1
00:00:10,468 --> 00:00:12,887
Ampunkan aku, aku telah melakukan dosa.

2
00:00:14,514 --> 00:00:18,393
Ramai orang datang ke sini
apabila memikirkan kemaafan, betul?

3
00:00:18,476 --> 00:00:19,477
Ya.

4
00:00:19,561 --> 00:00:22,147
Tapi, bagaimana dengan kemaafan lain-lain?

5
00:00:23,189 --> 00:00:24,733
Kemaafan bagi orang lain.

6
00:00:24,816 --> 00:00:28,570
Dan ini yang saya suka,
kemaafan bagi diri sendiri.

7
00:00:30,196 --> 00:00:33,324
Mungkin ini pergelutan kita
yang paling sukar. Namun,

8
00:00:33,408 --> 00:00:36,036
kalau Tuhan boleh ampunkan,
kalian juga boleh.

9
00:00:36,119 --> 00:00:37,078
Mengarut!

10
00:00:39,289 --> 00:00:43,293
Macam mana dengan kejadian di Reno
dengan emak-emak di Hyatt?

11
00:00:44,044 --> 00:00:46,713
- Johnny…
- Adakah Tuhan mengampunkannya?

12
00:00:48,673 --> 00:00:50,759
Ya, yang itu pun.

13
00:00:50,842 --> 00:00:53,595
Kemaafan adalah tunjang agama Kristian.

14
00:00:53,678 --> 00:00:56,765
Entah, tak tahu pula.
Saya tak kerap ke gereja.

15
00:00:56,848 --> 00:01:02,520
Maaf. Maaf, semua.
Sahabat saya ini ada masalah.

16
00:01:02,604 --> 00:01:04,022
Saya boleh hadapi.

17
00:01:04,105 --> 00:01:07,692
Johnny, saya sedang bersyarah,
jadi apa kata awak duduk…

18
00:01:07,776 --> 00:01:11,321
Kalau nak tahu, dia hebat juga dulu-dulu.

19
00:01:12,322 --> 00:01:13,865
Bergaduh. Minum.

20
00:01:13,948 --> 00:01:15,992
- Berparti.
- Dia cakap apa?

21
00:01:16,076 --> 00:01:18,078
Kasihan, kau tak boleh berintiman lagi.

22
00:01:18,161 --> 00:01:21,331
Berapa kali aku nak cakap?
Aku bukan paderi.

23
00:01:21,414 --> 00:01:24,292
Jadi kau masih boleh dapat perempuan?
Bagus.

24
00:01:24,375 --> 00:01:25,502
Ampunkan aku.

25
00:01:26,336 --> 00:01:27,253
Sebab apa?

26
00:01:43,103 --> 00:01:47,774
{\an8}<i>Pegawai Ryan sila ke pusat riadah.</i>

27
00:01:49,442 --> 00:01:50,527
{\an8}Budak baik.

28
00:01:51,027 --> 00:01:52,529
{\an8}Budak baik lagi manis.

29
00:01:53,404 --> 00:01:55,573
{\an8}Buah tangan mak kau menarik betul.

30
00:01:55,657 --> 00:01:58,159
{\an8}Karipap? Bukan biasa-biasa.

31
00:01:58,660 --> 00:02:00,328
{\an8}Cakap terima kasih bagi pihak aku.

32
00:02:01,746 --> 00:02:02,580
{\an8}Tapi…

33
00:02:03,456 --> 00:02:07,001
{\an8}ada karipap atau tiada karipap,
ini meja kami.

34
00:02:13,133 --> 00:02:14,008
{\an8}Celaka.

35
00:02:14,551 --> 00:02:15,718
{\an8}Pekak agaknya.

36
00:02:17,387 --> 00:02:19,055
{\an8}Aku kata ini meja kami!

37
00:02:20,932 --> 00:02:23,017
{\an8}Kau bukan pekak, tapi lembam.

38
00:02:28,940 --> 00:02:31,359
{\an8}- Apa tengok-tengok, budak baru?
- Kau okey?

39
00:02:35,113 --> 00:02:35,947
{\an8}Robby Keene.

40
00:02:37,157 --> 00:02:38,283
{\an8}Panggilan telefon.

41
00:02:48,293 --> 00:02:51,754
{\an8}- Helo?
- <i>Robby, hai. Nasib baik kita dapat cakap.</i>

42
00:02:52,714 --> 00:02:53,548
{\an8}Robby…

43
00:02:58,761 --> 00:03:00,555
{\an8}Dia masih tak mahu bercakap.

44
00:03:00,638 --> 00:03:03,391
{\an8}- Dia fikir saya khianatinya.
- Awak bantu dia.

45
00:03:03,474 --> 00:03:05,560
{\an8}Kalau tak, hukuman dia akan lagi berat.

46
00:03:06,227 --> 00:03:07,896
{\an8}Tiada bezanya.

47
00:03:07,979 --> 00:03:09,856
{\an8}Dia remaja.

48
00:03:10,523 --> 00:03:12,108
{\an8}Manusia berubah fikiran.

49
00:03:12,192 --> 00:03:15,904
{\an8}Tengoklah, sayalah orang yang paling benci
sepupu awak, dan…

50
00:03:15,987 --> 00:03:17,363
{\an8}sekarang saya kena akui

51
00:03:18,156 --> 00:03:20,283
{\an8}yang dia jurujual yang bagus.

52
00:03:21,993 --> 00:03:26,080
{\an8}Anak-anak dah pindah dan hidup sendiri.
Inilah masanya untuk mama.

53
00:03:26,581 --> 00:03:30,835
{\an8}Jadi, apa kata mama cuba duduk dan bawa?
Masuklah.

54
00:03:31,419 --> 00:03:34,589
{\an8}- Perniagaan kita makin baik?
- Tak, jualan masih rendah.

55
00:03:34,672 --> 00:03:37,300
{\an8}Pemasaran kita dah nyahkan
semua perkaitan dengan karate

56
00:03:37,383 --> 00:03:40,053
{\an8}supaya kita terhindar
daripada kes gaduh itu.

57
00:03:40,136 --> 00:03:43,514
{\an8}Tiada lagi "menumpaskan lawan"
atau "mencantas harga".

58
00:03:43,598 --> 00:03:45,433
{\an8}Kita kena tumpukan pada jualan.

59
00:03:45,516 --> 00:03:48,311
{\an8}Pengeluar tentu tak senang
dengan rekod kita.

60
00:03:48,394 --> 00:03:49,687
LaRusso!

61
00:03:51,689 --> 00:03:54,400
Tom Cole. Apa dia buat di sini?

62
00:03:56,986 --> 00:03:59,656
Awak ada Keurig.
Awak patut ambil Nespresso.

63
00:03:59,739 --> 00:04:01,574
Pelanggan sanggup beratur untuk minum.

64
00:04:01,658 --> 00:04:06,246
Tapi yalah, perlu ada dua tiga orang
barulah dikira ada barisan.

65
00:04:06,329 --> 00:04:07,789
Nak apa, Cole?

66
00:04:07,872 --> 00:04:09,874
Khabarnya, jualan di sini tak begitu baik.

67
00:04:09,958 --> 00:04:12,543
Itu yang jadi
kalau buat budak koma, bukan?

68
00:04:13,711 --> 00:04:17,173
Biar betul, Anoush? Kau datang dengan dia
dan biar dia cakap begini?

69
00:04:17,257 --> 00:04:19,801
- Itu cara dia cakap. Lama-lama biasalah.
- Awak nak apa?

70
00:04:19,884 --> 00:04:23,012
Sabar, saya bukan nak gaduh.
Itu bidang awak.

71
00:04:23,096 --> 00:04:26,266
Saya datang sebagai kawan.
Saya fikir, "Tom,

72
00:04:26,349 --> 00:04:28,810
LaRusso sedang menjunam.

73
00:04:28,893 --> 00:04:31,938
Yalah, tiada pelanggan, tiada Nespresso.

74
00:04:32,021 --> 00:04:33,690
Kau saja yang boleh bantu."

75
00:04:33,773 --> 00:04:35,733
Jadi, saya datang beri tawaran.

76
00:04:35,817 --> 00:04:37,235
Awak nak beli kereta?

77
00:04:37,735 --> 00:04:40,530
Dan, kereta? Bukanlah.

78
00:04:40,613 --> 00:04:42,532
Saya nak segalanya.

79
00:04:56,421 --> 00:04:57,255
Hai.

80
00:04:58,965 --> 00:04:59,841
Hai.

81
00:05:00,675 --> 00:05:03,511
Saya harap awak okey
saya muncul tiba-tiba.

82
00:05:06,014 --> 00:05:06,848
Apa khabar?

83
00:05:07,473 --> 00:05:08,308
Maksudnya…

84
00:05:08,391 --> 00:05:10,852
Maaf, itu soalan bodoh.

85
00:05:10,935 --> 00:05:11,769
Tak mengapa.

86
00:05:13,271 --> 00:05:14,939
Saya akan dibedah hari Jumaat.

87
00:05:15,606 --> 00:05:18,484
Ada doktor dari luar
yang katanya menakjubkan.

88
00:05:18,568 --> 00:05:19,902
Baguslah, bukan?

89
00:05:20,486 --> 00:05:22,363
Saya tak nak begitu berharap.

90
00:05:23,072 --> 00:05:25,450
Pembedahan mahal.
Ibu akan dihambat hutang.

91
00:05:26,284 --> 00:05:28,828
Dan tiada jaminan ia berjaya, tapi…

92
00:05:30,830 --> 00:05:32,582
Awak tentu dapat harunginya.

93
00:05:37,295 --> 00:05:38,421
Itu Tory yang buat?

94
00:05:39,714 --> 00:05:42,133
Ya, tidaklah teruk mana.

95
00:05:42,633 --> 00:05:43,634
Ya.

96
00:05:43,718 --> 00:05:45,219
Ia buat saya nampak kuat.

97
00:05:47,638 --> 00:05:50,641
- Saya minta maaf, Sam.
- Awak tak buat apa-apa.

98
00:05:50,725 --> 00:05:52,435
Dia yang menggila.

99
00:05:52,518 --> 00:05:53,853
Hidup Tory susah.

100
00:05:54,937 --> 00:05:57,607
- Ibunya sakit dan…
- Semua orang ada masalah.

101
00:05:58,107 --> 00:06:00,610
- Tak bermakna kita boleh buli orang.
- Ya.

102
00:06:04,781 --> 00:06:07,492
Saya cuma nak beri ini.
Bukan apa, cuma kad.

103
00:06:09,952 --> 00:06:12,288
AWAK MENGISI KESOTONGAN FIKIRAN SAYA!

104
00:06:12,372 --> 00:06:13,247
Nak yang itu.

105
00:06:14,582 --> 00:06:16,667
Sotong? Menarik.

106
00:06:21,047 --> 00:06:22,507
Miguel, saya minta maaf,

107
00:06:23,800 --> 00:06:25,051
untuk semua ini.

108
00:06:26,594 --> 00:06:28,054
Tak mengapa.

109
00:06:28,137 --> 00:06:29,305
Ular!

110
00:06:33,935 --> 00:06:35,561
- Saya pergi dulu.
- Okey.

111
00:06:39,232 --> 00:06:42,443
Berani ya tunjuk muka
lepas apa teman lelaki awak buat.

112
00:06:42,527 --> 00:06:45,405
Terpulanglah nak fikir apa.
Saya cuma nak tolong.

113
00:06:46,030 --> 00:06:48,032
Rasanya dah cukup, tuan puteri.

114
00:06:49,659 --> 00:06:51,702
Hai. Macam mana? Okey?

115
00:06:51,786 --> 00:06:52,829
Sedap duduk sini.

116
00:06:53,329 --> 00:06:54,205
Semuanya baik?

117
00:06:58,167 --> 00:07:00,503
Tak faham bagaimana ada kopi dalam kek.

118
00:07:01,087 --> 00:07:01,921
Johnny…

119
00:07:02,964 --> 00:07:04,173
apa semuanya tadi?

120
00:07:05,091 --> 00:07:08,594
Aku tahu kau sedih tapi usah salahkan diri
atas tindakan Robby.

121
00:07:08,678 --> 00:07:10,263
Aku tak dibenar jumpa dia.

122
00:07:11,180 --> 00:07:15,101
Tak dibenarkan sejak kejadian
di garaj kereta itu.

123
00:07:15,184 --> 00:07:17,603
Ya. Nasib kau baik ia cuma pemerhatian.

124
00:07:17,687 --> 00:07:21,232
Nasib baik aku kenal paderi
yang boleh bincang dengan hakim. 

125
00:07:21,315 --> 00:07:23,109
- Terima kasih.
- Bukan paderi.

126
00:07:25,862 --> 00:07:27,321
Apa kata kita janji?

127
00:07:27,405 --> 00:07:29,907
Kau janji akan buat perkara positif.

128
00:07:29,991 --> 00:07:31,617
Jadi orang yang lebih baik.

129
00:07:32,452 --> 00:07:33,703
Aku dah cuba.

130
00:07:33,786 --> 00:07:38,374
Aku dah bentuk anak murid aku,
ajar mereka jadi kuat dan ada sifat belas.

131
00:07:39,292 --> 00:07:41,461
- Betulkah apa aku buat?
- Ya.

132
00:07:41,544 --> 00:07:42,962
Tapi kenapa ini jadinya?

133
00:07:43,463 --> 00:07:45,298
Kalau nak hukum aku, okey.

134
00:07:45,381 --> 00:07:48,176
- Tapi Robby dan Miguel budak lagi.
- Aku faham.

135
00:07:48,718 --> 00:07:50,761
Aku faham. Tak adil.

136
00:07:52,346 --> 00:07:55,558
Kita bukan buat benda betul
sebab ia membuahkan hasil.

137
00:07:56,142 --> 00:07:58,394
Kita buat benda betul sebab ia betul.

138
00:08:00,938 --> 00:08:02,356
Budak-budak itu perlukan kau.

139
00:08:02,440 --> 00:08:05,526
Kau kena ada,
sama ada baik atau buruk keadaannya.

140
00:08:06,569 --> 00:08:08,196
Aku boleh tolong hal Robby.

141
00:08:09,155 --> 00:08:12,700
Pusat tahanan akan benarkan kau masuk
kalau ada pendakwah.

142
00:08:13,910 --> 00:08:15,369
Jumpa di sana esok?

143
00:08:17,371 --> 00:08:19,457
- Bagus juga.
- Bagus.

144
00:08:21,584 --> 00:08:23,419
Tentang Miguel dan pembedahannya,

145
00:08:23,503 --> 00:08:27,298
gereja boleh menderma,
tapi kami masih nak tanggung bumbung baru.

146
00:08:28,758 --> 00:08:30,009
Aku bukan minta.

147
00:08:30,843 --> 00:08:33,930
Eh, kenapa tak minta ayah tiri kau?
Dia kaya, bukan?

148
00:08:34,972 --> 00:08:38,726
Tak mungkin. Sid? Itulah angan-angan dia.
Aku mengemis duit dia.

149
00:08:41,437 --> 00:08:42,980
Nanti aku cari jalan.

150
00:08:44,565 --> 00:08:45,775
Aku tahu kau boleh.

151
00:08:47,985 --> 00:08:50,863
- Terima kasih.
- Ya. Seronok dapat berbual.

152
00:08:55,368 --> 00:08:58,120
Awak serius? Awak nak beli kedai kami?

153
00:08:58,204 --> 00:09:02,333
- Macam hadiah Krismas, Danny.
- Tak macam Krismas pun.

154
00:09:02,416 --> 00:09:05,962
- Hadiah Hari Setiausaha pun bukan.
- Pembantu eksekutiflah.

155
00:09:06,879 --> 00:09:07,713
Yakah?

156
00:09:08,673 --> 00:09:10,258
Saya percaya konsep karma.

157
00:09:10,341 --> 00:09:13,553
Apa yang naik, melepasi balkoni,
pasti akan turun.

158
00:09:14,095 --> 00:09:17,473
Seluruh Valley dah bersuara.
Orang tak mahu berurusan dengan pembuli.

159
00:09:18,057 --> 00:09:22,353
- Saya cuma nak bantu langsaikan hutang.
- Okey, satu, saya bukan pembuli.

160
00:09:22,436 --> 00:09:26,649
Dan yang kedua,
ramai saja orang datang ke sini hari-hari.

161
00:09:26,732 --> 00:09:29,068
Kami elok sahaja.

162
00:09:31,362 --> 00:09:34,115
Awak nampak macam awak pun percayakannya.

163
00:09:35,241 --> 00:09:38,995
Sungguh meyakinkan.
Tapi kalau semua ini lenyap esok,

164
00:09:39,078 --> 00:09:41,122
dan ia pasti lenyap, apa jadi pada awak?

165
00:09:41,205 --> 00:09:43,374
Apa kata awak cuba dapatkan sesuatu…

166
00:09:45,543 --> 00:09:47,795
sebelum semuanya tak bernilai lagi?

167
00:09:54,385 --> 00:09:56,470
Tak sangka kau kerja dengan si bodoh itu.

168
00:09:57,263 --> 00:09:59,724
Itu benda paling <i>goombah</i> kau pernah kata.

169
00:09:59,807 --> 00:10:02,768
Relakslah. Itu bukan perkataan kau.
Perkataan kita.

170
00:10:02,852 --> 00:10:03,686
Yakah?

171
00:10:04,854 --> 00:10:08,149
Entahlah. Tapi aku tak suka
nada kau, cara kau cakap.

172
00:10:08,774 --> 00:10:09,609
Okey.

173
00:10:11,777 --> 00:10:13,779
- Kau duduk Lankershim lagi?
- Tak.

174
00:10:13,863 --> 00:10:16,782
Dapat duduk di rumah dua bilik di Outpost.

175
00:10:16,866 --> 00:10:18,659
- Baguslah.
- Ya, terima kasih.

176
00:10:18,743 --> 00:10:21,579
Aku berniat juga,
masih lagi di kedai 99 sen.

177
00:10:21,662 --> 00:10:25,416
Teruk tempatnya. Kau kena tengok
orang entah apa-apa keluar masuk.

178
00:10:25,916 --> 00:10:29,128
Aku nak cari tempat sendiri
sebab kerja pun dah stabil.

179
00:10:30,963 --> 00:10:32,465
Jangan terlalu yakin.

180
00:10:34,258 --> 00:10:35,384
Kenapa?

181
00:10:36,677 --> 00:10:39,889
Anoush, aku tahu kau tahu sesuatu.
Apa yang kau tahu?

182
00:10:46,812 --> 00:10:48,939
Okey, konon-konon bukan aku cakap.

183
00:10:49,023 --> 00:10:52,610
Cole tandatangani perjanjian eksklusif
dengan Doyona International di Tokyo.

184
00:10:52,693 --> 00:10:55,571
Mereka edarkan
semua syarikat kereta besar Jepun.

185
00:10:55,655 --> 00:10:58,324
- Apa? Kami jual kereta Jepun.
- Dah tak lama.

186
00:10:58,407 --> 00:11:01,952
Cole buat Doyona yakinkan pengeluar
tamatkan urusan dengan LaRusso.

187
00:11:02,036 --> 00:11:06,540
- Tak lama lagi kontrak Daniel batal.
- Keluar. Kami takkan jual kepada awak.

188
00:11:06,624 --> 00:11:08,042
Okey. Awak yang rugi.

189
00:11:08,125 --> 00:11:09,919
Faroush, ayuh. Jom pergi.

190
00:11:13,047 --> 00:11:16,717
Merepeknya?
Kenapa dia fikir kita nak jual kepadanya?

191
00:11:16,801 --> 00:11:17,760
Bos,

192
00:11:18,260 --> 00:11:19,637
kita kena berbincang.

193
00:11:21,764 --> 00:11:24,308
CUCI KERETA
DERMA UNTUK MIGUEL HARI INI

194
00:11:29,647 --> 00:11:30,773
Ini dia.

195
00:11:31,524 --> 00:11:32,650
Jaga-jaga!

196
00:11:34,568 --> 00:11:37,530
Bagus, semua. Teruskan.
Banyak lagi kereta di sana.

197
00:11:37,613 --> 00:11:41,033
Hai, Stu. Buat bulatan di kiri,
kemudian di kanan.

198
00:11:41,659 --> 00:11:43,661
Begitulah. Hai, Moon.

199
00:11:44,370 --> 00:11:45,413
Hai.

200
00:11:45,496 --> 00:11:47,581
Terima kasih bawakan pasukan sorak,

201
00:11:47,665 --> 00:11:50,167
mereka memang membantu menarik pelanggan.

202
00:11:50,876 --> 00:11:54,505
- Saya ingat awak feminis?
- Saya feminis pro-seks.

203
00:11:54,588 --> 00:11:56,465
Tubuh kita adalah ekspresi.

204
00:12:04,640 --> 00:12:06,726
Hei! Bolehkah kami selepas ini?

205
00:12:08,185 --> 00:12:09,019
Boleh!

206
00:12:11,564 --> 00:12:13,899
Cuci dan melilin atau cuci sahaja?

207
00:12:13,983 --> 00:12:16,944
- Nanti. Kau yang buat?
- Ya, aku buat bersih-bersih.

208
00:12:17,027 --> 00:12:20,072
- Tiada kesan jalur?
- Dua puluh dolar, terima kasih.

209
00:12:40,301 --> 00:12:41,135
Terima kasih.

210
00:12:41,218 --> 00:12:43,345
Mereka jadikan Miguel budak poster.

211
00:12:43,429 --> 00:12:46,557
Dia bukan Miyagi-Do.
Mereka ingat ini akan dibiarkan?

212
00:12:47,725 --> 00:12:48,559
Takkan.

213
00:12:57,610 --> 00:13:00,488
<i>Jujurnya, kerja ini melibatkan</i>
<i>tugas-tugas remeh.</i>

214
00:13:00,571 --> 00:13:02,615
Alih perabot, gantung gambar.

215
00:13:02,698 --> 00:13:05,034
Pegawai suka susun atur pejabat mereka.

216
00:13:05,117 --> 00:13:08,496
Ya. Saya pernah buat kerja penyenggaraan,
jadi saya faham.

217
00:13:09,163 --> 00:13:13,167
Menurut resume awak, awak ada
pengalaman komputer yang mendalam.

218
00:13:13,250 --> 00:13:15,336
Rasanya saya tahu nak guna internet.

219
00:13:17,213 --> 00:13:21,091
Saya akan buat apa sahaja.
Saya akan datang awal dan kerja lebih.

220
00:13:22,092 --> 00:13:23,511
Saya cuma perlukan duit.

221
00:13:24,595 --> 00:13:27,640
Bukan untuk saya.
Ada budak perlukan pembedahan.

222
00:13:27,723 --> 00:13:29,266
Keluarganya perlukan duit.

223
00:13:29,350 --> 00:13:33,354
Baik hati awak.
Dan memang awak ada apa yang kami cari.

224
00:13:33,437 --> 00:13:35,022
Oh, baguslah.

225
00:13:35,105 --> 00:13:36,941
Cuma seperkara saja.

226
00:13:38,567 --> 00:13:41,278
Awak tak isi bahagian penahanan terdahulu.

227
00:13:42,446 --> 00:13:44,865
Kita cakap sesama lelaki, okey?

228
00:13:44,949 --> 00:13:48,452
Jadi, kesalahan apa,
memandu dengan khayal, kecurian kecil?

229
00:13:48,536 --> 00:13:49,912
Ini cuma tatacara.

230
00:13:50,496 --> 00:13:51,580
Tiada orang sempurna.

231
00:13:52,456 --> 00:13:53,290
Baiklah.

232
00:13:53,874 --> 00:13:54,708
Jadi…

233
00:13:56,919 --> 00:13:59,755
Yang terkini,
ditahan sebab mabuk di tempat awam.

234
00:14:01,131 --> 00:14:03,717
Mengancam dan menyerang, serta

235
00:14:03,801 --> 00:14:06,929
"memusnahkan harta benda dengan sengaja",
kata mereka.

236
00:14:07,012 --> 00:14:08,931
Tak mengikut turutannya.

237
00:14:09,014 --> 00:14:12,685
Setahun lepas, saya ditahan
sebab mengancam budak bawah umur.

238
00:14:12,768 --> 00:14:13,936
Bawah umur?

239
00:14:14,019 --> 00:14:17,273
Ya, ada beberapa.
Budak-budak itu teruk betul.

240
00:14:18,858 --> 00:14:21,402
Lega dapat cakap tentang hal ini.

241
00:14:22,361 --> 00:14:24,822
Bila kita mula, bos? Apa rancangannya?

242
00:14:30,452 --> 00:14:33,163
Tak stabil. Kaulah yang tak stabil.

243
00:14:35,791 --> 00:14:36,917
Tak stabil!

244
00:14:37,001 --> 00:14:39,879
IKLAN
KERJAYA, PEMBANTU DIPERLUKAN

245
00:14:44,466 --> 00:14:47,803
<i>Para pelajar West Valley High hari ini</i>
<i>menghulurkan tangan</i>

246
00:14:47,887 --> 00:14:50,598
<i>membasuh kereta bagi mengumpul dana.</i>

247
00:14:50,681 --> 00:14:54,643
<i>Kami berjaya kumpul 1000 dolar.</i>
<i>Itulah Miyagi-Do, membantu orang.</i>

248
00:14:54,727 --> 00:14:58,063
<i>Bukankah murid Miyagi-Do punca</i>
<i>Miguel Diaz terlantar?</i>

249
00:14:58,147 --> 00:14:59,398
<i>Ia satu kemalangan.</i>

250
00:14:59,982 --> 00:15:01,692
<i>Harapnya begitulah.</i>

251
00:15:03,193 --> 00:15:05,487
<i>Yang saya tahu</i>
<i>Miguel perlukan bantuan.</i>

252
00:15:06,447 --> 00:15:07,948
{\an8}<i>Kami sayang awak, Miguel.</i>

253
00:15:08,532 --> 00:15:11,201
<i>Terima kasih, Samantha.</i>
<i>Khidmat cuci kereta akan…</i>

254
00:15:11,285 --> 00:15:12,286
Teman wanita kau?

255
00:15:13,621 --> 00:15:16,081
Nampaknya dia dah tak minat  vanila.

256
00:15:16,165 --> 00:15:17,249
Dia suka teh susu.

257
00:15:18,959 --> 00:15:21,962
Entah-entah lepas ini,
dia minum kopi pekat pula?

258
00:15:24,506 --> 00:15:27,092
- Apa kata tutup mulut kau?
- Budak kasihan.

259
00:15:28,594 --> 00:15:31,305
- Budak karate ini cari fasal.
- Nampaknya.

260
00:15:31,388 --> 00:15:32,222
Ya.

261
00:15:32,890 --> 00:15:33,724
Cubalah.

262
00:15:34,892 --> 00:15:37,102
Aku bagi peluang
sebelum gigi kau bersepai.

263
00:15:37,186 --> 00:15:38,938
Karate untuk pertahanan diri.

264
00:15:42,483 --> 00:15:44,234
Jom tengok macam mana.

265
00:16:12,471 --> 00:16:14,390
Ini baru panaskan badan, belum habis.

266
00:16:14,473 --> 00:16:17,226
<i>Balik ke katil masing-masing.</i>
<i>Semua dikurung.</i>

267
00:16:20,437 --> 00:16:23,565
Jom keluar. Bodoh. Baru dia tahu.

268
00:16:25,609 --> 00:16:28,529
PAJAK GADAI

269
00:16:33,033 --> 00:16:35,995
Wah, cuba tengok siapa datang!

270
00:16:36,078 --> 00:16:37,371
Alahai.

271
00:16:37,454 --> 00:16:40,624
Kau nak jual
entah apa-apa dalam kotak itu lagi?

272
00:16:40,708 --> 00:16:44,169
Bukan nak jual kepada kau.
Sebab itu aku datang ke Winnetka.

273
00:16:44,253 --> 00:16:45,671
Aku ada tiga cawangan.

274
00:16:46,380 --> 00:16:51,135
Kau tak tahu berapa banyak boleh dapat
dengan jual balik cincin penagih.

275
00:16:51,969 --> 00:16:53,595
Berapa untuk komputer?

276
00:16:53,679 --> 00:16:55,681
Nak buat apa
dengan komputer riba terpakai?

277
00:16:55,764 --> 00:16:57,391
Kau jual kepada aku pun terpakai!

278
00:16:57,474 --> 00:16:59,268
Ya, sekarang lebih terpakai.

279
00:16:59,351 --> 00:17:02,146
Cuma perlu ganti bateri. Dah habis kuasa.

280
00:17:02,229 --> 00:17:04,023
Yang ini tak habis kuasa.

281
00:17:05,858 --> 00:17:06,900
Kau dah hidupkan?

282
00:17:07,943 --> 00:17:09,278
Kau cakap ia nirwayar.

283
00:17:09,361 --> 00:17:11,321
Ya, nirwayar maksudnya…

284
00:17:12,072 --> 00:17:12,906
Tak apalah.

285
00:17:12,990 --> 00:17:16,118
Ada benda lain selain barang tak berguna?

286
00:17:16,201 --> 00:17:18,746
Di sini pun penuh barang tak berguna.

287
00:17:18,829 --> 00:17:22,958
- Kenapa barang kau lagi bagus?
- Mudah. Aku punya ada nilai.

288
00:17:23,042 --> 00:17:25,961
Kau nak duit, bawa benda bernilai.

289
00:17:28,380 --> 00:17:30,090
Aku ada Dodge Caravan 1993.

290
00:17:30,174 --> 00:17:31,633
Ya? 1993 kau kata?

291
00:17:32,426 --> 00:17:35,345
Jom rujuk Kelley Blue Book
untuk harga pasaran.

292
00:17:36,096 --> 00:17:39,641
Okey. Ada pemain kaset.
Kain tempat duduk kelabu.

293
00:17:39,725 --> 00:17:40,851
Kain?

294
00:17:40,934 --> 00:17:42,019
Ya.

295
00:17:42,102 --> 00:17:43,771
Menarik.

296
00:17:43,854 --> 00:17:46,982
- Apa ia kata?
- Ia kata, "Berambus dari kedai aku."

297
00:17:47,066 --> 00:17:48,609
- Tiada nilai.
- Janganlah.

298
00:17:48,692 --> 00:17:51,779
Apa aku nak buat?
Aku tiada barang berharga.

299
00:17:52,863 --> 00:17:55,282
Jadi, kau carilah orang yang ada.

300
00:18:12,382 --> 00:18:14,635
- Mana semua orang?
- Ingat kita tutup awal.

301
00:18:14,718 --> 00:18:18,263
Bincangkan masalah ini
hingga jumpa penyelesaian.

302
00:18:18,347 --> 00:18:20,182
Bagaimana makan dengan Anoush?

303
00:18:21,433 --> 00:18:25,145
Berita baiknya,
dia dah bertegur dengan saya.

304
00:18:25,771 --> 00:18:29,233
Berita buruknya,
apa dia beritahu Louie itu benar.

305
00:18:31,318 --> 00:18:33,695
Cole guna liputan buruk kes gaduh itu.

306
00:18:33,779 --> 00:18:36,448
Dia akan jadi rakan tunggal Doyona
awal bulan.

307
00:18:38,742 --> 00:18:43,122
Kalau kita hilang hak edaran ini,
bagaimana nak halang pengeluar lain?

308
00:18:43,205 --> 00:18:44,748
Itu yang Cole harapkan.

309
00:18:45,457 --> 00:18:48,752
Kita patut jumpa Cole, ajar dia sedikit.

310
00:18:48,836 --> 00:18:49,920
Awak nak buat apa?

311
00:18:50,003 --> 00:18:52,923
Kumpulkan geng motor awak
dan dibelasah lagi?

312
00:18:53,006 --> 00:18:55,217
- Ingatkan kita tak nak bincang…
- Daniel.

313
00:18:55,300 --> 00:18:57,636
Saya tak rasa kita ada pilihan.

314
00:18:57,719 --> 00:19:01,557
Kalau tak nak pulang tangan kosong,
kita kena jual kepada Cole.

315
00:19:12,776 --> 00:19:15,737
Semasa kecil,
saya sangat mahukan kereta sendiri.

316
00:19:16,738 --> 00:19:19,741
Mak saya ada <i>station wagon</i>.
Keretanya buruk sungguh.

317
00:19:20,909 --> 00:19:23,745
Kami kena tolak untuk hidupkan enjinnya.

318
00:19:25,289 --> 00:19:28,125
Kemudian,
En. Miyagi beri saya Ford 1947, dan…

319
00:19:29,668 --> 00:19:31,587
itu hari paling indah bagi saya.

320
00:19:34,381 --> 00:19:36,300
Sejak itu, saya meminati kereta.

321
00:19:38,010 --> 00:19:41,847
Sebab itu En. Miyagi galakkan
saya berniaga. Bukan saya yang nak.

322
00:19:41,930 --> 00:19:46,310
- Saya fikir jurujual kereta jelek.
- Ia stereotaip yang karut.

323
00:19:46,393 --> 00:19:47,895
Tapi En. Miyagi cakap,

324
00:19:49,396 --> 00:19:50,230
"Daniel-<i>san…</i>

325
00:19:51,315 --> 00:19:52,733
mesti kejar minat.

326
00:19:53,483 --> 00:19:58,655
Orang yang kerja sebab minat lebih kaya
daripada yang kerja sebab duit."

327
00:20:01,950 --> 00:20:03,076
Betul kata dia.

328
00:20:03,702 --> 00:20:06,955
Tujuan saya bukan nak jadi
pengedar nombor satu Valley.

329
00:20:07,831 --> 00:20:11,919
Saya cuma nak buat pelanggan rasa
keterujaan sama yang saya rasa

330
00:20:12,002 --> 00:20:13,545
bila dapat kereta pertama.

331
00:20:13,629 --> 00:20:16,465
Itu yang saya kejar
dan sebab itu kita berjaya.

332
00:20:16,548 --> 00:20:17,799
Tapi, Daniel,

333
00:20:18,592 --> 00:20:20,636
tanpa Doyona kita tak boleh bersaing.

334
00:20:22,221 --> 00:20:24,640
Saya sayang apa yang kita usahakan.

335
00:20:25,933 --> 00:20:27,893
Saya bahagia kita buat sama-sama.

336
00:20:27,976 --> 00:20:31,647
Dan saya tak mahu kehilangannya,
tapi kita tahu ia tak ke mana.

337
00:20:32,773 --> 00:20:34,399
Kalau tak jual kepada Cole,

338
00:20:35,067 --> 00:20:36,818
kita mungkin tak dapat apa-apa.

339
00:20:43,242 --> 00:20:45,035
Louie, apa kata kita

340
00:20:45,661 --> 00:20:47,329
pergi siapkan inventori?

341
00:21:02,261 --> 00:21:03,345
<i>Tutup mata.</i>

342
00:21:03,845 --> 00:21:04,680
<i>Percaya.</i>

343
00:21:04,763 --> 00:21:05,889
Tumpukan perhatian.

344
00:21:08,183 --> 00:21:10,560
Bayangkan pokok sahaja.

345
00:21:12,354 --> 00:21:16,149
Bayangkan hingga ke hujung daun pain.

346
00:21:16,233 --> 00:21:20,112
Kosongkan fikiran.
Tinggalkan pokok sahaja.

347
00:21:21,113 --> 00:21:23,740
<i>Tiada apa-apa di dunia,</i>

348
00:21:24,658 --> 00:21:26,410
<i>selain pokok.</i>

349
00:21:27,244 --> 00:21:28,245
Awak faham?

350
00:21:29,955 --> 00:21:30,956
Buka mata.

351
00:21:42,426 --> 00:21:43,635
Alamak.

352
00:21:44,219 --> 00:21:45,595
Ini katil kau?

353
00:21:45,679 --> 00:21:48,015
Tak tahu pula, aku nak bantal saja.

354
00:21:49,224 --> 00:21:50,309
Tak kisah, bukan?

355
00:21:53,395 --> 00:21:54,396
Dah agak.

356
00:21:54,479 --> 00:21:55,564
Budak lembik.

357
00:21:59,818 --> 00:22:00,944
Ingat apa aku kata?

358
00:22:05,615 --> 00:22:08,160
Okey, dengar sini. Esok hari melawat.

359
00:22:08,660 --> 00:22:12,497
Valasquez, Binder, Espinoza, Keene.

360
00:22:13,081 --> 00:22:15,459
Nama yang disebut, bersiap pagi-pagi.

361
00:22:16,668 --> 00:22:18,337
Tahu siapa melawat saya?

362
00:22:18,420 --> 00:22:20,505
"Lawrence. John."

363
00:22:49,993 --> 00:22:53,705
"Jurang gaji jantina," katanya. Karut.

364
00:22:55,707 --> 00:22:56,708
Okey…

365
00:22:57,709 --> 00:23:00,295
Wah, wah, wah, wah.

366
00:23:00,379 --> 00:23:01,755
Tengok siapa kembali.

367
00:23:02,381 --> 00:23:04,466
Saya tak ingin berlama-lamaan.

368
00:23:04,549 --> 00:23:06,385
Macam mana dengan karate?

369
00:23:10,180 --> 00:23:12,265
Belum tersungkur, bukan?

370
00:23:15,102 --> 00:23:16,061
Mengejutkan!

371
00:23:16,144 --> 00:23:19,356
Ini bukan soal saya. Ada budak, Miguel…

372
00:23:19,439 --> 00:23:21,525
Ya, ayah ada dengar juga.

373
00:23:21,608 --> 00:23:23,693
Anak kau dengan murid kau…

374
00:23:23,777 --> 00:23:25,821
Ikut jejak langkah nampaknya.

375
00:23:28,240 --> 00:23:30,409
Eh, sabarlah, Rocko.

376
00:23:30,492 --> 00:23:34,079
Bunyinya, kau macam berbasa-basi
nak minta duit.

377
00:23:34,162 --> 00:23:39,292
Dan aku tak gemar
membuang masa yang ada untuk buat duit.

378
00:23:39,376 --> 00:23:41,086
Okey, jadi ayah akan tolong?

379
00:23:41,169 --> 00:23:42,796
Aku tak cakap pun.

380
00:23:42,879 --> 00:23:45,882
Ayah boleh buat apa-apa pada saya.
Saya terima.

381
00:23:45,966 --> 00:23:49,094
Miguel tak patut lalui semua ini.
Saya kena betulkan.

382
00:23:49,177 --> 00:23:51,179
Ya, dengan duit aku.

383
00:23:52,681 --> 00:23:55,642
- Bengap.
- Kalau saya ada apa-apa, saya dah bagi.

384
00:23:55,725 --> 00:23:58,854
Kau tak ada apa-apa nak bagi
sebab kau tak guna sesen

385
00:23:58,937 --> 00:23:59,896
macam bapa kau!

386
00:24:01,398 --> 00:24:05,986
Ya, kau boleh kata apa-apa fasal aku,
setidak-tidaknya aku tak larikan diri.

387
00:24:06,069 --> 00:24:09,948
Tinggal tapi membuli sama saja macam lari.
Tapi saya berusaha jadi lebih baik.

388
00:24:10,490 --> 00:24:12,617
- Saya akan jumpa Robby.
- Ya.

389
00:24:12,701 --> 00:24:16,079
Saya kumpul segala yang boleh
untuk bantu keluarga Miguel.

390
00:24:16,163 --> 00:24:18,957
Paus John Lawrence pertama!

391
00:24:19,541 --> 00:24:21,126
Ya, pawang kanak-kanak.

392
00:24:23,336 --> 00:24:26,631
- Syabas!
- Okey, nak tolong atau tidak?

393
00:24:26,715 --> 00:24:30,510
Kalau boleh, tak mahulah
kes ayah dengan setiausaha itu tersebar.

394
00:24:31,261 --> 00:24:33,346
Faham-fahamlah,
yang ada <i>hash brown </i>"<i>me too</i>".

395
00:24:34,514 --> 00:24:38,685
Aku di sini
bukan sebab aku kisahkan reputasi.

396
00:24:40,228 --> 00:24:42,314
Berambus dari sini.

397
00:24:44,483 --> 00:24:45,859
Orang tua bengkeng.

398
00:24:45,942 --> 00:24:48,361
Dan jangan pernah lupa, budak.

399
00:25:02,959 --> 00:25:05,128
- Jaga diri.
- Ya, baik.

400
00:25:22,103 --> 00:25:25,565
- Kau salah pilih.
- Hei, pulangkan! Hei!

401
00:25:27,567 --> 00:25:29,528
Seronoknya seharian buat kebajikan.

402
00:25:29,611 --> 00:25:32,072
Nanti kami beritahu Miguel
ini daripada Cobra Kai.

403
00:25:32,864 --> 00:25:34,824
- Jangan harap.
- Janganlah.

404
00:25:34,908 --> 00:25:37,244
Kami nak bantu bayar pembedahan Miguel.

405
00:25:37,327 --> 00:25:38,828
Ya, kau akan bayar, okey?

406
00:25:42,415 --> 00:25:43,583
Daniel, Amanda.

407
00:25:45,544 --> 00:25:48,338
Saya tahu
kenyataan ini pahit untuk ditelan.

408
00:25:50,632 --> 00:25:52,467
Walau bagaimanapun kamu bilas,

409
00:25:52,968 --> 00:25:55,095
rasa kegagalan memang tak enak.

410
00:25:56,680 --> 00:25:59,099
Tapi apa pun, ini cuma perniagaan, bukan?

411
00:26:01,226 --> 00:26:05,230
Kami menilai tawaran yang ada
dan sedar kami ada satu saja pilihan.

412
00:26:08,275 --> 00:26:12,529
Saya nak awak tahu
saya akan jaga kehormatan tempat ini.

413
00:26:13,572 --> 00:26:16,700
Awak boleh bawa semak itu.
Tiada tukang jaga pokok.

414
00:26:17,534 --> 00:26:20,829
Faroush, di depan awak ada pemilik baru
LaRusso Van Nuys.

415
00:26:20,912 --> 00:26:22,706
Jangan terburu-buru, Tom.

416
00:26:22,789 --> 00:26:24,332
Kami ada buat pindaan.

417
00:26:25,125 --> 00:26:26,334
Lihat muka sembilan.

418
00:26:31,089 --> 00:26:33,633
Tak fahamlah. Nak jual atau tidak?

419
00:26:34,217 --> 00:26:35,802
Tunggu kucing bertanduk.

420
00:26:36,469 --> 00:26:38,471
Biar saya sampaikan berita buruk.

421
00:26:38,555 --> 00:26:41,391
- Saya ada perjanjian eksklusif dengan…
- Doyona.

422
00:26:41,474 --> 00:26:42,642
Ya.

423
00:26:42,726 --> 00:26:44,269
Kami tahu semua itu.

424
00:26:49,232 --> 00:26:52,319
Saya lupa nak cakap,
Daniel tawarkan kerja lama saya.

425
00:26:52,402 --> 00:26:56,906
Memandangkan dia ingat nama saya
dan tak berperangai macam badut,

426
00:26:56,990 --> 00:26:58,325
saya terima.

427
00:26:59,200 --> 00:27:01,911
Baik. Awak nak berpaut
pada dahan yang rapuh,

428
00:27:02,412 --> 00:27:03,747
galilah kubur sendiri.

429
00:27:03,830 --> 00:27:05,874
Kami belum mati, Tommy.

430
00:27:05,957 --> 00:27:07,083
Yalah, betul!

431
00:27:07,792 --> 00:27:09,502
Kami masih ada jalan!

432
00:27:10,211 --> 00:27:12,047
Dah tak boleh berpatah balik.

433
00:27:13,131 --> 00:27:14,549
Rancangan ini baik jadi.

434
00:27:15,592 --> 00:27:16,593
Kena jadi.

435
00:27:17,093 --> 00:27:18,887
Apa? Benda belum pastikah?

436
00:27:25,810 --> 00:27:27,812
- Ada apa?
- Ayah awak ada?

437
00:27:27,896 --> 00:27:29,689
Tak, dia di kedai. Kenapa?

438
00:27:30,398 --> 00:27:32,192
Cobra Kai rampas duit itu dan…

439
00:27:32,275 --> 00:27:34,319
Mereka belasah saya.

440
00:27:44,579 --> 00:27:47,082
Hai, saya tak pasti
nak serah kepada siapa.

441
00:27:47,582 --> 00:27:49,876
Bil hospital budak bernama Diaz itu.

442
00:27:51,711 --> 00:27:55,131
Murahnya hati. Boleh saya
maklumkan mereka siapa yang beri?

443
00:27:56,007 --> 00:27:58,259
Saya rasa tak payah sebut.

444
00:27:58,343 --> 00:27:59,928
Baik. Tiada masalah.

445
00:28:04,349 --> 00:28:05,183
Hai.

446
00:28:06,226 --> 00:28:07,435
Saya minta diri.

447
00:28:07,936 --> 00:28:11,398
Puan Diaz, pakar bedah Miguel baru tiba.

448
00:28:11,481 --> 00:28:12,941
Dia ada soalan.

449
00:28:17,445 --> 00:28:18,697
Terima kasih, Johnny.

450
00:28:25,787 --> 00:28:27,038
Saya pergi dulu.

451
00:28:29,958 --> 00:28:31,459
Saya kena ke tempat lain.

452
00:28:35,380 --> 00:28:36,256
Miguel…

453
00:28:38,091 --> 00:28:39,759
Dia perlukan awak.

454
00:28:40,719 --> 00:28:41,720
Tolonglah.

455
00:28:43,388 --> 00:28:44,806
Doa dengan kami.

456
00:28:49,436 --> 00:28:50,770
Baik, saya tunggu.

457
00:29:06,619 --> 00:29:09,289
Hei, bagi dia sedikit masa, okey?

458
00:29:17,756 --> 00:29:19,466
Dia takkan datang. Dah agak.

459
00:29:28,516 --> 00:29:29,726
Awak pasti?

460
00:29:31,186 --> 00:29:33,688
Cobra Kai tak berhenti berlatih.
Kita kena kejar.

461
00:29:33,772 --> 00:29:36,107
Kalau saya terpaksa ambil alih, biar.

462
00:29:37,150 --> 00:29:40,528
Saya memang nak tambah
langkah baru dalam gerakan saya.

463
00:29:40,612 --> 00:29:43,281
Sekejap. Kalau ayah awak tahu?

464
00:29:44,783 --> 00:29:47,035
Dia takkan tahu. Dia tiada di sini.

465
00:29:53,708 --> 00:29:54,834
En. LaRusso?

466
00:29:55,418 --> 00:29:57,045
Semua dah sedia untuk awak.

467
00:30:10,308 --> 00:30:13,353
TOKYO, JEPUN

468
00:30:18,399 --> 00:30:23,404
Terjemahan sari kata oleh
Nur Amiratullyana Gazali

