1
00:00:06,000 --> 00:00:09,960
SIRI ASLI NETFLIX

2
00:00:11,000 --> 00:00:13,440
Saya Uhtred, anak kepada Uhtred.

3
00:00:14,040 --> 00:00:15,400
Cita-cita saya selama ini

4
00:00:15,480 --> 00:00:20,120
untuk merampas semula hak saya,
Bebbanburg, berakhir dengan kegagalan.

5
00:00:20,200 --> 00:00:21,320
Beocca!

6
00:00:21,400 --> 00:00:25,280
Dia bersama Tuhan sekarang.
Dia sedang tenang di sana.

7
00:00:25,360 --> 00:00:29,000
Sementara saya bergelut
untuk menerima kekalahan ini,

8
00:00:29,680 --> 00:00:32,960
Haesten telah mendedahkan
punca sebenar kematian Ragnar.

9
00:00:35,240 --> 00:00:36,520
Biarkan saya hidup,

10
00:00:36,600 --> 00:00:38,880
- saya cakap ia arahan siapa.
- Cakap.

11
00:00:39,240 --> 00:00:40,120
Cnut.

12
00:00:41,680 --> 00:00:44,880
Brida tidak tahu apa-apa
tentang pengkhianatan Cnut...

13
00:00:45,400 --> 00:00:48,320
dan bersedia untuk bertarung dengannya.

14
00:00:48,400 --> 00:00:52,400
Apabila semua raja mati,
kita akan duduk di singgahsana Alfred.

15
00:00:52,920 --> 00:00:58,360
Aethelred, dikuasai nafsu dan kuasa,
telah menyerang tanah puak Dane.

16
00:00:59,200 --> 00:01:02,600
Cnut tak ke Ireland.
Haesten beri saya maklumat salah.

17
00:01:02,680 --> 00:01:05,960
- Beritahu Aethelred!
- Jika saya cakap, dia bunuh saya.

18
00:01:06,440 --> 00:01:08,400
Saya akan cuba mengurangkan kemarahannya.

19
00:01:08,960 --> 00:01:13,480
Pengaruh Aethelhelm ke atas Edward
telah menyebabkan konflik di Winchester.

20
00:01:13,880 --> 00:01:15,040
Mereka orang saya.

21
00:01:15,120 --> 00:01:19,600
Saya takkan biarkan mereka dibunuh
ketika pertarungan berpihak kepada Cnut!

22
00:01:20,400 --> 00:01:23,520
Hantar satu pesanan kepada Raja Wales.

23
00:01:23,600 --> 00:01:27,440
Aethelflaed sedang menunggu tentera.
Kita perlu hantar tentera.

24
00:01:28,600 --> 00:01:33,440
Saya telah menjadikan anak Cnut tahanan
dan bawa mereka kepada Aethelflaed...

25
00:01:33,520 --> 00:01:37,000
untuk dijadikan umpan dalam
pertarungan yang bakal berlaku.

26
00:01:39,280 --> 00:01:40,920
Takdir telah ditentukan!

27
00:01:46,760 --> 00:01:53,200
KERAJAAN DEHEUBARTH, WALES

28
00:02:17,920 --> 00:02:19,920
Biara tiga kilometer ke selatan.

29
00:02:20,400 --> 00:02:22,200
Saya tak mencari biara.

30
00:02:23,280 --> 00:02:25,760
- Orang Saxon tak dialu-alukan di sini.
- Saya tahu.

31
00:02:25,840 --> 00:02:27,920
Saya ada urusan penting dengan Raja Hywel.

32
00:02:29,160 --> 00:02:32,320
- Awak orang Saxon?
- Saya berketurunan Briton.

33
00:02:32,400 --> 00:02:34,160
Awak mencari masalah di sini.

34
00:02:34,560 --> 00:02:37,480
Awak akan lebih bermasalah
jika awak tak benarkan saya lalu.

35
00:02:47,760 --> 00:02:51,040
AYLESBURY, KERAJAAN MERCIA

36
00:02:51,120 --> 00:02:54,160
Oh Tuhan, kurniakan kami ilmu kekuasaan-Mu

37
00:02:54,240 --> 00:02:58,080
apabila seorang lelaki dan isteri
melahirkan anak ke dunia ini.

38
00:02:58,160 --> 00:03:02,440
Mereka beri pakaian dan sayanginya,
tapi hanya Tuhan yang tahu takdirnya.

39
00:03:02,520 --> 00:03:06,040
Dulu mereka dalam kegelapan
dan mereka diselamatkan.

40
00:03:06,400 --> 00:03:08,680
Sinarilah cahaya kasih-Mu
kepada mereka, Tuhan...

41
00:03:09,240 --> 00:03:11,440
dan biarkan mereka jadi
kanak-kanak yang baik.

42
00:03:11,760 --> 00:03:13,960
Mana mereka? Mengapa dia belum siap?

43
00:03:15,800 --> 00:03:16,920
Mereka berkabung.

44
00:03:17,600 --> 00:03:21,480
...berbanding orang yang
mempertimbangkan sebelum kematiannya,

45
00:03:21,560 --> 00:03:23,880
dia bernilai selepas kematiannya...

46
00:03:23,960 --> 00:03:25,400
Tiada masa untuk berkabung.

47
00:03:25,480 --> 00:03:26,920
...mungkin bertindak wajar...

48
00:03:27,000 --> 00:03:29,360
Mereka kanak-kanak, Uhtred.

49
00:03:29,800 --> 00:03:32,400
Anak-anak orang Mercia
yang paling dihormati.

50
00:03:33,800 --> 00:03:36,200
Sejak bila budak menjadi mangsa perang?

51
00:03:39,800 --> 00:03:41,600
Awak dah buat yang termampu.

52
00:03:42,880 --> 00:03:44,160
Marilah.

53
00:03:45,400 --> 00:03:48,360
Puak Dane memenggal kepala mereka semua.

54
00:03:55,120 --> 00:03:58,280
Kita perlu pergi sebelum
puak Dane tahu awak di sini.

55
00:03:58,360 --> 00:04:01,360
- Saya perlu tunggu mereka dirahmati!
- Tolonglah...

56
00:04:01,440 --> 00:04:04,920
- Saya perlu tunggu mereka dirahmati!
- Puak Dane!

57
00:04:05,000 --> 00:04:07,200
Puak Dane datang, tuan!

58
00:04:08,120 --> 00:04:10,800
- Mereka menuju ke pagar!
- Berapa ramai?

59
00:04:10,880 --> 00:04:11,800
Terlalu ramai!

60
00:04:11,880 --> 00:04:13,040
Tunggu di sini.

61
00:04:13,120 --> 00:04:16,280
Mereka akan marah jika nampak awak.
Naik sekarang!

62
00:04:16,800 --> 00:04:19,720
- Mereka melepasi pintu masuk!
- Pergi. Kami akan halang mereka.

63
00:04:35,560 --> 00:04:39,640
Serahkan cik puan dan awak takkan dibunuh!

64
00:04:40,280 --> 00:04:41,560
Jangan fikirkannya!

65
00:04:41,640 --> 00:04:43,560
Saya takkan biar orang mati kerana saya.

66
00:04:43,640 --> 00:04:45,480
Awak tak akan ditangkap!

67
00:04:45,560 --> 00:04:50,000
Cnut berjanji! Dia cuma mahu anak Alfred!

68
00:04:52,200 --> 00:04:54,200
- Ada jalan keluar lain?
- Tidak!

69
00:04:54,880 --> 00:04:57,520
- Boleh kita ke bumbung?
- Kita hanya akan terperangkap.

70
00:04:57,600 --> 00:05:00,240
- Saya buat tawaran.
- Awaklah tawarannya.

71
00:05:00,320 --> 00:05:03,400
Kita tak boleh biarkan sahaja
maut mencari kita. Saya takkan tunggu.

72
00:05:03,840 --> 00:05:06,560
Apa patut dibuat?
Pintu ini takkan tahan lama!

73
00:05:06,640 --> 00:05:08,560
- Bawa anak Cnut ke sini.
- Sihtric!

74
00:05:08,640 --> 00:05:11,000
Tak boleh, Uhtred. Akan ada cara lain.

75
00:05:11,080 --> 00:05:13,720
Percayalah,
janji yang awak tunggu di sini.

76
00:05:13,800 --> 00:05:15,800
- Uhtred, jangan...
- Berjanjilah!

77
00:05:18,880 --> 00:05:20,720
Mana dia?

78
00:05:24,760 --> 00:05:26,320
Bunuh mereka semua!

79
00:05:26,760 --> 00:05:27,960
Cukuplah!

80
00:05:32,120 --> 00:05:33,360
Berdepan dengan saya.

81
00:05:38,800 --> 00:05:40,360
Saya ada anak lelaki Cnut.

82
00:05:43,200 --> 00:05:44,360
Awak menipu.

83
00:05:52,840 --> 00:05:55,280
Tinggalkan tempat ini atau mereka dikelar!

84
00:05:55,920 --> 00:05:57,240
Jika anak Cnut dibunuh...

85
00:05:58,040 --> 00:06:00,040
puak Dane akan balas dendam!

86
00:06:00,120 --> 00:06:02,080
Ya, semua puak Dane akan serang awak juga.

87
00:06:02,160 --> 00:06:03,960
Kematian mereka tanggungjawab awak.

88
00:06:04,040 --> 00:06:05,880
Jangan main-main.

89
00:06:05,960 --> 00:06:07,640
Bawa mereka turun sekarang.

90
00:06:07,920 --> 00:06:09,680
Atau semua orang di sini akan dibunuh.

91
00:06:09,760 --> 00:06:12,000
Pergi atau saya penggal mereka!

92
00:06:12,080 --> 00:06:14,600
Dia dicederakan,
semua orang Saxon di sini akan mati.

93
00:06:16,080 --> 00:06:17,400
Tidak!

94
00:06:20,440 --> 00:06:22,120
Tidak!

95
00:06:28,880 --> 00:06:30,080
Tidak!

96
00:06:37,000 --> 00:06:38,080
Pergi!

97
00:06:39,120 --> 00:06:40,880
Atau saya bunuh dia juga!

98
00:06:42,240 --> 00:06:43,280
Tidak!

99
00:06:44,120 --> 00:06:46,120
Pergilah sekarang!

100
00:06:55,320 --> 00:06:56,360
Tidak!

101
00:06:56,920 --> 00:06:59,760
Jangan bangun. Lihat!
Abang awak masih hidup.

102
00:07:24,160 --> 00:07:26,200
BERDASARKAN NOVEL
OLEH BERNARD CORNWELL

103
00:07:45,920 --> 00:07:49,200
Cnut akan buru kita sebaik
dia tahu saya bunuh anaknya.

104
00:07:49,880 --> 00:07:53,440
- Kita tunjukkan mereka masih hidup?
- Puak Dane tak terima.

105
00:07:54,000 --> 00:07:55,400
Kita berlawan sekarang.

106
00:07:55,480 --> 00:07:56,480
Budak-budak pula?

107
00:07:56,560 --> 00:07:58,960
Lepaskan mereka, tidak diperlukan lagi.

108
00:07:59,040 --> 00:08:01,200
Tujuan mereka
untuk buat tentera Dane marah?

109
00:08:01,640 --> 00:08:04,560
Kita dapat lengahkan masa
dan melarikan diri.

110
00:08:04,640 --> 00:08:07,000
Kita perlu bertarung untuk orang Saxon.

111
00:08:07,560 --> 00:08:09,920
Ya. Kita terlibat kerana takdir.

112
00:08:10,000 --> 00:08:11,760
Tiada kaitan dengan Uhtred.

113
00:08:11,840 --> 00:08:14,520
Saya tak cari pertarungan,
ia mencari saya.

114
00:08:15,920 --> 00:08:18,320
Namun betul kata awak,
saya menyebabkan kemarahan.

115
00:08:18,400 --> 00:08:21,480
Cnut akan cari kita.
Kini ia pertarungan kita.

116
00:08:21,560 --> 00:08:25,240
Ia pertarungan kita sejak awak
ambil mereka daripada Haesten.

117
00:08:29,840 --> 00:08:32,200
Askar akan dimaafkan
sebab tinggalkan saya.

118
00:08:32,680 --> 00:08:35,840
Mereka suka pengembaraan
dan setia pada ketua yang bagus.

119
00:08:37,120 --> 00:08:38,240
Seperti awak.

120
00:08:46,520 --> 00:08:48,600
Jalan terpantas ke Tettenhall?

121
00:09:04,600 --> 00:09:07,200
Jangan takut pada anjing ini.
Ia dah makan.

122
00:09:08,200 --> 00:09:11,000
- Ia suka orang tak dikenali?
- Hanya yang dimasak.

123
00:09:15,200 --> 00:09:18,800
Awak utusan raja muda di Wessex?
Mengapa berjumpa kami?

124
00:09:19,440 --> 00:09:21,520
Wessex mahu buat perjanjian.

125
00:09:21,600 --> 00:09:23,920
Saya tak buat perjanjian
dengan orang Saxon.

126
00:09:24,000 --> 00:09:26,240
Kami tetap ada tawaran.

127
00:09:27,320 --> 00:09:30,880
Ada kerisauan di Wessex tentang Cnut
dan serangannya ke atas Mercia.

128
00:09:30,960 --> 00:09:35,120
Tindakan Alfred telah
menyebabkan Edward dihukum. Jadi?

129
00:09:35,200 --> 00:09:37,920
Tentera Cnut bunuh semua
yang halang mereka.

130
00:09:38,760 --> 00:09:43,360
Awak bukan kawan kami, Paderi Pyrlig.
Apa kaitan dengan saya?

131
00:09:43,840 --> 00:09:46,640
Sebab ia membawa orang pagan
berbahaya ke sempadan awak.

132
00:09:46,720 --> 00:09:49,280
Namun, sempadan kami kuat...

133
00:09:50,000 --> 00:09:52,840
kerana bertahun-tahun kami
melawan orang Saxon.

134
00:09:54,800 --> 00:09:57,920
Awak tahu Alfred mahu
semua kerajaan Kristian bersatu.

135
00:09:58,400 --> 00:10:01,960
Ya, bawah pemerintahannya,
supaya kami tunduk kepadanya.

136
00:10:02,040 --> 00:10:04,600
Dia mahu menakluki,
bukan menyatukan agama.

137
00:10:04,680 --> 00:10:06,960
Agama itu kini berada dalam ancaman.

138
00:10:07,840 --> 00:10:10,040
Kita ada Tuhan yang sama dan musuh sama.

139
00:10:10,120 --> 00:10:11,160
Awak pun tahu.

140
00:10:11,760 --> 00:10:14,400
Tiada pertumpahan darah
jika Cnut dihalang sekarang.

141
00:10:14,480 --> 00:10:17,400
Jadi, ia perjanjian
yang memanfaatkan kita berdua.

142
00:10:23,800 --> 00:10:25,440
Apa rancangan Edward?

143
00:10:26,920 --> 00:10:28,920
Orang Mercia di Tettenhall.

144
00:10:29,600 --> 00:10:32,600
Ada rancangan untuk
Wessex menyertai mereka.

145
00:10:33,880 --> 00:10:38,520
Apa manfaatnya untuk saya,
dalam perang menentang orang pagan ini?

146
00:10:38,600 --> 00:10:41,080
Jangan cakap ganjaran di syurga.

147
00:10:41,560 --> 00:10:44,280
Ganjaran syurga tidak membina kubu.

148
00:10:46,800 --> 00:10:47,960
Apa yang awak mahu?

149
00:10:48,040 --> 00:10:54,000
Semua rampasan pertarungan,
semua perak puak Dane.

150
00:10:54,680 --> 00:10:57,240
Saya tiada kuasa
untuk menjanjikan hal ini.

151
00:10:58,160 --> 00:11:01,760
Awak datang atas perintah Edward,
awak pasti ada kuasanya.

152
00:11:03,640 --> 00:11:05,600
Awak berjanji, Paderi Pyrlig?

153
00:11:09,000 --> 00:11:10,480
Biar dia bersumpah.

154
00:11:24,400 --> 00:11:29,000
KING'S LYNN, KERAJAAN ANGLIA TIMUR

155
00:11:34,600 --> 00:11:35,840
Eardwulf!

156
00:11:37,800 --> 00:11:39,840
Apa berita tentera di Lindcylne?

157
00:11:39,920 --> 00:11:43,640
Penempatan di sekelilingnya menentang,
tapi kita akan atasinya.

158
00:11:43,920 --> 00:11:45,000
Saya harap begitu.

159
00:11:46,480 --> 00:11:50,720
Saya mahu seluruh Anglia Timur,
atau perjanjian kita terbatal.

160
00:11:51,240 --> 00:11:53,880
Teruklah jika keluarga tak dapat ganjaran.

161
00:11:57,320 --> 00:11:58,560
Setelah berusaha!

162
00:12:10,240 --> 00:12:11,840
Dia sangat gembira.

163
00:12:12,840 --> 00:12:16,440
Jangan tanya saya butirannya.
Saya membantu awak, bukan dia.

164
00:12:17,800 --> 00:12:20,560
Semangatnya meningkat
selepas bersama saya.

165
00:12:21,080 --> 00:12:23,000
Beritahu dia berita dari Mercia.

166
00:12:26,200 --> 00:12:28,240
- Mungkin tangguhkan...
- Jangan.

167
00:12:29,600 --> 00:12:33,400
Saya tahu awak takut,
tetapi keadaan kita bagus kerana saya.

168
00:12:33,480 --> 00:12:36,240
- Saya tak takut, tapi...
- Kita takut.

169
00:12:37,400 --> 00:12:40,840
Namun, saya dah buat tugas saya.
Sekarang buat tugas awak.

170
00:12:50,240 --> 00:12:54,800
WINCHESTER, KERAJAAN WESSEX

171
00:13:14,720 --> 00:13:17,960
- Jangan biarkan saya menang, Steapa.
- Tidak, tuanku.

172
00:13:21,600 --> 00:13:22,720
Apa yang berlaku?

173
00:13:29,760 --> 00:13:32,320
Penempatan di sekitar
Lindcylne telah menyerah.

174
00:13:33,040 --> 00:13:35,440
Jika mahu lihat tangan tercedera,
ia boleh diuruskan.

175
00:13:39,080 --> 00:13:40,800
Apa berita buruknya?

176
00:13:42,400 --> 00:13:44,600
Awak tunggu untuk beri berita buruk.

177
00:13:48,080 --> 00:13:49,960
Ada berita daripada Edward.

178
00:13:51,200 --> 00:13:54,160
Malangnya saya perlu beritahu,
tentera Cnut telah menyerang Mercia

179
00:13:54,240 --> 00:13:56,120
dan rampas tempat tuanku di Aegelesburg.

180
00:14:00,000 --> 00:14:02,960
Cnut sama yang awak beritahu
saya sedang menuju ke Ireland...

181
00:14:03,960 --> 00:14:05,760
untuk membantu sepupunya?

182
00:14:07,120 --> 00:14:08,080
Ya, tuanku.

183
00:14:08,160 --> 00:14:10,560
Disebabkannya,
saya biarkan kerajaan tanpa dipertahan?

184
00:14:12,720 --> 00:14:13,920
Sekarang ia musnah?

185
00:14:14,000 --> 00:14:15,920
Maklumat itu perlu dipercayai.

186
00:14:16,320 --> 00:14:19,320
Pengintip saya di kem puak Dane yakin.
Dia bersumpah yang ia benar.

187
00:14:20,200 --> 00:14:22,920
- Haesten kawan rapat...
- Awak cakap Haesten?

188
00:14:25,080 --> 00:14:27,640
- Ya. Dia kawan rapat...
- Saya kenal dia!

189
00:14:28,400 --> 00:14:30,160
Dia dikenali sebagai penipu!

190
00:14:31,800 --> 00:14:35,160
Awak memang tak berguna,
yang patut ditugaskan

191
00:14:35,240 --> 00:14:36,800
dengan kapak sahaja!

192
00:14:38,800 --> 00:14:39,880
Saya kasihankan awak...

193
00:14:41,720 --> 00:14:45,640
beri adik awak peluang
untuk pulihkan keluarga awak dan ini...

194
00:14:46,200 --> 00:14:47,800
cara jasa saya dibalas...

195
00:14:49,960 --> 00:14:51,920
Orang dungu saja percayakan Haesten.

196
00:14:52,920 --> 00:14:57,520
- Saya ada rancangan untuk merampas...
- Reputasi saya akan musnah!

197
00:14:57,800 --> 00:14:59,760
Berita daripada Lady Aethelflaed.

198
00:14:59,840 --> 00:15:02,560
Dia akan ke Tettenhall
untuk mengumpan Cnut.

199
00:15:02,640 --> 00:15:05,560
Sekarang isteri saya
menuju ke pertarungan dulu...

200
00:15:06,240 --> 00:15:09,600
supaya dia boleh dihormati
sebagai penyelamat kerajaan?

201
00:15:10,280 --> 00:15:12,840
Bagaimana hal itu dapat menceriakan saya?

202
00:15:12,920 --> 00:15:14,520
Saya cakap, ada rancangan.

203
00:15:15,480 --> 00:15:19,120
Ada kelebihannya,
jika tuanku lakukan dengan betul,

204
00:15:19,200 --> 00:15:22,080
tuanku boleh pulang ke Mercia
sebagai wira yang menuntut bela.

205
00:15:27,000 --> 00:15:28,480
Tentera sampai pagi esok?

206
00:15:32,800 --> 00:15:36,800
Ya, tuanku. Saya boleh arahkan
mereka pulang dengan segera.

207
00:15:38,280 --> 00:15:41,760
- Ini boleh menjadi kejayaan terbesar...
- Habislah awak!

208
00:15:43,560 --> 00:15:44,880
Jangan hukum saya.

209
00:15:44,960 --> 00:15:47,040
Awak akan berdoa untuk hukuman.

210
00:15:48,600 --> 00:15:51,840
Apabila kita ke Aegelesburg,
saya akan mengasi awak di khalayak ramai.

211
00:15:53,120 --> 00:15:57,560
Keluarga awak takkan berjaya dan adik
awak takkan tinggalkan katil saya.

212
00:16:19,600 --> 00:16:21,960
Mengapa hantar Paderi Pyrlig ke Wealas?

213
00:16:23,240 --> 00:16:26,840
Jangan tipu. Ada pengintip
di setiap istana dari sini ke Rom!

214
00:16:30,200 --> 00:16:34,440
Puak Dane sedang mengamuk
berhampiran sempadan Hywel.

215
00:16:34,520 --> 00:16:37,040
Pyrlig patut beri dia amaran.

216
00:16:37,120 --> 00:16:39,800
Adakah ibu meminta bantuan Hywel?

217
00:16:42,280 --> 00:16:44,040
Itu tak boleh dimaafkan.

218
00:16:44,120 --> 00:16:45,560
Ibu perlu buat sesuatu.

219
00:16:46,200 --> 00:16:49,600
Kakak kamu dalam bahaya.

220
00:16:49,680 --> 00:16:51,440
Semua ibu buat perkara sama.

221
00:16:51,520 --> 00:16:54,720
Ibu bukan ibu biasa.
Ibu ialah ibu kepada seorang raja.

222
00:16:56,000 --> 00:17:00,000
Cnut mahu kita bertarung mengikut caranya.
Ibu telah masuk perangkap.

223
00:17:00,080 --> 00:17:04,440
Namun Hywel ialah penganut Kristian
dan Tuhan mahu kita bersatu.

224
00:17:04,520 --> 00:17:07,200
Hywel hanya berkhidmat untuk orangnya.

225
00:17:07,280 --> 00:17:10,319
Dengan meminta bantuannya,
ibu buat Wessex kelihatan berpecah.

226
00:17:10,400 --> 00:17:13,040
Cnut akan dapat tahu
dan sangka kita lemah!

227
00:17:15,800 --> 00:17:20,040
Ya, tetapi ibu mahu anak
perempuan ibu selamat.

228
00:17:21,200 --> 00:17:24,079
Ibu patut pujuk dia
untuk terus tinggal di Wessex.

229
00:17:25,560 --> 00:17:29,400
Askar takkan maafkan saya kerana mengejar
kakak saya dalam pertarungan yang sia-sia.

230
00:17:30,200 --> 00:17:34,320
Kamu tahu mereka juga akan mencerca
kamu kerana membiarkan dia mati.

231
00:17:34,960 --> 00:17:37,720
Suka atau tidak,
kamu perlu tolong Aethelflaed.

232
00:17:37,800 --> 00:17:41,160
Saya korbankan nyawa askar
Wessex demi kehormatan saya?

233
00:17:41,240 --> 00:17:44,760
Itulah fungsi askar,
mengikut perintah raja...

234
00:17:44,840 --> 00:17:47,120
Ya, tetapi bukan
mengikut perintah ibu raja.

235
00:17:50,720 --> 00:17:54,440
Lagipun, dah terlewat.
Angkatan Aethelflaed sedang mara.

236
00:17:56,800 --> 00:17:59,960
Kamu dapat berita itu
dan tak beritahu ibu?

237
00:18:00,040 --> 00:18:02,800
Ibu tiada kerana membuat rancangan lain.

238
00:18:05,280 --> 00:18:09,800
Jika kamu mahu askar menyebut
nama kamu dengan hormat,

239
00:18:10,600 --> 00:18:14,400
percayalah, bukan ini caranya.

240
00:18:38,000 --> 00:18:41,120
TAMWORTH, KERAJAAN MERCIA

241
00:18:41,200 --> 00:18:42,160
Tuan.

242
00:18:42,240 --> 00:18:44,720
Saya mahu pertahanan ini
selesai menjelang senja.

243
00:18:44,800 --> 00:18:46,320
- Ya, tuan.
- Bagus.

244
00:18:49,600 --> 00:18:50,880
Kita begitu hampir...

245
00:18:52,080 --> 00:18:53,880
dengan semua yang kita mahu...

246
00:18:56,000 --> 00:19:00,120
tanah untuk orang kita tinggal,
selama bergenerasi lamanya.

247
00:19:03,800 --> 00:19:04,720
Cnut?

248
00:19:06,400 --> 00:19:07,360
Ya.

249
00:19:12,280 --> 00:19:15,240
- Ada sesuatu...
- Bjorgulf...

250
00:19:15,320 --> 00:19:17,360
pulang dengan puteri Alfred.

251
00:19:25,480 --> 00:19:26,920
Mana Aethelflaed?

252
00:19:28,800 --> 00:19:29,960
Dia melarikan diri.

253
00:19:31,600 --> 00:19:32,760
Bagaimana ia berlaku?

254
00:19:36,400 --> 00:19:37,360
Beritahu kami.

255
00:19:39,880 --> 00:19:41,840
Uhtred Ragnarson di Aegelesburg.

256
00:19:43,560 --> 00:19:45,040
Anak awak ada bersamanya.

257
00:19:45,120 --> 00:19:47,560
Haesten menyerahkan mereka demi nyawanya.

258
00:19:48,640 --> 00:19:50,000
Cakaplah mereka masih hidup.

259
00:19:53,360 --> 00:19:55,920
Saya takkan apa-apakan awak.
Beritahu saya.

260
00:20:14,160 --> 00:20:15,920
Uhtred penggal kepala anak sulung.

261
00:20:19,200 --> 00:20:22,760
Dia pasti bunuh Esgar jika kami tak pergi.

262
00:20:28,440 --> 00:20:31,320
Tidak! Mengapa?

263
00:20:34,480 --> 00:20:36,600
Tangkap Uhtred Ragnarson segera!

264
00:20:36,680 --> 00:20:39,040
- Tidak.
- Jangan tidur selagi dia tidak dijumpai!

265
00:20:39,120 --> 00:20:42,280
Tak! Kita akan balas dendam.
Kita tak boleh terganggu.

266
00:20:42,360 --> 00:20:44,680
Menuntut bela demi anak saya
bukan satu gangguan!

267
00:20:44,760 --> 00:20:45,600
Jackdaw!

268
00:20:46,680 --> 00:20:51,320
Cnut, saya turut bersedih
dan marah. Dewa pun tahu.

269
00:20:51,400 --> 00:20:55,320
Namun jangan biar Uhtred mengumpan awak
untuk bertarung. Dia bukan keutamaan.

270
00:20:55,400 --> 00:20:58,200
Dia bunuh anak sulung saya
dan Esgar masih bersamanya!

271
00:20:59,200 --> 00:21:03,080
Jika saya tiada waris,
semua ini sia-sia sahaja!

272
00:21:03,160 --> 00:21:05,080
Jangan korbankan pertahanan!

273
00:21:05,160 --> 00:21:09,600
Tempat kita bertarung tak penting!
Kita ada 1,000 pahlawan!

274
00:21:09,680 --> 00:21:12,320
- Jackdaw! Siapkan askar untuk mara!
- Ya.

275
00:21:12,400 --> 00:21:15,800
Hantar orang untuk mencari mereka!
Kita ikut sekarang!

276
00:21:16,480 --> 00:21:17,480
- Cnut...
- Ke tepi!

277
00:21:17,560 --> 00:21:19,280
Cara ini mengarut, Cnut!

278
00:21:19,360 --> 00:21:20,840
Cari dia, Jackdaw!

279
00:21:36,200 --> 00:21:37,600
Punggung awak kebas?

280
00:21:42,800 --> 00:21:45,160
Terbiasa kerana melutut
di gereja sepanjang hari.

281
00:21:45,680 --> 00:21:47,280
Punggung basah yang tak selesa.

282
00:21:53,040 --> 00:21:55,240
Apa akan berlaku
apabila kita berdepan puak Dane?

283
00:21:55,320 --> 00:21:58,000
Punggung kebas tak
akan menjadi masalah lagi.

284
00:21:59,200 --> 00:22:02,120
- Kita pejuang yang bagus.
- Apabila kita sihat untuk bertarung.

285
00:22:03,000 --> 00:22:05,800
Sudah lama saya bertarung
bersama ayah awak.

286
00:22:06,440 --> 00:22:10,480
Dia selalu dapat idea
pada saat-saat akhir.

287
00:22:11,000 --> 00:22:14,160
Ramai askar setia kepada Aethelflaed,
walaupun mengorbankan mereka.

288
00:22:14,240 --> 00:22:17,880
Mereka pasti sedang buat
rancangan untuk menyelamatkan kita.

289
00:22:37,600 --> 00:22:40,840
Bukan di sini. Mereka begitu dekat.

290
00:22:41,920 --> 00:22:44,920
Awak tidak mahu berseronok
sebelum pertarungan?

291
00:22:45,000 --> 00:22:46,480
Ia memberi saya kekuatan.

292
00:22:47,600 --> 00:22:49,800
Bagaimana jika awak
terbunuh di medan perang?

293
00:22:52,160 --> 00:22:56,880
Saya takkan mati kerana Tuhan
membantu orang yang baik hati.

294
00:22:59,800 --> 00:23:00,640
Mungkin.

295
00:23:01,320 --> 00:23:03,400
Saya rasa dewa mempermainkan kita.

296
00:23:04,840 --> 00:23:08,480
Kita tak tahu alasan
mereka atau takdir kita.

297
00:23:11,120 --> 00:23:13,680
Namun malam ini,
saya akan percayakan kepercayaan awak.

298
00:23:15,920 --> 00:23:18,320
Saya ingat takdir awak ialah Bebbanburg.

299
00:23:23,000 --> 00:23:24,480
Saya pun fikir begitu.

300
00:23:27,000 --> 00:23:28,480
Buat begitu lamanya.

301
00:23:33,360 --> 00:23:36,800
Namun sekarang saya tertanya
sebab saya gagal di sana.

302
00:23:40,400 --> 00:23:43,720
Saya tahu ada rancangan untuk saya,
tapi saya tak pasti.

303
00:23:47,320 --> 00:23:49,280
Ia membawa saya kepada awak.

304
00:23:51,000 --> 00:23:56,000
Finan betul. Saya memilih untuk berada
di sini, jadi ia pasti bermakna sesuatu.

305
00:23:57,600 --> 00:24:01,320
Maknanya awak ambil berat
tentang takdir Mercia dan orang Saxon.

306
00:24:02,160 --> 00:24:03,920
Awak seperti ayah awak.

307
00:24:05,600 --> 00:24:07,840
Dia gunakan saya untuk kemahuannya.

308
00:24:07,920 --> 00:24:11,240
Ya, dia bijak dan saya
cuba mengikut jejaknya.

309
00:24:11,320 --> 00:24:15,960
Jadi, mungkin saya pun patut
gunakan awak untuk kemahuan saya.

310
00:24:35,120 --> 00:24:39,000
WINCHESTER, KERAJAAN WESSEX

311
00:24:52,400 --> 00:24:55,200
Edward, marilah berehat.

312
00:24:56,200 --> 00:24:57,800
Tuhan menunjukkan jalan. Saya tahu.

313
00:25:02,160 --> 00:25:04,360
Jangan menolak seluruh keluarga awak.

314
00:25:05,440 --> 00:25:07,400
Anak awak mahu jumpa awak.

315
00:25:08,000 --> 00:25:10,000
Dia selalu memuji awak.

316
00:25:14,240 --> 00:25:16,840
Anak tanpa bimbingan
ayahnya akan jadi lemah.

317
00:25:16,920 --> 00:25:19,400
Sebab itu saya cuba minta bantuan Tuhan.

318
00:25:21,480 --> 00:25:23,280
Jadi, tolong tinggalkan saya.

319
00:25:41,760 --> 00:25:45,280
Tiada gunanya mengganggu dia.
Dia masih berdoa.

320
00:25:45,760 --> 00:25:48,120
Dia tak perlukan bimbingan Tuhan.

321
00:25:48,200 --> 00:25:50,920
Dia cuma perlu mendengar cakap
kita yang tahu akibat perang.

322
00:25:51,000 --> 00:25:52,400
Ibunya menasihatkannya.

323
00:25:52,480 --> 00:25:55,920
Ya. Bukan itu sahaja yang dia lakukan.

324
00:25:57,400 --> 00:26:01,000
Lady Aelswith dilihat melawat
anak luar nikah Edward di biara.

325
00:26:01,080 --> 00:26:06,240
Ayah diberitahu yang dia mengaturkan
penyatuan antara budak itu dan ibunya.

326
00:26:06,320 --> 00:26:11,160
Mengapa? Mengapa dia berbaik
dengan wanita itu dan anaknya?

327
00:26:11,240 --> 00:26:12,600
Entahlah.

328
00:26:13,800 --> 00:26:17,720
Namun, ada khabar angin
yang perkahwinan mereka sah.

329
00:26:18,640 --> 00:26:20,120
Khabar angin palsu.

330
00:26:20,200 --> 00:26:23,480
Tiada sesiapa boleh ancam
anak saya ketika tiba masanya.

331
00:26:26,560 --> 00:26:30,400
Pasti kamu memuaskan suami kamu?

332
00:26:31,400 --> 00:26:33,760
Seorang lagi anak akan
menguatkan kedudukan kita.

333
00:26:34,480 --> 00:26:38,440
Saya cuba, tetapi dia tak
memberi perhatian seperti dahulu.

334
00:26:38,520 --> 00:26:41,120
Urusan raja membebaninya.

335
00:26:41,200 --> 00:26:43,960
Jadi, kamu perlu berusaha lagi,

336
00:26:44,040 --> 00:26:49,400
kerana jelas sekali yang Lady Aelswith
mengikut rancangannya sendiri.

337
00:26:49,480 --> 00:26:51,320
Ayah perlu halang dia!

338
00:26:51,400 --> 00:26:53,920
Sebelum dia buat raja menolak
saya dan anak saya!

339
00:26:54,000 --> 00:26:57,120
Ayah akan lakukan perkara
yang perlu. Percayalah.

340
00:26:57,800 --> 00:27:02,480
Ayah tak datang sejauh ini
untuk digagalkan oleh balu yang marah.

341
00:27:32,200 --> 00:27:35,400
TETTENHALL, KERAJAAN MERCIA

342
00:27:37,240 --> 00:27:39,160
Inikah tempatnya?

343
00:27:39,240 --> 00:27:40,160
Ya.

344
00:27:40,480 --> 00:27:42,600
Saya tak nampak kem Edward.

345
00:27:43,600 --> 00:27:45,680
Saya tak nampak sesiapa pun.

346
00:27:45,960 --> 00:27:47,240
Dia akan datang.

347
00:28:10,800 --> 00:28:13,640
Saya hantar pesanan yang
angkatan patut berkumpul di hutan.

348
00:28:13,720 --> 00:28:16,440
Saya akan persiapkan mereka
bertarung sebelum adik saya tiba.

349
00:28:19,200 --> 00:28:20,240
Tuan.

350
00:28:20,720 --> 00:28:21,560
Ada orang!

351
00:28:24,960 --> 00:28:26,160
Ini bukan angkatan.

352
00:28:26,240 --> 00:28:27,640
Bukan orang Mercia.

353
00:28:30,680 --> 00:28:32,360
Awak tak seperti orang Kristian.

354
00:28:32,440 --> 00:28:35,840
Kami dari Wealas, setia kepada Raja Hywel.

355
00:28:35,920 --> 00:28:38,600
Adakah awak sekutu atau musuh Mercia?

356
00:28:39,720 --> 00:28:41,560
Kami datang untuk melawan Cnut.

357
00:28:41,840 --> 00:28:46,200
Serta kalahkan puak Dane seperti kami
kalahkan orang Saxon bertahun-tahun.

358
00:28:46,280 --> 00:28:48,080
Di mana angkatan?

359
00:28:48,160 --> 00:28:51,520
Mereka bawah arahan paderi
botak yang rendah itu.

360
00:28:51,600 --> 00:28:54,640
Saya tak botak dan rendah!

361
00:28:55,000 --> 00:28:58,520
Paderi Pyrlig! Saya tak faham.

362
00:28:58,600 --> 00:29:02,200
Dia ke Wealas untuk merayu
Raja Hywel meminjamkan tenteranya.

363
00:29:02,760 --> 00:29:06,560
Edward menghantarnya untuk mencari sekutu?
Saya tahu dia takkan abaikan saya!

364
00:29:06,640 --> 00:29:09,200
Tidak. Ibu awak yang menghantar saya.

365
00:29:09,880 --> 00:29:11,560
Saya tak dengar berita daripada raja.

366
00:29:15,280 --> 00:29:16,760
Bertarung dengan apa yang ada.

367
00:29:18,080 --> 00:29:20,800
- Gembira berjumpa awak, Pyrlig.
- Awak pun, Lord Uhtred.

368
00:29:20,880 --> 00:29:21,880
Finan! Sihtric!

369
00:29:21,960 --> 00:29:24,320
- Paderi Pyrlig!
- Gembira lihat awak masih hidup.

370
00:29:25,480 --> 00:29:28,240
Dengan orang Wales ini pun,
mungkin tak cukup.

371
00:29:28,800 --> 00:29:32,400
Saya tahu awak memanggil Cnut,
tapi awak masih boleh menolak.

372
00:29:34,160 --> 00:29:36,800
Tiada yang akan kutuk awak
kerana tinggalkan pertarungan.

373
00:29:37,480 --> 00:29:40,440
Saya tak bertarung
untuk kehormatan, Uhtred.

374
00:29:40,520 --> 00:29:43,400
Saya bertarung kerana seseorang
perlu menghalang Cnut...

375
00:29:44,400 --> 00:29:46,160
walaupun saya dilarang.

376
00:29:46,760 --> 00:29:49,640
Sebagai kakak, saya menentang,
tetapi sebagai anak Alfred,

377
00:29:49,720 --> 00:29:51,400
saya melakukan tugas saya.

378
00:29:53,040 --> 00:29:57,520
Walaupun bukan untuk saya, saya tak
boleh mengikut perintah raja begitu saja.

379
00:29:58,320 --> 00:30:00,080
Saya faham.

380
00:30:00,960 --> 00:30:04,120
Saya tak percaya dia tinggalkan
saya untuk bertarung tanpanya.

381
00:30:05,680 --> 00:30:08,400
Saya sangka dia tetap akan datang.

382
00:30:11,400 --> 00:30:13,160
Apa saya patut beritahu tentera saya?

383
00:30:17,600 --> 00:30:22,000
Cakaplah adik awak di belakang kita.
Mereka percaya kita ada peluang.

384
00:30:34,960 --> 00:30:37,520
Kami dapat berita
daripada Uhtred dan Lady Aethelflaed.

385
00:30:37,600 --> 00:30:38,640
Mereka di mana?

386
00:30:39,800 --> 00:30:41,840
Mereka tunggu awak di Tettenhall.

387
00:30:42,800 --> 00:30:43,720
Kita akan pergi?

388
00:30:45,680 --> 00:30:48,000
Penghinaan bagi dewa
untuk melepaskan kelebihan.

389
00:30:53,320 --> 00:30:54,880
Saya akan balas dendam.

390
00:31:25,320 --> 00:31:27,080
Tempat pertahanan ini bagus.

391
00:31:28,560 --> 00:31:30,920
Beberapa lagi askar, kita ada peluang.

392
00:31:38,000 --> 00:31:39,080
Ikut saya.

393
00:31:56,720 --> 00:31:57,720
Sudah siap.

394
00:32:00,600 --> 00:32:01,480
Ia berhasil?

395
00:32:03,560 --> 00:32:04,480
Entahlah.

396
00:32:07,840 --> 00:32:08,960
Mereka datang.

397
00:32:10,400 --> 00:32:11,800
Ambil kedudukan!

398
00:32:11,880 --> 00:32:13,040
Ikut saya!

399
00:32:13,120 --> 00:32:14,560
Orang Mercia ke hutan!

400
00:32:14,640 --> 00:32:16,280
Ke hutan!

401
00:32:24,600 --> 00:32:27,000
Jika gagal dan awak tak boleh lari...

402
00:32:28,200 --> 00:32:31,240
janjilah awak cari lelaki dipercayai
untuk bunuh awak dengan lembut.

403
00:32:31,800 --> 00:32:33,560
Saya dah pilih lelaki itu.

404
00:32:41,400 --> 00:32:43,360
Kasihanilah saya, Tuhan!

405
00:32:49,200 --> 00:32:51,520
Apabila saya takut,
saya akan percayakan-Mu.

406
00:32:56,680 --> 00:32:59,240
Segala pujian untuk Tuhan.

407
00:32:59,320 --> 00:33:01,400
Saya percayakan Tuhan.

408
00:33:01,480 --> 00:33:03,600
Saya takkan takut.

409
00:33:06,320 --> 00:33:08,440
Apa lelaki boleh lakukan pada saya?

410
00:33:10,000 --> 00:33:11,160
Tiada apa-apa.

411
00:33:12,080 --> 00:33:15,320
Sebab Kamu telah menghantar
roh saya daripada kematian

412
00:33:15,400 --> 00:33:17,760
dan kaki saya daripada tersandung...

413
00:33:18,160 --> 00:33:20,800
supaya saya boleh berjalan di hadapan-Mu.

414
00:33:21,720 --> 00:33:22,880
Ada yang tak kena.

415
00:33:37,160 --> 00:33:38,920
Matilah!

416
00:33:39,000 --> 00:33:40,720
Matilah!

417
00:33:41,560 --> 00:33:43,800
Tidak! Tunggu! Berhenti!

418
00:34:05,160 --> 00:34:07,120
Serang, sekarang!

419
00:34:10,520 --> 00:34:11,520
Ikut saya!

420
00:34:50,040 --> 00:34:51,639
Ini helah!

421
00:35:06,000 --> 00:35:06,880
Tolong saya!

422
00:35:11,880 --> 00:35:13,080
Di mana dia?

423
00:35:13,560 --> 00:35:14,440
Tolong!

424
00:35:30,200 --> 00:35:32,000
Hulurkan tangan awak! Tarik!

425
00:35:52,120 --> 00:35:53,200
Uhtred!

426
00:35:53,280 --> 00:35:57,560
Uhtred, saya akan bunuh awak,
pembunuh yang pengecut!

427
00:36:11,520 --> 00:36:12,600
Ayah!

428
00:36:19,520 --> 00:36:23,560
Jangan malu dengan orang Dane begini,
tetapi saya pernah lihat lebih cantik.

429
00:36:26,040 --> 00:36:27,720
Lihat rabung itu, ayah!

430
00:36:33,560 --> 00:36:35,120
Aethelred datang!

431
00:36:35,200 --> 00:36:36,440
Mereka boleh ke sini?

432
00:36:44,720 --> 00:36:46,320
Serang!

433
00:37:03,960 --> 00:37:05,640
Siapa bertarung bersama Aethelflaed?

434
00:37:05,960 --> 00:37:10,280
Angkatan Mercia,
suaminya dan tentera Wales.

435
00:37:13,640 --> 00:37:15,200
Orang Kristian bersatu.

436
00:37:15,760 --> 00:37:17,880
Tanpa Wessex untuk bimbing mereka.

437
00:37:28,880 --> 00:37:30,400
Itu Lady Aethelflaed!

438
00:37:30,480 --> 00:37:32,200
- Itu pun dia!
- Kepung dia!

439
00:37:32,560 --> 00:37:33,960
Mereka terlalu ramai.

440
00:37:35,360 --> 00:37:36,360
Tangkap dia!

441
00:37:40,120 --> 00:37:41,200
Aldhelm.

442
00:37:49,200 --> 00:37:51,680
Berundur! Jangan ambil dia daripada kami!

443
00:37:52,160 --> 00:37:53,760
Awak takkan berani.

444
00:37:54,480 --> 00:37:55,800
Aldhelm, bunuh saya.

445
00:37:56,360 --> 00:37:57,760
Disebabkan awak anak Alfred,

446
00:37:57,840 --> 00:38:00,080
pilih orang pertama untuk bersama awak.

447
00:38:00,160 --> 00:38:03,200
- Aldhelm, tolonglah.
- Saya tak boleh.

448
00:38:05,000 --> 00:38:06,480
Orang Saxon ada...

449
00:38:54,720 --> 00:38:56,160
Tuanku!

450
00:38:56,240 --> 00:38:57,440
Dekat dengan saya!

451
00:39:11,800 --> 00:39:13,920
Bertahan! Pertahankan barisan!

452
00:39:20,080 --> 00:39:22,440
Mereka lari ke hutan!

453
00:39:22,880 --> 00:39:24,200
Halang mereka!

454
00:39:28,480 --> 00:39:29,360
Uhtred!

455
00:39:47,920 --> 00:39:49,040
Apa...

456
00:40:05,480 --> 00:40:07,040
Tuan!

457
00:40:12,920 --> 00:40:15,480
Teruskan ke arah kemenangan!

458
00:40:36,440 --> 00:40:37,440
Uhtred!

459
00:40:39,480 --> 00:40:40,320
Akhirnya.

460
00:40:42,200 --> 00:40:43,040
Lawanlah saya.

461
00:40:43,960 --> 00:40:45,000
Lawanlah saya!

462
00:41:01,000 --> 00:41:02,200
Pembunuh!

463
00:41:18,240 --> 00:41:19,720
Awak bunuh anak sulung saya.

464
00:41:20,600 --> 00:41:24,680
Awak bunuh anak saya! Mengapa?

465
00:41:25,360 --> 00:41:27,560
Untuk menuntut bela terhadap Ragnar!

466
00:41:27,960 --> 00:41:29,160
Ragnar!

467
00:41:33,600 --> 00:41:37,160
Ragnar lemah dan dia perlu mati!

468
00:41:37,240 --> 00:41:39,600
Namun, anak saya tak bersalah!

469
00:41:45,480 --> 00:41:46,480
Brida.

470
00:41:49,000 --> 00:41:50,320
Beri saya pisau awak!

471
00:41:53,400 --> 00:41:54,920
Beri saya pisau awak!

472
00:42:15,560 --> 00:42:17,560
Awak suruh Aethelwold bunuh Ragnar?

473
00:42:20,360 --> 00:42:21,240
Sebab...

474
00:42:22,200 --> 00:42:25,480
Sebab kita ditakdirkan untuk bersama.
Awak pun tahu.

475
00:42:27,280 --> 00:42:28,800
Tolonglah, sayang.

476
00:42:43,360 --> 00:42:44,560
Anak-anak masih hidup.

477
00:42:46,560 --> 00:42:50,360
Mayat yang orang awak nampak ialah
orang Mercia, dibunuh oleh puak Dane.

478
00:42:51,000 --> 00:42:54,280
- Mereka berdua masih hidup?
- Kedua-duanya.

479
00:42:55,840 --> 00:42:57,960
Awak takkan hidup
untuk lihat mereka membesar.

480
00:43:03,600 --> 00:43:05,200
Jangan percayakan dia.

481
00:43:53,360 --> 00:43:54,920
Bunuhlah saya.

482
00:43:58,960 --> 00:44:00,640
Mereka jadikan awak tahanan.

483
00:44:00,720 --> 00:44:05,240
Itu lebih teruk daripada kematian.
Tolonglah, saya tak boleh jadi hamba.

484
00:44:06,440 --> 00:44:08,800
Biar saya mati dengan hormat di sini.

485
00:44:09,760 --> 00:44:11,760
Awak terhutang budi dengan saya.

486
00:44:13,760 --> 00:44:16,320
Saya mahu bersama Ragnar.
Tolonglah, Uhtred.

487
00:44:18,000 --> 00:44:18,840
Tolonglah.

488
00:44:21,720 --> 00:44:23,200
Tangkap dia!

489
00:44:28,600 --> 00:44:29,560
Brida.

490
00:44:55,920 --> 00:44:59,880
Raja Hywel, awak telah
membanggakan semua orang Kristian.

491
00:45:00,360 --> 00:45:01,840
Gembira berjumpa awak.

492
00:45:01,920 --> 00:45:04,720
Saya gembira awak dapat datang berperang.

493
00:45:05,880 --> 00:45:08,440
Kami takkan menang tanpa awak dan tentera.

494
00:45:08,960 --> 00:45:10,400
Saya berterima kasih.

495
00:45:10,480 --> 00:45:13,440
Saya hargai ganjaran awak.

496
00:45:14,360 --> 00:45:18,160
Paderi awak beritahu saya yang
awak tawarkan rampasan perang.

497
00:45:21,560 --> 00:45:25,160
Sudah tentu.
Keberanian awak layak dapat semua itu.

498
00:45:25,240 --> 00:45:27,440
Semoga ia kuatkan ikatan baru kita.

499
00:45:28,360 --> 00:45:30,160
Seperti kita bersatu dalam agama...

500
00:45:31,000 --> 00:45:35,120
mari bersatu dalam
kemakmuran dan keselamatan!

501
00:45:36,480 --> 00:45:39,040
Saya berjanji,
kita adakan jamuan malam ini!

502
00:45:42,600 --> 00:45:46,640
Tidak akan ada lagi perikatan dan bantuan.

503
00:45:47,720 --> 00:45:50,320
Orang Wealas tak
perlukan bantuan orang Saxon.

504
00:46:26,000 --> 00:46:27,440
Tuhan menyebelahi kita.

505
00:46:29,160 --> 00:46:31,360
Namun, Brida berdepan takdir malang.

506
00:46:31,440 --> 00:46:32,560
Begitulah perang.

507
00:46:33,360 --> 00:46:36,440
Yang penting adalah kita
hidup dan Mercia selamat.

508
00:46:40,280 --> 00:46:41,840
- Tuanku.
- Tuanku.

509
00:46:42,360 --> 00:46:43,200
Tuanku.

510
00:46:43,840 --> 00:46:44,800
Tuanku.

511
00:46:44,880 --> 00:46:47,640
- Dia berani melalui orang yang terkorban?
- Jangan.

512
00:46:48,200 --> 00:46:49,800
Ada banyak pergaduhan.

513
00:46:51,000 --> 00:46:52,200
Orang awak perlukan awak.

514
00:47:09,000 --> 00:47:13,400
Cik Puan, awak dah berjaya.

515
00:47:14,080 --> 00:47:17,040
Awak beri kejayaan besar hingga
akan diperkatakan bertahun-tahun.

516
00:47:17,120 --> 00:47:19,480
Terima kasih kerana
saya hidup untuk melihatnya.

517
00:47:20,800 --> 00:47:22,840
Mungkin saya tak sesuai untuk tugas itu.

518
00:47:28,120 --> 00:47:30,400
Edward, terima kasih.

519
00:47:31,520 --> 00:47:33,760
Jika bukan kerana awak, saya dah mati.

520
00:47:34,080 --> 00:47:36,000
Saya datang walaupun saya tak setuju.

521
00:47:37,240 --> 00:47:39,800
Saya tak memandang ringan keingkaran awak.

522
00:47:40,600 --> 00:47:44,160
- Ya, ia kemenangan besar.
- Dengan ramai orang terkorban.

523
00:47:46,200 --> 00:47:47,520
Steapa dah mati.

524
00:47:49,400 --> 00:47:50,680
- Tidak.
- Ya.

525
00:47:51,120 --> 00:47:54,280
Lelaki yang bersama kita sejak kita kecil.

526
00:47:54,600 --> 00:47:56,400
Dia bersama ayah, dan bersama kita.

527
00:47:56,480 --> 00:47:59,320
Kini, dia terkorban
dalam pertarungan awak,

528
00:47:59,400 --> 00:48:01,720
terkorban kerana cita-cita
suami awak dan awak.

529
00:48:02,040 --> 00:48:03,640
Saya tiada cita-cita.

530
00:48:03,720 --> 00:48:05,280
Awak mahu disayangi semua...

531
00:48:06,560 --> 00:48:10,160
diperkatakan atas keberanian awak,
walaupun orang terkorban.

532
00:48:11,600 --> 00:48:13,960
- Bukan begitu.
- Ya, ia benar.

533
00:48:14,440 --> 00:48:17,440
Awak memilih Mercia
berbanding kerajaan Alfred.

534
00:48:18,760 --> 00:48:21,400
Jangan pulang
ke selatan buat masa yang lama.

535
00:48:22,640 --> 00:48:24,840
Awak tak patut buang saya dari Winchester.

536
00:48:24,920 --> 00:48:27,840
Awak tak dialu-alukan di sana, Cik Puan.

537
00:48:29,720 --> 00:48:32,520
Balu askar ini takkan
maafkan awak dengan mudah.

538
00:48:33,200 --> 00:48:39,000
Awak tetap akan dikagumi di tempat ini.

539
00:48:40,200 --> 00:48:43,000
Mungkin pampasan ganti rugi.

540
00:48:44,440 --> 00:48:47,880
Semua ini dilakukan kerana
rasa sayang kepada negara saya!

541
00:48:52,320 --> 00:48:54,360
Mari pergi, tuanku.

542
00:49:02,200 --> 00:49:03,960
Saya diperbodohkan...

543
00:49:04,880 --> 00:49:08,320
tak dapat beri ganjaran kepada askar saya,
membayar ufti kepada orang Wales.

544
00:49:10,000 --> 00:49:11,400
Hal ini akan dibetulkan.

545
00:49:12,560 --> 00:49:15,120
Apa alasan dia atas sifat pengecutnya?

546
00:49:16,760 --> 00:49:19,120
Dia mahu elakkan
pertumpahan darah untuk askarnya.

547
00:49:19,600 --> 00:49:21,200
Ada lebih banyak pertarungan.

548
00:49:22,200 --> 00:49:25,800
- Saya perlu bercakap dengannya.
- Tidak! Bukan sekarang.

549
00:49:27,240 --> 00:49:30,200
Puak Dane dikalahkan.
Mari nikmati keamanan ini.

550
00:49:31,400 --> 00:49:32,880
Untuk satu malam sahaja.

551
00:49:37,200 --> 00:49:38,600
Permintaan awak ditunaikan...

552
00:49:40,800 --> 00:49:42,280
hanya untuk satu malam.

553
00:50:02,040 --> 00:50:04,240
Mari pergi, manfaatkan huru-hara ini.

554
00:50:04,320 --> 00:50:06,280
- Dia mungkin sangka awak dah mati.
- Tidak.

555
00:50:06,360 --> 00:50:10,960
Saya dah berlawan habis-habisan.
Saya akan cari dia dan merayu.

556
00:50:11,040 --> 00:50:14,800
Dia takkan maafkan kita
atas perbuatan kita. Ia dah berakhir.

557
00:50:14,880 --> 00:50:17,680
Beri laluan! Ke tepi!

558
00:50:23,600 --> 00:50:25,960
Lord Aethelred tercedera. Panggil dukun!

559
00:50:37,720 --> 00:50:40,720
Terjemahan sari kata oleh Siti Aliyya

