1
00:00:19,394 --> 00:00:21,521
Enam puluh ribu tahun yang lalu,

2
00:00:22,230 --> 00:00:25,608
manusia meninggalkan Afrika
buat pertama kalinya.

3
00:00:30,780 --> 00:00:33,408
Sejak itu, kita tidak berhenti

4
00:00:34,409 --> 00:00:37,162
daripada mengembara
ke setiap pelosok bumi.

5
00:00:40,040 --> 00:00:43,543
Namun, kita bukan satu-satunya
spesies yang melakukannya.

6
00:00:44,711 --> 00:00:46,296
Pada setiap waktu,

7
00:00:47,213 --> 00:00:50,467
terdapat berbilion-bilion haiwan bergerak.

8
00:00:54,220 --> 00:00:57,932
Kesihatan planet kita bergantung padanya.

9
00:01:18,745 --> 00:01:23,666
Penghijrahan merupakan
strategi ikhtiar hidup paling penting.

10
00:01:28,338 --> 00:01:29,589
Sama ada untuk makan…

11
00:01:32,175 --> 00:01:33,176
membiak…

12
00:01:34,928 --> 00:01:36,471
atau mencari rumah baharu.

13
00:01:43,561 --> 00:01:46,022
Risiko pula semestinya ada.

14
00:01:55,115 --> 00:01:58,952
Siri ini menjejaki pengembaraan luar biasa

15
00:01:59,035 --> 00:02:03,039
di dunia yang sedang berubah
dengan begitu pesat.

16
00:02:07,460 --> 00:02:11,005
Baru sekarang kita mula memahami

17
00:02:12,132 --> 00:02:14,050
bahawa semua hidupan di bumi

18
00:02:15,552 --> 00:02:19,055
bergantung pada kebebasan untuk bergerak.

19
00:02:28,898 --> 00:02:32,735
BABAK SATU
DUNIA YANG BERGERAK

20
00:02:45,165 --> 00:02:49,502
Pada setiap tahun,
tanah di Botswana ini berubah.

21
00:02:52,463 --> 00:02:56,885
Parut-parut ini merupakan tanda
bahawa kawasan ini ditenggelami air

22
00:02:56,968 --> 00:02:58,678
tiga bulan yang lepas.

23
00:03:03,850 --> 00:03:06,019
Kemudian, subur dan menghijau.

24
00:03:07,937 --> 00:03:10,773
Kini, gersang dan ketandusan.

25
00:03:19,949 --> 00:03:24,287
Perubahan ini mendorong haiwan
untuk berpindah sepenuhnya.

26
00:03:39,427 --> 00:03:43,723
Kerbau tanjung berlari
merentasi Gurun Kalahari

27
00:03:43,806 --> 00:03:46,517
ke arah kawasan air yang tersisa.

28
00:03:54,192 --> 00:03:58,571
Banyak kawanan bersatu
dan membentuk satu kawanan besar.

29
00:04:09,249 --> 00:04:11,084
Kawanan terbesar di Afrika.

30
00:04:21,719 --> 00:04:25,390
Semuanya melakukan perjalanan tahunan

31
00:04:26,516 --> 00:04:28,977
ke sebuah paya terpencil.

32
00:04:36,025 --> 00:04:39,195
Namun, ada haiwan lain yang menantikannya.

33
00:04:43,449 --> 00:04:46,536
Singa-singa ini pakar memburu kerbau.

34
00:04:53,584 --> 00:04:55,378
Ketibaan kawanan besar itu

35
00:04:55,461 --> 00:04:58,589
merupakan perkara paling penting
baginya setiap tahun.

36
00:05:02,176 --> 00:05:06,306
Singa-singa ini menunggu
kawanan kerbau selama berminggu-minggu.

37
00:05:10,143 --> 00:05:13,646
Mata-matanya tertumpu
kepada setiap bentuk datang dari ufuk.

38
00:05:37,670 --> 00:05:38,755
Akhirnya.

39
00:05:52,435 --> 00:05:56,981
Kumpulan yang mendatang itu
ibarat sebuah tembok tanduk dan otot.

40
00:06:10,495 --> 00:06:13,373
Namun, singa harus mencari kelemahannya.

41
00:06:31,224 --> 00:06:32,975
Mungkin ini peluangnya.

42
00:06:34,060 --> 00:06:35,520
Kerbau jantan tunggal.

43
00:06:37,397 --> 00:06:39,565
Mungkin terpisah daripada kawanan,

44
00:06:39,649 --> 00:06:42,735
tetapi berat kerbau ini
seperti empat ekor singa

45
00:06:43,403 --> 00:06:46,614
dan juga salah satu
haiwan paling berbahaya di Afrika.

46
00:06:49,075 --> 00:06:51,702
Pemangsa itu mesti pergi
dengan berhati-hati.

47
00:07:01,295 --> 00:07:02,630
Seekor demi seekor,

48
00:07:03,506 --> 00:07:05,633
singa-singa itu menuju ke arahnya

49
00:07:06,175 --> 00:07:08,761
seolah-olah bukan sedang memburu.

50
00:07:20,815 --> 00:07:24,110
Sebenarnya, singa-singa itu
sedang mengambil posisi.

51
00:08:13,409 --> 00:08:16,412
Singa-singa betina menyerang
secara bergilir-gilir…

52
00:08:22,084 --> 00:08:23,628
sehingga kerbau itu penat.

53
00:08:34,722 --> 00:08:38,017
Lalu singa jantan yang lebih berat pula
datang menyerang.

54
00:09:13,094 --> 00:09:16,180
Para pemangsa itu mengasah teknik
dengan begitu baik.

55
00:09:17,014 --> 00:09:18,724
Dalam masa tiga minit sahaja,

56
00:09:20,017 --> 00:09:23,688
pemangsa itu dapat menumbangkan
musuh yang paling menggerunkan.

57
00:09:33,698 --> 00:09:36,534
Penghijrahan yang diperlukan
oleh singa-singa itu

58
00:09:36,617 --> 00:09:39,704
antara jutaan penghijrahan
yang berlaku kerana musim.

59
00:09:40,955 --> 00:09:42,540
Hakikat sebenarnya,

60
00:09:43,207 --> 00:09:45,585
ia kesan buruk daripada perkara lain.

61
00:09:46,669 --> 00:09:50,298
Putaran planet kita
mengelilingi matahari sepanjang tahun.

62
00:09:54,176 --> 00:10:00,474
Planet ini berputar
secara condong pada sudut 23.5 darjah.

63
00:10:03,769 --> 00:10:06,772
Inilah yang menghasilkan musim-musim.

64
00:10:09,650 --> 00:10:14,030
Bagi memahami caranya,
perhatikan Kutub Utara.

65
00:10:16,490 --> 00:10:19,994
Selama setengah tahun,
ia berpaling daripada matahari,

66
00:10:20,578 --> 00:10:23,080
lalu menyebabkan kegelapan
dan musim sejuk.

67
00:10:27,668 --> 00:10:31,339
Setengah tahun lagi pula,
ia menghadap matahari,

68
00:10:32,715 --> 00:10:34,800
menyebabkan waktu siang lebih lama.

69
00:10:42,975 --> 00:10:45,311
Kitaran tahunan inilah

70
00:10:45,394 --> 00:10:48,898
yang mendorong
penghijrahan terbesar hidupan di bumi.

71
00:10:51,734 --> 00:10:56,864
Di hemisfera utara pula,
hal ini membawa perubahan terbesar.

72
00:10:59,533 --> 00:11:00,576
Musim bunga.

73
00:11:01,160 --> 00:11:08,167
MAC

74
00:11:11,128 --> 00:11:15,841
Pada hujung Mac,
siang lebih panjang daripada waktu lain.

75
00:11:20,638 --> 00:11:24,433
Cahaya matahari bertambah,
lalu menghangatkan tanah dengan cepat.

76
00:11:26,102 --> 00:11:27,812
Mencetuskan hujan ribut.

77
00:11:30,064 --> 00:11:33,150
Hemisfera utara terus menjadi lebih hangat

78
00:11:34,443 --> 00:11:35,361
dan basah.

79
00:11:37,780 --> 00:11:39,281
Sesuai untuk tumbuhan.

80
00:11:47,832 --> 00:11:50,459
Kemudian, tanah mula menghijau.

81
00:11:55,631 --> 00:12:01,303
Satu haiwan memanfaatkan
kesuburan tumbuhan ini sehabis baik.

82
00:12:08,853 --> 00:12:10,271
Seminggu yang lepas,

83
00:12:10,354 --> 00:12:12,606
belalang gurun di Habsyah ini

84
00:12:13,399 --> 00:12:17,278
ialah makhluk yang segan dan bersendiri
serta kurang bergerak.

85
00:12:21,824 --> 00:12:23,451
Kini, tidak lagi.

86
00:12:30,166 --> 00:12:32,710
Apabila sumber makanan melimpah-ruah,

87
00:12:33,461 --> 00:12:36,672
belalang akan mula membentuk kawanan.

88
00:12:40,384 --> 00:12:41,927
Belalang akan berarak

89
00:12:42,678 --> 00:12:45,306
dan bertambah sepuluh kali lebih cepat.

90
00:12:54,148 --> 00:12:55,900
Apabila terlalu banyak,

91
00:12:55,983 --> 00:12:58,194
belalang itu memakan semua tumbuhan.

92
00:13:02,448 --> 00:13:05,451
Jadi, untuk mencari lebih banyak makanan,

93
00:13:05,534 --> 00:13:08,245
belalang itu perlu terus bergerak.

94
00:13:26,514 --> 00:13:28,307
Kawanan semakin besar.

95
00:13:32,728 --> 00:13:34,230
Semakin besar.

96
00:13:38,651 --> 00:13:41,862
Melahap semua tumbuhan yang dilaluinya.

97
00:13:45,157 --> 00:13:47,159
Namun, ini baru permulaan.

98
00:13:49,036 --> 00:13:52,289
Dengan menapak,
belalang itu tidak dapat pergi jauh.

99
00:13:55,376 --> 00:13:56,502
Untuk pergi jauh,

100
00:13:58,087 --> 00:14:00,256
belalang itu mesti berubah bentuk.

101
00:14:12,226 --> 00:14:14,228
Belalang itu menumbuhkan kepak.

102
00:14:36,166 --> 00:14:39,086
Kini, dengan selera yang semakin besar,

103
00:14:39,670 --> 00:14:42,756
seluruh kawanan terbang ke udara.

104
00:14:51,974 --> 00:14:52,850
Makan…

105
00:14:54,852 --> 00:14:56,020
dan terbang.

106
00:15:01,942 --> 00:15:02,902
Makan…

107
00:15:04,945 --> 00:15:05,988
dan terbang.

108
00:15:13,996 --> 00:15:17,207
Belalang itu berkumpul
dan membentuk kawanan besar.

109
00:15:17,750 --> 00:15:20,794
Paling besar sejak 70 tahun yang lalu.

110
00:15:22,087 --> 00:15:24,548
Mencecah 200 bilion ekor.

111
00:15:40,940 --> 00:15:43,734
Bagi memastikan
semua belalang dapat makanan,

112
00:15:43,817 --> 00:15:46,612
kawanan itu harus bergerak
lebih jauh dan cepat.

113
00:15:54,954 --> 00:15:59,458
Ia mengembara 100 kilometer
pada setiap hari.

114
00:16:11,053 --> 00:16:13,973
Negara demi negara dijelajah,

115
00:16:14,682 --> 00:16:16,767
dan yang paling menakjubkan,

116
00:16:16,850 --> 00:16:19,103
kawanan itu juga merentasi Laut Merah.

117
00:16:27,152 --> 00:16:32,741
Inilah kali pertama satu kawanan
melepasi Himalaya dan sampai ke Tibet.

118
00:16:32,825 --> 00:16:34,410
PENARA TIBET

119
00:16:37,830 --> 00:16:39,498
Di semua tempat yang dituju,

120
00:16:41,375 --> 00:16:42,960
ia menyebabkan kekacauan.

121
00:16:54,471 --> 00:16:58,976
Kawanan itu akan terus bergerak
selagi belum tiba musim kemarau.

122
00:17:01,311 --> 00:17:04,023
Waktu itu, makanan akan lenyap…

123
00:17:06,817 --> 00:17:08,485
dan begitu juga kawanan itu.

124
00:17:19,580 --> 00:17:24,293
Pada bulan April,
waktu siang di utara semakin lama.

125
00:17:26,837 --> 00:17:30,632
Peningkatan cahaya matahari
akan memanaskan lautan,

126
00:17:31,425 --> 00:17:33,802
alga akan berkembang dengan luas

127
00:17:34,428 --> 00:17:36,764
dan bekalan makanan bertambah mendadak.

128
00:17:39,683 --> 00:17:42,728
Bagi satu haiwan,
inilah masa untuk mengembara.

129
00:17:51,737 --> 00:17:55,908
Tengah malam di pulau terpencil
di kawasan British Columbia.

130
00:17:59,328 --> 00:18:00,370
Di bawah tanah…

131
00:18:02,539 --> 00:18:04,041
ada sesuatu bergerak.

132
00:18:11,590 --> 00:18:15,886
Anak burung murrelet purba ini
baru sahaja menetas…

133
00:18:17,888 --> 00:18:22,101
tetapi akan menempuhi perjalanan
paling sukar sepanjang hayatnya.

134
00:18:25,813 --> 00:18:27,731
Anak burung ini belum makan

135
00:18:28,690 --> 00:18:30,609
dan sedang kelaparan.

136
00:18:34,196 --> 00:18:35,697
Si ibu memanggilnya.

137
00:18:40,661 --> 00:18:44,331
Di seluruh pulau itu,
anak burung yang lapar keluar dari lubang

138
00:18:46,041 --> 00:18:48,210
ke arah suara ibunya.

139
00:18:50,587 --> 00:18:53,340
Jika anak burung itu berharap untuk makan,

140
00:18:54,508 --> 00:18:56,135
pasti akan kecewa.

141
00:19:02,224 --> 00:19:04,393
Inilah satu-satunya burung laut

142
00:19:04,935 --> 00:19:07,938
yang harus makan di laut.

143
00:19:10,357 --> 00:19:13,026
Anak-anak burung itu perlu pergi ke sana.

144
00:19:15,362 --> 00:19:17,197
Disebabkan belum boleh terbang,

145
00:19:17,823 --> 00:19:19,867
satu-satunya cara untuk ke laut

146
00:19:20,868 --> 00:19:22,452
adalah dengan menapak.

147
00:19:29,668 --> 00:19:33,589
Walaupun memang wajar menunggu
sehingga senja untuk elak pemangsa,

148
00:19:34,381 --> 00:19:37,676
tentunya lebih sukar untuk melihat laluan.

149
00:19:45,350 --> 00:19:48,103
Apatah lagi jika saiz seperti bola golf,

150
00:19:49,062 --> 00:19:50,981
semua benda boleh jadi halangan.

151
00:19:56,987 --> 00:20:00,407
Laluannya mungkin terhalang
dengan serendah-rendah kayu…

152
00:20:02,534 --> 00:20:04,912
dan sekecil-kecil sungai.

153
00:20:10,000 --> 00:20:13,879
Ada anak burung yang terkorban
sebelum sempat ke mana-mana.

154
00:20:22,137 --> 00:20:24,306
Namun, bukan anak burung ini.

155
00:20:28,060 --> 00:20:30,020
Akhirnya, tiba jua di pantai.

156
00:20:31,313 --> 00:20:35,692
Itulah tanah terakhir yang anak burung itu
akan sentuh selama dua tahun.

157
00:20:41,406 --> 00:20:45,077
Bagi mencari ibunya,
anak burung itu perlu ke tempat gelap.

158
00:21:00,008 --> 00:21:01,426
Kembali bersama.

159
00:21:04,888 --> 00:21:07,516
Namun, anak burung itu masih belum makan.

160
00:21:12,604 --> 00:21:16,149
Burung-burung itu mengayuh
ke arah makanan terdekat

161
00:21:17,943 --> 00:21:21,363
sejauh 70 kilometer.

162
00:21:27,995 --> 00:21:30,539
Di sini, si ibu akhirnya boleh menyelam

163
00:21:30,622 --> 00:21:33,583
dan dapatkan kril
sebagai makanan pertama anaknya.

164
00:21:34,793 --> 00:21:37,170
Namun, ini hanyalah satu hentian.

165
00:21:39,881 --> 00:21:43,427
Ibu dan anak itu mengayuh
sejauh 1,000 kilometer lagi.

166
00:21:46,430 --> 00:21:51,810
Penghijrahan ini mengambil masa sebulan
ke laut utara yang kaya dengan makanan.

167
00:21:53,437 --> 00:21:58,400
Mungkin inilah perjalanan paling jauh
oleh mana-mana burung yang baru menetas.

168
00:22:04,740 --> 00:22:07,743
Disebabkan lautan dipenuhi makanan
pada musim panas,

169
00:22:08,785 --> 00:22:13,457
burung murrelet boleh menghabiskan
seluruh hidupnya di laut.

170
00:22:20,505 --> 00:22:26,386
MEI

171
00:22:26,470 --> 00:22:30,057
Seribu enam ratus kilometer
ke arah barat laut Hawaii,

172
00:22:31,224 --> 00:22:33,727
terdapat satu kawasan terpencil.

173
00:22:35,437 --> 00:22:36,480
Laysan.

174
00:22:40,692 --> 00:22:44,321
Tempat asal salah satu
burung laut terbesar di dunia.

175
00:22:48,825 --> 00:22:50,911
Burung albatros Laysan.

176
00:22:55,874 --> 00:22:58,627
Anak burung yang berumur enam minggu ini

177
00:22:58,710 --> 00:23:02,339
akan menjadi
pengembara jarak jauh yang hebat…

178
00:23:04,383 --> 00:23:09,513
dan terbang jutaan kilometer
sepanjang 60 tahun usianya.

179
00:23:11,181 --> 00:23:13,934
Walau bagaimanapun, pada umur empat bulan,

180
00:23:14,017 --> 00:23:15,811
burung ini belum boleh terbang

181
00:23:16,686 --> 00:23:18,522
dan tidak pergi ke mana-mana.

182
00:23:23,610 --> 00:23:25,028
Tidak seperti murrelet,

183
00:23:25,112 --> 00:23:29,491
burung ini bergantung pada ibunya
untuk membawakannya makanan.

184
00:23:32,577 --> 00:23:36,456
Namun, ibunya mungkin mencari ikan
sejauh 3,000 kilometer.

185
00:23:37,874 --> 00:23:40,252
Maka, terpaksalah anaknya menunggu.

186
00:23:42,003 --> 00:23:43,880
Menghadapi hujan lebat…

187
00:23:47,592 --> 00:23:49,136
angin kencang…

188
00:23:51,721 --> 00:23:53,765
dan panas terik.

189
00:24:03,400 --> 00:24:06,945
Setiap burung yang merentasi ufuk
membawa secebis harapan.

190
00:24:14,202 --> 00:24:15,328
Seekor albatros…

191
00:24:18,540 --> 00:24:20,083
tetapi spesies berlainan.

192
00:24:21,626 --> 00:24:22,961
Spesies berkaki hitam.

193
00:24:25,380 --> 00:24:28,341
Nampak gayanya ada makanan dibawa.

194
00:24:31,511 --> 00:24:34,848
Dalam kebuluran,
anak albatros Laysan itu mencuba nasib.

195
00:24:42,272 --> 00:24:46,401
Jelas sekali,
si ibu ini mengutamakan keluarganya.

196
00:24:59,831 --> 00:25:02,167
Namun, sesuatu yang dianggap penyelamat

197
00:25:03,418 --> 00:25:05,629
mungkin menjadi punca kematian.

198
00:25:08,757 --> 00:25:12,344
Di seluruh pulau, banyak anak burung mati.

199
00:25:17,432 --> 00:25:20,685
Terdapat begitu banyak plastik
di dalam lautan

200
00:25:22,020 --> 00:25:26,149
sehingga boleh sampai
ke pulau-pulau terpencil di bumi.

201
00:25:27,359 --> 00:25:29,694
Dihanyutkan oleh arus ke sini.

202
00:25:34,866 --> 00:25:40,330
Ada ibu yang menyangka ia makanan,
lalu memberikannya kepada anaknya

203
00:25:40,872 --> 00:25:42,916
sehingga banyak yang terbunuh.

204
00:25:47,629 --> 00:25:52,717
Setiap perut anak burung di pulau ini
sememangnya mengandungi plastik.

205
00:25:55,303 --> 00:25:58,640
Bagi yang makan terlalu banyak,
akhirnya mati kebuluran.

206
00:26:04,521 --> 00:26:07,607
Albatros Laysan dalam ancaman besar.

207
00:26:09,568 --> 00:26:13,363
Spesies ini makan plastik
lebih banyak daripada burung laut lain.

208
00:26:14,573 --> 00:26:17,242
Keadaan semakin teruk tahun demi tahun.

209
00:26:28,878 --> 00:26:31,840
Setelah hampir tiga minggu di laut,

210
00:26:34,050 --> 00:26:36,511
bapa burung itu kembali.

211
00:26:46,271 --> 00:26:48,523
Selepas lama berjauhan,

212
00:26:50,400 --> 00:26:52,861
hubungan bapa dan anak perlu diperbaharu.

213
00:27:02,996 --> 00:27:07,000
Ini mungkin makanan terakhir
yang anak burung itu dapat.

214
00:27:09,419 --> 00:27:12,839
Besar kemungkinan ia mengandungi plastik.

215
00:27:27,103 --> 00:27:31,149
Si bapa meneruskan pengembaraan
merentasi Lautan Pasifik.

216
00:27:33,068 --> 00:27:35,570
Si anak pula dibiarkan menanti takdirnya.

217
00:27:39,074 --> 00:27:41,409
Namun, perjuangannya belum selesai.

218
00:27:44,788 --> 00:27:48,500
Albatros biasanya akan memuntahkan
bahagian yang sukar dihadam

219
00:27:48,583 --> 00:27:50,960
seperti muncung sotong dan tulang.

220
00:27:55,131 --> 00:28:00,595
Tentunya lebih sukar untuk mengeluarkan
pemetik api dan penutup botol.

221
00:28:13,108 --> 00:28:14,234
Namun, si kecil ini

222
00:28:16,236 --> 00:28:17,487
mampu bertahan.

223
00:28:21,866 --> 00:28:23,118
Dengan itu,

224
00:28:23,201 --> 00:28:26,579
anak burung ini
selangkah lebih hampir untuk terbang.

225
00:28:28,540 --> 00:28:31,126
Beberapa minggu lagi, dengan angin sesuai,

226
00:28:31,209 --> 00:28:34,462
anak burung ini akan dapat
melakukan aksi pertama

227
00:28:34,546 --> 00:28:37,757
sebagai salah satu
pengembara lautan terhebat.

228
00:28:43,513 --> 00:28:44,931
BULATAN ARTIK

229
00:28:45,014 --> 00:28:47,934
Laluan planet kita yang condong
merentasi angkasa

230
00:28:48,017 --> 00:28:50,979
paling menjejaskan satu tempat.

231
00:28:52,439 --> 00:28:57,152
JUN

232
00:28:57,235 --> 00:28:59,070
Musim panas di Kutub Utara.

233
00:29:01,781 --> 00:29:04,659
Artik kini menghadap matahari

234
00:29:04,743 --> 00:29:07,787
dan disinari cahaya siang sepanjang hari,

235
00:29:08,371 --> 00:29:10,999
lalu menyebabkan lautan ais menjadi cair.

236
00:29:23,928 --> 00:29:26,181
Untuk bertahan dengan perubahan dunia,

237
00:29:27,182 --> 00:29:29,350
kehidupan mesti seiring dengannya.

238
00:30:00,006 --> 00:30:03,760
Tempat tinggal beruang kutub ini
banyak berubah setiap tahun

239
00:30:04,427 --> 00:30:07,138
dan mustahil untuk menetap
di kawasan tertentu.

240
00:30:11,309 --> 00:30:14,646
Beruang kutub ini perlu berjalan
sejauh ribuan kilometer

241
00:30:14,729 --> 00:30:16,272
untuk mencari anjing laut.

242
00:30:28,785 --> 00:30:32,247
Namun, setiap kali musim panas
dan ais mula mencair,

243
00:30:33,706 --> 00:30:36,084
terpaksalah beruang itu kurang berjalan…

244
00:30:39,921 --> 00:30:41,506
dan banyak berenang.

245
00:30:48,012 --> 00:30:51,099
Berenang hampir lapan jam setiap hari.

246
00:31:01,568 --> 00:31:05,697
Beruang itu boleh menghidu mangsanya
dari jarak 30 kilometer.

247
00:31:09,617 --> 00:31:13,955
Jadi, beruang itu tahu
anjing laut berjanggut ini ada berdekatan.

248
00:31:27,594 --> 00:31:30,263
Anjing laut itu tidak sedar
akan ancaman itu.

249
00:31:32,640 --> 00:31:35,351
Beruang itu tidak mahu menyedarkannya.

250
00:32:16,684 --> 00:32:20,730
Memburu dari dalam air
jarang sekali berjaya.

251
00:32:42,669 --> 00:32:45,588
Kali ketiga mungkin bertuah.

252
00:33:38,975 --> 00:33:44,272
Beruang muda ini perlu memahiri
seni menghendap dari laut.

253
00:33:46,399 --> 00:33:48,359
Sangat penting untuk memahirinya.

254
00:33:49,527 --> 00:33:52,905
Tahun demi tahun,
kemahiran itu semakin diperlukan.

255
00:33:58,619 --> 00:34:00,455
Iklim kita semakin hangat.

256
00:34:07,003 --> 00:34:09,881
Tiada tempat lain lebih terjejas kerananya

257
00:34:10,631 --> 00:34:12,050
daripada Artik.

258
00:34:16,179 --> 00:34:18,890
Tahun ini, suhu meningkat

259
00:34:18,973 --> 00:34:22,769
hingga 38 darjah Celsius.

260
00:34:26,647 --> 00:34:29,400
Ais di laut cair dengan begitu cepat.

261
00:34:32,945 --> 00:34:36,991
Ada satu haiwan Artik
yang paling terkesan.

262
00:34:47,251 --> 00:34:48,211
Untuk makan,

263
00:34:48,294 --> 00:34:52,548
walrus memerlukan dasar laut yang cetek,

264
00:34:54,175 --> 00:34:55,843
kima yang banyak

265
00:34:57,095 --> 00:35:00,765
dan dataran ais apung untuk berehat.

266
00:35:11,067 --> 00:35:14,195
Namun, tempat sebegitu kini berkurangan.

267
00:35:17,949 --> 00:35:21,244
Setiap musim panas lebih sukar
daripada tahun sebelumnya.

268
00:35:22,870 --> 00:35:25,456
Terutamanya bagi ibu baharu.

269
00:35:30,670 --> 00:35:32,004
Tiga hari yang lepas,

270
00:35:32,088 --> 00:35:35,466
si ibu ini meninggalkan kawanan
untuk melahirkan anaknya.

271
00:35:38,553 --> 00:35:42,014
Sejak hari itu,
anaknya langsung tidak ditinggalkan.

272
00:35:53,985 --> 00:35:57,655
Ibu yang memberi susu memerlukan
makanan dua kali lebih banyak.

273
00:35:59,115 --> 00:36:03,286
Namun, anaknya tidak boleh ditinggalkan
ketika mencari makanan.

274
00:36:05,997 --> 00:36:08,875
Jadi, si ibu mesti mencari kawanan

275
00:36:09,792 --> 00:36:12,253
untuk membantu menjaga anaknya.

276
00:36:20,761 --> 00:36:24,140
Anak walrus boleh berenang
sejak lahir lagi.

277
00:36:28,644 --> 00:36:31,606
Namun, kekuatannya belum cukup
untuk berenang jauh.

278
00:36:35,151 --> 00:36:37,403
Jadi, pada perjalanan pertamanya,

279
00:36:38,613 --> 00:36:40,364
anak walrus akan menumpang.

280
00:36:53,377 --> 00:36:55,630
Dengan berkurangnya dataran ais apung,

281
00:36:55,713 --> 00:36:58,591
si ibu dan anak perlu berenang jauh
demi bantuan.

282
00:37:03,221 --> 00:37:06,766
Selagi belum tiba,
ibunya tidak boleh makan.

283
00:37:15,399 --> 00:37:17,401
Apabila menemui kawanan sekalipun,

284
00:37:18,027 --> 00:37:22,114
aisnya haruslah cukup rendah
untuk si anak memanjat keluar.

285
00:37:26,994 --> 00:37:27,954
Terlalu tinggi.

286
00:37:43,094 --> 00:37:44,720
Yang ini nampak sesuai.

287
00:37:51,102 --> 00:37:53,854
Disebabkan tidak banyak ais yang sesuai,

288
00:37:53,938 --> 00:37:56,482
ruang sangat terhad.

289
00:38:17,461 --> 00:38:20,715
Si ibu dan anak itu tidak dialu-alukan.

290
00:38:32,226 --> 00:38:34,687
Walaupun menemui ais yang mencukupi,

291
00:38:34,770 --> 00:38:38,065
tanpa adanya bantuan,
si ibu tetap tidak boleh makan

292
00:38:38,733 --> 00:38:40,401
dan mesti bersama anaknya.

293
00:38:51,746 --> 00:38:53,789
Pencarian harus diteruskan.

294
00:38:56,459 --> 00:39:00,171
Si anak akan bergantung pada ibunya
selama tempoh tiga tahun.

295
00:39:02,673 --> 00:39:04,216
Ke mana-mana si ibu pergi,

296
00:39:05,134 --> 00:39:06,510
anaknya ikut bersama.

297
00:39:11,766 --> 00:39:16,312
Pada dekad akan datang,
ais mungkin akan lenyap sepenuhnya.

298
00:39:24,403 --> 00:39:25,529
Jika itu berlaku,

299
00:39:25,613 --> 00:39:28,783
pengembara Artik paling berpengalaman pun

300
00:39:29,450 --> 00:39:31,786
mungkin tiada lagi tempat untuk dituju.

301
00:39:46,801 --> 00:39:48,302
Pada akhir bulan Jun,

302
00:39:48,386 --> 00:39:52,348
Kutub Utara mengalami
kesan penuh putaran bumi

303
00:39:53,307 --> 00:39:56,936
dan menerima lebih banyak cahaya siang
berbanding waktu lain.

304
00:39:58,354 --> 00:40:00,773
Di satu penjuru Lautan Pasifik,

305
00:40:00,856 --> 00:40:04,193
perkara ini memberikan
peluang terbaik pada tahun itu.

306
00:40:12,368 --> 00:40:13,536
Selama enam bulan,

307
00:40:13,619 --> 00:40:18,040
Laut Bering Alaska kosong
dan tidak mempunyai hidupan.

308
00:40:32,596 --> 00:40:34,682
Satu hari pada bulan Jun…

309
00:40:37,309 --> 00:40:39,395
semua itu berubah.

310
00:40:43,482 --> 00:40:45,359
Paus kelasa tiba

311
00:40:46,193 --> 00:40:48,195
selepas sebulan mengembara…

312
00:40:52,283 --> 00:40:55,995
untuk peristiwa terpenting tahunan.

313
00:40:58,414 --> 00:40:59,999
Beribu-ribu ekor datang.

314
00:41:03,002 --> 00:41:04,670
Di seluruh Lautan Pasifik,

315
00:41:04,753 --> 00:41:07,256
pengembara lain juga dalam perjalanan.

316
00:41:09,884 --> 00:41:13,095
Burung shearwater jelaga berlumba
untuk pergi ke sana…

317
00:41:17,099 --> 00:41:20,686
terbang 1,000 kilometer sehari
tanpa berhenti langsung.

318
00:41:23,105 --> 00:41:25,232
Acara ini sangat penting

319
00:41:25,316 --> 00:41:27,943
kerana burung itu datang
dari hujung dunia.

320
00:41:28,027 --> 00:41:30,488
GARISAN KHATULISTIWA

321
00:41:30,571 --> 00:41:32,907
Dengan jarak 65,000 kilometer,

322
00:41:33,407 --> 00:41:36,911
inilah penghijrahan haiwan terjauh
di atas muka bumi.

323
00:41:36,994 --> 00:41:39,830
LAUTAN PASIFIK

324
00:41:43,584 --> 00:41:46,212
Jutaan ekor menyertai paus-paus itu.

325
00:41:54,345 --> 00:41:56,430
Semuanya datang untuk makan.

326
00:42:06,690 --> 00:42:10,986
Inilah perkumpulan hidupan terbesar
di atas muka bumi.

327
00:42:15,824 --> 00:42:17,785
Lima bulan yang lepas di sini,

328
00:42:18,285 --> 00:42:21,205
waktu siang hanya tujuh jam sehari.

329
00:42:23,958 --> 00:42:26,627
Sekarang, waktu siang 17 jam sehari.

330
00:42:29,171 --> 00:42:34,218
Perubahan itu melonjakkan
bilangan plankton dan kril.

331
00:42:36,387 --> 00:42:41,517
Mungkin waktu ini sahaja
paus-paus ini dapat makan dalam setahun.

332
00:42:43,644 --> 00:42:49,775
Sepanjang musim panas,
setiap ekor paus melahap 900 tan makanan.

333
00:42:59,410 --> 00:43:03,539
Paus-paus itu hanya ada 90 hari
untuk makan sebanyak mungkin.

334
00:43:09,336 --> 00:43:11,714
Tidak lama lagi, waktu siang akan pendek

335
00:43:11,797 --> 00:43:14,466
dan mengakhiri jamuan besar-besaran itu.

336
00:43:16,385 --> 00:43:19,305
Kemudian, semua akan kembali ke selatan.

337
00:43:22,224 --> 00:43:25,936
Peluang yang disediakan
oleh putaran planet kita ini

338
00:43:26,020 --> 00:43:29,064
mungkin sangat besar,
tetapi bersifat sementara.

339
00:43:33,277 --> 00:43:35,779
Selepas sebulan hari musim panas panjang,

340
00:43:36,363 --> 00:43:39,825
suhu di Pasifik Utara mencapai kemuncak.

341
00:43:39,908 --> 00:43:41,201
LAUTAN PASIFIK

342
00:43:45,497 --> 00:43:48,626
Ada pemangsa laut menyedari perubahan itu

343
00:43:48,709 --> 00:43:50,669
dan menetapkan haluan baharu.

344
00:44:01,597 --> 00:44:02,931
Seekor yu tenggiri

345
00:44:03,515 --> 00:44:07,394
mengembara ribuan kilometer
merentasi Lautan Pasifik.

346
00:44:14,526 --> 00:44:16,987
Berpandukan medan magnet bumi,

347
00:44:18,197 --> 00:44:21,492
yu itu berenang dalam garisan lurus
ke arah destinasinya…

348
00:44:25,412 --> 00:44:27,414
Pulau Laysan.

349
00:44:29,375 --> 00:44:30,793
Bukan seekor itu sahaja.

350
00:44:36,215 --> 00:44:40,844
Spesies ini menempuhi perjalanan terjauh
antara semua spesies ikan yu.

351
00:44:43,472 --> 00:44:47,643
Sasaran haiwan buruannya lebih luas
berbanding spesies lain.

352
00:44:49,353 --> 00:44:52,523
Termasuk burung.

353
00:44:58,904 --> 00:45:02,491
Anak albatros Laysan ini belum makan

354
00:45:02,574 --> 00:45:06,787
sejak ditinggalkan
oleh ibu bapanya dua minggu yang lalu.

355
00:45:10,541 --> 00:45:11,792
Bagi mencari makanan,

356
00:45:12,292 --> 00:45:15,045
pulau itu harus ditinggalkan.

357
00:45:18,966 --> 00:45:23,679
Namun, burung laut terbesar di dunia
memerlukan angin kencang untuk terbang.

358
00:45:26,348 --> 00:45:28,600
Detiknya boleh tiba bila-bila masa.

359
00:45:33,856 --> 00:45:39,570
Pada bulan Julai, suhu laut yang tinggi
menyebabkan berlakunya ribut tropika…

360
00:45:43,991 --> 00:45:46,744
lalu membawa angin ke Laysan

361
00:45:47,953 --> 00:45:51,373
serta peluang
untuk anak albatros itu keluar dari sini.

362
00:45:59,006 --> 00:46:01,049
Angin semakin kencang

363
00:46:02,217 --> 00:46:05,804
sehingga cukup kuat
untuk seekor albatros terbang.

364
00:46:10,017 --> 00:46:14,646
Anak-anak albatros berkaki hitam
yang biasanya berjaya terbang dahulu.

365
00:46:30,245 --> 00:46:33,290
Anak burung tidak terbang lama
pada kali pertama.

366
00:46:38,045 --> 00:46:40,881
Di kawasan ini,
pertama boleh jadi yang terakhir.

367
00:46:52,392 --> 00:46:55,687
Yu tenggiri telah tiba.

368
00:47:12,704 --> 00:47:14,498
Yu ini juga sangat cekap.

369
00:47:27,761 --> 00:47:32,015
Bagi anak-anak albatros,
perkara itu agak menggerunkan.

370
00:47:33,684 --> 00:47:34,768
Hendak atau tidak,

371
00:47:35,936 --> 00:47:36,854
inilah masanya.

372
00:47:46,947 --> 00:47:48,907
Jika berjaya ke lautan terbuka,

373
00:47:49,533 --> 00:47:53,453
mungkin tanah tidak akan dijejaki lagi
dalam tempoh lima tahun.

374
00:47:55,706 --> 00:47:58,584
Namun, tiada ruang untuk kesilapan.

375
00:48:07,926 --> 00:48:10,596
Sudah tiba masa
untuk mengabaikan keselamatan.

376
00:48:13,974 --> 00:48:16,894
Sudah tiba masa untuk terbang.

377
00:49:43,563 --> 00:49:48,568
Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi

