1
00:00:06,083 --> 00:00:08,666
SIRI ASLI NETFLIX

2
00:00:26,791 --> 00:00:28,583
Dia nak perangkap awak.

3
00:00:31,333 --> 00:00:33,416
Kepala yang mereput di sana itu…

4
00:00:38,291 --> 00:00:40,458
Itu bukan kepala Folkwin Wolfspeer!

5
00:00:42,958 --> 00:00:44,708
Arminius tipu awak, Varus!

6
00:00:45,291 --> 00:00:48,916
Folkwin masih hidup.
Dia ada dalam kem ini, menjadi hamba!

7
00:01:03,166 --> 00:01:04,041
Betul.

8
00:01:18,916 --> 00:01:20,583
Saya nak mengkhianati ayah.

9
00:01:24,375 --> 00:01:26,333
Segestes bercakap benar.

10
00:01:29,041 --> 00:01:32,166
Saya akan mengumpan tiga legion Rom,
atau lebih…

11
00:01:33,333 --> 00:01:37,916
lima belas ribu tentera untuk
diserang hendap dan dikepung…

12
00:01:38,958 --> 00:01:43,958
oleh 500 orang gasar saya.

13
00:01:46,416 --> 00:01:47,708
Saya…

14
00:01:49,583 --> 00:01:51,833
seorang kesateria Empayar Rom.

15
00:01:54,875 --> 00:01:57,375
Itulah rancangan saya.

16
00:02:05,291 --> 00:02:07,333
Dan sudah tentu, ayah…

17
00:02:08,791 --> 00:02:12,208
Saya tak pernah bawa kepala
Folkwin Wolfspeer.

18
00:02:12,875 --> 00:02:17,791
Sebagai ganti, saya bawa
kepala yang nampak seperti dia.

19
00:02:18,583 --> 00:02:22,291
Malahan Folkwin sebenar tinggal di sini
sebagai seorang hamba.

20
00:02:26,125 --> 00:02:29,166
Bukankah itu satu cerita
yang jelas kebenarannya?

21
00:02:58,833 --> 00:02:59,666
Jerman!

22
00:03:01,041 --> 00:03:04,708
Jika awak memfitnah anak saya lagi,

23
00:03:04,791 --> 00:03:10,541
saya sendiri akan tombak kepala awak
di sebelah kepala Folkwin Wolfspeer.

24
00:03:10,625 --> 00:03:13,833
Tidak, jangan!
Varus, jangan buat kesilapan begini!

25
00:03:13,916 --> 00:03:15,625
- Pergi!
- Ini satu kesilapan!

26
00:03:16,291 --> 00:03:18,833
Jika tak percayakan saya,
ikat kami berdua!

27
00:03:18,916 --> 00:03:20,208
Ikat kami berdua!

28
00:03:20,291 --> 00:03:23,708
Awak akan tahu siapa pengkhianat
semasa ke Vetera nanti!

29
00:03:23,791 --> 00:03:25,708
Ini satu kesilapan, Varus!

30
00:03:26,458 --> 00:03:28,083
Varus!

31
00:03:28,166 --> 00:03:29,916
Rom akan tewas!

32
00:03:31,708 --> 00:03:33,375
Dalam perjalanan ke Vetera,

33
00:03:34,583 --> 00:03:39,583
kita akan ajar orang-orang gasar ini
di Hutan Teutoburg!

34
00:03:41,125 --> 00:03:43,291
Seperti yang Arminius cadangkan.

35
00:03:45,666 --> 00:03:46,708
Bersurai.

36
00:04:00,583 --> 00:04:01,458
Anakku…

37
00:04:03,958 --> 00:04:06,666
ayah ragu-ragu terhadap awak
buat seketika.

38
00:04:09,666 --> 00:04:10,750
Maafkan ayah.

39
00:04:14,291 --> 00:04:19,750
Mesti disebabkan oleh orang puak Germanik
yang tak guna itu.

40
00:04:21,250 --> 00:04:22,625
Orang Jerman tak guna.

41
00:05:02,625 --> 00:05:03,458
Pergi.

42
00:05:20,250 --> 00:05:21,166
Jangan pandang.

43
00:05:27,958 --> 00:05:30,416
Awak lambat bantu saya.

44
00:05:32,583 --> 00:05:33,958
Ingatkan awak dah mati.

45
00:05:34,041 --> 00:05:36,750
Saya tak kisah apa awak fikir.
Keluarkan saya.

46
00:05:36,833 --> 00:05:37,750
Dia juga.

47
00:05:38,708 --> 00:05:39,833
Sekarang tak boleh.

48
00:05:39,916 --> 00:05:43,791
Kami akan ke pangkalan musim sejuk
dan menyerang dalam perjalanan ke Vetera.

49
00:05:43,875 --> 00:05:44,958
Tunggu.

50
00:05:58,291 --> 00:06:01,625
- Bersedia untuk pergi.
- Menurut perintah, Dominus.

51
00:06:03,541 --> 00:06:04,541
Berkemas!

52
00:06:05,666 --> 00:06:07,583
Kempen musim panas dah berakhir.

53
00:06:15,500 --> 00:06:16,958
Varus makan umpan awak?

54
00:06:20,833 --> 00:06:21,791
Lihatlah nanti.

55
00:06:56,916 --> 00:07:00,375
Terlalu ramai untuk dikira.
Orang Rom terlalu ramai.

56
00:07:01,000 --> 00:07:02,625
Nampak seperti sungai besi.

57
00:07:04,583 --> 00:07:06,291
Tak pernah jumpa seramai itu.

58
00:07:59,625 --> 00:08:01,166
Dewi Darah…

59
00:08:03,083 --> 00:08:04,500
Dewi Api…

60
00:08:06,041 --> 00:08:07,583
Dewi Keberangan.

61
00:08:11,250 --> 00:08:13,208
Berikan keyakinan kepada saya.

62
00:08:15,750 --> 00:08:17,416
Berikan saya kebolehan itu.

63
00:08:20,958 --> 00:08:23,083
Supaya saya nampak apa akan berlaku.

64
00:08:33,833 --> 00:08:35,666
Adakah dewi-dewi di pihak saya?

65
00:08:38,875 --> 00:08:41,000
Saya akan korbankan apa saja.

66
00:09:08,708 --> 00:09:11,125
Pengantin perempuan saya seorang peramal?

67
00:09:12,916 --> 00:09:14,791
Awak lupa saya dah berkahwin?

68
00:09:15,416 --> 00:09:17,333
Saya nampak awak tamak kuasa.

69
00:09:18,875 --> 00:09:22,041
Kita boleh menguasai puak Chatti
dan Cherusci bersama.

70
00:09:23,750 --> 00:09:25,750
Awaklah sebab saya ada di sini.

71
00:09:25,833 --> 00:09:28,625
Saya takkan benarkan awak
bersama Arminius.

72
00:09:30,208 --> 00:09:32,958
Ayah awak dah berjanji. Awak isteri saya.

73
00:09:33,708 --> 00:09:36,041
Demi awak, saya akan hantar orang saya.

74
00:09:36,875 --> 00:09:40,291
Apabila semua dah berakhir,
awak akan pulang bersama saya.

75
00:09:53,833 --> 00:09:55,333
Kita masih ada masa lagi.

76
00:09:56,541 --> 00:09:57,375
Tidak!

77
00:10:01,625 --> 00:10:02,541
Jangan!

78
00:10:04,000 --> 00:10:04,875
Jangan!

79
00:10:12,250 --> 00:10:15,375
Awak akan jadi balu seorang pembelot!

80
00:10:18,875 --> 00:10:20,458
Orang-orang awak menunggu.

81
00:10:36,791 --> 00:10:37,833
Berhenti!

82
00:10:40,375 --> 00:10:41,791
Inilah tempatnya, ayah.

83
00:10:47,083 --> 00:10:48,541
Legion, belok kiri.

84
00:10:49,833 --> 00:10:52,208
Legion, belok kiri!

85
00:10:57,791 --> 00:11:00,958
Apa arahan ayah?
Lindungi bahagian tepi seperti biasa?

86
00:11:06,166 --> 00:11:09,791
Mara ke hadapan
dan pastikan haluan selamat.

87
00:11:10,458 --> 00:11:15,166
Kemudian Empayar akan ajar
orang-orang kampung ini.

88
00:11:16,291 --> 00:11:19,375
Ayah tahu boleh berharap pada awak,
anakku.

89
00:11:55,541 --> 00:11:56,458
Arminius!

90
00:12:20,666 --> 00:12:22,458
Hadiah daripada Maharaja.

91
00:12:32,500 --> 00:12:34,375
Simbol seorang kesateria Rom.

92
00:12:35,458 --> 00:12:40,208
Lambang kuasa, perjuangan
dan kehebatan Empayar.

93
00:12:45,375 --> 00:12:49,125
Ayah pasti awak akan menerimanya nanti.

94
00:13:00,875 --> 00:13:04,083
- Awak nak tinggalkan kami?
- Tidak, Aldarich.

95
00:13:05,375 --> 00:13:09,625
Sebagai Reik yang baik, saya akan pastikan
orang saya tak mati sia-sia.

96
00:13:10,375 --> 00:13:14,250
Lebih-lebih lagi untuk
seorang pengkhianat Rom dan pelacurnya.

97
00:13:16,291 --> 00:13:17,458
Jika awak bijak…

98
00:13:18,250 --> 00:13:19,833
awak akan ikut sama.

99
00:13:19,916 --> 00:13:21,291
Sementara masih boleh.

100
00:13:45,791 --> 00:13:46,958
Kita berundur!

101
00:13:47,708 --> 00:13:48,583
Ya.

102
00:13:48,666 --> 00:13:50,375
Kita terlalu sedikit.

103
00:13:51,333 --> 00:13:54,500
Tanpa pahlawan-pahlawan Hadgan,
habislah kita!

104
00:13:54,583 --> 00:13:56,583
Saya hanya berlawan jika boleh menang.

105
00:13:58,583 --> 00:13:59,958
Awak ragu-ragu?

106
00:14:01,791 --> 00:14:05,166
Arminius membahayakan nyawanya
untuk mengumpan legion masuk ke hutan,

107
00:14:06,166 --> 00:14:07,958
tempat tinggal dewa-dewa kita.

108
00:14:08,916 --> 00:14:10,541
Awak masih ragu-ragu?

109
00:14:26,458 --> 00:14:28,625
Wodan nampak perkara yang akan berlaku.

110
00:14:33,625 --> 00:14:35,625
Sebab dia korbankan matanya.

111
00:14:38,875 --> 00:14:40,166
Awak nak kepastian?

112
00:14:44,791 --> 00:14:46,166
Awak nak kepastian?

113
00:14:47,291 --> 00:14:49,000
Awak nak kepastian?

114
00:15:23,583 --> 00:15:25,416
Saya nampak pertempuran yang panjang.

115
00:15:29,875 --> 00:15:31,125
Saya nampak api.

116
00:15:33,458 --> 00:15:34,500
Air.

117
00:15:36,916 --> 00:15:40,500
Saya nampak manusia
tenggelam dalam darah sendiri.

118
00:15:45,500 --> 00:15:46,458
Orang Rom.

119
00:15:48,875 --> 00:15:51,458
Burung gagak memakan isi perut mereka.

120
00:16:07,000 --> 00:16:08,166
Reik Urik.

121
00:16:09,625 --> 00:16:12,958
Keturunan awak takkan lupa
pengorbanan awak hari ini.

122
00:16:19,833 --> 00:16:20,916
Reik Aldarich.

123
00:16:22,958 --> 00:16:25,208
Awak akan bermandikan emas orang Rom.

124
00:16:35,666 --> 00:16:36,791
Reik Golmad.

125
00:16:39,458 --> 00:16:41,750
Thor akan bangga memandang awak.

126
00:16:50,125 --> 00:16:51,625
Saya terdengar satu lagu.

127
00:16:55,916 --> 00:16:58,083
Lagu tentang keberanian kamu semua.

128
00:17:02,250 --> 00:17:05,458
Lagu itu akan berkumandang
sehingga ke akhirnya.

129
00:17:11,166 --> 00:17:13,333
Dunia akan sentiasa ingat kamu.

130
00:17:15,208 --> 00:17:17,833
- Untuk kemenangan!
- Ya!

131
00:18:17,458 --> 00:18:21,833
Ini adalah formasi tentera Rom.

132
00:18:24,416 --> 00:18:25,541
Ini pula…

133
00:18:26,666 --> 00:18:29,750
formasi tentera Rom
dalam hutan dan paya kita.

134
00:18:31,916 --> 00:18:33,416
Ular jadi sangat panjang

135
00:18:33,500 --> 00:18:36,750
sehingga ekornya tak perasan
jika kepalanya dipotong.

136
00:18:37,375 --> 00:18:40,708
Kita akan memotongnya
sedikit demi sedikit.

137
00:19:07,000 --> 00:19:10,125
Kita diserang! Sediakan perisai!

138
00:19:40,416 --> 00:19:42,125
Berlindung!

139
00:19:48,750 --> 00:19:49,625
Berundur!

140
00:20:32,083 --> 00:20:33,916
Berundur!

141
00:21:24,291 --> 00:21:25,416
Arminius!

142
00:21:36,083 --> 00:21:36,916
Bunuh semua.

143
00:21:49,958 --> 00:21:50,875
Hadgan!

144
00:21:52,125 --> 00:21:56,500
Saya ke sini untuk beritahu awak
cara mendapatkan hadiah lumayan.

145
00:22:02,375 --> 00:22:03,708
Paku dia ke pokok!

146
00:22:07,166 --> 00:22:08,791
Kita benci orang yang sama.

147
00:22:08,875 --> 00:22:10,000
Arminius.

148
00:22:11,000 --> 00:22:13,583
Apabila sudah jelas orang Rom yang menang,

149
00:22:14,416 --> 00:22:16,083
kita akan serang Arminius.

150
00:22:16,166 --> 00:22:19,500
Kemudian, semua milik Arminius
akan jadi milik awak.

151
00:22:20,500 --> 00:22:22,458
Kita akan mengetuai semua puak.

152
00:22:45,250 --> 00:22:46,291
Berhenti.

153
00:22:47,375 --> 00:22:49,666
Caius Aurelius, legion ke-19.

154
00:22:49,750 --> 00:22:52,750
Kami diserang. Barisan hadapan hancur.

155
00:22:53,375 --> 00:22:55,083
Ia dah dirancang dengan baik.

156
00:22:55,791 --> 00:23:00,708
Kita perlu berpatah balik segera
untuk pulihkan keadaan.

157
00:23:02,583 --> 00:23:05,708
Arminius dah beritahu
ada pemberontak di sana.

158
00:23:05,791 --> 00:23:08,083
Sebab itulah kita ke sini.

159
00:23:09,083 --> 00:23:10,666
Arminius di mana?

160
00:23:11,291 --> 00:23:14,416
Dia sepatutnya melindungi kawasan tepi!

161
00:23:14,500 --> 00:23:17,375
Mungkin dia terlibat dalam pertempuran.

162
00:23:18,125 --> 00:23:23,000
Kita tak dapat lalu hutan ini
dengan bahagian sisi terdedah.

163
00:23:24,250 --> 00:23:26,541
Kita perlu kembali ke kawasan terbuka.

164
00:23:28,250 --> 00:23:29,541
Patah balik!

165
00:23:31,875 --> 00:23:34,666
Berarak ke kawasan terbuka!

166
00:24:09,291 --> 00:24:10,166
Saya okey.

167
00:24:19,875 --> 00:24:22,000
Folkwin dan saya. Saya…

168
00:24:22,083 --> 00:24:23,958
Kita akan bela kematiannya.

169
00:24:35,583 --> 00:24:36,416
Mereka berpusing.

170
00:24:38,416 --> 00:24:42,000
- Awak dah sediakan semuanya?
- Seperti yang awak mahukan.

171
00:25:18,541 --> 00:25:20,541
Semua yang saya tahu
tentang pertempuran…

172
00:25:22,500 --> 00:25:23,791
saya belajar daripada ayah.

173
00:25:37,625 --> 00:25:39,625
Untuk apa kita bertempur?

174
00:25:54,250 --> 00:25:56,041
Saya selalu tanya ayah.

175
00:26:21,625 --> 00:26:23,708
Sebahagian pertempuran
untuk perkara biasa.

176
00:26:38,208 --> 00:26:40,291
Sebahagian lagi
untuk perkara akan datang.

177
00:26:44,625 --> 00:26:47,750
Kalian tentera yang akan mati!

178
00:26:58,875 --> 00:27:00,416
Atau untuk cinta.

179
00:27:33,208 --> 00:27:34,500
Sediakan perisai!

180
00:27:35,791 --> 00:27:37,500
Kami bertempur untuk maruah.

181
00:27:47,333 --> 00:27:48,833
Kami bertempur untuk kemuliaan.

182
00:28:30,916 --> 00:28:32,750
Kami bertempur untuk kebebasan.

183
00:28:40,083 --> 00:28:41,708
Mana cemeti awak?

184
00:28:55,916 --> 00:28:57,916
Ada yang bertempur untuk anak-anak.

185
00:29:03,750 --> 00:29:06,208
Masih ada yang bertempur untuk dewa-dewa.

186
00:29:12,416 --> 00:29:17,041
Kuncinya ialah kami hanya boleh menang
jika kami dapat mengawal emosi.

187
00:29:18,625 --> 00:29:20,833
Jika kami ada strategi yang jelas.

188
00:29:22,500 --> 00:29:26,958
Perlu kekalkan ketenteraman pihak sendiri
sambil hancurkan musuh.

189
00:29:57,958 --> 00:29:59,583
Apa saja sebab kami bertempur…

190
00:30:00,375 --> 00:30:03,125
kami membayarnya dengan darah.

191
00:30:37,958 --> 00:30:39,125
Semua akan mati…

192
00:30:41,625 --> 00:30:42,625
orang bersalah…

193
00:30:43,958 --> 00:30:45,083
dan orang tak bersalah.

194
00:31:35,791 --> 00:31:36,958
Folkwin!

195
00:32:04,708 --> 00:32:06,250
Apabila semuanya gagal…

196
00:32:07,208 --> 00:32:09,708
kita masih perlukan bantuan dewa-dewa.

197
00:32:13,333 --> 00:32:17,708
Perisai yang kukuh
jadi beban yang paling berat.

198
00:32:26,250 --> 00:32:27,875
Tapi, paling penting…

199
00:32:30,375 --> 00:32:33,541
adalah kenal pasti
kelemahan terbesar pihak lawan.

200
00:32:33,625 --> 00:32:37,375
Dan menumpukan semua tenaga
pada kelemahan itu.

201
00:33:46,208 --> 00:33:47,625
Buka perisai saya.

202
00:33:50,708 --> 00:33:52,333
Awak pasti, Dominus?

203
00:34:21,000 --> 00:34:22,625
Awak bebas.

204
00:34:25,041 --> 00:34:26,333
Pergi dari sini.

205
00:34:44,833 --> 00:34:46,666
Kelemahan terbesar ayah…

206
00:34:57,583 --> 00:34:59,250
adalah mempercayai saya.

207
00:35:12,500 --> 00:35:17,791
Saya tanya diri sendiri,
"Awak bertempur untuk siapa?"

208
00:35:20,416 --> 00:35:21,750
Adakah ia berbaloi?

209
00:35:44,166 --> 00:35:45,000
Ayah!

210
00:36:09,208 --> 00:36:13,833
Ayah tak pernah faham, ada yang mahu
kehidupan berlainan daripada ayah.

211
00:36:14,750 --> 00:36:16,250
Percaya perkara berbeza,

212
00:36:16,333 --> 00:36:19,708
rasa berbeza
dan berfikiran berbeza daripada ayah.

213
00:36:43,958 --> 00:36:45,208
Sertai pertempuran!

214
00:36:46,166 --> 00:36:48,791
Lebih baik berpihak
kepada pihak yang menang!

215
00:36:57,166 --> 00:37:00,541
- Awak kembali?
- Orang gasar bersatu bersama.

216
00:37:01,625 --> 00:37:04,125
Tak guna, awak hanya tunggu
pihak mana yang akan menang!

217
00:37:19,958 --> 00:37:21,000
Kemenangan!

218
00:37:22,000 --> 00:37:23,750
Rom akan tewas!

219
00:37:37,041 --> 00:37:38,666
Dia hanya menggunakan awak!

220
00:37:44,666 --> 00:37:46,208
Saya pernah merasakannya.

221
00:37:49,291 --> 00:37:55,291
Awak akan buat dan percaya apa saja
untuk dapat kasih sayang seorang ayah.

222
00:37:56,291 --> 00:37:58,875
Seperti anjing merengek kepada tuannya.

223
00:38:00,000 --> 00:38:02,000
Tapi kita bukan anjing.

224
00:38:03,958 --> 00:38:04,916
Kita…

225
00:38:05,416 --> 00:38:07,666
menang pertempuran ini, Ari.

226
00:38:11,500 --> 00:38:13,666
Awak pula menang lebih daripada itu.

227
00:38:15,375 --> 00:38:18,291
Awak memenangi hati orang-orang awak.

228
00:38:19,916 --> 00:38:21,916
Mereka akan melaungkan nama awak.

229
00:38:27,458 --> 00:38:28,291
Bukan Folkwin.

230
00:38:32,791 --> 00:38:34,375
Awak tahu dia masih hidup.

231
00:38:47,291 --> 00:38:49,458
Awak boleh jadi raja mereka, Ari.

232
00:38:51,916 --> 00:38:52,958
Awak raja mereka.

233
00:38:55,458 --> 00:38:56,333
Awak dengar?

234
00:39:02,791 --> 00:39:04,250
Awak raja mereka.

235
00:39:08,708 --> 00:39:10,916
Saya akan jadi permaisurinya.

236
00:39:45,458 --> 00:39:46,875
Buah zakar orang Rom!

237
00:39:46,958 --> 00:39:49,000
Saya akan ajar anjing saya cari.

238
00:39:51,666 --> 00:39:53,458
- Ini dia.
- Untuk anjing awak?

239
00:40:05,208 --> 00:40:09,625
Thusnelda!

240
00:40:31,250 --> 00:40:32,583
Saya fikir awak dah mati.

241
00:40:33,916 --> 00:40:35,875
Saya rasa itu sesuai dengan awak.

242
00:40:39,166 --> 00:40:41,958
- Folkwin, tiada yang masih sama.
- Ya.

243
00:40:45,750 --> 00:40:49,458
Bersama dia, awak boleh berkuasa.
Bukankah itu yang awak mahu?

244
00:40:59,416 --> 00:41:01,750
Jumpa saya setelah awak buat keputusan.

245
00:41:16,833 --> 00:41:18,541
Awak tak mahu ambil harta rampasan?

246
00:41:23,208 --> 00:41:25,583
Awak lebih layak menerimanya.

247
00:41:27,208 --> 00:41:30,125
Awak fikir semua orang dapat
perkara yang mereka layak?

248
00:41:35,666 --> 00:41:37,583
Saya hanya boleh harapkan awak.

249
00:41:39,000 --> 00:41:41,000
Apabila saya jadi raja semua puak,

250
00:41:42,416 --> 00:41:44,708
saya nak awak jadi putera pertama.

251
00:41:54,416 --> 00:41:57,083
Jika awak jadi raja semua puak…

252
00:42:00,000 --> 00:42:01,875
saya orang pertama akan bunuh awak.

253
00:42:33,708 --> 00:42:35,375
Perjalanan awak bahaya.

254
00:42:44,833 --> 00:42:46,250
Dewa-dewa akan hukum saya?

255
00:42:53,375 --> 00:42:55,166
Sudah membesar dengan baik.

256
00:42:57,875 --> 00:43:00,291
Tapi bukan anak raja awak.

257
00:43:01,750 --> 00:43:05,416
Dewa-dewa ada cara istimewa
untuk menghukum kita.

258
00:48:21,291 --> 00:48:26,291
Terjemahan sari kata oleh Sahal Sharir

