WEBVTT

00:00:17.726 --> 00:00:21.021 align:center
KEADILAN

00:00:23.314 --> 00:00:25.525 align:center
- Dah lambat. Ini pintu masuk?
- Ya.

00:00:33.658 --> 00:00:37.579 align:center
Kami semua tak patut berada di sini.

00:00:37.662 --> 00:00:42.709 align:center
Tapi kami masih mencari jalan
untuk pulihkan negara yang parah ini,

00:00:42.792 --> 00:00:46.379 align:center
dengan keganasan melampau
yang meningkat setiap hari.

00:00:48.047 --> 00:00:50.258 align:center
Isunya hari ini agak mudah.

00:00:50.341 --> 00:00:53.303 align:center
Tebus kesilapan yang pernah dibuat.

00:00:53.386 --> 00:00:55.305 align:center
LEBIH 120,000 ORANG MASIH HILANG

00:00:55.388 --> 00:00:57.766 align:center
Entah-entah, negara ini tak mampu pulih.

00:00:57.849 --> 00:01:02.395 align:center
Bolehkah kita pulihkan
sesuatu yang dah lama binasa,

00:01:02.479 --> 00:01:06.232 align:center
sambil menangis pemergian anak
dan adik-beradik perempuan,

00:01:06.316 --> 00:01:09.986 align:center
bersama parut luka yang berbekas
di jiwa kami yang masih bernyawa.

00:01:11.571 --> 00:01:14.949 align:center
Kami telah menuntut dialog terbuka
dengan pihak berkuasa,

00:01:15.033 --> 00:01:18.536 align:center
dengan Pejabat Pendakwa
bagi Penyiasatan Kes Femisid,

00:01:19.120 --> 00:01:22.582 align:center
dengan Sayuri dan Brenda Bazán.

00:01:22.665 --> 00:01:25.376 align:center
Kami laungkan dengan jelas dan lantang.

00:01:25.460 --> 00:01:29.547 align:center
Kerajaan berhutang besar dengan kami.

00:01:29.631 --> 00:01:33.259 align:center
Hutang yang takkan terlunas
dengan janji yang dimungkiri,

00:01:33.927 --> 00:01:38.264 align:center
perjanjian yang dilupakan,
dokumen yang hilang,

00:01:38.348 --> 00:01:40.683 align:center
lilitan bandana ungu pada tangan,

00:01:41.184 --> 00:01:43.311 align:center
mahupun segelintir kemenangan di mahkamah

00:01:43.394 --> 00:01:46.481 align:center
yang cuma diperoleh
dengan perjuangan mati-matian.

00:01:46.981 --> 00:01:49.526 align:center
Kami menuntut sabitan,

00:01:49.609 --> 00:01:51.736 align:center
proses undang-undang yang adil,

00:01:51.820 --> 00:01:54.364 align:center
perspektif jantina.

00:01:54.864 --> 00:01:57.992 align:center
Kami menuntut
pihak berkuasa menjalankan tugas

00:01:58.076 --> 00:02:01.287 align:center
untuk membasmi keganasan
yang mengorbankan ramai wanita

00:02:01.371 --> 00:02:02.747 align:center
sewenang-wenangnya.

00:02:03.373 --> 00:02:08.294 align:center
Kami mahu dan perlukan
pampasan penuh sebagai ganti rugi.

00:02:08.378 --> 00:02:09.963 align:center
Permintaan kami mudah.

00:02:10.046 --> 00:02:11.548 align:center
Ini hak kami.

00:02:12.048 --> 00:02:14.425 align:center
Dari perspektif kami, kami menuntut…

00:02:14.509 --> 00:02:16.219 align:center
Saya dengar mereka semalam.

00:02:16.302 --> 00:02:20.306 align:center
Tak kiralah kita kerja dengan sesiapa pun,
saya sentiasa sokong usaha

00:02:20.390 --> 00:02:23.935 align:center
untuk mendesak pihak berkuasa
ambil langkah yang sewajarnya.

00:02:24.477 --> 00:02:26.312 align:center
Kita tak boleh diam saja.

00:02:26.396 --> 00:02:28.898 align:center
Jangan beri alasan, "Itu bukan kerja saya.

00:02:28.982 --> 00:02:30.650 align:center
Pergilah kaunter lain.

00:02:30.733 --> 00:02:34.279 align:center
"Tanyalah orang lain, bukan saya.
Saya dah buat kerja saya."

00:02:35.488 --> 00:02:36.990 align:center
Kalau buat begitu,

00:02:37.073 --> 00:02:42.537 align:center
siapa yang nak bertanggungjawab
atas jenayah dan kelakuan jenayah?

00:02:43.288 --> 00:02:48.042 align:center
Itu yang saya selalu beritahu mereka.
Saya pilih untuk berada di sini.

00:02:48.126 --> 00:02:55.133 align:center
Saya pilih untuk bertanggungjawab.

00:02:55.216 --> 00:02:59.220 align:center
Saya tak boleh abaikan
tanggungjawab dan lepas tangan,

00:02:59.304 --> 00:03:02.515 align:center
kerana saya tahu di tempat dan masa itu,

00:03:02.599 --> 00:03:06.853 align:center
saya yang mewakili
pihak berkuasa dan institusi.

00:03:08.354 --> 00:03:12.400 align:center
Mereka nak luahkan kemarahan…

00:03:12.483 --> 00:03:14.819 align:center
TANPA PAMPASAN, TIADA KEADILAN

00:03:14.903 --> 00:03:18.489 align:center
…tunjukkan perasaan, mahu dilihat,
mahu menyatakan tuntutan

00:03:18.573 --> 00:03:21.743 align:center
dan mengetengahkan perkara
yang perlu dilakukan.

00:03:58.321 --> 00:04:03.284 align:center
THE PROSECUTOR

00:04:07.372 --> 00:04:09.374 align:center
- Selamat pagi.
- Selamat bertugas.

00:04:09.457 --> 00:04:10.291 align:center
Terima kasih.

00:04:11.668 --> 00:04:14.545 align:center
- Selamat pagi.
- Selamat pagi, tuan.

00:04:15.672 --> 00:04:17.048 align:center
Selamat pagi!

00:04:18.633 --> 00:04:20.009 align:center
Okey, sedia.

00:04:25.890 --> 00:04:30.979 align:center
Saya ingat zaman saya
di pejabat pendakwa dah tamat.

00:04:33.856 --> 00:04:37.068 align:center
Saya dah tak boleh teruskan
sebagai pendakwa femisid.

00:04:37.151 --> 00:04:39.279 align:center
Saya dah capai had saya

00:04:39.362 --> 00:04:42.407 align:center
kerana saya tak dapat sokongan

00:04:42.490 --> 00:04:44.993 align:center
ketua siasatan jenayah berasaskan jantina,

00:04:45.076 --> 00:04:47.078 align:center
iaitu penyelia saya.

00:04:49.205 --> 00:04:52.875 align:center
Dia halang usaha kami
untuk dapatkan rekod telefon

00:04:52.959 --> 00:04:55.044 align:center
atau laksanakan waran geledah.

00:04:55.128 --> 00:04:58.715 align:center
Saya ingat pernah sekali
dia panggil saya ke pejabatnya

00:04:58.798 --> 00:05:01.718 align:center
untuk tengking dan marah saya.

00:05:02.802 --> 00:05:06.347 align:center
Dia kata, "Saya tak faham apa awak nak.

00:05:07.598 --> 00:05:09.517 align:center
Kenapa awak tak pernah patuh?

00:05:09.600 --> 00:05:12.270 align:center
Awak tak mahu naik pangkatkah?"

00:05:15.815 --> 00:05:18.109 align:center
Saya dah serahkan surat letak jawatan.

00:05:19.027 --> 00:05:20.737 align:center
Saya dah sedia untuk pergi.

00:05:21.237 --> 00:05:24.615 align:center
Saya tak boleh kerja dengan orang
yang beri saya layanan buruk.

00:05:27.869 --> 00:05:32.415 align:center
Tak lama kemudian, ketua pendakwa raya
panggil saya ke pejabatnya

00:05:33.249 --> 00:05:36.878 align:center
dan umumkan keputusannya

00:05:36.961 --> 00:05:41.841 align:center
untuk memecat wanita itu
daripada jawatannya sebagai ketua unit.

00:05:42.342 --> 00:05:46.304 align:center
Dia tanya kalau saya mahukan jawatan itu.

00:05:46.387 --> 00:05:48.389 align:center
UNIT SIASATAN KHAS
JENAYAH BERASASKAN JANTINA

00:05:48.973 --> 00:05:52.143 align:center
Saya kata, "Ya, saya dah sedia."

00:05:57.065 --> 00:05:58.733 align:center
KETUA UNIT KHAS BERASASKAN JANTINA

00:05:58.816 --> 00:06:00.693 align:center
Sebagai ketua unit ini,

00:06:00.777 --> 00:06:03.905 align:center
jawatan ini membolehkan saya

00:06:03.988 --> 00:06:07.075 align:center
terus menyelia siasatan femisid

00:06:07.158 --> 00:06:12.789 align:center
dan menangani jenayah lain
yang dilakukan terhadap wanita.

00:06:13.373 --> 00:06:16.709 align:center
Menangani pemerdagangan manusia,

00:06:16.793 --> 00:06:19.754 align:center
keganasan rumah tangga.

00:06:19.837 --> 00:06:23.466 align:center
Menyokong Unit Siasatan Jenayah Seks
Pejabat Peguam Daerah.

00:06:23.549 --> 00:06:26.844 align:center
Menyokong Unit Kumpulan Rentan
Pejabat Pendakwa Raya.

00:06:27.428 --> 00:06:31.265 align:center
Beban kerja pun bertambah.

00:06:38.314 --> 00:06:41.275 align:center
IBU PEJABAT POLIS SIASATAN

00:06:41.359 --> 00:06:45.238 align:center
Berapa waran tangkap dah kita laksanakan?
Rasanya 78 atau 79?

00:06:46.531 --> 00:06:48.658 align:center
- Dah 78.
- 78?

00:06:50.076 --> 00:06:53.287 align:center
Kita tak buat kerja dengan baik. Godínez?

00:06:53.871 --> 00:06:55.248 align:center
Semasa syif lepas,

00:06:55.331 --> 00:06:58.543 align:center
saya dapat panggilan
tentang kes wanita yang datang tadi.

00:06:58.626 --> 00:07:00.211 align:center
- Lelaki yang…
- Ya.

00:07:00.294 --> 00:07:03.548 align:center
Dia dilihat bekerja
sebagai pemunggah di Pasar Besar.

00:07:03.631 --> 00:07:05.716 align:center
- Lokasinya?
- Mereka tak tahu.

00:07:05.800 --> 00:07:08.803 align:center
Alamak, susah nak cari pemunggah di sana.

00:07:08.886 --> 00:07:10.430 align:center
- Tempatnya sesak.
- Besar.

00:07:10.513 --> 00:07:12.014 align:center
Mereka cuma kata…

00:07:12.098 --> 00:07:14.392 align:center
- Dia di bahagian bunga.
- Okey.

00:07:14.475 --> 00:07:17.228 align:center
- Betulkah?
- Itu lebih jelas.

00:07:17.311 --> 00:07:20.648 align:center
Beri Tania laporannya
dan gambar waran tangkap.

00:07:20.731 --> 00:07:22.108 align:center
Tania, sediakan fail.

00:07:22.191 --> 00:07:25.903 align:center
Bagaimana dengan lelaki
yang tembak diri sendiri itu?

00:07:25.987 --> 00:07:29.490 align:center
Katanya hakim akan keluarkan
waran tangkap minggu ini.

00:07:29.574 --> 00:07:31.534 align:center
- Katanya?
- Ya, minggu ini.

00:07:31.617 --> 00:07:32.660 align:center
Satu, dua.

00:07:32.743 --> 00:07:35.746 align:center
Kalau kita campur semua itu, ertinya ada…

00:07:35.830 --> 00:07:38.291 align:center
Satu, dua… Kira-kira lapan.

00:07:38.791 --> 00:07:41.460 align:center
Satu lagi, yang nak dilaksanakan sekarang.

00:07:42.211 --> 00:07:44.589 align:center
Kalau siap semua,
kamu boleh cuti Disember.

00:07:44.672 --> 00:07:46.215 align:center
Terkejut kami dengar.

00:07:47.091 --> 00:07:49.802 align:center
Baiklah. Selamat bekerja.

00:07:50.303 --> 00:07:51.262 align:center
Terima kasih.

00:08:01.689 --> 00:08:05.860 align:center
Ariadna Díaz yang ditemui mati
di kawasan La Pera,

00:08:05.943 --> 00:08:10.031 align:center
di tepi jalan menuju
ke Tepoztlán dan Cuautla.

00:08:10.114 --> 00:08:13.784 align:center
Ya, beberapa penunggang basikal
menemui mayatnya di tepi jalan.

00:08:13.868 --> 00:08:16.037 align:center
Keluarganya menuntut keadilan.

00:08:16.120 --> 00:08:19.498 align:center
Mereka mahu siasatan dijalankan
dan pemandu itu ditangkap…

00:08:19.582 --> 00:08:22.043 align:center
Kami terima laporan

00:08:22.627 --> 00:08:28.716 align:center
tentang seorang wanita
yang ditemui mati di Morelos.

00:08:28.799 --> 00:08:31.594 align:center
Gambaran tentangnya dirinya sepadan

00:08:31.677 --> 00:08:36.682 align:center
dengan gambaran seorang wanita
yang dilaporkan hilang di Bandar Mexico.

00:08:37.183 --> 00:08:40.561 align:center
Keluarganya sebarkan
berita kehilangannya di media sosial.

00:08:40.645 --> 00:08:43.022 align:center
Penunggang basikal yang lalu di Morelos…

00:08:43.105 --> 00:08:44.815 align:center
KETUA SIASATAN FEMISID

00:08:44.899 --> 00:08:47.109 align:center
…hubungi keluarganya di media sosial.

00:08:47.193 --> 00:08:50.321 align:center
- Disebabkan tatunya sama.
- Betul.

00:08:57.745 --> 00:09:02.375 align:center
Walaupun mayat ditemui di Morelos,

00:09:02.458 --> 00:09:05.294 align:center
dan pihak media membuat andaian

00:09:05.378 --> 00:09:07.797 align:center
bahawa pembunuhannya berlaku di sana,

00:09:07.880 --> 00:09:10.758 align:center
kami rasa penting

00:09:10.841 --> 00:09:15.429 align:center
untuk buka kertas siasatan femisid
di Bandar Mexico

00:09:15.513 --> 00:09:17.848 align:center
kerana kami tak pasti…

00:09:17.932 --> 00:09:19.600 align:center
PETA FEMISID BANDAR MEXICO

00:09:19.684 --> 00:09:21.560 align:center
…lokasi pembunuhan berlaku.

00:09:21.644 --> 00:09:23.980 align:center
Saya kata, "Buka kertas siasatan.

00:09:24.063 --> 00:09:25.648 align:center
Ada mayat ditemui."

00:09:26.148 --> 00:09:29.443 align:center
Kami tak pernah buka kertas siasatan

00:09:30.027 --> 00:09:34.907 align:center
untuk mayat yang ditemui di negeri lain,
tapi kami perlu bertindak pantas.

00:09:37.451 --> 00:09:39.996 align:center
KERTAS SIASATAN DIBUKA
SUSULAN LAPORAN JENAYAH

00:09:40.955 --> 00:09:45.376 align:center
Kami perlu buat siasatan.

00:09:45.459 --> 00:09:47.461 align:center
Okey, terima kasih.

00:09:47.545 --> 00:09:50.923 align:center
Detektif Casillas hadir
ke upacara pengebumian Ariadna.

00:09:52.174 --> 00:09:54.719 align:center
Jom. Mereka tunggu di bawah.

00:09:58.055 --> 00:09:59.223 align:center
Saya datang.

00:10:01.392 --> 00:10:02.643 align:center
Jumpa nanti, Celia.

00:10:16.657 --> 00:10:18.242 align:center
Saya pergi dengan Rodolfo.

00:10:18.326 --> 00:10:19.744 align:center
PENGAWAI PENYIASAT POLIS

00:10:19.827 --> 00:10:22.496 align:center
Kami nak sahkan dan kumpul maklumat.

00:10:23.414 --> 00:10:25.625 align:center
Tempatnya tak jauh dari pejabat,

00:10:25.708 --> 00:10:28.377 align:center
di kawasan Doctores.

00:10:43.684 --> 00:10:47.897 align:center
Detektif Casillas beri arahan
supaya bercakap dengan keluarganya

00:10:47.980 --> 00:10:50.274 align:center
dan maklumkan tentang siasatan kami.

00:10:51.776 --> 00:10:55.112 align:center
Apabila kami tiba,
kami nampak ada ramai orang media.

00:10:55.196 --> 00:10:56.322 align:center
Tempat itu sesak.

00:10:58.699 --> 00:11:00.242 align:center
Wanita itu ditemui mati

00:11:00.326 --> 00:11:03.663 align:center
di Lebuh Raya La Pera-Cuautla
di Tepoztlán, Morelos.

00:11:03.746 --> 00:11:08.084 align:center
Semalam, keluarganya
menjalani proses pengecaman mayat.

00:11:08.167 --> 00:11:10.961 align:center
Dia dilaporkan hilang,
tapi kini disahkan mati.

00:11:11.045 --> 00:11:13.506 align:center
Kami berada di lokasi. Ada banyak versi…

00:11:13.589 --> 00:11:18.761 align:center
Kami nampak ramai kawan mangsa di situ.

00:11:22.390 --> 00:11:26.018 align:center
Kami perkenalkan diri
dan jelaskan tujuan kedatangan.

00:11:26.102 --> 00:11:31.190 align:center
Tiga rakannya duduk di sini dan berkata,

00:11:31.273 --> 00:11:36.362 align:center
"Berani sungguh Rautel tunjuk muka!"

00:11:38.572 --> 00:11:41.242 align:center
Ini Rautel.
Dia datang dengan teman wanitanya.

00:11:43.828 --> 00:11:46.872 align:center
Khabar angin mula tersebar.

00:11:46.956 --> 00:11:48.666 align:center
Apabila dia tiba, orang kata,

00:11:48.749 --> 00:11:51.585 align:center
"Berani dia datang? Tak tahu malu betul."

00:11:51.669 --> 00:11:53.254 align:center
Mereka syak dia.

00:11:53.337 --> 00:11:55.965 align:center
Mereka rasa mereka tahu apa yang berlaku.

00:11:56.048 --> 00:11:58.718 align:center
Mereka kata Ariadna keluar dengannya

00:11:58.801 --> 00:12:01.470 align:center
dan tunjukkan video
mereka berdua di restoran.

00:12:07.601 --> 00:12:10.604 align:center
Mereka setuju untuk cerita
lebih lanjut kepada saya.

00:12:10.688 --> 00:12:13.065 align:center
Saya dan Rodolfo ajak mereka keluar

00:12:13.733 --> 00:12:15.693 align:center
dan soal mereka di jalan.

00:12:17.611 --> 00:12:20.197 align:center
Ahad itu, dia hantar lokasi masa nyatanya.

00:12:20.281 --> 00:12:22.283 align:center
Dia ada di Condesa,

00:12:22.366 --> 00:12:26.078 align:center
di rumah kawan-kawan dia.

00:12:26.162 --> 00:12:29.540 align:center
Itu kali terakhir Ari hubungi kami.

00:12:29.623 --> 00:12:32.918 align:center
Pada hari Isnin, mayatnya dijumpai.

00:12:35.254 --> 00:12:38.215 align:center
Lokasinya menunjukkan
mereka pergi ke rumah Rautel.

00:12:38.299 --> 00:12:39.884 align:center
Saya rasa lega

00:12:39.967 --> 00:12:43.179 align:center
kerana dia pergi
ke rumah orang yang dipercayai.

00:12:43.262 --> 00:12:45.181 align:center
Awak pernah ke rumah Rautel?

00:12:45.264 --> 00:12:46.557 align:center
- Ya.
- Selalu?

00:12:46.640 --> 00:12:49.435 align:center
Saya dah pergi banyak kali.

00:12:49.518 --> 00:12:51.854 align:center
Rautel salah seorang kawan baik saya.

00:12:52.354 --> 00:12:56.192 align:center
Sebab itu saya tak syak apa-apa.

00:12:56.275 --> 00:12:59.945 align:center
Sehinggalah Nat, rakan serumah saya,
tanya saya keesokannya,

00:13:00.029 --> 00:13:03.282 align:center
"Ari ada hubungi awak?
Dia ada dengan awak?"

00:13:03.365 --> 00:13:05.409 align:center
Saya kata, "Dia dengan Rautel."

00:13:05.493 --> 00:13:09.872 align:center
Apabila saya hubungi Rautel,
dia kata, "Ari dah balik naik Uber."

00:13:09.955 --> 00:13:13.042 align:center
Saya kata, "Okey, dia naik Uber."

00:13:13.125 --> 00:13:14.668 align:center
Kemudian dia ubah cerita.

00:13:14.752 --> 00:13:19.298 align:center
Dia kata pengawal peribadinya
hantar Ari pulang.

00:13:19.381 --> 00:13:22.176 align:center
Sejak itulah kami mula rasa syak

00:13:22.259 --> 00:13:25.638 align:center
dan berhenti berhubung dengannya.

00:13:27.973 --> 00:13:29.642 align:center
Saya tanya dia di sini,

00:13:29.725 --> 00:13:33.187 align:center
"Helo, nama saya Gustavo Casillas.

00:13:33.687 --> 00:13:39.902 align:center
Saya sedang siasat pembunuhan ini,"

00:13:40.402 --> 00:13:42.738 align:center
Tapi dia tak nak cakap dengan polis

00:13:42.822 --> 00:13:44.740 align:center
sebab dia dah disoal di Morelos.

00:13:47.201 --> 00:13:50.371 align:center
Dia asyik gerakkan tangan
dan ketap bibirnya.

00:13:50.454 --> 00:13:52.039 align:center
Dia tak pandang mata saya.

00:13:52.122 --> 00:13:55.668 align:center
Saya tahu ada yang tak kena.

00:13:55.751 --> 00:14:01.006 align:center
Dia asyik kata,
"Jangan dekati saya. Saya tak terlibat."

00:14:01.090 --> 00:14:02.800 align:center
Dia ketap bibir lagi.

00:14:04.134 --> 00:14:07.513 align:center
Semasa saya soal Rautel di situ,

00:14:07.596 --> 00:14:10.724 align:center
Rodolfo pula soal teman wanitanya.

00:14:10.808 --> 00:14:17.439 align:center
Vanessa gugup sejak awal lagi.
Sebab dia belum dibimbing oleh peguam.

00:14:17.523 --> 00:14:20.818 align:center
Semasa kami cakap,
ada orang tarik dia pergi.

00:14:21.402 --> 00:14:24.572 align:center
"Jangan cakap apa-apa.
Cakap dengan peguam dulu."

00:14:24.655 --> 00:14:28.325 align:center
Tapi Rodolfo dah dapatkan
maklumat penting daripadanya.

00:14:28.409 --> 00:14:32.830 align:center
Semasa saya masuk ke sini,
keranda itu ada di situ.

00:14:33.622 --> 00:14:36.625 align:center
Rautel tengok saya
dan pergi kerana rasa tak selesa.

00:14:36.709 --> 00:14:39.086 align:center
Dia pergi jumpa pihak media.

00:14:42.965 --> 00:14:45.050 align:center
Saya nak ikut cara terbaik.

00:14:45.134 --> 00:14:49.763 align:center
Sebab kalau dia pilih saya

00:14:49.847 --> 00:14:52.600 align:center
untuk uruskan hal ini

00:14:53.642 --> 00:14:57.688 align:center
atau situasinya jadi begini,
saya nak buat sebaik mungkin.

00:14:57.771 --> 00:14:59.857 align:center
Kamu ada di bar atau rumah?

00:15:00.608 --> 00:15:03.235 align:center
Mula-mula di bar Fisher's, di Nápoles.

00:15:03.319 --> 00:15:05.404 align:center
Kemudian kami ke rumah saya.

00:15:05.487 --> 00:15:09.783 align:center
Sebab teman wanita saya muat naik cerita
untuk tanya lokasi kami.

00:15:09.867 --> 00:15:11.452 align:center
Di situlah ia bermula.

00:15:11.535 --> 00:15:13.537 align:center
- Teman wanita awak ajak dia.
- Ya.

00:15:14.121 --> 00:15:15.331 align:center
Jangan nafikan.

00:15:15.414 --> 00:15:18.709 align:center
Apa jadi kepadanya?
Dia balik? Naik kereta?

00:15:18.792 --> 00:15:20.169 align:center
Siapa jemput dia?

00:15:20.252 --> 00:15:22.004 align:center
Dia balik sendiri.

00:15:22.087 --> 00:15:24.423 align:center
Kami tak berkomunikasi sejak itu.

00:15:24.506 --> 00:15:27.468 align:center
Awak tak nampak apa berlaku
selepas dia tinggalkan rumah awak?

00:15:27.551 --> 00:15:30.137 align:center
- Tak.
- Ada rakaman CCTV?

00:15:30.220 --> 00:15:31.639 align:center
Kami dah mohon semuanya.

00:15:31.722 --> 00:15:34.683 align:center
Prosedurnya baru bermula di Morelos.

00:15:34.767 --> 00:15:38.312 align:center
Kamilah yang pertama sekali pergi ke sana

00:15:38.395 --> 00:15:41.023 align:center
untuk beri kenyataan dan ambil tindakan.

00:15:41.106 --> 00:15:42.858 align:center
Kamu yang kedua.

00:15:42.942 --> 00:15:44.068 align:center
Cakap betul-betul.

00:15:44.902 --> 00:15:46.320 align:center
Itulah ceritanya.

00:15:46.403 --> 00:15:49.698 align:center
Sebab itu saya di sini.
Saya nak ikut jalan yang betul.

00:15:49.782 --> 00:15:52.117 align:center
Adakah dia marah semasa dia pergi?

00:15:52.201 --> 00:15:54.161 align:center
- Itu saja.
- Terima kasih.

00:15:54.244 --> 00:15:55.079 align:center
Terima kasih.

00:15:59.041 --> 00:16:00.501 align:center
Pada masa itu,

00:16:00.584 --> 00:16:05.547 align:center
Pejabat Pendakwa Raya Negeri Morelos
mengeluarkan kenyataan

00:16:05.631 --> 00:16:09.385 align:center
kematiannya berpunca
daripada bronkoaspirasi.

00:16:10.844 --> 00:16:14.223 align:center
Beberapa minit lalu, Pendakwa Morelos,
Uriel Carmona Gándara,

00:16:14.306 --> 00:16:16.100 align:center
melaporkan dalam sidang media…

00:16:16.183 --> 00:16:20.145 align:center
Punca kematian Ariadna N

00:16:20.813 --> 00:16:26.068 align:center
ialah keracunan alkohol yang teruk,

00:16:26.610 --> 00:16:28.612 align:center
menyebabkan bronkoaspirasi.

00:16:28.696 --> 00:16:33.075 align:center
Hasil bedah siasat
tidak menunjukkan femisid.

00:16:33.575 --> 00:16:36.412 align:center
Tiada tanda-tanda keganasan padanya.

00:16:36.912 --> 00:16:40.749 align:center
Semasa upacara pengebumian,
keluarganya memberitahu detektif

00:16:40.833 --> 00:16:43.252 align:center
mereka meragui keputusan autopsi.

00:16:43.752 --> 00:16:46.463 align:center
Keluarganya tunjukkan gambar yang diambil

00:16:46.547 --> 00:16:48.424 align:center
oleh penunggang basikal.

00:16:48.507 --> 00:16:51.301 align:center
Dalam gambar-gambar itu,

00:16:51.385 --> 00:16:54.513 align:center
kesan-kesan pada tangannya
jelas kelihatan.

00:16:54.596 --> 00:16:57.307 align:center
Mukanya juga cedera.

00:16:57.391 --> 00:17:02.312 align:center
Kami lihat gambar itu dan kata,
"Takkanlah mabuk sampai cedera teruk?"

00:17:02.396 --> 00:17:03.772 align:center
Katakanlah dia memang

00:17:03.856 --> 00:17:06.275 align:center
mabuk alkohol dan bronkoaspirasi.

00:17:06.358 --> 00:17:08.152 align:center
Takkan dia jalan sampai sana?

00:17:08.235 --> 00:17:10.237 align:center
- Mustahil.
- Dia dibuang di sana.

00:17:10.320 --> 00:17:14.283 align:center
Rautel suspek utama kami.
Saya hubungi Brenda selepas tengok gambar.

00:17:14.366 --> 00:17:17.911 align:center
Saya tanya keluarga Ari,
"Kamu nak beri kerjasama penuh?

00:17:17.995 --> 00:17:19.955 align:center
Ini kes besar. Kamu sanggup?"

00:17:20.039 --> 00:17:23.000 align:center
"Ya, dia ahli keluarga kami."
Saya kata, "Baiklah."

00:17:23.083 --> 00:17:27.212 align:center
Beberapa orang,
terutamanya rakan-rakannya,

00:17:27.296 --> 00:17:32.885 align:center
mengesahkan bahawa mayat Ariadna
dibawa untuk menjalani autopsi kedua.

00:17:34.428 --> 00:17:36.764 align:center
Upacara pengebumian dihentikan.

00:17:36.847 --> 00:17:39.391 align:center
Polis siasatan dan pakar forensik

00:17:39.475 --> 00:17:44.855 align:center
memindahkan mayat terus
ke Institut Sains Forensik.

00:17:47.733 --> 00:17:49.568 align:center
Mereka melakukan bedah siasat

00:17:49.651 --> 00:17:54.072 align:center
pada bahagian yang tak dilakukan
oleh Pejabat Pendakwa Raya Morelos.

00:17:54.156 --> 00:17:57.242 align:center
Mereka turut menganalisis organnya.

00:17:57.326 --> 00:18:01.663 align:center
Mereka merekodkan kecederaan Ariadna.

00:18:01.747 --> 00:18:07.252 align:center
Tiada tanda bronkoaspirasi pada tubuhnya.

00:18:09.046 --> 00:18:12.508 align:center
Jelas sekali autopsi
yang dilakukan di Morelos

00:18:12.591 --> 00:18:15.511 align:center
tidak dijalankan dengan teliti.

00:18:15.594 --> 00:18:20.015 align:center
Tapi mereka dengan yakinnya mendakwa

00:18:20.099 --> 00:18:22.392 align:center
bahawa itu bukan femisid.

00:18:26.772 --> 00:18:28.857 align:center
PEJABAT PENDAKWA RAYA BANDAR MEXICO

00:18:28.941 --> 00:18:29.983 align:center
Selamat tengah hari.

00:18:30.067 --> 00:18:32.653 align:center
Terima kasih kerana hadir ke sidang media

00:18:32.736 --> 00:18:35.280 align:center
bersama Ketua Pendakwa Raya Bandar Mexico.

00:18:35.364 --> 00:18:39.243 align:center
Atas permintaan dan persetujuan
keluarga Ariadna,

00:18:39.326 --> 00:18:42.913 align:center
kami mengarahkan
autopsi dijalankan semula.

00:18:42.996 --> 00:18:47.459 align:center
Autopsi mendapati mayat wanita itu

00:18:47.543 --> 00:18:50.504 align:center
mengalami beberapa kecederaan
akibat pukulan.

00:18:50.587 --> 00:18:52.214 align:center
Oleh itu, punca kematian

00:18:52.297 --> 00:18:57.219 align:center
telah disahkan sebagai
pelbagai kecederaan parah

00:18:57.302 --> 00:18:59.179 align:center
yang membawa maut.

00:18:59.680 --> 00:19:01.974 align:center
Pada masa yang sama, detektif kami…

00:19:02.057 --> 00:19:04.393 align:center
Ia mempersoalkan kerja yang dilakukan

00:19:04.476 --> 00:19:07.813 align:center
oleh seluruh sistem penyiasatan
Negeri Morelos.

00:19:07.896 --> 00:19:11.024 align:center
Kerja ini dijalankan
oleh pakar forensik kami,

00:19:11.108 --> 00:19:14.319 align:center
wanita yang mengambil kira
perspektif jantina.

00:19:14.403 --> 00:19:16.488 align:center
Saya sendiri semak autopsi itu.

00:19:16.572 --> 00:19:18.740 align:center
Saya dah semak ratusan autopsi.

00:19:18.824 --> 00:19:22.369 align:center
Kami tak sorok apa-apa.
Saya tidak rasa bersalah…

00:19:22.452 --> 00:19:25.247 align:center
Tapi yang jelas,

00:19:25.330 --> 00:19:28.125 align:center
Morelos menyimpulkan yang dia tak dibunuh.

00:19:28.625 --> 00:19:29.751 align:center
Betul.

00:19:38.218 --> 00:19:43.140 align:center
Saya dan Ari macam adik-beradik.

00:19:44.600 --> 00:19:49.104 align:center
Saya jumpa dia pada tahun 2017,

00:19:49.187 --> 00:19:52.316 align:center
di Restoran Hooters.

00:19:52.816 --> 00:19:56.570 align:center
Saya baru mula kerja di sana.
Dia jadi pelayan.

00:19:56.653 --> 00:19:59.990 align:center
Dia yang datang tegur saya.

00:20:00.073 --> 00:20:05.037 align:center
Dia tolong saya kenal tempat kerja baru.

00:20:05.120 --> 00:20:08.999 align:center
Dia peramah.
Dia orang pertama yang saya kenal.

00:20:12.669 --> 00:20:15.422 align:center
Saya antara orang pertama yang dapat tahu.

00:20:15.505 --> 00:20:16.882 align:center
KAWAN ARIADNA
SAKSI TERLINDUNG

00:20:16.965 --> 00:20:20.761 align:center
Saya tahu yang puncanya
dia dipukul berkali-kali.

00:20:21.261 --> 00:20:25.224 align:center
Saya nampak gambar kawan saya.
Mukanya bercalar-balar.

00:20:26.141 --> 00:20:27.684 align:center
Saya nak…

00:20:28.852 --> 00:20:31.438 align:center
Saya nak tahu cerita sebenar.

00:20:33.232 --> 00:20:37.736 align:center
Saya harap dia tenang di sana…

00:20:39.821 --> 00:20:43.867 align:center
Sebab dia tahu kami pasti
menuntut keadilan bagi pihaknya.

00:21:05.389 --> 00:21:09.017 align:center
Saya belajar menerusi hidup saya
dan pengalaman saya

00:21:09.101 --> 00:21:12.646 align:center
dengan rakan-rakan
pejuang hak asasi manusia

00:21:12.729 --> 00:21:17.484 align:center
bahawa seorang ibu ditakrifkan
oleh ikatan erat dan kasih sayang.

00:21:27.619 --> 00:21:32.749 align:center
Selepas Sayuri lulus
semua penilaian sosial dan psikologi

00:21:32.833 --> 00:21:35.127 align:center
dan mendapat sijil kelayakan,

00:21:35.752 --> 00:21:39.381 align:center
hari ini kami akan menempatkan
anak itu secara fizikal

00:21:39.464 --> 00:21:43.719 align:center
di rumah barunya bersama ibunya.

00:21:48.307 --> 00:21:53.520 align:center
Saya buat keputusan
untuk ambil anak angkat perempuan

00:21:53.603 --> 00:21:57.858 align:center
di negara yang kaum wanitanya

00:21:58.358 --> 00:22:01.028 align:center
berisiko menjadi mangsa femisid.

00:22:04.781 --> 00:22:08.327 align:center
Saya serahkan anak ini kepada ibunya.

00:22:11.705 --> 00:22:14.958 align:center
Sebab aaya fikir,
"Lucy dah ada di dunia ini."

00:22:15.584 --> 00:22:19.212 align:center
Itu bukan keputusan saya lagi.
Dia dah wujud. Dia dah ada.

00:22:20.172 --> 00:22:22.007 align:center
Jadi, saya rasa

00:22:22.507 --> 00:22:27.429 align:center
saya perlu jadi ibu dan menjaganya.

00:22:28.430 --> 00:22:30.349 align:center
Dengan saya atau tanpa saya pun,

00:22:30.432 --> 00:22:33.727 align:center
dia perlu belajar menghadapinya.

00:22:33.810 --> 00:22:36.355 align:center
Jadi, lebih baik kami hadapinya bersama.

00:22:36.855 --> 00:22:39.608 align:center
Ini surat komitmen saya.

00:22:41.693 --> 00:22:44.029 align:center
"Layan anak ini dengan bermaruah.

00:22:44.112 --> 00:22:47.324 align:center
Jamin persekitaran yang sihat
dan bebas keganasan.

00:22:48.283 --> 00:22:51.995 align:center
Sediakan makanan berkhasiat
yang sesuai untuk usianya."

00:22:53.038 --> 00:22:57.542 align:center
Walaupun saya buat keputusan ini,
saya rasa dia juga buat keputusan

00:22:57.626 --> 00:22:59.252 align:center
saya akan jadi ibunya.

00:23:01.838 --> 00:23:04.508 align:center
Sekarang, kami ada satu sama lain.

00:23:05.759 --> 00:23:09.846 align:center
Ini sesuatu yang baik untuk kami.
Ia menjadikan kami kuat dan bahagia.

00:23:11.431 --> 00:23:13.558 align:center
Awak makan, ya? Saya nak sikit.

00:23:13.642 --> 00:23:15.310 align:center
Ini memang sedap!

00:23:15.811 --> 00:23:19.231 align:center
Kebahagiaan ini bukan milik saya seorang,

00:23:19.314 --> 00:23:23.068 align:center
tapi dikongsi oleh semua orang
yang bekerja dengan saya.

00:23:23.151 --> 00:23:28.448 align:center
Ini kereta peronda untuk dia,
hadiah daripada detektif.

00:23:28.532 --> 00:23:33.453 align:center
Kalau kami dalam kesukaran,
mereka sentiasa ada untuk kami.

00:23:44.631 --> 00:23:47.426 align:center
Semasa pengebumiannya, kawan-kawannya

00:23:47.509 --> 00:23:49.511 align:center
membuka jalan bagi siasatan kami.

00:23:49.594 --> 00:23:53.682 align:center
Kami mula merangka pelan tindakan
dan membina hipotesis.

00:23:54.182 --> 00:23:57.060 align:center
Lelaki itu dan pasangannya
ialah orang terakhir yang bersamanya

00:23:57.144 --> 00:23:59.062 align:center
di rumah lelaki itu.

00:23:59.146 --> 00:24:02.649 align:center
Secara logiknya,
kami perlu mulakan siasatan di situ.

00:24:04.234 --> 00:24:07.404 align:center
Kami dapatkan rakaman CCtV
dari restoran itu.

00:24:13.577 --> 00:24:17.747 align:center
Kami nampak mereka dah mabuk sedikit.

00:24:28.049 --> 00:24:30.552 align:center
Kami nampak laluan mereka ke rumahnya.

00:24:32.053 --> 00:24:37.142 align:center
Kami minta rakaman CCTV
daripada pengurus bangunan apartmen.

00:24:37.642 --> 00:24:40.103 align:center
Kami bawa waran.

00:24:40.187 --> 00:24:43.231 align:center
Kalau dia enggan serahkannya,
kami takkan berganjak.

00:24:45.484 --> 00:24:47.485 align:center
Kami terus diberi akses.

00:24:47.569 --> 00:24:48.862 align:center
1. MELINDUNGI LOKASI

00:24:54.326 --> 00:24:57.746 align:center
Kami dapat saksikan ketibaan mereka
di tempat letak kereta.

00:24:57.829 --> 00:25:03.168 align:center
Kereta itu berhenti dan semua orang
yang pergi ke restoran itu keluar.

00:25:11.301 --> 00:25:14.638 align:center
Vanessa dan Rautel keluar.

00:25:14.721 --> 00:25:18.058 align:center
Seorang lagi wanita
dan adik Rautel keluar.

00:25:19.100 --> 00:25:21.061 align:center
Lihat, mereka semua keluar.

00:25:21.144 --> 00:25:25.190 align:center
Beberapa minit kemudian,
kami nampak mereka balik.

00:25:28.944 --> 00:25:32.447 align:center
Kami dapat sahkan
bahawa cuma tinggal tiga orang,

00:25:32.531 --> 00:25:37.869 align:center
iaitu mangsa, Rautel dan Vanessa.

00:25:40.413 --> 00:25:43.458 align:center
Vanessa balas mesej saya dan kata,

00:25:43.542 --> 00:25:46.670 align:center
"Dia balik naik teksi.
Rasanya dia guna khidmat Uber."

00:25:46.753 --> 00:25:50.882 align:center
Saya tanya, "Siapa yang panggilkan?"
Sebab dia tak guna Uber atau Didi.

00:25:50.966 --> 00:25:55.553 align:center
Dia kata, "Saya tak perasan pula.

00:25:55.637 --> 00:25:58.223 align:center
Yang saya tahu, dia balik."

00:26:01.434 --> 00:26:06.106 align:center
Kami siasat kalau dia betul-betul keluar
dan cara dia sampai ke Morelos.

00:26:06.189 --> 00:26:09.150 align:center
Tapi selama 10 atau 12 jam,
kami tak jumpa apa-apa.

00:26:09.234 --> 00:26:11.152 align:center
Kami mula penat dan terfikir,

00:26:11.236 --> 00:26:14.614 align:center
"Aku terlepas pandangkah?
Dia keluar tak? Apa sebenarnya?"

00:26:17.325 --> 00:26:21.288 align:center
Akhirnya kami nampak,
lebih kurang pukul 11 pagi,

00:26:21.371 --> 00:26:24.749 align:center
Rautel keluar sambil dukung
mangsa di bahunya.

00:26:48.940 --> 00:26:52.152 align:center
Dia masukkan mangsa
ke dalam kenderaan yang sama.

00:27:04.039 --> 00:27:07.167 align:center
Kami ingat dia dibawa keluar
sebelum subuh.

00:27:07.250 --> 00:27:09.085 align:center
Bukan pada waktu siang.

00:27:15.008 --> 00:27:19.054 align:center
Menerusi rekod telefon,
kami dapat sahkan laluan perjalanannya

00:27:19.137 --> 00:27:22.766 align:center
dengan menjejaki panggilannya,
ke tempat dia buang mayat.

00:27:25.435 --> 00:27:28.313 align:center
- Yang sepadan dengan CCTV…
- Dan masa.

00:27:28.396 --> 00:27:30.106 align:center
…kami nampak dia pergi.

00:27:30.190 --> 00:27:32.192 align:center
Log telefon juga mengesahkan

00:27:32.275 --> 00:27:36.863 align:center
bahawa Rautel meninggalkan tempat itu.

00:27:38.323 --> 00:27:43.286 align:center
Kereta itu pergi ke Morelos.
Di situlah mayatnya dibuang.

00:27:43.370 --> 00:27:46.539 align:center
Mayatnya dibiarkan terdedah.
Kemudian ia ditemui.

00:28:05.058 --> 00:28:06.267 align:center
Dia balik sendiri.

00:28:06.351 --> 00:28:09.187 align:center
Awak tak nampak apa berlaku
selepas dia tinggalkan rumah awak?

00:28:09.270 --> 00:28:10.313 align:center
Tidak.

00:28:11.815 --> 00:28:16.444 align:center
Selepas berita itu tersiar,
dia pun larikan diri macam kekasihnya.

00:28:16.528 --> 00:28:20.740 align:center
Jadi, kami pergi menggeledah apartmennya.

00:28:20.824 --> 00:28:22.909 align:center
LAPORAN KEADAAN LOKASI
WARAN GELEDAH

00:28:25.078 --> 00:28:29.374 align:center
Punca kematiannya disahkan
sebagai pelbagai kecederaan parah.

00:28:29.457 --> 00:28:34.212 align:center
Jadi, kami nak cari kesan darah
untuk lihat kalau betul dia dipukul.

00:28:34.963 --> 00:28:38.007 align:center
PERKHIDMATAN FORENSIK MENJALANKAN ANALISIS

00:28:38.091 --> 00:28:41.428 align:center
Kami sembur luminol pada tikar.
Saya ada gambarnya.

00:28:43.805 --> 00:28:47.183 align:center
Reaksi luminol itu paling jelas kelihatan

00:28:47.934 --> 00:28:49.561 align:center
di salah satu bilik,

00:28:49.644 --> 00:28:51.855 align:center
pada tombol pintu.

00:28:51.938 --> 00:28:53.356 align:center
KEWUJUDAN DARAH

00:28:55.483 --> 00:29:00.530 align:center
Kami jumpa cadar yang ada kesan darah,

00:29:01.030 --> 00:29:03.116 align:center
yang jelas mengesahkan

00:29:03.199 --> 00:29:07.412 align:center
penglibatannya dalam pembunuhan Ariadna.

00:29:09.747 --> 00:29:11.124 align:center
Pencarian kami selesai.

00:29:11.207 --> 00:29:16.254 align:center
Berdasarkan segala bukti yang ada,
tiada lagi keraguan

00:29:16.337 --> 00:29:19.507 align:center
bahawa kejadian itu
memang berlaku di bangunan ini.

00:29:19.591 --> 00:29:23.344 align:center
Rakaman CCTV mengesahkan bahawa
selepas dia masuk dengan mereka,

00:29:23.428 --> 00:29:26.014 align:center
dia tak tinggalkan tempat itu
sehinggalah diusung keluar.

00:29:33.438 --> 00:29:36.858 align:center
Mereka memukulnya dengan teruk.

00:29:37.358 --> 00:29:39.235 align:center
Itu yang membunuhnya.

00:29:40.695 --> 00:29:44.783 align:center
Itu juga menunjukkan
siasatan di Morelos terburu-buru

00:29:44.866 --> 00:29:46.951 align:center
mengesahkan yang ini bukan femisid.

00:29:47.035 --> 00:29:49.746 align:center
Mereka tak geledah tempat kejadian pun.

00:29:49.829 --> 00:29:53.541 align:center
Mereka tak ada maklumat yang cukup,

00:29:53.625 --> 00:29:56.586 align:center
tapi terus buat kesimpulan.

00:29:59.923 --> 00:30:02.592 align:center
Rautel dari Morelos.
Begitu juga keluarganya.

00:30:02.675 --> 00:30:07.055 align:center
Jadi, dia tahu tempat
untuk buang mayat Ariadna

00:30:07.138 --> 00:30:10.141 align:center
supaya kertas siasatan dibuka di Morelos.

00:30:11.142 --> 00:30:13.186 align:center
Sebab kami sedar

00:30:13.269 --> 00:30:15.355 align:center
dia rasuah semua orang di sana.

00:30:15.939 --> 00:30:20.360 align:center
Dia berpengaruh dan kaya,
ada pengawal peribadi,

00:30:20.443 --> 00:30:22.529 align:center
diiringi dua SUV.

00:30:22.612 --> 00:30:24.739 align:center
Di restoran saya bekerja pun,

00:30:24.822 --> 00:30:28.117 align:center
Rautel selalu pesan wiski mewah,

00:30:28.201 --> 00:30:30.745 align:center
lapan botol Don Julio 70,

00:30:30.829 --> 00:30:33.039 align:center
meja penuh dengan koktel mahal…

00:30:33.122 --> 00:30:36.000 align:center
Saya pernah serahkan dia
bil mencecah 60,000 peso.

00:30:36.084 --> 00:30:39.504 align:center
Dia rasa status dan duitnya
buat dia kebal.

00:30:39.587 --> 00:30:43.091 align:center
Sebab itu dia selamba
bawa keluar mayat Ariadna

00:30:43.174 --> 00:30:45.718 align:center
walaupun tahu ada kamera yang merakamnya.

00:30:45.802 --> 00:30:49.430 align:center
Sebab dia tahu dia boleh rasuah orang
untuk padamkan rakaman

00:30:49.514 --> 00:30:51.474 align:center
dan dia akan terlepas.

00:30:58.189 --> 00:31:00.775 align:center
Kami pergi ke Morelos

00:31:00.859 --> 00:31:05.238 align:center
untuk beri keterangan tentang orang
yang bersama Ari dan sebagainya.

00:31:06.614 --> 00:31:09.075 align:center
Di sana, saya diberitahu,

00:31:09.158 --> 00:31:13.621 align:center
"Tinggalkan telefon bimbit di sini.
Kalau tidak, susah awak nanti.

00:31:13.705 --> 00:31:16.165 align:center
Sebab kalau saya nak,
saya boleh tahan awak sekarang."

00:31:16.249 --> 00:31:18.877 align:center
Saya kata, "Saya tak buat salah."
"Saya dah beri amaran."

00:31:18.960 --> 00:31:23.673 align:center
Dia kata, "Saya nak awak tahu,
Rautel ada di sini."

00:31:26.968 --> 00:31:30.388 align:center
Saya keluar dan terus ajak
kawan-kawan lain pergi.

00:31:30.471 --> 00:31:31.848 align:center
Mereka tanya, "Kenapa?"

00:31:31.931 --> 00:31:36.561 align:center
Taip semasa saya ajak mereka pergi,
ada orang datang dan kurung kami.

00:31:36.644 --> 00:31:39.063 align:center
Dia kunci mangga pintu.

00:31:39.147 --> 00:31:41.065 align:center
Seorang lagi ambil pistol.

00:31:53.703 --> 00:31:56.456 align:center
Sejak bekerja dengan pihak kerajaan,

00:31:56.956 --> 00:32:00.877 align:center
saya dapat lihat realiti keganasan

00:32:00.960 --> 00:32:04.380 align:center
yang berakar umbi
dalam institusi ini sendiri.

00:32:05.298 --> 00:32:08.718 align:center
Seorang rakan sekerja beritahu saya,

00:32:08.801 --> 00:32:14.724 align:center
"Sayuri, sistem ini dibina untuk pastikan
kita tak dapat keadilan."

00:32:15.266 --> 00:32:18.394 align:center
Sebab itu ada pihak yang sentiasa kebal.

00:32:20.605 --> 00:32:23.608 align:center
Ertinya,

00:32:23.691 --> 00:32:27.904 align:center
kami perlu rombak
dan bina semuanya dari bawah.

00:32:30.573 --> 00:32:32.659 align:center
Ini pejabat ibu.

00:32:34.202 --> 00:32:36.162 align:center
Ini pejabat ibu.

00:32:36.663 --> 00:32:40.124 align:center
Di sebalik semua ini,

00:32:40.625 --> 00:32:43.962 align:center
ada ramai wanita,

00:32:44.045 --> 00:32:46.547 align:center
ibu kepada mangsa,

00:32:47.048 --> 00:32:52.929 align:center
yang berfikir lebih jauh ke depan
tentang tindakan yang kami perlu ambil.

00:32:54.806 --> 00:32:58.393 align:center
Tapi mereka masih beri kami ruang,

00:32:59.686 --> 00:33:03.147 align:center
memberi semangat
untuk meneruskan perjuangan sedikit lagi.

00:33:07.485 --> 00:33:09.487 align:center
Saya alu-alukan kedatangan anda

00:33:09.570 --> 00:33:14.200 align:center
ke ruang yang kita kongsi bersama
dengan segala suka duka.

00:33:14.283 --> 00:33:17.036 align:center
Ribuan terima kasih kerana hadir hari ini.

00:33:17.954 --> 00:33:22.792 align:center
Sentiasalah gunakan peluang ini
untuk beritahu kami

00:33:22.875 --> 00:33:27.463 align:center
kalau ada sesuatu yang mustahak,
yang merisaukan anda tentang kes anda.

00:33:27.547 --> 00:33:30.133 align:center
Itulah tujuan kita berjumpa, bukan?

00:33:30.216 --> 00:33:32.927 align:center
Apa-apa pun, kami memang perlu tahu.

00:33:33.011 --> 00:33:36.055 align:center
Kami perlu tahu perkembangan yang terkini.

00:33:36.139 --> 00:33:39.058 align:center
Mendiang anak saya ada dua kerja,

00:33:39.142 --> 00:33:42.103 align:center
tapi disebabkan saya tak dapat
hak penjagaan,

00:33:42.186 --> 00:33:45.023 align:center
cucu saya tak dapat pencen.

00:33:45.648 --> 00:33:50.236 align:center
Cara hakim tangani isu pampasan
buat kami rasa macam jatuh ditimpa tangga.

00:33:50.319 --> 00:33:54.365 align:center
Malah, mereka tuduh kami menuntut…

00:33:54.449 --> 00:33:56.200 align:center
IBU FERNANDA, MANGSA FEMISID

00:33:56.284 --> 00:34:01.039 align:center
Menuntut ganjaran wang ringgit.

00:34:01.122 --> 00:34:03.750 align:center
Padahal itu hak kamu
selepas sabitan hukuman.

00:34:04.250 --> 00:34:08.004 align:center
Kita pun dah menang beberapa kes, bukan?

00:34:08.087 --> 00:34:09.297 align:center
Seingat saya…

00:34:09.922 --> 00:34:12.592 align:center
Akhir tahun lepas, saya rasa Yeri.

00:34:12.675 --> 00:34:16.220 align:center
Mereka tutup pejabat pendakwa.
Isunya bukan masalah siasatan.

00:34:16.971 --> 00:34:18.723 align:center
Tapi isu pampasan.

00:34:18.806 --> 00:34:20.224 align:center
Itulah hakikatnya.

00:34:20.308 --> 00:34:26.230 align:center
Kami semua amat terkejut.
Kami tak tahu kenapa jadi begitu.

00:34:26.314 --> 00:34:29.442 align:center
Padahal sabitan hukuman
telah pun diputuskan,

00:34:29.525 --> 00:34:32.403 align:center
kemajuan kes pun dah dicapai.

00:34:32.487 --> 00:34:35.948 align:center
Tapi kami tak diberi sokongan
yang secukupnya.

00:34:36.032 --> 00:34:37.992 align:center
Jadi, kami nak cari penyelesaian.

00:34:38.076 --> 00:34:41.788 align:center
Say, saya cuma nak kata,
saya tahu cara nak tuntut hak saya.

00:34:41.871 --> 00:34:42.705 align:center
MANGSA FEMISID

00:34:42.789 --> 00:34:45.083 align:center
Pada masa yang sama,

00:34:45.166 --> 00:34:49.587 align:center
saya hargai segala usaha dan sokongan
yang telah diberikan di sini.

00:34:49.670 --> 00:34:54.675 align:center
Saya bukan sekadar nombor fail.
Saya bukan kes 291. Saya Yeritza.

00:34:54.759 --> 00:34:58.596 align:center
Awak tahu setiap kes kami secara peribadi.

00:34:59.096 --> 00:35:04.435 align:center
Itu membuatkan kami rasa dihormati

00:35:04.519 --> 00:35:06.312 align:center
dalam proses yang sesukar ini.

00:35:07.355 --> 00:35:12.151 align:center
Jiwa saya terubat sedikit
apabila tahu keluarga lain…

00:35:12.235 --> 00:35:13.736 align:center
IBU LESVY, MANGSA FEMISID

00:35:13.820 --> 00:35:16.531 align:center
…takkan perlu lalui proses ini.

00:35:16.614 --> 00:35:18.908 align:center
Tapi risikonya sentiasa ada

00:35:18.991 --> 00:35:24.455 align:center
kerana orang yang memegang jawatan
akan bertukar ganti.

00:35:24.539 --> 00:35:30.294 align:center
Jadi, tak tahulah kalau mereka pun boleh
atau mahu laksanakan keadilan.

00:35:30.795 --> 00:35:33.965 align:center
Tapi kita perlu fokus pada saat ini saja.

00:35:34.674 --> 00:35:35.842 align:center
Sayang.

00:35:39.095 --> 00:35:40.054 align:center
Apa khabar?

00:35:40.138 --> 00:35:42.807 align:center
Beberapa bulan ini sangat rumit.

00:35:42.890 --> 00:35:44.976 align:center
- Mereka telefon saya semalam.
- Ya?

00:35:52.650 --> 00:35:56.696 align:center
Pada pagi ini,
detektif daripada jabatan siasatan

00:35:56.779 --> 00:36:01.200 align:center
melaksanakan waran tangkap
terhadap Vanessa N.

00:36:02.910 --> 00:36:06.414 align:center
Dia ditangkap di Ecatepec.
Kami bawa dia ke Bandar Mexico.

00:36:06.497 --> 00:36:09.584 align:center
Dia dibawa ke Penjara Santa Martha.

00:36:16.799 --> 00:36:21.429 align:center
Beberapa hari kemudian,
pada pukul 4 pagi, semasa saya tidur,

00:36:21.512 --> 00:36:23.723 align:center
detektif dari Monterrey telefon saya.

00:36:23.806 --> 00:36:25.850 align:center
PEJABAT PENDAKWA RAYA NUEVO LEÓN

00:36:25.933 --> 00:36:29.812 align:center
Dia kata, "Detektif Casillas,
ada lelaki bernama Rautel di sini."

00:36:29.896 --> 00:36:32.982 align:center
Saya terkejut sebab saya
ada waran untuk tangkap dia.

00:36:33.065 --> 00:36:34.775 align:center
Dia kata Rautel serah diri.

00:36:34.859 --> 00:36:38.237 align:center
Pengarah saya terus tempahkan
tiket pesawat ke Monterrey.

00:36:38.321 --> 00:36:39.655 align:center
Saya terus ke sana.

00:36:43.117 --> 00:36:44.994 align:center
Dia terkejut melihat saya.

00:36:45.494 --> 00:36:47.872 align:center
Dia kata, "Apa awak buat di sini?"

00:36:50.583 --> 00:36:52.543 align:center
Saya kata, "Saya dah cakap.

00:36:52.627 --> 00:36:55.504 align:center
Saya dah suruh cakap benar,
tapi awak enggan.

00:36:55.588 --> 00:36:58.090 align:center
Tengok, inilah akibatnya.

00:36:59.258 --> 00:37:02.762 align:center
Kami tangkap teman wanita awak,
sebab itu awak lari."

00:37:03.554 --> 00:37:05.848 align:center
Dia terkejut melihat saya.

00:37:05.932 --> 00:37:10.269 align:center
Saya memang puas hati sebab dia pernah
rendah-rendahkan saya di sini.

00:37:10.353 --> 00:37:14.273 align:center
Dia kata, "Saya takkan cakap apa-apa."
Dia suruh saya berambus.

00:37:14.357 --> 00:37:18.194 align:center
Apabila nampak dia, saya kata,
"Ikut saya. Sekarang giliran saya."

00:37:21.697 --> 00:37:26.535 align:center
Detektif kami bawa dia
ke Bandar Mexico menaiki pesawat.

00:37:26.619 --> 00:37:31.165 align:center
Dia kongsi butir perbualannya dengan kami.

00:37:31.791 --> 00:37:33.334 align:center
Mereka enggan makan suap.

00:37:33.417 --> 00:37:36.837 align:center
KETUA PENDAKWA RAYA BANDAR MEXICO
2020-2024

00:37:37.338 --> 00:37:40.466 align:center
"Saya beri awak enam juta."
Saya kata, "Lupakan."

00:37:40.549 --> 00:37:42.885 align:center
Di Morelos, dia dah rasuah lima juta.

00:37:43.678 --> 00:37:46.347 align:center
Saya kata, "Bodoh. Sia-sia saja."

00:37:48.516 --> 00:37:51.394 align:center
Dia kata, "Lepaskan saya.
Cari orang mirip saya."

00:37:52.311 --> 00:37:54.146 align:center
- Aduhai…
- Mengarut betul.

00:37:55.690 --> 00:38:01.654 align:center
Apa yang didedahkan
semasa siasatan dijalankan?

00:38:03.614 --> 00:38:09.537 align:center
Rupa-rupanya,
penyerang itu ada hubungan baik

00:38:09.620 --> 00:38:11.622 align:center
dengan pihak berkuasa di Morelos.

00:38:11.706 --> 00:38:16.002 align:center
Sudah tentulah semua itu
dimaklumkan kepada Ketua Pentadbir,

00:38:16.752 --> 00:38:18.504 align:center
Dr. Claudia Sheinbaum.

00:38:20.339 --> 00:38:24.468 align:center
Jikalau Pejabat Pendakwa Raya
Bandar Mexico tidak campur tangan,

00:38:25.177 --> 00:38:27.513 align:center
pelaku femisid ini tidak akan dihukum.

00:38:28.139 --> 00:38:30.349 align:center
Persoalannya, kenapa boleh ada

00:38:31.559 --> 00:38:33.894 align:center
pendakwa di Morelos yang tutup kes ini,

00:38:36.105 --> 00:38:38.232 align:center
pada pendapat saya, dengan sengaja?

00:38:39.775 --> 00:38:43.612 align:center
Dengan segala hormatnya,
saya maklumkan kepada Ketua Pentadbir

00:38:43.696 --> 00:38:45.906 align:center
dan Ketua Pendakwa Raya Bandar Mexico,

00:38:45.990 --> 00:38:49.410 align:center
mustahil kami nak lindungi sesiapa.

00:38:50.036 --> 00:38:52.038 align:center
Kami bekerja dengan apa yang ada.

00:38:52.121 --> 00:38:54.749 align:center
Ia tercermin dalam laporan autopsi

00:38:54.832 --> 00:38:57.626 align:center
yang kami anggap
telah dijalankan dengan teliti.

00:39:03.841 --> 00:39:06.010 align:center
Ada banyak pelanggaran undang-undang

00:39:06.093 --> 00:39:11.515 align:center
dan perkara tak masuk akal
berlaku dalam kes itu.

00:39:12.016 --> 00:39:15.770 align:center
Mereka melanggar
hak asasi keluarga Ariadna

00:39:15.853 --> 00:39:17.813 align:center
dan Ariadna sendiri.

00:39:18.481 --> 00:39:21.442 align:center
Kami mahu pendakwa di Morelos itu

00:39:21.525 --> 00:39:24.111 align:center
dihukum atas perbuatannya.

00:39:24.195 --> 00:39:29.033 align:center
Kami kemukakan semua hujah kami
kepada para hakim.

00:39:29.533 --> 00:39:33.996 align:center
Hakim bersetuju dengan kami
dan luluskan waran tangkap.

00:39:34.538 --> 00:39:36.374 align:center
PENJARA REMAN LELAKI

00:39:37.917 --> 00:39:40.711 align:center
Tunjukkan kepada saya,
nanti saya bawa awak.

00:39:41.337 --> 00:39:45.633 align:center
Ini waran tangkap
untuk Uriel Carmona Gándara.

00:39:46.258 --> 00:39:48.260 align:center
Masuklah. Awak kenal saya, bukan?

00:39:48.344 --> 00:39:50.554 align:center
- Kita rakan sekerja.
- Betul.

00:39:50.638 --> 00:39:53.015 align:center
- Ini boleh berlaku kepada sesiapa.
- Ya.

00:39:53.099 --> 00:39:55.309 align:center
- Saya serah diri.
- Siaran langsung.

00:39:55.393 --> 00:39:57.770 align:center
Pihak berkuasa yang menangkap saya

00:39:57.853 --> 00:39:59.814 align:center
berjanji takkan ceroboh rumah saya.

00:40:03.943 --> 00:40:08.572 align:center
Kami tahu ia menyampaikan mesej tegas
kepada seluruh negara.

00:40:09.406 --> 00:40:11.617 align:center
Siapa salah, dia dihukum.

00:40:14.036 --> 00:40:17.123 align:center
Kenapa jadi begini?
Dia ada kekebalan perlembagaan.

00:40:17.206 --> 00:40:20.501 align:center
Bukankah itu telah dijamin?
Perlembagaan kita dicabul.

00:40:20.584 --> 00:40:22.253 align:center
- Betul tak?
- Ya, Pepe.

00:40:22.336 --> 00:40:25.131 align:center
Ini mempersoalkan kedudukan
semua pendakwa berautonomi

00:40:25.214 --> 00:40:28.300 align:center
di seluruh negara yang mungkin
dalam situasi sama.

00:40:31.679 --> 00:40:35.349 align:center
Saya dikritik hebat
oleh sesetengah pendakwa.

00:40:35.433 --> 00:40:37.518 align:center
Adakah perbuatan saya berisiko? Ya.

00:40:37.601 --> 00:40:40.104 align:center
Saya pertaruhkan kerjaya politik.

00:40:43.983 --> 00:40:45.860 align:center
Mahkamah bersidang.

00:40:45.943 --> 00:40:48.070 align:center
Agenda seterusnya,

00:40:48.154 --> 00:40:49.947 align:center
perbincangan berkenaan dan jika perlu,

00:40:50.030 --> 00:40:53.409 align:center
kelulusan usul sokongan

00:40:53.492 --> 00:40:58.455 align:center
berhubung cadangan untuk melantik semula
Ernestina Godoy Ramos

00:40:58.539 --> 00:41:02.460 align:center
sebagai ketua
Pejabat Pendakwa Raya Bandar Mexico.

00:41:03.586 --> 00:41:07.756 align:center
Jika mereka tak takut mengundi,
biar mereka mengundi.

00:41:07.840 --> 00:41:09.383 align:center
Biar mereka tunjukkan

00:41:09.467 --> 00:41:14.180 align:center
sama ada mereka menyokong
Ernestina Godoy atau tidak.

00:41:18.309 --> 00:41:21.896 align:center
Ada sesiapa yang belum mengundi?

00:41:25.941 --> 00:41:31.113 align:center
Sistem undian suara kini ditutup.

00:41:33.657 --> 00:41:38.287 align:center
Puan Presiden,
keputusan undian adalah seperti berikut.

00:41:38.370 --> 00:41:43.209 align:center
41 menyokong, 25 menentang,
tiada undian berkecuali.

00:41:47.087 --> 00:41:48.797 align:center
Selepas dua jam berdebat,

00:41:48.881 --> 00:41:52.384 align:center
mereka menolak pelanjutan empat tahun
bagi Godoy sebagai Ketua Pendakwa Raya.

00:41:53.219 --> 00:41:55.638 align:center
Kongres perlu memilih

00:41:55.721 --> 00:41:58.641 align:center
Ketua Pendakwa Raya baru
untuk penggal empat tahun

00:41:58.724 --> 00:42:02.478 align:center
dengan pilihan satu penggal lagi,
yang gagal dicapai oleh Ernestina Godoy.

00:42:07.191 --> 00:42:10.277 align:center
Pada hari Pendakwa Ernestina pergi,

00:42:11.570 --> 00:42:13.864 align:center
dia beritahu saya,

00:42:15.074 --> 00:42:19.286 align:center
"Sayuri, berhati-hati dengan semua orang.

00:42:20.829 --> 00:42:22.164 align:center
Semua orang."

00:42:24.375 --> 00:42:28.003 align:center
Ya, sebab dia tinggalkan saya seorang.
Itulah yang dia kata.

00:42:29.421 --> 00:42:30.923 align:center
Tapi betul katanya.

00:42:34.176 --> 00:42:38.305 align:center
Isteri Pendakwa Raya Morelos
dilantik sebagai hakim.

00:42:42.810 --> 00:42:48.065 align:center
"Kongres Morelos melantik 10 hakim baru

00:42:48.148 --> 00:42:51.652 align:center
bagi Mahkamah Tinggi Negeri Morelos.

00:42:51.735 --> 00:42:52.736 align:center
Okey.

00:42:52.820 --> 00:42:55.823 align:center
"Antaranya, isteri Pendakwa Raya Morelos."

00:42:56.448 --> 00:42:58.993 align:center
- Tapi itu konflik kepentingan.
- Kekebalan.

00:42:59.076 --> 00:43:01.996 align:center
Ya, tapi mereka tak peduli.

00:43:10.170 --> 00:43:15.426 align:center
Pada pukul 9:48 pagi Jumaat,
Pendakwa Raya Morelos, Uriel Carmona,

00:43:15.509 --> 00:43:17.845 align:center
dibebaskan melalui pintu utama

00:43:17.928 --> 00:43:20.806 align:center
daripada Penjara Altiplano Negeri Mexico.

00:43:20.889 --> 00:43:25.269 align:center
Semalam, panel hakim
mengarahkan dia dibebaskan segera,

00:43:25.352 --> 00:43:26.770 align:center
menurut peguamnya.

00:43:26.854 --> 00:43:30.482 align:center
Pihak pentadbiran di Istana Nasional
tidak berpuas hati dengan pembebasannya.

00:43:31.400 --> 00:43:35.904 align:center
Dalam perbicaraan,
ada yang menang dan kalah.

00:43:35.988 --> 00:43:38.032 align:center
Tidak, ini bukan kekalahan.

00:43:38.532 --> 00:43:41.285 align:center
Ini belum berakhir.

00:43:41.368 --> 00:43:44.496 align:center
Saya tak tahu jika kita boleh kata,

00:43:44.580 --> 00:43:49.835 align:center
"Dia bebas dan takkan dihukum."
Kita tak boleh kata begitu.

00:43:49.918 --> 00:43:54.089 align:center
Perbuatan kami boleh mendatangkan
akibat buruk atau negatif

00:43:54.173 --> 00:43:58.093 align:center
kerana kami melakukannya
dalam sistem yang korup

00:43:58.177 --> 00:44:01.430 align:center
dan dikelilingi orang yang berniat jahat.

00:44:01.513 --> 00:44:06.685 align:center
Saya harap kesudahannya berbeza.
Mestilah saya harap begitu.

00:44:07.686 --> 00:44:11.565 align:center
Tapi apa-apa pun,
perjuangan ini tetap penting.

00:44:17.571 --> 00:44:21.241 align:center
Tapi saya rasa
pihak sana yang perlu takut.

00:44:21.325 --> 00:44:24.828 align:center
Jika kami tak bersuara
untuk orang yang dah tiada,

00:44:24.912 --> 00:44:26.955 align:center
suara mereka takkan didengari.

00:44:31.460 --> 00:44:34.797 align:center
Rautel dan Vanessa dipenjarakan,
tapi Uriel masih bebas.

00:44:34.880 --> 00:44:38.175 align:center
Begitu juga pihak pendakwaan
yang menipu bagi pihaknya.

00:44:38.258 --> 00:44:41.887 align:center
URIEL CARMONA - KORUP
BERSUBAHAT MELAKUKAN JENAYAH

00:44:42.721 --> 00:44:46.600 align:center
Mereka bersekongkol.
Ini bukan kali pertama hal begini terjadi.

00:44:46.683 --> 00:44:48.394 align:center
Cuma kali ini ia terbongkar.

00:44:48.477 --> 00:44:53.357 align:center
Tapi saya dapat e-mel dan mesej
daripada perempuan yang kata,

00:44:53.440 --> 00:44:56.318 align:center
"Hal ini berlaku kepada ibu saya."
"Kawan saya."

00:44:56.402 --> 00:45:00.072 align:center
"Tapi kerana takut, saya tak bersuara.
Saya tak buat apa-apa."

00:45:00.155 --> 00:45:02.366 align:center
Sebab kami pun rasa takut.

00:45:02.449 --> 00:45:05.994 align:center
Saya berpindah kerana Rautel tahu
segalanya tentang saya.

00:45:08.914 --> 00:45:12.710 align:center
KAMI SOKONG ARIADNA
VANESSA FLORES BUNUH DIA

00:45:12.793 --> 00:45:17.131 align:center
ARI, SAHABATKU
KAMI RAKAN SEPERJUANGANMU!

00:45:17.214 --> 00:45:20.300 align:center
Kami mahu kes ini terus hidup,

00:45:20.884 --> 00:45:24.096 align:center
agar ia tak dilupakan
seperti banyak kes femisid lain.

00:45:24.179 --> 00:45:27.725 align:center
Kadangkala apabila ahli keluarga
atau kawan kita meninggal,

00:45:27.808 --> 00:45:32.646 align:center
kita berkabung, lalui kesedihan,
menangis dan terima pemergiannya.

00:45:32.730 --> 00:45:35.774 align:center
Tapi dalam kes kami, Ariadna dibunuh.

00:45:35.858 --> 00:45:38.527 align:center
Saya tak boleh kawal perasaan
selama sehari.

00:45:38.610 --> 00:45:43.365 align:center
Tapi esoknya, saya keluar dan menjerit.
Saya perlu keluar berjuang.

00:45:43.449 --> 00:45:48.036 align:center
Kami takkan dapat berkabung
sehinggalah keadilan ditegakkan.

00:46:00.716 --> 00:46:04.386 align:center
- Ini bunga kegemarannya.
- Ya, dia suka sebut di media sosial.

00:46:04.470 --> 00:46:05.554 align:center
Dia nak bunga ini.

00:46:05.637 --> 00:46:07.514 align:center
"Siapa nak bagi saya bunga matahari?"

00:46:07.598 --> 00:46:09.641 align:center
Saya selalu ingat

00:46:09.725 --> 00:46:11.059 align:center
dia pernah letak meme

00:46:11.143 --> 00:46:15.522 align:center
yang orang patut buat tatu mukanya,
macam buat tatu bintang pop.

00:46:15.606 --> 00:46:16.815 align:center
- Macam itulah.
- Ya!

00:46:16.899 --> 00:46:19.818 align:center
- Sekarang, kita semua bertatu.
- Semua perempuan.

00:46:19.902 --> 00:46:21.278 align:center
Saya tatu namanya.

00:46:21.361 --> 00:46:23.155 align:center
- Di lutut saya.
- Lutut awak.

00:46:23.238 --> 00:46:25.783 align:center
Saya tatu nama dia pada Nat.

00:46:25.866 --> 00:46:28.243 align:center
Dia menangis,
tapi tak tahulah sebab teringat Ari

00:46:28.327 --> 00:46:29.995 align:center
atau sebab saya tatu dia.

00:46:30.078 --> 00:46:33.040 align:center
- Entahlah. Saya meraung
- Perasaan bercampur baur.

00:46:33.123 --> 00:46:34.166 align:center
Ya, betul.

00:46:35.751 --> 00:46:38.962 align:center
Ari suka semua kawan dia berbaik.

00:46:39.046 --> 00:46:43.300 align:center
Saya tahu dia nak buat parti besar
dengan 500 tetamu.

00:46:44.843 --> 00:46:47.179 align:center
Saya ingat semasa dia naik motor saya.

00:46:47.262 --> 00:46:49.181 align:center
Saya pening nak layan dia.

00:46:49.264 --> 00:46:51.683 align:center
Dia asyik suruh ambil gambar dia.

00:46:55.437 --> 00:46:58.899 align:center
Saya ingat dia pernah nak
sambung bulu mata.

00:46:58.982 --> 00:47:01.401 align:center
Selepas siap, dia balik

00:47:02.277 --> 00:47:04.530 align:center
dengan bulu mata baru.

00:47:04.613 --> 00:47:07.574 align:center
Dia merungut,
"Saya macam patung Bayi Jesus."

00:47:15.916 --> 00:47:17.960 align:center
Cara terbaik untuk menghormatinya

00:47:18.043 --> 00:47:22.422 align:center
adalah dengan membiarkan
semangatnya hidup dalam diri kami.

00:47:22.506 --> 00:47:23.966 align:center
- Betul.
- Ya.

00:47:24.049 --> 00:47:26.260 align:center
Menanam sikapnya dalam diri kami.

00:48:30.824 --> 00:48:33.702 align:center
Proses undang-undang yang kami lalui ini

00:48:33.785 --> 00:48:36.580 align:center
memakan masa bertahun-tahun.

00:48:38.790 --> 00:48:42.169 align:center
Contohnya, pergi ke pejabat pendakwa raya

00:48:42.252 --> 00:48:44.379 align:center
atau ke penjara…

00:48:44.463 --> 00:48:49.384 align:center
Saya dah tak perlu tengok nama stesen,
saya dah tahu tempat nak turun.

00:48:51.553 --> 00:48:54.723 align:center
Ada masanya kami rasa

00:48:55.474 --> 00:48:59.603 align:center
keadilan takkan diperoleh
dan hidup kami akan terus begini,

00:49:00.103 --> 00:49:03.106 align:center
naik turun sana sini,

00:49:03.190 --> 00:49:06.818 align:center
sentiasa berjuang dan mempertahankan diri.

00:49:19.539 --> 00:49:24.628 align:center
Say selalu kata
terapi terbaik ialah keadilan.

00:49:24.711 --> 00:49:26.088 align:center
Saya selalu balas,

00:49:26.171 --> 00:49:28.799 align:center
"Ya, tapi masalahnya…"

00:49:28.882 --> 00:49:30.759 align:center
MANGSA KEGANASAN SEKSUAL

00:49:30.842 --> 00:49:33.804 align:center
Tapi saya takkan lupa perasaan
apabila dengar,

00:49:33.887 --> 00:49:36.515 align:center
"Alberto, awak akan kekal ditahan."

00:49:38.183 --> 00:49:39.476 align:center
Memang puas hati.

00:49:40.018 --> 00:49:44.856 align:center
Sebelum itu saya sentiasa rasa tak kena,
perasaan yang tak dapat digambarkan,

00:49:45.357 --> 00:49:48.568 align:center
tapi kini jiwa saya dah terubat.

00:49:55.993 --> 00:50:00.288 align:center
Saya ingat semua orang
terjaga tidur 80 kali semalam.

00:50:01.999 --> 00:50:04.793 align:center
Tapi sejak saya tahu dia di penjara,

00:50:05.794 --> 00:50:07.796 align:center
saya tidur lena minggu ini.

00:50:07.879 --> 00:50:09.923 align:center
Bagi saya, itu sesuatu

00:50:10.799 --> 00:50:13.969 align:center
yang mengejutkan dan mustahil sebelum itu.

00:50:14.052 --> 00:50:18.015 align:center
Saya sangat senang hati
dapat tidur sepanjang malam tanpa terjaga.

00:50:18.098 --> 00:50:22.102 align:center
Ya, Betul kata Say.
Terapi terbaik ialah keadilan.

00:50:23.145 --> 00:50:25.397 align:center
Lambat-laun, keadilan tetap datang.

00:50:25.981 --> 00:50:28.567 align:center
Terus kuatkan diri untuk hidup.

00:50:28.650 --> 00:50:30.902 align:center
Akhirnya, saya pulih.

00:50:39.619 --> 00:50:41.955 align:center
Saya rasa penting

00:50:43.874 --> 00:50:45.709 align:center
kita berjumpa hari ini

00:50:46.418 --> 00:50:47.919 align:center
kerana

00:50:49.463 --> 00:50:53.800 align:center
saya nak kongsi
beberapa keputusan yang kami buat.

00:50:58.555 --> 00:51:02.726 align:center
Saya dijemput oleh
daripada Kementerian Wanita

00:51:02.809 --> 00:51:05.687 align:center
untuk menyertai pasukan mereka

00:51:06.188 --> 00:51:11.985 align:center
dan membantu menubuhkan
pejabat pendakwaan khusus jantina

00:51:12.069 --> 00:51:13.945 align:center
di semua negeri.

00:51:14.029 --> 00:51:17.699 align:center
Saya nak maklumkan
yang saya terima jemputan itu.

00:51:19.242 --> 00:51:22.370 align:center
Saya risau. Saya terharu.

00:51:22.454 --> 00:51:28.794 align:center
Saya bukan di sini untuk kejar jawatan,
tapi untuk berjuang.

00:51:30.378 --> 00:51:33.673 align:center
Perjuangan saya
ialah hak wanita dan gadis.

00:51:34.174 --> 00:51:36.802 align:center
Adakah awak nak pergi sebab tekanan?

00:51:36.885 --> 00:51:39.888 align:center
Sebab kita boleh hadapinya bersama.

00:51:40.388 --> 00:51:43.517 align:center
Dah bertahun-tahun
kami berdepan dengan penyerang kami

00:51:43.600 --> 00:51:47.145 align:center
dan mempertahankan nyawa kami
dan nyawa wanita lain,

00:51:47.229 --> 00:51:49.397 align:center
jadi kami boleh hadapi hal ini juga.

00:51:49.481 --> 00:51:54.277 align:center
Kami semua tahu ini langkah untuk menyekat

00:51:54.361 --> 00:51:56.780 align:center
segala kemajuan kita bersama.

00:51:56.863 --> 00:51:59.449 align:center
Kami tak bodoh. Kami sedar.

00:52:00.534 --> 00:52:03.829 align:center
Tapi kami nak tahu alasan bagi…

00:52:04.329 --> 00:52:07.082 align:center
- Keputusan awak.
- Ini keputusan awak, bukan?

00:52:07.582 --> 00:52:10.001 align:center
Jika begitu, kami boleh hadapinya.

00:52:10.085 --> 00:52:12.587 align:center
Kami buat tunjuk perasaan di jalanan.

00:52:12.671 --> 00:52:16.133 align:center
Kami dah protes di penjara,
jadi di sini pun boleh juga.

00:52:16.842 --> 00:52:19.719 align:center
Say, awak perlu faham
yang awak tak keseorangan.

00:52:19.803 --> 00:52:22.430 align:center
Kami sentiasa sokong awak.

00:52:23.431 --> 00:52:25.475 align:center
Sebab bagi kami, ini juga…

00:52:26.184 --> 00:52:28.770 align:center
Berita ini buat kami cukup takut.

00:52:29.354 --> 00:52:32.232 align:center
Apa akan jadi kepada kami,
kepada kes kami?

00:52:32.315 --> 00:52:33.984 align:center
Kami dah banyak berkorban.

00:52:34.067 --> 00:52:38.196 align:center
Dengan platform ini,
kami dapat kukuhkan kes kami.

00:52:38.280 --> 00:52:41.783 align:center
Kalau platform ini tak dikembangkan,

00:52:42.325 --> 00:52:44.870 align:center
apa nasib kami nanti?

00:52:48.290 --> 00:52:50.333 align:center
Saya tahu awak takut, Yeri.

00:52:51.877 --> 00:52:52.919 align:center
Saya pun takut.

00:52:53.420 --> 00:52:56.298 align:center
Saya tahu mungkin keputusan saya silap.

00:52:58.383 --> 00:53:01.595 align:center
Seperti saya mungkin silap
lima tahun lalu, bukan?

00:53:05.432 --> 00:53:11.271 align:center
Saya juga rasa dah tiba masanya
untuk mulakan di tempat baru.

00:53:11.354 --> 00:53:12.981 align:center
Ia bermula di bilik ini.

00:53:14.608 --> 00:53:18.695 align:center
Kita dah berjuang untuk pertahankan
pejabat pendakwa raya ini.

00:53:20.113 --> 00:53:23.700 align:center
Tapi tabiat lama memang sukar diubah.

00:53:23.783 --> 00:53:27.245 align:center
Keadaannya cenderung
untuk kembali ke takuk lama.

00:53:28.622 --> 00:53:31.166 align:center
Saya setuju ia tak boleh
dilepaskan begitu saja.

00:53:31.666 --> 00:53:34.836 align:center
Ia tak boleh dilepaskan beramai-ramai.

00:53:35.462 --> 00:53:36.546 align:center
Oleh semua wanita.

00:53:40.550 --> 00:53:42.761 align:center
Saya juga risau tentang anak saya.

00:53:43.386 --> 00:53:45.847 align:center
Dia baru satu setengah tahun.

00:53:45.931 --> 00:53:48.516 align:center
Saya balik rumah, dia dah tidur.

00:53:49.726 --> 00:53:51.937 align:center
Kadangkala saya jumpa dia
waktu pagi saja.

00:53:55.523 --> 00:53:57.484 align:center
Saya nak tengok dia membesar.

00:54:11.373 --> 00:54:17.420 align:center
Saya tahu dunia yang kita mahu
tak wujud hari ini.

00:54:17.504 --> 00:54:19.047 align:center
Hal itu…

00:54:19.547 --> 00:54:22.842 align:center
Ia mengambil masa untuk dibina.

00:54:26.346 --> 00:54:30.141 align:center
Keputusan saya
untuk tinggalkan pejabat pendakwa

00:54:30.225 --> 00:54:31.768 align:center
dan menukar haluan,

00:54:31.851 --> 00:54:34.187 align:center
untuk mara ke depan walaupun takut…

00:54:34.270 --> 00:54:38.108 align:center
Paling teruk pun,
saya gagal dan tersungkur.

00:54:38.191 --> 00:54:40.443 align:center
Tapi saya perlu cuba.

00:54:40.527 --> 00:54:42.654 align:center
Atau perubahan takkan berlaku.

00:54:43.822 --> 00:54:46.533 align:center
Baiklah, -rakan sekerja sekalian,

00:54:46.616 --> 00:54:50.996 align:center
kita di sini untuk menyokong
Sayuri Herrera Román.

00:54:51.079 --> 00:54:52.831 align:center
Keluarlah, Sayuri!

00:54:52.914 --> 00:54:58.169 align:center
Pendakwa raya kita! Rakan feminis kita!

00:54:58.253 --> 00:55:02.173 align:center
Kami di sini untuk beritahu
Sayuri Herrera Román

00:55:02.257 --> 00:55:08.471 align:center
dia mewakili kami,
kami sayang dia dan kami sokong dia.

00:55:11.558 --> 00:55:17.272 align:center
Selagi saya boleh tunjukkan
rasa hormat dan timbang rasa

00:55:17.355 --> 00:55:22.360 align:center
kepada semua wanita yang saya wakili,

00:55:22.986 --> 00:55:24.988 align:center
itulah pedoman…

00:55:25.071 --> 00:55:26.906 align:center
SAY - TERIMA KASIH ATAS USAHA AWAK

00:55:26.990 --> 00:55:30.535 align:center
…yang menunjukkan bahawa usaha saya

00:55:30.618 --> 00:55:34.330 align:center
masih diperlukan
dan berada di landasan yang betul.

00:55:34.414 --> 00:55:37.292 align:center
SAYURI MEWAKILI KAMI

00:55:37.375 --> 00:55:43.214 align:center
Saya masih boleh berpandukan pedoman itu,

00:55:43.298 --> 00:55:46.968 align:center
walaupun saya bekerja
dalam sistem kerajaan sendiri.

00:55:53.600 --> 00:55:56.519 align:center
Selamat sejahtera kepada saudari sekalian,

00:55:57.520 --> 00:55:59.314 align:center
kepada anda semua.

00:55:59.898 --> 00:56:03.818 align:center
Ditujukan kepada mereka
yang turut bersama kita dari syurga.

00:56:04.611 --> 00:56:07.655 align:center
Banyak yang kita dah bina
atas dasar kasih sayang.

00:56:08.490 --> 00:56:11.034 align:center
Harapan kita bukan sekadar bergantung…

00:56:13.370 --> 00:56:15.121 align:center
pada satu institusi.

00:56:15.622 --> 00:56:17.957 align:center
Kehidupan sebenar ada di luar sana.

00:56:18.458 --> 00:56:19.834 align:center
Jadi, mari kita keluar.

00:56:22.504 --> 00:56:25.048 align:center
Apabila saya fikirkan masa depan,

00:56:25.131 --> 00:56:31.012 align:center
saya kaitkannya dengan lagu baru
Silvio Rodríguez yang menyentuh hati saya.

00:56:31.096 --> 00:56:34.599 align:center
Liriknya berbunyi,
"Meskipun hidup ini berlalu,

00:56:34.682 --> 00:56:36.976 align:center
yang bakal tiba jauh lebih bermakna."

00:56:58.540 --> 00:57:05.547 align:center
SAYURI LAMBANG KEADILAN

00:57:06.256 --> 00:57:07.882 align:center
Saya ingin rasa

00:57:08.383 --> 00:57:13.680 align:center
anak saya selamat di dunia ini

00:57:13.763 --> 00:57:15.598 align:center
dan boleh hidup gembira

00:57:16.099 --> 00:57:18.935 align:center
tanpa ditimpa kecelakaan buruk.

00:57:19.519 --> 00:57:21.354 align:center
Bagi saya, itulah keadilan.

01:01:24.472 --> 01:01:26.182 align:center
Terjemahan sari kata oleh FZA
.

