka ditahan
di Penjara Santa Martha Acatitla

52:15.090 --> 52:17.175
dan Penjara Utara,

52:17.259 --> 52:21.638
atas tuduhan bersubahat
melakukan femisid kejam.

52:30.021 --> 52:33.024
MAHKAMAH PRA-PERBICARAAN
PENJARA TIMUR BANDAR MEXICO

52:33.108 --> 52:35.777
Saya belum sempat meratapi
kematian anak saya.

52:39.948 --> 52:45.078
Saya harap peluang itu
akan tiba secepat mungkin.

52:45.162 --> 52:49.499
Selepas kes ini, fail siasatan,
semuanya ditutup.

52:51.668 --> 52:54.296
Tertuduh bersama-sama ibu bapanya

52:54.379 --> 52:57.716
telah melakukan jenayah femisid ini.

52:57.799 --> 53:00.176
José Luis Galicia Palomares
disabitkan bersalah

53:00.260 --> 53:02.304
atas jenayah femisid berkumpulan

53:02.387 --> 53:04.681
yang mengakibatkan kematian KIRB.

53:07.183 --> 53:08.727
Saya tak kira,

53:09.728 --> 53:15.400
kalau saya perlu naik bukit
atau masuk hutan seorang diri pun,

53:15.483 --> 53:16.985
saya nak asingkan diri

53:18.486 --> 53:19.529
daripada orang.

53:20.906 --> 53:23.867
Saya tak nak jumpa sesiapa pun,
walaupun cucu saya,

53:23.950 --> 53:27.037
anak-anak saya, keluarga saya,
atau sesiapa saja pada hari itu.

53:30.707 --> 53:33.919
Tertuduh akan dijatuhi hukuman maksimum,

53:34.002 --> 53:36.755
memandangkan jenayah itu amat berat.

53:36.838 --> 53:41.426
Awak dijatuhi hukuman penjara 105 tahun
dan perlu membayar ganti rugi.

53:42.677 --> 53:44.346
Defendan, ada permintaan?

53:46.056 --> 53:47.307
Tiada, Yang Arif.

53:56.775 --> 53:57.734
Helo?

53:59.027 --> 54:01.446
Helo? Mestilah gembira.

54:04.157 --> 54:05.742
Disabitkan bersalah.

54:07.661 --> 54:10.080
Saya fikir, "Saya patut beritahu Sayuri,"

54:10.163 --> 54:13.250
sebab kamu perjuangkan kes saya

54:13.792 --> 54:15.627
dan banyak sokong saya.

54:17.921 --> 54:20.799
Disebabkan kamu, kes ini diambil serius.

54:22.217 --> 54:24.511
Pada hari itu,

54:24.594 --> 54:27.263
saya nak menjerit dan menangis.

54:28.098 --> 54:30.100
Saya nak ucap selamat tinggal.

54:31.142 --> 54:34.896
Itulah yang saya nak.
Nak ucap selamat tinggal kepada anak saya.

54:35.563 --> 54:40.318
Saya nak beritahu dia
yang dia boleh bersemadi dengan aman.

54:41.486 --> 54:44.030
Dia boleh damai di sana sekarang.

55:49.471 --> 55:52.724
- Helo!
- Hai, sayang!

56:05.195 --> 56:10.992
Saya percaya usaha ramai wanita

56:11.493 --> 56:17.248
di luar sana, dalam komuniti,
di pejabat pendakwa raya…

56:17.874 --> 56:21.878
Semua usaha gigih kami
dan tenaga yang kami korbankan

56:21.961 --> 56:24.547
untuk menegakkan keadilan

56:24.631 --> 56:25.882
tidak sia-sia.

56:30.095 --> 56:34.057
Rama-rama, rama-rama

56:34.974 --> 56:39.145
Yang muncul dari dalam gelap

56:40.355 --> 56:42.482
Penari balet…

56:42.565 --> 56:46.569
Saya teruskan niat saya
dan mengambil anak angkat perempuan

56:46.653 --> 56:48.822
kerana saya memilih untuk…

56:51.491 --> 56:53.034
terus menggenggam harapan.

56:55.537 --> 56:58.498
Kapal kecil putih

57:00.166 --> 57:02.961
Kurus dan gelisah

57:16.599 --> 57:19.102
LEBIHKAN CINTA KURANGKAN DRAMA

57:19.185 --> 57:22.730
TOLONG CARI KELUARGANYA
MAYATNYA DITEMUI DI LEBUH RAYA

01:00:48.311 --> 01:00:50.021
Terjemahan sari kata oleh FZA
YA DITEMUI DI LEBUH RAYA
